Conference PaperPDF Available

Hakikat Kejadian Manusia Dan Kaitannya Dengan Kesihatan Jiwa

Authors:
Hakikat Kejadian Manusia Dan Kaitannya Dengan Kesihatan Jiwa
Mohd Nasir Masroom (Calon PhD)
Fakulti Tamadun Islam
Universiti Teknologi Malaysia
Johor Bahru.
mnsr1976@gmail.com
Dalam memahami konsep kesihatan jiwa yang berpaksikan kepada Islam, kefahaman
tentang manusia menerusi dalil-dalil yang diambil daripada Al-Quran, Al-Hadis dan
pandangan-pandangan ulama salaf dapat mengukuhkan kefahaman tentang jiwa dan
perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Islam percaya bahawa manusia mempunyai
ciri-ciri tertentu sebagai asas yang digunakan untuk memahami manusia sama ada dari
aspek kekuatannya atau aspek kelemahannya. Islam juga memberikan jawapan kepada
persoalan utama dalam konteks falsafah tentang apakah peranan manusia dan tujuan
manusia diciptakan. Justeru itu, adalah penting untuk memahami hakikat kejadian
manusia dalam pandangan Islam kerana ia berkaitan secara langsung dengan kesihatan
jiwa manusia.
1.0 Pendahuluan.
Penyakit yang berkaitan dengan masalah jiwa merupakan satu isu yang merentasi semua
masyarakat di dunia ini yang menunjukan betapa penting peranannya kepada kehidupan
individu dan masyarakat. Manakala pihak-pihak yang mempromosikan kesihatan jiwa
menyebut bahawa mereka ingin membantu individu yang memerlukan sokongan agar
individu tersebut dapat celik akal (insight) tentang isu yang mereka sedang hadapi dan
berkeupayaan untuk menangani masalah harian yang melanda.
Bagi seorang muslim, musibah, masalah dan cabaran hidup adalah perkara-
perkara yang telah dijelaskan oleh Allah SWT dengan mengungkapkannya dalam Al-
Quran;
$!#  |=Å¡ymr& â¨$¨$# r& (#þäuøIã r& (#þäàt $¨t#u öèu Ÿ tãtFøã  ôssu $¨tFsù tÏ%©!$# Ï öÎÎö6s (
£yn÷èunsù ª!$# šÏ%©!$# (#èy|¹ £yn÷èusu tÎ/Ésø$# 
“Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan
dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak
diuji (dengan sesuatu cubaan-? Dan demi sesungguhnya! Kami telah
menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian
yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang
sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang
orang-orang yang berdusta”. (Al-Angkabut, 29:1-2)
1
Mohd Nasir Masroom. (2013b). Hakikat Kejadian Manusia Dan Kaitannya Dengan Kesihatan Jiwa.
Dlm 3rd International Conference on Islamic Education 2013. Kajang: Assosiation of Islamic Education Scholars.
Ibn Kathir (2008: 113-115) ketika mentafsirkan ayat ini, menyatakan bahawa
Allah SWT harus menguji hamba-hambaNya yang beriman sesuai dengan keimanan yang
mereka miliki. Ujian yang ditimpakan kepada mereka juga pernah ditimpakan kepada
orang-orang sebelum mereka adalah semata-mata untuk menilai tahap keimanan sesorang
hamba sama ada benar-benar beriman kepada Allah SWT atau sekadar berpura-pura
sahaja. Ayat ini juga membawa satu pengertian yang amat penting dalam membina
kerangka pemikiran dan pandangan alam (world view) seseorang terhadap apa sahaja
yang berlaku di sekitarnya adalah semata-mata ujian yang untuk menilai tahap keimanan
mereka.
