PreprintPDF Available

TINJAUAN MASALAH GURU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Authors:
  • Batu Muda Primary School
Preprints and early-stage research may not have been peer reviewed yet.

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk meninjau masalah-masalah yang sering dihadapi oleh guru-guru Pendidikan Seni Visual semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian ini juga bertujuan melihat bilangan guru opsyen dan bukan opsyen serta pengalamn mengajar guru-guru. Kajian yang dijalankan kepada guru-guru sekolah menengah dan sekolah rendah yang menjawab soal selidik yang diedarkan. Seramai 244 responden yang menjawab soal selidik tersebut. Seramai 47 responden lelaki dan 197 responden perempuan menjawab soal selidik tersebut. Melalui kajian tinjauan ini, pengkaji boleh membuat kesimpulan bahawa opsyen guru, pengalaman mengajar dan masalah yang sering dihadapi oleh guru mempunyai hubungkait. Hubungkait ini akan memberikan kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Pendidikan Seni Visual merupakan mata pelajaran yang memberikan keseronokan kepada murid disamping melatih aspek kognitif, afektif dan psikomotor murid- murid. Oleh itu, jika terdapat sebarang masalah semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual ia patut dikaji dan diberikan penyelesaian yang terbaik.
1
TINJAUAN MASALAH GURU DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
MOHD AIZAT ABU HASSAN
FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
q000624@siswa.upsi.edu.my
NUR RAIHAN MOHD YUSOF
SMART READER® WORLDWIDE
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk meninjau masalah-masalah yang sering dihadapi oleh guru-guru Pendidikan Seni Visual
semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian ini juga bertujuan melihat bilangan guru opsyen dan
bukan opsyen serta pengalamn mengajar guru-guru. Kajian yang dijalankan kepada guru-guru sekolah menengah
dan sekolah rendah yang menjawab soal selidik yang diedarkan. Seramai 244 responden yang menjawab soal selidik
tersebut. Seramai 47 responden lelaki dan 197 responden perempuan menjawab soal selidik tersebut. Melalui kajian
tinjauan ini, pengkaji boleh membuat kesimpulan bahawa opsyen guru, pengalaman mengajar dan masalah yang
sering dihadapi oleh guru mempunyai hubungkait. Hubungkait ini akan memberikan kesan kepada proses pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Pendidikan Seni Visual merupakan mata pelajaran yang memberikan
keseronokan kepada murid disamping melatih aspek kognitif, afektif dan psikomotor murid-murid. Oleh itu, jika
terdapat sebarang masalah semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual ia patut dikaji dan
diberikan penyelesaian yang terbaik.
Kata kunci: Pendidikan Seni Visual, pengajaran dan pembelajaran, masalah guru, murid-murid
This study was conducted to examine the problems faced by Visual Art Education teachers during the teaching and
learning process in schools. The study also aims to look at the number of preferred teachers and not the choice and
teaching of teachers. A study conducted on secondary school teachers and primary schools responding to
questionnaires distributed. A total of 244 respondents answered the questionnaire. A total of 47 male respondents and
197 female respondents answered the questionnaire. Through the survey, the researcher can conclude that the
preferred teacher, teaching experience and the problems faced by teachers have relationships. This relationship will
affect the teaching and learning process of Visual Arts Education. Visual Arts Education is a subject that gives students
excitement while training the cognitive, affective and psychomotor aspects of the students. Therefore, if there is any
problem during the teaching and learning of Visual Arts Education it should be reviewed and given the best solution.
Keyword: Visual Art education, teaching and learning, teachers problem, pupils
2
1.0 PENGENALAN
Pendidikan Seni Visual (PSV) yang diperuntukkan di Sekolah Rendah telah dirancang dengan baik
selaras dengan tujuan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan perkembangan dunia
pendidikan kini. PSV mempunyai peranan dan sumbangan yang penting bagi perkembangan mutu
setiap murid di sekolah rendah dan menengah. Oleh yang demikian pengajaran dan pembelajaran
PSV yang baik menentukan perkembangan bagi kegiatan proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. Dalam hal ini guru Pendidikan Seni Visual mempunyai peranan utama dalam
menentukan keberhasilan ataupun tidaknya murid-rnurid dalam mengembangkan pengetahuan,
sikap mahu pun kemahiran. Pendidikan Seni Visual merupakan matapelajaran yang memberi
kesan yang positif terhadap semua murid jika dapat dijalankan dengan terancang dan berkesan.
