ArticlePDF Available

Meneroka Permasalahan Tenaga Modal Insan dalam Industri Filem di Malaysia

Authors:

Abstract

Abstrak Kutipan tiket bagi semua filem tempatan semakin menurun dari tahun ke tahun. Kutipan tiket pada tahun 2015 adalah sebanyak RM52 juta, kutipan pada tahun 2017 adalah RM50 juta tapi kutipan semua filem tempatan sehingga bulan Julai 2018 adalah hanya RM20 juta. Para penyelidik mengaitkan kutipan ini berpuncak daripada tenaga kerja (modal insan) dalam industri itu sendiri. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menemubual informan daripada industri filem di Malaysia. Dapatan kajian mendapati informan secara berulang telah mengkategorikan permasalahan tenaga modal insan dalam industri filem di Malaysia kepada enam kategori permasalahan iaitu Permasalahan Kekurangan Dana dan Modal, Mutu Skrip, Ketiadaan Skrip Simpanan dalam Bank Skrip di FINAS, Perebutan Slot Tayangan, dan Kelemahan Naratif. Hasil dapatan ini diharapkan dapat membantu pihak kerajaan dan pihak industri untuk sama-sama mencari jalan penyelesaian dan meningkatkan potensi tenaga modal insan dalam industri perfileman di Malaysia. Kata Kunci: Industri filem Malaysia, Tenaga Modal Insan, FINAS.
41
Forum Komunikasi Vol. 13, No. 1, 41-56, 2018
Meneroka Permasalahan Tenaga Modal Insan
dalam Industri Filem di Malaysia
Abdul Razak Haja Mohaideen
Universiti Teknologi MARA, Malaysia
Mohd Syuhaidi Abu Bakar*
Universiti Teknologi MARA, Malaysia
*Corresponding email: syuhaidi@salam.uitm.edu.my
Abstrak
Kutipan tiket bagi semua lem tempatan semakin menurun dari
tahun ke tahun. Kutipan tiket pada tahun 2015 adalah sebanyak
RM52 juta, kutipan pada tahun 2017 adalah RM50 juta tapi kutipan
semua lem tempatan sehingga bulan Julai 2018 adalah hanya
RM20 juta. Para penyelidik mengaitkan kutipan ini berpuncak
daripada tenaga kerja (modal insan) dalam industri itu sendiri. Kajian
ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menemubual informan
daripada industri lem di Malaysia. Dapatan kajian mendapati
informan secara berulang telah mengkategorikan permasalahan
tenaga modal insan dalam industri lem di Malaysia kepada enam
kategori permasalahan iaitu Permasalahan Kekurangan Dana
dan Modal, Mutu Skrip, Ketiadaan Skrip Simpanan dalam Bank
Skrip di FINAS, Perebutan Slot Tayangan, dan Kelemahan Naratif.
Hasil dapatan ini diharapkan dapat membantu pihak kerajaan
dan pihak industri untuk sama-sama mencari jalan penyelesaian
dan meningkatkan potensi tenaga modal insan dalam industri
perleman di Malaysia.
Kata Kunci: Industri lem Malaysia, Tenaga Modal Insan, FINAS.
42
Forum Komunikasi
Exploring Human Capital Issues in the
Film Industry in Malaysia
Abstract
Ticket sales for all local lms have been declining from year to
year. The gures in 2015 were at RM52 million and decreasing
to RM50 million in 2017. The trend continues to worsen in July
2018 when gross selling tickets accumulated at only RM20
million. Researchers linked this poor collection with the workforce
(human capital) aspect within the industry itself. This study uses a
qualitative method by interviewing informants from the lm industry
in Malaysia. The ndings show that informants have repeatedly
categorized the problems of human capital in the lm industry in
Malaysia to six categories of problems namely fund and capital
deciency problems, script quality, Bank Scripts Issues at FINAS,
slot screening, and narrative weaknesses. The ndings of this
study are expected to help the government and the industry to
seek solutions and enhance the potential of human capital in the
lm industry in Malaysia.
Keyword: Malaysian lm industry, Human Capital, FINAS.
Pengenalan
Filem adalah satu wadah dan alat berhubung mengenai hal ehwal yang
berkaitan dengan keperluan awam (khalayak massa). Filem juga adalah
medium elektronik bergambar yang mula-mula diperkenalkan kepada
masyarakat sebelum terciptanya televisyen. Namun ianya berbeza
dengan radio kerana lem dapat menyampaikan sesuatu mesej dengan
gabungan bunyi dan gambar (Asiah, Faridah dan Mazni, 2009). Menurut
Hashim, Aziz dan Ibrahim (2014), keadaan industri perleman di Malaysia
boleh dikatakan sudah beralih dari suatu keadaan yang dilihat tidak
baik pada suatu masa dahulu kepada suatu keadaan yang semakin
baik kebelakangan ini. Sejak tertubuhnya Perbadanan Kemajuan Filem
Nasional Malaysia (FINAS) pada tahun 1981, banyak perkembangan
dapat dilihat dari sudut perkembangan industri perleman. Ketika itu
bantuan kewangan dari FINAS telah diterima oleh para pembikin lem.
43
Meneroka Permasalahan Tenaga Modal Insan
dalam Industri Filem di Malaysia
Secara umumnya senario yang berbeza berlaku pada tahun 1960-an
dan 1970-an ketika banyak studio ditutup akibat kekangan kos produksi.
