Conference PaperPDF Available

KESEDARAN TERHADAP ZAKAT PENDAPATAN DALAM KALANGAN STAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Authors:

Abstract

Zakat adalah salah satu instrumen penting dalam ekosistem ekonomi umat Islam. Kepentingan zakat kepada Muslim dapat dilihat dari beberapa aspek seperti individu, masyarakat dan negara. Menurut Patmawati (2008), dalam masyarakat Islam, institusi zakat berfungsi sebagai satu mekanisme untuk menangani masalah kemiskinan, menjamin keadilan sosioekonomi dan menyediakan satu keadaan yang membolehkan manusia memelihara kehormatan dan melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah SWT. Zarina et al. (2012) turut menjelaskan bahawa zakat berperanan sebagai pemangkin kepada kebangkitan ekonomi negara. Manakala Fuadah (2004) pula mendapati agihan zakat yang dibuat oleh Majlis Agama Islam Melaka telah dapat mengurangkan kadar kemiskinan di negeri Melaka. Dalam hal ini, al-Qaradawi (1973) menegaskan bahawa kemuliaan Islam dapat dikembalikan jika umat Islam menunaikan zakat dan institusi zakat pula dapat menyalurkannya dengan teratur. Selain dari kepentingan zakat dari aspek ekonomi, zakat juga memberi kesan positif terhadap kesihatan jiwa dan mental. Menurut Mohd Nasir et al. (2016), sifat keikhlasan dan memahami tujuan ibadah zakat adalah dua elemen yang penting untuk meningkatkan kesihatan jiwa. Hal demikian kerana, zakat dapat menumbuhkan sikap positif, seperti ikhlas, belas ihsan dan syukur. Di samping itu juga, zakat dapat menghindarkan sikap negatif, seperti tamak, sombong dan pentingkan diri.
139
Kesedaran terhadap Zakat Penda patan dalam Kalangan Staf Un iversiti Teknologi Malaysia
PENDAHULUAN
Zakat adalah salah satu instrumen penting dalam ekosistem ekonomi umat
Islam. Kepentingan zakat kepada Muslim dapat dilihat dari beberapa
aspek seperti individu, masyarakat dan negara. Menurut Patmawati (2008),
dalam masyarakat Islam, institusi zakat berfungsi sebagai satu mekanisme
untuk menangani masalah kemiskinan, menjamin keadilan sosioekonomi
dan menyediakan satu keadaan yang membolehkan manusia memelihara
kehormatan dan melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah SWT.
Zarina et al. (2012) turut menjelaskan bahawa zakat berperanan sebagai
pemangkin kepada kebangkitan ekonomi negara. Manakala Fuadah
(2004) pula mendapati agihan zakat yang dibuat oleh Majlis Agama Islam
Melaka telah dapat mengurangkan kadar kemiskinan di negeri Melaka.
Dalam hal ini, al-Qaradawi (1973) menegaskan bahawa kemuliaan Islam
dapat dikembalikan jika umat Islam menunaikan zakat dan institusi zakat
pula dapat menyalurkannya dengan teratur. Selain dari kepentingan zakat
dari aspek ekonomi, zakat juga memberi kesan positif terhadap kesihatan
jiwa dan mental. Menurut Mohd Nasir et al. (2016), sifat keikhlasan
dan memahami tujuan ibadah zakat adalah dua elemen yang penting
untuk meningkatkan kesihatan jiwa. Hal demikian kerana, zakat dapat
menumbuhkan sikap positif, seperti ikhlas, belas ihsan dan syukur. Di
samping itu juga, zakat dapat menghindarkan sikap negatif, seperti tamak,
sombong dan pentingkan diri.
K
EsEdaran
tErhadaP
Z
aKat
P
EndaPatan
dalam
K
alangan
s
taF
u
nivErsiti
t
EKnologi
m
alaysia
Mohd Nasir Masroom, Naemah Hamzah, Rahmawatul
Husna Sokhipul Hadi & Aminuddin Ruskam
140
Aplikasi Pengurusan Zakat di Malaysia
PENYATAAN MASALAH
Zakat pendapatan ialah zakat yang dikeluarkan sama ada pendapatan
dipero leh melalui gaji atau pendapa tan lain. Al-Qaradawi (2003 )
menjelaskan bahawa manusia menerima gaji dan upah dengan melakukan
berbagai pekerjaan seperti menjadi kakitangan kerajaan atau hasil daripada
kerja yang tidak terikat dengan kerajaan. Pendapatan yang diperoleh itu
dipanggil al-mal al-mustafad dan ia wajib dizakatkan. Zakat pendapatan
boleh dibahagikan kepada dua keadaan, iaitu (i) zakat yang dikenakan
ke atas hasil dari usaha perdagangan, ternakan individu atau syarikat;
dan (ii) pendapatan melalui ganjaran atau upah daripada pekerjaan dan
perkhidmatan dengan majikan. Selain itu, pendapatan berasaskan keadaan
tertentu seperti kematian (pampasan), perkahwinan (mahar), tamat tempoh
perkhidmatan (gratuiti), hadiah, pusaka, subsidi dan pemberian (derma)
juga termasuk dalam sumber harta yang boleh dikenakan zakat pendapatan
(M Ikhlas et al., 2016). Zakat pendapatan juga merupakan bayaran yang
dikeluarkan terhadap pendapatan peribadi yang terhasil daripada sumber
atau aktiviti yang melibatkan pekerjaan. Ia termasuk bayaran professional,
pampasan pekerja, gaji, upah, geran, hadiah, dividen dan seumpamanya
(NurBariahHa,2010.