Pada pandangan Islam, ujian yang ditimpakan kepada seseorang boleh terbentuk
dalam dua keadaan iaitu keburukan dan kebaikan (Al-Quran, 21:35). Bentuk pertama
berupa kesenangan seperti kekayaan, kemewahan, pangkat, kepandaian, kecantikan dan
pengaruh, manakala bentuk yang kedua, adalah dalam bentuk kesusahan seperti
kemiskinan, sakit, kecacatan anggota dan kebodohan. Tetapi perkara yang lebih penting
dalam setiap ujian yang dihadapi adalah tujuan atau objektif utama ujian itu sendiri iaitu
untuk menilai tahap keimanan yang dimiliki oleh seseorang kepada Allah SWT; dan
siapakah yang paling baik amalannya) dan tindakannya ketika menghadapi ujian yang
ditimpakan kepadanya (Al-Quran, 18: 7 dan 67:2. Rasulullah SAW pernah bersabda
berkaitan dengan ujian yang ditimpakan kepada orang-orang mukmin yang perlu
dihadapi dengan syukur dan sabar;
ﺮﻜﺷ ءاﺮﺳ ﻪﺘﺑﺎﺻأ نإ ،ﻦﻣﺆﻤﻠﻟ ﻻإ ﻚﻟذ ﺲﻴﻟو ،ﺮﻴﺧ ﻪﻠآ ﻩﺮﻣأ نإ ،ﻦﻣﺆﻤﻟا ﺮﻣﻷ ﺎﺒﺠﻋ
ﻪﻟ اﺮﻴﺧ نﺎﻜﻓ ﺮﺒﺻ ءاﺮﺿ ﻪﺘﺑﺎﺻأ نإو ،ﻪﻟ اﺮﻴﺧ نﺎﻜﻓ.
Maksudnya: “Ajaib sungguh dalam urusan orang mukmin. Semua
urusannya dalam kebaikan. Tidak berlaku demikian kecuali kepada orang
mukmin. Jika dia dianugerahkan kebaikan dia bersyukur, maka kebaikan
untuknya. Jika ditimpa musibah keburukan dia bersabar, maka kebaikan
untuknya” (Muslim, t.t: 5323)
Bertitik tolak dari sinilah, kepentingan untuk melihat unsur kejadian manusia dari
perspektif wahyu adalah satu keperluan agar manusia dapat memahami keadaan diri
mereka sebaik-baiknya. Kesihatan jiwa yang baik dapat dicapai apabila manusia berusaha
untuk memberi tumpuan yang betul dan sewajarnya kepada ciri-ciri yang membentuk
personaliti, pemikiran dan tingkahlaku mereka. Menumpukan kepada satu ciri tertentu
sahaja dan mengabaikan aspek lain, boleh mengakibatkan ketidakseimbangan kepada diri
individu yang memberi kesan negatif kepada personaliti, pemikiran dan tingkahlaku
mereka.
Dalam hal ini, manusia perlu berlaku adil terhadap diri dan persekitarannya
dengan meletakkan segalanya pada tempat yang sesuai bagi menjamin kejayaan di dunia
dan akhirat (Zakaria, 1995). Ini kerana dalam pandangan wahyu, menikmati kebendaan
dan material tidak pernah dilarang secara mutlak. Tetapi larangan dibuat adalah kepada
sikap memberi tumpuan kepada kebendaan semata-mata dan melampaui batas sehingga
mengabaikan aspek rohani dan nilai-nilai murni yang dapat membentuk keperibadian dan
akhlak mulia (Al-Quran, 2:190 & Al-Quran, 5:87).
2
2.0 Asas Utama Sifat Manusia
Sumber-sumber Islam telah memberikan beberapa petunjuk tentang asas-asas utama
untuk memahami sifat-sifat manusia.
2.1 Unsur-unsur pembentukkan manusia.
üÏ%©!$# z|¡ômr& ¨ä >óx« çsnyz ( r&yt/u tùyz Ç|¡M$# Ï &ÏÛ  ¢èO Ÿyèy_ ã&s#ó¡n Ï 7's#nß Ïi &!$¨
&Ψ  ¢èO ç1§y yxtu ÏÏù Ï ÏÏm ( Ÿyèy_u ãäs yìô¡¡$# t|Áö/F$#u nyÏøùF$#u 4 WÎs $¨
šãàô±n@ 
Maksudnya: “(Dia) Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-
baiknya, dan dimulakan kejadian manusia berasal dari tanah. Kemudian
ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air
(benih) yang sedikit dipandang orang. Kemudian ia menyempurnakan
kejadiannya, serta meniupkan padanya roh ciptaanNya. Dan ia
mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal
fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur
(Al-Quran, 32:79)
Menurut Ibn Kathir (2008), ayat ini menjelaskan bahawa Allah SWT telah
menjadikan bapa kepada manusia (Adam) dari tanah. Kemudian manusia saling
berketurunan pula dari air mani yang keluar dari tulang sulbi lelaki dan tulang dada
wanita. Setelah sempurna kejadiannya, Allah SWT meniupkan padanya roh ciptaanNya.