Manakala pada tahun 1940-an dan 1950-an pula, industri lem Melayu
mencatatkan zaman kegemilangannya di Singapura (Laporan FINAS,
2007). Industri hiburan mencakupi satu skop yang luas. Industri lem
merupakan sub-set kepada dunia hiburan. Industri lem di Malaysia
mempunyai potensi besar untuk menyumbang kepada pertumbuhan
ekonomi negara. Industri lem di Malaysia telah melalui pelbagai isu
dan cabaran dalam dekad yang berlalu sehingga kini.
Permasalahan Kajian
Menurut Ismail Sualman (2007), pembangunan material dan prasarana
adalah penting dan perlu ada bagi memastikan perkembangan
pembangunan, namun ianya tidak memadai. Manusia perlu diperkasakan
sebagai individu kepada pembangunan komuniti. Pembangunan modal
insan pula tidak dapat digerakkan jika tidak menjadikan manusia sebagai
modal. Pendekatan pembangunan manusia atau modal insan perlu
membabitkan agensi-agensi di peringkat mikro dan makro. Ini akan
memberi ruang untuk pemerkasaan manusia atau modal insan. Malaysia,
sebagai sebuah negara kecil dengan hanya kira-kira 30 juta penduduk
dan ia bukanlah satu pasaran yang mencukupi untuk pengeluaran lem
tempatan dalam skala yang besar. Jualan tiket lem-lem di Malaysia
juga menunjukkan penurunan yang membimbanglkan. Contohnya
kutipan bagi semua lem tempatan pada tahun 2014 adalah RM74
juta, penurunan yang besar dari 2015 (RM52 juta). Kutipan semua lem
tempatan pada Oktober 2017 adalah RM34 juta tapi kutipan semua lem
tempatan sehingga bulan Jun 2018 adalah hanya RM19 juta.
Bagi meningkatkan kreativiti dan produktiviti sesebuah negara, modal
utama yang perlu dilaburkan adalah manusia. Ahli ekonomi percaya
bahawa pelaburan ini akan memberi faedah dan peningkatan kreativiti
dan produktiviti sesebuah negara akan berlaku. (Mauzy Harriman, 2003;
Schultz, 1971). Justeru, kebanyakan teori pembangunan modal insan
sering memaparkan bahawa ilmu pendidikan yang sempurna dalam
sesebuah populasi akan mewujudkan kumpulan yang produktif. Justeru
itu, Teori Pembangunan Modal Insan sering menjadikan proses ilmu
44
Forum Komunikasi
pendidikan sebagai asas kepada peningkatan produktiviti dan tenaga
kerja yang esien. Oleh kerana kutipan lem yang semakin menurun,
kajian ini dijalankan untuk melihat perkara ini secara lebih dalam dan
ingin meneroka faktor-faktor permasalahan yang melibatkan modal insan
dalam industri lem di Malaysia.
Tinjauan Literatur
Menurut Abdul Rahman (2007), pemerkasaan modal insan boleh
dilakukan melalui peningkatan keupayaan dan kompentensi individu.
Ia memerlukan usaha di peringkat makro (struktur) melalui pewujudan
pelbagai institusi pemboleh yang sesuai, dan menyediakan pelaburan
yang mencukupi dalam pelbagai bidang, khususnya dalam pendidikan,
kesihatan, serta kemudahan prasarana yang berkualiti bagi menyumbang
kepada kehidupan yang lebih baik dan berkualiti. Manakala agensi di
peringkat mikro pula perlu mengambil peluang bagi menjayakan proses
pembinaan keupayaan mereka dan menyumbang kepada negara.
Menurut Mohd Adnan, Khairuddin dan Ismail (2011), modal insan terdapat
dalam diri manusia yang mana ianya tidak dapat dilihat kerana ia hak
mutlak, milik terhad pada keupayaan yang dimiliki manakala modal
zikal dapat dilihat, dipegang dan dipindah milik tetapi Modal zikal juga
mempunyai jangka hayat dengan berlakunya pengurangan mengikut
jangka waktu. Modal insan pula bergantung kepada proses pendidikan
dan latihan. Nilai dirinya akan meningkat jika dia memanfaatkan
perkembangan teknologi dan perkembangan baru. Sebaliknya jika hanya
bergantung kepada pendidikan pertama maka tiada peningkatan nilai
dalam dirinya.
Namun pembangunan modal insan dalam industri perleman di negara
ini berada dalam kepincangan dan memerlukan bedah siasat (Shai,
Musa, Meryam and Rahman, 2009). Kepincangan ini disebabkan kurang
memberi penekanan mengenai kualiti modal insan dalam kalangan
pekerja lem selain faktor-faktor ransangan yang membolehkan produk
perleman dapat dipasarkan di luar negara. Sungguhpun matlamat
pembangunan negara adalah menjadi negara maju mengikut ‘acuan
45
Meneroka Permasalahan Tenaga Modal Insan
dalam Industri Filem di Malaysia
sendiri’, Justeru, apa sahaja strategi dan program pembangunan yang
telah di laksana, sedang di laksana dan akan dilaksanakan seharusnya
mengambil kira terhadap manusia itu sendiri, supaya pembangunan
yang dihasilkan bersifat mesra manusia dan akhirnya dapat memberi
kesejahteraan kepada manusia itu sendiri. Apa yang cuba dijelaskan di
sini adalah dengan memasukan elemen elemen ini, ianya akan menjiwai
manusia daripada aspek nilai-nilai murni seperti kejujuran, keikhlasan,
kebertanggungjawaban, adil dan saksama, berintegriti dan sebagainya
(Shai, et al., 2009).
