Content uploaded by Sapie Sabilan
Author content
All content in this area was uploaded by Sapie Sabilan on May 17, 2018
Content may be subject to copyright.
1
ANALISIS TAHAP PENGUASAAN BACAAN AL-QURAN MURID TAHUN 5
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KARANG BERDASARKAN MODEL KHATAM
AL-QURAN DAN MODEL TASMIK j-QAF
Sapie Sabilan, Barinah Ibrahim, Suhana Mohamed Lip,
Mohamad Fuad Ishak, Siti Nga’ishah Mohni
ABSTRAK
Kajian ini menumpukan terhadap permasalahan tahap penguasaan murid tahun 5 dalam bacaan
al-Quran berdasarkan Model Khatam al-Quran dan Model Tasmik j-QAF menggunakan metode
campuran secara deskriptif iaitu metode kualitatif dan kuantitatif. Populasi kajian ini terdiri
daripada 200 orang murid tahun 5 Sekolah Kebangsaan Sungai Karang yang telah menjalani
Model Khatam al-Quran serta Model Tasmik j-QAF sejak tahun 1 hingga tahun 5. Persampelan
seramai 136 orang ditentukan dengan merujuk jadual Krejcie & Morgan (1970). Instrumen
soal selidik diedarkan kepada responden menggunakan model penilaian (CIPP) Stufflebeam
(1973) yang terdiri daripada empat komponen penilaian dari aspek konteks, input, proses dan
produk. Ujian kualiti bacaan dilakukan untuk mengetahui tahap pencapaian murid dalam
bacaan al-Quran yang diukur menggunakan skala rubrik. Analisis deskriptif digunakan untuk
memberi tafsiran kepada data dan seterusnya menjawab persoalan kajian. Data kuantitatif
dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 20.0. Analisis mendapati 70.6% murid
telah menguasai bacaan al-Quran, 19.9% pada tahap sederhana dan 9.5% murid masih di tahap
lemah. Matlamat utama program ini adalah untuk mencapai keseluruhan murid dapat khatam
al-Quran bersama guru. Namun demikian, masih terdapat murid yang gagal menguasai bacaan
al-Quran. Secara keseluruhannya, kajian mendapati keberkesanan pelaksanaan input dan
produk adalah mencapai tahap piawaian. Namun penilaian terhadap konteks dan proses perlu
ditambahbaik bagi mempertingkatkan tahap pencapaian murid.
Kata kunci : khatam al-Quran, tasmik j-QAF
1.0 PENDAHULUAN
Perkembangan pendidikan al-Quran di Malaysia secara umumnya terdapat dua kaedah tilawah
al-Quran yang pernah diperkenalkan, iaitu kaedah Baghdadiyyah dan kaedah Iqra’. Kaedah
Baghdadiyyah adalah berdasarkan buku Muqaddam yang bermatlamatkan kepada pembinaan
kemampuan untuk membaca al-Quran. Pengajaran berpandukan kaedah Baghdadiyyah dimulai
dengan mengenal huruf-huruf hijaiyyah, diikuti dengan huruf bersambung dan berbaris.
Apabila selesai mengenal kedua-dua bentuk huruf ini, barulah dipindahkan membaca al-Quran.
Ianya bermula dari surah al-Fatihah, surah an-Nas sehingga surah al-Naba’. Pembelajaran al-
Quran melalui kaedah ini ada tiga peringkat, iaitu pembacaan secara umum dengan memberi
penekanan kepada tajwid berdasarkan asas yang telah dibina dalam mengenal huruf dan baris,
bacaan ulangan yang lebih menekankan kepada pembacaan secara kaedah tajwid dan sebutan
yang lebih baik dan mantap seterusnya pembacaan secara berirama dan berlagu. Seterusnya
muncul pula kaedah Iqra’ yang berasal dari Indonesia yang diasaskan oleh H. As’ad Humam.
Beliau menyusun buku Iqra’ (Cara Cepat Membaca al-Quran) secara lengkap dan sempurna
serta bersepadu dengan huruf yang seimbang. Ia dimulai dengan pembelajaran asas, dengan
rangkaian huruf-huruf hinggalah ke peringkat suatu ayat yang bermakna yang terkandung
dalam 6 jilid secara latih tubi sebutan huruf dan ayat. Menurut Muhd Mukri (1994), antara ciri-
ciri yang terdapat dalam kaedah Iqra’ ialah bacaan terus tanpa menganalisis dan mengeja huruf,
tanpa diperkenalkan terlebih dahulu nama huruf hijaiyyah dan tanda-tanda bacaan, dengan terus
2
diperkenalkan satu-satu huruf. Seterusnya, penggunaan teks tertentu menggunakan satu set
buku yang mengandungi enam naskhah bermula dari buku pertama. Merujuk kepada amalan
pengajaran dan pembelajaran Tilawah al-Quran yang berkesan, maka guru Pendidikan Islam
perlu jelas dari segi strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan semasa mengajar
Tilawah al-Quran. Menurut Abdul Raof (1998) gabungan pelbagai aktiviti pengajaran yang
melibatkan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik akan membawa kepada pengajaran yang
berkesan. Selain itu, pentaksiran juga diperlukan bagi membuat penilaian terhadap pengajaran
dan pembelajaran yang dijalankan ketika sebelum, ketika, dan selepas pengajaran dan
pembelajaran agar guru mengetahui tahap pencapaian yang mereka capai. Ishak (1985) dan
Abdul Qadir (1998) mengemukakan kaedah pengajaran bacaan al-Quran yang berkesan iaitu
berdasarkan kaedah al-Tahqiq iaitu bacaan yang tenang dan tidak tergopoh gapah yang
bertujuan untuk mengajar dan menghayati kandungan dan hukum-hukum bacaan al-Quran, al-
Tartil iaitu bacaan yang tenang dan tidak tergopoh-gapah dan bukan untuk tujuan mengajar
bahkan untuk menghayati kandungan al-Quran, al-Tadwir iaitu bacaan yang sederhana dan
tidak terlalu cepat serta mengawasi hukum tajwid dan al-Hadar iaitu bacaan cepat serta
mengawasi segala hukum tajwid.
2.0 LATAR BELAKANG
Mempelajari al-Quran merupakan suatu keperluan dan tanggungjawab kepada umat Islam
untuk mahir membaca al-Quran. Ibnu khaldun (2002) dalam kitabnya Muqaddimah
menyatakan bahawa al-Quran itu perlu dipelajari dan dibaca oleh kanak-kanak pada peringkat
awal, kerana membaca al-Quran akan menanamkan benih-benih keimanan ke dalam jiwa
kanak-kanak. Program j-QAF telah dilaksanakan berasaskan cetusan idea YAB Perdana
Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi mulai tahun 2005. j-QAF
adalah singkatan kepada Jawi, al-Quran, Arab, Fardu Ain. Program j-QAF ini adalah suatu
usaha untuk memperkasakan pendidikan Islam melalui penekanan khusus dalam pengajaran
Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain di peringkat sekolah rendah dengan menggunakan
model yang tersendiri iaitu Model Pemulihan Jawi, Model Bacaan Iqra’ 6 Bulan Pertama,
Model Khatam al-Quran, Model Tasmik, Model Bahasa Arab Komunikasi dan Model Bestari
Solat. Melalui pelaksanaan program j-QAF ini murid-murid diharapkan akan dapat menguasai
bacaan dan penulisan jawi, khatam al-Quran pada tahun keenam mereka di sekolah rendah,
dapat berkomunikasi dalam Bahasa Arab yang mudah dan dapat memantapkan amalan fardu
ain yang betul seterusnya mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
Pengajaran Iqra’ dan al-Quran dalam program j-QAF dijalankan secara kolaboratif iaitu dua
atau tiga orang guru mengajar secara serentak dalam sebuah kelas. Pengajaran dijalankan
dengan kaedah talaqqi dan musyafahah iaitu murid mendengar dan mengikut contoh bacaan
guru dengan kekerapan tiga waktu seminggu. Seterusnya murid mengikuti kelas tasmik yang
dijalankan di luar jadual waktu persekolahan sebanyak dua kali seminggu. Sesi tasmik adalah
peluang untuk guru menilai dan merekod tahap perkembangan murid dalam pengajaran Iqra’
dan al-Quran. Program tambahan seperti Kem Literasi al-Quran (KLAQ) dilaksanakan secara
intensif khusus untuk murid yang lemah penguasaan bacaan al-Quran. Kementerian Pelajaran
Malaysia mencadangkan pengajaran al-Quran menggunakan kaedah talaqqi dan musyafahah,
iaitu murid mendengar bacaan contoh daripada guru, murid membaca dengan bimbingan guru
atau pembimbing seterusnya merekod pencapaian bacaan murid. Buku Iqra’ dan mashaf al-
Quran resam Uthmani telah dibekalkan ke sekolah-sekolah bagi menjayakan pengajaran al-
Quran secara efektif. Guru yang berkelayakan KPLI j-QAF juga turut ditambah mengikut
kesesuaian bilangan murid di dalam sesebuah kelas. Mulai Jun 2015, Bahagian Pendidikan
Islam telah melaksanakan norma baharu guru pendidikan Islam yang lebih menekankan
3
pengajaran al-Quran dengan melaksanakan konsep kolaborasi guru dari kelas model Khatam
al-Quran sehinggalah ke dalam kelas model tasmik yang mula dijalankan dalam jadual waktu
persekolahan. Dengan usaha ini diharapkan murid dapat mencapai tahap penguasaan yang
tinggi dalam bidang al-Quran.
