Conference PaperPDF Available

APLIKASI SENI KHAT DAN JAWI DALAM KERIS: Kajian Terhadap Keris-keris Melayu di Nusantara

Authors:

Abstract and Figures

Wujudnnya keris sebagai karya seni hebat yang dianggap pusaka bangsa Melayu di Nusantara dengan memiliki pelbagai ciri tersendiri sebagai kreativiti dari pembuatnya. Keris juga menjadi senjata pembela diri bagi pemiliknya di bumi bertuah ini, walaupun jenis senjata ada pelbagai namun keris menjadi sangat signifikan penggunaannya dalam perjuangan bangsa Melayu dari masa ke masa. Keris sangat istimewa bagi orang Melayu kerana ia merupakan lambang maruah, kedaulatan, kekuasaan, kehormatan, harga diri dan sebagainya. Keris akan semakin bernilai tinggi ketika dibubuhkan kreativiti seni dan ukiran di dalamnya. Demikian pula adanya seni khat dan Jawi tetap terus digunakan di pelbagai keris untuk menjaga makna karya, warisan seni, menambah variasi, mengungkap zahir, menerapkan batin, dan menjaga leluhur. Selain menjadi karya indah ia juga telah memberi ciri tersendiri dalam bentuk, corak, warna, dan bahannya. Seni khat dan Jawi dalam keris juga telah mengungkap ciri seni tersendiri lebih mendalam sebagai manifestasi keindahan budaya Melayu sebagai simpanan popular di pejabat, istana, muzium, institusi dan sebagainya. Metodologi kajian ini menggunakan penyelidikan lapangan melalui analisis pelbagai jenis seni khat dan Jawi di pelbagai keris Melayu yang ada di Nusantara terutama wilayah Indonesia dan Malaysia. Objektif kajian ini ingin mengangkat peranan seni khat dan Jawi yang digunakan dalam keris Melayu di Nusantara dengan memiliki ciri tersendiri sebagai gambaran artistik diekspresi melalui budaya, adat, lingkungan dan persekitaran masyarakatnya sebagai wasilah pelestarian seni warisan. Dapatan kajian diharapkan dapat memaparkan analisis dan kajian mendalam mengenai penerapan seni khat dan Jawi dalam pelbagai keris Melayu di Nusantara amnya dan di Indonesia serta Malaysia khasnya sebagai warisan anak bangsa pengungkap khazanah dan warisan bangsa, budaya, agama dan negara.
Content may be subject to copyright.
0
APLIKASI SENI KHAT DAN JAWI DALAM KERIS
Kajian Terhadap Keris-keris Melayu di Nusantara
MAKMUR HAJI HARUN
MOHD KASTURI NOR BIN ABD AZIZ
FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI,
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI),
35900 TANJONG MALIM, PERAK, DARUL RIDZUAN
DAN
PUSAT PENGAJIAN PEMBANGUNAN INSAN & TEKNOKOMUNIKASI,
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP),
01000 KANGAR, PERLIS
2018
1
APLIKASI SENI KHAT DAN JAWI DALAM KERIS
Kajian Terhadap Keris-keris Melayu di Nusantara
MAKMUR HAJI HARUN
Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),
35900 Tanjong Malim, Perak, Darul Ridzuan.
Email : makmur@fbk.upsi.edu.my, Telefon : +6016 365 6350.
MOHD KASTURI NOR BIN ABD AZIZ
Pusat Pengajian Pembangunan Insan & Teknokomunikasi,
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 01000 Kangar, Perlis.
Email : kasturi@unimap.edu.my, Telefon : +6019 374 2673.
ABSTRAK
Wujudnnya keris sebagai karya seni hebat yang dianggap pusaka bangsa Melayu di
Nusantara dengan memiliki pelbagai ciri tersendiri sebagai kreativiti dari
pembuatnya. Keris juga menjadi senjata pembela diri bagi pemiliknya di bumi bertuah
ini, walaupun jenis senjata ada pelbagai namun keris menjadi sangat signifikan
penggunaannya dalam perjuangan bangsa Melayu dari masa ke masa. Keris sangat
istimewa bagi orang Melayu kerana ia merupakan lambang maruah, kedaulatan,
kekuasaan, kehormatan, harga diri dan sebagainya. Keris akan semakin bernilai
tinggi ketika dibubuhkan kreativiti seni dan ukiran di dalamnya. Demikian pula
adanya seni khat dan Jawi tetap terus digunakan di pelbagai keris untuk menjaga
makna karya, warisan seni, menambah variasi, mengungkap zahir, menerapkan batin,
dan menjaga leluhur. Selain menjadi karya indah ia juga telah memberi ciri tersendiri
dalam bentuk, corak, warna, dan bahannya. Seni khat dan Jawi dalam keris juga telah
mengungkap ciri seni tersendiri lebih mendalam sebagai manifestasi keindahan
budaya Melayu sebagai simpanan popular di pejabat, istana, muzium, institusi dan
sebagainya. Metodologi kajian ini menggunakan penyelidikan lapangan melalui
analisis pelbagai jenis seni khat dan Jawi di pelbagai keris Melayu yang ada di
Nusantara terutama wilayah Indonesia dan Malaysia. Objektif kajian ini ingin
mengangkat peranan seni khat dan Jawi yang digunakan dalam keris Melayu di
Nusantara dengan memiliki ciri tersendiri sebagai gambaran artistik diekspresi
melalui budaya, adat, lingkungan dan persekitaran masyarakatnya sebagai wasilah
pelestarian seni warisan. Dapatan kajian diharapkan dapat memaparkan analisis dan
kajian mendalam mengenai penerapan seni khat dan Jawi dalam pelbagai keris
Melayu di Nusantara amnya dan di Indonesia serta Malaysia khasnya sebagai
warisan anak bangsa pengungkap khazanah dan warisan bangsa, budaya, agama dan
negara.
Kata Kunci: Aplikasi, Seni khat dan Jawi, Melayu, Keris dan Nusantara.
PENGENALAN
Keberadaan keris di Nusantara yang menjadi karya seni hebat dianggap sebagai pusaka
bangsa Melayu di Asia Tenggara dengan memiliki pelbagai ciri tersendiri dari hasil
kreativiti pembuatnya dalam masyarakat Melayu. Keris juga menjadi senjata pembela diri
bagi pemiliknya di bumi bertuah ini, walaupun jenis senjata ada pelbagai namun keris
menjadi sangat signifikan penggunaannya dalam perjuangan bangsa Melayu dari masa ke
2
masa sejak zaman dahulu sehingga sekarang ini. Kewujudan keris sebagai senjata sangat
istimewa bagi orang Melayu kerana ia merupakan lambang maruah, kedaulatan, kekuasaan,
kehormatan, harga diri dan sebagainya. Keris juga akan semakin bernilai tinggi ketika
dibubuhkan kreativiti seni dan ukiran di dalamnya. Demikian pula adanya seni khat dan
Jawi tetap terus digunakan di pelbagai keris untuk menjaga makna karya, warisan seni,
menambah variasi, mengungkap zahir, menerapkan batin, dan menjaga leluhur bangsanya
agar tetapi terjaga sampai bila-bila masa. Selain itu, hiasan karya indah dalam keris juga
telah memberi ciri tersendiri bagi mencantikkan lagi bentuk, corak, warna, dan bahannya.
