ArticlePDF Available

FAKTOR RISIKO TINGKAH LAKU AGRESIF: SIMBOL PEMBERONTAKAN JIWA MAT REMPIT DAN MAT MOTOR DI JALANAN

Authors:

Abstract

In Malaysia, illegal motorcycle racing activities is unlawful acts defined under Section 42 of the road transport Act (RTA) 1987 (Act 333) amendment of 1999. Illegal racing is a popular activity by a group of youth in many countries of the world. This activity is more popular in Malaysia compared with an illegal car race as reported in developed countries. Events occurring continuously since then until now easily seen almost anywhere. These symptoms still occur at any place only whether in urban or rural areas. Typically, they begin in the evening than during the day. They were riding in a group that large to disturb the peace in a public road without regard to traffic regulations. They are not only involved in the race among them but also challenging other road users to the race. Aggressive behavior is triggered as a result of external expression such as unable to adapt, not accepted in the social system and the internal pressure response suffered. Hence, this article discussed a number of risk factor of aggressive behavior such as self, family, peers and school. All the dominant risk factor has influenced the soul rebellion and manifestation of behavior among Mat Motor and Mat Rempit in the streets.
FAKTOR RISIKO TINGKAH LAKU AGRESIF: SIMBOL PEMBERONTAKAN JIWA
MAT REMPIT DAN MAT MOTOR DI JALANAN
ZALMIZY BIN HUSSIN
ABSTRAK
Di Malaysia, aktiviti lumba motosikal haram merupakan perbuatan melanggar undang-undang
termaktub di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333) Pindaan 1999.
Lumba haram adalah merupakan satu aktiviti yang diminati oleh sekumpulan belia di
kebanyakan negara dunia. Aktiviti ini adalah lebih popular di Malaysia berbanding dengan
perlumbaan kereta haram seperti yang dilaporkan di kalangan negara maju. Kegiatan yang
berlaku secara berterusan sejak dahulu hingga kini mudah dilihat hampir di mana-mana sahaja.
Gejala ini masih berlaku di mana-mana tempat sahaja sama ada di kawasan bandar mahupun
luar bandar. Pada kebiasaannya, aktiviti mereka bermula di sebelah malam berbanding pada
waktu siang. Mereka menunggang secara berkumpulan yang besar hingga mengganggu
ketenteraman di jalan awam tanpa menghiraukan peraturan lalu lintas. Mereka juga biasanya
bukan sahaja melibatkan diri dalam perlumbaan sesama mereka tetapi juga mencabar pengguna
jalan raya lain untuk berlumba. Tingkah laku agresif tersebut tercetus hasil daripada ekspresi
luaran seperti tidak dapat menyesuaikan diri, tidak diterima dalam sistem sosial dan tindak
balas tekanan dalaman yang dialami. Justeru, artikel ini membincangkan beberapa faktor risiko
tingkah laku agresif seperti diri sendiri, keluarga, rakan sebaya dan sekolah. Kesemua faktor
risiko dominan ini telah mempengaruhi pemberontakan jiwa dan manifestasi tingkah laku dalam
kalangan Mat Motor dan Mat Rempit di jalanan.
Kata Kunci: Mat Motor, Mat Rempit, Faktor Risiko, Tingkah Laku Agresif
ABSTRACT
In Malaysia, illegal motorcycle racing activities is unlawful acts defined under Section 42 of the
road transport Act (RTA) 1987 (Act 333) amendment of 1999. Illegal racing is a popular activity
by a group of youth in many countries of the world. This activity is more popular in Malaysia
compared with an illegal car race as reported in developed countries. Events occurring
continuously since then until now easily seen almost anywhere. These symptoms still occur at
any place only whether in urban or rural areas. Typically, they begin in the evening than during
the day. They were riding in a group that large to disturb the peace in a public road without
regard to traffic regulations. They are not only involved in the race among them but also
challenging other road users to the race. Aggressive behavior is triggered as a result of external
expression such as unable to adapt, not accepted in the social system and the internal pressure
response suffered. Hence, this article discussed a number of risk factor of aggressive behavior
such as self, family, peers and school. All the dominant risk factor has influenced the soul
rebellion and manifestation of behavior among Mat Motor and Mat Rempit in the streets.
Keyword: Mat Motor, Mat Rempit, Risk Factor, Aggressive Behavior
PENGENALAN
Secara tradisinya, lumba haram dilihat sebagai satu aktiviti belia yang berkaitan dengan
pemberontakan terhadap ibu bapa, masyarakat dan pihak berkuasa (Ismail & Borhanuddin, 2009;
Leigh, 1996), memandu secara berisiko dan agresif (Vaaranen & Wieloch, 2002), terlibat dalam
pelanggaran lalu lintas, melanggar norma-norma dan nilai-nilai sosial (Parker, McDonald,
Rabbitt, & Sutcliffe, 2000). Mereka juga mengganggu pengguna jalan raya melalui sekatan jalan
raya yang dilakukan oleh pihak polis, dan melakukan pelbagai aksi berisiko yang menimbulkan
bahaya kepada diri sendiri dan orang lain (Ibrahim et al., 2015). Kajian lepas telah menunjukkan
sesetengah belia menggunakan kenderaan untuk melepaskan rasa geram, marah dan agresif
(Donovan, Marlatt, & Salzberg, 1983). Secara langsung, tingkah laku tersebut telah mencetuskan
situasi panik dan boleh membawa kepada kemarahan pengguna jalan raya lain. Kekerapan
berlaku insiden jenayah dan tidak bermoral yang melibatkan golongan bermotosikal telah
menimbulkan suasana panik dan fear of crime dalam kalangan masyarakat.
