Content uploaded by Azlina Mohd Khir
Author content
All content in this area was uploaded by Azlina Mohd Khir on Sep 05, 2017
Content may be subject to copyright.
203
MOTIVASI DAN TAHAP PENGLIBATAN BELIA FELDA DALAM
KESUKARELAWANAN DI FELDA BUKIT ROKAN, NEGERI SEMBILAN
AZLINA MOHD KHIR, NUR AFIQAH ABDUL AZIZ & NOOR SHAHIRAH
MUHAMMAD NIZAM
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara motivasi dan tahap penglibatan belia
dalam aktiviti sukarela di Felda Bukit Rokan, Negeri Sembilan. Objektif khusus kajian ini
adalah untuk i) memperihalkan sosio demografi responden; ii) mengenal pasti dimensi dan
tahap motivasi responden dalam aktiviti sukarela; iii) mengenal pasti jenis dan tahap
penglibatan responden dalam aktiviti sukarela; dan iv) menentukan hubungan antara motivasi
dan tahap penglibatan responden dalam aktiviti sukarela. Seramai 136 responden yang terdiri
daripada 54.4 peratus lelaki dan 45.6 peratus perempuan terlibat dalam kajian ini. Responden
dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan. Data diperolehi dengan menggunakan borang
soal selidik yang ditadbir sendiri oleh responden. Volunteer Functions Inventory (VFI) telah
digunakan untuk mengukur motivasi sukarelawan, manakala tahap penglibatan diukur
menggunakan alat ukuran yang dibina sendiri oleh penyelidik. Kedua-dua alat ukuran
mempunyai nilai pekali kebolehpercayaan Cronbach’s alpha 0.939 dan 0.696. Analisis
statistik yang digunakan adalah korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan motif utama
penglibatan responden dalam aktiviti sukarela adalah motif pemahaman, diikuti oleh motif
nilai dan motif sosial. Manakala, jenis aktiviti utama yang disertai oleh belia adalah aktiviti
sukarela berbentuk sukan, diikuti oleh aktiviti berbentuk khidmat sosial dan masyarakat serta
aktiviti keagamaan. Selain itu, kajian turut mendapati tahap motivasi responden adalah tinggi,
manakala tahap penglibatan dalam aktiviti kerja sukarela adalah sederhana. Keputusan
analisis korelasi Pearson menunjukkan hubungan positif secara signifikan antara kesemua
dimensi motivasi dengan tahap penglibatan responden dalam aktiviti sukarela (r = .547 hingga
.649, p<.01). Kesimpulannya, motivasi sukarelawan iaitu motif untuk terlibat dalam aktiviti
sukarela mempunyai hubungan dengan tahap penglibatan dalam aktiviti sukarela dalam
kalangan belia di Felda. Justeru, untuk meningkatkan tahap penglibatan belia dalam aktiviti
sukarela, faktor motivasi memainkan peranan yang penting, selain daripada menambahbaik
penganjuran aktiviti-aktiviti sukarela di kawasan Felda.
Kata Kunci : Aktiviti Sukarela, Motivasi, Penglibatan Belia, Belia Felda, Volunteer Functions
Inventory (VFI)
ABSTRACT
This study tends to determine the relationship between volunteer’s motivation and the youth’s
involvement in voluntarys activity at Felda Bukit Rokan, Negeri Sembilan. The main
objectives of this study are to i) describe the respondent’s socio-demographic; ii) identify the
204
dimension and the level of motivation of respondents in voluntary activities; iii) identify the
type and iv) level of involvement of the respondents in voluntary activities; and determine the
relationship between motivation and level of involvement of the respondents in voluntary
activities. A total of 136 respondents were involved in this research; 54.4 percent male and
45.6 percent female. The respondents were chosen through purposive sampling. Data were
collected using questionnaires that administered by respondent. Volunteer Functions
Inventory (VFI) was used in measuring the volunteer’s motivation. Meanwhile, the level of
involvement was measured using an instrument created by the researchers. Both instruments
use yielded a Cronbach’s Alpha reliability coefficient value of 0.939 and 0.696. The statistical
analysis used were Pearson correlation. The results showed that the main motives of the
respondents' involvement in voluntary activities were understanding motive followed by
values motives and social motives. Meanwhile, the type of voluntary activities that
participated by youth were sports, followed by social services and community, and religious
activities. In addition, the study also found that the level of motivation among respondents
was high, while the level of involvement in voluntary activities was moderate. Result of
pearson`s correlation analysis revealed that there were positive significant relationships
between all the motivation dimensions with the level of involvement in voluntary work
activities (r = .547 to .649, p<.01). As a conclusion, the volunteers’ motivation, which are the
motives to engage in volunteering activities, were related to the level of involvement in
voluntary activities among the youths in Felda. Thus, to increase the level of youth
involvement in voluntary activities, motivation factor plays an important role, other than
improving the organization of voluntary activities in Felda.
Keyword: Volunteering works, Motivation, Youth involvement, Felda youth, Volunteer
Functions Inventory (VFI)
PENGENALAN
Kesukarelawanan adalah satu bentuk tingkah laku prososial yang memerlukan komitmen
jangka panjang dalam tindakan atau perbuatan memberikan pertolongan (Baron, Branscombe
& Byrne, 2009). Merujuk kepada perspektif pelbagai peringkat berkenaan tingkah laku
prososial yang dikemukakan oleh Penner, Dovidio, Piliavin dan Schroeder (2005) kerja
sukarela merupakan tingkah laku prososial yang berada pada peringkat makro iaitu tindakan
prososial yang berlaku dalam konteks kumpulan dan organisasi yang besar, yang dirancang
dan berterusan untuk tempoh yang panjang. Peringkat makro ini berbeza jika dibandingkan
dengan dua lagi peringkat prososial iaitu peringkat meso yang memfokus kepada pertolongan
interpersonal iaitu antara pemberi pertolongan dan penerima pertolongan dalam konteks
tingkah laku tertentu, dan peringkat mikro yang mengkaji asal-usul kecenderungan prososial
dan sumber variasi dalam kecenderungan tersebut. Kebiasaannya peringkat makro ini bermula
dengan suatu keputusan untuk menyertai sesuatu organsisasi untuk memberi sumbangan
kepada masyarakat.
