ArticlePDF Available

Abstract

Kebimbangan atau anxiety merupakan salah satu penyakit daripada penyakit mental. Definisi kebimbangan banyak telah dikemukakan oleh para sarjana. Namun demikian, kebanyakan takrifan dan ciri-ciri yang dibincangkan adalah berdasarkan teori-teori yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh psikologi Barat. Kertas kerja ini cuba meninjau definisi kebimbangan dan cara mengatasinya berdasarkan Surah Al-Maarij. Kaedah yang digunakan ialah dengan menganalisis kandungan Surah Al-Maarij ayat 19 hingga 35 dengan membuat rujukan kepada beberapa buah kitab tafsir. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat terdapat lapan sifat yang perlu dimiliki oleh setiap individu agar terhindar dari penyakit kebimbangan atau keluh kesah iaitu (1) tetap mengerjakan solat, (2) menunaikan hak harta dengan sedekah dan zakat, (3) percaya kepada hari akhirat dengan mengerjakan amal-amal soleh, (4) takut kepada azab Allah SWT dengan menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah SWT, (5) menjaga kehormatan diri daripada melakukan zina, (6) menjaga amanah dan janji, (7) menjadi saksi yang adil, dan (8) sentiasa memelihara solat.
5:1 (2015) 6167 | www.sainshumanika.utm.my | e-ISSN ISSN: 2289-6996
Full paper
Sains
Humanika
Kebimbangan Dari Perspektif Psikologi Islam dan Cara Mengatasinya
Berdasarkan Surah Al-Ma’arij
Mohd Nasir Masrooma, Siti Norlina Muhamadb, Siti Aisyah Abd Rahmanc
aFakulti Tamadun Islam, University Teknologi Malaysia, 81310 UTM Johor Bahru, Johor, Malaysia
bPusat Kajian Feqh, Sains dan Teknologi, University Teknologi Malaysia, 81310 UTM Johor Bahru, Johor, Malaysia
cJabatan Pembangunan Sumber Manusia, University Teknologi Malaysia, 81310 UTM Johor Bahru , Johor, Malaysia
*Corresponding author: m.nasir@utm.my
Abstrak
Kebimbangan atau anxiety merupakan salah satu penyakit daripada penyakit mental. Definisi kebimbangan banyak telah dikemukakan oleh para sarjana.
Namun demikian, kebanyakan takrifan dan ciri-ciri yang dibincangkan adalah berdasarkan teori-teori yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh psikologi Barat.
Kertas kerja ini cuba meninjau definisi kebimbangan dan cara mengatasinya berdasarkan Surah Al-Maarij. Kaedah yang digunakan ialah dengan menganalisis
kandungan Surah Al-Maarij ayat 19 hingga 35 dengan membuat rujukan kepada beberapa buah kitab tafsir. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat terdapat
lapan sifat yang perlu dimiliki oleh setiap individu agar terhindar dari penyakit kebimbangan atau keluh kesah iaitu (1) tetap mengerjakan solat, (2) menunaikan
hak harta dengan sedekah dan zakat, (3) percaya kepada hari akhirat dengan mengerjakan amal-amal soleh, (4) takut kepada azab Allah SWT dengan
menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah SWT, (5) menjaga kehormatan diri daripada melakukan zina, (6) menjaga amanah dan
janji, (7) menjadi saksi yang adil, dan (8) sentiasa memelihara solat.
Keywords: Kebimbangan; keluh kesah; kegelisahan; anxiety dalam Islam; rawatan anxiety.
© 2015 Penerbit UTM Press. All rights reserved
1.0 PENDAHULUAN
Secara umumnya, kebimbangan atau anxiety adalah emosi manusia yang normal. Setiap orang akan berasa bimbang pada masa-masa tertentu
seperti apabila berhadapan dengan masalah di tempat kerja, sebelum mengambil apa-apa ujian atau membuat keputusan penting. Namun
tahap kebimbangan adalah berbeza bagi setiap individu. Bagi sesetengah individu, kebimbangan boleh mengganggu keupayaannya untuk
menjalani kehidupan yang normal. Sedangkan individu lain dapat menangani perasaan bimbang tersebut walaupun mereka menghadapi
tekanan yang sama (Azizi Yahaya & Tan Soon Yin, 2007).