Modal fizikal boleh diukur dan dihitung dan pulangan dari modal
zikal dapat dilihat dengan senang tetapi keadaan ini berbeza apabila
kita cuba mengukur atau menghitung pulangan modal insan. (Abdul
Rahman Ahmad, 2006). Keadaan ini wujud dalam dunia perleman
kerana pengukuran kepada kejayaan sesebuah lem box-ofce lebih
tertumpu kepada lem yang mempunyai pelaburan atau kos yang
tinggi, berbanding dengan karyawan dan mereka yang terlibat dalam
pembikinan lem berkenaan (Ismail Sualman, 2007; Mohd Adnan et al.,
2001). Sedangkan asas kepada kejayaan industri perleman Malaysia
bukan hanya memfokuskan kepada kos produksi semata-mata, namun
juga bergantung kepada sumber manusia yang terlatih di dalam industri
tersebut. Tahap mutu pengeluaran lem-lem tempatan mencerminkan
tahap profesionalisme tenaga kerja produksi perleman tempatan. Apa
yang dipaparkan di layar perak sebenarnya adalah pencapaian semasa
seluruh tenaga kerja yang terlibat di dalam produksi lem-lem tempatan.
Menurut Fuziah Kartini, Faridah Ibrahim dan Mohd Safar Hasim (2009),
industri perleman tempatan amat memerlukan tenaga kerja mahir
di dalam membantu meningkatkan mutu lem negara ke tahap yang
boleh dibanggakan. Pengurusan modal insan adalah satu aspek yang
perlu diberi penekanan jika kita hendak memajukan industri perleman
tempatan. Melalui kajian pemerhati industri lem tempatan mendapati,
tenaga kerja krew perleman tidak mendapat latihan formal yang
mencukupi. Apabila tenaga kerja tidak mendapat latihan formal maka
mutu kerja mereka memperlihatkan betapa mereka tidak mahir di dalam
jawatan kreatif yang mereka pegang di dalam sebuah pasukan krew
perleman.
46
Forum Komunikasi
Ismail Sualman (2007) merumuskan bahawa industri lem tempatan
mestilah melihat faktor-faktor modal insan seperti, kemahiran, komitmen
kerja, motivasi, kepuasan kerja, produktiviti, dan kepuasan berkomunikasi
sebagai pemacu kejayaan sesebuah produksi yang dihasilkan. Cara
terbaik untuk memasuki kerjaya dalam industri perleman memerlukan
komitmen dan motivasi yang tinggi serta persediaan bagi mengumpul
pengetahuan dan kemahiran. Hal ini demikian kerana kejayaan dalam
sesuatu produk penerbitan dalam bentuk video atau lem memerlukan
pengetahuan teknologi dan kemahiran teknik-teknik penggambaran serta
suntingan. Kajian juga menunjukkan bahawa 65% penggiat lem terdiri
daripada mereka yang tidak mempunyai kelayakan atau pendidikan
khusus dalam bidang perleman atau penyiaran. Hanya mereka yang
mempunyai pengalaman melalui kerjaya dan minat dan motivasi yang
tinggi sahaja yang mampu bertahan dalam industri ini (Mohd Adnan et
al., 2011).
Namun menurut Mohd Adnan et al., (2011) secara keseluruhannya
penggiat lem di Malaysia khususnya syarikat milik Bumiputera tidak
mempunyai sistem perancangan dan juga pentadbiran yang baik.
Kebanyakkan lem-lem yang diterbitkan banyak bergantung kepada
dana kerajaan atau pinjaman bank menyebabkan produksi perlu dilakukan
secara “segera” dalam tempoh masa yang terhad. Ini disebabkan pihak
produksi tidak mahu menanggung kos yang tinggi kerana menyewa
peralatan, krew dan melantik pekerja sambilan (Mohd Adnan et al.,
2011). Keadaan ini menyebabkan kebanyakan krew dan tenaga kerja
malah artis yang ditampilkan kurang mempunyai kualiti yang diperlukan.
Jelas di sini menunjukkan bahawa industri perleman di Malaysia kurang
memberi penekanan terhadap modal insan dalam tugas harian mereka.
Memandangkan kebanyakan pengiat lem bekerja secara sambilan,
maka mereka kurang memberi penekanan terhadap persoalan motivasi
diri (Asiah et al., 1999). Malah pihak pengurusan dan penerbit kurang
memberi motivasi intrinsik dan ekstrinsik kepada pekerja-pekerja lem
dan krew. Sedangkan faktor motivasi diri amat penting dalam industri
perleman kerana dapat menjana kepuasan dalam diri pekerja dan
seterusnya meningkatkan produktiviti mereka. Ini selaras dengan
kenyataan Corkin, Ekmekci dan Parr (2018) bahawa motivasi diri adalah
47
Meneroka Permasalahan Tenaga Modal Insan
dalam Industri Filem di Malaysia
seiring dengan produktiviti dalam setiap persekitaran pekerjaan. Pekerja
yang bermotivasi tinggi dalam industri perleman biasanya akan rajin
bekerja dan menghasilkan kualiti kerja yang terbaik. Manakala mereka
yang mempunyai motivasi kerja yang rendah akan membuat kerja sambil
lewa dan sekadar memenuhi keperluan kerja sahaja. Ini bermaksud
mereka yang mempunyai motivasi diri yang kental dan bersemangat
sahaja yang akan bertahan lama dalam industri perleman (Mohd Adnan
et al., 2011).