205
Menurut Azizan (2003), kerja sukarela adalah merupakan kerja atau aktiviti yang dilakukan
oleh individu mahupun kelompok untuk memberikan bantuan serta mendatangkan manfaat
kepada individu dan masyarakat tanpa mengharapkan sebarang ganjaran dan dilakukan tanpa
ada paksaan daripada mana-mana pihak. Bantuan dan sumbang bakti yang diberikan tidak
terhad kepada aspek kewangan sahaja, malahan sumbangan yang berbentuk idea, buah
fikiran, kemahiran, kebolehan, tenaga dan pelbagai aspek lain lagi boleh dijana serta dibentuk
dalam aktiviti kemasyarakatan. Kesukarelawanan merupakan suatu amalan yang mulia kerana
ia menitikberatkan nilai-nilai dan prinsip perkongsian, kerjasama dan tolong menolong
sesama manusia dalam melaksanakan sesuatu aktiviti atau menangani sesuatu permasalahan.
Justeru, kerja sukarela seharusnya menjadi amalan setiap masyarakat masa kini termasuk
golongan belia yang menjadi tonggak negara, tidak kira sama ada di bandar mahupun di luar
bandar.
Berdasarkan hasil pemetaan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) ke
atas 21, 665 orang belia di seluruh Malaysia pada tahun 2012, sebanyak 19 peratus (4, 117
orang) belia yang melakukan aktiviti kerja sukarela pada masa lapang, berbanding 66 peratus
(14, 299 orang) belia yang memperuntukkan masa lapang untuk menonton VCD atau DVD,
63 peratus (13,649 orang) menggunakan laman sosial, 54 peratus (11,699 orang) berkelah dan
50 peratus (10,833 orang) melancong. Hasil pemetaan ini menunjukkan bahawa peratusan
belia yang melibatkan diri dalam aktiviti kerja sukarela pada waktu lapang masih lagi rendah.
Pihak kerajaan telah memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan penyertaan belia dalam
aktiviti sukarela dan salah satu aktiviti yang dilakukan untuk menarik minat belia adalah
melalui program iM4U. Walau bagaimanapun, pendedahan kepada program-program
kesukarelawanan yang mempunyai kapasiti keperluan yang besar itu lebih tertumpu di
kawasan bandar. Penglibatan belia luar bandar termasuk belia Felda dalam kerja sukarela
masih terbatas. Sejak ditubuhkan pada Julai 1956, Felda iaitu Lembaga Kemajuan Tanah
Persekutuan telah berjaya menempatkan kira-kira 114, 897 buah keluarga di 302 buah tanah
rancangan di seluruh negara (Felda, 1999). Felda ditubuhkan untuk pembangunan tanah dan
penempatan semula dengan objektif pembasmian kemiskinan melalui penanaman tanaman
minyak sawit dan getah. Walaupun Felda berperanan untuk melaksanakan projek-projek
pembangunan tanah dan aktiviti pertanian, perindustrian dan komersial sosial ekonomi,
namun aspek sosial dan kemasyarakatan seperti kesukarelawanan juga perlu diberi perhatian
terutamanya dalam kalangan belia Felda. Justeru, timbul persoalan adakah golongan belia
Felda terlibat dalam kerja-kerja sukarela? Dan apakah yang mendorong mereka untuk terlibat
dalam aktiviti sukarela?
Banyak kajian yang telah dilakukan ke atas sebab dan alasan mengapa seseorang itu terlibat
dengan aktiviti sukarela. Wilson (2000) dan ahli-ahli sosiologi sebelum ini memberi fokus
kepada pengaruh institusi sosial terutamanya institusi keluarga dan agama, serta beberapa
faktor demografi seperti status ekonomi, sektor pekerjaan, gender dan etnik yang mempunyai
perkaitan rapat dengan penglibatan seseorang dalam aktiviti kerja sukarela. Ahli-ahli
206
psikologi seperti Penner (2002) dan Hart et al. (2004) memfokus kepada aspek personaliti,
manakala Clary et al. (1998) mengetengahkan aspek motivasi sebagai faktor penting kepada
penglibatan sukarelawan. Kajian oleh Johar (2008) dalam kalangan mahasiswa di UPM
membuktikan bahawa motivasi kerja sukarela mempunyai hubungan yang signifikan dengan
penglibatan individu dalam kerja sukarela. Seterusnya kajian terhadap sukarelawan oleh
Sharififar, Jamalian, Nikbakhsh dan Ramezani (2011) juga mendapati faktor motivasi adalah
penting dalam memupuk minat serta komitmen sukarelawan. Maka, jelaslah bahawa individu
yang tinggi tahap motivasi dalam kerja sukarela akan mendorong mereka lebih melibatkan
diri dalam kerja sukarela. Motivasi merupakan keadaan dalaman individu yang
membangkitkan, mengarah dan bertingkah laku secara berterusan serta mendorong individu
untuk terus melakukan perkara yang cuba dilakukan (Weiner, 1990). Secara keseluruhan,
motivasi memberi kesan kepada tahap penglibatan belia dalam kerja sukarela dan penyertaan
belia dalam kerja sukarela dapat memberikan banyak pengalaman yang berguna serta
menjadikan belia lebih prihatin menghulurkan bantuan kepada individu dan masyarakat. Di
Malaysia, kajian yang memfokus kepada kesukarelawanan belia Felda adalah terhad. Justeru,
kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti motif penglibatan belia Felda dalam aktiviti sukarela
dan hubungannya dengan tahap penglibatan dalam kerja sukarela.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara motivasi sukarelawan dengan tahap
penglibatan belia dalam aktiviti sukarela di Felda Bukit Rokan, Negeri Sembilan. Objektif
khusus kajian adalah untuk i) memperihalkan sosio demografi responden; ii) mengenal pasti
dimensi dan tahap motivasi responden dalam aktiviti sukarela; iii) mengenal pasti jenis dan
tahap penglibatan responden dalam aktiviti sukarela; dan iv) menentukan hubungan antara
motivasi dan tahap penglibatan responden dalam aktiviti sukarela.