3.0 PENYATAAN MASALAH KAJIAN
Pengajaran dan pembelajaran al-Quran di sekolah rendah telah dilaksanakan melalui model
Khatam al-Quran dan model Tasmik dalam Program j-QAF sejak tahun 2005 dengan
mensasarkan murid Islam sekurang-kurangnya dapat khatam al-Quran di peringkat sekolah
rendah. Sejak dilaksanakan, semua pihak mengharapkan agar program ini khususnya kebolehan
membaca al-Quran dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat memberi impak positif
kepada individu murid itu sendiri, ibu bapa, keluarga, masyarakat dan negara. Berdasarkan
kajian yang telah dibuat oleh Bhasah, Mohd Nafiruddin, Abdul Jadid, Safaruddin, Azlan, Mohd
Yusof dan Mahyudddin (2012) dalam kajian mereka mengenai persepsi pelajar tingkatan 1
terhadap keberkesanan program j-QAF mendapati bahawa aspek pembelajaran al-Quran masih
lagi belum begitu mantap dan memerlukan sesuatu kaedah yang lebih berkesan lagi.
Pembelajaran j-QAF boleh dianggap lebih berkesan kepada pelajar perempuan berbanding
lelaki. Pelajar perempuan telah menunjukkan persepsi yang positif dan berkesan bagi semua
komponen j-QAF termasuk pembelajaran tilawah al-Quran. Mereka yang telah khatam
membaca al-Quran mempunyai persepsi yang amat positif terhadap keberkesanan program j-
QAF kepada mereka. Pengajaran dan pembelajaran al-Quran di sekolah rendah telah
mengalami perubahan demi perubahan sehingga kini. Pelbagai program, kaedah, teknik dan
pendekatan telah dilaksanakan. Berdasarkan saranan Buku Panduan Pelaksanaan Model-Model
Pengajaran dan Pembelajaran dan Kokurikulum j-QAF (2004), mengkehendaki supaya setiap
program yang dijalankan hendaklah dipastikan keberkesanan pelaksanaannya. Justeru itu, maka
kajian ini dijalankan untuk mengukur tahap penguasaan al-Quran murid-murid dan sejauh
mana ianya telah memenuhi matlamat kurikulum yang disasarkan.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini secara umumnya bertujuan mengkaji tahap penguasaan bacaan al-Quran murid tahun
5 Sekolah Kebangsaan Sungai Karang berdasarkan model Khatam Al-Quran dan model Tasmik
j-QAF. Bagi mencapai tujuan tersebut, beberapa objektif khusus ditetapkan dalam kajian ini
iaitu:
i. mengenalpasti tahap penguasaan murid tahun 5 Sekolah Kebangsaan Sungai Karang
terhadap model pengajaran dan pembelajaran al-Quran.
ii. menilai kekuatan dan kelemahan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran al-Quran.
iii. menilai kaedah, proses penilaian dan bimbingan murid terhadap pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran al-Quran.
iv. menilai tahap penguasaan bacaan al-Quran murid tahun 5 Sekolah Kebangsaan Sungai
Karang dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran al-Quran.
5.0 PERSOALAN KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini akan menjawab persoalan-persoalan kajian berkaitan tahap
penguasaan bacaan al-Quran murid tahun 5 Sekolah Kebangsaan Sungai Karang berdasarkan
4
model Khatam Al-Quran dan model Tasmik j-QAF berdasarkan objektif kajian yang telah
ditetapkan. Persoalan kajian yang ingin dijawab oleh kajian ini adalah seperti berikut :
1. Penilaian konteks
Apakah tahap penguasaan murid terhadap model pengajaran dan pembelajaran al-Quran?
2. Penilaian input
Sejauhmanakah kekuatan dan kelemahan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran al-
Quran?
3. Penilaian proses
Bagaimanakah kaedah, proses penilaian dan bimbingan murid dalam pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran al-Quran?
4. Penilaian produk
Bagaimanakah tahap penguasaan bacaan al-Quran murid tahun 5 Sekolah Kebangsaan
Sungai Karang?
6.0 BATASAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan kepada 136 orang murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Sungai Karang
dengan menggunakan kaedah persampelan mudah yang terdiri daripada murid lelaki dan
perempuan yang mempunyai pelbagai latar belakang keluarga, pelbagai aras pemikiran, yang
telah menjalani program j-QAF selama 5 tahun. Saiz sampel telah ditentukan dengan merujuk
jadual penentuan saiz sampel yang telah disediakan oleh Krejcie & Morgan (1970) daripada
populasi murid tahun 5 Sekolah Kebangsaan Sungai Karang seramai 220 orang. Kajian ini
menumpukan kepada tahap penguasaan bacaan al-Quran murid hasil daripada pengajaran dan
pembelajaran Model Khatam al-Quran dan Model Tasmik j-QAF.
7.0 METODOLOGI KAJIAN
Dalam kajian ini penyelidik memilih reka bentuk kajian yang berbentuk campuran (mixed
metode) iaitu metod kualitatif dan kuantitatif. Data yang dikutip pula lazimnya merangkumi
data deskriptif (kualitatif) dan maklumat statistik (kuantitatif). Melalui reka bentuk kajian
tinjauan ini penyelidik akan dapat mengumpul maklumat dan mengutip data secara langsung
dengan responden berkaitan sikap, pendapat, kepercayaan semasa dan lain-lain maklumat yang
berkaitan dengan sekumpulan orang iaitu pelajar. Kajian ini juga dijalankan berlandaskan
penggunaan Model CIPP (Context, Input, Process dan Product) Stufflebeam, D.L. (2000) bagi
membuat penilaian yang lebih berkesan. Penilaian konteks adalah untuk melihat objektif kajian
dan keutamaannya dapat dicapai. Penilaian input pula bagi mengenal pasti sumber dan
langkah-langkah yang bersesuaian dengan kaedah yang dijalankan. Penilaian proses pula
melibatkan sokongan pelbagai pihak dan bahan bantu dalam kaedah yang digunakan. Manakala
penilaian produk pula ialah hasil yang tercipta dari kesemua proses yang dijalankan.
Ringkasnya, kajian ini dijalankan bagi mengkaji tentang tahap penguasaan bacaan al-Quran
murid tahun 5 Sekolah Kebangsaan Sungai Karang berdasarkan model Khatam Al-Quran dan
model Tasmik j-QAF. Penilaiannya melibatkan ujian bacaan, soal selidik serta mengambil data
rekod pembelajaran tasmik pelajar.