Satu kajian yang dijalankan oleh Azhar, Varma, & Dharap (1994) terhadap pesakit yang mengalami kebimbangan (anxiety) dan
kemurungan (depression), dengan menambahkan rawatan psikoterapi agama (religious psychotherapy) kepada rawatan biasa, mendapati
bahawa kumpulan pesakit yang diberi rawatan ini menghasilkan tindakbalas positf yang lebih cepat berbanding dengan kumpulan yang
hanya menerima rawatan biasa. Dapatkan kajian ini mempunyai persamaan dengan hasil kajian S. M. Razali, Hasanah, Aminah, & M.
Subramaniam (1998). Pengkaji-pengkaji barat juga mempamerkan minat yang mendalam terhadap rawatan spiritual agama sebagai salah
satu cabang rawatan kepada pesakit-pesakit jiwa (Culliford, 2005; S Dein, 2006; Simon Dein, Lewis, & Loewenthal, 2011; Simon Dein,
2010; Friel, n.d.; Lewis, Breslin, & Dein, 2008; Lindridge, 2007). Ini mengambarkan bahawa rawatan psikoterapi agama mempunyai
kelebihan tersendiri dalam kes-kes tertentu yang melibatkan pesakit kebimbangan dan kemurungan. Keadaan ini membuka ruang yang sangat
luas terhadap psikologi Islam untuk meneroka bentuk-bentuk rawatan jiwa yang baru sesuai dengan pendekatan Islam. Justeru itu, kertas
kerja ini cuba meninjau aspek spiritual agama menerusi surah Al-Maarij sebagai satu bentuk rawatan kepada penyakit kebimbangan.
Dalam ayat 19 hingga 35 Surah Al-Maarij, Allah SWT menyebutkan bahawa manusia dijadikan dengan perasaan keluh kesah. Namun
demikian, Allah SWT menyatakan bahawa terdapat lapan sifat yang perlu dimiliki oleh individu agar terhindar daripada penyakit tersebut.
Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); Apabila ia ditimpa kesusahan, dia
sangat resah gelisah; Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut; Kecuali orang-orang yang
mengerjakan sembahyang; Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya; Dan mereka (yang menentukan
bahagian) pada harta-hartanya menjadi hak yang termaklum; Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang
menahan diri (daripada meminta); Dan mereka yang percayakan hari pembalasan (dengan mengerjakan amal-amal
yang soleh sebagai buktinya); Dan mereka yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya; Kerana Sesungguhnya
azab Tuhan mereka, tidak patut (bagi seseorangpun) merasa aman terhadapnya; Dan mereka yang menjaga
kehormatannya, Kecuali kepada isterinya atau kepada hambaNya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela; Kemudian
sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; Dan mereka
yang menjaga amanah dan janjinya; Dan mereka yang memberikan keterangan dengan benar lagi adil (semasa mereka
62 Mohd Nasir, Siti Norlina & Siti Aisyah / Sains Humanika 5:1 (2015) 6167
menjadi saksi); Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; Mereka (yang demikian sifatnya) ditempatkan di
dalam syurga dengan diberikan penghormatan”.
(Surah Al-Maarij, 70: 19-35)
2.0 DEFINISI
2.1 “Halu’a”
Berdasarkan ayat 19 Surah Al-Maarij, Allah SWT menggunakan perkataan “” (halu’a) yang menggambarkan keadaan orang yang tidak
tenang atau keluh kesah. Menurut Ibn Manzur (1997), perkataan halu’a membawa maksud
  iaitu gopoh, resah dan
kurang sabar. Manakala beberapa ahli tafsir menyatakan bahawa Allah SWT menjadikan manusia dengan resah gelisah lagi bakhil kedekut
(Abdullah Basmeih, 2000 & Ibn Kathir, 2011). Menurut Al-Qurtubi (2009) pula, maksud al-halla’ adalah sangat kikir (kedekut) dan sangat
keji kegelisahannya. Selain itu, ia juga bermaksud orang yang tidak pernah kenyang atau orang yang tidak bersyukur apabila mendapat
kebaikan dan tidak bersabar apabila mendapat kemudaratan.