Motivasi yang diberikan kepada pekerja termasuklah soal ganjaran,
kenaikan gaji, peluang kenaikan pangkat, dan keselesaan di tempat kerja.
Namun pekerja yang bermotivasi tidak semestinya komited terhadap
organisasi (Tadić Vujčić, Oerlemans dan Bakker, 2017). Menurut beliau
lagi, segelintir pengurus tidak sanggup menghantar stafnya menghadiri
latihan kemahiran kerana tidak menyedari kepentingan latihan. Malah
segelintir pengurus menganggap latihan mahal dan membazir atau
membuang masa. Keadaan ini mengakibatkan tingkah laku, sikap,
pengetahuan dan kemahiran tertentu tidak dapat disuntik kepada para
pekerja. Fenomena ini menjejaskan komitmen organisasi.
Walaupun industri perleman menyumbang dari segi perkembangan
budaya dan kreativiti negara, namun pada hakikatnya kerjaya industri
perleman lebih bersifat ‘sementara” dan kurang diberikan perhatian
sewajarnya dalam masyarakat (Mohd Adnan et al., 2011). Menerusi
kajian seperti ini, banyak manfaat boleh diperolehi sebagai usaha
berterusan menerokai peluang dan alternatif baru untuk memperkasakan
pengurusan modal insan dalam industri perleman yang bersifat realistik.
Kajian ini juga diharap menjadi platform berkesan untuk pemantapan
strategi, pembentukan hala tuju, pengukuhan organisasi dalam
pembangunan pengurusan modal insan secara holistik. Tambahan
pula dapat membantu pihak yang berkaitan dapat memastikan rakyat
bekerja dalam suasana persekitaran yang memberangsangkan demi
meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.
Sebenarnya motivasi diri amat penting dapat mempengaruhi penampilan
pekerja sekiranya kurang diberikan atau sering diberikan perhatian kepada
pekerja. Menurut Werther dan Davis (1996) pekerja yang tidak mendapat
48
Forum Komunikasi
motivasi, mereka ini berkecenderungan untuk mencari kerja lain, ponteng
kerja, atau kurang bersemangat untuk bekerja dan pelbagai masalah
dalaman yang timbul. Ini menyebabkan mutu kerja mereka ini semakin
hari semakin merosot. Manakala pekerja yang sering mendapat motivasi
dan galakan dari majikan pula akan berkecenderungan untuk melakukan
pekerjaan mereka dengan bersungguh-sungguh, berkeyakinan tinggi,
bersemangat dan mutu kerja mereka juga menunjukkan peningkatan.
Berdasarkan perbincangan di atas dapatlah diandaikan bahawa industri
perleman belum mencapai tahap pengurusan dan pembangunan modal
insan yang mampu meningkatkan kualiti produk perleman cereka di
Malaysia. Walaupun pekerja lem rata-rata terdiri daripada mereka
yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi, namun penglibatan mereka
dalam industri ini masih belum mendapat pengiktirafan sepenuhnya oleh
pihak berwajib. Ini menyebabkan industri perleman cereka di Malaysia
susah untuk berkembang kerana faktor modal insan tidak menjadi kriteria
utama dalam penglibatan mereka dalam industri ini.
Kaedah Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menemubual tenaga
modal insan dalam industri lem di Malaysia dalam kumpulan fokus.
Informan kajian ini dipilih dengan mengggunakan persampelan bertujuan
(purposive sampling). Sampel ini dipilih daripada pelbagai karakter
supaya hasil kajiannya menjadi pelbagai (Merriam, 1998). Kajian
kualitatif tidak menetapkan bilangan peserta dalam satu kajian. Menurut
Bailey (2017) bilangan yang dipilih untuk persampelan bertujuan sentiasa
kecil, yang penting ialah peserta yang dipilih itu kaya dengan informasi
untuk kajian yang sistematik. Soalan yang ditanyakan kepada tiga
informan yang juga pengarah lem tersebut berkisar mengenai situasi
sebenar industri untuk meneroka permasalahan tenaga modal insan
dalam industri lem di negara ini. Setiap temubual dirakam secara audio
dan proses mentranskripsikan data-data secara verbatim merupakan
langkah pertama yang dilakukan setelah selesai sesi temubual.
Selepas itu, data yang telah ditranskripsikan dibaca berulang kali untuk
memperolehi kefahaman yang mendalam sebelum dikategorikan. Proses
49
Meneroka Permasalahan Tenaga Modal Insan
dalam Industri Filem di Malaysia
temubual dihentikan pada informan ketiga kerana sudah mencapai tahap
ketepuan. Ketiga-tiga informan secara berulang telah mengkategorikan
permasalahan tenaga modal insan dalam industri lem di Malaysia
kepada enam faktor seperti yang dibincangkan selanjutnya.
Dapatan Kajian: Permasalahan Tenaga Modal Insan dalam
Industri Filem di Malaysia
Berdasarkan kepada perbincangan kumpulan fokus bersama tenaga
pekerja modal insan dalam industri perleman di Malaysia, beberapa
permasalahan berkaitan fokus yang dikaji di Malaysia telah dikenalpasti.