Sejak akhir-akhir ini, aktiviti berkonvoi dan lumba haram telah mendapat perhatian
ketara daripada masyarakat. Aktiviti ini sebenarnya dilakukan oleh sekumpulan belia yang
digelar sebagai Mat Motor dan Mat Rempit. Dalam kajian ini, istilah Mat Motor telah
didefinisikan sebagai individu yang menyertai konvoi bersama kumpulan geng jalanan lain dan
biasanya menjadi penonton sahaja”. Manakala Mat Rempit sebagai “individu yang menyertai
lumba haram dengan menunggang motosikal secara berisiko dan melakukan jenayah kekerasan”
(Zalmizy, 2017).
Mereka telah menjadi beban sosial kepada masyarakat dan negara. Bebanan kepada diri
mereka sendiri misalnya adalah tingkah laku agresif dan jenayah apabila dikaitkan dengan
kematian dan kecederaan. Sehingga kini banyak kes kematian dan kecederaan telah dipaparkan
di akhbar tempatan. Contohnya, beberapa kes di Pulau Pinang telah menunjukkan ‘empat
anggota polis cedera dirempuh Mat Rempit’ (Utusan Malaysia, 1 Januari 2016), ‘500 Mat
Rempit gagal berlumba’ (Utusan Online, 9 April 2015) dan ‘218 Mat Rempit ditahan Polis Barat
Daya’ (Berita Harian, 6 April 2016).
Kewujudan gejala ini hakikatnya merupakan simptom kecil daripada penyakit
permasalahan sosial yang lebih besar. Hal ini kerana keadaan jiwa mereka yang sentiasa
bergelora dan ingin memenuhi segala impian. Terlalu banyak perkara yang diidamkan dan
dicapai. Ketika di peringkat inilah, mereka mudah terdedah kepada pelbagai tarikan seperti
hiburan, fesyen, gajet dan sukan yang ada baik buruknya. Pendedahan dan tarikan yang kuat
berterusan mempengaruhi hati, pemikiran dan sikap mereka ke arah pembentukan satu
manifestasi tingkah laku yang negatif. Lantas, mereka meluahkan segala pemberontakan yang
ada di dalam jiwa di jalan raya. Secara langsung, ia memberi kesan kepada aspirasi terhadap
makna kehidupan yang rendah dan gelap. Contohnya, berserah kepada nasib, tiada usaha untuk
membaiki diri dan tiada perancangan masa depan.
Dalam kajian ini pemberontakan jiwa mereka di jalanan dan manifestasi tingkah laku
agresif dipengaruhi oleh beberapa faktor risiko. Empat faktor risiko yang menonjol dan dominan
adalah diri sendiri, keluarga, rakan sebaya dan pendidikan telah diberi perhatian dalam
perbincangan ini.
Faktor Risiko: Diri sendiri
Pelumba motosikal haram telah diberi imej negatif disebabkan oleh tindakan agresif dan jenayah
lain seperti peras ugut, minum arak, berzina dan pengambilan dadah. Hal ini menyebabkan
kriteria pelumba motosikal haram pada awal-awal lagi telah memberi gambaran buruk dan
negatif (Zalmizy, 2017). Ini jelas memberi mesej yang menunjukkan mereka memberi dan
membawa masalah kepada masyarakat dan negara. Dalam kajian ini, hasil kajian telah
menunjukkan kebanyakan mereka terlibat dalam aktiviti berkonvoi dan lumba haram dalam
lingkungan umur 19 hingga 24 tahun. Hal ini kerana di peringkat umur ini kebanyakannya
mereka masih bujang (Zalmizy, 2017). Majoriti adalah lelaki dan mempunyai pelbagai latar
belakang sosial yang sederhana. Hasil kajian ini juga mendapati aktiviti berkonvoi dan lumba
haram telah berkurangan setelah mereka berkahwin, mempunyai anak dan apabila sudah sampai
tahap umur matang serta boleh berfikir dalam membuat sesuatu keputusan (Zalmizy, 2017).
Hasil kajian menunjukkan majoriti informan Mat Rempit telah menyatakan faktor risiko
yang mempengaruhi tingkah laku agresif adalah pengambilan bahan terlarang. Hasil kajian telah
menunjukkan informan telah menyatakan bahawa untuk berlumba, menghilangkan tekanan
(stress) dan dadah diambil untuk tujuan keseronokan semata-mata. Menurut informan,
mengambil dadah untuk berlumba adalah kerana dadah yang diambil itu menyebabkan informan
menjadi berani dan memecut pada kelajuan yang tinggi dan tangkas mengawal motor ketika
berlumba (Zalmizy, 2017).
Selain itu, terdapat juga informan mengambil dadah untuk tujuan menghilangkan tekanan
(stress). Hal ini menurut informan adalah kerana berasa tension ketika berada di rumah dan
akibat pergaduhan antara ibu dan bapa informan yang kerap. Penyelidik menganggap hasil kajian
ini unik dan baharu kerana penemuan ini masih kurang dibuktikan melalui kajian secara saintifik.
Hasil kajian yang uniknya adalah informan menggunakan dadah untuk berjaga malam untuk
mengulangkaji pelajaran, berasa kuat, tingkah laku menjadi agresif dan gagal mengawal diri.
Dapatan kajian tersebut telah menyokong kajian lepas telah membuktikan pengambilan
bahan terlarang seperti dadah, ketum dan esctacy telah dikaitkan sebagai faktor risiko seseorang
individu terlibat dengan tingkah laku agresif atau jenayah (Case & Haines, 2007). Impaknya,
gejala tersebut meningkatkan kekerapan berlaku salah laku jenayah (contoh, Putnis, 2003).