Kajian ini dijalankan kepada 136 orang sampel yang terdiri daripada murid Tahun 5 Sekolah
Kebangsaan Sungai Karang dengan menggunakan kaedah persampelan mudah yang terdiri
daripada murid lelaki dan perempuan yang mempunyai pelbagai latar belakang keluarga,
pelbagai aras pemikiran, yang telah menjalani program j-QAF selama 5 tahun. Saiz sampel
telah ditentukan dengan merujuk jadual penentuan saiz sampel yang telah disediakan oleh
5
Krejcie & Morgan (1970) dari populasi murid tahun 5 Sekolah Kebangsaan Sungai Karang
seramai 220 orang. Pada peringkat ini murid telah mempelajari al-Quran berdasarkan model
Khatam al-Quran dan Model Tasmik semenjak Tahun 1 hinggalah Tahun 5. Mereka
mempunyai pelbagai tahap pencapaian dan datang dari keluarga yang pelbagai latar belakang.
Majoriti pelajar di sekolah ini adalah beragama Islam. Reka bentuk penyelidikan ini seperti
ditunjukkan dalam jadual di bawah.
Jadual 1: Reka Bentuk Penyelidikan
Reka bentuk Kajian
Kaedah
Pengumpulan
Responden /
Sampel
Jenis Data
Kajian Deskriptif
Soal selidik
Murid
Kuantitatif (Tinjauan)
Kajian Deskriptif
Ujian Bacaan
Murid
Kualitatif (Skor Pencapaian)
Manakala ujian kualiti bacaan dilakukan setelah murid menjalani Model Khatam al-Quran serta
Model Tasmik sejak tahun 1 hingga tahun 5. Ujian secara lisan ini adalah untuk mengetahui
tahap pencapaian murid dalam bacaan al-Quran. Kaedah analisa dokumen menggunakan hasil
daripada ujian kualiti bacaan ini sebagai alat mengumpul maklumat untuk mengukur tahap
pencapaian bacaan al-Quran murid. Bagi menilai tahap pencapaian keseluruhan pelajar pula,
satu petunjuk telah ditetapkan bagi mengukur tahap pencapaian murid. Petunjuk tahap
pencapaian bagi ujian membaca adalah seperti berikut:
Jadual 2: Ukuran Tahap Pencapaian Bacaan al-Quran
Bil
Kategori Bacaan
Skor
Pencapaian
1.
Membaca dengan lancar, fasohah dan bertajwid
31 – 40
Cemerlang
2.
Membaca dengan lancar dan bertajwid
21 – 30
Baik
3.
Membaca kurang lancar tetapi bertajwid
15 – 20
Sederhana
4.
Membaca dengan lancar tetapi tidak bertajwid
11 – 15
Lemah
5.
Membaca tidak lancar dan tidak bertajwid
0 – 10
Amat Lemah
Ubahsuai daripada Model dan Modul Pengajaran & Pembelajaran j-QAF (2004)
Seterusnya skala pengukuran bagi item-item dalam soal selidik adalah pelbagai. Skala yang
digunakan adalah Skala Likert yang mengandungi persetujuan terhadap sesuatu penyataan.
Ianya diubahsuai mengikut kesesuaian objektif kajian. Kaedah soal selidik ini dijalankan hanya
kepada responden dalam kalangan murid sahaja. Skor yang didapati dalam ujian soal selidik
diberi markah seperti jadual di bawah:
Jadual 3: Skala Pengukuran Bagi Item-Item Dalam Soal Selidik
Skor
Keterangan
1
Sangat Tidak Setuju
2
Tidak Setuju
3
Setuju
4
Sangat Setuju
Skala Likert oleh Rensis Likert (1932)
Penggunaaan soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat dari responden. Kaedah ini mudah
untuk mendapatkan kerjasama daripada responden kerana mereka bebas untuk memilih dan menjawab
soalan tanpa segan silu. Penggunaan soal selidik juga dapat menjimatkan masa, tenaga dan kos.
6
7.1 Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan instrumen Ujian Kualiti Bacaan yang dilakukan setelah murid
menjalani Model Khatam al-Quran serta Model Tasmik sejak tahun 1 hingga tahun 5. Ujian
secara lisan ini adalah untuk mengetahui tahap pencapaian murid dalam bacaan al-Quran.
Kaedah analisa dokumen menggunakan hasil daripada ujian kualiti bacaan ini sebagai alat
mengumpul maklumat untuk mengukur tahap pencapaian bacaan al-Quran murid. Potongan
markah dibuat bermula dari angka 40 (40 markah). Setiap satu kesalahan dipotong satu markah
dan setiap kesalahan yang berulang hanya dipotong satu markah sahaja. Kualiti bacaan murid
dinilai berdasarkan aspek bacaan berikut:
Jadual 4: Penilaian Kualiti Bacaan Al-Quran
Potongan Markah
Perkara Yang Dinilai
40
39
38
37
36
35
34
33
32
31
i. Hukum mim, nun sakinah
ii. Wajibal ghunnah, makhraj dan sifat
huruf
iii. Mad dan qalqalah
iv. Bertukar-tukar kalimah
v. Berulang menyebut kalimah yang
sama
30
29
28
27
26
25
24
23
22
21
20
19
18
17
16
15
14
13
12
11
10
9
8
7
6
5
4
3
2
1
Markah Keseluruhan
Panduan Pelaksanaan Model dan Modul Pengajaran & Pembelajaran j-QAF (2004)
Kajian ini juga menggunakan instrumen soal selidik yang digunakan untuk konsep yang
berkaitan dengan sikap, prestasi dan pandangan selain daripada keterangan latar belakang.
Penggunaan soal selidik merupakan satu alat ukur yang paling praktikal apabila melibatkan
sampel yang ramai. Soal selidik digunakan untuk mengukur pendapat, sikap atau pengetahuan.
Matlamat utama pembentukan soal selidik ialah untuk membentuk suatu alat yang
memaksimumkan jawapan, juga untuk memastikan bahawa maklumat yang dikumpulkan
adalah lengkap, sahih dan boleh diharap. Borang soal selidik yang diedarkan kepada responden
dengan merujuk kepada model CIPP oleh Stufflebeam (1973), dibahagikan kepada empat
bahagian. Bahagian A adalah perkara yang berkaitan dengan konteks iaitu mengenai model
pembelajaran al-Quran seperti Model Khatam dan Model Tasmik, matlamat pembelajaran al-
Quran serta tempoh pelaksanaan pembelajaran al-Quran. Bahagian B pula adalah berkaitan
dengan input iaitu tentang kemahiran dan pengetahuan guru, kemudahan dan prasarana serta
kurikulum. Bahagian C pula berkaitan tentang proses iaitu mengenai sistem penilaian murid,
pendekatan, strategi, kaedah, teknik pengajaran dan pembelajaran serta bimbingan dan
penilaian. Manakala bahagian D pula berkaitan tentang produk iaitu mengenai tahap prestasi
dan penguasaan murid, tahap kebolehan murid dan tahap kepuasan murid.
Format maklum balas yang digunakan ialah skala likert. Alat kajian soal selidik dibina dengan
membuat rujukan secara terperinci agar soalan-soalan yang dibina menepati kehendak kajian
untuk memperolehi data dan maklumat. Pengubahsuaian soalan ini bertujuan untuk kesesuaian
tahap umur pelajar serta tahap kematangan pelajar. Pengubahsuaian juga dibuat ke atas item-
item juga supaya menepati kehendak kajian yang dijalankan.
7
Jadual 5: Taburan Item Soal Selidik Mengikut Aspek Kajian
Sub item
Objektif kajian
No.
item
Bil.
item
Konteks
Matlamat pembelajaran al-
Quran
Model khatam
Model tasmik
Tempoh pelaksanaan
pembelajaran al-Quran
Membincangkan tentang tahap
penguasaan murid terhadap model
pengajaran dan pembelajaran al-
Quran.
1
2
3-4
4
Input
Kemahiran dan Pengetahuan
Guru
Kemudahan/Prasarana
Kurikulum
Menganalisis kekuatan dan
kelemahan pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran al-Quran.