Hukum membayar zakat pendapatan masih menjadi isu dan perdebatan
dalam kalangan sarjana Muslim (M Ikhlas et al., 2017). Namun begitu, di
Malaysia, melalui Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah menetapkan kewajipan membayar
zakat pendapatan melalui beberapa siri fatwa yang merangkumi hukum,
syarat dan kadar yang perlu dibayar oleh mereka yang mencukupi syarat
(JAKIM, 2015). Sementara itu, terdapat pula negeri yang pernah mewartakan
bahawa zakat pendapatan adalah tidak wajib dikutip (Hairunnizam et al.,
2007; M Ikhlas et al., 2017) sedangkan waktu itu, Majlis Fatwa Kebangsaan
telah mengeluarkan fatwa tentang kewajipannya. Sungguh pun Majlis Fatwa
Kebangsaan telah memutuskan kewajipan zakat pendapatan, Mujaini (2012)
berpendapat bahawa terdapat tiga bentuk respons masyarakat di Malaysia
mengenai kewajipan membayar zakat pendapatan. Pertama, mereka yang
menolak kewajipannya kerana fatwa tersebut tidak berasaskan nas yang
kuat. Kedua mereka yang menerima kewajipannya kerana kemaslahan
masyarakat dan para penerima. Ketiga, mereka yang menerima kewajipan
membayar zakat pendapatan kerana hukum kewajipan tersebut berasaskan
nas al-Qur’an dan al-Hadith.
141
Kesedaran terhadap Zakat Penda patan dalam Kalangan Staf Un iversiti Teknologi Malaysia
Kajian lepas mendapati trend kutipan dan pembayar zakat pendapatan
menunjukkan peningkatan selepas fatwa berkaitan kewajipan membayar
zakat pendapatan dikeluarkan berbanding sebelumnya. Peningkatan ini
menunjukkan maklum balas positif umat Islam di Malaysia terhadap fatwa
yang dikeluarkan. Namun begitu, kajian lepas mencadangkan pelbagai
usaha perlu ditingkatkan untuk meningkatkan kesedaran umat Islam untuk
membayar zakat pendapatan dan sekali gus dapat meningkatkan jumlah
kutipan zakat dan dapat diagihkan kepada lebih banyak asnaf dengan jumlah
yang lebih besar (Zaman & Wahid, 2014). Kajian Hairunnizam et al. (2007),
mendapatifaktordemograsepertiumur,tarafperkahwinandanpendapatan
adalahsignikanmempengaruhipembayaranakatpendapatandiMalaysia.
Mekanisme pembayaran zakat pendapatan melalui potongan gaji juga
merupakan elemen terpenting dalam mempengaruhi pembiayanya. Nur
BariahHa(2010pulamendapatibahawafaktorsosial,keagamaan
dan latar belakang ekonomi, di samping faktor “diri sendiri” adalah menjadi
faktor penyumbang kepada pembayar untuk membayar zakat. Mereka
mencadangkan agar kesedaran zakat melalui pendidikan dilakukan kerana
ia boleh membantu meningkatkan tahap kesedaran masyarakat tentang
kepentingan zakat pendapatan.
Tidak mengejutkan, antara sebab sebahagian umat Islam enggan
membayar zakat pendapatan adalah kerana tidak berpuas hati terhadap
institusi zakat yang dikatakan menggunakan kaedah pengagihan yang kurang
berkesan dan maklumat pengagihan yang tidak jelas. Terdapat juga yang
berpendapat bahawa pembayar berhak untuk mengagihkan zakat secara terus
kepada penerima tanpa melalui amil yang dilantik oleh kerajaan. Ini kerana
khawatir zakat jatuh kepada amil yang buruk akhlak dan menyeleweng
(Hairunnizam et al., 2009). Malah kajian Hairunnizam et al. (2005) juga
membuktikan pemboleh ubah kepuasan agihan zakat oleh institusi zakat
amatsignikanmempengaruhikepatuhanmembayarakat.KajianSanep
et al. (2006) turut membuktikan bahawa pembayar zakat berminat untuk
membayar terus kepada asnaf walaupun kemudahan zakat pendapatan
disediakan oleh agensi kerajaan yang dilantik. Kajian ini juga menunjukkan
57.1 peratus mereka merasa tidak berpuas hati dengan kaedah pengagihan
yang dibuat oleh institusi zakat. Kamil (2005) menyatakan bahawa faktor
motivasi dalaman yang mempengaruhi pembayar zakat adalah kualiti
perkhidmatan, pendedahan kempen promosi zakat, pengetahuan tentang
zakat pendapatan dan faktor keagamaan. Selain itu, Mohd. Ali et al., (2003)
142
Aplikasi Pengurusan Zakat di Malaysia
mendapati enam faktor yang signikan dal am mempengaruhi pembayar
zakat pendapatan iaitu jantina, tahap pendidikan, pengetahuan mengenai
zakat pendapatan, pengetahuan Islam dan ketakwaan. Justeru itu, artikel ini
cuba mengenal pasti aspek-aspek kesedaran membayar zakat pendapatan
dalam kalangan staf Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan faktor staf
tidak membayar zakat melalui Unit Zakat UITM Johor Bahru (UTMJB).
METODOLOGI
Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan mengedarkan soal selidik
secara dalam talian untuk mengumpulkan data utama, di samping menjalan
analisis dokumen sebagai data sokongan. Tujuan soal selidik ini adalah
untuk mendapatkan maklum balas tentang kesedaran membayar zakat di
UTMJB yang terdiri daripada staf akademik, staf pengurusan & profesional
dan staf pelaksana.