Kajian oleh Nazar et al. (2004) telah menunjukkan kurangnya didikan agama dan faktor keluarga
yang bermasalah mempunyai hubungan yang amat signifikan terhadap aktiviti pengambilan dan
penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia.
Selain itu, Kajian yang dilakukan oleh Zalmizy (2017) telah menemui faktor risiko
individu dalam kalangan Mat Motor adalah kurang penghayatan agama. Dalam kajian tersebut,
informan Mat Motor telah menyatakan bahawa faktor risiko mereka terlibat dalam tingkah laku
agresif adalah disebabkan oleh kurangnya penghayatan dalam agama. Mereka berkata demikian
kerana mereka tidak menunaikan solat dalam kehidupan seharian. Menurut informan hal ini
disebabkan oleh ibu bapa tidak menitikberatkan soal-soal agama pada anak-anak. Sementara itu,
jenis yang kedua kurang penghayatan agama iaitu malas beribadat. Menurut informan, hal ini
adalah kerana banyak masa yang dihabiskan ke arah perkara-perkara yang melalaikan. Rutin
harian informan adalah tidur lewat dan bangun lewat. Terdapat juga informan yang menyatakan
dirinya tidak dapat bertindak secara rasional.
Bagi mengekang permasalahan ini penyelidik berpendapat segala masalah yang berlaku
memerlukan penyelesaian melalui pendidikan dan penghayatan agama yang jitu dan konsisten.
Hal ini kerana berdasarkan hujahan Robiah (2001) telah menyatakan kepercayaan agama
merupakan suatu tenaga paling unggul untuk mencegah dan menentang segala unsur negatif
yang menyerang emosi dan mental. Pegangan prinsip dan pendirian yang kukuh berlandaskan
ajaran agama dapat mencegah seseorang remaja daripada dipengaruhi oleh unsur-unsur
pergaulan bebas yang tidak sihat dan melampaui batasan. Kajian ini juga menepati dan
menyokong hujahan Syarifah et al., (2010) yang menyatakan belia yang mendapat bimbingan
yang positif daripada keluarga serta mempunyai kesedaran agama yang tinggi mampu berdepan
dengan cabaran persekitaran negatif dan secara tidak langsung berupaya untuk mencegah mereka
daripada terlibat dengan tingkah laku yang berisiko.
Pendidikan dan penghayatan agama yang mantap mampu mengelakkan pelumba
motosikal haram terlibat dalam salah laku jenayah (Zalmizy, 2017). Kajian lepas telah generasi
muda yang mempunyai pegangan agama yang kukuh mampu mengelakkan diri daripada terlibat
dengan gejala penyalahgunaan dadah (Johnson, Tomkins, & Webb, 2002). Beberapa kajian Barat
mendapati bahawa agama berupaya bertindak sebagai faktor pelindung kepada perlakuan yang
menyalahi undang-undang seperti mencuri, merosakkan harta benda, merompak dan terlibat
dengan aktiviti penyalahgunaan dadah dalam kalangan golongan muda (Steinman, 2004).
Oleh itu, Justeru itu, menyedari bahawa aspek keagamaan merupakan elemen penting
untuk mengekang masalah sosial yang lebih rumit seperti gejala lumba haram dan tingkah laku
agresif, maka penerapan dan pengukuhan agama dalam kalangan anak-anak perlu diberikan
perhatian utama. Hal ini kerana pengetahuan agama yang kukuh mampu menjadi pelindung
kepada generasi belia yang berada di peringkat pembesaran dan sedang mencari identiti diri
(Wallace, et al., 2007). Golongan remaja dan belia yang mempunyai pegangan dan pengetahuan
agama yang tinggi dilihat mampu mengatur kehidupannya dengan lebih tenang, sempurna dan
sejahtera (McCullough & Willioughby, 2006).
Justeru, didikan agama yang mantap menjadi benteng kepada belia daripada terjebak
dalam masalah sosial seperti lumba haram, minum minuman keras dan melakukan aktiviti-
aktiviti yang melanggar undang-undang. Hal sedemikian kerana ketakwaan yang telah kukuh
dalam diri sanubari belia dapat menjadi penghalang melakukan gejala-gejala yang tidak sihat.
Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai ketakwaan ke dalam diri anak-anak sejak kecil.
Hal ini kerana pada peringkat ini mereka mudah untuk dibentuk kerana bak kata pepatah
“melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Seumpama juga “sudah terang lagi bersuluh”,
didikan agama yang kukuh mampu mengelakkan belia terlibat dalam masalah sosial khasnya
aktiviti lumba haram dan aktiviti berkonvoi ini.
Faktor Risiko: Keluarga
Hasil kajian juga menunjukkan gaya pengurusan ibu bapa dalam soal mendidik anak sangat
lemah. Hal ini kerana ibu bapa mendidik anak dengan cara yang keras telah memberi kesan
psikologi kepada jiwa informan menjadi agresif. Mendidik dengan cara kekerasan menyebabkan
anak mengalami pemberontakan jiwa seperti degil, berkata kasar dan tidak mahu dengar cakap
ibu bapa mereka. Kebanyakan ibu bapa menggunakan cara melepaskan kemarahan adalah
dengan bersikap agresif. Ini merupakan antara faktor yang boleh mempengaruhi informan
bersikap agresif akibat daripada didikan ibu bapa yang kasar.
Hasil kajian ini telah menyokong kajian lepas yang menunjukkan amalan asuhan seperti
menggunakan kekerasan, tidak konsisten, atau tatatertib (disiplin) longgar telah dikenal pasti
sebagai faktor risiko untuk tingkah laku agresif. Hal ini turut diperakui dengan hujahan Derzon
(2010) telah mengenal pasti disiplin (terdiri daripada konsisten berbanding disiplin yang tidak
konsisten), kaedah hukuman disiplin, kekerapan “menyepak” atau memukul adalah merupakan
salah satu punca penyebab mengapa mereka bertingkah laku agresif dan kekerasan.