Murid-murid dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi ketika belajar mata pelajaran yang lain.
Kenyataan ini disokong oleh Hastad dan Lacy (1998) yang menyatakan bahawa peranan utama
guru pendidikan seni adalah memperkembangkan dan mempertingkatkan prestasi murid-murid
dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. Ketiga-tiga domain tersebut secara semula jadi
telah tertanam di dalam setiap individu murid-murid yang mana potensi murid-murid ini perlu
dikembangkan sehingga domain-domain itu dapat berfungsi dan berada dalam keadaan yang baik
dan produktif
Menurut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR, 2010) Pendidikan Seni Visual mempunyai
objektik seperti berikut:
1. Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan.
2. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan
meyeronokkan.
3. Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera.
4. Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya.
5. Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual.
6. Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat.
7. Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab.
8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air.
9. Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual.
10. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang
berfaedah.
Namun, semua perancangan di atas tidak dapat berjalan dengan baik kerana terdapat beberapa
faktor yang akan menganggu dan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Seni Visual. Satu kajian tinjauan telah dijalankan bagi mendapatkan maklumat dan maklum balas
daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual bagi memahami
permasalahan yang dialami oleh mereka.
3
2.0 TINJAUAN LITERATUR
2.1 Kajian Lepas
1) Hassan, Prof.Madya Hj. Iberahim and Hj.Arshad, Mohd Zaihidee and Ibrahim, Md.Nasir
and Omar, Jamilah (2014) Kajian Keberkesanan Perlaksanaan Pengajaran Dan
Pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Project Report. Universiti Pendidikan Sultan
Idris.
Kajian mencadangkan agar kursus dan latihan sebelum perkhidmatan dan dalam perkhidmatan
ditingkatkan supaya kompetensi mereka dalam bidang tersebut dapat dipertingkatkan. Senarai
kompetensi yang telah dikaji boleh digunakan sebagai kriteria atau panduan dalam melatih guru-
guru pendidikan seni visual yang option dan juga yang bukan opsyen. Akhir sekali, kurikulum
Pendidikan Seni Visual Visual perlu disemak semula untuk merealisasikan hasrat untuk melihat
mata pelajaran pendidikan seni visual seiring dengan tuntutan globalisasi.
2) Aliza Binti Anthony Abet, Aliza binti Anthony Abet (2009) Komitmen Guru Pendidikan
Seni Visual (Minor) Kursus Perguruan Lepas Ijazah Dalam Pengajaran Pendidikan Seni
Visual Di Sekolah Rendah. Masters thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris .
Didapati komitmen guru dalam pelaksanaan dan pengajaran adalah pada tahap sederhana, yang
mana masih perlukan peningkatan. Kajian juga mendapati faktor utama iaitu pengaruh
persekitaran dan kurang menerima pendedahan berkaitan mata pelajaran mempengaruhi komitmen
guru KPLI-SR opsyen minor dalam pengajaran mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah
rendah
3) Abu Bakar, Zainudin and Muhamad Nor, Nor Hisham (2011) Pendekatan Pengajaran Guru
Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di
Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor. Journal of Technical, Vocational &
Engineering Educational, 3 . pp. 67-78. ISSN 2231-7376
Hasil kajian menunjukkan kebanyakan guru kemahiran hidup lebih gemar menggunakan
pendekatan pengajaran secara induktif berbanding pendekatan pengajaran secara penyelesaian
masalah. Didapati juga tiada hubungan yang signifikan wujud di antara pendekatan pengajaran
dengan tahap pencapaian pelajar. Justeru itu para pendidik tidak hanya terfokus kepada pendekatan
pengajaran yang digunakan tetapi juga lain-lain aspek berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran.
