ArticlePDF Available

Buta politik faktor survival Melayu tergugat

Authors:

Abstract

SIKAP DINGIN KERANA TIDAK MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI MENGUNDANGKAN MASALAH DAN GUGATAN MASA DEPAN BANGSA MELAYU
Buta politik faktor survival Melayu tergugat
Oleh Profesor Madya Dr Ismail Sualman
bhnews@bh.com.my
Share
Tweet
Share
- Gambar hiasan
Statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan daripada 17.7 juta
yang layak mendaftar sebagai pemilih, masih ada hampir 4.2 juta yang
belum berdaftar dan 59 peratus daripada jumlah itu adalah kalangan
Melayu dan Bumiputera. Ini bermakna sekurang-kurangnya 2.4 juta orang
Melayu dan Bumiputera yang tidak akan keluar mengundi dan hilang
kelayakan sebagai pengundi ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)
nanti.
Amat merugikan! Jumlah ini menunjukkan bukan sahaja anak muda
Melayu, malahan ramai lagi yang tidak menganggap perkara ini satu
tanggungjawab penting sebagai rakyat Malaysia. Jumlah yang besar ini
memberi impak kepada politik negara. Pada hakikatnya, hanya dengan
satu undi boleh menentukan kemenangan atau kekalahan sesebuah parti
dalam membentuk kerajaan pada masa akan datang.
Maka jumlah yang keluar mengundi amat penting untuk menentukan corak
dan hala tuju masa depan sesebuah negeri malahan negara. Tidak cakna,
prihatin dan tidak peduli antara punca hampir 1.9 juta anak muda Melayu di
negara ini tidak berdaftar sebagai pengundi. Lebih malang lagi ada yang
meremehkan tanggungjawab dan tidak mahu mengundi walaupun sudah
berdaftar. Sikap tidak celik politik ini amat menggusarkan. Malah sikap
sebegini mampu mengundang 'ketirisan kuasa' dan survival Melayu.
Undi tak beri sebarang kesan
Beberapa alasan diberi anak muda Melayu. Kajian saya menunjukkan
mereka mendakwa undi tidak akan memberi sebarang kesan kepada politik
negara. Ada juga mengatakan apa faedah yang akan diperoleh jika mereka
mengundi? Sesetengahnya mengatakan 'tidak suka politik', bosan dan
tidak mahu masuk campur hal ehwal negara. Keadaan ini amat
membimbangkan kerana tonggak masa depan negara berada di tangan
anak muda masa kini.
Sekiranya mereka tidak mendaftar sebagai pengundi, maka perubahan dan
anjakan serta transformasi yang diidamkan di Malaysia tidak akan menjadi
kenyataan. Senario politik yang semakin mencabar dan rencam, amat
penting fahaman politik dalam kalangan orang muda untuk mengekalkan
survival Melayu. Adakah Melayu 'mudah lupa'? Sehingga tanah air sendiri
pun tidak mahu dipertahankan. Hak dan wasiat kuasa diterapkan dalam
Wasiat Raja Melayu diabaikan.
Antara lain, Wasiat Raja Melayu menyatakan bahawa: "Kami kekalkan dan
kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja Melayu memerintah negara ini;
Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan; Kami tetapkan bahasa
kebangsaan ialah bahasa Melayu; Kami amanahkan dan kami
pertanggungjawabkan kepada Raja Melayu untuk melindungi kedudukan
istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain." (Kemudian
ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Kekal kelangsungan Melayu
Sikap peduli dan mengambil tahu soal politik adalah kewajipan bersama
kerana perkiraan politik kunci kepada mengekalkan survival atau
kelangsungan Melayu sejak dahulu, kini dan selamanya.
Mungkin dek kenikmatan, kemewahan atau keselesaan yang dialami anak
muda Melayu punca kepada sikap tidak ambil peduli soal masa depan
bangsa Melayu. Arus pemikiran liberalisme dan keterbukaan, juga
menghakis roh dan semangat serta perjuangan.
Sebagai anak muda, ironinya berpegang kepada idealisme dan
bersemangat tinggi. Namun jika mereka tidak menunaikan hak sebagai
pengundi, maka hilanglah peluang untuk menentukan kepemimpinan
negara pada masa akan datang. Secara jujur, jika kita bandingkan dengan
anak muda berbangsa Cina, India dan etnik di Sabah dan Sarawak,
mereka berlumba-lumba untuk mendaftar sebagai pengundi.
Apa lagi alasan anak muda Melayu tidak mendaftar? SPR telah
melaksanakan pendaftaran statik seperti di kaunter Ibu Pejabat SPR,