Kemudian Dia mengurniakan pendengaran, pengelihatan dan akal fikiran.
Berdasarkan keterangan ini, manusia diciptakan dengan mempunyai dua elemen
iaitu bentuk yang sempurna; dan ditiupkan padanya roh. Bentuk yang sempurna iaitu
jasad atau fizikal mempunyai keperluan semulajadi yang tersendiri seperti dorongan dan
kemahuan untuk mencari kelangsungan hidup dan menguruskan bumi dengan
menggunakan pelbagai cara. Manakala tiupan roh merupakan keupayaan dan potensi
yang terbesar pada diri manusia kerana dorongan dan keperluannya kepada kemuliaan,
ketinggian dan berupaya untuk mencari makna kendiri.
Satu lagi potensi manusia iaitu keupayaan akal fikiran. Akal berperanan sebagai
medium untuk mencari pengetahuan dan maklumat sama ada perkara yang berkaitan
dengan dunia atau agama. Akal juga berperanan mencari jalan agar kehidupan manusia
terurus dengan baik dan teratur. Ia juga membantu manusia untuk mencari kaedah yang
terbaik dalam memenuhi keperluan semulajadi manusia.
Ketiga-tiga unsur ini iaitu jasad, roh dan akal menjadikan manusia mempunyai
tahap kesediaan (readiness) dan potensi yang perbagai seperti mencari kemuliaan,
kesenangan dan kegembiraan. Dengan potensi ini juga, manusia boleh mencapai darjat
yang tinggi seperti darjat yang dapat dicapai oleh para nabi dan rasul. Namum, manusia
juga boleh bertindak seperti haiwan yang mengikut syahwat semata-mata bahkan lebih
3
sesat lagi (Al-Quran, 7: 179 dan 25: 44). Potensi yang dimiliki manusia ini mendedahkan
manusia kepada peluang untuk membuat pilihan seperti melakukan kebaikan atau
kejahatan, belas kasihan atau bertindak kejam, cinta atau benci. Namun begitu, potensi
yang perbagai ini adalah satu kelebihan kepada manusia yang membezakan mereka
dengan makhluk-makhluk yang lain seperti malaikat dan haiwan.
Di samping itu, manusia mempunyai dorongan-dorongan yang bersifat jasad.
Sebagai bukti bahawa Islam mengiktiraf tentang kewujudan dorongan dan keperluan
jasad/fisiologi manusia seperti makan dan minum adalah berdasarkan firman Allah SWT;
$yr'¯t šÏ%©!$# (#ãt#u (#èà Ï ÏMt6ÍhsÛ $t öäoøyu (#ãäô©$#u ¬! Î) óçFà ç$Î) šßç7÷ès? 
Maksudnya: “Wahai orang-orang Yang beriman! makanlah dari benda-
benda Yang baik (yang halal) Yang telah Kami berikan kepada kamu, dan
bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya”
(Al-Quran, 2:172).
Selain dari ayat di atas, terdapat dorongan-dorongan dan keperluan-keperluan lain
manusia yang disebutkan di dalam al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW seperti
keperluan kasih sayang (Al-Quran, 30:21), keperluan seksual (Al-Quran, 2:223), pakaian
(Al-Quran, 74:4) dan lain-lain lagi. Islam juga mengiktiraf keperluan dan kehendak
manusia menerusi perlaksanaan hukum-hukum syariat seperti berjual beli, hak dan
tanggunjawab suami terhadap nafkah isteri. Kesemuanya ini dirangkumkan dalam tujuan
pensyaritan ( ﻟا ﺪﺻﺎﻘﻣﺮﺸ) sesuatu hukum Islam yang bertujuan untuk menjaga agama,
jiwa, akal, keturunan dan harta.