Dapatan 1: Kekurangan Dana dan Modal
Menerbit dan menghasilkan lem adalah tidak semudah seperti yang
disangkakan. Di seluruh dunia, pelbagai masalah menimpa pengarah
dan penerbit lem sehingga memaksa mereka melakukan sesuatu
di luar jangkaan. Pengarah terkenal, Francis Ford Coppola terpaksa
menggadaikan harta dan rumahnya untuk menyiapkan lem Apocalypse
Now. Perkara sama turut dilakukan Robert Aldrich untuk menyiapkan
lemnya yang berjudul Dirty Dozen. Pihak produksi lem William The
Conqueror terpaksa membatalkan penggunaan khidmat pengarahan
Michael Winner kerana masalah kewangan, manakala penerbit lem Planet
of The Apes, Arthur P. Jacobs mengalami kesukaran untuk memulakan
penggambaran dan terpaksa menunggu hampir tiga tahun. Di Timur pula,
tokoh lem Jepun terkenal, Akira Kurosawa didakwa pernah cuba untuk
membunuh diri selepas gagal mencari penerbit untuk melaksanakan
sebuah projek perleman, manakala Manoj Kumar seorang penerbit,
pelakon utama, penulis skrip dan pengarah lem dari India hampir gila
selama 4 bulan setelah lem terbesarnya gagal di pasaran dan menerima
kerugian besar. Pelbagai faktor perlu diambil kira, ada antaranya dapat
diramalkan tidak kurang juga berlaku perkara-perkara yang tidak dapat
diduga. Menurut para informan, antara permasalahan yang wujud di
dalam industri lem di Malaysia adalah masalah kekurangan dana. Dari
peringkat pra-produksi hingga kepada pasca-produksi, kesemua pihak
perlu berkerjasama rapat untuk menghasilkan sebuah lem yang berjaya
50
Forum Komunikasi
menepati pihak produksi. Kekurangan alatan atau barang teknik perlu
ditangani di peringkat akan kerana ia akan menyebabkan perjalanan
produksi terganggu, perbelanjaan meningkat, menganggu jadual
penggambaran dan pelbagai implikasi lain.
Kegagalan sesebuah filem selalunya berkaitan dengan masalah
kekurangan modal. Isu kekurangan modal adalah isu global dalam
industri perleman dan ia masih dihadapi sehingga ke hari ini, termasuk
di Malaysia. Para informan berpendapat, segelintir dari pelabur dan
peniaga melihat industri perleman sebagai kurang berpotensi untuk
mengaut keuntungan yang besar, maka percubaan mendapatkan dana
samada daripada bank atau pelabur adalah amat sukar. Apatah lagi
buat masa ini kos pengeluaran dan penyewaan barangan teknikal bagi
pembikinan lem terus meningkat. Selain daripada itu, bayaran untuk
pelakon juga semakin tinggi dan usaha untuk mendapatkan penajaan
juga menjadi semakin sukar.
Di Malaysia, kos purata pembikinan sesuatu lem cereka pada 2009 ialah
RM1.5 juta, berbanding dengan RM350 juta (USD100 juta) di Hollywood.
Bagaimanapun, RM1.5 juta itu masih merupakan jumlah wang yang
banyak untuk dilaburkan dalam satu perniagaan yang berisiko. Walaupun
terdapat pelbagai cabaran dalam pembuatan lem di negara ini, dalam
tempoh empat tahun yang lalu, 2005 hingga 2008, industri ini telah
menunjukkan peningkatan penontonan di pawagam mengikut kajian
AC Nielsen Media Research, iaitu 254,000 penonton seminggu pada
2007 ke 277,000 penonton seminggu pada 2008. Perkembangan ini
juga disokong oleh peningkatan kutipan kasar dari 26 tayangan lem
tempatan berjumlah RM50.8 juta dan pertambahan jumlah skrin di
panggung wayang yang kini mencecah 485 skrin pada 2009, berbanding
dengan RM29.6 juta dan 353 skrin pada 2007 (Laporan FINAS, 2010).
Dapatan 2: Mutu Skrip
Para informan berpendapat, permasalahan industri lem di Malaysia
banyak disumbangkan oleh skrip yang tidak bermutu, longgar dan
lemah serta tidak diperbaiki walaupun telah melalui pelbagai proses
penambahbaikan. Namun, para informan mendakwa, masih ada penerbit
51
Meneroka Permasalahan Tenaga Modal Insan
dalam Industri Filem di Malaysia
dan pengarah lem yang peka terhadap perkara ini. Sebagai contoh,
Yusri Abdul Halim telah melakukan pembetulan skrip Hikayat Merong
Mahawangsa sebanyak 13 kali. Beberapa elemen juga ditukar menjadi
metafora untuk menambahkan minat terhadap tontonan lem tersebut.
