ArticlePDF Available

PRINSIP PENENTUAN HUKUM TERHADAP PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN KEPADA NON-MUSLIM MENURUT MAZHAB SYAFCIE (THE LEGAL PRINCIPLES OF THE DISTRIBUTION OF MEAT (QURBANI) TO NON-MUSLIM FROM SYAFIE’S THOUGHT)

Authors:

Abstract

This article discusses the principles of law applicable to the distribution of meat (Qurbani) to non-muslims by Syafie school of thought. There are differences of opinion among scholars Syafie in this issue. Some scholars argue Syafiiyyah can not give the meat (Qurbani) to the non-muslim and the views expressed should give some meat to non-muslims. The objective of this study was to examine the views of jurists regarding the Shafi'i school of law of distribution of meat (Qurbani) to non-muslims as well as scholars analyze ͨviews and arguments relating to the legal distribution of selected meat to non-muslims. To complement this study, the method of data collection was conducted using qualitative design using document analysis and semi-structured interview method also. The results showed that the views in the said Syafie school of thought should give meat (Qurbani) to non-muslims is more appropriate and acceptable in the context of cross-religious and pluralistic society in Malaysia. This must be viewed from the angle maslahah and also from the point of Maqasid propaganda for them.
International Journal of Islamic and Civilizational Studies
Full Paper
UMRAN
| 01 (2018) pp. 75-86 | www. http://jurnalumran.utm.my/index.php/umran |
© 2018 Penerbit UTM Press. All rights reserved.
Prinsip Penentuan Hukum Terhadap Pembahagian Daging Korban Kepada
Non-Muslim
Menurut Mazhab Syafcie
(The Legal Principles Of The Distribution Of Meat (Qurbani) To Non-Muslim From Syafie’s Thought)
1Mohd Lukman Bin Daud, 1Mohd Izhar Ariff Bin Mohd Kashim
a Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
*Corresponding author: mankkss@yahoo.com
Article history
Received: 2017-02-02
Received in revised form: 2017-03-17
Accepted: 2017-03-21
Mohd Lukman Bin Daud & Mohd Izhar Ariff Bin Mohd Kashim. / UMRAN International Journal of Islamic and Civilizational
Studies. Vol. 5, No. 1 (2018) 75-86
Page | 76
1.0 PENGENALAN
Perbezaan pandangan dalam kalangan fuqahaˈ terutama dalam masalah yang bersifat furūciyyah
merupakan suatu yang biasa dan lumrah di dalam perbincangan ilmu fiqh. Malahan ia merupakan
sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan dianggap sebagai keperluan. Perbezaan ini meyebabkan
agama Islam itu bersifat dinamis dan fleksibel seiring dengan peredaran masa dan zaman. Tidak
semestinya pandangan setiap mujtahid itu betul, sesuai dengan masa dan keadaan. Ada masa ia
betul dan ada masa ia silap dan boleh jadi ia bersesuaian dengan masa dan keadaan (Muhammad
Abū Zuhrah, t.th).
Masyarakat perlu bersikap terbuka dan menerima pandangan setiap mujtahid tanpa ada rasa
taksub kepada mana-mana tokoh atau taksub kepada mana-mana aliran atau mazhab dalam
pelaksanaan dan penghayatan terhadap fiqh Islam. Dalam keadaan-keadaan tertentu ia boleh
beralih atau menerima pakai hasil ijtihad mujtahid dari aliran mazhab yang lain sekiranya hasil
ijtihad oleh imam mazhabnya tidak bersesuaian dengan keadaan dan peredaran zaman yang
semakin rumit (cAli Jumaah, 2004).
Sikap tasamuh dalam kalangan mujtahid dan juga masyarakat Islam menyebabkan fiqh Islam
itu akan sentiasa berkembang sesuai dengan peredaran masa dan yang penting ia akan
menonjolkan kelestarian keindahan ajaran Islam pada golongan non-muslim. Dalam masa yang
sama ia juga dapat menjadikan fiqh Islam sebagai warisan dasar dalam kehidupan manusia dan
sebagai arus perdana sesuai dan relevan dengan kemajuan semasa (Atikullah Abdullah, 2010).
Berhubung dengan masalah yang berkaitan pembahagian daging korban kepada non-muslim
terdapat beberapa pandangan dari Syaficiyyah tentang perkara tersebut. Ia sering menjadi
pertikaian dan perselisihan terutama dalam masyarakat berbilang atau silang agama. Penetapan
hukum yang bersifat mesra hubungan antara masyarakat berbilang kaum dan agama perlu
diketengahkan bagi mengelakkan golongan non-muslim terguris dengan ajaran Islam dalam masa
yang sama tidak menggadaikan prinsip dan dasar Islam. Menurut pandangan sebahagian
Syaficiyyah dan juga pandangan Imam al-Syafie, daging korban tidak boleh diberi makan kepada
golongan non-muslim (al-Syarbini, 1997). Mereka mengqiyaskan ibadah korban sama seperti
amalan zakat di mana hanya orang Islam yang berhak menerimanya. Dalam masa yang sama
mereka berpandangan bahawa pemberian dan pengagihan daging korban sesama muslim adalah
bertujuan untuk mengeratkan sesama Islam.
Pandangan ini di peringkat awal dan sebelum berlakunya interaksi yang rapat antara kaum
khususnya di Malaysia tidak menimbulkan apa-apa masalah. Tetapi sejak kebelakangan ini apabila
berlakunya interaksi dan perhubungan yang erat antara kaum terutama di kawasan kejiranan
dalam sesebuah taman atau perhubungan yang rapat antara rakan sekerja yang berlainan agama,
maka ia menjadi amat janggal sekiranya tidak menjemput mereka pada majlis yang diadakan. Ini
menyebabkan mereka rasa terpinggir dan perhubungan masyarakat silang budaya dan agama
menjadi renggang. Cuma mutakhir ini, dalam kalangan Syaficiyyah berpandangan bahawa harus
memberi dan membahagi daging korban kepada golongan non-muslim tetapi masih terikat dengan
beberapa perkara. Penilaian dan penentuan hukum yang kontemporari dan bersifat semasa,
sesuai dengan peredaran masa dan keadaan perlu diketengahkan bagi mengatasi kemelut dan
pertikaian terutama dalam kalangan masyarakat umum perlu di ketengahkan bagi menyelesaikan
perkara tersebut.
Mohd Lukman Bin Daud & Mohd Izhar Ariff Bin Mohd Kashim. / UMRAN International Journal of Islamic and Civilizational
Studies. Vol. 5, No. 1 (2018) 75-86
Page | 77
2.0 PANDANGAN FUQAHA MAZHAB SYAFIE YANG
MENGHARUSKAN PEMBERIAN DAGING KORBAN KEPADA
NON-MUSLIM
.