METODOLOGI KAJIAN
Subjek dan Lokasi Kajian
Kajian ini melibatkan 136 orang belia di Felda Bukit Rokan, Gemenceh, Negeri Sembilan.
Felda Bukit Rokan terletak di Felda Wilayah Raja Alias, Daerah Tampin. Lokasi Felda Bukit
Rokan berada pada kedudukan yang agak strategik kerana ia bersempadan dengan tiga buah
daerah iaitu Tampin, Jempol dan Kuala Pilah. Ia merupakan sebuah perkampungan pertanian
separa moden dan didiami oleh majoriti penduduk berbangsa Melayu. Felda Bukit Rokan
telah dibuka dan dimajukan pada tahun 1961 dan kini terbahagi kepada tujuh peringkat yang
didiami oleh 553 buah keluarga dengan anggaran penduduk melebihi 2000 orang. Pemilihan
sampel adalah secara persampelan bertujuan. Peringkat 4 telah dipilih berdasarkan kriteria
207
jumlah populasi belia yang tertinggi berbanding enam peringkat lagi di Felda ini. Menurut
JKKK Felda Bukit Rokan, anggaran belia di Peringkat 4 ini adalah seramai 150 orang.
Berpandukan kepada Krejcie dan Morgan (1970), apabila saiz populasi belia adalah 150
orang, maka saiz sampel yang perlu diambil adalah sebanyak 108 orang. Walau
bagaimanapun, untuk kajian ini pengkaji mengambil keseluruhan populasi untuk dijadikan
sampel. Namun, jumlah sebenar responden yang terlibat dan memberi maklum balas adalah
seramai 136 orang.
Instrument dan Prosedur
Kajian ini menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi tiga bahagian iaitu
1) Maklumat Latar Belakang Responden, 2) Motivasi Sukarelawan (kebolehpercayaan =
0.939), dan 3) Tahap Penglibatan dalam Aktiviti Sukarela (kebolehpercayaan = 0.696).
Maklumat latar belakang responden mengandungi enam soalan meliputi umur, jantina,
agama, status perkahwinan, tahap akademik dan pekerjaan responden. Motivasi sukarelawan
diukur menggunakan instrumen Volunteer Functions Inventory (VFI) yang dibangunkan oleh
Clary et al., (1998). VFI dibina bagi menguji motif individu memilih untuk menjadi
sukarelawan dengan melihat melalui pendekatan terhadap Teori Fungsi (Katz 1960). VFI
mengandungi 30 item yang meliputi enam dimensi fungsi motif iaitu nilai, kerjaya, sosial,
pemahaman, peningkatan, dan perlindungan (Jadual 1). Pemarkatan VFI dalam kajian ini
adalah berdasarkan skala lima pilihan iaitu daripada “tidak penting” (1) kepada “sangat
penting” (5). Jumlah skor setiap dimensi antara 5 hingga 25, di mana skor yang lebih tinggi
menunjukkan responden didominasi oleh motif tersebut untuk terlibat dalam kerja sukarela.
Jadual 1: Fungsi Motif Kesukarelawanan dalam Volunteer Functions
Inventory (VFI)
Fungsi Motif
Definisi Konsep
Contoh
No soalan
Nilai
Menjadi sukarela untuk
menyatakan atau bertindak ke
atas nilai-nilai penting seperti
nilai kemanusiaan.
Saya rasa ianya
penting untuk
membantu orang
lain.
3, 8, 16, 19, 22
Pemahaman
Sukarelawan berusaha untuk
belajar lebih lanjut mengenai
dunia atau melatih kemahiran-
kemahiran yang jarang
digunakan.
Aktiviti kerja
sukarela mendidik
saya menerusi
pengalaman yang
bersifat praktikal.
12, 14, 18, 25,
30
208
Peningkatan
Seseorang boleh berkembang
dan membangun secara
psikologi melalui aktiviti
sukarelawan
Aktiviti kerja
sukarela
membuatkan saya
rasa lebih baik
tentang diri saya.
5, 13, 26, 27,
29
Kerjaya
Sukarelawan mempunyai
matlamat untuk memperoleh
kerjaya yang berkaitan
dengan pengalaman melalui
aktiviti kesukarelawanan.
Menjadi sukarelawan
membolehkan saya
meningkatkan
peluang bagi kerjaya
yang saya sukai
1, 10, 15, 21,
28
Sosial
Menjadi sukarelawan
membolehkan seseorang
individu mengukuhkan
hubungan sosial mereka
Kenalan saya
berkongsi minat yang
sama dalam memberi
khidmat masyarakat.