Allah SWT menjelaskan lagi sifat orang yang keluh-kesah itu dalam ayat 20 dan 21. Menurut Ibn Kathir (2011), manusia dijadikan
oleh Allah SWT dengan sifat resah dan gelisah. Terutamanya jika mereka ditimpa oleh suatu keadaan yang menyusahkan seperti kemiskinan,
kekurangan harta, kehilangan harta benda, kematian dan ditimpa penyakit, mereka akan gusar dan mengeluh. Hatinya pula hancur kerana
rasa takut yang amat menyeramkan dan merasa putus asa daripada mendapat kebaikan. Tetapi apabila manusia mendapat kenikmatan
daripada Allah SWT, mereka akan menjadi kedekut untuk berkongsi dengan orang lain dan menolak untuk memberikan hak Allah SWT
daripada nikmat yang diperolehinya itu.
Manusia akan berkeluh kesah apabila hartanya menjadi sedikit, miskin dan tidak mempunyai harta. Selain dari berkeluh kesah,
kebanyakan manusia tidak dapat bersabar dengan keadaan kekurangan harta dan miskin. Sebaliknya, manusia berubah menjadi kedekut
apabila mempunyai harta dan enggan membuat amal kebajikan untuk menginfakkan harta mereka di jalan Allah SWT (At-Thobari, 2009).
2.2 Kebimbangan (Anxiety)
Kebimbangan atau anxiety dalam pespektif psikologi moden boleh ditarifkan sebagai perasaan takut yang kronik dan kompleks yang wujud
dalam pelbagai jenis kecelaruan mental dan saraf (Drever, 1952). Manakala Feldman (1997) menyatakan bahawa kebimbangan adalah
keadaan perasaan yang bercirikan kebimbangan melampau yang disertai oleh simptom-simptom somatik. Menurut Noyes R Jr & Hoehn-
Saric R (1998), terdapat enam tanda-tanda somatik kebimbangan iaitu keresahan, peningkatan keletihan, sukar memberikan tumpuan, mudah
marah, ketegangan otot dan gangguan tidur. Namun, bukan semua tanda-tanda ini berlaku pada seseorang masa yang sama. Ia boleh berlaku
dengan satu atau dua atau lebih pada satu-satu masa.
Barlow, Pincus, Heinrichs, & Choate (2003) berpandangan bahawa terdapat dua emosi utama yang dialami oleh pesakit ini iaitu
bimbang dan takut (anxiety and fear). Kebimbangan adalah keadaan emosi yang berorientasikan masa hadapan yang dipengaruhi oleh emosi
negatif, mempamerkan tanda-tanda ketegangan pada badan dan perasaan bimbang yang kronik. Manakala takut adalah tindak balas segera
apabila berhadapan dengan bahaya. Cirinya adalah kecenderungan yang kuat untuk bertindak melarikan diri (strong escape-action
tendencies) dari keadaan yang dihadapi.
Beck & Emery (1985) pula membezakan antara takut dan anxiety. Takut adalah satu penilaian kognitif seseorang terhadap rangsangan
ancaman yang diterima. Manakala anxiety pula adalah satu emosi yang muncul hasil dari reaksi kepada penilaian yang dibuat. Walaupun
tokoh-tokoh psikologi memberikan definisi yang berbeza-beza, namun definisi penyakit anxiety adalah berkaitan dengan perasaan bimbang
tentang sesuatu perkara yang belum berlaku, yang terhasil dari ancaman yang dihadapi.
Menurut Ramli Hassan (1990), antara simptom-simtom psikologi utama yang dialami oleh penghidap anxiety ialah perasaan bimbang
seolah-olah sesuatu yang buruk akan berlaku, berasa takut walaupun tidak diketahui apa yang ditakuti, perasaan risau atau susah hati tanpa
sebarang sebab yang jelas, gangguan tumpuan perhatian, menjadi rimas, cepat marah, mudah terkejut dan berasa gelisah.