Mengenai hukum pemberian daging korban kepada non-muslim, jelas bahawa ia merupakan
perkara khilaf dalam kalangan ulama’ mazhab. Menurut Mazhab Maliki, memberi makan daging
korban kepada non-muslim hukumnya adalah makruh, manakala Mazhab Hambali menyatakan
bahawa harus memberi hadiah daging korban kepada mereka dan keharusan ini hanyalah untuk
korban sunat sahaja. Perbezaan pandangan dalam kalangan ulama’ mazhab ini hanyalah pada
korban sunat semata-mata dan bukan pada korban wajib. Ini kerana ulama’ mazhab bersepakat
bahawa haram hukumnya memberi daging korban wajib kepada non-muslim. Namun di dalam
Mazhab Syafie, bagi korban sunat terdapat dua pandangan. Pandangan Imam Syafie sendiri
menyatakan haram hukumnya memberi daging korban kepada non-muslim, manakala pandangan
al-Nawawi ia mengharuskan pemberian daging tersebut kepada bukan Islam. Hukum keharusan
tersebut tertakluk kepada perkara-perkara berikut:
2.1 Hanya Kepada Korban Sunat Sahaja
Ibadat korban merupakan ibadat yang amat digalakkan dalam Islam dan sekiranya dilakukan
dengan hati yang ikhlas akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT. Ia terbahagi
kepada dua jenis, iaitu korban sunat dan korban wajib. Korban sunat ialah menyembelih haiwan
tertentu dengan niat taqarrub kepada Allah dan dilakukan pada hari raya aidiladha dan juga pada
hari tasyrik. Manakala korban wajib merupakan korban nazar yang mana sekiranya seseorang itu
bernazar untuk menyembelih korban, maka wajib baginya berkorban bagi menunaikan nazar
tersebut. Berhubung dengan pembahagian daging korban kepada non-muslim terdapat pandangan
ulama yang menyatakan bahawa keharusan tersebut hanya untuk korban sunat sahaja dan tidak
termasuk korban wajib.
Menurut al-Buhūti (t.th) di dalam kitabnya Kasyfu al-Qinaˈ An Matan al-Iqnaˈ, harus memberi
daging korban bagi orang kafir sekiranya korban itu adalah korban sunat. Berkata Imam Ahmad,
kami berpandangan dengan hadis Abdullah (Dimakan daging korban satu pertiga, diberi satu
pertiga kepada sesiapa yang dikehendaki dan disedekahkan kepada fakir miskin dengan satu
pertiga bahagian lagi). Alqamah berkata (cAbdullah Bin Masˈud R.A mengutuskanku dengan
seekor haiwan sembelihan jemaah haji (hadyun). Maka beliau memerintahkan kepadaku untuk
memakan sepertiganya, menghadiahkan sepertiganya kepada keluarga cUtbah Bin Mascud dan
menyedekahkan sepertiga sisanya. Sekiranya sedekah (korban) itu wajib, maka beliau tidak akan
memberinya kepada orang kafir daripada sedekah (korban) tersebut seperti zakat dan kafarah.
Pandangan ini disokong oleh Al-Nawawi (t.t) di dalam kitab yang berjudul al-Majmuk Syarh
al-Muhazzab li al-Syairazi turut membincangkan tentang perkara tersebut. Beliau berpandangan
bahawa keharusan pemberian daging korban kepada non-muslim hanyalah terhadap korban sunat,
tidak termasuk korban wajib.
Menurut Muhammad al-Zuhaili (2011) di dalam kitabnya yang berjudul al-Muktamad Fi al-
Fiqhi al-Syafie, sepakat ulamaˈ berpendapat bahawa harus memberi makan dari kalangan non-
muslim dari sembelihan korban sunat dan bukan pada korban wajib seperti nazar dan sebagainya.
Menurut Wan Salim Bin Wan Mohd Noor, Mufti Pulau Pinang (2017), beliau menyatakan
bahawa dalam masalah khilafiyyah atau perkara ijtihadiyyah umat Islam perlu berpegang dengan
pandangan yang bersesuaian dengan realiti masyarakat setempat dan boleh memilih mana-mana
Mohd Lukman Bin Daud & Mohd Izhar Ariff Bin Mohd Kashim. / UMRAN International Journal of Islamic and Civilizational
Studies. Vol. 5, No. 1 (2018) 75-86
Page | 78
pandangan-pandangan tersebut. Tegasnya lagi, dalam mengaplikasikan ayat al-Quran sendiri pun,
sekiranya tidak mencapai maslahah atau kebaikan kepada manusia sudah tentu ada kesilapan
dalam menafsirkan ayat tersebut atau ada kesalahan semasa kita mengaplikasikan pandangan
tersebut. Fatwa sesebuah negara tidak boleh mengikat negara yang lain. Begitu juga dalam
mazhab, pandangan penghurai mazhab tidak semestinya sama dengan pandangan pelopor
mazhab sebagai contoh dalam soal pembahagian daging korban kepada bukan Islam, tidak
semestinya pandangan Imam al-Syafie yang mengatakan haram itu tidak akan berubah selama-
lamanya. Beliau menyatakan daging korban tersebut boleh diberikan kepada non-muslim dengan
syarat ia adalah korban sunat dan bukan dari korban nazar dan seumpamanya yang wajib.
Pandangan yang sama juga turut diakui oleh Zulkifli al-Bakri (2016) yang mengharuskan
pembahagian daging korban kepada non-muslim sekiranya mereka itu dikenali dengan baik dan
ramahnya dengan masyarakat setempat. Perkara ini perlu dilihat dari sudut maslahah dan siyasah
syariyyah dalam masa yang sama juga perlu melihat kepada masyarakat Islam setempat yang lebih
memerlukan dengan mengutamakan mereka terlebih dahulu.
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil.6 Tahun 2006 menyebut tentang
keharusan mengagih dan memberi makan daging korban kepada golongan kafir. Keharusan ini
hanyalah dikhususkan kepada korban sunat tidak pada korban wajib sebagaimana pandangan al-
Nawawi di dalam kitab al-Majmūk.
2.2 Hanya Kepada Kafir Zimmi Sahaja
Pandangan para fuqaha yang mengharuskan pembahagian daging korban kepada golongan non-
muslim adalah bagi golongan kafir zimmi sahaja dan tidak termasuk kafir harbi. Islam mengajar
umatnya agar tidak melakukan kezaliman terhadap setiap makhluk walaupun kepada golongan
kafir. Ini sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran, firman Allah SWT:
Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang
yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari
kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang
yang memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung
halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu dan (ingatlah), sesiapa
yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim (al-
Quran, al-Mumtahanah 60:8-9).