Soal selidik ini mengandungi sembilan soalan yang terdiri daripada
empat soalan tertutup dan lima soalan terbuka. Soalan tertutup dianalisis
dalam bentuk kekerapan dan peratus. Sementara itu, soalan terbuka dianalisis
secara bertema bagi membentuk model penambahbaikan pengurusan
dan pentadbiran zakat. Pemilihan sampel kajian adalah menggunakan
convenience sampling. Hal ini disebabkan jumlah populasi yang ramai
iaitu sebanyak 3890 orang di kampus Johor Bahru, manakala jumlah staf
yang menjawab soal selidik adalah sebanyak 208 orang. Bilangan ini dikira
memadai kerana staf yang berminat sahaja menjawab soal selidik berkenaan
(Picardi & Kevin, 2014; Mok Soon Sang, 2010). Data utama ini disokong
oleh dapatan melalui analisis terhadap beberapa dokumen yang diperoleh
daripada Pegawai Zakat UTM yang melibatkan laporan bulanan zakat
mencakupi data agihan, data kutipan, kertas kerja program dan perancangan
Unit Zakat UTMJB.
TABURAN STAF DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Sehingga Julai 2018, jumlah staf yang berkhidmat di UTM adalah seramai
4537 orang. Pecahan mengikut kampus adalah 3890 orang staf bertugas
UTMJB, 590 orang di UTM Kuala Lumpur dan 57 orang bertugas di kampus
143
Kesedaran terhadap Zakat Penda patan dalam Kalangan Staf Un iversiti Teknologi Malaysia
Pagoh. Daripada jumlah 4537 orang pula boleh dibahagikan kepada tiga
kategori berdasarkan bidang tugas masing-masing iaitu staf akademik, staf
pengurusan & profesional dan staf pelaksana. Bagi staf akademik iaitu
mereka yang berada di dalam Gred DS adalah seramai 1292 orang yang
terdiri daripada jawatan Profesor, Profesor Madya, Pensyarah Kanan dan
Pensyarah biasa.
Bagi staf pengurusan & profesional terdiri daripada 429 orang yang
terdiri daripada pelbagai skim iaitu skim S (Sosial), skim N (Pentadbiran),
skim W (Kewangan), skim Q (Penyelidik), skim J (Jurutera), skim F
(Teknologi Maklumat) dan skim C (Sains). Staf pengurusan dan profesional
bermula dari Gred 41 sehingga VU 7 (Pengurusan Tertinggi). Manakala staf
pelaksana di UTM adalah seramai 2172 orang berperanan sebagai sokongan
kepada tugasan-tugasan di universiti. Gred staf sokongan bermula dari Gred
11 sehingga Gred 38. Rajah 1 di bawah menunjukkan bahawa staf pelaksana
merupakan staf yang paling ramai iaitu 56 peratus berbanding staf akademik
33 peratus dan staf pengurusan dan profesional hanya 11 peratus.
144
Aplikasi Pengurusan Zakat di Malaysia
DAPATAN KUTIPAN DAN AGIHAN
Pembayar Zakat Pendapatan di UTMJB
Statistik pembayar zakat pendapatan di UTMJB menunjukkan staf
akademik merupakan pembayar zakat pendapatan tertinggi iaitu seramai 831
orang daripada 1293 orang staf akademik yang beragama Islam. Diikuti staf
pelaksana dengan seramai 736 orang daripada 2170 orang telah mengambil
inisiatif untuk membayar zakat, walaupun secara umumnya, kelompok staf
ini tidak termasuk dalam senarai staf yang wajib membayar zakat kerana
berpendapatan sederhana. Manakala staf pengurusan & profesional pula
seramai 306 orang daripada 427 orang seperti pada Rajah 2.
Namun, jika dilihat dari aspek bilangan pencarum zakat UTMJB,
pada tahun 2016 seramai 1,307 orang telah dicatatkan membuat caruman
zakat. Bilangan pencarum ini meningkat pada tahun 2017 dengan jumlah
pencarum seramai 1,440 orang. Seterusnya, berlakunya peningkatan agak
drastik apabila bilangan pencarum zakat sehingga Julai 2018 mencatatkan
seramai 1,926 orang. Rajah 3 di bawah menunjukkan perkara tersebut.
145
Kesedaran terhadap Zakat Penda patan dalam Kalangan Staf Un iversiti Teknologi Malaysia
Kutipan Zakat Pendapatan di UTMJB
Statistik kutipan zakat pendapatan di UTMJB turut menunjukkan
berlakunya peningkatan pada setiap tahun sejak tahun 2016 hingga 2018.
Pada tahun 2016, UTMJB telah berhasil meraih kutipan zakat sebanyak
RM 3,504,870.61. Kutipan ini telah meningkat sebanyak RM 224,569.64
yang menjadikannya RM 3,729,440.25 pada tahun 2017. Peningkatan ini
berterusan jika dilihat daripada jumlah kutipan yang terkumpul sehingga
Julai 2018, iaitu RM 3,175,633.17. Unit Zakat UTMJB telah menyasarkan
kutipan zakat bagi tahun 2018 adalah sebanyak RM 5 juta. Rajah 4 di bawah
menunjukkan perkara ini.