Seterusnya, informan dalam kajian ini turut menyatakan mereka berasa tidak dihargai
oleh ibu bapa mereka dalam apa jua yang informan lakukan. Konsep tidak dihargai menurut
informan adalah merupakan informan merasakan hidup mereka tidak disokong oleh kedua ibu
bapa mereka dalam pelajaran dan aktiviti seharian mereka. Terdapat juga segelintir informan
dalam kajian ini mengatakan hidup mereka terbiar dan tidak diambil peduli oleh ibu bapa.
Jawapan yang diberikan oleh informan adalah kerana ibu bapa mereka sibuk bekerja dan tiada
masa untuk memantau anak-anaknya di rumah.
Dalam konteks ini, tidak dinafikan bahawa keperibadian seorang pelumba motosikal
haram sebenarnya bermula di rumah. Hal ini telah diperakui sendiri oleh Ketua Polis daerah
Timur Laut, Pulau Pinang yang telah menyatakan:
“Seperti mana yang saya katakan sebentar tadi, gejala ini sebenarnya bermula dari rumah. Tiada
kawalan daripada ibu bapa yang sibuk dengan kerja boleh menyebabkan anak-anak mereka
terlibat dalam aktiviti lumba motosikal haram. Jadi, faktor keluarga sebenarnya sangat
mempengaruhi golongan muda ini terlibat dalam aktiviti lumba haram. Kesibukan ibu bapa
dalam mengejar impian dan kerjaya juga mempengaruhi masalah ini. Ibu bapa pada zaman kini
lebih cenderung mengejar tuntutan kebendaan berbanding meluangkan masa untuk melihat
proses perkembangan anak-anak mereka. Oleh sebab terlalu sibuk bekerja, mereka melepaskan
tanggungjawab menjaga dan mengasuh anak-anak mereka kepada orang gaji yang diupah.
Secara ringkasnya, ibu bapalah yang bertanggungjawab melengkapkan anak-anak yang masih
suci dan bebas daripada sebarang keaiban dengan ilmu-ilmu dunia. Maka secara logiknya,
apabila remaja-remaja pada masa kini terlibat dengan gejala seperti lumba motosikal haram,
secara tidak langsung perkara ini mencerminkan didikan ibu bapa yang kurang sempurna”.
(Ketua Polis, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang).
Pengaruh keluarga telah memainkan peranan penting terhadap bentuk personaliti,
pemikiran dan tingkah laku bagi pembesaran yang positif. Justeru, peranan ibu bapa sangat
ditekankan dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa yang mengambil berat terhadap aktiviti siang
dan malam anak-anak mereka pasti tidak membiarkan aktiviti salah laku berlaku. Sebaliknya,
mereka sebagai penjaga perlu mengambil berat terhadap tingkah laku dan aktiviti sosial seperti
dengan siapa anak-anak ke luar, ke mana arah tujuannya, apa yang anak-anak buat dengan rakan-
rakan dan menyekat anak-anak keluar malam.
Dalam kajian ini, keluarga yang tidak stabil hakikatnya tidak mampu mengisi keperluan
emosi dan spritual kepada ahli-ahlinya terutama anak-anak. Konflik keluarga adalah sebahagian
daripada faktor risiko masalah keluarga yang berkaitan dengan masalah belia dan kajian telah
menunjukkan bahawa pendedahan kepada konflik ibu bapa merupakan faktor risiko untuk
tingkah laku agresif atau jenayah (Derzon, 2010). Rohayati (2004) berpendapat manifestasi
kegagalan sesebuah sistem keluarga dalam aspek pembentukan sahsiah dan pendidikan anak-
anak akan menjejaskan masa depan mereka dan boleh menyebabkan kecenderungan terlibat
dengan gejala-gejala sosial dan tidak mampu untuk membentuk diri mereka menjadi orang yang
berguna dan berwawasan.
Gambaran ini dapat dibuktikan dengan kajian oleh Arieff & Wardah (2006) telah
menjelaskan antara latar belakang keluarga yang menjadi faktor risiko belia bertindak agresif
disebabkan oleh pendapatan ibu bapa yang rendah dan anak membesar dalam keadaan terbiar. Di
negara Barat pula, Mannes et al., (2005) melaporkan bahawa belia yang berasal daripada
keluarga berpendapatan rendah adalah dua kali ganda lebih cenderung untuk bertingkah laku
negatif berbanding remaja lain. Oleh demikian, masalah-masalah yang berlaku dalam keluarga
ini menyebabkan mereka mencari keseronokan dan melepaskan tekanan yang melanda diri di
luar rumah. Justeru, keseronokan ini telah dimanifestasikan dengan satu simbol pemberontakan
jiwa di jalan bersama-sama rakan-rakan melalui kumpulan motosikal yang mempunyai minat
yang sama dalam sukan pemotoran.
Faktor Risiko: Rakan Sebaya
Rakan sebaya adalah merupakan sahabat setia yang mempunyai lingkungan latar belakang sosial,
minat yang sama dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan matlamat. Rakan sebaya juga
merupakan satu unit sosial yang berfungsi sebagai berkongsi nilai dan tingkah laku yang sama
dalam satu struktur sosial. Namun begitu, seseorang belia perlu berhati-hati dalam memilih
kawan. Hal ini kerana tidak semua rakan sebaya berniat baik, pasti ada yang ingin cuba
mengheret ke arah kebinasaan. Maka, seseorang belia perlu sentiasa berwaspada dalam memilih
kawan. Janganlah sampai tersalah pilih kawan yang mampu merosakkan masa depan.