Seni khat dan tulisan Jawi dalam keris juga telah mengungkap ciri seni tersendiri lebih
mendalam sebagai manifestasi keindahan budaya Melayu sebagai simpanan popular di
pejabat, istana, muzium, institusi dan sebagainya.
Sejarah perkembangan tulisan Jawi pula merupakan antara tulisan terawal yang
pernah ditemui di Nusantara. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman kerajaan Islam Pasai
kemudian disebar luaskan penggunaaannya sejak kerajaan Melaka, kerajaan Johor dan juga
kerajaan Acheh pada abad ke-17 M. Bukti kewujudan tulisan tersebut di antaranya adalah
dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh pada 702 H atau 1303 M,
manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun abad ke-19 M.
Hal ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke wilayah Nusantara ini lebih awal
berbanding tulisan Rumi. Malahan tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri
Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Bahkan pada zaman dahulu, tulisan ini
sangat memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara
penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat, alat mempertahankan diri dan
perdagangan. Selain digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di
Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda, Inggeris dan sebagainya.
Wujudnya hiasan tulisan Jawi dalam keris pada asalnya tulisan ini dipanggil Yawi di
Pattani, Jawi di semenanjung Malaysia dan Brunei Darussalam selain dikenal Arab Melayu
pula di Indonesia. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), tulisan Jawi bermaksud
tulisan yang menggunakan huruf Jawi manakala huruf Jawi bermaksud huruf Arab dengan
beberapa huruf tambahan yang digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu. Tulisan
Jawi dijadikan sistem tulisan alternatif di Malaysia dan di wilayah-wilayah lain di Asia
Tenggara. Dari segi penggunaannya, tulisan Jawi dahulunya merupakan abjad piawai bahasa
Melayu tetapi sudah diganti peranannya oleh abjad Rumi, maka penulisan Jawi hanya terhad
kepada kegunaan keagamaan dan kebudayaan. Penulisan Jawi seharian dipelihara di
kawasan-kawasan jajahan diduduki masyarakat Melayu yang lebih konservatif, misalnya
Suluh di Filipina, Pattani di Thailand Selatan, Kelantan di Malaysia dan beberapa kawasan
penempatan Melayu di Indonesia.
Sementara istilah keris dipercayai berasal daripada suku kata “kerik” ringkasan dari
perkatan “Malang kerik” dari perkataan bahasa Jawa kuno yang merujuk kepada senjata
awal hulunya berupa orang. Keris mula dicipta di Jawa dan kemudiannya tersebar luas
hampir di seluruh wilayah Nusantara. Keris adalah sejenis senjata pendek Austronesia yang
digunakan diperkirakan melebihi sejak 600 tahun dahulu. Keris digunakan untuk
mempertahankan diri misalnya sewaktu bersilat dan sebagai alat kebesaran diraja. Senjata
ini juga merupakan lambang kedaulatan orang Melayu. Senjata ini terbahagi kepada tiga
3
bahagian iaitu mata, hulu dan sarung. Keris sering dikaitkan dengan kuasa mistik oleh orang
Melayu pada zaman dahulu. Keris menurut amalan masyarakat Melayu tradisional perlu
dijaga dengan cara diperasapkan pada masa-masa tertentu, malam Jumaat misalnya atau cara
penjagaan tertentu dan sebagainya. Ada juga amalan mengasamlimaukan keris sebagai cara
untuk menjaga logam dan juga untuk menambah ketajamanan bilahnya.
Peranan keris yang sering menjadi lambang kekuatan, kedaulatan, keperkasaan dan
keagungan sesebuah kerajaan dalam masyarakat Melayu. Keris juga adalah lambang kepada
ketamadunan sesuatu bangsa dimana tersirat falsafah, nilai estetika dan kehebatan orang
Melayu dalam mencipta dan menggunakan senjata sakti tersebut. Ia juga turut menjadi
pelengkap kepada pakaian adat istiadat orang-orang Melayu sejak dahulu sehingga kini.
Keris juga merupakan artifak dalam budaya masyarakat Melayu dalam menganjurkan
pelbagai rahsia dan falsafah yang berkaitan dengan pembuatan dan penempaannya.
Keunikan yang ada pada keris menampilkan ciri-ciri kekuatan, kehebatan, kemuliaan,
kegerunan dan kemistikan semakin lengkap setelah dilengkapi dengan tulisan pelbagai ayat,
hadis dan doa yang ditulis dan diukir menggunakan tulisan Jawi dalam beragam jenis dan
bentuk khatnya yang pebagai.
MAKSUD DAN DEFINISI
Keris adalah pusaka dan senjata bangsa Melayu, sekali gus karya seni yang bernilai tinggi
penyambung budaya Melayu. Nilainya terletak pada keindahan bentuk dan bahan yang
dipakai serta proses pembuatannya yang memerlukan waktu lama, ketekunan dan
keterampilan khusus semasa pembuatannya. Orang yang memiliki cita rasa seni tinggi
nescaya mengagumi keris sebagai artifak budaya yang berharga. Sebagai artifak budaya,
keris adalah warisan khas kebudayaan Nusantara dan juga Melayu. Keris terdiri daripada
dua bahagian iaitu bilah dan ganja. Dalam falsafah Jawa Hindu, bilah merupakan lingga
sedangkan ganja merupakan yoni. Kesatuan lingga dan yoni membawa maksud harapan atas
kesuburan, keabadian dan kekuatan. Bilah keris biasanya dibuat tidak tegak lurus.
Kedudukan bilahnya lebih miring atau condong. Hal ini dikaitkan dengan sifat orang
Melayu yang sentiasa tunduk. Ukuran panjang bilah pula lazimnya antara berukuran 33 cm
hingga 38 cm. Namun, ada beberapa keris luar pulau Jawa yang mencapai 58 cm bahkan ada
juga keris berasal dari Filipina yang panjangnya mencapai 64 cm.
Sementara ciri-ciri yang biasa terdapat pada keris ialah pada pegangan keris dalam
bahasa Jawanya dipanggi gaman, atau hulu keris yang mempunyai bermacam-macam motif.
Keris Bali misalnya ada yang bentuknya menyerupai dewa, pedande (pendeta), raksasa,
penari, pertapa hutan dan malahan ada juga yang diukir dengan kinatah emas dan batu mulia
yang biasanya bertatahkan batu merah delima. Sedangkan pegangan keris pula di Sulawesi
ada yang menggambarkan burung laut. Hal itu sebagai perlambangan terhadap sebahagian
masyarakat Sulawesi yang merupakan gambaran masyaraktnya yang terkenal sebagai pelaut
ulung, sedangkan burung adalah lambang dunia atas keselamatannya. Motif kepala burung
pula digunakan pada keris Riau Lingga, dan untuk daerah-daerah lainnya sebagai pusat
pengembangan tosan aji seperti Aceh, Bangkinang (Riau), Palembang, Sambas, Kutai,
Bugis, Luwu, Jawa, Madura dan Sulu, di mana keris terkadang mempunyai ukiran dan
perlambangan yang berbeza-beza antara satu dengan lainnya. Selain itu, bahan yang
4
digunakan pula berasal dari pelbagai bahan seperti gading, tulang, besi, logam, dan
sebagainya tetapi yang paling banyak bahan digunakan adalah kayu.