146
Aplikasi Pengurusan Zakat di Malaysia
Agihan Zakat di UTMJB
Melalui Perjanjian Kerjasama antara UTMJB dan Majlis Agama
Islam Negeri Johor (MAINJ), UTMJB telah dilantik sebagai ejen kutipan
bayaran zakat khusus bagi penerimaan bayaran zakat daripada warga
UTMJB sahaja. Hasil daripada kutipan ini, sebanyak 31.25 peratus akan
dipulangkan semula oleh MAINJ kepada UTMJB untuk diagihkan kepada
warga UTMJB yang layak yang tergolong dalam lima (5) golongan asnaf
zakat iaitu asnaf fakir, asnaf miskin, asnaf gharim, asnaf sabilillah dan
amil. Bagi tahun 2016 pulangan yang telah diberikan kepada UTMJB adalah
sebanyak RM 1,095,272.05 manakala pada tahun 2017 pulangan yang telah
diberikan adalah sebanyak RM 1,165,450.15.
Rajah 5 menunjukkan data agihan zakat yang telah dilaksanakan
pada tahun 2016 dan tahun 2017. Jumlah keseluruhan agihan zakat pada
tahun 2016 adalah RM 1,453,452.92 manakala pada tahun 2017 jumlah
keseluruhan agihan adalah sebanyak RM 965,379.19.
Bagi tahun 2016, beberapa jenis bantuan telah diagihkan dan bantuan
zakat sara diri mencatatkan agihan yang tertinggi dengan agihan sebanyak
RM 1,047,600.00. Agihan kedua tertinggi pada tahun 2016 adalah bantuan
yuran pengajian yang mencatatkan perbelanjaan sebanyak RM 198,375.50.
Berikutnya adalah bantuan program sebanyak RM 83,555.00, diikuti dengan
bantuan latihan industri sebanyak RM 21,800.00 dan bantuan kecemasan
sebanyak RM 15,500.00. Perbelanjaan bagi tujuan pengurusan zakat pada
tahun 2016 adalah sebanyak RM 59,622.42.
147
Kesedaran terhadap Zakat Penda patan dalam Kalangan Staf Un iversiti Teknologi Malaysia
Bagi tahun 2017, agihan tertinggi adalah bantuan zakat sara diri yang
mencatatkan agihan sebanyak RM 483,500.00, diikuti dengan bantuan
zakat yuran pengajian sebanyak RM 367,216.00, berikutnya bantuan
program sebanyak RM 64,374.45, diikuti bantuan kecemasan sebanyak RM
25,640.00 dan bantuan latihan industri sebanyak RM 5,400.00. Keperluan
pengurusan zakat pada tahun 2017 pula diperlukan sebanyak RM 19,248.74.
DAPATAN TINJAUAN SOAL SELIDIK
Soal selidik ini keseluruhannya mengandungi sembilan soalan, iaitu soalan
1, 2, 4, 5 dan 6 merupakan soalan pilihan tertutup dan soalan 3, 7, 8 dan
9 berbentuk soalan subjektif terbuka. Analisis bagi kertas kerja ini hanya
melibatkan beberapa soalan terpilih sahaja.
Manfaat Berzakat dan Agihan Zakat di UTM
Berdasarkan soalan empat, apakah manfaat mencarum zakat di UTM
yang anda tahu? Soalan ini diberikan enam item untuk dipilih berdasarkan
pengetahuan responden tentang agihan Zakat di UTM seperti Rajah 6
berikut.
Rajah 6 di atas menunjukkan peratus responden mengenai manfaat
mencarum zakat di UTM. Berdasarkan graf di atas, didapati bahawa
sebahagian besar responden tahu berkenaan manfaat atau agihan kutipan
zakat yang dijalankan oleh Unit Zakat UTM. Rata-rata responden iaitu 90.3
peratus mempunyai tanggapan bahawa kutipan zakat disalurkan kepada
148
Aplikasi Pengurusan Zakat di Malaysia
pelajar untuk sara diri atau belanja harian mereka. Hal ini diikuti dengan 79.1
peratus mengatakan zakat adalah untuk membayar yuran pengajian pelajar
yang tidak berkemampuan, 68 peratus untuk hal-hal kecemasan, 24.8 peratus
untuk urusan penulisan tesis dan 23.3 peratus untuk urusan pelajar ketika
membuat Latihan Industri. Hanya 6.8 peratus responden yang tidak pasti
tentang agihan kutipan zakat yang dilakukan oleh Unit Zakat UTM. Data
ini menunjukkan bahawa sebahagian besar responden kajian mengetahui
manfaat akan diperoleh pelajar jika staf membayar zakat di UTM.
Manakala soalan lima, tahu kah anda ke mana wang zakat disalurkan?
Soalan ini merupakan soalan tertutup yang memerlukan jawapan Ya atau
Tidak. Dapatan menunjukkan sebahagian besar responden iaitu 79.1 peratus
tahu tentang agihan wang zakat disalurkan. Hanya 20.9 peratus sahaja yang
tidak tahu mengenai perkara ini. Ini menunjukkan bahawa usaha-usaha
oleh Unit Zakat UTM dalam mempromosikan zakat pendapatan dan zakat
yang lain berjaya mencapai objektifnya. Walau bagaimana pun, usaha yang
berterusan perlu dijalankan memandangkan masih kedapatan staf yang tidak
tahu aliran wang zakat yang dibayar melalui Unit Zakat UTM.