5-7
8-10
11-12
8
Proses
Sistem Penilaian Murid
Pendekatan/ Strategi/
Kaedah/ Teknik
Bimbingan dan Penilaian
Menilai kaedah, proses penilaian
dan bimbingan murid.
13-15
16-18
19-20
8
Produk
Tahap Prestasi dan
Penguasaan Murid
Tahap Kepuasan Murid
Mengenalpasti sejauhmana tahap
penguasaan bacaan al-Quran.
1-23
24-26
6
Model CIPP oleh Stufflebeam (1973)
7.2 ANALISIS DATA
Analisis data bergantung kepada jenis data yang diperoleh. Data untuk kajian ini dikumpulkan
melalui data kualitatif dan data kuantitatif. Data kualitatif dianalisa melalui teknik analisis
dokumen hasil daripada ujian lisan bacaan al-Quran. Analisa dokumen merupakan salah satu
daripada kaedah yang boleh digunakan bagi menyokong data kajian yang diperolehi.
Pengumpulan data melalui analisis dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan kepada
isu dan masalah yang dikaji. Dokumen adalah sumber yang paling mudah kerana maklumat
yang diperlukan telah sedia ada. Dokumen yang dijana adalah dapatan dari data kuantitatif
yang diperolehi daripada ujian bacaan al-Quran. Sebanyak 136 set borang soal selidik
diedarkan kepada murid tahun 5 Sekolah Kebangsaan Sungai Karang. Data kuantitatif akan
dianalisa secara statistik deskriptif untuk menunjukkan hubungan antara pembolehubah-
pembolehubah dengan menggunakan pakej perisian IBM “Statictical Packages for Social
Science” (SPSS) versi 20.0 untuk memperolehi kekerapan, min dan peratusan bagi setiap item
soalan. Setiap soalan yang dijawab diberi markah atau skor. Skor dibina bagi melihat tahap
penguasaan al-Quran.
8
8.0 DAPATAN DATA KAJIAN BAGI TAHAP PENGUASAAN BACAAN AL-QURAN
MURID TAHUN 5 SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KARANG,KUANTAN
BERDASARKAN MODEL KHATAM AL-QURAN DAN MODEL TASMIK j-
QAF
8.1 Profil Latar Belakang Responden Kajian
Sampel kajian terdiri daripada 136 orang murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Sungai Karang.
Latar belakang sampel kajian ditunjukkan dalam Jadual 6.
Jadual 6: Maklumat Profil Responden
Demografi
Kekerapan
Peratusan
Jantina:
Lelaki
Perempuan
62
74
45.6%
54.4%
Kelas Tambahan al-Quran:
Kelas Asas Fardu Ain (KAFA)
Kelas al-Quran di luar sekolah
102
90
75%
66%
Jadual 6 menunjukkan bahawa kajian ini melibatkan seramai 62 orang (45.6%) murid lelaki
dan 74 orang (54.4%) murid perempuan. Seramai 102 orang murid yang menghadiri Kelas
Asas Fardu Ain (KAFA) (75%) manakala seramai 90 orang murid yang belajar al-Quran di luar
sekolah (66%). Rajah 2 dan 3 menunjukkan carta demografi peratusan jantina dan kelas
tambahan al-Quran.
Rajah 1: Carta Demografi Peratusan Jantina
45.6%
54.4%
Lelaki Perempuan
9
Rajah 2: Carta Demografi Peratusan Kelas Tambahan Al-Quran
8.2 Dapatan Kajian Rintis
Kajian rintis dilaksanakan di tempat yang sama dengan kajian yang sebenar. Responden kajian
rintis adalah sebahagian daripada murid yang terlibat dalam kajian sebenar dijalankan,
sebagaimana yang dinyatakan oleh Glesne dan Peshkin (1992) bahawa secara idealnya
responden kajian rintis diperolehi daripada responden sasaran kajian. Subjek untuk kajian rintis
ini terdiri daripada 13 orang murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Sungai Karang, Kuantan.
Tujuan utama diadakan kajian ini ialah untuk mengetahui kesahan soalan iaitu pelajar
berkenaan memahami soalan yang diberikan atau sebaliknya. Data yang diperolehi dianalisis
menggunakan perisian SPSS versi 20.0 bagi menguji ketekalan dalaman instrumen dengan
menggunakan pekali Alpha Cronbach.
Jadual 7: Klasifikasi Indeks Kebolehpercayaan
Indikator
Nilai Alpha Cronbach
Sangat Tinggi
>0.90
Tinggi
0.70 – 0.89
Sederhana
0.30 – 0.68
Rendah
0.30
Ujian Cronbach`s Alpha dijalankan bagi menentukan ketekalan dalaman (Churchill, 1979).
Kaedah ini mengandaikan bahawa setiap item dianggap sebagai satu ujian yang setara dan
semua korelasi antara item yang diukur adalah sama. Hasil ujian ketekalan dalaman Cronbach`s
Alpha ke atas soal selidik dalam kajian ini adalah seperti berikut.
Jadual 8: Dapatan Kajian Rintis Soal Selidik
Bahagian
A
(Penilaian
Konteks)
B
(Penilaian
Input)
C
(Penilaian
Proses)
D
(Penilaian
Produk)
Jumlah
Jumlah Item
4
8
8
6
26
Jumlah Sampel
13
13
13
13
13
Kebolehpercayaan
Piawai
0.708
0.857
0.71
0.785
0.836
IBM SPSS Statistics 20.0
KAFA Luar
75%
66%
10
Hasil analisis kebolehpercayaan Alpha Crobach mendapati penilaian konteks berada pada nilai
alpha 0.708 (tinggi), penilaian input berada pada nilai alpha 0.857 (tinggi), penilaian proses
berada pada nilai alpha 0.71 (tinggi) dan penilaian produk berada pada nilai alpha 0.785
(tinggi). Nilai keseluruhan Alpha Cronbach berada pada tahap tinggi iaitu 0.836.
8.3 Dapatan Ujian Kualiti Bacaan
Ujian kualiti bacaan secara lisan ini adalah untuk mengetahui tahap pencapaian murid dalam
bacaan al-Quran. Kaedah analisa dokumen menggunakan hasil daripada ujian kualiti bacaan ini
sebagai alat mengumpul maklumat untuk mengukur tahap pencapaian bacaan al-Quran murid.
Jadual berikut menunjukkan hasil ujian kualiti bacaan yang telah dilakukan.
Jadual 9: Tahap Pencapaian Bacaan Al-Quran
Markah
Tahap Pencapaian
Kekerapan
Peratus
31-40
Cemerlang
56
41.2
21-30
Baik
40
29.4
11-20
Sederhana
27
19.9
0-10
Lemah
13
9.5
Rajah 3: Carta Pencapaian Tahap Penguasaan Bacaan Al-Quran
8.4 Dapatan Soal Selidik
Analisis deskriptif bagi soal selidik dibincangkan mengikut konstruk penilaian konteks, input,
proses dan penilaian produk. Konstruk penilaian konteks dibahagikan kepada dua subkonstruk,
konstruk penilaian input pula dibahagikan kepada tiga subkonstruk, manakala konstruk
penilaian proses dibahagikan kepada tiga subkonstruk dan konstruk penilaian produk pula
dibahagikan dua subkonstruk. Setiap subkonstruk yang dikaji dipamerkan dalam jadual.
Dapatan kajian dihuraikan bagi setiap subkonstruk. Soal selidik dibina berdasarkan skala Likert
telah diinterpretasikan kepada tiga tahap seperti dalam jadual 10:
Jadual 10: Interpretasi Skor Purata (Skala Likert 5)
Skor purata
Interpretasi
1.0 hingga 2.00
2.01 hingga 3.00
Rendah
Sederhana Rendah
Lemah
9.5%
Sederhana
19.9%
Baik
29.4%
Cemerlang
41.2%
11
3.01 hingga 4.00
4.01 hingga 5.00
Sederhana Tinggi
Tinggi
Sumber: Azhar Ahmad (2006) dan Ahmad Munawwar (2009) dalam Sapie et. al
8.4.1 Tahap Penilaian Konteks
Analisis deskriptif dijalankan dengan melibatkan kekerapan dan peratusan bagi menentukan
tahap penilaian konteks murid dalam pembelajaran al-Quran. Kesemua item mempunyai format
skala Likert iaitu sangat setuju, setuju, tidak setuju, dan sangat tidak setuju. Hasil analisis
deskriptif tersebut dinyatakan dalam jadual berikut.