2, 4, 6, 17, 23
Perlindungan
Individu menggunakan
aktiviti kerja sukarela untuk
mengurangkan perasaan
negatif seperti rasa bersalah
atau untuk menangani
masalah peribadi
Menjadi sukarelawan
adalah satu jalan
yang baik untuk saya
melarikan diri
daripada segala
masalah saya.
7, 9, 11, 20, 24
Sementara itu, tahap penglibatan belia dalam aktiviti sukarela pula diukur berdasarkan
kekerapan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kerja sukarela yang berbentuk keagamaan,
pembangunan belia, khidmat sosial dan masyarakat, kebudayaan dan kesenian, kesihatan,
keselamatan awam, pendidikan dan khidmat belia, dan sukan dalam tempoh masa sebulan.
Alat ukuran tahap penglibatan belia mengandungi lapan kenyataan dan pemarkatan
berdasarkan skala lima pilihan daripada “tidak pernah” (1) kepada “sangat selalu” (5). Julat
skor adalah antara 8 hingga 40, di mana semakin tinggi skor menunjukkan responden
mempunyai tahap penglibatan yang lebih tinggi. Teknik pengumpulan data bagi kajian ini
adalah dengan menggunakan borang soal selidik melalui prosedur tadbir sendiri.
Analisis Data
Statistik deskriptif digunakan untuk pemerihalan latar belakang responden dan pengukuran
tahap motivasi sukarelawan dan penglibatan belia dalam kerja sukarela. Sementara analisis
inferensi iaitu korelasi Pearson digunakan untuk menguji hubungan antara motivasi
sukarelawan dengan tahap penglibatan belia Felda dalam kerja sukarela.
209
HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Analisis Deskriptif
Latar belakang Belia Felda
Jadual 2 membentangkan maklumat latar belakang responden yang merangkumi umur,
jantina, status perkahwinan, tahap pendidikan dan pekerjaan. Majoriti responden berumur
antara 15 hingga 20 tahun (36.8%) iaitu yang terdiri daripada pelajar sekolah tingkatan tiga
sehingga peringkat umur awal belia. Seterusnya diikuti oleh responden berumur antara 21
hingga 30 tahun (34.6%) dan 31 hingga 40 tahun (28.7%). Dari segi gender, responden lelaki
adalah lebih ramai berbanding responden perempuan iaitu sebanyak 54.4 peratus. Bagi status
perkahwinan, majoriti responden adalah bujang iaitu seramai 82 orang (60.3%), berbanding
yang sudah berkahwin (36.8%) mahupun bercerai (2.9%). Responden yang berstatus bujang
adalah paling ramai kerana kebanyakan belia yang sudah berkahwin telah berhijrah ke bandar
kerana mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik.
Jadual 2: Maklumat Latar Belakang Responden
Pembolehubah
n
(%)
Umur
15-20 Tahun
21-30 Tahun
31-40 Tahun
50
47
39
(36.8)
(34.6)
(28.7)
Jantina
Lelaki
Perempuan
74
62
(54.4)
(45.6)
Status
Bujang
Berkahwin
Janda/ Duda
82
50
4
(60.3)
(36.8)
(2.9)
Tahap
pendidikan
PMR
SPM
Sijil
Diploma
Ijazah
25
86
16
6
3
(18.4)
(63.2)
(11.8)
(4.4)
(2.2)
210
Pekerjaan
Kerajaan
Swasta
Bekerja sendiri
Tidak bekerja
11
18
36
71
(8.1)
(13.2)
(26.5)
(52.2)
Berdasarkan kepada analisis tahap pendidikan, majoriti responden mempunyai kelulusan pada
tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (63.2%), manakala hanya 2.2 peratus sahaja responden
yang mempunyai kelulusan pada peringkat Ijazah pertama. Dapatan kajian ini menunjukkan
bahawa tahap pencapaian pendidikan dalam kalangan belia yang dikaji masih rendah dan
perlu dipertingkatkan lagi untuk melahirkan modal insan yang lebih berkualiti pada masa
akan datang. Seterusnya, bagi sektor pekerjaan, sebahagian besar daripada responden (52.2%)
adalah tidak bekerja, diikuti oleh penoreh getah dan penanam kelapa sawit (26.5%). Hasil
kajian menunjukkan majoriti responden tidak bekerja kerana mereka terdiri daripada belia
awal yang masih bersekolah dan juga lepasan SPM. Sebahagian kecil sahaja responden yang
bekerja dalam sektor swasta (13.2%) dan kerajaan (8.1%).
Motivasi Sukarelawan Belia Felda
Jadual 3 memaparkan rumusan analisis deskriptif berkaitan dimensi motivasi sukarelawan
dalam kalangan belia Felda. Hasil kajian menunjukkan motif utama yang mendorong
responden untuk terlibat dalam aktiviti sukarela adalah motif pemahaman (19.65), diikuti oleh
motif nilai (19.37) dan motif sosial (19.24). Seterusnya, tiga kedudukan motif yang terendah
adalah motif peningkatan (18.99), motif kerjaya (18.54) dan motif perlindungan (18.27).
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa motif utama belia Felda yang dikaji terlibat dengan
aktiviti sukarela adalah untuk mendapatkan peluang pengalaman pembelajaran yang baru dan
melatih menggunakan pengetahuan, kemahiran dan kemampuan yang jarang diamalkan.
Selain itu, dimensi motif pemahaman juga adalah proses pembelajaran jangka panjang dan
sering menjadi faktor individu melibatkan diri dalam kesukarelawanan (Yoshioka et al. 2007).