Faktor Tak Membayar Zakat di UTMJB
Jadual 1 berikut merupakan Rajah Pokok bagi tema dan sub tema
berkaitan faktor staf tidak membayar zakat pendapatan di UTMJB. Rajah ini
merupakan ringkasan jawapan bagi soalan yang berbentuk subjektif. Rajah
Pokok yang dihasilkan menunjukkan empat tema utama iaitu masalah sikap
dan keperibadian, sistem agihan, kaedah bayaran, promosi dan kelonggaran
membayar zakat pendapatan di tempat lain. Sebab utama di dominasi oleh
masalah sikap dan keperibadian staf itu sendiri berbanding empat sebab
yang lain.
149
Kesedaran terhadap Zakat Penda patan dalam Kalangan Staf Un iversiti Teknologi Malaysia
PERBINCANGAN
Tidak dapat dinakan bahawa institusi a kat perlu memainkan peranan
yang lebih aktif dan ke hadapan dalam menyusun strategi untuk menarik
lebih ramai staf yang cukup syarat untuk membayar zakat pendapatan
merek a. Kajian Nu r Bariah  Ha (2 010 telah mendapa ti bahawa
150
Aplikasi Pengurusan Zakat di Malaysia
tahap kesedaran tentang tanggungjawab sosial, sebahagian harta ada hak
orang lain dan zakat pendapatan adalah kewajipan agama telah mendorong
untuk membayar zakat pendapatan. Manakala mekanisme, cara dan kaedah
pembayaran zakat turut menjadi faktor dorongan seseorang pekerja untuk
membayar zakat. Kajian oleh Ellany & Lateff (2011) mendapati dua faktor
iaitu kefahaman agama dan kesedaran membayar zakat adalah paling
mempengaruhi berbanding faktor lain.
Kajian ini mendapati bahawa staf akademik adalah kategori staf
yang sangat berpotensi untuk menjadi pembayar zakat pendapatan di
UTMJB. Data menunjukkan bahawa ramai lagi yang belum membayar
zakat pendapatan di UTMJB. Selain itu, staf pengurusan & profesional
turut berpotensi menjadi pembayar zakat. Sungguhpun bilangan staf dalam
kategori ini agak kecil, tetapi mereka adalah terdiri daripada staf yang
mempunyai ijazah yang secara umumnya layak untuk membayar zakat
pendapatan. Di samping, promosi juga perlu menyasarkan pembayar zakat
dari kategori staf pelaksana kerana data mempamerkan hampir 33.9 peratus
daripada mereka membayar zakat pendapatan melalui Unit Zakat, UTMJB.
Dalam hal ini, pihak institusi zakat terpaksa mengambil usaha yang
drastik untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran membayar zakat
pendapatan dalam kalangan pekerja, terutamanya dalam kalangan staf
yang mempunyai pendapatan yang tinggi. Ini kerana, semakin tinggi
pendapatan semakin tinggi kemungkinan pek erja membayar zakat
pendapatan (Hairunnizam et al., 2005). Dalam konteks bilangan pembayar
zakat di UTMJB, kajian mendapati bilangan mereka meningkat dengan
agak drastik dalam masa dua tahun kebelakangan. Sehingga Julai 2018,
bilangan pembayar zakat mencecah seramai 1926 orang. Dalam hal ini,
usaha promosi dan penyampaian maklumat yang dijalankan oleh Unit Zakat
UTMJB bolehlah dianggap satu kejayaan yang membanggakan.
Ini bertepatan dengan kajian kes di UKM, kumpulan staf berpendapatan
tinggi dirasakan masih kurang kesedaran membayar zakat sedangkan
mereka berpotensi untuk menjadi pembayar zakat pada masa hadapan.
Selain itu, keputusan dari analisis ekonometri menunjukkan faktor iman
dan pengetahuan agama amat signifikan mempengaruhi pembayaran
zakat pendapatan (Mohd Ali & Hairunnizam, 2004). Kajian kes di UUM
pula menunjukkan kutipan zakat pendapatan di daerah Kubang Pasu telah
151
Kesedaran terhadap Zakat Penda patan dalam Kalangan Staf Un iversiti Teknologi Malaysia
meningkat pada 2003 iaitu berlaku peningkatan sebanyak 48.67 kali ganda
berbanding tahun 1990. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM918,478
merupakan kutipan zakat pendapatan daripada kakitangan UUM melalui
skim potongan gaji. Namun sehingga April 2004 peratus kakitangan UUM
yang membayar zakat pendapatan melalui skim potongan gaji hanyalah
sekitar 28.57 peratus sahaja (Sanusi et al., 2005).
Berkaitan dengan kutipan zakat pendapatan, kutipan Unit Zakat
UTMJB turut mengalami peningkatan sejajar dengan pertambahan bilangan
pembayar zakat. Perbandingan kutipan dua tahun kebelakangan ini mendapati
jumlahnya meningkat. Pencapaian ini sekali gus menambah keyakinan pihak
pengurusan universiti untuk menetapkan sasaran kutipan zakat sehingga
RM5 juta bagi tahun 2018. Salah satu isu yang turut mempengaruhi
penglibatan staf dalam membayar zakat pendapatan adalah ketidakupayaan
responden untuk menghitung pendapatan sebenar dalam pengiraan zakat
pendapatan (Muhammad et al., 2016). Dalam hal ini, institusi zakat perlu
memainkan peranan yang berkesan untuk menyebarluaskan kefahaman,
kepentingan zakat pendapatan dan kaedah pengiraannya dalam kalangan
staf mereka. Kajian lain juga mendapati kecekapan pengurusan institusi
zakat terutamanya aspek agihan zakat adalah penting dalam mempengaruhi
kutipan zakat (Hairunnizam et al., 2005).