Daru sudut lain, Al-Quran juga menempelak golongan yang menafikan dorongan,
keperluan dan kehendak manusia menerusi firmanNya;
öè ôt t§ym soÎ «!$# ûÉL©$# ylt÷zr& ÍÏŠ$t7ÏèÏ ÏMt6Íh©Ü$#u zÏ ÉøÌh$# 4 öè }Ï tÏ%©#Ï (#ãt#u Îû Í4uysø$# $u÷$#
Z|ÁÏ%s{ töt ÏyuÉø$# 3 yÏxx ãÅ_Áxç ÏMtF$# 5ösÏ tçsôèt 
Maksudnya: “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Siapakah Yang (berani)
mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-
hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari
rezeki yang dikurniakanNya?" katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-
nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman)
dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi
orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat". Demikianlah Kami
jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang
(mahu) mengetahui” (Al-Quran, 7:32)
Apa yang jelas di sini adalah Islam menghalalkan dan mengharuskan manusia
untuk memenuhi segala tuntutan dan kehendak mereka. Namun, Islam menekankan
tentang usaha pengawalan dan kesimbangan dalam memenuhi kehendak dan keinginan
ini untuk memastikan menjamin kepentingan dan kesejahteraan individu dan masyarakat
sama ada di dunia ini dan juga di akhirat nanti.
4
2.2 Manusia dijadikan dengan bertujuan.
Allah SWT menjadikan manusia di atas muka bumi ini dengan tujuan tertentu dan
tidak sia-sia. Hal ini dijelaskan di dalam Al-Quran;
óçFö7Å¡yssùr& $y¯r& öäoønyz $ZWt7tã öä¯r&u $uøsÎ) Ÿ tãèy_öè? 
Maksudnya: "Maka Adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya
menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan sia-sia? (tiada
sebarang hikmat pada ciptaan itu?) dan kamu (menyangka pula) tidak
akan dikembalikan kepada kami?" (Al-Quran, 23:115)
Ibn Kathir (2011) mentafsirkan ayat ini dengan menyebutkan bahawa Allah SWT
menemplak orang-orang yang tidak mempercayai tentang hari pembalasan dengan
membangkitkan persoalan adakah mereka menyangka bahawa mereka diciptakan dengan
sia-sia, tanpa sebarang tujuan, tiada apa-apa yang dituntut untuk dilaksanakan, tiada
sebarang hikmah? Perkataan sia-sia di sini juga bermaksud main-main dan hiburan. Oleh
yang demikian, apakah mereka fikir bahawa mereka diciptakan sekadar untuk bermain
atau mencari hiburan seperti haiwan yang Allah SWT ciptakan? Tiada sebarang ganjaran
untuk kebaikan yang dilakukan atau tiada hukuman kepada kejahatan yang dilakukan?
Sedangkan mereka akan dikembalikan kepada Allah SWT untuk dihitung segala amalan
yang dilakukan.
Jawapan kepada persoalan tentang tujuan atau matlamat manusia diciptakan
seperti yang telah dijelaskan di dalam Al-Quran adalah untuk beribadah kepadaNya
semata-mata. Inilah matlamat utama dan paling penting untuk difahami oleh semua
manusia. Firman Allah SWT;
$tu
àMønyz £Ågø$# }§M$#u Î) Èßç7÷èuÏ
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk
mereka menyembah dan beribadat (kepadaKu) (Al-Quran, 51:56).
Berdasarkan ayat ini, Allah SWT memberitahu bahawa Dia tidak menciptakan jin
dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaNya semata-mata. Manusia seharusnya sedar
tentang tujuan utama kewujudan mereka di dunia ini dan sentiasa berusaha untuk
mencapai tujuan tersebut.