Seterusnya, kajian ini menunjukkan bahawa motif nilai menjadi motif kedua terpenting bagi
belia Felda untuk terlibat dalam aktiviti sukarela. Hal ini boleh dikaitkan dengan altruistik dan
kemanusiaan yang begitu prihatin terhadap orang lain (Tajul Ariffin & Aishah Nadirah, 2013;
Mihai 2014) serta sikap dan nilai-nilai murni yang telah tertanam dalam diri responden.
Kajian oleh Zaliha dan Mohd Ramlan (2012) turut mendapati sikap altruistik merupakan
faktor yang memotivasikan golongan belia suapaya terlibat dalam aktiviti sukarela. Oleh itu,
hasil kajian ini selari dengan dapatan pengkaji-pengkaji lepas (Clary & Synder, 1999; Tajul
Ariffin & Aishah Nadirah, 2013; Nur Raihan & Azizan, 2013; Mihai, 2014) yang mendapati
motif pemahaman dan motif nilai adalah antara faktor motivasi tertinggi yang mendorong
responden terlibat dalam aktiviti sukarela.
211
Jadual 3: Dimensi Motivasi Sukarelawan
Dimensi
Min
S.P
Minimum
Maksimum
Motif Pemahaman
19.65
2.96
12.00
25.00
Motif Nilai
19.37
2.67
12.00
25.00
Motif Sosial
19.24
2.46
13.00
25.00
Motif Peningkatan
18.99
3.00
11.00
25.00
Motif Kerjaya
18.54
2.91
11.00
24.00
Motif Perlindungan
18.27
2.98
11.00
25.00
Nota: S.P = Sisihan Piawai
Selain itu, kajian mendapati motif perlindungan adalah motif terendah yang berperanan
sebagai penggerak kepada belia Felda untuk terlibat dalam aktiviti sukarela. Motif
perlindungan ini menunjukkan bahawa individu menyertai aktiviti sukarela hanya untuk
mengatasi masalah peribadi mereka, melindungi ego daripada ciri-ciri negatif diri serta
mengurangkan perasaan negatif seperti rasa bersalah. Dapatan kajian ini selari dengan
dapatan oleh Clary dan Synder (1999), dan Mihai (2014).
Seterusnya, Jadual 4 di bawah memaparkan tahap motivasi belia Felda untuk terlibat dalam
aktiviti sukarela mengikut dimensi. Majoriti responden mempunyai tahap motivasi yang
tinggi pada hampir kesemua motif iaitu motif pemahaman (72.1%), motif nilai (72.1%), motif
sosial (65.4%) motif peningkatan (61.8%) dan motif kerjaya (50.7%), sebaliknya, motif
perlindungan menunjukkan tahap yang sederhana (54.4%).
Jadual 4: Tahap Motivasi Sukarelawan
Dimensi
Tahap
Rendah
n (%)
Sederhana
n (%)
Tinggi
n (%)
Motif Pemahaman
38 (27.9)
98 (72.1)
Motif Nilai
38 (27.9)
98 (72.1)
Motif Sosial
47 (34.6)
89 (65.4)
Motif Peningkatan
1 (0.7)
51 (37.5)
84 (61.8)
Motif Kerjaya
1 (0.7)
66 (48.5)
69 (50.7)
Motif Perlindungan
1 (0.7)
74 (54.4)
61(44.9)
212
Penglibatan Belia Felda dalam Aktiviti Sukarela
Jadual 5 memaparkan jenis penglibatan belia Felda dalam aktiviti sukarela di Felda Bukit
Rokan. Terdapat lapan jenis aktiviti sukarela yang disenaraikan dalam borang soal selidik.
Setiap aktiviti yang disenaraikan mempunyai nilai minimum 1 dan nilai maksimum 5. Hal
ini menunjukkan setiap aktiviti yang disenaraikan adalah sama ada tidak pernah (skala 1)
atau sangat kerap (skala 5) disertai oleh responden. Secara keseluruhannya, min tertinggi
adalah aktiviti sukarela berbentuk sukan (min=3.78; s.p=1.001), diikuti oleh aktiviti sukarela
berbentuk khidmat sosial dan masyarakat (min=3.47; s.p=0.988), serta aktiviti sukarela
berbentuk keagamaan (min=3.07; s.p=1.023). Hasil kajian menunjukkan antara aktiviti
sukarela yang menjadi pilihan utama belia Felda Bukit Rokan adalah berbentuk sukan
seperti menyertai aktiviti sukan dalam kalangan belia, wanita dan acara sukan kampung.
Selain itu adalah menyertai aktiviti sukarela berbentuk khidmat sosial dan masyarakat
terutama gotong-royong sewaktu majlis perkahwinan dan membersihkan kawasan sekitar,
serta memberi bantuan kepada orang yang memerlukan. Belia Felda juga melibatkan diri
dalam aktiviti keagamaan seperti penyertaan dalam ceramah serta terlibat sebagai urusetia
penganjuran ceramah dan forum keagamaan. Walau bagaimanapun, dapatan kajian
menunjukkan aktiviti yang paling jarang disertai oleh belia Felda dengan nilai min terendah
adalah aktiviti sukarela berbentuk kebudayaan dan kesenian (min=2.6; s.p=1.255). Selain
itu, hasil kajian juga menunjukkan jenis aktiviti lain seperti keselamatan awam dan sivik,
pendidikan dan perkhidmatan belia, kesihatan dan perkhidmatan kesihatan, dan
pembangunan belia jarang disertai oleh responden (min < 3.0). Hal ini mungkin disebabkan
kurangnya penganjuran aktiviti-aktiviti tersebut di Felda Bukit Rokan.