Seterusnya, warangka atau sarung keris dalam bahasa Banjar ialah kumpang. Sarung
keris merupakan komponen keris yang mempunyai fungsi tertentu, khususnya dalam
kehidupan sosial masyarakat Jawa, kerana bahagian sarung keris inilah yang sering dilihat
secara langsung. Warangka yang mula-mula dibuat dari kayu pada umumnya adalah berasal
dari kayu jati, cendana, timoho, kemuning dan sebagainya. Sejajar dengan perkembangan
zaman, maka berlaku penambahan fungsi warangka sebagai cerminan status sosial bagi
penggunanya. Bahagian atas sarung keris atau ladrang-gayaman sering diganti dengan
gading. Terdapat dua bentuk warangka, iaitu jenis warangka ladrang yang terdiri daripada
bahagian angkup, lata, janggut, gandek, godong (berbentuk seperti daun), gandar, ri serta
cangkring. Jenis lainnya adalah warangka gayaman (gandon) yang bahagian-bahagiannya
hampir sama dengan warangka ladrang tetapi tidak terdapat angkup, godong, dan gandek.
Fungsi keris pada masa lalu sering berguna sebagai senjata dalam peperangan sekali
gus sebagai benda pelengkap sesajian. Sementara penggunaannya masa kini, keris lebih
merupakan benda aksesori (ageman) dalam adat tradisi, berpakaian, simbol budaya, atau
menjadi koleksi bernilai dari segi estetikanya dan sebagainya. Memetik kata-kata Emil
Bahari (2009: 7) penulis buku Semangat keris Melayu: Menjawab persoalan ada apa
dengan keris, sejarah lisan dari negeri Kelantan yang memberikan maksud perkataan keris
itu kepada maksud “Keramat, rahsia, Yang Satu” yang terbentuk daripada empat huruf Jawi
kaf, ra, ya dan sin yang membentuk perkataan “Keris”. Maksud huraian tersebut boleh
bermakna seperti berikut: Keramat, kemuliaan yang dianugerahkan Allah SWT kepada
hamba-Nya suci dan membawa kepada kebaikan, juga membawa maksud kemuliaan yang
diberikan kepada keris oleh bangsa Melayu. Rahsia, pada keris itu terdapat rahsia-rahsia
yang berupa simbol atau perlambangan serta falsafah tersembunyi. Dan Yang Satu, dalam
keris tersebut ada terdapat tanda-tanda dan perlambangan yang boleh mengingatkan kita
kepada Tuhan.
ASAL-USUL SEJARAH KERIS
Ada banyak teori cuba menjelaskan asal-usul penggunaan keris terutamanya di Tanah
Melayu dan Nusantara. Keris merupakan senjata yang paling signifikan dalam perjuangan
Melayu sehingga kini menjadi aras segala cerita perjuangan hebat Melayu. Selain itu, keris
sering dimaknakan sebagai sejenis senjata tikam yang digunakan di Alam Melayu sejak 700-
800 tahun lampau. Ia adalah senjata runcing di hujung sepanjang 7-25 inci dan digunakan
untuk menikam lawan. Mata bilah keris tajam di kedua-dua belahnya. Oleh sebab keris
adalah senjata tikam, maka keris bukanlah seperti pedang atau parang yang boleh digunakan
untuk menetak atau melibas. Bilah matanya ditempa daripada besi, sama ada sebatang besi
atau campuran beberapa jenis besi. Kemudian dicanai dan dikikir untuk membentuk bilah
akhir yang lurus atau berluk lalu bilahnya disepuh untuk menguatkannya (Abdul
Mua’ti@Zamri Ahmad, 2015: 1).
Sementara sejarah awal keris tiada catatan yang tepat mengenainya yang dicipta di
Alam Melayu. Walaubagaimanpun, terdapat hujah yang boleh diterima yang dapat dijadikan
5
dasar oleh para pengkaji bahawa keris dipercayai bermula dari zaman Majapahit (Awal abad
ke-13 hingga ke-15 M). Kerajaan Majapahit merupakan kerajaan Hindu-Budha yang besar
di Nusantara Melayu pada waktu itu. Candinya yang sangat terkenal antaranya adalah
Perambanan, Panataran, dan Borobudur di sekitar Jawa Tengah dan Jawa Timur, Indonesia.
Ukiran pada dinding candi-candi yang dibina tersebut pada zaman Majapahit ada
memaparkan figura yang memegang sejenis senjata berbentuk keris lurus dan lebar yang
kini disebut keris Buda atau Bethok. Maka para pengkaji berpendapat bahawa pada era
tersebutlah bermulanya orang Melayu mengenal dan mencipta senjata keris tersebut (Abdul
Mua’ti@Zamri Ahmad, 2015: 3).
Sedangkan maksud sebagai keris menurut G.B Gardner (1936) dalam bukunya Keris
and other Malay weapons sebagai perkembangan lanjut daripada jenis senjata tikam zaman
pra-sejarah yang terbuat daripada tulang ikan pari. Cara membuatnya adalah dengan
memotong tulang ikan pari pada pangkalnya, kemudian dibalut dengan kain pada
tangkainya, sehingga dapat digenggam dan mudah di bawa ke mana-mana. Tetapi, Bambang
Harsrinuksmo (2004) mengatakan teori Gardner itu ada banyak kelemahan, kerana tradisi
pembuatan keris yang tertua di Indonesia tidak berkembang di kawasan pesisir pantai tetapi
malahan berkembang di pedalaman pulau Jawa.
Sementara keris adalah sejenis senjata pendek Austronesia yang digunakan sejak
melebihi 600 tahun dahulu lagi. Senjata ini memang unik di dunia Melayu dan boleh
didapati di kawasan kebanyakan yang berpenduduk Melayu seperti Indonesia, Malaysia,
Singapura, Thailand Selatan, Filipina Selatan (Mindanao) dan Brunei Darussalam.
Kebiasannya nama yang digunakan untuk keris berbeza-beza mengikut daerah dan
wilayahnya masing-masing, seperti Sundang di Mindanao, kedutan di Bali dan kareh di
Sumatera. Perkataan keris pula dikatakan berasal dari bahasa Jawa Kuno iaitu malang kerik
yang bermaksud bercekak pinggang. Hal ini merujuk kepada figura orang bercekak
pinggang pada hulu keris di peringkat awal. Keris digunakan untuk mempertahankan diri
sebagai contoh sewaktu bersilat dan sebagai alat kebesaran diraja dalam kesultanan Melayu
di bumi Nusantara. Senjata ini juga merupakan lambang kedaulatan orang Melayu.
Adapun keris yang paling masyhur ialah keris Taming Sari yang merupakan senjata
Hang Tuah, seorang pahlawan Melayu yang sangat terkenal ketika dulu. Selain itu, keris
juga dianggap berasal dari kerajaan Majapahit di Kepulauan Jawa dengan penggambaran
keris terdapat di Candi Borobudur. Keris purba telah digunakan antara abad ke-9 dan abad
ke-14 M. Senjata ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu mata, hulu dan sarung. Keris
sering dikaitkan dengan kuasa mistik oleh orang Melayu pada zaman dahulu. Terdapat
kepercayaan bahawa keris mempunyai semangatnya yang tersendiri. Menurut amalan
Melayu tradisional, keris perlu dijaga dengan cara diperasapkan pada masa-masa tertentu,
contohnya pada malam Jumaat. Ada juga amalan mengasamlimaukan keris tersebut sebagai
cara untuk menjaga logam keris dan juga untuk menambah kebisaannya.