Ibnu Qudamah (t.t) di dalam kitabnya al-Mughni al-Syarh al-Kabir, bahawa harus hukumnya
memberi makan kepada orang kafir daging dari sembelihan korban. Beliau juga turut menjelaskan
bahawa memberi apa-apa makanan (daging korban) kepada golongan kafir zimmi adalah harus
kerana ia adalah sedekah sunat. Keharusan ini adalah disebabkan oleh kerana golongan tersebut
tunduk dan patuh pada pemerintah Islam.
Pendapat ini turut dipersetujui oleh Syeikh Ibn cUthaimin (2016) bekas Mufti Arab Saudi
yang menyatakan bahawa “Dibolehkan untuk memberi kepada orang kafir daging korban atas
nama sedekah selagi mana mereka tidak memerangi dan membunuh orang Islam. Sekiranya
mereka berbuat demikian, maka tidak wajib memberi daging korban. Pandangan yang
dikemukakan oleh Syeikh Ibn cUthaimin ini mencakupi kafir zimmi, kafir mustakmin dan juga kafir
mucahid dan tidak termasuk golongan kafir harbi yang wajib diperangi.
Hujah tersebut disokong oleh Ben Baz (2016) yang menyatakan pandangan sama apabila
diajukan soalan mengenai keharusan memberi daging korban kepada non-muslim. Beliau
Mohd Lukman Bin Daud & Mohd Izhar Ariff Bin Mohd Kashim. / UMRAN International Journal of Islamic and Civilizational
Studies. Vol. 5, No. 1 (2018) 75-86
Page | 79
menyatakan bahawa tidak mengapa untuk memberi daging korban kepada golongan non-muslim
yang tidak memerangi Islam seperti kafir mustakmin atau kafir Mucahid.
2.3 Hanya Kepada Golongan
Non-muslim
Yang Fakir Miskin Sahaja
Allah SWT sentiasa memerintah umat Islam supaya sentiasa terdorong untuk melakukan
kebaikan tanpa mengira keturunan, agama, darjat dan pangkat. Mereka diseru untuk melakukan
kebaikan, berkasih sayang, prihatin terhadap golongan yang kurang bernasib baik serta sentiasa
mengambil berat tentang hal keadaaan mereka. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT:
Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil janji dari Bani Israel (iaitu): Janganlah kamu
menyembah selain Allah, dan berbuat baiklah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim,
dan orang-orang miskin, serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia (al-Quran, al-
Baqarah 2:83).
Dalam soal melaksanakan ibadat juga mereka diseru untuk ingat kepada golongan fakir
miskin bukan sahaja dari kalangan orang Islam sahaja tetapi juga kepada golongan non-muslim.
Dalam soal ibadat korban, pengagihan dan pembahagian daging korban bukan sahaja berlegar
kepada orang Islam malah mereka digalakkan untuk memberi daging tersebut kepada golongan
non-muslim khususnya dari kalangan fakir miskin. Beberapa pandangan ulamaˈ berhubung dengan
pemberian daging korban kepada non-muslim dari kalangan fakir miskin.
Antaranya seperti mana yang dikemukakan oleh Muhammad Zuhaili (2011) di dalam
kitabnya yang berjudul al-Muktamad Fi al-Fiqhi al-Syafie, sepakat ulamaˈ berpendapat bahawa
harus memberi makan kepada fakir miskin dalam kalangan orang Islam dari daging korban.
Manakala bagi fakir miskin non-muslim juga diharuskan memberi daging korban (korban sunat)
kepada mereka. Beliau berpandangan bahawa skop kebaikan bukan hanya bagi masyarakat Islam
semata-mata, malah ia mencakupi kepada seluruh masyarakat dan juga makhluk.
Manakala menurut cAbdullah al-Faqih (t.t) memberi komentar berkenaan pemberian daging
korban kepada bukan Islam khususnya bagi golongan yang tidak berkemampuan dan fakir
miskin. Beliau juga turut merujuk kepada hadis Asmaˈ binti cAbū Bakar yang dia bertanya tentang
ibunya yang kafir “Ibuku datang kepadaku dan dia adalah seorang musyrik pada masa Rasulullah
SAW. Lantas aku meminta fatwa dari Rasulullah. Bolehkah aku menyambung silaturahim dengan
ibuku? Nabi menjawab: “Ya, boleh. Sambunglah silaturahim dengan ibumu”. Manakala hadis
yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra (Perbuatan baik terhadap setiap makhluk hidup ada
pahalanya (Bukhari 2363).
Menurut Shawky cAllam (2011) tidak mengapa memberi daging korban kepada non-muslim
dengan sebab kemiskinan. Pemberian daging korban kepada golongan non-muslim dari kalangan
fakir miskin dan yang tidak berkemampuan adalah bertujuan untuk melunakkan hati mereka dan
mendekatkan mereka kepada Islam.
Soleh al-Munjid (2012) menyatakan bahawa di dalam Fatawa al-Lajnah al-Daimah ada
menyebut “Harus bagi orang Islam memberi makan daging korban kepada golongan kafir muahid
dan juga tawanan serta kepada mereka yang miskin atau yang mempunyai pertalian serta yang
mempunyai hak kejiranan atau untuk melembutkan hati mereka....”. Ini berdasarkan kepada
keumuman ayat al-Quran dari firman Allah SWT di dalam surah al-Mumtahanah ayat 8-9 dan
juga hadis Asmaˈ Binti cAbū Bakar.
Mohd Lukman Bin Daud & Mohd Izhar Ariff Bin Mohd Kashim. / UMRAN International Journal of Islamic and Civilizational
Studies. Vol. 5, No. 1 (2018) 75-86
Page | 80
2.4 Mengutamakan Orang Islam Terlebih Dahulu
Dalam soal melakukan kebaikan, umat Islam diseru untuk mengutamakan saudara sesama Islam
terlebih dahulu berbanding golongan non-muslim ia merangkumi dalam soal pemilihan wali,
pemimpin, penolong dan sahabat dengan mengenepikan saudaranya yang beriman. Sebagaimana
firman Allah SWT:
Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat
dengan meninggalkan orang-orang yang beriman (al-Quran, Ali Imran 3:28).