Bagi sindrom kecelaruan, pada asasnya dapat dilihat daripada empat sudut iaitu afektif, kognitif, tingkah laku dan fisiologi. Tanda
yang paling ketara bagi pesakit yang mengalami kemurungan ialah penurunan perasaan yang disertai oleh pengurangan melakukan aktiviti.
Dalam keadaan-keadaan tertentu, pesakit kelihatan tidak bermaya, berasa gelisah, berjalan mundar mandir dan kurang selera makan. Pesakit
cenderung untuk merasa sedih yang keterlaluan, merasakan dirinya tidak berguna, hidup tidak bererti dan sangat mengecewakan (Azizi
Yahaya & Tan Soon Yin, 2007).
Jika diperhatikan kepada sifat-sifat yang ada pada individu yang disebutkan dalam Surah Al-Maarij ayat 9 hingga 11 adalah mereka
yang keluh kesah, gopoh, kurang sabar, kedekut, putus asa dan tidak menunaikan hak-hak Allah SWT. Manakala keadaan-keadaan dan
tanda-tanda yang berlaku kepada individu yang mengalami masalah jiwa dari perspektif psikologi moden adalah mereka yang mengalami
kesedihan yang keterlaluan, resah, gelisah, insomnia, kurang selera makan, kurang beraktiviti dan putus asa. Secara umumnya, kedua-dua
perspektif ini berkongsi beberapa tanda dan ciri yang hampir sama di antara satu sama lain. Maka tidak keterlaluan jika dikatakan halu’a
adalah salah satu dari penyakit jiwa.
3.0 CARA-CARA MENGATASI KEGELISAHAN BERDASARKAN SURAH AL-MAARIJ.
Dalam Surah Al-Maarij, Allah SWT menyebutkan bahawa manusia dijadikan dalam keadaan keluh kesah. Apabila mereka ditimpa
kesukaran, kemiskinan, kesakitan dan bencana mereka akan berasa sedih dan susah hati. Manakala apabila manusia diberikan kenikmatan,
kesenangan, kesihatan dan kebaikan, mereka lupa untuk bersyukur dan menjadi tamak serta enggan menunaikan hak-hak Allah SWT. Hal
ini juga dinyatakan di dalam Surah Al-Zumar (39: 8) dan Surah Yunus (10: 12). Allah SWT berfirman;
“Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia kepada Kami (dalam segala keadaan), sama ada ia
sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus
63 Mohd Nasir, Siti Norlina & Siti Aisyah / Sains Humanika 5:1 (2015) 6167
membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan
yang menimpanya. Demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka
lakukan”.
(Yunus, 10: 12).
Namun demikian, dalam ayat 22 hingga 35 Surah Al-Maarij, penyakit halu’a atau resah gelisah ini tidak akan dihidapi oleh individu yang
memiliki ciri-ciri seperti yang dinyatakan di bawah. Secara tidak langsung, inilah cara-cara yang boleh digunakan dalam mengatasi penyakit
kebimbangan atau anxiety.
3.1 Tetap Mengerjakan Solat.
Ibn Kathir (2011) menyatakan bahawa orang yang mengerjakan solat akan diberi perlindungan Allah SWT dan diberikan taufiq dan hidayah
untuk menuju kebaikan dan juga diberikan kemudahan untuk mendapatkannya. Bahkan bukan sahaja mengerjakan solat, tetapi
mengerjakannya secara tetap (daimun). Mereka ini akan terhindar dari perasaan resah gelisah dengan perlindungan, taufiq dan hidayah Allah
SWT. Ini bermakna, orang yang mentaati Allah SWT dengan melaksanakan kewajipan solat secara beristiqamah dan tidak sedikit pun
melalaikannya, mendapat jaminan daripada Allah SWT bahawa mereka adalah orang-orang yang tidak termasuk dalam keadaan berkeluh
kesah (Al-Thobari, 2009).