Perkataan “نوﺪﺒﻌﻳ“ yang terdapat di dalam ayat tersebut membawa maksud
“beribadah” kepada Allah SWT semata-mata. Tetapi apakah yang dimaksudkan dengan
ibadah dalam konteks ayat ini? Persoalan yang mungkin timbul, adakah ia bermaksud
mengucap dua kalimah syahadah atau solat lima waktu atau puasa di bulan Ramadhan
atau membayar zakat atau menunaikan haji di Mekkah? Sekiranya maksud ibadah di
dalam ayat tersebut hanya merujuk kepada kelima-lima ibadah yang disebutkan, maka
konsep ibadah hanya terbatas kepada waktu-waktu tertentu sahaja dan tidak memenuhi
tuntutan keseluruhan hidup sebagai manusia. Jika ini terjadi, apakah yang berlaku di
sepanjang luar waktu ibadah yang lima itu? Adakah hubungan manusia dan Tuhannya
5
Ramai orang Islam yang mempunyai salah tanggapan terhadap maksud ibadah
dengan hanya memahami bahawa ibadah hanya melaksanakan lima rukan Islam semata-
mata. Dengan melaksanakan lima rukun ini, mereka beranggapan bahawa mereka telah
mencapai tujuan utama mereka diciptakan oleh Allah SWT. Hubungan mereka dan Allah
SWT hanya berlaku di dalam amalan ibadah yang mereka lakukan ini. Manakala di luar
waktu amalan ibadah mereka mengikut kendak dan kemahuan diri mereka sendiri tanpa
menghubungkan setiap kerja atau urusan kehidupan yang mereka sedang lalui untuk
mencapai keredhaan dan kasih sayang Allah SWT. Jika ini berlaku, maka kesan ibadah
terhadap pembinaan seorang individu muslim dan sebuah masyarakat Islam akan
menemui kegagalan kerana mereka tidak memahami bahawa setiap pemikiran, perbuatan,
percakapan dan tingkahlaku manusia akan dikira dan dipertanggungjawabkan kepada
mereka (Al-Quran, 99:8) dan mempunyai kaitan dengan keredhaan atau kemurkaan Allah
SWT.
Ibadah mempunyai perkaitan dengan makna kewujudan seorang manusia di dunia
ini. Persoalan-persoalan utama yang perlu ditanya pada diri sendiri seperti kenapa aku
diciptakan? Apakah tugasku di alam maya ini? Dan kenapakah aku diutuskan dalam
kehidupan ini? Ini adalah soalan-soalan yang wajib kepada seorang manusia agar dia
bertanyakan dirinya dan berfikir sejenak untuk mencari jawapannya (al-Qardhawi
1995:11). Manusia yang gagal menjawab persoalan-persoalan ini adalah manusia yang
gagal memahami tujuan hidup yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, sedangkan
matlamat hidup manusia seperti yang telah disebutkan dalam ayat Al-Quran di atas
adalah semata-mata beribadah kepada Allah SWT.
2.3 Manusia mempunyai kemahuan dan bertanggungjawab ke atasnya.
Allah SWT telah memilih manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi ini
berbanding makhluk-makhluk yang lain seperti malaikat, jin, haiwan dan tumbuhan
dengan memberikan manusia kebebasan untuk memilih antara yang baik dan buruk,
antara petunjuk dan kesesatan. Firman Allah SWT;
* ôssu $oø§x ûÍt/ tyŠ#u ößoùuxqu Îû Îhy9ø$# Ìóst7ø$#u ßoøyuu šÏi ÏMt7Íh©Ü$# óßuùÒsùu 4ntã 9ÏVŸ ô£Ïi
$oønyz WÅÒøs? 
Maksudnya: “Dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak
Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai
kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada
mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan
mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah
Kami ciptakan”. (Al-Quran, 18:70)
6
Manusia juga diciptakan dengan mempunyai tujuan untuk beribadah kepada Allah
SWT dan menjadi khalifah di muka bumi ini. Manusia diberi tanggungjawab untuk
menguruskan dunia ini, dengan itu manusia diberikan keistimewaan dengan keupayaan
akal rasional dan keupayaan untuk memilih (iradah). Firman Allah SWT;
ço÷yyu Èøyô¨$# 
Maksudnya: “Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan
kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?” (Al-
Quran, 90:10)
$¯Î) çu÷yy ŸÎ6¡¡$# $¨Î) #[Ï$x© $¨Î)u #·àx 
Maksudnya: “(Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) Sesungguhnya
Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-
jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) sama
ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur
(dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka)”. (Al-Quran, 76:3)
Allah SWT telah mengutuskan nabi dan rasul beserta dengan kitab dan risalah
yang menyeru manusia untuk mencari cahaya kebenaran dan takut peringatan Allah.
Kemudian Dia meninggalkan urusan manusia agar mereka memilih jalan mereka sendiri.