Pejabat Pilihan Raya Negeri atau Pejabat Pos Berkomputer. Kaedah
pendaftaran ini membolehkan pemilih mengundi di kawasan mengikut
alamat dalam kad pengenalan masing-masing. Pada hari mengundi,
pemilih sendiri tahu di mana tempat mengundi.
Semua parti politik berebut-rebut mencari dan mendaftarkan anak muda
sebagai pengundi berdaftar baharu. Malah, beberapa parti politik secara
terang-terangan meuar-uarkan memberi imbuhan kewangan kepada anak
muda yang mendaftar di parti politik mereka.
Ancaman pemikiran
Kecenderungan lebih tertumpu kepada pelajar di pusat pengajian tinggi.
Bagaimana pula dengan anak muda di tempat lain yang menjangkau
empat juta orang? Di kilang, di kawasan perumahan, atau di mana-mana
sahaja tempat pekerjaan dan pertemuan anak muda ini sudah dijejaki?
Jangan terhantuk baharu nak menadah. Jika nanti kita tidak lagi berkuasa
baharu kita merintih dan menyalahkan. Jangan sampai 'kampung tergadai'
jika kita masa kini tidak prihatin dengan soal politik, sedangkan ancaman
bukan sahaja melalui serangan pengganas, peperangan atau subversif
tetapi menular melalui pemikiran dan world view.
Persoalan sikap tidak peduli terhadap masa depan bangsa sendiri juga
ancaman yang perlu diatasi. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan
demokrasi Raja Berperlembagaan, kuasa serta pentadbiran sebenarnya
ditentukan undi dalam sistem pilihan raya. Mana-mana parti politik yang
mendapat undi majoriti, akan diberi mandat membentuk kerajaan. Pilihan di
tangan anda. Maka prihatin dan caknalah masa depan anda.
Penulis adalah Penyelidik Kajian Demokrasi dan Sistem Pilihan Raya
Majlis Profesor Negara merangkap Pensyarah Kanan, Universiti
Teknologi MARA
Thesis
Johor football has been through the golden age of the 1980s and 1990s through a dark period after the failure of the team to win any trophies for a long time. In 2013, Tengku Mahkota Johor (TMJ) had taken action to take over the team and made a massive transformation to successfully embrace various successes. Thus, Johor football has also become a very influential phenomenon that is able to become medium of unity among the people of Johor. The problem in this study is to see whether the influence that exists in Johor football will give an impact on Malay politics in Johor. Theories and two concepts have been used, the client's patron theory, the concept of feudalism and the concept of neo-feudalism. The three objectives of this study, tracing the background of Johor football, to study the role of football in influencing Malay politics in Johor and analyzing the influence of football on Malay politics in Johor. The overall study uses a qualitative method that includes library research to obtain relevant materials. The main findings of this study show that the influence of football triggered by TMJ has been able to influence Malay politics in Johor. The phenomenon that exists in Johor football is seen as influential so as to serve as a consolidation medium that also reaffirms the concept of the ’Bangsa Johor’ and raises the spirit of the Johor people. In fact, Johor football has also functioned as a three-way bridge connecting between feudal institutions with the state government as well as the people. TMJ's roles in football have shown that the support of the Johor Malays is firmly on feudal institutions and indirectly re-establishing the traditional feudal values of loyalty to the king. The state government that leads by UMNO is also very supportive of TMJ's efforts in football and this has further strengthened ties between the state government and the feudal institutions. This good relationship is seen to have created a client patron concept between UMNO Johor and the feudal institution of Johor and has indirectly created neo-feudal practices. The good relationship between feudal institutions and UMNO is also seen as beneficial to UMNO Johor, especially to regain the support of the Johor Malays to the party.
ResearchGate has not been able to resolve any references for this publication.