Keris dibahagikan kepada dua kelompok besar. Satu kelompok yang lurus dan satu
yang berluk-luk. Jumlah luk ini mulai dari tiga luk hingga 13 luk. Keris yang lebih dari 13
luk bukanlah keris yang tidak baik tetapi disebut sebagai keris kalawija iaitu keris yang
dicipta untuk kegunaan tertentu sahaja. Bagi pamor pula, terdapat lebih dari 150 ragam
pamor. Pamor dikatakan sebagai bahagian keris yang terpenting. Menurut kepercayaan
6
umum, pamor mempunyai kuasa ajaib yang sangat luar biasa dan dapat mempengaruhi
kehidupan tertentu bagi pemiliknya. Kemudian keris mempunyai beberapa bahagian.
Antaranya ialah hulu, mata, ganja, dan pendongkok. Hulu keris biasanya diperbuat
menggunakan kayu, tulang, tanduk, gading dan juga dari logam seperti emas, perak dan
tembaga. Biasanya mata keris diperbuat daripada berbagai jenis besi dan besi waja. Sarung
dan sampirnya diperbuat sama seperti hulunya dengan menggunakan bahan yang hampir
sama. Ganja dan matanya dibentuk daripada besi dan fungsi ganja ialah untuk
menyelamatkan buku lalu tangan dari mata keris musuh semasa bertikam. Pendongkok ialah
perhiasan yang diletakkan menyarungi puting mata keris hingga ke ganja dan kemudiannya
barulah hulu keris dipasang dengan puting rajam itu dan dicucukkan di lubang yang
disediakan pada hulunya.
Selanjutnya, fasa yang dianggap paling mewakili kejayaan pembuatan keris di Jawa
adalah semasa kerajaan Mataram Islam. Ketika itu, perkembangan keris berlangsung dengan
pesat, sama ada secara kualiti mahupun kuantiti. Ada alasan pragmatik di sebalik
perkembangan pembuatan keris tersebut sebagai senjata bagi parajurit Mataram. Tradisi
pembuatan keris terus berkembang pada era nom-noman, iaitu setelah pecahnya Surakarta
dan Yogyakarta pada tahun 1755. Antara lain, terdapat kepercayaan bahawa keris
mempunyai semangatnya yang tersendiri. Keris Indonesia telah terdaftar di UNESCO
sebagai Warisan Budaya Dunia Non-Bendawi Manusia sejak 2005.
ASAL MULA TULISAN JAWI PADA KERIS
Tulisan Jawi juga dipanggil sebagai Yawi di Pattani. Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat, tulisan Jawi bermaksud tulisan yang menggunakan huruf Jawi. Manakala huruf
Jawi bermaksud huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan yang digunakan untuk
menulis dalam bahasa Melayu. Penghayatan ke atas tinggalan artifak menunjukkan bahawa
tulisan Jawi telah berkembang setelah Islam bertapak di Tanah Melayu. Pada peringkat
awal, tulisan Arab digunakan dalam banyak perkara. Perigkat kedua secara perlahan-lahan
muncul gabungan tulisan Arab dan Jawi. Peringkat ketiga menunjukkan kewujudan tulisan
Jawi dan peringkat keempat muncul tulisan Jawi dan tulisan Rumi. Tulisan Jawi banyak
digunakan dalam artifak seperti keris sama ada digunakan sebagai hiasan mahupun doa atau
pelengkap keindahan keris tersebut.
Perkembangan tulisan di Tanah Melayu ini telah membawa kepada penciptaan
tulisan Arab Melayu yang lebih dikenal sebagai Tulisan Jawi”. Pada peringkat pertama
digambarkan bentuk-bentuk tulisan Melayu Kuno seperti tulisan rencong, pallava, kawi dan
tulisan di papan tirai. Selepas kedatangan Islam, tulisan Arab sudah mula diperkenalkan.
Tulisan Arab ini wujud dalam pelbagai gaya yang terbentuk dari tamadun Islam iaitu dari
Timur Tengah, Parsi, India dan China. Gaya dan jenis seni khat dan tulisan dalam bahasa
Arab telah ditemui pada mata keris dan sarung keris. Seterusnya ia selalu menjadi tulisan
pelengkap kebanyakan keris di tanah Melayu. Seperti keris Bedut dari Melaka telah ditemui
dengan adanya tulisan Jawi pada keris tersebut. Pada keris Bedut tersebut ada tertera
“Ahmad bin Mahmud” dalam ejaan Jawi pada tahun 1577. Pada mata keris tersebut pula
tertera juga perkataan “Allah Muhammad Melaka” sebanyak tiga kali yang dieja dengan
menggunakan tulisan tulisan Jawi.
7
Seterusnya, keindahan hiasan dan tulisan jawi selalu menghias indah kebanyakan
keris di Alam Melayu sehingga menjadi hiasan juga dalam keris yang boleh dilihat pada
bahan diperbuat daripada logam iaitu keris di Terengganu. Keris tersebut dihiasi dengan
keindahan tulisan khat Jawi yang menjadi pelengkap keris tersebut. Pendek kata,
demikianlah tulisan Jawi selalu digunakan sebagai hiasan penting setiap keria sehingga ada
juga banyak alat serta perkakas yang turut dihiasi dengan tulisan Jawi sehingga menjadi
artifak lengkap yang banyak menjadi koleksi muzium dan simpanan peralatan tradisional di
Nusnatara. Tulisan khat Jawi tersebut ada yang ditulis dengan menggunakan dakwat atau
bahan-bahan cecair yang lain, dan ada juga yang diukir, dipahat, dilakar atau dicetak (Amat
Juhari Moian, 1996: 120).
ANALISIS PENERAPAN TULISAN JAWI PADA KERIS
Bahagian ini membincangkan tentang realisasi penggunaan tulisan Jawi yang digunakan
oleh pembuat keris sebagai pengekalan tradisi lama masyarakat Melayu terhadap keperluan
mereka kepada keris yang bertulisan Jawi tersebut sama ada dijadikan sebagai hiasan, doa,
pelengkap karya dan sebagainya. Ada beberapa kaedah analisis pemerhatian dalam
mengumpulkan data penerapan tulisan Jawi pada keris yang terdapat di sejumlah wilayah di
Nusantara. Melalui pemerhatian, telah dianalisis beberapa keris yang ada di Muzium
Kesenian Islam Malaysia (MKIM) dan di muzium-muzium lainnya di Asia Tenggara.
Melalui analisis tersebut maka ada terdapat pelbagai jenis keris yang diukir padanya tulisan
khat dan Jawi yang beragam jenis dan coraknya.
Sebagai analisis perbincangan utama penerapan tulisan Jawi pada keris tersebut
adalah koleksi keris yang terdapat di Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) Kuala
Lumpur, kerana ada terdapat sepuluh jenis keris yang telah dipamerkan dan terdapat enam
daripadanya mempunyai tulisan Jawi. Kesemua keris ini terhias tulisan Jawi yang beragam
dengan gaya dan coraknya tersendiri. Hiasan tulisan Jawi tersebut merupakan tulisan khat
yang diukir sama ada pada keris, bilah mahupun pada sarungnya untuk tujuan tertentu atau
tujuan estetik ketika keris tersebut dihasilkan. Berikut beberapa contoh koleksi keris berikut
bilah, hulu dan sarungnya.