Kajian ini mendapati bahawa hanya sebilangan kecil responden yang
tidak tahu ke mana agihan wang zakat. Manakala sebahagian besar mereka
tahu agihan wang zakat tersebut. Terdapat enam kategori agihan wang zakat
iaitu sara diri, yuran pengajian, aktiviti/program pelajar, latihan industri,
kecemasan dan pengurusan zakat. Kesemua kategori ini difokuskan kepada
pelajar UTM yang memerlukan.
Berkaitan dengan faktor tidak membayar zakat di UTM, kajian ini
mendapati enam faktor utama yang membawa kepada isu ini iaitu sikap,
maklumat agihan, kaedah bayaran, promosi dan penguatkuasaan. Dapatkan
kajian ini diharap dapat memberi idea dan maklumat berkaitan dengan
faktor atau punca staf UTM tidak membayar zakat pendapatan mereka
kepada pihak UTMJB. Selain itu, Kamil (2006) mendedahkan sebilangan
masyarakat Islam sendiri masih mempunyai persepsi negatif terhadap
undang-undang dan penguatkuasaan zakat pendapatan. Keadaan ini sedikit
sebanyak mempengaruhi gelagat mereka dalam kepatuhan membayar zakat
152
Aplikasi Pengurusan Zakat di Malaysia
pendapatan. Ini menunjukkan bahawa penguatkuasaan undang-undang
merupakan satu cara untuk menggalakkan staf membayar zakat, tetapi isu
yang lebih utama adalah menepis persepsi negatif tersebut agar institusi
zakat dapat meningkatkan kutipan pada tahun-tahun akan datang.
Walaupun salah satu faktor tidak membayar zakat adalah kelemahan
penguatkuasaan, dapatan sebaliknya berlaku di Acheh, iaitu pewartaan
kewajipanakattidakmemberiimpakyangsignikankeataspembayaran
zakat. Kepatuhan membayar zakat didapati sama pada masa sebelum dan
selepas pewartaan kewajipan zakat, iaitu individu cenderung melakukan
pembayaransecarateruskepadaasnaf(ZulkiiSanep,2010.Justeru
itu, elemen yang terpenting dalam mempromosikan zakat pendapatan dalam
kalangan staf adalah dengan meningkatkan kefahaman dan kesedaran
staf mengenai kewajipan membayar zakat pendapatan. Faktor kesedaran
dan kefahaman adalah faktor utama yang mendorong seseorang untuk
menunaikan zakat pendapatannya.
PENUTUP
Zakat adalah satu ibadah yang sangat mulia kerana terdapat berbagai
kelebihan dan manfaat kepada individu dan masyarakat Islam. Namun,
sebagai pihak yang telah diamanahkan dalam membuat kutipan dan
pengagihan zakat, institusi zakat perlu menyediakan diri untuk berhadapan
dengan cabaran dalam urusan zakat ini. Masih terdapat umat Islam yang
menakan huku m kewajipan membayar akat pe ndapatan, kurang tahu
kaedah pengiraan zakat pendapatan dan lebih selesa membayar zakat
pendapatan kepada pihak lain. Ini adalah suatu isu dan cabaran yang perlu
ditangani oleh institusi zakat. Meningkatkan kefahaman, kesedaran dan
penghayatan terhadap kewajipan zakat adalah salah satu fokus dalam
mempromosikan zakat pendapatan dalam kalangan staf. Di samping
mempelbagaikan teknik, kaedah dan strategi promosi itu sendiri merupakan
usaha yang perlu dijalankan secara berterusan. Akhir sekali, institusi zakat
juga perlu menzahirkan ketelusan dan kecekapan dalam urusan pengagihan
zakat agar dapat menepis persepsi negatif masyarakat Islam sekali gus dapat
meyakinkan mereka untuk membayar zakat.
153
Kesedaran terhadap Zakat Penda patan dalam Kalangan Staf Un iversiti Teknologi Malaysia
RUJUKAN
Al-Qaradhawi, Y. (1973). Fiqh al-Zakat. Beirut: Muasasah Al-Risalah.
Ellany, E., & Lateff, A. (2011). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Pembayaran Zakat Pendapatan Di Malaysia. Persidangan Ekonomi
Malaysia Ke VI(PERKEM VI), 1, 148–159. Capaian daripada http://
www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVI/PERKEM2011-1-1B6.pdf
Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Nor & Sanep Ahmad, . (2005).
Kesedaran Membayar Zakat: Apakah Faktor Penentunya? Journal of
Management Studies, 2(12), 172–191.
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Mohd Ali Mohd Nor. (2007).
Kesedaran Membayar Zakat Pendapatan di Malaysia. Islamiyyat, 29,
53–70.
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader . (2009).
Pengagihan Zakat oleh Institusi Zakat di Malaysia: Mengapakah
Masyarakat Islam Tidak Berpuashati? Jurnal Syariah, 1(17), 89–112.
JAKIM, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2015). Kompilasi Pandangan
Hukum Majlis Fatwa Kebangsaan. Shah Alam: JAKIM.
Kamil Md Idris. (2005). The role of intrinsic motivational factors on
compliance behaviour of zakat on employment income. In Isu-isu
Kontemporari Zakat di Malaysia (pp. 137–170). Melaka: UiTM Melaka.
Kamil Md Idris. (2006). kesan persepsi undang undang dan penguatkuasaan
zakat terhadap gelagat kepatuhan zakat pendapatan gaji. Journal of
Ethics, Legal and Governance, 2, 32–41.
MIkhlasRoslee,LuqmanA,MFarhanMArifn,MZaimIsamail.(2017.