Sebagai contoh, burung garuda ditukar menjadi sebuah kapal untuk
menampilkan unsur Hollywood dalam lem tersebut. Para informan
menambah, citarasa penonton lem berbeza-beza mengikut faktor
umur, bangsa, agama dan budaya. Penerbit lem harus mempunyai
sasaran penonton terlebih dahulu bagi memastikan lem yang dihasilkan
mendapat sambutan. Pada waktu yang sama, disarankan agar penerbit
dan pengarah untuk memperbanyakkan bahan bacaan bagi mendapatkan
idea baru untuk menghasilkan sebuah skrip yang lebih berunsur realisme
dan berkualiti. Selain membaca, penontonan lem-lem luar dari pelbagai
negara juga digalakkan bagi menghasilkan satu skrip yang baru dan
berbeza. Penulis skrip pula haruslah peka dengan sesuatu yang baru
atau isu terkini. Kebangkitan Islam (Islamophobia), keruntuhan institusi
keluarga, keruntuhan akhlak, penglibatan remaja dan jenayah serta isu
globalisasi yang dihadapi dunia seharusnya dijadikan panduan untuk
menghasilkan skrip lem yang bertema agama, kasih sayang, nasihat,
pedoman dan kekeluargaan. Para informan juga berpendapat bahawa,
penulisan dalam bentuk seperti ini adalah satu amal jariah dan dakwah
secara tidak langsung dan ia lebih baik dari menulis sebuah skrip yang
mengandungi adegan seks, berunsur tahyol, ganas dan elemen-elemen
hiburan yang melalaikan seperti apa yang berlaku pada hari ini. Bagi
informan, lem sebagai satu bahan berpengaruh haruslah digunakan
dengan sebaiknya sebagai bahan perantara untuk menasihat bagi
menzahirkan kebaikan.
Dapatan 3: Ketiadaan Kerjasama di antara Penulis dan Krew Filem
Para informan berpendapat, industri lem di Malaysia juga berhadapan
dengan keadaan di mana, wujud sikap kurang bekerjasama antara
penulis dengan pekerja lem dan ini menyukarkan martabat dan kualiti
penerbitan lem tempatan diangkat ke peringkat yang lebih baik. Para
informan menyarankan agar penulis skrip dan krew produksi untuk
melemparkan sifat ego dan sentiasa berkerjasama antara satu sama
lain untuk penghasilan lem yang baik dan mengikut jadual.
52
Forum Komunikasi
Dapatan 4: Ketiadaan Skrip Simpanan dalam Bank Skrip di FINAS
Penubuhan Bank Skrip di FINAS bertujuan membolehkan sesebuah
skrip disimpan di suatu tempat bagi memudahkan ia dicapai pihak
ketiga sekiranya ketandusan idea. Namun para informan mendakwa,
idea menerbitkan sebuah lokasi pengumpulan skrip ini dilihat gagal
dipraktikkan produksi tempatan dan tidak mendapat sambutan di
kalangan prosedur. Di Hollywood, kaedah ini telah lama dipraktikkan
dengan studio-studio mempunyai bank skripnya tersendiri.
Bank Skrip ini juga gagal mendapatkan skrip daripada penulis skrip
tempatan. Difahamkan sehingga hari ini kurang dari 20 buah skrip
disimpan di dalam bank tersebut. Kalangan penulis skrip hari ini juga
dikatakan enggan meminta nasihat dari FINAS mengenai skrip yang
dihasilkan mereka malah gemar menghantar sesebuah skrip tersebut
terus kepada syarikat produksi pilihan mereka dengan harapan ia akan
diterbitkan sebagai sebuah lem. Lebih malang, ada juga yang menjadi
mangsa apabila skrip diambil namun royalti bayaran atau penghargaan
tidak diberikan kepada penulis tersebut.
Menurut informan, para penerbit juga dilihat tidak memanfaatkan Bank
Skrip tersebut dan lebih gemar menggunakan khidmat penulis skrip yang
tidak mempunyai latihan atau kelulusan akademik. Bagi sesetengah
penerbit pula, mereka gemar menggunakan khidmat penulis skrip tetap
dan enggan untuk memberikan peluang kepada khidmat penulis skrip
yang baru.
Dapatan 5: Perebutan Slot Tayangan
Menurut para informan, salah satu sebab kemerosotan kadar penontonan
lem di Malaysia adalah disebabkan sikap penerbit yang berebut untuk
mendapatkan slot tayangan pada hari dan musim tertentu. Sebahagian
penerbit melihat kaedah ini sebagai satu dari kaedah untuk menarik
penonton ke panggung. Tidak dinakan, banyak lem yang berjaya
menerusi kaedah ini tetapi, tidak kurang juga ada yang gagal kerana
pilihan lem tempatan yang pelbagai dalam waktu yang singkat.
53
Meneroka Permasalahan Tenaga Modal Insan
dalam Industri Filem di Malaysia
Para informan berpendapat, kaedah ini hanya boleh dianggap berjaya
sekiranya tiada lem-lem Hollywood yang hebat disiarkan pada minggu
yang sama. Sudah tentu, penonton di Malaysia lebih cenderung memilih
untuk menonton lem Hollywood berbanding lem tempatan dan trend
ini bukanlah sesuatu yang baru. Penerbit tempatan juga menyedari jika
lem mereka ‘bertembung’ dengan lem-lem yang mempunyai eleman
komersil yang tinggi dari Hollywood; sebagai contoh tema atau jalan
cerita yang menarik, penggunaan pelakon popular mahupun kesan khas,
lem tempatan akan kerugian.
Dapatan 6: Kelemahan Naratif
Para informan berpendapat, antara masalah utama industri lem di
Malaysia adalah apabila penonton lem beranggapan lem-lem di
Malaysia tidak mencabar, tidak ada pembaharuan dan tidak bermesej.