Gambar 1: Koleksi beberapa keris para Sultan di bumi Nusantara sejak abad ke-19 M
dengan pelbagai jenis dan bentuknya.
Sumber: Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM), Kuala Lumpur.
Kewujudan keris yang menjadi senjata dan peralatan pusaka daripada kesultanan
Melayu di Nusantara pada zaman dahulu sangat menambah keunikan keris tersebut,
malahan ada sebahagiannya yang dihias indah dengan tulisan Jawi lalu dukir pada keris pada
8
bahagian depan dan belakang keris untuk menambahkan keindahannya. Seperti analisis dan
huraian yang ditunjukkan dalam jadual di bawah keris pertama (Gambar 2: a) dimana pada
bahagian depan keris terdapat potongan ayat al-Quran daripada surah Ali Imran ayat 139
{




}. Manakala pada bahagian belakang keris terdapat
tulisan Jawi yang bertulis nama pemilik keris tersebut iaitu Sultan Abdul Jalil Riau sebagai
tanda keris ini kepunyaan baginda {  }.
Perbincangan mengenai keris yang kedua (Gambar 2: b) adalah juga merupakan
keris koleksi kepunyaan Sultan Abdul Jalil Riau dari Indonesia. Keris ini dinamakan atas
nama baginda iaitu Keris Sultan Abdul Jalil Riau, Indonesia. Perbezaan kedua-dua keris
yakni keris pertama dan kedua ini terdapat pada warnanya kerana keris yang pertama
berwarna coklat keemasan dan keris kedua berwarna hitam keperakan. Dan kedua-dua keris
tersebut menunjukkan keris yang mempunyai hiasan indah bertulisan Jawi dan khat yang
sangat unik. Seperti dalam gambar keris kedua di atas, bahagian depan keris ini diukir
dengan potongan ayat al-Qur’an daripada surah al-Baqarah dari ayat 153 { 
 }
dengan membawa maksud “Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar”.
Manakala pada bahagian belakang keris ditulis {  } yakni
nama Sultan iaitu Sultan Abdul Jalil Riau, Indonesia.
Keris yang ketiga pula (Gambar 2: c) merupakan keris daripada Semenanjung Tanah
Melayu pada abad ke-19 M/13 H. Keris ini merupakan keris kepunyaan Tengku Mahmud
yang juga berhias tulisan Jawi. Pada bahagian depan keris ini ditulis potongan ayat al-
Qur’an daripada surah al-Baqarah {


 
 

  } yang bermaksud
Tidakkah kamu ketahui tentang kisah kaum Bani Israel sesudah wafatnya Nabi Musa.” Dan
pada bahagian belakang keris juga terdapat sambungan ayat surah al-Baqarah {  
  
 
 
} yang bermaksud “Ketika mereka berkata kepada raja mereka
“lantiklah seorang raja untuk kamu, supaya kamu boleh berperang pada jalan Allah. Seperti
yang ditunjukkan dalam jadual dan gambaran keris-keris di bawah pada gambar ketiga
tersebut:
Gambar 2: a. Koleksi penting keris Sultan Abdul Jalil Riau yang tersimpan di bumi Nusantara sejak
abad ke-19 M. b. Juga keris koleksi Sultan Abdul Jalil Riau yang berbeza warna keris antara kecoklatan dan
kekuningan. Dan c. Keris koleksi simpanan Semenanjung Tanah Melayu pada abad ke-19 M/13H.
Keris ini merupakan keris kepunyaan Tengku Mahmud.
Sumber: Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM), Kuala Lumpur.
a
b
c
9
Analisis seterusnya ialah keris berhulu perak (Gambar 3: a). Keris ini direkacipta
pada abad ke-19 M bersamaan dengan abad ke-13 H di Semenanjung Tanah Melayu. Keris
ini juga berhias tulisan Jawi di mana bahagian hadapan keris ini diukir sepotong ayat
al-Quran yang dipetik dari surah Yusuf yang mengandungi ayat 64. Ayat yang diukir pada
keris tersebut diambil daripada pengakhiran ayat yang ke 64 dari surah Yusuf tersebut yang
berbunyi {

   
} dengan maksud “Maka Allah adalah penjaga yang
terbaik dan Dia Maha Penyayang di antara para penyayang. Pada bahagian belakang keris
pula terukir ayat yang berbunyi 
  bermaksud, “Sesungguhnya Allah Maha
Pengampun lagi Maha Mengasihani. Jelas di sini, tulisan Jawi ada dimana-mana
termasuklah pada keris yang melambangkan ciri kepahlawanan kepada seorang pahlawan
pada ketika dahulu. Hal ini membuktikan bahawa, tulisan Jawi masih wujud pada keris dan
dijadikan sebagai bahan rujukan di bumi Nusantara ini.
Gambar keris selanjutnya yakni keris kelima (Gambar 3: b) menunjukkan juga
koleksi keris yang terdapat di Muzium Kesenian Islam Malaysia yang diberi nama keris
peninggalan pada abad ke-19 M bersamaan pada abad ke-13 H yang menjadi warisan
bernilai di Semenanjung Tanah Melayu. Pada keris ini terdapat ayat al-Quran di bahagian
keris tersebut seperti keris-keris yang lainnya. Ayat yang terukir di keris ini dipetik dari
surah al-Baqarah ayat kedua puluh iaitu 

 

 yakni merupakan penghujung
ayat yang kedua puluh dengan maksud, “Sungguh, Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Manakala di bahagian belakang keris ini pula terukir indah perkataan ayat azimat yang tidak
dapat diketahui asbab perkataan yang digunakannya tersebut kerana sukar diketahui bentuk
dan corak kandungan kalimatnya.
Perbincangan seterusnya, keris gambar keenam (Gambar 3: c) yang membicarakan
keistimewaan keris dengan gabungan ayat al-Quran sebagai kalamulLah Tuhan Yang Maha
Agung dari-Nya. Setiap keris mempunyai kecantikan dan kelebihan yang tersendiri daripada
rekaanya, tulisannya dan ketajaman di setiap bucu keris. Keris ini dicipta pada abad ke-19 M
bersamaan abad ke-13 H yang disimpan di bumi Semenanjung Tanah Melayu. Walaupun
namanya sama dengan gambar kelima (Gambar 3: b) akan tetapi tulisan Jawi yang terdapat
pada keris ini adalah berbeza. Ayat al-Quran yang terdapat pada keris tersebut adalah
tertulis al-basmalah yang terletak pada bahagian hadapan keris 


 yang
bermaksud “Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang” memberi erti
bahawa setiap langkah permulaan hendaklah dimulakan dengan membaca al-basmalah.