Menurut Al-Qurthubi (2009) pula, orang yang bersolat dalam ayat ini adalah merujuk kepada orang menunaikan solat fardhu dalam
waktunya. Beliau juga menyatakan bahawa terdapat juga pendapat yang mengatakan orang yang bersolat pada ayat tersebut adalah orang-
orang yang beriman. Ini kerana orang yang beriman dapat mengatasi kegelisahan mereka dengan kerpercayaan dan keyakinan mereka
terhadap qada dan qadar Allah SWT.
Dalam hubungan solat dan kesihatan jiwa, salah satu ciri orang yang mempunyai kesihatan jiwa yang baik ialah mempunyai jiwa yang
tenang. Menurut Ibn Kathir (2011), perkataan “daimun” bererti khusyuk dan tenang. Ini kerana, ketika menunaikan solat seseorang
diwajibkan untuk tuma’ninah agar pelakunya diam dan tenang untuk mendapat khusyuk dalam solat. Khusyuk dalam solat pula adalah salah
satu ciri orang mukmin yang berjaya (Surah Al-Muminun, 23: 1-2).
Selain itu, solat adalah ibadah yang menunjukkan wujudnya ikatan yang kuat antara hamba dengan tuhanNya. Ini kerana dalam solat,
seseorang hamba seolah-olah berada di hadapan Tuhannya yang dengan penuh kesungguhan memohon berbagai keperluan dan permintaan
di samping rasa merendah diri, hina, ketaatan dan cinta kepadaNya. Mengerjakan solat dengan penuh keyakinan dan khusyuk dapat
menimbulkan kejernihan spiritual, ketenangan hati dan keamanan diri sewaktu mengerahkan semua emosi dan anggota tubuh berserah
kepada Allah SWT (Al-Zahrani, 2005).
Menurut Anas (2012), dua syarat perlu dilaksanakan agar solat dapat berperanan kepada penyucian dan kesihatan jiwa. Pertama,
melakukan solat dengan sempurna, rapi perbuatannya, menjaga waktunya, tidak lalai, ikhlas dan menepati kaedah berdasarkan Al-Quran dan
Sunnah. Kedua, mendirikan solat dengan penuh khusyuk dan penuh penghayatan. Ini kerana solat yang tidak khusyuk seumpama jasad tanpa
roh. Ia kosong dan tidak memberikan kesan kepada penyucian jiwa.
Jika khusyuk tidak wujud dalam diri orang yang sedang menunaikan solat, ruang kosong itu pasti terisi dengan sifat lalai. Orang yang
lalai tidak akan merasai keagungan Allah SWT, sekalipun lidahnya mengucapkan kalimah-kalimah yang mengandungi segala puji-pujian
terhadapNya ketika solat. Malah, Allah SWT murka dan mencela orang-orang yang solat tetapi lalai dalam solatnya (Surah Al-Maun, 107:
4-5). Sebaliknya, jiwa orang yang solat dengan khusyuk akan menjadi damai dan tenang kerana solat itu sendiri penuh dengan doa dan zikir-
zikir yang boleh menenangkan jiwa sepertimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Ra’d (13:28) yang bermaksud “…ketahuilah bahawa
dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
3.2 Menunaikan Hak Harta Dengan Sedekah Dan Zakat.
Al-Qurthubi (2009) dan Al-Thobari (2009) berpendapat bahawa maksud hak yang maklum pada ayat tersebut adalah merujuk kepada zakat
yang wajib dibayar oleh setiap muslim. Ini kerana Zakat wajib adalah salah satu dari rukun Islam yang lima. Kedua-dua ahli tafsir ini
menyatakan bahawa antara kelebihan membayar zakat adalah dapat menyambung silaturahim di antara pemberi dan penerima zakat.
Zakat merupakan salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh setiap muslim apabila telah memenuhi syarat-syarat tertentu.
