Kritikan membicarakan soal intelek dan fikiran, memenuhi keinginan manusia yang berfikir, mengenai apa yang seharusnya ada dan apa yang seharusnya tidak ada. Sasaran kritikan ialah sesuatu fakta yang termasuk dalam lingkungan tanggungjawab manusia seperti politik, organisasi masyarakat, pendapat, bangunan, muzik atau kesusasteraan (Baharuddin Zainal, 1989. mks. 34). Pengkritik melihat sesuatu di
... [Show full abstract] depan matanya dan membandingkan dengan kenyataan lain yang seharusnya dilakukan oleh manusia. Dengan demikian ia melakukan perbandingan sesuatu yang ada dengan sesuatu yang mungkin ada. Perbuatan membandingkan objek atau kenyataan inilah merupakan aspek penting dalam kritikan. Kepentingan apresiasi dan kritikan drama atau teater telah muncul sejak tahun 1950an lagi dan terus berkembang sehingga kini. Dalam masa ini para pelibat teater mahupun audien telah lama mencari-cari beberapa pendekatan yang sesuai untuk memahami, menganalisis dan mengkritik bidang teater. Namun fikiran-fikiran itu tidak pernah matang, malah kegiatan kritikan itu telah berjalan secara tidak seimbang dan wajar. Kita melihat telah timbul bermacam-macam bentuk kritikan terhadap teater baik bersifat membina mahupun menjatuhkan. Hampir 70% pengkritik teater yang ada di negara ini mengkritik sesebuah teater hanya berdasarkan naluri dan tahap penerimaan individu tertentu sahaja. Seperti yang dinyatakan oleh Mana Sikana; "…trend kritikan sastera Melayu dewasa ini pun sememangnya tendensinya ke arah pendekatan moralistik; melihat aspek pengajaran dan guna karya kepada masyarakat…" (Mana Sikana, 1995, mks.10). Lebih parah lagi, kebanyakan pengkritik ini bukannya mereka yang benar-benar mahir atau mempunyai pengetahuan di dalam bidang teater. Mereka sekadar menonton satu atau dua pementasan dan kemudian menghasilkan satu kritikan terhadap pementasan tersebut menurut kehendak mereka. Sekiranya persembahan teater yang ditonton memenuhi keinginan, kehendak, 1