KonikHukumZakatPendapatan:SatuPenilaian.Labuan E-Journal
of Muamalat and Society, 11, 13–19.
MIkhlasRoslee,LuqmanA,MFarhanMArifn.(2016.Pandanganal-
Qaradawi Fiqh Zakat: Analisis Isu Zakat Pendapatan. In M. I. R. Razali
Md Jani, Muhsin Nur Paizin, Luqman A (Ed.), Menelusuri Isu-isu
Kontemporari Zakat. Kuala Lumpur: PPZ Kuala Lumpur.
154
Aplikasi Pengurusan Zakat di Malaysia
Mohd. Ali, M.N., Hairunnizam, W. & Nor Ghani, M.N. (2003). Kesedaran
membayar zakat pendapatan kakitangan professional: Kajian kes di
UKM. In Seminar Kebangsaan Dasar Awam Dalam Era Globalisasi:
Penilaian Semula Ke Arah Pemantapan Strategi. Bangi: UKM.
Mohd Ali Mohd Nor, Hairunnizam Wahid, N. G. M. N. (2004). Kesedaran
Membayar Zakat Pendapatan Di Kalangan Kakitangan Profesional
Universiti Kebangsaan Malaysia. Islamiyyat, 26(2), 59–67. https://doi.
org/10.1017/CBO9781107415324.004
Mohd Nasir, M., Siti Norlina, M., & Siti Aisyah, P. (2017). Peranan
Zakat Dalam Merawat Jiwa. International Journal of Islamic and
Civilizational Studies (UMRAN), 1(2017), 42–45.
Mok Soon Sang (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan, Perancangan dan
Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan. Selangor : Penerbutan Multimedia
Sdn. Bhd.
Muhammad, F., Abdul Razak, A., Abdul Hadi, F. S., & Saidin, N. H. (2016).
Kepatuhan Pengiraan Zakat Pendapatan Kumpulan Profesional di
Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sains Humanika, 8(3), 1–7. https://
doi.org/10.11113/sh.v8n3.734
Mujaini Tarimin. (2012). Zakat Mal al-Mustafad: Amalan dan Pengalaman
di Malaysia. Kuala Lumpur: Pusat Pungutan Zakat.
NurBariahABHaMajdiAR.(2010.MotivationofPayingZakaton
Income: Evidence from Malaysia. International Journal of Economic
and Finance, 2(3), 76–84.
Patmawati, H. I. (2008). Pembangunan Ekonomi Melalui Agihan Zakat:
Tinjauan Empirikal. Jurnal Syariah, 16(2), 223–244.
Picardi, Carrie A and Masick, Kevin D. (2014). Reserach Methods Designing
and Conducting Research with a Real-World Focus. London: SAGE.
Sa nep Ahmad , Hairunn iza m Wa h id & Adnan Moham ad. (200 6).
Penswastaan Institusi Zakat dan Kesannya Terhadap Pembayaran Secara
Formal di Malaysia. International Journal of Management Studies,
2(13), 175–196.
155
Kesedaran terhadap Zakat Penda patan dalam Kalangan Staf Un iversiti Teknologi Malaysia
Sanusi, N. A., Abd Wahab, N., & Mohammad Bahar, N. F. (2005). Gelagat
kepatuhan zakat pendapatan: Kajian kes UUM. In Seminar Kewangan
& Ekonomi Islam (pp. 275–286). https://doi.org/983215586X
Zaman, N., & Wahid, H. (2014). Pewartaan Zakat Pendapatan Pendapatan :
Kajian di Malaysia Trend Kutipan Zakat. Perkem, 9, 199–207.
Zarina Kadri, Ahmad, S., & Mohd Ali Mohd Noor. (2012). Zakat sebagai
Pemangkin Pembangunan Ekonomi: Ke Arah Negara Berpendapatan
Tinggi. In Prosiding PERKEM VII (pp. 1263 – 1273).
Zulkii,D.,Sanep,A.(2010.KesanPerundanganKeAtasKesedaran
Membayar zakat Pendapatan: Pengalaman Acheh. Jurnal Pengurusan
JAWHAR, 4(1), 41–66.
ResearchGate has not been able to resolve any citations for this publication.
Article
Full-text available
Worship in Islam is a form of obedience and manifestation of a Muslim's bondage to Allah SWT. However, worship also has certain advantages or benefits to the soul. This article aims to explain how zakat be able to improve the soul well-being. The method used by analyzing the views of Islamic scholars on the advantages of zakat practice. In addition, the Qur'anic verses and Hadiths are used to reinforce the argument. This article found that sincerity and understanding of the purpose of zakat are two significant elements in order to improve the soul. As such, zakat cultivated positive attitudes, such as sincerity, compassion and gratitude. On the contrary, zakat can avoid negative attitudes, such as greedy, arrogant and selfish. Therefore, sincerely and understanding the purpose of zakat can be used as one form of treatment for non-psychotic mental patients. This article is intended to provide guidance and enlightment to psychologists, counselors and counselors to treat patients in the Muslim community.