Firman Allah SWT;
<§øtu $tu $y1§y  $yyoùr'sù $yuègé $y1uøs?u 
Maksudnya: “Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya
(dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Serta
mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada
kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa”. (Al-Quran, 917-8)
Berdasarkan ketiga-tiga asas ini, ahli psikologi Muslim dapat menjelaskan
persoalan-persoalan berkaitan unsur roh dan jasad yang terdapat dalam diri manusia.
Apakah matlamat manusia diciptakan? Apakah manusia mempunyai peluang untuk
memilih antara perkara baik dan buruk untuk kehidupannya. Panduan yang diberikan
oleh Islam dalam memberi jawapan kepada tiga persoalan ini, dapat membimbing
perawat untuk membantu pesakit jiwa mencari makna dan erti dalam kehidupan mereka.
Bukan sekadar mencari matlamat dan tujuan di dunia ini sahaja, malah menjangkau
kepada kehidupan yang abadi di akhirat nanti.
3.0 Penutup
Kemahuan dan keperluan hidup yang berbagai perlu dipenuhi boleh menjejaskan
perkembangan jiwa. Ini kerana, dalam usaha untuk memenuhi tuntutan-tuntutan ini
manusia terpaksa berusaha bersungguh-sungguh dan menggunakan tenaga, masa dan akal
fikiran yang banyak. Akibatnya mereka rasa tertekan, bimbang dan menanggung
kesengsaraan batin yang berakhir dengan pelbagai penyakit fizzikal seperti lemah
7
jantung, darah tinggi dan sebagainya (Al-Hakam, 1996). Kehidupan dan masalah yang
dialami oleh manusia mengakibatkan mereka menghidap penyakit jiwa seperti bimbang,
takut dan ketidakpastian. Perasaan takut kepada selain daripada Allah SWT tidak dituntut
di dalam Islam. Islam mengajarkan umatnya untuk taat dan takut hanya kepada Allah
SWT dan kepadaNya manusia sepatutnya berserah diri (At-Taubah, 9:40). Untuk
melenyapkan rasa takut hanya kepada Allah SWT, dapat dicapai melalui jalan
mensucikan jiwa. Firman Allah SWT;
ôs
yxnøùr& t 4ªts?  txsŒu zó$# ÏÎn/u 4©|Ásù 
Maksudnya: “Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima
peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal
yang soleh). Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama
Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk) (Al-A’laa,
87: 14-15
Ibn Kathir (2008) mentafsirkan ayat ini dengan menyatakan bahawa orang yang
berjaya dari pandangan Allah SWT adalah orang mensucikan dirinya daripada sikap-
sikap buruk dan dia menurut apa sahaja yang dibawakan oleh Rasulullah SAW.
Kemudian dia juga mendirikan solat pada waktu yang telah ditetapkan, memohon
keredhaan Allah SWT, taat kepada semua suruhanNya dan mengamalkan undang-
undangNya. Manakala Abdullah Basmeih (1980) memberikan pengertian membersihkan
diri adalah dengan ketaatan kepada Allah SWT dan melakukan amal-amal soleh yang
boleh mendekatkan diri kepadaNya.
Manusia yang sering dihantui kebimbangan dan ketakutan adalah kerana ia tidak
menjadikan agama sebagai landasan kehidupan. Dengan lebih khusus lagi, apakah
manusia faham apakah konsep ibadah yang dimaksudkan di dalam Islam? Apakah
mereka mengerjakan ibadah hanya melalui solat, puasa dan zakat sahaja? Oleh itu,
keimanan yang mantap merupakan syarat utama manusia dalam menghadapi pertarungan
antara keperluan jasad dan rohnya. Kekuranagan daya iman yang mantap ini
menjerumuskan manusia kepada krisis jiwa dan sosial yang memberi kesan buruk kepada
kesihatan jiwa dan mental individu.