Kisah yang dipaparkan di dalam lem-lem di Malaysia juga dianggap
berulang. Filem-lem ini juga hanya sarat dengan kisah cinta, lawak
bodoh, pemaparan gura makhluk halus, masalah sosial yang tidak
berkesudahan dan sebagainya. Pemaparan visual juga lebih kepada
imaginasi dari realiti.
Walau bagaimanapun, informan 2 berpendapat :
“ .. kita harus melalui proses-proses tertentu. Tetapi, proses-proses
berikut akan menjadi mudah jika kita ada pengetahuan. Bagi
saya, setiap individu harus tahu kekuatan diri sendiri dan aspek
mana yang hendak dikuasai dahulu. Pada permulaannya kita
tidak boleh menjadi pengarah terus, kerana kadang-kadang anda
tidak faham psychology effect menjadi seorang pengarah sebab
perlu faham apa partikel-partikal kecil yang ada dalam industri ini
sebelum betul-betul mahu menjadi pengarah. Jadi, kalau tanya
kepada saya mengenai hal ini, saya rasa setiap individu perlu
tahu kekuatan pada diri sendiri dan dalam aspek mana yang ingin
ditekankan dahulu dan juga tahu pendidikan yang ingin individu
tersebut masuk untuk permulaan.”
Para informan merasakan bahawa sebuah filem yang baik harus
mempunyai cerita yang baik dan digerakkan oleh plot utama yang
54
Forum Komunikasi
kukuh dan disokong dengan sub plot yang membantu jalan penceritaan.
Ia juga harus mempunyai ‘Human Interest Value’ (HIV) bagi membuatkan
penonton menghayati jalan cerita berterusan tanpa henti. Kegagalan
menampakkan elemen HIV ini akan menyebabkan penonton bertindak
keluar dari pawagam pada pertengahan jalan cerita. Selain itu, pengarah
juga harus mampu berkomunikasi secara visual dan menterjemahkan
skrip ke dalam lem menerusi penggunaan sudut yang baik.
Kesimpulan
Industri perleman tempatan harus saling lengkap melengkapi. Hisham
(2015) menyatakan bahawa “Malaysia harus belajar dari Singapura yang
sedar kepentingan menyelaras segala hal pentadbiran dan gerak kerja
industri supaya lebih bersepadu. Mereka (Singapura) melakukan semua
ini kerana mereka jelas apa yang dimahukan untuk menjadi hub kepada
industri kandungan di Asia. Semua harus lengkap melengkapi." Industri
perleman tempatan adalah sebuah industri yang mempunyai berpotensi
tinggi. Bagi sesebuah industri yang kreatif, ianya perlu peka dan terbuka
dengan penerimaan sebarang penambahbaikan dan sentiasa peka di
dalam keadaan semasa dan sekeliling.
Pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan agensinya,
FINAS yang sudah pun menjalankan pelbagai gerak kerja di dalam
memartabatkan industri perleman tempatan sehingga ke aras yang
boleh dibanggakan kini. Tetapi, perkara yang perlu ditambah baik lagi
adalah tentang pemahaman lem sebagai salah satu penjana ekonomi
yang juga perlu seimbang dengan modal insan dan juga pertumbuhan
di dalam apresiasi lem. Ianya amatlah penting bagi pentadbiran dan
pengurusan industri perleman tempatan ini untuk melahirkan bukan
sahaja industri yang maju, namun juga mengubah kualiti hidup tenaga
kerja dan masyarakat ke tahap yang lebih baik.
Rujukan
Abdul Rahman Ahmad (2006), Pembangunan modal insan: Apa dan kenapa perlu
dalam konteks organisasi di Malaysia, Kuala Lumpur: Human Resources
Academy.
55
Meneroka Permasalahan Tenaga Modal Insan
dalam Industri Filem di Malaysia
Asiah Sarji, Faridah Ibrahim, dan Mazni Buyong, (1999). Pola Pengalaman
Profesionalisme Dalam Industri Filem Malaysia (Pattern of Professional
Practice in the Malaysian Film Industry); Selangor, FINAS, Malaysia.
Bailey, C. R., & Bailey, C. A. (2017). A guide to qualitative eld research. Sage
Publications.
Corkin, D. M., Ekmekci, A., & Parr, R. (2018). The Effects of the School-Work
Environment on Mathematics Teachers’ Motivation for Teaching: A Self-
Determination Theoretical Perspective. Australian Journal of Teacher
Education, 43(6), 4.
Fuziah Kartini Hassan Basri, Faridah Ibrahim, Mohd. Safar Hasim. (2009).
Penontonan Filem Cereka Di Malaysia: Tingkah Laku, citarasa, persepsi
dan harapan. Kuala Lumpur: FINAS.
Hashim, H., Aziz, J., & Ibrahim, F. (2014). Filem dan revolusi teknologi: Persepsi
Penggunaan CGI dari aspek estetik & kreativiti. Jurnal Komunikasi, Malaysian
Journal of Communication, 30, 95-106.
Hisham, H. T. (2015). Cabaran industri lem Melayu, pandangan penggiat industri
dan penonton (Tesis Kedoktoran tidak diterbitkan). Universiti Malaya, Kuala
Lumpur.
Ismail Sualman. (2007). Kebolehpasaran Graduan Fakulti Komunikasi dan
Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, Laporan Kajian Institut
Pengurusan Penyelidikan. Shah Alam: Universiti Teknologi MARA.