4
2.2 Teori Berkaitan Dengan Pendidikan Seni Visual
a) Teori Konstruktivisme
Menurut Zurainu Mat Jasin & Abdull Sukor Shaari (2012), teori Konstruktivisme menekankan
peranan murid dan guru sebagai pembimbing sahaja dan konsep-konsep yang dibina pada struktur
kognitif seseorang akan berkembang dan berubah apabila ia mendapat pengetahuan atau
pengalaman baru. Pendekatan konstruktivisme memberi kesan yang positif kepada akademik
murid berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Peter, Abiadun dan Jonathan (2010),
Teori Konstruktivisme mempunyai perkaitan dengan Pendidikan Seni Visual adalah melalui
aktiviti yang dijalankan dalam mata pelajaran ini, murid-murid akan menggunakan pengetahuan
sedia ada dengan pengetahuan yang baru dipelajari. Biasanya guru akan bertindak sebagai
pemudah cara dalam melaksanakan aktiviti seni visual manakala murid-murid akan melaksanakan
aktiviti-aktiviti ini dengan cara mereka sendiri. Oleh itu, apabila murid-murid diberi kebebasan
untuk melaksanakan aktiviti mengikut kehendak sendiri dan ini akan memberi kesan positif kepada
murid-murid
b) Pendekatan Humanistik
Untuk membantu mencapai harga diri yang tinggi di kalangan murid-murid, persekitaran sekolah
seperti guru, rakan sebaya dan suasana sekolah perlu dipastikan memberi rangsangan positif
kepada pelajar. Ini boleh dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti melukis dalam Pendidikan Seni Visual
di mana persekitaran sekolah yang positif membantu murid-murid melaksanakan aktiviti-aktiviti
ini dengan murid lain tanpa perasaan tertekan. Selain itu, persekitaran pembelajaran yang baik
seperti bilik darjah, peralatan pembelajaran dan infrastruktur dan perkhidmatan yang mencukupi
perlu disediakan untuk pengajaran dan pembelajaran manakala aktiviti melakukan di dalam kelas
berjalan lancar. Manusia secara semulajadi didorong secara positif dengan dorongan dalaman
untuk berkembang dan mengadapatasi.
c) Teori Kecerdasan Pelbagai
Menurut Ikhsan Othman & Rohizani Yaakub (2010), teori Kecerdasan Pelbagai adalah
memperkatakan tentang setiap individu mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan iaitu
kecerdasan verbal-linguistik, kecerdasan logik-matematik, kecerdasan visual-ruang, kecerdasan
kinestetik, kecerdasan muzik, kecerdasan interpersonal, kecerdasan intrapersonal dan kecerdasan
naturalis. Jadi setiap murid atau individu mempunyai potensi kecerdasan yang berbeza.
Seorang guru mengetahui bahawa setiap murid mereka mempunyai tahap yang berbeza dan
pelbagai kecerdasan. Jadi guru perlu menilai hasil aktiviti yang dijalankan oleh murid-murid
berdasarkan pelbagai kaedah dan penilaian. Oleh itu setiap murid dinilai dan diadili mengikut
potensi sendiri.
5
2.3 Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual.
a) Pembelajaran Koperatif
Pembelajaran koperatif adalah pengajaran berpusatkan murid di mana sekumpulan kecil murid-
murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri dan pembelajaran semua ahli kumpulan
mereka. Murid-murid berinteraksi antara satu sama lain dalam kumpulan yang sama untuk
memperoleh pengetahuan dan menyelesaikan masalah atau tugas serta mencapai matlamat. Li, M.
P. & Lam, B. H. (2013)
b) Amalan Pembelajaran Koperatif
Dalam usaha untuk membina pengajaran dalam secara pembelajaran koperatif, terdapat lima
prinsip dan elemen-elemen yang perlu dimasukkan:
1. Saling Bergantung Secara Positif
Setiap murid dalam kumpulan yang sama mempunyai sumbangan yang unik untuk mencapai
matlmat. Ahli kumpulan bergantung kepada satu sama lain untuk mencapai matlamat. Usaha setiap
ahli kumpulan amat diperlukan untuk kejayaan kumpulan.
2. Akauntabiliti Individu
Semua murid dalam kumpulan mesti bertanggungjawab untuk menyumbang bahagian kerja
mereka dan menguasai semua bahan yang akan dipelelajari untuk kejayaan kumpulan mereka.
3. Interaksi “Face-to-face”
Walaupun sesetengah kerja kumpulan itu boleh bahagikan dan dilakukan secara berasingan,
namun terdapat tugas mesti dilakukan secara interaktif dengan ahli kumpulan yang lain untuk
menyediakan satu sama lain dengan maklum balas, persoalan serta kesimpulan dan yang paling
penting ialah menggalakkan satu sama lain untuk mencapai matlamat kumpulan.