Individu yang sakit ini pula, bukan sahaja mereka yang mendapatkan rawatan
jiwa dan mental di wad psikiatrik dan hospital bahagia semata-mata. Tetapi yang amat
membimbangkan ialah pesakit jiwa ini menjadi sebahagian ahli masyarakat yang
mempunyai dan memegang peranan yang penting. Jika dia menjadi ahli politik, maka
politiknya sudah tidak berteraskan agama. Hanya kekuasaan yang menjadi matlamat dan
tujuan. Maka segala jalan yang boleh membawanya kepada kuasa, pangkat dan pengaruh
akan dilalui tanpa mengambilkira halal dan haram, salah dan betul, zalim dan adil. Begitu
juga jika dia seorang peniaga, pensyarah, buruh, nelayan, peladang, ahli ekonomi dan
sesiapa sahaja; akan memberi kesan negatif terhadap masyarakat dan pembinaan negara
serta kesatuan ummah.
8
9
Bibliography
Abdullah Basmeih, S. (1980). Tafsir pimpinan Ar-Rahman kepada pengertian Al-Qur'an.
Kuala Lumpur: Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri.
Al-Hakam, K. A. (1996). Manusia dan Personality Membentuk Insan Yang Sempurna.
Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Al-Qardhawi, Y. (1978). Ibadah Dalam Islam (Hasan Idris, terj.). Kuala Lumpur:
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.
Ibn Kathir, M. A. (2008). Tafsir Ibn Katsir (Abdul Ghoffar & Abu Ihsan, terj.). Jakarta:
Pustaka Imam Syafie.
Muslim bin al-Hajaj al-Qusyairy al-Naisabury. (t.t). Sahih Muslim. Dar Ihya al-Kutub al-
Arabiyyah.
Zakaria, S. (1995). Akhlak & Tasawuf Islam. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn Bhd.
Biodata;
Mohd Nasir bin Masroom is a PHD candidate at the Faculty of Islamic Civilization,
University Technology of Malaysia. Received his early education at Sekolah Menengah
Arab Kota Tinggi and received Sijil Menengah Agama (SMA) in 1992. Continued study
at Maahad Johor to obtain Sijil Tinggi Agama (STA) in 1995. Then pursued studies at the
National University of Malaysia and was awarded a Bachelor in Usuluddin and
Philosophy in 1999. Then, owned his Master of Guidance and Counseling was awarded
by University Technology of Malaysia in 2004. Have experience present paper in several
conferences and seminars at national level and international.
... MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Allah SWT telah menciptakan manusia di muka bumi terdiri daripada pelbagai bangsa, kaum dan warna kulit. Ketetapan Allah SWT telah menyedarkan kita bahawa di mana setiap manusia yang dicipta itu pasti akan diuji dengan pelbagai bentuk ujian sama ada dalam bentuk kesenangan mahupun kepayahan (Masroom, 2013). Terdapat juga sebahagian manusia yang diuji dengan kekurangan dan kecacatan pada anggota badan, penglihatan, percakapan, pendengaran dan sebagainya sejak kelahirannya (Daud, 1997). ...
... Pembentukan jiwa dan akal ini lebih sukar berbanding pembentukan jasmani, di mana perlunya mujahadah melawan sifat-sifat mazmumah yang sering dilakukan manusia disebabkan sifat manusia yang suka lupa. Akal berperanan mencari pelbagai sumber ilmu terutamanya sumber ilmu wahyu dalam membentuk jiwa yang baik dan tenang (Masroom, 2013). ...
Article
Full-text available
Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) yang telah diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia gusar akan penyakit ini yang masih belum mempunyai ubat yang sesuai hingga kini. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diwartakan oleh kerajaan Malaysia sebagai langkah bagi menyekat pergerakan orang awam untuk mengawal penularan wabak ini. PKP dilihat sebagai satu kaedah yang baik bagi sesetengah orang, namun bagi sebahagian yang lain boleh mengundang penyakit yang lain seperti kemurungan, anxiety disorder, keresahan, dan banyak lagi penyakit kejiwaan. Statistik melaporkan kes bunuh diri juga tinggi sewaktu PKP dilaksanakan, kes penderaan, kes pasangan yang bergaduh dan banyak lagi. Justeru, kajian ini bertujuan melihat hakikat sebenar peranan insan itu sendiri dan apakah konsep kebahagiaan yang perlu kita kecapi ketika berhadapan dengan pelbagai konflik kehidupan terutamanya yang berlingkar dalam aktiviti seharian manusia itu sendiri. Peranan roh, jiwa, akal, kalbu dalam melengkapi hakikat insan itu diketengahkan. Selain itu, teori psikologi al-Ghazali juga dirujuk bagi membantu pemahaman dalam permasalahan yang dihadapi ini. Kajian perpustakaan melalui kaedah analisis kandungan telah digunakan bagi merungkai makna kebahagiaan dan solusi yang boleh dicadangkan terhadap institusi keagamaan dengan penerbitan modul yang sesuai. Cadangan modul ini dapat membantu manusia memandu dalam mencari kebahagiaan hidup yang sebenar.