Peranan rakan sebaya adalah merupakan satu lanjutan proses sosialisasi dalam keluarga.
Kumpulan rakan sebaya ini berfungsi sekiranya hubungan dengan ibu bapa tegang dan suasana
di rumah tidak menyenangkan. Golongan remaja atau belia yang mempunyai hubungan dengan
rakan sebaya yang bermasalah telah dikenal pasti sebagai faktor risiko yang penting untuk
tingkah laku agresif (Bender, 2010). Tingkah laku agresif dalam kumpulan rakan sebaya yang
anti sosial ini adalah berkemungkinan untuk mendapatkan penghormatan, populariti atau
mengelakkan cemuhan orang (Ness, 2004).
Dalam kajian ini, hasil kajian mendapati faktor risiko penglibatan dalam tingkah laku
agresif bagi Mat Rempit adalah mereka mempunyai kawan yang mempunyai rekod jenayah.
Sebaliknya pula, bagi Mat Motor menyertai geng konvoi di jalanan. Kajian lepas menunjukkan
penglibatan dalam geng jalanan menguatkan hubungan tingkah laku agresif berbanding dengan
rakan-rakan yang tidak mempunyai keahlian dalam geng jalanan (Battin et al., 1998). Kajian
tambahan telah mengenal pasti bahawa geng jalanan sebagai penyumbang kepada risiko tingkah
laku agresif secara umum (Dishion, Véronneau & Myers, 2010).
Hasil kajian juga mendapati mereka mempunyai kawan yang ada rekod jenayah. Hal ini
disebabkan oleh penolakan rakan sebaya yang menyebabkan mereka mencari kumpulan rakan
sebaya yang lain yang sama dan boleh menerima tingkah laku yang dibawa. Menurut Twenge,
Baumeister, Tice, & Stucke (2001) individu yang percaya mereka tidak diterima oleh rakan
sebaya lebih agresif berbanding dengan remaja yang diterima oleh rakan sebaya. Bagi
menerangkan kenyataan ini, Twenge et al., (2001) berpendapat penolakan daripada rakan sebaya
menyebabkan self-regulation seseorang remaja berkurangan. Dalam kata lain, penolakan rakan
sebaya ini menyebabkan seseorang kehilangan motivasi untuk bertindak sebagai pro-sosial. Pada
masa yang sama, individu yang tidak diterima oleh rakan sebaya akan mengalami masalah
kekurangan kemahiran sosial dan agresif selain tingkah laku agresif yang menyebabkan mereka
terlibat dengan belia yang devian. Menurut hipotesis Deshion et al. (1996), seseorang individu
akan mencari kumpulan rakan sebaya dengan menggunakan usaha yang minimum. Menurut
pandangan ini, remaja yang tidak diterima oleh rakan sebaya, akan mencari kumpulan rakan
sebaya lain yang dapat menerima mereka tanpa perubahan tingkah laku.
Faktor Risiko: Sekolah
Tahap pendidikan adalah penentu dan menjadi pengukuran asas bagi mencapai sesuatu kejayaan.
Kejayaan bukan di dalam akademik semata-mata malah kejayaan juga dilihat di dalam hati,
pemikiran, nilai dan sikap seseorang. Penentuan kepada satu kejayaan adalah melalui corak
pemikiran yang berbeza. Pembentukan pemikiran, nilai dan sikap haruslah dimantapkan di
sekolah. Bagi Mat Motor dan Mat Rempit yang tidak mantap cara berfikir, nilai dan sikap yang
lemah serta malas belajar telah menyumbang kepada masalah sosial bukan sahaja dalam tingkah
laku agresif verbal dan fizikal malah tingkah laku jenayah yang lain.
Hasil kajian ini menunjukkan majoriti informan kajian adalah terdiri daripada pelajar
sekolah. Justeru, peranan guru dilihat sangat penting bagi membantu kelompok pelumba
motosikal haram yang dijangka kecundang daripada alam persekolahan ini. Pelajar yang tercicir
tidak ada harapan untuk belajar. Mereka yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah sangat
sukar untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan tahap kelayakan yang mereka miliki.
Kenyataan ini menyokong hasil kajian yang telah menunjukkan kebanyakan mereka mempunyai
masalah akademik di sekolah. Informan dalam kajian ini telah menyatakan keadaan di sekolah
amat memboringkan. Mereka juga mengatakan sering ponteng sekolah bersama kawan-kawan.
Hal ini boleh menyebabkan prestasi akademik mereka merosot. Kajian lepas
menunjukkan prestasi akademik yang lemah telah dikaitkan dengan tingkah laku agresif dan
kesalahan jenayah lain (Fagan et al., 2007). Pencapaian akademik yang lemah ini dijangka
memberi kesan kepada individu melakukan tingkah laku agresif di kemudian hari (McCord et al.,
2001). Faktor risiko ini dilihat mula memberi kesan yang lebih kukuh di peringkat usia remaja
(Hawkins et al., 2000). Oleh itu, kegagalan dalam akademik telah dikenal pasti sebagai faktor
risiko untuk tingkah laku bermasalah yang mungkin lebih relevan bagi mereka yang berumur 12
tahun dan ke atas (Latimer et al, 2003).
Pencapaian dalam akademik sebenarnya berpunca daripada masalah kehadiran ke
sekolah. Kajian lepas menunjukkan masalah kehadiran ke sekolah (iaitu, penggantungan,
dibuang sekolah, ponteng sekolah dan tercicir) adalah merupakan faktor risiko penglibatan dalam
tingkah laku agresif (Zhang et al., 2007). Hal ini biasanya dikaji dengan mengukur kekerapan
penggantungan, dibuang sekolah dan ponteng sekolah atau kegagalan untuk melengkapkan
kehadiran ke sekolah adalah tinggi. Tambahan pula, ponteng sekolah menyebabkan belia
berisiko untuk terlibat dalam tingkah laku agresif pada usia dewasa (contoh, McCluskey, Bynum
& Patchin, 2004). Lebih parah lagi, belia di bawah penjagaan keluarga telah berisiko tinggi
untuk bertingkah laku agresif jika mereka digantung dari sekolah (Ryann, Testa & Zhai, 2008).