Peranan tulisan-tulisan Jawi yang menghiasi keris-keris di Alam Melayu sangat
berkait rapat dengan ayat-ayat al-Quran, doa-doa atau kata-kata hikmah kerana bertujuan
atau mempunyai maksud tertentu di mana huruf yang sama atau tulisannya yang berbeza,
akan tetapi tulisan Jawi mempunyai penambahan huruf yang tertentu disebabkan oleh tidak
dapat menepati ejaan bahasa Melayu yang bertuan doa atau hajat bagi pemiliknya. Oleh itu,
orang melayu menambah enam huruf lagi dalam tulisan Jawi dan menghiasi keris-keris
mereka bagi melambangkan bunyi-bunyi asli dalam bahasa Melayu mereka. Selain itu,
kewujudan tulisan Jawi yang terdapat pada setiap keris mempunyai maksud dan tujuan
tersendiri malahan mengandungi unsur keseniaan dan keunikannya yang tertentu sebagai
lambang kewibawaan dan kekuasaan. Bahkan ia dapat juga menjadi penarik minat setiap
10
pencinta seni khat Jawi atau pecinta barangan unik untuk mengkaji setiap ayat yang terdapat
pada keris-keris tersebut di Nusantara. Berikut gambaran-gambaran keris tersebut:
Gambar 3: a. Koleksi keris yang direkacipta pada abad ke-19 M bersamaan dengan abad ke-13 H di
Semenanjung Tanah Melayu. b. Juga keris koleksi peninggalan daripada abad ke-19 M bersamaan pada abad
ke-13 H yang juga menjadi warisan bernilai tinggi di Semenanjung Tanah Melayu. Dan c. Keris koleksi
simpanan Semenanjung Tanah Melayu pada abad ke-19 M/13H dengan gabungan ayat al-Qur’an sebagai
kalamulLah Tuhan Yang Maha Agung dari-Nya. Setiap keris mempunyai kecantikan dan kelebihan yang
tersendiri daripada rekaanya, tulisannya dan ketajaman di setiap bucu keris.
Sumber: Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM), Kuala Lumpur.
ISU DAN KEPENTINGAN KERIS DALAM MASYARAKAT MELAYU
Ada banyak cara masyarakat Melayu memartabatkan kembali warisan Nusantara yang
mereka miliki dalam kehidupannya, seperti penggunaan senjata keris, pedang, golok dan
sebagainya yang mana sekarang ini hampir tenggelam oleh peredaran zaman. Di samping
itu, menjual dan memperkenalkan senjata-senjata tradisi tersebut kepada individu yang
berminat untuk memiliki senjata sudah agak sukar terutama atas keindahan dan keunikan
seninya yang sendiri. Seperti keris yang mempunyai kedudukan penting dalam masyarakat
Melayu dari dulu hingga kini. Anggapan keris hanya sebagai senjata untuk berperang atau
membunuh itu adalah tidak benar sama sekali bahkan ia perlu dijadikan sebagai peralatan
yang sangat banyak diperlukan dalam kehidupan mereka. Seperti huraian berikut:
Simbol Kekuasaan
Keris sering dijadikan sebagai simbol perangkat adat istiadat yang melambangkan
kekuasaan, kewibawaan, kedaulatan seseorang raja atau sultan sesebuah negeri, misalnya
keris Tajung dan keris Penyalang adalah keris rasmi Duli Yang Maha Mulia Yang
Dipertuan Agong Malaysia. Keris Tajung dari gading bertatakan emas yang melambangkan
seorang raja dari bangsa agung, keturunan yang baik, berwibawa, berkarismatik,
ketuanan terhadap jajahan takluknya yang sekali gus dapat menunjukkan bahawa bangsa
Melayu adalah bangsa bermaruah, agung, terhormat dan bermartabat. Sementara Terapang
pula adalah keris keadilan dan perundangan yang bertapak kuda berbunga pakma (raflesia)
sebagai pelindung, penaung yang membawa kesejahteraan kepada rakyat bernaung.
b
a
c
11
Perkara yang sama juga terkadang wujud simbol adat istiadat tersebut yang terdapat
di negeri-negeri kesultanan Melayu di Nusantara. Malahan hampir setiap negeri mempunyai
keris kebesarannya masing-masing. Negeri Sembilan berbeza sedikit kerana tidak
mempunyai keris pendek tetapi memiliki lapan bilah keris panjang sebagai keris diraja yang
semua berasal dari Pagar Ruyong Sumatera Barat. Pada zaman dahulu, keris di anugerahkan
kepada pembesar sesuai dengan jawatan masing-masing sebagai kuasa mentadbir negeri.
Misalnya negeri Kelantan, Sultan selalu menganugerahkan keris anak Alang kepada
penggawa (penguasa daerah) sebagai lambang penyerahan kuasa untuk mentadbir daerah di
bawah kekuasaannya. Oleh sebab itu, keris bagi orang Melayu sering menjadi lambing
maruah, lambang kedaulatan, dan lambang kekuasaan. Keris telah memainkan peranan besar
dan penting dalam espisod jatuh bangunnya riwayat ketamadunan Melayu zaman berzaman
kerana dengan keris para sultan pun dapat membina empayar dan mempertahankan
kedaulatan tanah air. Demikianlah peranan penting dan kekuatan sesebuah keris dalam
mempertahankan kedaulatan dan kekuasaan.
Perantara Perbomohan dan Perubatan
Keris merupakan senjata yang telah lama digunakan di Alam Melayu malahan telah
mengakar kuat dalam kehidupan budaya masyarakat sejak sebeum kedatangan agama Islam
lagi. Oleh itu keris terdedah kepada pelbagai salah guna yang akhirnya mengundang salah
sangka terhadap senjata keris itu sendiri kerana keris dipercayai mempunyai mistik dan juga
dianggap azimat, keris juga seringkali digunakan sebagai perantara iaitu “berisi,
berkhadam, bercahaya dan sebagainya. Sehingga ada keris khusus untuk sakit tuan (lemah
tenaga batin) iaitu keris kepala mayat seakan-akan keris picit. Keris sebeginilah yang sering
digunakan dalam perbomohan sehingga masih ada anggota masyarakat yang menggunakan
keris untuk kegiatan permohonan dan mendampingi makhluk halus. Hal ini sama ada untuk
tujuan perubatan, sihir, menarik duit dan sebagainya.
Pelengkap Adat Istiadat dan Tradisi Melayu
Keris juga sering dijadikan sebagai pelengkap adat istiadat dan berbusana adat perkahwinan
Melayu yang mana pengantin lelaki perlu menyelitkan keris pendek di pinggangnya dan
membawa keris panjang di tangan kanannya. Meminjam konsep istiadat raja iaitu Raja
Sehari keris ini dapat menjadi gambaran pelengkap adat istiadat tradisi yang perlu
dipertahankan menjadi simbol kewibawaan seorang lelaki yang bertanggungjawab kepada
perempuan yang akan menjadi sebagai isterinya sebagai bakal pasangan hidupnya sampai
bila-bila. Selain itu, keris juga menjadi alat kebesaran Melayu yang sangat signifikan sekitar
ratusan tahun yang dijadikan sebagai salah satu simbol kedaulatan kerajayaan Melayu dari
masa ke masa.
Terdapat dua jenis keris yang diiktiraf sebagai alat kebesaran negara iaitu keris
Panjang DiRaja dan keris Pendek DiRaja. Kedua keris ini menjadi alat kebesaran yang
utama dalam istiadat pertabalan. Keris ini dianggap sebagai keris kerajaan dan merupakan
simbol tanda kebesaran dan kekuasaan. Hulu dan sarung keris tersebut bersalut emas dan
atas sampirnya diterapkan dengan lambing kerajaan persekutuan dan lambing sebelas negeri
di Semenanjung Malaysia. Mata bilahnya ditempa daripada besi waja yang diambil daripada
12
sebelas bilah keris dari negeri-negeri tersebut. Hulu keris pula berbentuk tapak kuda dengan
hiasan berbentuk buah jaring. Keris ini hanya dibawa oleh Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong dalam istiadat-istiadat khas sahaja.