Jadual 11 : Bilangan Kekerapan Dan Peratusan Tahap Kerelevanan Matlamat Dan
Hasil Pembelajaran Al-Quran
Bil
Item
1
2
3
4
Min
S.P
Interpretasi
1
Matlamat model khatam
al-Quran adalah untuk
memastikan murid
boleh khatam bacaan
al-Quran
5
3.7%
30
22.1%
79
58.1%
22
16.2%
2.87
0.72
Sederhana
2
Matlamat model tasmik
adalah untuk
memastikan murid
boleh membaca al-
Quran
-
4
2.9%
44
32.4%
88
64.7%
3.62
0.55
Tinggi
Purata skor min
3.24
Tinggi
Jadual 11 menunjukkan bahawa setiap item dalam subkonstruk kerelevanan matlamat dan hasil
pembelajaran al-Quran. Item yang mempunyai min yang paling tinggi ialah matlamat model
tasmik adalah untuk memastikan murid boleh membaca al-Quran (min = 3.62; SP = 0.55). Dari
segi kekerapan dan peratusan mengenai matlamat model khatam al-Quran untuk memastikan
murid boleh khatam bacaan al-Quran menunjukkan bahawa seramai 22 orang (16.2%) murid
menyatakan sangat setuju, 79 orang (58.1%) murid menyatakan setuju, 30 orang (22.1%)
murid menyatakan tidak setuju dan seramai 5 orang (3.7%) murid menyatakan sangat tidak
setuju. Manakala dari segi kekerapan dan peratusan mengenai matlamat model tasmik untuk
memastikan murid boleh membaca al-Quran pula menunjukkan bahawa seramai 88 orang
(64.7%) murid menyatakan sangat setuju, 44 orang (32.4%) murid menyatakan setuju dan
seramai 4 orang (2.9%) murid menyatakan tidak setuju. Interpretasi skor purata keseluruhan
bagi subkonstruk kerelevanan matlamat dan hasil pembelajaran al-Quran ini adalah tinggi.
Jadual 12 : Bilangan Kekerapan Dan Peratusan Tahap Pelaksanaan Pembelajaran Al-Quran
Bil
Item
1
2
3
4
Min
S.P
Interpretasi
1
Tempoh pembelajaran
al-Quran dapat
mencapai matlamat dan
objektif pembelajaran
al-Quran
5
3.7%
54
39.7%
58
42.6%
19
14.0%
2.67
0.76
Sederhana
2
Tempoh pembelajaran
al-Quran dapat
memenuhi keperluan
murid dalam
pembelajaran al-Quran
32
23.5%
50
36.8%
38
27.9%
16
11.8%
2.28
0.96
Sederhana
Purata skor min
2.47
Sederhana
12
Jadual 12 menunjukkan bahawa setiap item dalam subkonstruk pelaksanaan pembelajaran al-
Quran berada pada tahap sederhana. Dari segi kekerapan dan peratusan mengenai tempoh
pembelajaran al-Quran dapat mencapai matlamat dan objektif pembelajaran al-Quran bahawa
seramai 19 orang (14.0%) murid menyatakan sangat setuju, 58 orang (42.6%) murid
menyatakan setuju, 54 orang (39.7%) murid menyatakan tidak setuju dan seramai 5 orang
(3.7%) murid menyatakan sangat tidak setuju. Manakala dari segi kekerapan dan peratusan
mengenai tempoh pembelajaran al-Quran dapat memenuhi keperluan murid dalam
pembelajaran al-Quran pula menunjukkan bahawa seramai 16 orang (11.8%) murid
menyatakan sangat setuju, 38 orang (27.9%) murid menyatakan setuju, 50 orang (36.8%) murid
menyatakan tidak setuju dan seramai 32 orang (23.5%) murid menyatakan sangat tidak setuju.
Interpretasi skor purata keseluruhan bagi subkonstruk pelaksanaan pembelajaran al-Quran ini
adalah sederhana.
8.4.2 Tahap Penilaian Input
Analisis deskriptif dijalankan dengan melibatkan kekerapan dan peratusan bagi menentukan
tahap penilaian input murid dalam pembelajaran al-Quran. Kesemua item mempunyai format
skala likert iaitu sangat setuju, setuju, tidak setuju, dan sangat tidak setuju. Hasil analisis
deskriptif tersebut dinyatakan dalam jadual berikut.
Jadual 13 : Bilangan Kekerapan Dan Peratusan Tahap Kemahiran Dan Pengetahuan Guru
Bil
Item
1
2
3
4
Min
S.P
Interpretasi
1
Guru mengajar dengan
baik
-
1
0.7%
50
36.8%
85
62.5%
3.62
0.50
Tinggi
2
Guru mempunyai
kemahiran dan
kelayakan yang
bersesuaian dalam
pengajaran
-
2
1.5%
76
55.9%
58
42.6%
3.41
0.52
Tinggi
3
Maklumat yang
diberikan oleh guru
adalah jelas
-
1
0.7%
50
36.8%
85
62.5%
3.21
0.72
Tinggi
Purata skor min
3.41
Tinggi
Jadual 13 menunjukkan bahawa setiap item dalam subkonstruk kemahiran dan pengetahuan
guru berada pada tahap tinggi. Dari segi kekerapan dan peratusan mengenai guru mengajar
dengan baik bahawa seramai 85 orang (62.5%) murid menyatakan sangat setuju, 50 orang
(36.8%) murid menyatakan setuju dan seorang (0.7%) murid menyatakan tidak setuju.
Manakala dari segi kekerapan dan peratusan mengenai guru mempunyai kemahiran dan
kelayakan yang bersesuaian dalam pengajaran pula menunjukkan bahawa seramai 58 orang
(42.6%) murid menyatakan sangat setuju, 76 orang (55.9%) murid menyatakan setuju dan
seramai 2 orang (1.5%) murid menyatakan tidak setuju. Dari segi kekerapan dan peratusan
mengenai maklumat yang diberikan oleh guru adalah jelas pula menunjukkan bahawa seramai
52 orang (38.2%) murid menyatakan sangat setuju, 62 orang (45.6%) murid menyatakan setuju,
21 orang (15.4%) murid menyatakan tidak setuju dan seorang (0.7%) murid menyatakan sangat
tidak setuju. Interpretasi skor purata keseluruhan bagi subkonstruk kemahiran dan pengetahuan
guru ini adalah tinggi.
13
Jadual 14: Bilangan Kekerapan Dan Peratusan Tahap Kemudahan Dan Prasarana
Bil
Item
1
2
3
4
Min
S.P
Interpretasi
1
Mashaf al-Quran dan
buku Iqra’ ada
disediakan oleh pihak
sekolah
1
0.7%
7
5.1%
60
44.1%
68
50.0%
3.43
0.63
Tinggi
2
Kemudahan bilik j-QAF
dan surau dapat
membantu murid dalam
pembelajaran al-Quran
2
1.5%
21
15.4%
48
35.3%
65
47.8%
3.29
0.78
Tinggi
3
Kemudahan bilik j-QAF
dan surau adalah
mencukupi
12
8.8%
54
39.7%
41
30.1%
29
21.3%
2.63
0.92
Sederhana
Purata skor min
3.12
Tinggi
Jadual 14 menunjukkan bahawa setiap item dalam subkonstruk kemudahan dan prasarana. Dari
segi kekerapan dan peratusan mengenai mashaf al-Quran dan buku Iqra’ ada disediakan oleh
pihak sekolah bahawa seramai 68 orang (50.0%) murid menyatakan sangat setuju, 60 orang
(44.1%) murid menyatakan setuju, 7 orang (5.1%) murid menyatakan tidak setuju dan seorang
(0.7%) menyatakan sangat tidak setuju. Manakala dari segi kekerapan dan peratusan mengenai
kemudahan bilik j-QAF dan surau dapat membantu murid dalam pembelajaran al-Quran pula
menunjukkan bahawa seramai 65 orang (47.8%) murid menyatakan sangat setuju, 48 orang
(35.3%) murid menyatakan setuju, 21 orang (15.4%) murid menyatakan tidak setuju dan
seramai 2 orang (1.5%) murid menyatakan sangat tidak setuju. Dari segi kekerapan dan
peratusan mengenai kemudahan bilik j-QAF dan surau adalah mencukupi pula menunjukkan
bahawa seramai 29 orang (21.3%) murid menyatakan sangat setuju, 41 orang (30.1%) murid
menyatakan setuju, 54 orang (39.7%) murid menyatakan tidak setuju dan seramai 12 orang
(8.8%) murid menyatakan sangat tidak setuju. Interpretasi skor purata keseluruhan bagi
subkonstruk kemudahan dan prasarana ini adalah tinggi.