Masalah kehadiran ke sekolah juga dikaitkan dengan tingkah laku agresif perlu diberi perhatian.
Hal ini kerana faktor tersebut dikhuatiri boleh mempengaruhi faktor-faktor risiko tingkah laku
agresif lain seperti konflik keluarga, status sosio-ekonomi dan ikatan sekolah yang lemah
(contohnya, Hawkins, 2000).
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, mereka yang terlibat dalam gejala ini kemungkinannya mengalami
gangguan personaliti yang teruk. Harus diingat, individu yang mempunyai kecelaruan personaliti
ini mempunyai perwatakan seperti manusia normal yang lain. Mereka cuma berbeza dari segi
cara mereka bersosial dan tingkah laku dalam masyarakat. Lantaran itulah, adakalanya kita tidak
mampu membezakan watak manusia ini dalam masyarakat. Individu yang mempunyai
kecelaruan ini biasanya akan cepat marah, menyendiri, tidak banyak bercakap dan cenderung
terlibat dengan jenayah juvana. Mereka ini juga didapati tidak membuat pertimbangan sebelum
melakukan sesuatu perkara, gagal merancang dan bertindak terburu-buru. Malah, lebih buruk
apabila sebahagian daripada mereka yang mempunyai kecelaruan personaliti ini biasanya
mempunyai tabiat mencipta sensasi dan suka membuat tindakan yang yang berisiko. Mereka
tidak menghiraukan undang-undang dan norma masyarakat kerana bagi mereka, melakukan
sesuatu yang pelik adalah menyeronokkan. Risiko individu ini untuk terus melakukan hobi yang
menyimpang ini akan bertambah sekiranya mereka hidup dalam keluarga yang kacau-bilau atau
tersisih dalam pendidikan. Dalam keadaan terasing dan tersisih itu, tidak mustahil mereka
melakukan sesuatu yang tidak kita jangkakan kerana ia sebahagian daripada mekanisme mereka
untuk menggantikan kekecewaan yang dialami.
RUJUKAN
Arieff Salleh Rosman dan Wardah Mokhtar. 2006. Membentuk jati diri remaja. Bentong: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Battin, S. R., Hill, K. G., Abbott, R. D., Catalano, R. F., & Hawkins, J. D. 1998. The contribution
of gang membership to delinquency beyond delinquent friends. Criminology, 36, 93-115.
Bender, K. 2010. Why do some maltreated youth become juvenile offenders? A call for further
investigation and adaptation of youth services. Children and Youth Services Review, 32,
466-473.
Berita Harian, 6 April 2016. 218 mat rempit di tahan Polis Barat Daya.
Case, S., & Haines, K. 2007. Offending by young people: A further risk factor analysis. Security
Journal, 20, 96-110.
Derzon, J. H. 2010. The correspundence of family feature with problem, aggressive, criminal,
and violent behavior: A meta-analysis. Journal of Experimental Criminology, 6, 263-292.
Dishion, T. J., Spracklen, K. M., Andrews, D. W., & Patterson, G. R. 1996. Deviancy training in
male adolescent friendships. Behavior Therapy, 27, 373-390.
Dishion, T. J., Véronneau, M-H, & Myers, M. W. 2010. Cascading peer dynamics underlying the
progression from problem behavior to violence in early to late adolescence. Development
and Psychopathology, 22, 603-619.
Donovan, D. M., Marlatt, G. A., & Salzberg, P. M. 1983. Drinking behavior, personality factors
and high-risk driving. A review and theoretical formulation. Journal of Studies on
Alcohol, 44, 395 428.
Fagan, A. A., Van Horn, M. L., Hawkins, J. D., & Arthur, M. W. 2007. Gender similarities and
differences in the association between risk and protective factors and self-reported
serious delinquency. Prevention Science, 8, 115-124.
Hawkins, J. D., Herrenkohl, T. I., Farrington, D. P., Brewer, D., Catalano, R. F., Harachi, T. W.,
& Cothern, L. 2000. Predictors of youth violence. Office of Juvenile Justice and
Delinquency Prevention. Washington, DC.
Ibrahim, N., Ismail, R., Halim, M. R. T. A., & Amit, N. 2015. Personality, high-risk activities
and aggressive behaviour among illegal street racers. Mediterranean Journal of Social
Sciences, 6(5), 527.
Ismail, R., & Borhanuddin, B. 2009. Pendefinisian semula konsep mat rempit. Journal Psikologi
Malaysia, 29.
Latimer, J., Kleinknecht, S., Hung, K., & Gabor, T. 2003. The correlates of self-reported
delinquency: An analysis of the National Longitudinal Survey of Children and Youth.
Department of Justice Canada. Ottawa, Ontario.
Leigh, A. 1996. Youth and street racing. Current Issues in Criminal Justice, 7(3), 388.
Johnson, B. R., Tomkins, R. B. & Webb, D. 2002. Objective hope: Assessing the effectiveness
of faith-based organizations: A review of the literature. University of Pennsylvania
Centre for Research on Religion and Urban Civil Society, Research Report.
Mannes, M., Roehlkepartain, E. C. and Benson, P. L. 2005. Unleashing the power of community
to strengthen the well-being of children, youth and families: an asset-building approach.
Child Welfare League of America. 84 (2). 33-250.