Menurut Anas (2012), ibadah ini dinamakan zakat kerana ia mengandungi tiga pengertian yang merangkumi dalam perkataan az-zaka iaitu
berkembang, penyucian jiwa dan barakah (keberkatan). Al-Soni’ (2000) berpandangan bahawa melalui ibadah zakat, ia dapat membersihkan
harta dan menyucikan jiwa orang yang melakukannya. Ini kerana di dalam Surah Al-Syams (91: 9) dan Surah Al-A’la (87: 14), Allah SWT
telah memberikan petunjukNya agar manusia melakukan pembersihan jiwa mereka. Melalui ibadah zakat, tujuan pembersihan jiwa dan harta
dapat dicapai. Maka amalan berzakat ini mempunyai hubungan langsung dengan kesihatan jiwa. Ini dijelaskan sendiri oleh Allah SWT di
dalam Surah Al-Taubah ayat 103;
Maksudnya: “Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau
membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka,
kerana Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha
mengetahui.”
(Surah Al-Taubah, 9: 103)
Ibn Kathir (2011) dalam mentafsirkan ayat ini berpandangan bahawa Allah SWT menyuruh Muhammad SAW untuk mengambil
sebahagian harta sebagai zakat agar dapat membersihkan dan mensucikan jiwa-jiwa manusia dari kekotoran dosa-dosa mereka. Allah SWT
juga menyuruh Muhammad SAW untuk mendoakan dan memohonkan keampunan kepada mereka selepas menunaikan zakat. Ini kerana doa
64 Mohd Nasir, Siti Norlina & Siti Aisyah / Sains Humanika 5:1 (2015) 6167
yang dipohon oleh Rasulullah SAW bagi mereka akan dibalas dengan rahmatNya dalam bentuk ketenangan dan ketenteraman jiwa. Inilah
kebaikan zakat dalam membina jiwa yang sihat.
Berhubung dengan kesihatan jiwa, melalui amalan zakat dan sedekah dapat membentuk jiwa yang ihsan, simpati dan suka menolong
sesama manusia. Sifat-sifat mulia ini merupakan antara ciri-ciri yang dimaksudkan sebagai berkeupayaan berinteraksi atau bersosial dengan
orang lain. Ini kerana seseorang yang mempunyai jiwa yang sihat seharusnya boleh berhubungan dan bertoleransi dengan orang lain dalam
menjalani kehidupan yang harmoni.
3.3 Percaya Kepada Hari Akhirat Dengan Mengerjakan Amal-Amal Soleh.
Dalam ayat 26, Allah SWT menyatakan seterusnya bahawa orang yang tidak akan ditimpa sakit resah gelisah adalah “…orang-orang
mempercayai hari pembalasan”. Ibn Kathir (2011) menyatakan bahawa orang yang meyakini hari kebangkitan, hisab dan pembalasan,
mereka adalah orang yang mengerjakan amal orang-orang yang mengharapkan pahala dan takut dengan hukuman Allah SWT.
Hari kiamat juga disebut sebagai hari perhitungan dan hari pembalasan. Pada hari kiamat, manusia akan mendapat keadilan dengan
diberi ganjaran kepada kebaikan yang dibuat dan mendapat hukuman atas kejahatan yang dilakukan. Rasulullah SAW pernah mengigatkan
para sahabatnya dengan menghubungkan hari kiamat dengan melakukan amalan-amalan kebaikan. Sabda Rasulullah SAW;
“Sesiapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat, maka dia perlu berkata perkara yang baik atau diam sahaja.
Sesiapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat, maka dia perlu memuliakan jiranya. Sesiapa yang beriman
kepada Allah SWT dan hari akhirat, maka dia perlu memuliakan tetamunya
(HR Bukhari, 1987: 5559 dan Muslim, t.t: 67)
Tujuan utama Allah SWT membangkitkan manusia pada hari kiamat adalah untuk menghitung dosa dan pahala mereka hasil dari
perbuatan mereka ketika berada di dunia ini (Surah An-Najm, 53:31). Balasan baik dan buruk ini menunjukkan bahawa manusia tidak
diciptakan dengan sia-sia dan tanpa ada tujuan yang tertentu (Surah Al-Mukminun, 23: 115). Sedangkan Allah SWT telah menjelaskan
bahawa tujuan manusia diciptakan adalah untuk beribadah kepadanya (Surah Al-Zariyat, 51: 56). Maka, segala balasan yang dijanjikan ini
dapat ditunaikan dengan adanya hari kiamat.