Begitu juga dalam hal pembahagian daging korban yang dituntut dalam Mazhab Syafie dan
juga mazhab-mazhab yang lain. Dalam Mazhab Syafie terdapat beberapa pandangan mengenai
pembahagian daging korban. Menurut qaul qadim dalam Mazhab Syafie, daging korban
hendaklah dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu satu bahagian untuk dimakan oleh pihak yang
berkorban serta ahli keluarganya dan sebahagian yang lain untuk disedekahkan kepada fakir
miskin. Manakala menurut qaul jadid dari Mazhab Syafie, daging korban tersebut hendaklah
dibahagikan kepada tiga bahagian. Satu bahagian untuk pihak yang berkorban serta ahli
keluarganya, sebahagian lain untuk fakir miskin dan sebahagian lagi untuk jiran dan sahabat
handai termasuk juga orang yang kaya. Yang paling afdal adalah dengan menyedekah kesemua
daging korban tersebut dengan sedikit diambil oleh pihak yang berkorban untuk mengambil
keberkatan dari ibadah korban tersebut (al-Ghazzi, 1999).
Menurut Zulkiflie Bin Muhammad al-Bakri (2016) Mufti Wilayah Persekutuan di dalam
Irsyad Fatwa Haji dan Korban Siri 4 berhubung dengan hukum memberi daging korban kepada
non-muslim “Sekiranya di dalam komuniti masyarakat Islam di sesuatu tempat terdapat jiran-jiran
mereka yang bukan Islam dan mereka itu dikenali dengan sifat baik serta ramahnya dengan
masyarakat setempat, jika terdapat lebihan dari hasil korban maka dibolehkan untuk diberikan
kepada mereka. Namun jika hasil korban itu hanya mencukupi untuk orang Islam, maka
dahulukanlah umat Islam setempat yang lebih memerlukan”. Pandangan yang dikemukan oleh
Mufti Wilayah Persekutuan adalah dengan mengambil kira maslahah dan juga siasah syariyyah
bagi menjaga keharmonian masyarakat majmuk di dalam uruf masyarakat di Malaysia.
Begitu juga sebagaimana yang dikemukan oleh JAKIM di dalam e-fatwa (t.t) berkenaan
tentang keharusan untuk memberi daging korban sunat kepada non-muslim tetapi keutamaan
pemberian tersebut hendaklah diberikan kepada orang Islam. Ini menunjukkan bahawa keperluan
terhadap pembahagian daging korban adalah dengan mengutamakan orang Islam terutama bagi
golongan yang tidak berkemampuan.
2.5 Mempunyai Hubungan Kekeluargaan, Kejiranan Dan Lain-Lain
Amalan sedekah yang dianjurkan dalam Islam adalah bertujuan bagi melengkapkan kitaran hidup
manusia. Orang yang kaya membantu yang miskin serta yang kuat membantu golongan yang
lemah. Ini merupakan tanggungjawab bagi setiap muslim yang diberikan oleh Allah SWT dengan
kelebihan nikmat dan harta yang banyak. Islam mengajar kita supaya mengutamakan sesuatu
mengikut susunan urutan dan keutamaannya. Begitu dalam soal memberi sedekah. Firman Allah
SWT:
Memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya (al-Quran, al-Baqarah 2:177).
Rasulullah SAW juga menjelaskan agar melihat keperluan bersedekah kepada golongan yang
ingin dibantu. Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Sedekah kepada orang miskin terhitung
Mohd Lukman Bin Daud & Mohd Izhar Ariff Bin Mohd Kashim. / UMRAN International Journal of Islamic and Civilizational
Studies. Vol. 5, No. 1 (2018) 75-86
Page | 81
pahala satu sedekah. Sedekah kepada kaum kerabat mendapatkan dua pahala (iaitu) pahala
sedekah dan pahala menyambung silaturahim." (Hadis riwayat Tirmidzi No.658)
Menurut Syeikh cAbdullah al-Faqih (2016) di dalam komentarnya berhubungan dengan
pemberian daging korban kepada golongan non-muslim, beliau menyatakan bahawa tidak menjadi
masalah untuk memberi daging korban kepada orang kafir yang mempunyai hubungan
kekeluargaan dan juga hubungan kejiranan. Pandangan yang dikemukan oleh beliau adalah
berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Asmaa' Bt Abū Bakar Al-Siddiq R.A: "Anda
kekalkan hubungan yang baik dengan ibu anda", telah maklum bahawa ibu Asmaa' adalah
seorang kafir Quraish yang tidak beriman."Hadis ini menunjukkan kepada kita bahawa
keutamaan memberi sedekah kepada seseorang yang mempunyai hubungan pertalian dan
hubungan kejiranan lebih diutamakan walaupun mereka masih dalam keadaan kafir.
Al-Qardhawi (1999) juga turut menegaskan hal perkara yang sama berhubung dengan tidak
menjadi suatu kesalahan dan dibolehkan bagi orang Islam memberi makan dari daging korban
kepada non-muslim lebih-lebih lagi jika mereka mempunyai hubungan persaudaraan.
Manakala Shawky cAllam (2011) di dalam fatwa yang diterbitkan oleh Dar al-Iftaˈ Misriyyah
menyatakan bahawa tidak mengapa memberi daging korban kepada non-muslim dengan sebab
mempunyai hubungan kekeluargaan atau kejiranan kerana ini bertujuan untuk menjinakkan
mereka dengan Islam.
3.0 PANDANGAN FUQAHA MAZHAB SYAFIE YANG MENGATAKAN
HARAM MEMBERI DAGING KORBAN KEPADA
NON-MUSLIM
.
Hujah Imam Syafie terhadap hukum pengharaman pemberian daging korban kepada non-
muslim adalah kerana ibadah korban itu sendiri merupakan suatu ibadat yang dikhususkan
kepada orang Islam semata-mata. Ini juga kerana bagi mereka yang melakukan ibadat berkenaan,
mereka dianggap sebagai tetamu Allah SWT. Matlamat dari pelaksanaan ibadat berkenaan adalah
untuk menzahirkan tanda takwa bagi orang yang melakukan ibadat tersebut di samping mendapat
pahala sedekah di atas pemberian daging tersebut kepada golongan miskin. Di samping itu,
ibadat korban yang dilakukan ini dapat melatih diri kita supaya sentiasa ikhlas dalam melakukan
ibadat dan juga sentiasa bersedia untuk berkorban demi agama. Ini sebagaimana yang dinyatakan
oleh Allah SWT:
Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada
Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari
kamu (al-Quran, al-Hajj 22:37).
Bagi pandangan yang menyatakan haram memberi daging korban kepada non-muslim ia
tertakluk kepada perkara-perkara berikut:
3.1 KORBAN WAJIB DAN SUNAT TIDAK BOLEH
Para ulama berbeza pandangan mengenai hukum melakukan ibadah korban sama ada ia wajib
atau pun sunat. Majoriti ulama termasuk syafie, maliki dan hambali mengatakan bahawa
melakukan korban pada Hari Raya Aidiladha termasuk dalam hukum sunat muakkad (Ibrahim
Baijūrī 2010). Manakala Imam Abu Hanifah termasuk al-Auzai dan Abu Laits berpandangan
bahawa melakukan korban pada Hari Raya Aidiladha adalah wajib bagi mereka yang
berkemampuan dan juga wajib sekali seumur hidup (Wahbah al-Zūhailī, 1989).