4. Kemahiran koperatif
Murid-murid digalakkan dan membantu dalam membangunkan dan mengaplikasikan
kepercayaan, kepimpinan, membuat keputusan, berkomunikasi dan kemahiran mengurus konflik.
6
5. Pemprosesan kumpulan
Ahli kumpulan menetapkan matlamat kumpulan, memeriksa tindakan ahli yang dapat membantu
atau tidak, menilai secara berkala perkara yang mereka lakukan dengan baik sebagai satu pasukan
dan mengenal pasti perubahan yangdapat mereka lakukan untuk berfungsi dengan lebih berkesan
pada masa akan datang. (Johnson & Johnson, 1999; Johnson, Johnson & Holubec, 1991; Kagan,
1994 di dalam Li, M. P. & Lam, B. H, 2013)
c) Pembelajaran Aktif
Pembelajaran aktif ialah dimana murid-murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.
Melalui penglibatan aktif, penekanan boleh diberikan kepada pemikiran konstruktif kepada semua
murid, dengan aktiviti biasanya tertumpu kepada pembinaan pengetahuan dan kemahiran baru.
Proses pemindahan dan penerimaan maklumat hanya akan berlaku melalui jika penglibatan murid-
murid berlaku secara aktif. Murid-murid akan dapat menterjemahkan konsep yang dipelajari
melalui latihan susulan yang diberikan kepada mereka. Ia adalah selaras dengan pendapat Mohd
Koharuddin (2004), dalam e-pembelajaran harus bebas dan memainkan peranan yang aktif dalam
pembelajaran.
d) Pembelajaran reflektif
Pembelajaran reflektif membantu murid-murid mempelajari bagaimana menggunakan
pengetahuan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, pembentukan dan pemahaman
konsep, inkuri dan kesedaran diri,mengenal pasti andaian yang melandasi sesuatu, menilai
ketepatan andaian, kesimpulan dan pegangan, menaakul perbezaan moral dan etika. Murid-murid
akan mengingat dan mengkaji semula beberapa langkah mengenai beberapa teknik yang telah
dipelajari. Contohnya dalam aktiviti menggambar menggunakan perisian beberapa fungsi dan
ikon perisian perlu difahami oleh murid-murid sebelum melaksanakan proses yang sama selepas
tunjuk cara oleh guru. Murid-murid golongan ini mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif, suka mentafsir dan menilai sesuatu perkara dari pelbagai sudut pandangan, prinsip,
keputusan atau projek, membuat refleksi kendiri, sentiasa berhati-hati, memikirkan pelbagai
pilihan dengan teliti serta mendalam sebelum membuat sebarang kesimpulan, belajar dan membuat
kerja secara sistematik (Mohd Nor dan Hazwani di dalam Emeliana, Hussin, Mohd, Shamsul &
Azizi, 2012)
e) Didik hibur
Didik Hibur merupakan satu penerapan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat
santai dan berhibur seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan, dan puisi secara sistematik
dan terancang (Mohd Zahar dan Affero, 2016). Menurut KPM, didik hibur menjadikan sesi
pembelajaran lebih menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan, ada unsur estetik,
permainan muzik, lakonan dan lain-lain. Didik hibur dapat mengurangkan tahap kebimbangan dan
ketakutan murid kepada guru kerana konsepnya yang santai dan berhibur menjadikan murid
sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif.
7
3.0 METODOLOGI KAJIAN
Pengkaji menggunakan satu set soal selidik bagi mendapatkan maklum balas mengenai masalah
yang dihadapi oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Kajian yang
dijalankan kepada guru-guru sekolah menengah dan sekolah rendah yang menjawab soal selidik.
Seramai 244 responden yang menjawab soal selidik tersebut. Seramai 47 responden lelaki dan 197
responden perempuan menjawab soal selidik tersebut. Soal selidik berkenaan guru opsyen dan
bukan opsyen, pengalaman mengajar Pendidikan Seni Visual dan masalah-masalah yang dihadapi
oleh guru-guru yang mengajar Pendidikan Seni Visual. Tujuannya soal selidik adalah untuk
memastikan bahawa terdapat perbezaan dalam jawapan terhadap soalan-soalan yang boleh
ditafsirkan untuk menggambarkan perbezaan di kalangan responden, dan bukannya perbezaan
dalam proses untuk mendapatkan jawapan (Postlethwaite, 2005).
