Conference PaperPDF Available

Isu Pendekatan Pengajaran Kolaboratif Terhadap Pemulihan Literasi Bahasa Melayu

Authors:

Abstract

Dalam kelas tahap satu terdapat murid yang telah menguasai dan belum menguasai asas membaca, menulis dan mengira (3M). Justeru itu guru perlu melaksanakan pemulihan, pengukuhan dan pengayaan bagi memastikan murid ini menguasai kemahiran asas 3M. Bagi murid yang telah menguasai guru memberikan aktiviti pengayaan, manakala murid yang belum menguasai dan baharu kuasai guru melaksanakan aktiviti pemulihan dan pengukuhan mengikut konstruk murid. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, konstruk literasi Bahasa Melayu perlu digabungjalinkan dengan kandungan sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) agar murid tidak ketinggalan dan boleh bersaing dengan murid lain. Melaksanakan pemulihan, pengukuhan dan pengayaan bukan pekara yang mudah. Ini demikian kerana, guru perlu mengenalpasti tahap penguasaan murid dan mengabungjalin dengan aktiviti berdasarkan sukatan mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Bilangan murid yang ramai dalam satu kelas sehingga mencecah 40 orang murid menyukarkan perlaksanaan pemulihan, pengukuhan dan pengayaan dalam kelas. Guru juga tidak dapat mengurus tingkah laku murid dengan baik dan lebih cenderung mengajar tanpa mengikut tahap penguasaan murid, kesanya murid yang belum menguasai akan ketinggalan dari menguasai konstruk literasi Bahasa Melayu dan KSSR. Guru pemulihan dan Guru LINUS perlu berkejasama secara kolaboratif melalui pengajaran sebagai langkah penyelesaian masalah penguasaan literasi murid. Pengajaran kolaboratif amat luas di negara-negara barat. Namum demikian bidang kajian ini amat sedikit diterokai di negara ini. Pengajaran kolaboratif ini membantu para guru dalam perlaksanaan pemulihan, pengukuhan dan pengayaan serta peningkatan penguasaan 3M murid. Oleh yang demikian kertas kerja ini akan memfokuskan kepada pendedahan kajian berkaitan pengajaran kolaboratif yang mengemukanan pendekatan khusus serta isu dalam pemulihan literasi Bahasa Melayu dan seterusnya dapat meningkatkan tahap penguasaan 3M murid
A preview of the PDF is not available
... Thus, collaborative vocational institutions and industries are crucial to develop skilled graduates in line with industrial demand (Ashari & Rasul, 2014). In short, a collaboration between industries and Vocational centers is a medium to achieve mutual benefits among both parties (Asnorhisham, 2015). Hence, government support is needed to monitor the quality of collaboration between TVET institutions and industry. ...
... Different cultures between the education system and the industry are also issues in industrial and educational institution collaborations (Asnorhisham, 2015). The desire to work together is less popular in the industry than in educational institutions. ...
... On behalf of Vocational institutions, student industrial training is the main focus, with 100% implementation of collaboration between vocational institutions and industry. 8% is for staff exchange, 6% for instructor industrial equipment sharing experiences, and, finally, 4% for research collaboration and other programs (Asnorhisham, 2015). The researchers also noted that cooperation between Vocational institutions and the industry is still lacking compared to developed countries. ...
ResearchGate has not been able to resolve any references for this publication.