Mohd Lukman Bin Daud & Mohd Izhar Ariff Bin Mohd Kashim. / UMRAN International Journal of Islamic and Civilizational
Studies. Vol. 5, No. 1 (2018) 75-86
Page | 82
Berhubung dengan hukum pengharaman pembahagian daging korban kepada non-muslim,
fuqaha mazhab syafie berbeza pandangan kerana ada yang berpandangan diharamkan pemberian
tersebut hanya dikhususkan untuk korban wajib semata-mata dan ada pula yang berpandangan
bahawa pengharaman tersebut adalah bagi kedua-duanya sekali, iaitu korban wajib dan sunat.
Menurut Ibnu Hajar al-Haitami (1983) di dalam kitabnya yang berjudul Tuhfatu al-Muhtaj Fi
Syarhi al-Manahij Ibn Hajar menyatakan bahawa tidak harus bagi golongan kafir zimmi serta
harbi diberi atau diagihkan daging korban sama ada wajib atau sunat kepada mereka. Begitu juga
dengan mereka yang telah terkeluar dari Islam. Ini kerana korban itu merupakan suatu ibadah
dan ianya hanya dikhususkan kepada orang Islam semata-mata.
Pandangan ini juga turut disokong oleh al-Ramli (2003) di dalam kitab yang berjudul Nihayah
al-Muhtaj Ila Syarh al-Manahij beliau menyebut tentang haram hukum memberi daging korban
kepada non-muslim secara mutlak. Pengharaman ini merangkumi korban sunat dan juga bagi
korban wajib. Beliau menyatakan bahawa tujuan pemberian daging korban adalah bertujuan
mewujudkan perasaan kasih sayang terhadap orang Islam kerana mereka adalah tetamu Allah.
Mana mungkin perasaan ini wujud kepada orang kafir.
Manakala menurut Khatib al-Syarbini (1997) menyatakan bahawa tidak harus diberikan
daging korban kepada bukan Islam. Pandangan ini dinukilkan di dalam kitabnya iaitu Mughni al-
Muhtaj Ila Makrifati Macani Alfaz. Menurut beliau, daging korban hanya boleh diberikan kepada
orang Islam sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Buwaiti dan pengharaman tersebut
merangkumi korban wajib dan juga sunat.
Menurut Abū Qasim al-Ghazzi di dalam Hasyiah al-Syeikh Ibrahim al-Baijuri mengatakan
bahawa tidak harus memberi daging korban selain dari kalangan orang Islam sebagaimana yang
dinyatakan oleh al-Buwaiti. Beliau menukilkan lagi bahawa tidak ada sedekah atau hadiah secara
mutlak ke atas mereka walaupun dari korban sunat. Pandangan yang sama juga turut dikongsi
oleh cAbdullah Bin Hasan al-Hasan al-Kahaji di dalam kitab Zad al-Muhtaj Bi Syarhi al-Manahij.
Beliau turut bersependapat bahawa hukumnya haram sekiranya memberi daging korban kepada
golongan selain dari orang Islam.
Pandangan sama turut disuarakan oleh Mohamad Shukri Bin Mohamad Mufti Kelantan
(2016) yang menyatakan bahawa haram bagi umat Islam memberi daging korban kepada non-
muslim sama ada korban wajib atau korban sunat. Walau bagaimanapun beliau menyatakan
bahawa dalam keadaan tertentu (mengikut keadaan dan suasana) ia dibolehkan dengan alasan
bagi menjinakkan hati mereka kepada Islam. Beliau berpandangan bahawa daging korban
merupakan suatu ibadat yang diibaratkan seperti jamuan dari Allah SWT kepada ahlul ibadah.
Suatu analogi yang diberikan oleh beliau adalah pemberian zakat kepada Orang Asal yang
memeluk agama Islam yang berada di kawasan pendalaman. Bukan kesemua dari mereka
menganut agama Islam. Pemberian zakat yang hanya kepada golongan Islam akan menyebabkan
mereka yang bukan Islam akan menjauhkan diri mereka dengan Islam.
Kenyataan ini disokong oleh Zamri Bin Hashim (2016) yang merupakan Timbalan Mufti
Perak. Beliau berpandangan sama bahawa daging korban hanya untuk orang Islam sama ia wajib
ataupun sunat. Keperluan umat Islam terhadap daging korban masih tinggi. Beliau menyatakan
bahawa dalam suasana dan keadaan sekarang, masih ramai umat Islam yang tidak dapat
menikmati daging korban. Contohnya di kawasan kampung-kampung dan juga di kawasan
pendalaman. Perkara ini tidak berlaku di kawasan-kawasan bandar yang mana setiap kali ibadah
korban dilakukan, daging korban berlebih-lebihan sehinggakan seolah-olah semua orang miskin
telah dapat menikmati daging tersebut. Beliau turut memberi pandangan bahawa sekiranya orang
Mohd Lukman Bin Daud & Mohd Izhar Ariff Bin Mohd Kashim. / UMRAN International Journal of Islamic and Civilizational
Studies. Vol. 5, No. 1 (2018) 75-86
Page | 83
yang berkorban berhajat untuk menjemput saudara mara yang bukan Islam atau jiran non-muslim
atau rakan sekerja yang non-muslim, maka mereka boleh disediakan dengan meja khas dan
hidangan daging yang berasingan supaya dapat turut sama meraikan golongan non-muslim.
Demikian menurut beberapa pandangan yang menyatakan bahawa daging korban haram
diberikan kepada bukan Islam, sama ada korban sunat atau korban wajib. Umum dari pandangan
para fuqaha bersepakat bahawa pengharaman tersebut adalah disebabkan korban itu merupakan
suatu ibadat yang dilakukan bagi tujuan taqarrub kepada Allah SWT. Jadi tidak timbul soal sama
ada korban itu wajib atau sunat kerana kedua-duanya dilakukan untuk Allah SWT.
3.2 HANYA KEPADA KORBAN WAJIB SAHAJA
Terdapat juga beberapa pandangan fuqaha Mazhab Syafie yang menyatakan bahawa
pengharaman hukum pembahagian daging korban tersebut hanya kepada korban wajib semata-
mata, manakala bagi korban sunat maka ia diperbolehkan. Ini sebagaimana yang dinukilkan oleh
al-Buhuti (1983) di dalam kitabnya Kasyfu al-Qinaˈ An Matan al-Iqnaˈ yang memberi maksud
bahawa haram memberi daging korban kepada bukan Islam sekiranya korban itu adalah korban
wajib. Beliau menqiyaskan korban wajib sama seperti zakat dan kafarah yang mana kedua-duanya
tidak boleh diberikan kepada non-muslim.