Jadual 15: Bilangan Kekerapan Dan Peratusan Tahap Pelaksanaan Kurikulum
Bil
Item
1
2
3
4
Min
S.P
Interpretasi
1
Pembelajaran secara
talaqqi dan musyafahah
membantu murid
khatam bacaan al-Quran
2
1.5%
26
19.1%
71
52.2%
37
27.2%
3.05
0.72
Tinggi
2
Pembelajaran secara
tasmik membantu murid
meningkatkan
kemahiran bacaan
al-Quran
1
0.7%
3
2.2%
34
25.0%
98
72.1%
3.68
0.55
Tinggi
Purata skor min
3.37
Tinggi
Jadual 15 menunjukkan bahawa setiap item dalam subkonstruk pelaksanaan kurikulum berada
pada tahap tinggi. Dari segi kekerapan dan peratusan mengenai pembelajaran secara talaqqi
dan musyafahah membantu murid khatam bacaan al-Quran bahawa seramai 37 orang (27.2%)
murid menyatakan sangat setuju, 71 orang (52.2%) murid menyatakan setuju, 26 orang (19.1%)
murid menyatakan tidak setuju dan seramai 2 orang (1.5%) murid menyatakan sangat tidak
setuju. Manakala dari segi kekerapan dan peratusan mengenai pembelajaran secara tasmik
membantu murid meningkatkan kemahiran bacaan al-Quran pula menunjukkan bahawa
seramai 98 orang (72.1%) murid menyatakan sangat setuju, 34 orang (25.0%) murid
menyatakan setuju, 3 orang (2.2%) murid menyatakan tidak setuju dan seorang (0.7%) murid
menyatakan sangat tidak setuju. Interpretasi skor purata keseluruhan bagi subkonstruk
pelaksanaan kurikulum ini adalah tinggi.
14
8.4.3 Tahap Penilaian Proses
Analisis deskriptif dijalankan dengan melibatkan kekerapan dan peratusan bagi menentukan
tahap penilaian proses murid dalam pembelajaran al-Quran. Kesemua item mempunyai format
skala likert iaitu sangat setuju, setuju, tidak setuju, dan sangat tidak setuju. Hasil analisis
deskriptif tersebut dinyatakan dalam jadual berikut.
Jadual 16: Bilangan Kekerapan Dan Peratusan Tahap Sistem Penilaian Pelajar
Bil
Item
1
2
3
4
Min
S.P
Interpretasi
1
Penilaian bacaan
al-Quran adalah
bersesuaian
6
4.4%
16
11.8%
57
41.9%
57
41.9%
3.21
0.82
Tinggi
2
Bilangan waktu
pembelajaran al-Quran
seminggu adalah
membebankan
63
46.3%
46
33.8%
20
33.8%
7
5.1%
1.79
0.88
Rendah
3
Kekerapan penilaian
bacaan adalah
mencukupi
8
5.9%
22
16.2%
84
61.8%
22
16.2%
2.88
0.74
Sederhana
Purata skor min
2.63
Sederhana
Jadual 16 menunjukkan bahawa setiap item dalam subkonstruk sistem penilaian pelajar. Item
yang mempunyai min yang paling tinggi ialah penilaian bacaan al-Quran adalah bersesuaian
(min = 3.21; SP = 0.82). Manakala item yang mempunyai min yang paling rendah ialah
bilangan waktu pembelajaran al-Quran seminggu adalah membebankan (min = 1.79; SP =
0.88). Dari segi kekerapan dan peratusan mengenai penilaian bacaan al-Quran adalah
bersesuaian bahawa seramai 57 orang (41.9%) murid menyatakan sangat setuju, 57 orang
(41.9%) murid menyatakan setuju, 16 orang (11.8%) murid menyatakan tidak setuju dan
seramai 6 orang (4.4%) menyatakan sangat tidak setuju. Manakala dari segi kekerapan dan
peratusan mengenai bilangan waktu pembelajaran al-Quran seminggu adalah membebankan
pula menunjukkan bahawa seramai 7 orang (5.1%) murid menyatakan sangat setuju, 20 orang
(33.8%) murid menyatakan setuju, 46 orang (33.8%) murid menyatakan tidak setuju dan
seramai 63 orang (46.3%) murid menyatakan sangat tidak setuju. Dari segi kekerapan dan
peratusan mengenai kekerapan penilaian bacaan adalah mencukupi pula menunjukkan bahawa
seramai 22 orang (16.2%) murid menyatakan sangat setuju, 84 orang (61.8%) murid
menyatakan setuju, 22 orang (16.2%) murid menyatakan tidak setuju dan seramai 8 orang
(5.9%) murid menyatakan sangat tidak setuju. Interpretasi skor purata keseluruhan bagi
subkonstruk sistem penilaian pelajar ini adalah sederhana.
Jadual 17 : Bilangan Kekerapan Dan Peratusan Tahap Pendekatan, Strategi, Kaedah Dan
Teknik Pengajaran
Bil
Item
1
2
3
4
Min
S.P
Interpretasi
1
Pendekatan, strategi,
kaedah dan teknik
pengajaran guru adalah
bersesuaian dengan
hasil pengajaran
2
1.5%
8
5.9%
63
46.3%
63
46.3%
3.37
0.66
Tinggi
2
Guru mampu
mempelbagaikan
penggunaan kaedah dan
teknik pengajaran
mengikut tahap
penguasaan murid
3
2.2%
27
19.9%
62
45.6%
44
32.4%
3.08
0.78
Tinggi
3
Guru menghadapi
masalah menguruskan
40
29.4%
42
30.9%
39
28.7%
15
11.0%
2.21
0.99
Sederhana
15
kelas ketika sesi
pengajaran dan
pembelajaran al-Quran
Purata skor min
2.89
Sederhana
Jadual 17 menunjukkan bahawa setiap item dalam subkonstruk pendekatan, strategi, kaedah
dan teknik pengajaran. Dari segi kekerapan dan peratusan mengenai pendekatan, strategi,
kaedah dan teknik pengajaran guru adalah bersesuaian dengan hasil pengajaran bahawa seramai
63 orang (46.3%) murid menyatakan sangat setuju, 63 orang (46.3%) murid menyatakan setuju,
8 orang (5.9%) murid menyatakan tidak setuju dan seramai 2 orang (1.5%) menyatakan sangat
tidak setuju. Manakala dari segi kekerapan dan peratusan mengenai guru mampu
mempelbagaikan penggunaan kaedah dan teknik pengajaran mengikut tahap penguasaan murid
pula menunjukkan bahawa seramai 44 orang (32.4%) murid menyatakan sangat setuju, 62
orang (45.6%) murid menyatakan setuju, 27 orang (19.9%) murid menyatakan tidak setuju dan
seramai 3 orang (2.2%) murid menyatakan sangat tidak setuju. Dari segi kekerapan dan
peratusan mengenai guru menghadapi masalah menguruskan kelas ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran al-Quran pula menunjukkan bahawa seramai 15 orang (11.0%) murid
menyatakan sangat setuju, 39 orang (28.7%) murid menyatakan setuju, 42 orang (30.9%) murid
menyatakan tidak setuju dan seramai 40 orang (29.4%) murid menyatakan sangat tidak setuju.