4.0 ANALISIS DATA
Hasil daripada soal selidik dan tinjauan yang dilaksanakan kepada guru-guru yang mengajar mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual, pengkaji telah meringkaskan dapatan seperti berikut:
4.1 Guru Opsyen dan Bukan Opsyen
Pengetahuan bidang pengajian dan pengetahuan tentang cara mengajar menjadi penentu utama
dalam kualiti pengajaran (Greenwald et al. 1996; Ingersoll 2000; Ingersoll & Gruber 1996).
Seorang guru yang telah mengikuti pengajian perguruan di Institut Pendidikan Guru dan universiti,
sudah pastinya guru tersebut inginkan mata pelajaran opsyen sebagai mata pelajaran yang akan
diajar di sekolah. Hal ini adalah sangat penting demi memenuhi kepuasan guru tersebut. Situasi
ini secara tidak langsung menjadi pendorong untuk guru-guru menjadi lebih bersemangat untuk
menjadi kreatif dan inovatif di dalam bidang kepakaran mereka. Secara tidak langsung, ini
membolehkan mereka mendalami dengan lebih mendalam mengenai bidang kepakaran mereka.
Berdasarkan tinjauan yang dijalankan, pengkaji telah mendapat hasil kajian seperti jadual 5.1 di
bawah.
Guru
Bilangan
Peratusan
Opsyen
136
55.7%
Bukan Opsyen
108
44.3%
Jadual 1 Bilangan Guru Opsyen dan Bukan Opsyen
8
4.2 Bilangan Tahun Mengajar
Bilangan tahun mengajar membentuk pengalaman yang merupakan pengetahuan yang terbentuk
oleh interaksi dengan faktor-faktor persekitaran tugas guru. Tempoh dan kekerapan melalui tugas
pengajaran sama ada berjaya atau sebaliknya, sedikit demi sedikit membina pengetahuan dan
kemahiran profesion yang diperlukan. Guru-guru berpengalaman banyak bergantung kepada
ingatan dan tafsiran terhadap pengalaman pengajaran terdahulu yang berkaitan (Gist & Mitchell
1992). Jadual 5.2 menunjukkan bilangan tahun pengalaman responden-responden mengajar
Pendidikan Seni Visual. Terdapat Antara responden yang tidak mempunyai pengalaman sehingga
30 tahun pengalaman mengajar Pendidikan Seni Visual.
Bilangan Tahun
Bilangan
Peratusan
0
5
122
50.0%
5
10
83
34.0%
11 15
23
9.4%
16 20
9
3.7%
21 25
3
1.2%
26 30
4
1.6%
Jadual 2 Bilangan Tahun Mengajar
4.3 Masalah Yang Dihadapi Guru Pendidikan Seni Visual
Setiap mata pelajaran mempunyai cabaran dan masalah yang akan dihadapi oleh guru. Bagi
Pendidikan Seni Visuan, terdapat juga masalah yang sering dihadapi oleh guru-guru. Menurut
Janis Boyd (2004) dalam kajian beliau "Myths, Misconceptions, Problems and Issues in Arts
Education", apabila peruntukan kewangan yang berkurang memberikan kesan kepada Pendidikan
Seni Visual. Ini disebabkan berlaku ketidakseimbangan dan menyebabkan kekurangan bekalan,
infrastuktur, alatan, guru dan pakar dalam bidang seni visual. Jadual di bawah menunjukkan
masalah yang dihadapi oleh guru Pendidikan Seni Visual.
Masalah Yang Dihadapi
Bilangan
Peralatan Tidak Mencukupi Di Bilik Seni
176
Murid/Pelajar Tidak Membawa Alat dan Bahan
222
Murid/Pelajar Tidak Meminati Pendidikan
SeniVisual
102
Tidak Cukup Waktu Pengajaran dan
Pembelajaran
100
Tiada Masalah
6
Jadual 3 - Masalah Yang Dihadapi Guru Pendidikan Seni Visual
9
5.0 KESIMPULAN
Melalui kajian tinjauan ini, pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa opsyen guru, pengalaman
mengajar dan masalah yang sering dihadapi oleh guru mempunyai hubungkait. Hubungkait ini
akan memberikan kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Ini
memberikan kesan kepada minat dan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelasa. Murid-
murid perlu diberi peluang untuk membolehkan mereka mengenal pengetahuan hasil-hasil seni
dan kraf, kemahiran dan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni
visual (Kementerian Pendidikan 2002) serta melatih murid-murid dari segi kognitif, afektif dan
psikomotor mereka. Jika masalah yang dihadapi ini tidak mendapat perhatian dari pihak yang
berkenaan ia akan mengakibatkan kesan tidak langsung kepada perkembangan kognitif, fizikal,
kreativiti, persepsi, sosial dan emosi murid-murid. Sebuah kajian haruslah dijalankan bagi mencari
kaedah penyelesaian yang dapat membantu guru-guru untuk mengatasi masalah yang sering
dihadapi semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.