Jadual 5: Jenis Penglibatan Belia Felda dalam Aktiviti Sukarela
Jenis Aktiviti Sukarela
n
Min
S.P
Minm.
Maks.
1. Aktiviti sukarela berbentuk sukan
(contoh: sukan belia, sukan wanita, menyertai
aktiviti sukan, acara sukan kampung, dan lain-lain)
136
3.78
1.001
1
5
2. Aktiviti sukarela berbentuk khidmat sosial
dan masyarakat
(contoh: gotong-royong majlis perkahwinan, gotong-
royong membersihkan kawasan sekitar, beri bantuan
kepada orang lain)
136
3.47
0.988
1
5
3. Aktiviti sukarela berbentuk keagamaan
(contoh: membantu dan menyertai ceramah, forum
agama yang dianjurkan)
136
3.07
1.023
1
5
4. Kerja sukarela berbentuk keselamatan awam
dan sivik
(contoh: pasukan penyelamat, bomba, polis sukarela,
RELA, Rukun Tetangga dan lain-lain)
136
2.87
1.158
1
5
213
5. Aktiviti sukarela berbentuk pendidikan dan
perkhidmatan belia
(contoh: Program Rakan Muda, iM4U, PLKN,
program yang berkaitan dengan belia, dan lain-lain)
136
2.86
1.248
1
5
6. Aktiviti sukarela berbentuk kesihatan dan
perkhidmatan kesihatan
(contoh: kempen cegah kanser, sukarelawan klinik
desa, kempen anti rokok, persatuan bulan sabit
merah dan pelbagai lagi)
136
2.76
1.256
1
5
7. Aktiviti sukarela berbentuk pembangunan
belia
(contoh: pengakap, silat, taekwondo)
136
2.63
1.299
1
5
8. Aktiviti sukarela berbentuk kebudayaan dan
kesenian
(contoh: aktiviti persembahan pemeliharaan benda
sejarah, teater, tarian, muzik, kraftangan dan lain-
lain)
136
2.60
1.255
1
5
Nota: S.P = Sisihan Piawai, Minm. = Minimum, Maks. = Maksimum
Berikutnya, Jadual 6 di bawah memaparkan skor min, sisihan piawai, tahap, nilai minimum
dan maksimum bagi penglibatan belia Felda dalam aktiviti sukarela secara keseluruhan.
Klasifikasi penglibatan belia dalam aktiviti sukarela kepada tiga kategori iaitu tahap rendah,
sederhana dan tinggi adalah berdasarkan nilai min sampel kajian. Hasil analisis menunjukkan
bahawa majoriti responden mempunyai tahap penglibatan yang sederhana (38.9%) iaitu
dengan nilai min 24.04 (S.P. = 6.91), diikuti dengan skor tahap tinggi dan rendah dengan
masing-masing mempunyai nilai peratusan yang sama iaitu 30.9 peratus. Kajian ini
menunjukkan bahawa tahap penglibatan responden adalah pada tahap sederhana dan masih
memerlukan lebih dorongan untuk melibatkan diri dalam aktiviti kerja sukarela.
Jadual 6: Skor dan Tahap Penglibatan Belia Felda dalam Kerja Sukarela
Tahap Penglibatan
n
%
Min
S.P
Minm.
Maks.
Rendah (19 ke bawah)
Sederhana (20- 28)
Tinggi (29 ke atas)
42
52
42
30.9
38.9
30.9
24.04
6.91
11
40
Nota: S.P = Sisihan Piawai, Minm. = Minimum, Maks. = Maksimum
214
Analisis Inferensi
Hubungan antara Motivasi Sukarelawan dan Tahap Penglibatan Belia Felda dalam
Aktiviti Sukarela
Jadual 7 membentangkan hubungan antara motivasi sukarelawan dan tahap penglibatan belia
Felda dalam aktiviti sukarela. Keputusan menunjukkan bahawa keenam-enam dimensi
motivasi sukarelawan iaitu motif perlindungan, nilai, kerjaya, sosial, pemahaman dan
peningkatan mempunyai hubungan positif secara signifikan dengan tahap penglibatan belia
dalam aktiviti sukarela (r = .547 hingga .649, p<.01). Pekali korelasi positif menunjukkan
bahawa peningkatan pada tahap motivasi meningkatkan tahap penglibatan belia dalam aktiviti
sukarela.
Jadual 7 Hubungan antara Motivasi Sukarelawan dan Tahap Penglibatan Belia Felda
dalam Aktiviti Sukarela
1
2
3
4
5
6
7
1
Motif
Perlindungan
2
Motif Nilai
.630**
(0.000)
3
Motif Kerjaya
.735**
(0.000)
.694**
(0.000)
4
Motif Sosial
.626**
(0.000)
.818**
(0.000)
.724**
(0.000)
5
Motif
Pemahaman
.544**
(0.000)
.780**
(0.000)
.659**
(0.000)
.721**
(0.000)
6
Motif
Peningkatan
.660**
(0.000)
.773**
(0.000)
.819**
(0.000)
.723**
(0.000)
.787**
7
Tahap
Penglibatan
.569**
(0.000)
.618**
(0.000)
.649**
(0.000)
.616**
(0.000)
.547**
(0.000)
.619**
(0.000)
Nota : **p<0.01
Dapatan kajian ini menyokong hasil kajian oleh Isak (2007) yang mendapati bahawa motivasi
diri berkait rapat dengan tahap penglibatan belia dalam aktiviti sukarela. Semakin tinggi tahap
personaliti prososial dan motivasi diri individu, semakin tinggi tahap penglibatan belia dalam
aktiviti sukarela. Hasil kajian juga seiring dengan dapatan oleh Siti Raba’ah, Turiman dan
Azimi (2015) yang menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pemboleh ubah
215
motivasi terhadap penglibatan belia dalam aktiviti sukarela. Belia yang mempunyai motif
yang jelas untuk menjadi sukarelawan akan mendorong mereka terlibat dengan aktiviti-
aktiviti kesukarelawanan. Sebagai contohnya, semakin tinggi motif sosial seseorang individu
itu, maka semakin tinggi tahap penglibatan individu tersebut dalam aktiviti-aktiviti yang
mempunyai matlamat untuk mengukuhkan hubungan sosial seperti gotong-royong
membersihkan kawasan kediaman dan gotong-royong ketika majlis perkahwinan. Dengan
menyertai aktiviti-aktiviti tersebut, maka ikatan sosial dalam masyarakat akan semakin kukuh
dan nilai kolektivistik dapat diterap dan dikekalkan dalam masyarakat. Justeru, dapat
dirumuskan bahawa motivasi adalah salah satu pemboleh ubah yang signifikan yang dapat
dikaitkan dengan tahap penglibatan belia dalam aktiviti sukarela.