Laporan FINAS. (2007). Kuala Lumpur : FINAS.
Mauzy, J., & Harriman, R. A. (2003). Three climates for creativity. Research-
Technology Management, 46(3), 27-30.
Mohd. Adnan Hashim, Khairuddin Muhammad, Ismail Sualman. (2010). Kajian
Keboleh Pasaran Graduan Penyiaran dan Perleman di Malaysia. Laporan
Kajian FINAS. Kuala Lumpur: FINAS.
Merriam, S. B. (1998). Qualitative research and case study applications
ineducation. San Francisco: Jossey-Bass.
Schultz, Theodore W. (1971), Investment in human capital: The role of education
and of research. New York: The Free Press.
Shai, H., Musa, S., Meryam, S., & Abd Rahman, Z. (2009). Pembangunan modal
insan ke arah meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Dipetik daripada http://
eprints.uthm.edu.my/2719/1/A2_Fullpaper_200_Haryati_et_al.pdf.
56
Forum Komunikasi
Tadić Vujčić, M., Oerlemans, W. G., & Bakker, A. B. (2017). How challenging
was your work today? The role of autonomous work motivation. European
Journal of Work and Organizational Psychology, 26(1), 81-93.
Wether, William B. (Jr) and Keith Davis. (1996). Human Resources and personnel
management. Fifth Edition. New York: McGraw-Hill.
Article
Full-text available
Guided by self-determination theory, this study investigated the extent to which factors of teachers' school-work environments predict their self-efficacy and intrinsic value for teaching. Participants were 217 mathematics teachers working in Texas public schools. Results indicated that principals' autonomy support positively predicted teachers' self-efficacy and intrinsic value for teaching beyond years of teaching experience, mathematics background, and grade level taught. Moreover, the negative effects of school-work environments dominated by high-stakes testing on teachers' motivation for teaching were moderated by the level of autonomy support provided by the school principal.
Article
The main aim of this study was to investigate whether autonomous motivation for work can explain the distinctive associations between hindrance and challenge demands and work-related well-being (i.e., positive affect and work engagement) on a within-person level. Autonomous work motivation represents the degree to which motivation for putting effort in work is intrinsic (i.e., with a sense of volition and personal choice) or has been internalized (i.e., without feelings of internal or external pressure). In order to test our hypotheses, we employed a diary methodology and followed 153 secondary school teachers throughout five consecutive working days. The results of multilevel modelling provided support for the hypothesized research model. On days when teachers experienced more challenges, they also experienced more positive affect and more engagement in their work on the same day, and this relationship could be explained by (higher) autonomous work motivation on that day. In contrast, on days when teachers experienced more hindrance demands, they experienced less positive affect and less work engagement, and this process was explained by (reduced) autonomous work motivation that day. Our findings add to the literature by showing that daily autonomous motivation as a motivational process can explain why daily challenge and hindrance demands are differentially related to positive well-being at work.
Article
The view of human resources as a form of capital is not new, but it has only recently been thoroughly examined and explicitly incorporated into the stream of economic thought. In this book the author summarizes the work he has done in the field over the past decade. In particular the author addresses himself to two areas that have been neglected by economic thinking: investment in human beings and in research. (Author)
Article
Putting into place in a large company the kind of climate that is conducive to creativity requires prolonged effort. Moreover, the tactics will likely differ from company to company. At Hallmark, the leader of the Specialty Creative Division walled it off from the rest of the corporate culture, promoted artists from within to be midlevel managers and "key enablers," and allocated 30 percent of the division's time and resources to recharging its people's artistic talent. At Hewlett-Packard, the new leader of a creative software venture based his group's climate on three fundamental principles: collaboration, open feedback and flexibility. And the founders of the e-commerce company NetGenesis hired explicitly for creativity, which they then reinforced with a "heroes program" that publicly recognized and rewarded risk takers.This article is available online and in the print version but not for pay-per-view
Pola Pengalaman Profesionalisme Dalam Industri Filem Malaysia (Pattern of Professional Practice in the Malaysian Film Industry)
  • Asiah Sarji
  • Faridah Ibrahim
  • Mazni Dan
  • Buyong
Asiah Sarji, Faridah Ibrahim, dan Mazni Buyong, (1999). Pola Pengalaman Profesionalisme Dalam Industri Filem Malaysia (Pattern of Professional Practice in the Malaysian Film Industry);
A guide to qualitative field research
  • C R Bailey
  • C A Bailey
Bailey, C. R., & Bailey, C. A. (2017). A guide to qualitative field research. Sage Publications.
  • Fuziah Kartini Hassan Basri
Fuziah Kartini Hassan Basri, Faridah Ibrahim, Mohd. Safar Hasim. (2009).
Tingkah Laku, citarasa, persepsi dan harapan
  • Penontonan Filem Cereka Di Malaysia
Penontonan Filem Cereka Di Malaysia: Tingkah Laku, citarasa, persepsi dan harapan. Kuala Lumpur: FINAS.
Filem dan revolusi teknologi: Persepsi Penggunaan CGI dari aspek estetik & kreativiti
  • H Hashim
  • J Aziz
  • F Ibrahim
Hashim, H., Aziz, J., & Ibrahim, F. (2014). Filem dan revolusi teknologi: Persepsi Penggunaan CGI dari aspek estetik & kreativiti. Jurnal Komunikasi, Malaysian Journal of Communication, 30, 95-106.