Pelengkap Cenderamata dan Mercu Tanda
Keris juga sering menjadi cenderamata antara koleksi individu atau kumpulan, malahan
dapat menjadi cenderamata penting antara kerajaan, misalnya dalam Hikayat Hang Tuah,
Sultan Melaka menerima dan menghadiahkan keris kepada negeri-negeri sahabat dan juga
taklukannya. Selain itu, Sultan Iskandar Muda, sebagai sultan Acheh ketika itu juga pernah
menghadiahkan sebilah keris panjang kepada King James 1, sebagai raja England pada
tahun 1613 M. Selain itu keris juga sering diabadikan sebagai mercu tanda dan tugu yang
sangat signifikan pada sesuatu daerah, kawasan, negeri atau negara tertentu dalam pelbagai
binaan, bangunan atau mercu tanda lainnya dan beragam binaan penting lagi lainnya yang
menjadikan keris sebagai hadiah berkaitan budaya, rantai kunci atau dijadikan sebagai
cendemata lainnya di dalam dan luar negara (Gambar 4: a).
Perkakas Dunia Persilatan
Keris sering diyakini sangat melengkapi perkakas dunia persilatan, bahkan keris selalu
digunakan sebagai senjata utama dalam pertarungan seni silat beladiri Melayu Nusantara
seperti silat gayong, silat cekak dan lain-lain lagi. Gambaran kekuatan keris yang terus
digunakan menjadi pelengkap objek budaya semasa berlangsungnya perhelatan dunia
persilatan di Alam Melayu (Gambar 4: b). Dengan demikian menjadikan keris sebagai
perkakas penting dalam persilatan merupakan sedikit usaha yang telah menjadikan keris ini
semakin popular penggunaannya dan dapat diharapkan kembali bertahta di hati orang
Melayu sebagai lambang maruah dan simbol menerusi seni budaya masyarakat setempat.
Penambah Perlambangan dan Logo
Hiasan tulisan Jawi yang terdapat pada keris candra sangkala merupakan contoh yang
berfungsi sebagai hiasan penambah perlambangan seni dan keindahan. Dalam kebudayaan
Jawa-Hindu terdapat kebiasaan untuk mengungkapkan perasaan, idea dan fikiran berbentuk
perlambangan. Pernyataan ini dapat ditampilkan dalam pelbagai bentuk berupa kata-kata
atau gambar hiasan yang mengandungi petua, ajaran, doa, petunjuk pernyataan tahun dan
ayat-ayat yang berhias indah dilengkapi dengan gambar yang disebut sangkala memet.
1
Malahan terkadang ada kain panjang berbentuk panji dari kraton berisi unsur-unsur
perlambangan yang tersusun sama ada dalam kata-kata dan ayat-ayat daripada petua ajaran
agama Islam. Terdapat juga gambar-gambar berbentuk stilasi pedang, singa dan ilmu ukuran
yang digunakan. Gambar dan tulisan khat Jawi seperti dalam gambar ini (Gambar 4: c)
sering dijumpai di berbagai sanggar seni yang menyimpan khazanah tersebut.
1
Candra Sangkala merupakan penggunaan seni kaligrafi yang kadang-kadang disatukan dengan aksara Jawa
dalam bentuk tanda peringatan berdirinya sesuatu masjid atau yang lainnya.
13
Gambar 4: a. Bentuk keris mini yang diabadikan sebagai cenderamata untuk dijadikan sebagai kenang-
kenangan secara individu atau berkumpulan. b. Keris sering kali melengkapi perkakas dunia persilatan, bahkan
ia selalu digunakan sebagai senjata utama pertarungan seni silat beladiri Melayu Nusantara seperti silat
gayong, silat cekak dan lain-lainnya sebagai pelengkap objek budaya semasa berlangsungnya perhelatan
persilatan di Alam Melayu. c. Gambar keris bertulisan Jawi yang bertulis 'Inna fatahna laka fathan mubina'
merupakan hiasan ini dapat memberi makna tersendiri kepada pemakainya, selain menjadi hiasan
cantik lagi menarik sebagai perlambangan yang suci.
Sumber: a. Kedai-kedai cenderamata. b. Dunia persilatan di Alam Melayu.
c. Wiyoso Yudoseputro, 1998: 118.
Demikianlah perbincangan beberapa isu dan kepentingan keris dalam masyarakat
Melayu yang menyebabkan keris semakin penting untuk dilestarikan kerana ia sudah banyak
dilupakan pada zaman moden ini. Antara yang perlu difikirkan untuk mengabadikan
peranannya ialah perlu difikirkan untuk penggantian sesuatu keris kepada senjata yang lebih
canggih dan moden sesuai dengan keperluan zaman. Selain itu, senjata keris merupakan
senjata tradisional dalam masyarakat kini tidak banyak lagi digunakan kerana senjata moden
lebih dipilih sebagai senjata untuk mempertahanan diri pada zaman sekarang seperti
penggunaan senjata pistol, bom, senapan, dan sebagainya.
Selain itu, perubahan zaman juga merupakan isu-isu penggunaan tulisan Jawi ini
semakin dilupakan pada masa kini jika dibandingkan dengan penggunaan tulisan rumi.
Masyarakat zaman ini kurang menggunakan tulisan Jawi lagi kerana kurangnya minat
terhadap penggunaan tulisan tersebut yang juga sangat didominasi oleh rumu dan peranan
ibu bapa yang lebih cenderung dalam mengajar anak-anak mereka kepada bahasa moden
seperti bahasa Inggeris. Seterusnya isu-isu keris semakin dilupakan juga kerana munculnya
pelbagai seni moden yang lebih canggih dalam pertahanan diri atau yang dijadikan sebagai
senjata. Hal ini bermakna, masyarakat lebih cenderung kepada seni pertahanan yang moden
seperti taekwondo, judo, kungfu dan sebagainya. Gambaran contoh seni mempertahankan
diri yang moden menggantikan silat menggunakan keris sudah semaki dilupakan oleh
masyarakat Melayu itu sendiri.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, keris merupakan sejenis senjata pendek Austronesia yang
digunakan sejak melebihi 600-700 tahun dahulu yang dikatakan bermula sejak kerajaan
a
c
b
14
Majapahit di pulau Jawa. Perkataan keris pula dikatakan berasal dari bahasa Jawa Kuno iaitu
malang kerik yang bermaksud bercekak pinggang. Antara bahagian-bahagian yang terdapat
pada keris ialah hulu, mata bilah, sarung, dan pendongkok. Kepentingan keris dalam
masyarakat pula ialah simbol kekuasaan, perantara perbomohan dan perubatan, sebagai
pelengkap adat istiadat Melayu, sebagai cenderamata dan mercu tanda, dan ia selalu
digunakan dalam dunia persilatan. Selain itu, perbincangan mengenai tulisan Jawi pada keris
dapat juga dirumuskan bahawa tulisan ini merupakan tulisan yang ulung pada masa dahulu
sudah pun digunakan di pelbagai keris Nusantara. Hal demikian ini berlaku kerana pada
masa dahulu tulisan Jawi diukir pada keris menggunakan ayat-ayat al-Quran sama ada pada
bahagian depan dan belakang keris. Selain tulisan ini pernah gemilang dalam masyarakat
Melayu pada masa dahulu.