10
RUJUKAN
Abu Bakar, Zainudin and Muhamad Nor, Nor Hisham (2011). Pendekatan Pengajaran Guru Dan
Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di
Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor. Journal of Technical, Vocational &
Engineering Educational, 3 . pp. 67-78. ISSN 2231-7376
ALIZA BINTI ANTHONY ABET, ALIZA BINTI ANTHONY ABET (2009) Komitmen guru
pendidikan seni visual (minor) kursus perguruan lepas ijazah dalam pengajaran pendidikan
seni visual di sekolah rendah. Masters thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Emeliana Elias, Hussin Sarju, Mohd Izyan Zuhaili Zainudin, Shamsul Kamarudin & Azizi Yahaya
(2012). Hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar
tingkatan 4 sekolah menengah teknik perdagangan Johor Bahru. Journal of Educational
Psychology & Counseling, Volume 5 March 2012, Pages 58-70.
Gist, M.E. & Mitchell, T.R. 1992. Self-Efficacy: A theoretical analysis of its determinants and
malleability. Academy of Management Review 17(2): 183-211.
Greenwald, R., Hedges, L. & Laine, R. 1996. The effect of school resources on student
achievement. Review of Educational Research 66: 361-396.
Hassan, Prof.Madya Hj. Iberahim and Hj.Arshad, Mohd Zaihidee and Ibrahim,
Md.Nasir and Omar, Jamilah (2014). Kajian Keberkesanan Perlaksanaan Pengajaran Dan
Pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Project Report. Universiti Pendidikan Sultan
Idris.
Ikhsan Othman & Rohizani Yaakub. (2010). Aplikasi teori kecerdasan pelbagai dalam pelaksanaan
kurikulum. Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 25, 2132, 2010.
Janis Boyd (2004). Myths, Misconceptions, Problems and Issues in Arts Education. Griffith
University: Brisbane Australia
Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah : Huraian
Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Pusat Perkembangan Kurikulum: Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2010). Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran. Putrajaya:
Bahagian Pembangunan Kurikulum.
11
Lacy, A. C., & Hastad, D. N. (2007). Measurement and evaluation in physical education and
exercise science (5th ed.). USA: Pearson Education.
Li, M. P. & Lam, B. H (2013). Cooperative learning: The active classroom. Hong Kong: The
Hong Kong Institute of Education.
Mohd Zahar bin Hj Kusnun1, Affero bin Ismail (2016). Penerapan kaedah didik hibur terhadap
motivasi belajar di kalangan murid di sebuah sekolah rendah daerah kluang. Seminar
Pendidikan Johor 2016.
Mohd. Koharuddin Mohd. Balwi, & Rozita Sanapi. (2012). Perkembangan, pembangunan dan
penerimaan pembelajaran di institusi pengajian tinggi Malaysia. Jurnal Teknologi, 41(1),
55-72.
Peter, O. I., Abiodun, A. P. & Jonathan, O. O. (2010). Effect of constructivism instructional
approach onteaching practical skills to mechanical related trade students in western nigeria
technical colleges. International NGO Journals, 5 (3): 59-64.
Postlethwaite, T.N. (2005). Educational research: some basic concepts and terminology.
UNESCO: International Institute for Educational Planning.
Zurainu Mat Jasin, and Abdull Sukor Shaari, (2012) Keberkesanan model konstruktivisme lima
fasa needham dalam pengajaran komsas bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu
;Malay Language Education (MyLEJ), 2 (1). pp. 79-92. ISSN 2180-4842.