RUMUSAN
Hasil kajian ini memberikan gambaran tentang penglibatan belia Felda dalam aktiviti sukarela
dan hubungannya dengan faktor motivasi yang berperanan sebagai pendorong untuk belia
terlibat dalam aktiviti sukarela. Umumnya, belia di Felda Bukit Rokan sudah mendapat
pendedahan mengenai kerja sukarela walaupun secara tidak formal dan tidak meluas. Kajian
mendapati majoriti belia Felda mempunyai tahap penglibatan yang sederhana dalam aktiviti
sukarela. Mereka lebih tertumpu kepada aktiviti-aktiviti sukarela berbentuk sukan, khidmat
sosial dan masyarakat, dan keagamaan. Ketiga-tiga aktiviti tersebut menjadi pilihan utama
responden mungkin disebabkan oleh minat mereka terhadap sukan, nilai yang mementingkan
hubungan sosial dan kemasyarakatan serta banyaknya aktiviti berunsur kerohanian yang
dianjurkan oleh pihak masjid di kawasan kajian. Selain itu, tumpuan dan keutamaan kepada
jenis aktiviti tersebut juga mungkin disebabkan kurangnya penganjuran mahupun sambutan
kepada bentuk aktiviti-aktiviti lain seperti keselamatan awam dan sivik, kesihatan dan
perkhidmatan kesihatan, pendidikan, pembangunan belia, serta kebudayaan dan kesenian di
kawasan kajian. Oleh itu, untuk menggalakkan lagi sambutan dan penyertaan belia Felda
dalam aktiviti sukarela, maka skop aktiviti tersebut perlu diperluaskan terutamanya dalam
aktiviti-aktiviti pembangunan belia dan komuniti. Jika sebelum ini penyertaan belia lebih
tertumpu kepada aktiviti gotong-royong, kerohanian dan sukan sahaja, maka pihak Felda
harus merangka strategi mempromosikan pelbagai bentuk aktiviti yang lebih menarik untuk
menggalakkan penyertaan belia Felda dalam aktiviti sukarela. Pihak Felda juga merupakan
satu pihak yang boleh mendekati golongan belia secara terbuka untuk terus memberikan
sokongan dan dorongan kepada belia agar menjadikan aktiviti kerja sukarela sebagai satu
tanggungjawab sosial kepada masyarakat di Felda khususnya, dan seluruh masyarakat di
Malaysia amnya. Begitu juga dengan pihak iM4U yang ditubuhkan khas untuk menonjolkan
dan menerapkan sifat kerja sukarela dalam diri belia masa kini. Pihak iM4U perlu
memberikan lebih pendedahan kepada belia luar bandar termasuk belia Felda agar dapat
bersama-sama memupuk dan mencapai matlamat menerusi aktiviti-aktiviti kerja sukarela
yang dianjurkan.
216
Seterusnya, kajian mendapati belia Felda yang dikaji mempunyai tahap motivasi yang tinggi
terhadap kesukarelawanan. Motif utama yang mendorong mereka terlibat dengan aktiviti
sukarela adalah motif pemahaman, nilai dan sosial. Ketiga-tiga motif tersebut adalah untuk
kepentingan bersama. Oleh itu, organisasi Felda yang terlibat secara langsung dengan aktiviti
sukarelawan perlu menggalakkan lebih ramai warga Felda untuk menyertai program sukarela
selari dengan hasrat Perdana Menteri Malaysia yang keenam iaitu Dato’ Seri Mohd Najib Tun
Abd Razak dalam membudayakan kerja sukarela. Tahap motivasi yang tinggi dalam kalangan
belia Felda juga perlu dilihat sebagai satu kelebihan atau aset bagi komuniti Felda untuk
melahirkan lebih ramai lagi sukarelawan dalam kalangan komuniti Felda. Kajian turut
mendapati keenam-enam motif yang dikaji iaitu motif pemahaman, nilai, sosial, kerjaya,
peningkatan dan perlindungan mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap
penglibatan belia dalam aktiviti sukarela. Justeru, untuk meningkatkan penglibatan belia felda
dalam aktiviti sukarela, maka motivasi memainkan peranan yang sangat penting dan perlu
dipertingkatkan dalam diri belia dari semasa ke semasa. Kita tidak menafikan bahawa banyak
faktor luaran yang menyumbang kepada penglibatan belia dalam aktiviti sukarela, namun
motivasi adalah aspek penting sebagai pendorong atau penggalak kepada sesuatu tingkah laku
termasuk penyertaan belia dalam aktiviti sukarela.