Interpretasi skor purata keseluruhan bagi subkonstruk pendekatan, strategi, kaedah dan teknik
pengajaran ini adalah sederhana.
Jadual 18: Bilangan Kekerapan Dan Peratusan Tahap Bimbingan Dan Penyeliaan
Bil
Item
1
2
3
4
Min
S.P
Interpretasi
1
Murid mendapat
bimbingan yang
mencukupi daripada
guru
7
5.1%
20
14.7%
63
46.3%
46
33.8%
3.09
0.72
Tinggi
2
Terdapat perbezaan
dengan cara bimbingan
dari guru-guru
7
5.1%
12
8.8%
68
50.0%
49
36.0%
3.17
0.55
Tinggi
Purata skor min
3.13
Tinggi
Jadual 18 menunjukkan bahawa setiap item dalam subkonstruk bimbingan dan penyeliaan
berada pada tahap tinggi. Dari segi kekerapan dan peratusan mengenai murid mendapat
bimbingan yang mencukupi daripada guru bahawa seramai 46 orang (33.8%) murid
menyatakan sangat setuju, 63 orang (46.3%) murid menyatakan setuju, 20 orang (14.7%) murid
menyatakan tidak setuju dan seramai 7 orang (5.1%) murid menyatakan sangat tidak setuju.
Manakala dari segi kekerapan dan peratusan mengenai terdapat perbezaan dengan cara
bimbingan dari guru-guru pula menunjukkan bahawa seramai 49 orang (36.0%) murid
menyatakan sangat setuju, 68 orang (50.0%) murid menyatakan setuju, 12 orang (8.8%) murid
menyatakan tidak setuju dan seramai 7 orang (5.1%) murid menyatakan sangat tidak setuju.
Interpretasi skor purata keseluruhan bagi subkonstruk bimbingan dan penyeliaan ini adalah
tinggi.
8.4.4 Tahap Penilaian Produk
Analisis deskriptif dijalankan dengan melibatkan kekerapan dan peratusan bagi menentukan
tahap penilaian produk murid dalam pembelajaran al-Quran. Kesemua item mempunyai format
skala likert iaitu sangat setuju, setuju, tidak setuju, dan sangat tidak setuju. Hasil analisis
deskriptif tersebut dinyatakan dalam jadual berikut.
16
Jadual 19 : Bilangan Kekerapan Dan Peratusan Tahap Prestasi Dan Penguasaan Murid
Bil
Item
1
2
3
4
Min
S.P
Interpretasi
1
Pembelajaran al-Quran
di sekolah memberi
manfaat dan faedah
dalam kehidupan
seharian murid
-
-
35
25.7%
101
74.3%
3.74
0.44
Tinggi
2
Pembelajaran al-Quran
di sekolah membantu
saya menguasai bacaan
al-Quran dengan baik
-
1
0.7%
41
30.1%
94
69.1%
3.68
0.48
Tinggi
3
Murid dapat
berkomunikasi dengan
guru dengan baik
-
6
4.4%
68
50.0%
62
45.6%
3.41
0.58
Tinggi
Purata skor min
3.61
Tinggi
Jadual 19 menunjukkan bahawa setiap item dalam subkonstruk prestasi dan penguasaan murid
berada pada tahap tinggi. Dari segi kekerapan dan peratusan mengenai pembelajaran al-Quran
di sekolah memberi manfaat dan faedah dalam kehidupan seharian murid bahawa seramai 101
orang (74.3%) murid menyatakan sangat setuju dan 35 orang (25.7%) murid menyatakan
setuju. Manakala dari segi kekerapan dan peratusan mengenai pembelajaran al-Quran di
sekolah membantu saya menguasai bacaan al-Quran dengan baik murid pula menunjukkan
bahawa seramai 94 orang (69.1%) murid menyatakan sangat setuju, 41 orang (30.1%) murid
menyatakan setuju dan seorang (0.7%) murid menyatakan tidak setuju. Dari segi kekerapan dan
peratusan mengenai murid dapat berkomunikasi dengan guru dengan baik pula menunjukkan
bahawa seramai 62 orang (45.6%) murid menyatakan sangat setuju, 68 orang (50.0%) murid
menyatakan setuju dan 6 orang (4.4%) murid menyatakan tidak setuju. Interpretasi skor purata
keseluruhan bagi subkonstruk prestasi dan penguasaan murid ini adalah tinggi.
Jadual 20: Bilangan Kekerapan Dan Peratusan Tahap Kepuasan Murid
Bil
Item
1
2
3
4
Min
S.P
Interpretasi
1
Guru mengurus murid
dengan berkesan
2
1.5%
7
5.1%
79
58.1%
48
35.3%
3.27
0.63
Tinggi
2
Guru mengambil berat
keperluan semasa murid
3
2.2%
12
8.8%
59
43.4%
62
45.6%
3.32
0.73
Tinggi
3
Guru sering memberi
contoh teladan yang
baik
-
5
3.7%
32
23.5%
99
72.8%
3.69
0.54
Tinggi
Purata skor min
3.43
Tinggi
Jadual 20 menunjukkan bahawa setiap item dalam subkonstruk tahap kepuasan murid berada
pada tahap tinggi. Dari segi kekerapan dan peratusan mengenai guru mengurus murid dengan
berkesan bahawa seramai 48 orang (35.3%) murid menyatakan sangat setuju, 79 orang (58.1%)
murid menyatakan setuju, 7 orang (5.1%) murid menyatakan tidak setuju dan seramai 2 orang
(1.5%) menyatakan sangat tidak setuju. Manakala dari segi guru mengambil berat keperluan
semasa murid pula menunjukkan bahawa seramai 62 orang (45.6%) murid menyatakan sangat
setuju, 59 orang (43.4%) murid menyatakan setuju, 12 orang (8.8%) murid menyatakan tidak
setuju dan seramai 3 orang (2.2%) murid menyatakan sangat tidak setuju. Dari segi kekerapan
dan peratusan mengenai guru sering memberi contoh teladan yang baik pula menunjukkan
bahawa seramai 99 orang (72.8%) murid menyatakan sangat setuju, 32 orang (23.5%) murid
menyatakan setuju dan 5 orang (3.7%) murid menyatakan tidak setuju. Interpretasi skor purata
keseluruhan bagi subkonstruk tahap kepuasan murid ini adalah tinggi.
17
9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN
Hasil dapatan kajian berdasarkan analisis deskriptif dapat dirumuskan seperti berikut:
i. Dapatan kajian berdasarkan penilaian konteks terhadap tahap kerelevanan matlamat dan
hasil pembelajaran al-Quran adalah tinggi.
ii. Dapatan kajian penilaian konteks terhadap tahap pelaksanaan pembelajaran al-Quran
adalah sederhana.
iii. Dapatan kajian berdasarkan penilaian input terhadap tahap kemahiran dan pengetahuan
guru adalah tinggi .
iv. Dapatan kajian menunjukkan penilaian input terhadap tahap kemudahan dan prasarana
adalah tinggi .
v. Dapatan kajian menunjukkan penilaian input terhadap tahap pelaksanaan kurikulum
adalah sederhana.
vi. Dapatan kajian berdasarkan penilaian input terhadap tahap sistem penilaian pelajar adalah
sederhana.
vii. Dapatan kajian berdasarkan penilaian proses terhadap tahap pendekatan, strategi, kaedah
dan teknik adalah sederhana.
viii. Dapatan kajian berdasarkan penilaian proses terhadap tahap bimbingan dan penyeliaan
adalah tinggi.
ix. Dapatan kajian menunjukkan penilaian produk terhadap tahap prestasi dan penguasaan
murid adalah tinggi.
x. Dapatan kajian menunjukkan penilaian produk terhadap tahap kepuasan murid adalah
tinggi.
xi. Dapatan kajian menunjukkan penilaian konteks, input, proses dan produk terhadap tahap
penguasaan murid tahun 5 Sekolah Kebangsaan Sungai Karang terhadap model
pengajaran dan pembelajaran al-Quran adalah tinggi.