Berdasarkan kajian ini juga, perbincangan ini diharapkan dapat menjadi warisan
yang mampu menjadi satu lambang ketamadunan yang maju kerana keris merupakan
warisan daripada golongan Diraja dari kesultanan Melayu di Alam Melayu. Malahan,
melalui kajian ini juga diharapkan mampu menjadikan temuan dan perbincangan mengenai
tulisan Jawi pada keris yang dapat memberi sumbangan besar terhadap perkembangan
kesenian perkakas atau pembuatan keris bertulisan Jawi yang diukir sempurna dengan ayat-
ayat al-Quran atau doa dan kata-kata hikmah lainnya. Akhir kata, tulisan Jawi merupakan
sebuah tulisan yang patut dikekalkan dan dipelajari agar ia tetap menjadi tulisan kebanggaan
masayarakat Melayu sejak zaman dahulu sehingga kini. Malahan tulisan ini perlu tetap terus
diwarisi dan ditulis dalam pelbagai hasil karya seni agar mampu memperindahkan lagi serta
dapat menarik minat pemuda pemudi pada zaman kini dalam mempelajarinya.
RUJUKAN
Al-Qur’an dan Terjemahannya. 2006. Jakarta: Departemen Agama Republik Indonesia.
Abdul Gani Samsudin, et.al. 2001. Seni dalam Islam. Petaling Jaya: Intel Multimedia and
Publication.
Abdul Mua’ti @Zamri Ahmad. 2015. Keris Melayu semenanjung suatu pengenalan.
Serdang: Penerbit Universiti Malaysia.
Amat Juhari Moian. 1996. Perancangan Bahasa: Sejarah aksara Jawi. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bambang Harsrinuksmo. 2004. Ensiklopedia keris. Jakarta: Gramedia Pustaka Utama.
Emil Bahari. 2009. Semangat keris Melayu - Menjawab persoalan ada apa dengan keris?.
Kuala Lumpur: Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd.
Gardner, G.B. 2009. Keris and other Malay weapons. Bangkok, Thailand: Orchid Press.
Hasan Muarif Ambary. 2001. Menemukan peradaban jejak arkeologis dan histories Islam
Indonesia. Jakarta: Logos.
Hasyim Bin Musa. 1999. Sejarah perkembangan tulisan Jawi. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Hill, A.H. 1962. The Malay keris and other weapons. Malayan Museum Pamphlets.
Singapore: National Museum.
Ismail bin Yusoff. 1994. Keris sebagai senjata tradisional Melayu. Tanjong Malim: Institut
Perguruan Sultan Idris.
15
Kamus besar bahasa Indonesia. 2012. Jakarta: Departemen Pendidikan dan Kebudayaan
Republik Indonesia.
Kamus dewan edisi baru. 2010. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Manja Mohd. Ludin, A. Suhaimi Hj. Mohd. Nor. 1995. Aspek-aspek kesenian Islam. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mustafa Haji Daud. 1997. Al-Quran sumber tamadun Islam. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM).
Mohd. Zainuddin Haji Abdullah & Mohd. Shahrim Senik. 2007. Senjata warisan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Lembaga Muzium Selangor.
Norhaiza Nordin. 2009. Ukiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Othman Mohd. Yatim. 2006. Batu Aceh; Early Islamic gravestones in peninsular Malaysia.
Kuala Lumpur: Muzium Negara.
Othman Mohd. Yatim & Mohd. Zamberi A. Malek. 1994. Meriam dalam sejarah dan
kebudaan Melayu Nusantara. Kuala Lumpur: Jabatan Muzium dan Antikuiti.
Seni rupa Islam Malaysia tradisional dan sezaman. 1991. Kuala Lumpur: Departemen
Kesihatan.
Shahrum bin Yub. 2009. Keris Melayu Petekan daripada sharahan2. Kuala Lumpur:
Jabatan Muzium Malaysia, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan
Warisan Malaysia.
Syed Muhammad Naquib al-Attas. 1972. Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu.
Bangi: Penerbit UKM.
Wan Ali Hj Wan Mamat. 1987. An introduction to Malay palaeography. a Report for
Master of Arts. School for Library. Archives and Information Studies. London:
University of College.
Wiyoso Yudoseputro. 1986. Pengantar seni rupa Islam di Indonesia. Bandung: Angkasa.
http://id.wikipedia.org/wiki/Malaysia.
http://id.wikipedia.org/wiki/Indonesia.
http://www.google.com.
http://www.galeri-nasional.or.id/koleksi.
http://www.keris-nusantara.id.
Muzium Kesenian Islam Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia.
Bayt al-Qur’an & Museum Istiqlal, Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta, Indonesia.
Research Proposal
Full-text available
Weapons traditional dagger is artifacts an important culture in the state of Negeri Sembilan, Malaysia. Daggers are not only used as weapons in the past, but it also saves value cultural, spiritual, and historical significance to society local Maintenance dagger is important for make sure continuity heritage culture society. This study intended for study maintenance dagger traditional at the Negeri Sembilan Minangkabau Museum. This study will study practices, procedures, and challenges current in maintain collection dagger in the museum. Research will also know for sure measures taken by the museum for protect dagger from damage or lose This study will contribute to understanding about maintenance dagger traditional and interests' heritage culture in Malaysia. Method research qualitative, that is method meeting chat together expert to conservation, guardian and depositor dagger used as method main study.
Perancangan Bahasa: Sejarah aksara Jawi
  • Amat Juhari Moian
Amat Juhari Moian. 1996. Perancangan Bahasa: Sejarah aksara Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ensiklopedia keris. Jakarta: Gramedia Pustaka Utama
  • Bambang Harsrinuksmo
Bambang Harsrinuksmo. 2004. Ensiklopedia keris. Jakarta: Gramedia Pustaka Utama.
Semangat keris Melayu -Menjawab persoalan ada apa dengan keris
  • Emil Bahari
Emil Bahari. 2009. Semangat keris Melayu -Menjawab persoalan ada apa dengan keris?. Kuala Lumpur: Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd.
Keris and other Malay weapons
  • G B Gardner
Gardner, G.B. 2009. Keris and other Malay weapons. Bangkok, Thailand: Orchid Press.
Menemukan peradaban jejak arkeologis dan histories Islam Indonesia
  • Ambary Hasan Muarif
Hasan Muarif Ambary. 2001. Menemukan peradaban jejak arkeologis dan histories Islam Indonesia. Jakarta: Logos.
Sejarah perkembangan tulisan Jawi
  • Hasyim Bin
  • Musa
Hasyim Bin Musa. 1999. Sejarah perkembangan tulisan Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
The Malay keris and other weapons. Malayan Museum Pamphlets
  • A H Hill
Hill, A.H. 1962. The Malay keris and other weapons. Malayan Museum Pamphlets. Singapore: National Museum.
Keris sebagai senjata tradisional Melayu. Tanjong Malim: Institut Perguruan Sultan Idris
  • Yusoff Ismail Bin
Ismail bin Yusoff. 1994. Keris sebagai senjata tradisional Melayu. Tanjong Malim: Institut Perguruan Sultan Idris.
Jakarta: Departemen Pendidikan dan
  • Kamus Besar Bahasa Indonesia
Kamus besar bahasa Indonesia. 2012. Jakarta: Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia.
Aspek-aspek kesenian Islam
  • Manja Mohd
  • A Ludin
  • Suhaimi
  • Hj
Manja Mohd. Ludin, A. Suhaimi Hj. Mohd. Nor. 1995. Aspek-aspek kesenian Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.