Begitu juga dengan pandangan yang dinyatakan oleh Al-Nawawi (t.t) di dalam kitab yang
berjudul al-Majmuk Syarh al-Muhazzab li al-Syairazi. Walaupun beliau mengharuskan pemberian
daging korban kepada non-muslim tetapi ia dibataskan hanya untuk korban sunat. Bagi korban
wajib ia tetap tidak boleh diberikan kepada non-muslim walaupun ia merupakan kafir zimmi atau
kafir mustakmin.
Pandangan ini turut dipertegaskan oleh Muhammad al-Zuhaili (2011) di dalam kitabnya yang
berjudul al-Muktamad Fi al-Fiqhi al-Syafie. Beliau menyatakan bahawa keharusan memberi daging
korban diutamakan kepada fakir miskin dalam kalangan orang Islam. Namun, tidak menjadi
suatu kesalahan sekiranya memberi daging tersebut kepada golongan non-muslim selagi mana
mereka patuh dan taat kepada pemerintah Islam. Keharusan tersebut hanyalah untuk daging
korban sunat sahaja tidak kepada daging korban wajib. Menurut beliau lagi, daging korban wajib
seperti nazar hanya untuk orang Islam sahaja dan ia tetap haram sekiranya diberikan kepada
golongan non-muslim.
Malahan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sendiri menyatakan bahawa harus memberi
daging korban kepada non-muslim tetapi perlu mendahulukan orang Islam. Korban tersebut
khusus untuk korban sunat semata-mata, bagi korban wajib JAKIM juga tidak bersetuju jika ia
diberikan kepada non-muslim.
3.3 WAJIB DIGANTI
Menurut beberapa pandangan fuqaha, daging korban yang diberikan kepada non-muslim harus
diganti. Pandangan ini sebagaimana yang dinukilkan di dalam Hasyiah al-Shabramallisi yang ditulis
oleh cAli al-Shabramallisi. Beliau menyatakan bahawa sekiranya daging korban sunat atau wajib
diberikan kepada mana-mana kafir maka ia harus digantikan dengan daging korban yang lain.
Begitu juga sebagaimana yang diterangkan oleh Muhammad Bin Ismail Daud Fatani (1984)
di dalam kitab Matlaˈ al-Badrain Wa Majmak al-Bahrain sekiranya ada bahagian dari korban diberi
atau dijual kepada non-muslim, maka ia wajib diganti sekadar menyamai pemberian tersebut atau
yang dijual tersebut. Perkara tersebut juga turut dinukilkan oleh Muhammad Arsyad Bin
Mohd Lukman Bin Daud & Mohd Izhar Ariff Bin Mohd Kashim. / UMRAN International Journal of Islamic and Civilizational
Studies. Vol. 5, No. 1 (2018) 75-86
Page | 84
Abdullah al-Banjari (t.t) di dalam kitab sabil al-Muhtadin. Mohamad Shukri Bin Mohamad (2016)
turut memberi jawapan yang sama, iaitu wajib bagi mereka yang telah memberi daging korban
kepada non-muslim untuk menggantikan daging yang lain sekadar menyamai nilai daging yang
telah diberikan kepada golongan tersebut.
4.0 KESIMPULAN
Berdasarkan kepada perbincangan dan perbahasan di atas, penulis berpandangan bahawa
pendapat yang rajih dan terpilih adalah pandangan yang mengatakan harus memberi daging
korban kepada non-muslim dalam konteks masyarakat majmuk dan silang agama di Malaysia.
Keharusan ini dilihat dari sudut maslahah dan juga dari sudut maqasid dakwah kepada golongan
tersebut. Ini kerana sekiranya golongan tersebut dikenali dengan sifat baik, ramah serta mereka
berpotensi untuk Islam dalam masa yang sama hasil korban tersebut telah dinikmati oleh orang
Islam, maka dibolehkan memberi daging korban tersebut kepada golongan non-muslim. Manakala
bagi daging korban yang dimasak atau bertujuan untuk dijamu kepada hadirin, penulis
berpandangan bahawa dibolehkan menjemput jiran atau rakan sekerja atau saudara mara yang
berlainan agama untuk menikmati jamuan tersebut. Ini kerana uruf dalam masyarakat kita,
apabila mengadakan kenduri mereka menyediakan menu yang terdiri dari pelbagai lauk-pauk dan
bukan hanya bergantung kepada daging korban semata-mata. Dalam masa yang sama perlu
dingatkan supaya kenduri yang dilakukan tersebut tidak meminggirkan orang-orang Islam yang
miskin khususnya jiran yang terdekat.
Rujukan
Abdul Karim Ali. (2007). Tajdid Fiqh Mazhab Syafie Di Malaysia. Kuala Lumpur: Akademik Pengajian Islam
Universiti Malaya.
Abdul Karim, Zaidan. (1987). Al-Wajiz Fi Usūl Fiqh. Beirut: Muassasah al-Risalah.
Abdul Wahhab Ibrahim Abū Sulaiman. (1999). Manhajiyyah al-Imam Muhammad Bin Idris al-Syafice. Beirut:
Dar Ibnu Hazm.
Abū Zuhrah, Muhammad. (1996). al-Syafie Hayatihi Wa Asrihi, Arauhu Wa Fiqhihi. Qaherah: Dar Fikr al-
cArabi al-cIlmiyyah.
Al-Amidi, cAli bin Muhammad. (1998). al-Ahkam Fi Usūl al-Ahkam. Beirūt: Dar Kitab al-cArabi.
Al-Badawi, Yūsof Ahmad Muhammad. (1999). Maqasid al-Syariah cInda Ibn Taimiyyah. Jordan: Dar al-
Nafais.
Al-Barzanji, cAbdul Latif cAbdullah cAziz. (1993). al-Tacarud Wa al-Tarjih Baina al-Adillah al-Syariyyah. Jil.2.
Beirūt: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
Al-Buhūti, Mansūr Bin Yūnus Bin Idris. (1983). Kasyfu al-Qinaˈ cAn Matan al-Iqnaˈ. Beirūt: cAalam al-
Kutub.
Al-Diqr, cAbdul al-Ghani. (1985). al-Imam al-Syafie Faqih al-Sunnah al-Akbar. Beirūt: Dar al-Fikr.
Al-Ghazali, Muhammad. (1983). al-Mustasfa Min cIlmi al-Usūl. Beirūt: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.