Manakala dapatan kajian analisis dokumen berdasarkan ujian kualiti bacaan al-Quran
menunjukkan tahap penguasaan murid tahun 5 Sekolah Kebangsaan Sungai Karang terhadap
model pengajaran dan pembelajaran al-Quran adalah memuaskan. Walau bagaimana pun masih
terdapat pelajar yang lemah dalam penguasaan bacaan al-Quran. Mereka ini telah dikenalpasti
tidak mendapatkan kelas tambahan pembelajaran al-Quran di luar sekolah sama ada dari Kelas
Asas Fardu Ain (KAFA) mahu pun secara persendirian.
9.1 CADANGAN
Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat beberapa cadangan penambahbaikkan
yang boleh diaplikasikan tehadap model-model pengajaran dan pembelajaran al-
Quran bagi meningkatkan lagi tahap pencapaian bacaan al-Quran murid-murid di
sekolah. Berikut adalah antara cadangan-cadangan tersebut dari aspek:
9.1.1 Penilaian Konteks
a. Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran al-Quran Model Khatam
al-Quran dan Tasmik perlu mengikut amalan terbaik seperti yang
disarankan dalam panduan pelaksanaan program j-QAF.
b. Pihak Jabatan Pelajaran Negeri boleh mengadakan kerjasama dengan
Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) dalam
penyelarasan sukatan pelajaran al-Quran.
18
9.1.2 Penilaian Input
a. Pemerkasaan dari aspek kecukupan guru kerana melibatkan pengajaran dan
pembelajaran secara bersemuka (talaqqi dan musyafahah serta tasmik) terutamanya
bagi kelas dan sekolah yang ramai murid.
b. Penambahbaikan dari aspek prasarana dengan menyediakan kemudahan seorang
murid satu mashaf al-Quran serta bilik darjah yang kondusif dari segi bilangan
murid dalam sesebuah kelas.
9.1.3 Penilaian Proses
a. Pemerkasaan dari aspek pedagogi guru seperti pendekatan, strategi, kaedah dan
teknik pengajaran dan pembelajaran terkini yang mampu menarik minat murid
mempelajari al-Quran.
b. Bimbingan dari guru dan murid turus secara formal atau non formal.
9.1.4 Penilaian Produk
a. Dari aspek motivasi dan sikap pelajar, penganugerahan istimewa khusus bagi murid
yang cemerlang dalam bidang al-Quran.
10.0 PENUTUP
Program j-QAF bertujuan untuk memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus
kepada proses pengajaran dan pembelajaran dalam Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain
menggunakan model dan modulnya yang tersendiri. Objektif perlaksanaan model Khatam al-
Quran dan Tasmik adalah untuk membolehkan semua murid Islam sekolah rendah akan dapat
membaca dan khatam al-Quran. Hasil dapatan kajian memberikan petunjuk berkaitan kajian
yang dijalankan iaitu untuk mengenalpasti tahap penguasaan murid tahun 5 Sekolah
Kebangsaan Sungai Karang terhadap model pengajaran dan pembelajaran al-Quran, untuk
menilai kekuatan dan kelemahan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran al-Quran, untuk
menilai kaedah, proses penilaian dan bimbingan murid dan untuk menilai sejauhmana tahap
penguasaan bacaan al-Quran murid tahun 5 Sekolah Kebangsaan Sungai Karang dalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Secara keseluruhannya, kajian mendapati
keberkesanan pelaksanaan input dan produk adalah mencapai tahap piawaian daripada murid.
Namun penilaian terhadap konteks dan proses perlu ditambahbaik bagi mempertingkatkan
tahap pencapaian murid. Penilaian ke atas program j-QAF terutama bagi Model Khatam al-
Quran dan Tasmik perlu diteruskan bagi memastikan kualiti program dan murid menepati
Falsafah Pendidikan Islam. Kajian-kajian ke atas keberkesanan program dan model pengajaran
dan pembelajaran, sistem penilaian serta kualiti murid perlu dibuat secara berkala bagi
memastikan kerelevanan program pendidikan dan kualiti murid yang mencapai piawaian dan
keperluan pendidikan semasa.
BIBLIOGRAFI
Ab Halim Tamuri, Ahmad Munawar Ismail, Amal Hayati Md. Noor & Mohd Izzuddin Mohd
Pisol. 2013. Penilaian Guru Terhadap Pelaksanaan Model-Model Tilawah al-Quran
Program j-QAF. International Journal of Islamic Thought (Vol. 3: June) 1 IAB.
Abdul Qadir Leong. 1998. Tajwid Al-Quran Rasm 'Uthmani. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.
19
Abdul Raof Dalip. 1998. Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Agama Islam di Sekolah
Menengah. (dlm) Pendidikan di Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Abu
Ghuddah, Abdul Fatah. 2001. Rasul muallim waasalibuhu fi ta'lim. Kaherah: Maktabah
Islamiah Halab.
Bhasah Abu Bakar, Mohd Nafiruddin Mad Siadid, Abdul Jadid Suwairi, Safaruddin Urusli,
Azlan Deris, Mohd Yusof, Mahyuddin. 2012. Persepsi Pelajar Tingkatan 1 Terhadap
Keberkesanan Program j-QAF. (Laporan Kajian). Universiti Sains Islam Malaysia.
Bhasah Abu Bakar. 2007. Kaedah Analisis Data Penyelidikan Ilmiah. Siri Pengajian Dan
Pendidikan Utusan. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. 2008. Buku Manual Kajian
Tindakan. Edisi Ketiga. KPM.
Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah Dan Statistik Penyelidikan. Copyright. Selangor. McGraw-Hill
Education (Malaysia) Sdn. Bhd.
Ibn Khaldun, Abd al-Rahman bin Muhammad Khaldun al-Hadrami. 2002. Mukaddimah Ibn
Khaldun. Terj. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
JAPIM. 2004. Buku Panduan Dasar Perlaksanaan Dan Pengurusan KuriKulum j-QAF. Kuala
Lumpur. KPM.
JAPIM. 2004. Buku Panduan Perlaksanaan Model-Model Pengajaran Dan Pembelajaran Dan
Kokurikulum. Kuala Lumpur. KPM.
JAPIM. 2006. Buku Panduan Pelaksanaan Model-Model Pengajaran Dan Pembelajaran Dan
Kokurikulum. Kuala Lumpur. KPM.
JAPIM. 2007. Buku Panduan Dasar, Pelaksanaan Dan Pengurusan KuriKulum Dan
Kokurikulum Program j-QAF. Kuala Lumpur. KPM.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Sizes For Research Activities.
Educational and Psychological Measurement, 607-610
Muhd Mukri Abdullah. 1994. Kaedah Iqra' dalam Asuhan Tilawah al-Quran. Kertas Kerja
Seminar Nasyid Peringkat Kebangsaan Kali ke 2. Kuala Lumpur. Rohizani Yaakub,
Shahabudin Hashim dan Mohd Zohir Ahmad. 2005. Pedagogi: Strategi dan Teknik
mengajar dengan Berkesan. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Sapie Sabilan, Suhana Mohamed Lip Mohamad Fuad Ishak, Zetty Nurzuliana Rashed, Suziana
Hanini Sulaiman, Rekkeman Kusut & Mohd Kamal Din @ Mohd Nasirudin. 2015.
“Penilaian Terhadap Latihan Mengajar Program Diploma Perguruan (TASL), Diploma
Perguruan (TESL) dan Diploma Perguruan Pendidikan Islam Fakulti Pendidikan Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor: Teori dan Praktis”. Selangor: KUIS.
Stufflebeam, D.L. (2000). The CIPP Model For Evaluation. In D.L. Stufflebeam, G. F.
Madaus, & T. Kellaghan, (Eds.), Evaluation models (2nd ed.). (Chapter 16). Boston:
Kluwer Academic Publishers.