RUJUKAN
Ahmad Salim, A.-H. (2005). Penglibatan mahasiswa dalam aktiviti kesukarelawanan: Satu
kajian kes di Fakulti Ekologi Manusia UPM. Universiti Putra Malaysia.
Azizan Bahari. (2003). Menghayati kerja sukarela. Petaling jaya, Selangor: Qarya Sdn Bhd.
Baron, R. A., Branscombe, N. R., & Byrne, D. (2009). Social Psychology (12 ed.). Boston,
MA: Pearson Education, Inc.
Clary, E. G., & Snyder, M. (1999). The motivations tovolunteer: Theoretical and practical
considerations. Current Directions in Psychological Science, 8, 156-159.
Clary, E., Synder, M., Ridge, R., Copeland, J., Stukas, A., Haugen, J., & Miene, P. (1998).
Understanding and assessing the motivation of volunteers: A functional approach.
Journal of Personality and Social Psychology 74(6): 1516-153.
Erez, A., Mikulincer, M., van Ijzendoorn, M. H., & Kroonenberg, P. M. (2008). Attachment,
personality, and volunteering: Placing volunteerism in an attachment-theoretical
framework. Personality and Individual Differences,44(1), 64-74.
Hart, D., Atkins, R., Donnelly, T. (2004). Psychological and socio-structural influences on
involvement in volunteering. Submitted.
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia. (2016). [ONLINE] Available at:
http://www.ippbm.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=795:m
asa-lapang-belia-mengikut-aktiviti&catid=146&Itemid=453&lang=ms.[Last
Accessed 13 January 2016].
217
Isak, S. (2007). Pengaruh ciri personaliti prososial dan motivasi terhadap penglibatan aktiviti
kesukarelawanan di kalangan mahasiswa UPM. Universiti Putra Malaysia.
Johar, N. (2008). Motivasi diri dan tahap penglibatan melakukan kerja-kerja kesukarelawanan
di kalangan mahasiswa UPM. Universiti Putra Malaysia.
Kats, D., (1960). The functional approach to the study of attitudes. Public Opinion Quarterly,
24, 163-204.
Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities.
Educational and Psychological Measurement,30, 607-610.
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan. (2016). Mengenai FELDA. [ONLINE] Available at:
http://www.felda.net.my/index.php/felda/mengenai-felda. [Last Accessed 13 January
2016].
Liao, L.-C. C., Chang, H.-M., & Tsai, T.-F. (2012). Study of volunteers' participation
motivation, work satisfaction and perceived value in mega-sports event: case of the
2009 world games. International Conference on Innovation and Information
Management.IPCSIT.
Mihai, E. C. (2014). The Motivation of Romanian Volunteers: values and
implications. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 127, 616-620.
Mohd Kasim, M. (2008). Penglibatan mahasiswa institusi pengajian tinggi swasta dalam kerja
kesukarelawanan komuniti: satu kajian kes di kalangan mahasiswa UNITEN dan
KLIU Kolej. Universiti Putra Malaysia.
Mohd Yasin, F. N. (2005). Pengetahuan dan penglibatan dalam kerja-kerja kesukarelawanan
komuniti: satu kajian kes di kalangan mahasiswa UPM. Universiti Putra Malaysia.
Muhamad, T. A., & Alauddin, A. N. M. (2013). Motif penglibatan sukarelawan sukan
Institusi Pengajian Tinggi terhadap tahap kepuasan diri. Jurnal Pendidikan
Malaysia, 38(2), 51-59.
Nur Raihan Che Nawi, & Azizan Asmuni. (2013). Motivasi sukarelawan terhadap penglibatan
dalam kerja sukarela di yayasan salam malaysia. Retrieved from
http://www.greduc2013.upm.edu.my/PDF Files/Greduc014 Nur Raihan.pdf
Penner, L. A., Dovidio, J. F., Piliavin, J. A., & Schroeder, D. A. (2005). Prosocial behavior:
Multilevel perspectives. Annu. Rev. Psychol., 56, 365-392.
Penner, L.A. (2002). The cause of sustained volunteerism: an interactionist perspective J. Soc.
Issues 58: 447-67.
Sharififar, F., Jamalian, Z., Nikbakhsh, R., Ramezani, Z.N. (2011). Influence of social factors
and motives on commitment of sport events volunteers. World Academy of Science,
Engineering and Technology 77: 1078-1082.
Siti Raba`ah Hamzah, Turiman Suandi, & Azimi Hamzah. (2015). Pengaruh kepercayaan,
motivasi dan niat terhadap golongan belia dalam activiti sukarela di Malaysia.
International Journal of Education and Training.
218
Weiner, B. (1990). History Of Motivational Research In Education. Journal Of Educational
Psyhology. 82(4), 616-622.
Wilson, J. (2000). Volunteering. Annual Review Sociology 26: 215-240.
Yoshioka, C., Brown, W.A. & Ashcraft, R. (2007). A functional approach to senior vlolunteer
and non-volunteer motivations. International Journal of Volunteer Adminisration,
24: 31-43.
Zaliha Hj Hussin, & Mohd Ramlan Mohd Arshad. (2012). Altruism as Motivational Factors
toward Volunteerism among Youth in Petaling Jaya Selangor. Universiti Teknologi
MARA.
Profil penulis:
Azlina Mohd Khir, PhD
Pensyarah Kanan
Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan,
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang, Selangor
m_azlina@upm.edu.my
Nur Afiqah Abdul Aziz
Pelajar
Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan,
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang, Selangor
afiqahaziz130991@gmail.com
Noor Shahirah Muhammad Nizam
Pelajar
Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan,
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang, Selangor
shahirahnizam95@yahoo.com