Al-Ghazzi, Abu Qasim. (1999). Hasyiah al-Syeikh Ibrahim al-Baijuri. Beirut: Dar al-Kutub.
Al-Jurjani, cAli Bin Muhammad al-Sayyid al-Syarif. (1988). Kitab al-Takrifat. Beirūt: Dar al- Kutub al-
cIlmiyyah.
Mohd Lukman Bin Daud & Mohd Izhar Ariff Bin Mohd Kashim. / UMRAN International Journal of Islamic and Civilizational
Studies. Vol. 5, No. 1 (2018) 75-86
Page | 85
Al-Juwayni, Abdul Malik. (1997). al-Burhan Fi Usūl al-Fiqh. Beirūt: Dar al-Kutub
Al-Nawawi, Abu Zakaria Mahyuddin Syaraf. (t.th). al-Majmuk Syarh al-Muhazzab li al-Syairazi. Arab Saudi:
Maktabah al-Irsyad.
Al-Qaradawi, Yusuf. (1994). al-Ijtihad al-Mucasir Bayn al-Indibat Wa al-Infira. Kaherah: Dar al-Tibacah Wa al-
Nasyr al-Islamiyyah.
Al-Qardhawi. (1999). .Al-Jaliat
al-Islamiyyah Fi Bilad al-Gharab.
http://www.aljazeera.net/programs/religionandlife/2004/6/3/ تﺎ$$ﯾﻟﺎﺟﻟا-ﺔﯾﻣﻼ$$ﺳﻹا-ﻲ$$ﻓ-دﻼ$$ﺑ-بر$$ﻐﻟا-
ج2 di akses pada 3 Ogos 2016.
Al-Qawasimi, Akram Yusof Umar. (2003). al-Madkhal Ila Mazhab al-Imam al-Syafie. Jordan: Dar al-Nafais.
Al-Ramli, Syamsuddin Muhammad Bin Abu cAbbas Ahmad Bin Hamzah Bin Syihabuddin. (2003).
Nihayah al-Muhtaj Ila Syarh al-Manahij. Beirut: Dar al-Kitab al-Ilmiyyah.
Al-Subki, cAliy Bin ‘Abd al-Kafi. (1982). al-Ibhaj Fi Sharh al-Minhaj. Beirut: Dār al-Kutub al-cIlmiyyah.
al-Syarbini, Syamsuddin Muhammad B. Al-Khatib. (1997). Mughni al-Muhtaj Ila Makrifati Maani Alfaz.
Beirut: Dar al-Makrifah.
Al-Syatibi, Abu Ishak Ibrahim B. Musa. (2009). Tahzib al-Muwafaqat. Saudi: Dar Ibn al-Jauzi.
Al-Zarkashi, Badr al-Din Muhammad Bin Bahar Bin cAbdullah. (2000). al-Bahr al-Muhit Fi Usūl al-Fiqh.
Beirūt: Dār al-Kutub al-cIlmiyyah.
Al-Zarqaˈ, Ahmad B. Muhammad. (1983). Madkhal al-Fiqh al-Am. Damsyik: Dar Qalam.
Al-Zuhaili, Muhammad. (2011). al-Muktamad Fi al-Fiqhi al-Syafie. Damsyik: Dar Qalam.
al-Zūhaylī, Wahbah. (1989). al-Fiqh al-Islāmī Wā Adillatuh. Ed. 3. Jil. 3. Damsyik: Dar al-Fikr.
Atikullah Abdullah. (2010). Konsep Dan Ciri-Ciri Fiqh Lestari: Ke Arah Mengarusperdanakan Fiqh Dalam
Kehidupan Masyarakat. Jurnal Syariah, Jil. 18, Bil. 3. Kuala Lumpur: APIUM.
cAbdullah al-Faqih. (t.t). I’ta al-Kafiri Min al-Udhiyyah. Diakses di:
http://www.alifta.com/Fatawa/FatawaSubjects.aspx?languagename=ar&View=Page&HajjEntryID
=0&HajjEntryName=&RamadanEntryID=0&RamadanEntryName=&NodeID=1979&PageID=42
14&SectionID=3&SubjectPageTitlesID=25646&MarkIndex=1&0#%d8%a5%d8%b9%d8%b7%d
8%a7%d8%a1%d8%a7%d9%84%d9%83%d8%a7%d9%81%d8%b1%d9%85%d9%86%d8%a7
%d9%84%d8%a3%d8%b6%d8%ad%d9%8a%d8%a9 [3 Ogos 2016].
cAli Ahmad, al-Nadawi. (1986). Al-Qawacid al-Fiqhiyyah. Damsyik: Dar al-Qalam.
cAli al-Shabramallisi, Abu al-Dhia Nuruddin cAli. (t.t). Hasyiah al-Shabramallisi. Dlm: Nihayah al-Muhtaj Ila
Syarh al-Manahij. Beirūt: Dar al-Kitab al-cIlmiyyah.
cAli Jumu‘ah, Muhammad. (2004). al-Madkhal ila Dirasah al-Madhahib al- Fiqhiyyah. al-Qahirah: Dar al-
Salam.
Fakhruddin al-Razi, Abū cAbdullah Muhammad Bin cUmar Bin al-Husain. (1999). al-Mahsūl Fi cIlmi al-
Usūl. Beirūt: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.
http://www.al-ahkam.net/home/content/e-fatwagovmy-boleh-agih-korban-kepada-non-muslim [27
November 2016].
http://www.dar-alifta.org/ar/ViewFatwa.aspx?sec=fatwa&ID=13021 [1Oktober 2016].
http://www.islamweb.net/php/php_arabic/ [27 November 2016].
https://islamqa.info/ar/180503 [1 Oktober 2016].
Ibn Qudamah, Syamsuddin Abū al-Faraj cAbdul Rahman Bin cAbu cUmar Muhammad Bin Ahmad. (t.th).
Al-Mughni Syarah al-Kabir. cArab Saudi: Dar al-Kitab al-cArabi.
Mohd Lukman Bin Daud & Mohd Izhar Ariff Bin Mohd Kashim. / UMRAN International Journal of Islamic and Civilizational
Studies. Vol. 5, No. 1 (2018) 75-86
Page | 86
Ibnu cAbd. Al-Salam, Abu Muhammad cIzzuddin Bin cAbd. cAziz. (1997). Al-Qawacid al-Sughra. Saudi: Dar
Furqan.
Ibnu Hajar al-Haitami, Ahmad Bin Muhammad Bin cAli. (1983). Tuhfatu al-Muhtaj Fi Syarhi al-Manahij Ibn
Hajar. Beirūt: Dar Ihyaˈ al-Turath al-cArabi.