Article
Full-text available
Pelajar didapati sukar melukis bentuk objek khususnya bentuk geometri dan tidak dapat menentukan arah cahaya dan saiz bayang yang tepat semasa melukis. Ini menyebabkan lukisan tidak nampak relistik dari segi bentuk dan konteks pencahayaan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan display light board (DLB) dalam meningkatkan kemahiran teknik melukis bentuk geometri secara ‘still life’. Display Light Board menggabungkan unsur cahaya dan latar belakang putih untuk menimbulkan kesan cahaya dinamik dan dramatik kepada bentuk-bentuk geometri yang diletakkan di atasnya. Kajian secara kualitatif dijalankan terhadap 10 orang pelajar tingkatan 4 yang dipilih secara persampelan bertujuan. Data dikumpul menggunakan kaedah pemerhatian dan kajian dokumen. Satu alat inovasi iaitu Model DLB digunakan untuk membantu meningkatkan kemahiran pelajar untuk melukis cahaya dan bayang dengan tepat. Lampu dinyalakan ke arah bentuk-bentuk geometri yang diletakkan diatas papan, sehingga terhasil kesan cahaya dan bayang yang dapat dijadikan panduan kepada pelajar untuk melukis bentuk yang efektif. Hasil penggunaan model DLB menunjukkan 100% pelajar mudah melihat dan faham arah cahaya serta bentuk bayang yang terhasil daripada cahaya lampu yang dipasang. 90 % daripada mereka dapat melukis objek dengan baik dengan mengenal pasti kedudukan bayang yang tepat pada objek. Justeru, kajian mencadangkan supaya Model DLB ini dapat digunakan oleh pelajar untuk memahami konsep melukis objek dengan tepat secara ‘still life’ dengan adanya kesan cahaya dan bayang yang jelas. Guru dapat menadikan DLB ini sebagai bahan bantu mengajar yang sesuai untuk meningkatkan pencapaian pelajar.
Article
Full-text available
The study assessed the effect of constructivism instructional approach on teaching practical skills to mechanical related trade students in Western Nigeria technical colleges. Elements of constructivism assessed include concept mapping, cooperative work skills and cognitive apprenticeship. Pretest, posttest experimental design with a non-equivalent control group was adopted for the study. A total of one hundred and six randomly selected year two students in mechanical related trades were drawn from four technical colleges spread across the south western Nigeria States. Forty six of these numbers were placed in the experimental group while sixty were placed in the control group. The research instruments developed, validated and used for data collection were the constructivism lesson plan, conventional lesson plan and the general metalwork achievement test (GMWAT). The GMWAT which was a 30 item objective questions with four options was administered on all the groups before the commencement of teaching (pretest). This was later administered as posttest on the students after the experiment. Three research questions were raised while two hypotheses tested at 0.05 level of significant were used for the study. Frequency counts, mean and standard deviation were employed to answer the research questions while t-test and analysis of covariance (ANCOVA) were used to test the hypotheses. Preliminary results of findings showed a significant difference between the students taught with constructivism teaching approach and those in the control group. Significant difference does not exist between male and female students exposed to the constructivism approach. Recommendations and suggestions for further studies were advanced.
Article
Full-text available
Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang bertujuan mengkaji pendekatan pengajaran guru dan kesannya terhadap tahap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup (KH). Terdapat dua pendekatan pengajaran yang telah ditinjau iaitu pendekatan pengajaran secara penyelesaian masalah dan pendekatan pengajaran secara induktif. Instrumen yang telah digunakan ialah soal selidik. Ia bertujuan untuk melihat hubungan antara pendekatan pengajaran guru dan kesannya terhadap tahap pencapaian pelajar. Seramai 201 responden terdiri daripada 97 orang pelajar lelaki dan 104 orang pelajar perempuan telah terlibat dalam kajian ini. Data-data dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan “Statistical Package for Social Sciences for Windows (SPSS) Version 13.5”. Statistik deskriptif telah digunakan. Hasil kajian menunjukkan kebanyakan guru KH lebih gemar menggunakan pendekatan pengajaran secara induktif berbanding pendekatan pengajaran secara penyelesaian masalah. Didapati juga tiada hubungan yang signifikan wujud di antara pendekatan pengajaran dengan tahap pencapaian pelajar. Justeru itu para pendidik tidak hanya terfokus kepada pendekatan pengajaran yang digunakan tetapi juga lain-lain aspek berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
Article
A universe of education production function studies was assembled in order to utilize meta-analytic methods to assess the direction and magnitude of the relations between a variety of school inputs and student achievement. The 60 primary research studies aggregated data at the level of school districts or smaller units and either controlled for socioeconomic characteristics or were longitudinal in design. The analysis found that a broad range of resources were positively related to student outcomes, with effect sizes large enough to suggest that moderate increases in spending may be associated with significant increases in achievement. The discussion relates the findings of this study with trends in student achievement from the National Assessment of Educational Progress and changes in social capital over the last two decades.