McCluskey, C. P., Bynum, T. S., & Patchin, J. W. 2004. Reducing chronic absenteeism: An
assessment of an early truancy initiative. Crime and Delinquency, 50, 214-234.
McCullough, M.E. & Willioughby, L.B. 2006. Religion, self-regulation and self control:
Association, explanation and implication. Psychological Bulletin, 135(1), 69-93.
McCord, J., Widom, C. S., & Crowell, N. A. 2001. Juvenile crime, juvenile justice. Washington,
DC: National Academy Press.
Nazar, M. 2009. Gejala sosial di Malaysia masa kini: Antara puncanya. Kertas kerja
dibentangkan dalam Seminar Pembangunan Insan di Malaysia di Akademi Pengajian
Islam, Universiti Malaya pada 8 Januari 2008.
Ness, C. D. 2004. Why girls fight: Female youth violence in the inner city. Annals of the
American Academy of Political and Social Sciences, 595, 32-48.
Parker, D., McDonald, L., Rabbitt, P., & Sutcliffe, P. 2000. Elderly drivers and their accidents:
The aging driver questionnaire. Accident Analysis and Prevention, 751759.
Putnis, A. L. 2003. Substance use and the prediction of young offender recidivism. Drug and
Alcohol Review, 22, 401-408.
Robiah Kulop Hamzah. 2001. Remaja dan pengurusan diri. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Rohayati Derani. 2004. Persepsi ibu bapa terhadap faktor-faktor keruntuhan akhlak remaja islam
masa kini: satu tinjauan di Taman Aman Anak Bukit, Alor Setar Kedah. Tesis Sarjana
Muda, Universiti Teknologi Malaysia.
Ryan, J. P., & Testa, M. F, & Zhai, F. 2008. African American youth in foster care and the risk
of delinquency: The value of social bonds and permanence. Child Welfare, 87, 115-140.
Steinman, K.J. 2004. Religious activity and risk behavior among African American adolescents:
Concurrent and developmental effects. American Journal of Community Psychology,
25(1), 117-122.
Syarifah, M.N., Turiman, S., Syamsilah, R., Rahil, M., Haslinda, A., Ismi Arif, I. & Mursyid, A.
2010. Laporan kajian fenomena merempit dan potensi remaja lasak di FELDA.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Twenge, J. M., Ciarocco, N.J., Baumeister, R.F., DeWall, C.N., & Bartels, J. M. 2007. Social
exclusion decreases pro-social behaviour. Journal of Personality and Social Psychology,
92 (1): 56-66.
Utusan Malaysia, 1 januari 2016. Empat anggota polis cedera dirempuh Mat Rempit.
Utusan Online, 9 April 2015. 500 Mat Rempit gagal berlumba.
Vaaranen, H., & Wieloch, N. 2002. Car crashes and dead end careers: Leisure pursuits of the
finish subculture of the kortteliralli street racing. YOUNG: Nordic Journal of Youth
Research, 10.
Wallace, J.M., Yamaguchi, R., Bachman, J.G., O‟Malley, P.M., Schulenberg, J.E. & Johnston,
L.D. 2007. The role of individual and contextual influences. Social Problems Journal,
54(2), 308-327.
Zhang, D., Katsiyannis, A., Barrett, D. E., & Willson, V. 2007. Truancy offenders in juvenile
justice system: Examinations of first and second referrals. Remedial and Special
Education, 28, 244-256.
Zalmizy Hussin. (2017). Faktor risiko dan bentuk tingkah laku agresif dalam kalangan mat motor
dan mat rempit di Pulau Pinang, Malaysia. Tesis Doktor Falsafah, Universiti Sains
Malaysia.
Profil Penulis:
Zalmizy Hussin, PhD.
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
zalmizy@gmail.com
Article
Full-text available
Tugasan individu rencana bagi kursus SKAA 1043 ini bertajuk Isu sosial dalam kalangan pengguna jalan raya di Malaysia yang mengandungi pengenalan umum berkenaan isu, idea utama, hujan dan contoh, kesimpulan isu serta rujukan.
Article
Full-text available
The prevalence of motorcycle street racing is increasing in Malaysia and has become a major public concern. As a major focus of the international studies were on illegal car racing overseas, and there are only a limited number of studies address illegal motorcycle street racing. Thus, this study aims to examine the high-risk activities of motorcycle street racers, their personality and the association of personality with aggressiveness. This cross-sectional study involved 138 at risk adolescents who were engaged in illegal motorcycle street racing. Data were collected using three validated questionnaires – Big Five Inventory to measure personality, Impulsive Sensation Seeking Scale to measure sensation seeking trait, and the Buss and Perry Aggression Questionnaire to assess aggressiveness. The results showed that the majority of the respondents were not only engaged in illegal street racing but also involved in other high-risk activities, such as pornography, illegal abortion, fighting, and gambling. Neuroticism and sensation seeking were found to be associated and were good predictors of the aggression domain, such as physical aggression and anger. However, only sensation seeking and neuroticism were good predictors for verbal aggression and the hostility domain. Hence, it is very important to understand their personality trait and level of aggression beforehand in order to develop a suitable programme for this special group of adolescents as well as to find ways to channel their sensation seeking behaviour or aggression to positive effect. DOI: 10.5901/mjss.2015.v6n5s1p527
Article
Full-text available
Chronic school absenteeism has been identified as a precursor to undesirable outcomes in adolescence, including academic failure, school dropout, and juvenile delinquency. In spite of its effect on adolescent functioning, little research has been conducted to identify effective methods of truancy reduction, particularly among elementary-aged students. This article presents the assessment of an initiative developed to reduce truancy in three elementary schools. Findings suggest that the program was successful in substantially reducing absenteeism among those with chronic attendance problems. Implications for future programs targeting at-risk youth are discussed.