Article
Full-text available
Sumber pendapatan seseorang individu daripada penggajian semasa adalah pelbagai dan berbeza mengikut sektor pekerjaan dan jawatan. Selain pendapatan dikenali gaji pokok, seseorang pekerja turut menikmati pendapatan berbentuk elaun, bonus, insentif dan sebagainya sama ada secara bulanan atau tahunan. Bagi kumpulan profesional pula, pendapatan sampingan turut diperoleh menerusi aktiviti perundingan atau kepakaran, penyeliaan, penyelidikan dan sebagainya. Memandangkan sumber pendapatan ini semakin meluas, kepatuhan dalam menghitung jumlah pendapatan yang perlu ditunaikan zakat adalah signifikan. Sehubungan itu, setiap individu Muslim berkelayakan perlu menunaikan zakat pendapatan bagi memastikan harta yang dicari dan diperoleh adalah bersih daripada hak orang lain di dalamnya. Justeru itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kepatuhan zakat pendapatan yang dilihat dari aspek pengiraan jumlah pendapatan daripada setiap sumber penggajian yang diperoleh. Kajian ini menggunakan analisis deskriptif daripada 10 sumber pendapatan diperoleh oleh kakitangan akademik melibatkan 112 orang kakitangan akademik Muslim yang berkhidmat di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak sebagai responden kajian. Hasil analisis menunjukkan tahap pengetahuan mengenai sumber penggajian yang perlu dihitung dalam pengiraan zakat adalah tinggi bagi gaji pokok dan elaun tetap bulanan dan tahap sederhana dan rendah bagi sumber-sumber lain. Tahap pengetahuan ini didapati merupakan punca kepada ketidakupayaan responden untuk menghitung pendapatan sebenar dalam pengiraan zakat pendapatan. Implikasi kajian ini menunjukkan keperluan kepada pihak berautoriti untuk memberikan lebih penerangan berkaitan zakat pendapatan bagi memastikan pemilikan harta individu lebih bersih serta meningkatkan keadilan dalam agihan kekayaan.
Article
Full-text available
Kesedaran akan tanggungiawab membayar zakat pendapatan di kalangan golongan profesional Muslim dilihat masih lagi di tahap yang rendah seperti mana dilaporkan oleh MAIWP. Peratusan ini boleh ditingkatkan sekiranya pendidikan dqn tindakan undang-undang terhadap zakat dikemaskini serta keyakinan golongan profesional terhadap MAIWP dapat diperbaiki. Terdapat juga sebahagian kecil golongan profesional yang mempunyai alasan tertentu untuk tidak membayarnya langsung. Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku kerana kewajipan membayar zakat pendapatan harus mendapat keutamaan berbanding cukai pendapatan. Justeru itu, kajian ini bertuiuan mengenal pastifalaor yang mempengaruhi pembayaran zakat pendapatan dilihat dari perspektif lokasi, demografi, keyakinan, kemudqhan, pendidikan dan seterusnya menentukan faktor yang paling signifikan menyumbang kepada pembayaranz akatp endapatan.K ajian ini menggunakanm odel regresi logistik untuk menguji pembolehubah yang dipilih terhadap pembayaran zakat pmdapatan. Keputusan dari analisis ekonometrik menunjukkan faktor iman dan pengetahuan agama amat signifikan mempengaruhi pembayaran zakat pendapatan. Beberapa cadangan dibuat untuk memastikan kesedaran pembayaran zakat pendapatan dapat ditingkatkan pada masa hadapan.
Article
Full-text available
This article attempts to explain the ability of zakat distribution in the economic development of the ummah. The article starts by explaining the position of zakat in the life of the Muslim. It further discusses Islamic theoretical views on the positive role of zakat distribution in encountering socio economic problems in Muslim society via income redistribution, which leads to income gap reduction and poverty alleviation. Results of the empirical works from previous studies have supported the theory, proving that zakat distribution successfully reduces the income gap. At the same time, it also reduces the incidence and the burden of poverty. This article then suggests the need of a comprehensive action plan to ensure the effectiveness of zakat distribution in improving the economy of the ummah. The comprehensive action plan needs the cooperation and serious commitment from three important parties, namely, the zakat agency, the zakat recipients, and the government.
Article
Full-text available
Zakat on income is one of the emerging issues among Syariah scholars where they might have varying opinions regarding it. The aim of this paper is to identify factors that may influence the Muslims behaviour towards zakat on income. Academicians from three faculties in the International Islamic University Malaysia (IIUM) were used as sample in this study. They were sent self-developed questionnaires requiring them to indicate their level of agreement on certain factors which might influence them in paying zakat on income. Based on the mean ranking of those who pay zakat, the findings suggest that social, religious and economic factors prevail over the other relatively ‘self-centered’ factors. This study concludes by suggesting that there is a need for proper education on zakat which may eventually help the Ummah to benefit from the noble system of zakat.
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembayaran Zakat Pendapatan Di Malaysia
  • E Ellany
  • A Lateff
Ellany, E., & Lateff, A. (2011). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembayaran Zakat Pendapatan Di Malaysia. Persidangan Ekonomi Malaysia Ke VI(PERKEM VI), 1, 148-159. Capaian daripada http:// www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVI/PERKEM2011-1-1B6.pdf
Apakah Faktor Penentunya?
  • Zakat Kesedaran Membayar
Kesedaran Membayar Zakat: Apakah Faktor Penentunya? Journal of Management Studies, 2(12), 172-191.
Kompilasi Pandangan Hukum Majlis Fatwa Kebangsaan
  • Jabatan Kemajuan Islam Jakim
  • Malaysia
JAKIM, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2015). Kompilasi Pandangan Hukum Majlis Fatwa Kebangsaan. Shah Alam: JAKIM.
The role of intrinsic motivational factors on compliance behaviour of zakat on employment income
  • Kamil Md Idris
Kamil Md Idris. (2005). The role of intrinsic motivational factors on compliance behaviour of zakat on employment income. In Isu-isu Kontemporari Zakat di Malaysia (pp. 137-170). Melaka: UiTM Melaka.