Article
First, we need the arts to express feelings words cannot convey. Second, we need the arts to stir creativity and enrich a student's way of knowing. Third, we need the arts to integrate the fragments of academic life. Fourth, we need the arts to empower the disabled and give hope to the disenchanted. Above all, we need the arts to create community and to build connections across the generations. Dr Ernest Boyer, President of the Carnegie Foundation for the Advancement of Teaching. 1994. In Goals 2000: Opportunities for the Arts. Preamble For years more than any other endeavour or enterprise the arts in educa tion have suffered from an over abundance of myths, misconceptions and problems in schools. Why is this so when the arts are as natural as living and breathing? From the time that they are born children are introduced to the arts as the very foundation of their culture. The nursery is alive with aural sounds and pictorial visual imagery. Colourful mobiles are sometimes the first objects of scrutiny from tiny eyes, while the tinkle of a lullaby by Brahms emanates from a small music-box. Parents sing with children, and sing them to sleep . During the early days of infancy parents read and act out traditional folk stories with laughter and in various tones of voice. Children respond by mimicking and playing. These sensory responses to the human experience are encouraged and rewarded by parents. Parents hang the child's very first drawings and paintings on the refrigerator in the kitchen. The very first song that a small child sings is lauded and applauded. Tiny-tots are encouraged to dance and perform- stage mothers abound as tiny, pink ballet slippers are packed with costumes and make up. The above are examples of 'the -arts-in-action' enacting body, spirit, intellect and emotion while the child comes to know and understand their world. The arts as purveyors of culture are valued and introduced to young children by parents and grandparents. Young children's first attempts to communicate ideas and feelings are through one or more of the arts forms. A simple gesture is captured in dance, a mood is expressed through music, an idea is painted on paper and a response is mimed. It is impossible to imagine a child's life and being without the arts.
Article
The construct of self-efficacy has received increasing empirical attention in the organizational behavior literature. People who think they can perform well on a task do better than those who think they will fail. Differences in self-efficacy are associated with bona fide differences in skill level; however, efficacy perceptions also may be influenced by differences in personality, motivation, and the task itself. This article reviews theoretically the antecedent processes and information cues involved in the formation of self-efficacy. A model of the determinants of self-efficacy is proposed that enhances understanding of both the complexity and malleability of the construct. Determinants that facilitate the most immediate change in self-efficacy are identified, and appropriate change strategies are highlighted. Implications and propositions pertaining to future research are discussed at the end of the article.
Komitmen guru pendidikan seni visual (minor) kursus perguruan lepas ijazah dalam pengajaran pendidikan seni visual di sekolah rendah
  • Aliza Binti
  • Anthony Abet
  • Aliza Binti Anthony Abet
ALIZA BINTI ANTHONY ABET, ALIZA BINTI ANTHONY ABET (2009) Komitmen guru pendidikan seni visual (minor) kursus perguruan lepas ijazah dalam pengajaran pendidikan seni visual di sekolah rendah. Masters thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar tingkatan 4 sekolah menengah teknik perdagangan Johor Bahru
  • Emeliana Elias
  • Hussin Sarju
  • Mohd Izyan Zuhaili Zainudin
Emeliana Elias, Hussin Sarju, Mohd Izyan Zuhaili Zainudin, Shamsul Kamarudin & Azizi Yahaya (2012). Hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar tingkatan 4 sekolah menengah teknik perdagangan Johor Bahru. Journal of Educational Psychology & Counseling, Volume 5 March 2012, Pages 58-70.
Iberahim and Hj.Arshad, Mohd Zaihidee and Ibrahim
  • Prof Madya Hassan
  • Hj
Hassan, Prof.Madya Hj. Iberahim and Hj.Arshad, Mohd Zaihidee and Ibrahim,
Kajian Keberkesanan Perlaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR
  • Md
  • Nasir
  • Jamilah Omar
Md.Nasir and Omar, Jamilah (2014). Kajian Keberkesanan Perlaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Project Report. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum
  • Kementerian Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia (2010). Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.