Article
Full-text available
Kajian ini menelusuri hujah kefalsafahan kependidikan Abu Hamid al-Ghazali dan beberapa inti pati pendekatan yang boleh diaplikasikan bagi pembangunan insan secara holistik iaitu menerusi metodologi kependidikan, kaedah-kaedah penerapan sahsiah dan akhlak serta halatuju yang diperlukan bagi memantapkan disiplin seseorang manusia. Kajian ini dijalankan menggunakan metode kepustakaan. Proses pengumpulan data pula adalah melalui sorotan ilmiah seperti kitab “Ihya Ulumuddin”, buku, jurnal, akhbar, artikel dan ensikopedia yang mana dikenali sebagai analisis dokumen yang dapat membantu melengkapkan lagi kajian. Hasil kajian mendapati bahawa, beberapa perincian pengaplikasian landasan pemikiran sebenar daripada Abu Hamid al-Ghazali berdasarkan kriteria atau trait ilmunya dapat memberikan sumbangan kepada pembudayaan sahsiah dalam kalangan individu di mana jua. This article examines the educational philosophical argumentation from Abu Hamid al-Ghazali and some essence of the approach can be holistically applied to human development, namely, through education methodology, rules and the application of moral character and direction are needed to strengthen the discipline of the human. This study was conducted using the library methods. The process of data collection was through conceptual analysis such as “Ihya’ Ulumuddin” books, other books, journals, newspapers, articles, and encyclopedia which is known as the analysis of documents that can help complement the study. The results showed that some details of the application of the theory of Abu Hamid al-Ghazali based criteria or traits of his knowledge can contribute to the culture of behaviour among individuals everywhere.
Article
Full-text available
Kajian ini menelusuri hujah kefalsafahan kependidikan Abu Hamid al-Ghazali dan beberapa inti pati pendekatan yang boleh diaplikasikan bagi pembangunan insan secara holistik iaitu menerusi metodologi kependidikan, kaedah-kaedah penerapan sahsiah dan akhlak serta halatuju yang diperlukan bagi memantapkan disiplin seseorang manusia. Kajian ini dijalankan menggunakan metode kepustakaan. Proses pengumpulan data pula adalah melalui sorotan ilmiah seperti kitab "Ihya Ulumuddin", buku, jurnal, akhbar, artikel dan ensikopedia yang mana dikenali sebagai analisis dokumen yang dapat membantu melengkapkan lagi kajian. Hasil kajian mendapati bahawa, beberapa perincian pengaplikasian landasan pemikiran sebenar daripada Abu Hamid al-Ghazali berdasarkan kriteria atau trait ilmunya dapat memberikan sumbangan kepada pembudayaan sahsiah dalam kalangan individu di mana jua.
Tafsir pimpinan Ar-Rahman kepada pengertian Al-Qur'an. Kuala Lumpur: Bahagian Ugama
  • Abdullah Basmeih
Abdullah Basmeih, S. (1980). Tafsir pimpinan Ar-Rahman kepada pengertian Al-Qur'an. Kuala Lumpur: Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri.
Manusia dan Personality Membentuk Insan Yang Sempurna
  • K A Al-Hakam
Al-Hakam, K. A. (1996). Manusia dan Personality Membentuk Insan Yang Sempurna. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Ibadah Dalam Islam (Hasan Idris, terj.). Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
  • Y Al-Qardhawi
Al-Qardhawi, Y. (1978). Ibadah Dalam Islam (Hasan Idris, terj.). Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.
Akhlak & Tasawuf Islam
  • S Zakaria
Zakaria, S. (1995). Akhlak & Tasawuf Islam. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn Bhd. Biodata;