Article
Full-text available
This paper examines the prevalence of, frequency of and factors underpinning offending in an opportunity sample of 3,088 young people aged 11–16 years in Wales. The research augments existing risk-focused research literature by exploring the relative salience of risk factors for active property and violent offending by specific gender and age group. Logistic regression analyses, underpinned by factor analysis, identified anti-social behaviour/attitudes and impulsivity as the most influential risk factors for all forms of offending by all groups. Other factors closely related to offending for specific sub-groups are discussed. Findings imply the need for comprehensive, multi-dimensional youth crime prevention programmes addressing multiple and composite risk factors, targeted appropriately upon specific sub-groups of the youth population.
Article
Full-text available
Family features and characteristics are often identified as central to the development of antisocial behavior and are thus attractive targets for risk-focused preventive intervention. Using meta-analytic techniques, we examined the covariation between 21 family constructs with the current or later display of problem, aggressive, criminal, or violent behaviors. The 80 mean relationships, based on 3,124 correlations from 233 reports of 119 longitudinal studies, discussed in this paper are generally moderate, with a grand mean across outcomes of [`(rx,y)] = .15 \overline {{r_{x,y}}} = .15 . Family constructs were most predictive of problem behaviors, [`(rx,y)] = .21 \overline {{r_{x,y}}} = .21 . Predictors measured earlier in life were significantly stronger in 12 relationships and significantly weaker in 18 relationships. These findings are discussed with reference to Rutter’s (American Journal of Orthopsychiatry 57:316–331, 1987) conceptualization of protective mechanisms which suggests that if family factors warrant the attention they have engendered, then it is through their interaction with other developmental and situational factors. KeywordsAggressive behavior-Anti-social behavior-Criminal behavior-Family factors-Meta-analysis-Prediction-Problem behavior-Review-Violent behavior
Article
Truancy has been identified as one of the top 10 educational problems in the United States and is considered an important predictor of later delinquent behavior. The purpose of this study was to track youth initially referred to the juvenile justice system because of truancy. Data were provided by the South Carolina Department of Juvenile Justice (SCDJJ). The sample was drawn from a cohort of 12,468 juveniles, all born in 1985. A longitudinal approach was taken to examine truancy offenders' interactions with the SCDJJ at their first and second referrals. Compared to non-truancy referrals, youth who are first referred for truancy are more likely to be European American and female and less likely to have a history of serious drug use. Furthermore, they are less likely to be referred for more serious crimes later in their youth and, if later incarcerated, experience shorter commitments. The results of the present study suggest that youth who are referred to the juvenile justice system for truancy represent a distinct group of juvenile offenders compared to youth who are referred for other offenses. Implications of these findings for policy and future research are addressed.
Article
This article considers the resort to violence by inner-city female youth, including the external forces impinging on them. In addition to underscoring that girls actively pursue and enjoy physically dominating others, I argue that the incidence of violence by girls in low-income areas, particularly “street fighting,” has been significantly underestimated in official statistics and generally by scholars. Engaging in violence was found to serve a number of functions for inner-city girls, similar to their male counterparts. Mothers were found to play an integral role in the anatomy of their daughters’ use of violence. The article addresses the need to situate girls’ violent behavior simultaneously on the level of individual psychology, on the cultural landscape of a neighborhood, and within the institutional framework that shapes both, in order to contextualize it properly. The article also considers how the method of ethnography is well suited to this end.
Article
Investigation into subcultures seems to be progressively vanishing from the landscape of cultural studies. Since the work of the Center of Contemporary Cultural Studies (CCCS) in Birmingham in the 1970s and 1980s, we have seen the dramatic rise of virtual communities as mediated through ever- expanding global lines of communication ; in the field of social science, the practice of categorization has been increasingly criticized due to the influence of deconstructio nism; and somewhere between history and social thought there has been the gradual disappearance of class as a social construct. For example, when considering the relationship between gender and age within the field of criminology, James Messerschmidt has replaced the notion of 'class' with 'position in social structures' in his 1993 analyses on masculinities and crime. And in 1996, authors Jan Pakulski and Malcolm Waters went so far as to proclaim The Death of Class. As a result, identity as a topic of study has been increasingly represented as fluid and contextual, unbound by geographical space, relation to production, or social standing. This paper represents a revisit of the Birmingham approach to the study of subcultures in an investigation into the Finnish phenomenon of street racing; an underground practice of engineering, illegal racing of automobiles, and cruising on the streets of Helsinki. And true to the tradition of the CCCS, the subject is practiced as oppositional by young, working class males. To emphasize our revisit to the Birmingham approach, we use the notion of class, and define it by the criteria of education and occupational role. The Cruising Club boys spent 9 years in comprehensive school and 1 to 3 years
Article
Both being involved in a gang and having friends who are delinquent have been shown to contribute to an individual's own delinquency. However, the unique contribution of gang membership to delinquency, above and beyond having delinquent peers, has not been well studied. Increased delinquency among gang members may not be due to gang membership per se, but to the members' association with delinquent peers. Using data from the Seattle Social Development Project, this research compared involvement in delinquency for gang members, nongang youths with delinquent friends, and nongang youths who did not have delinquent friends. MANOVA and follow-up ANOVA were conducted to determine differences on measures of delinquency among the three groups at ages 14 and 15. Gang members were found to have a higher rate of offending in the past year when compared with the other groups. The contribution of gang membership to delinquency above and beyond having delinquent friends was also examined using structural equation modeling. Gang membership was found to independently predict both self-reported and officially recorded delinquency beyond the effects of having delinquent friends and prior delinquency. Implications of the results for delinquency prevention and intervention efforts are discussed.