Ibrahim Baijuri. (2010). Hasyiah al-Syeikh Ibrahim Al-Bayjuri. Jil.4. Kaherah, Mesir: Maktabah al-Syurq al-
Dawliyyah.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (t.t). Hukum Daging Korban Berkaitan Dengan Orang Bukan Islam.
http://www.al-ahkam.net/home/content/e-fatwagovmy-boleh-agih-korban-kepada-non-muslim
[3Ogos 2016].
Jabatan Mufti Negeri Melaka. (2015). Persoalan Dan Perlaksanaan Ibadah Korban. Melaka Hari Ini. 18
September 2015: 10-11. http://mhi.com.my/paper/2015/September/180915/180915.pdf [3 Ogos
2016].
Jainal Sakiban al-Jauhari. (2009). Persoalan Mazhab: Kenapa Perlu Mengikut Mazhab. Johor Bharu: Majlis
Agama Islam Negeri Johor.
Jalaluddin Rakhmat. (2007). Dahulukan Akhlak di Atas Fiqh. Bandung: PT. Mizan.
Mohamad Shukri Bin Mohamad. (2016). Penentuan Hukum Terhadap Pembahagian Daging Korban Menurut
Mazhab Syafie. Temubual. 20 Disember 2016.
Muhammad Abu Zuhrah. (t.t). Tarikh al-Madhahib al-Islamiyyah. Kaherah: Dar al-Fikr.
Muhammad Bin Ismail Daud Fatani. (1984). Matlaˈ al-Badrain Wa Majmak al-Bahrain. Pattani: Matbaah
Bin Halabi.
Muhammad Ismail Abdullah & Abdul Karim Ali. (2014). Teori Dan Amalan Tarjih Imam al-Syafie. Kuala
Lumpur: Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya.
Munib B. Mahmod Syakir. (1998). al-cAmal Bi al-Ihtiyati Fi al-Fiqh al-Islami. Riyadh: Dar al-Nafais.
Raisyūni, Ahmad. (2010). Madkhal Ila Maqasid al-Syariah. Kaherah: Dar al-Kalimah.
Saadan Man, Abdul Karim Ali, Luqman Abdullah, Rushdi Ramli & Inarah Ahmad Farid. (2009).
Kesesuaian Pemikiran Dan Amalan Mazhab Selain SyafiˈI Dalam Masyarakat Islam Di Malaysia:
Suatu Analisis Awal. Jurnal Fiqh No.6 (6): 21-40.
Shawky cAllam. 2011. Hal Yajuz I’ta Ghair Muslim Min al-Udhiyyah?. http://www.dar-
alifta.org/ar/ViewFatwa.aspx?sec=fatwa&ID=13021 [1 Ogos 2016].
Soleh al-Munjid. 2012. Hal Yajuz I’ta Lahmu al-Udhiyyah Lil Jirani Min Ghair al-Muslim.
https://islamqa.info/ar/180503 [1 Ogos 2016].
Wan Salim Bin Wan Mohd Noor. (2017). Penentuan Hukum Terhadap Pembahagian Daging Korban Menurut
Mazhab Syafie. Temubual. 19 Januari 2017.
Zamri Bin Hashim. (2016). Penentuan Hukum Terhadap Pembahagian Daging Korban Menurut Mazhab Syafie.
Temubual. 19 Disember 2016.
Zulkifli al-Bakri. (2016). Irsyad al-Fatwa Khas Haji & Korban Siri 4: Hukum Memberi Makan Daging Korban
Kepada Non Muslim. http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/edisi-haji-korban/1071-
irsyad-al-fatwa-khas-haji-korban-siri-4-hukum-memberi-makan-daging-korban-kepada-non-
muslim [3 Oktober 2016].
ResearchGate has not been able to resolve any citations for this publication.
  • Ibnu C Abd
  • Al-Salam
Ibnu c Abd. Al-Salam, Abu Muhammad c Izzuddin Bin c Abd. c Aziz. (1997). Al-Qawa c id al-Sughra. Saudi: Dar Furqan.
Persoalan Dan Perlaksanaan Ibadah Korban. Melaka Hari Ini
  • Jabatan Mufti
  • Negeri Melaka
Jabatan Mufti Negeri Melaka. (2015). Persoalan Dan Perlaksanaan Ibadah Korban. Melaka Hari Ini. 18 September 2015: 10-11. http://mhi.com.my/paper/2015/September/180915/180915.pdf [3 Ogos 2016].
Dahulukan Akhlak di Atas Fiqh
  • Jalaluddin Rakhmat
Jalaluddin Rakhmat. (2007). Dahulukan Akhlak di Atas Fiqh. Bandung: PT. Mizan.
Madkhal Ila Maqasid al-Syariah. Kaherah: Dar al-Kalimah
  • Ahmad Raisyūni
Raisyūni, Ahmad. (2010). Madkhal Ila Maqasid al-Syariah. Kaherah: Dar al-Kalimah.
Hal Yajuz I'ta Ghair Muslim Min al-Udhiyyah
  • Shawky C Allam
Shawky c Allam. 2011. Hal Yajuz I'ta Ghair Muslim Min al-Udhiyyah?. http://www.daralifta.org/ar/ViewFatwa.aspx?sec=fatwa&ID=13021 [1 Ogos 2016].
Penentuan Hukum Terhadap Pembahagian Daging Korban Menurut Mazhab Syafie
  • Hashim Zamri Bin
Zamri Bin Hashim. (2016). Penentuan Hukum Terhadap Pembahagian Daging Korban Menurut Mazhab Syafie. Temubual. 19 Disember 2016.
  • Al-Qawasimi
Al-Qawasimi, Akram Yusof Umar. (2003). al-Madkhal Ila Mazhab al-Imam al-Syafie. Jordan: Dar al-Nafais.
Nihayah al-Muhtaj Ila Syarh al-Manahij
  • Al-Ramli
Al-Ramli, Syamsuddin Muhammad Bin Abu c Abbas Ahmad Bin Hamzah Bin Syihabuddin. (2003). Nihayah al-Muhtaj Ila Syarh al-Manahij. Beirut: Dar al-Kitab al-Ilmiyyah.
Badr al-Din Muhammad Bin Bahar Bin c Abdullah
  • Al-Zarkashi
Al-Zarkashi, Badr al-Din Muhammad Bin Bahar Bin c Abdullah. (2000). al-Bahr al-Muhit Fi Usūl al-Fiqh. Beirūt: Dār al-Kutub al-c Ilmiyyah.
Madkhal al-Fiqh al-Am. Damsyik: Dar Qalam
  • Ahmad B Al-Zarqaˈ
  • Muhammad
Al-Zarqaˈ, Ahmad B. Muhammad. (1983). Madkhal al-Fiqh al-Am. Damsyik: Dar Qalam.