Di sinilah peranan percaya kepada hari kiamat atau hari pembalasan dapat mendamaikan jiwa yang sengsara dan berkeluh kesah. Ini
kerana hari kiamat adalah hari pembalasan kepada setiap kebaikan dan kejahatan. Orang yang beriman dengan hari kiamat percaya bahawa
keadilan Allah SWT meliputi setiap makhluknya. Setiap kejahatan yang dilakukan akan dibalas dengan siksaan dan setiap kebaikan akan
diberi ganjaran yang setimpal (Surah Al-Zalzalah, 99: 7-8).
Orang yang beriman kepada hari kiamat juga mendapat ketenangan jiwa yang tidak mungkin diperolehi oleh mereka yang tidak
beriman. Keimanan terhadap hidup di akhirat adalah kekal abadi dan lebih baik berbanding dengan hidup di dunia yang penuh den gan
penindasan dan ketidakadilan (Surah Al-A’la, 87: 17). Oleh itu Islam amat mengalakkan umatnya agar berlumba-lumba dalam melakukan
kebaikan sebagai bekalan untuk akhirat nanti (Surah Ali Imran, 3: 114).
3.4 Takut Kepada Azab Allah SWT Dengan Menjauhkan Diri Daripada Melakukan Perkara Yang Dimurkai Allah SWT
Dalam ayat 27 dan 28 pula, Allah SWT menyebutkan orang yang takut kepada azabNya dengan menjauhkan diri daripada melakukan
perkara-perkara yang dimukai oleh Allah SWT. Ibn Kathir (2011) menyatakan bahawa mereka adalah orang yang takut dan khuwatir
terhadap azab Tuhan yang jika sesiapa menerimanya, dia tidak akan pernah merasa keamanan kecuali dengan keamanan yang diberikan oleh
Allah SWT. Manakala Al-Thobari (2009) mentafsirkan ayat tersebut dengan mengatakan bahawa mereka adalah orang yang di dunia takut
ditimpakan azab Allah SWT ketika di akhirat nanti. Dengan itu mereka tidak akan meninggalkan kewajipan-kewajipan dan mereka tidak
akan melampaui batasan yang telah ditetapkan olehNya. Menurut Al-Qurthubi (2009), penyakit keluh kesah tidak akan menimpa orang-
orang yang takut kepada azab Allah SWT. Ini kerana mereka tahu bahawa azab Allah SWT tiada sesiapa yang akan merasa aman tentangnya.
Oleh itu setiap orang wajib takut kepada azab Allah SWT.
Berdasarkan pandangan-pandangan ini, orang yang takut kepada azab Allah SWT akan sentiasa melaksanakan kewajipan yang telah
diperintahkan kepada mereka. Dalam masa yang sama mereka akan menghindarkan diri mereka daripada melakukan perbuatan yang
mendatangkan kemurkaan Allah SWT dan dosa. Al-Zahrani (2005) berpandangan bahawa melakukan perkara-perkara yang membawa
kepada dosa, rasa bersalah atas perbuatan yang dilakukan, hati yang lemah, tiada panduan hidup dan konflik yang tidak diuruskan adalah
faktor yang boleh membawa kepada ketidakstabilan yang menyebabkan berlakunya gangguan jiwa. Begitu juga dengan individu yang
terkurung dalam beban dosa dan rasa bersalah akan terdorong untuk mengalami gangguan jiwa.
Ketenangan jiwa ataupun kebahagiaan tidak akan dikecapi tanpa menghilangkan gangguan-gangguan yang berkemungkinan
menghalang proses tazkiah al-nafs. Gangguan tersebut selalunya muncul dari rasa berdosa, bersalah dan berdendam yang menguasai jiwa
dan perasaan seseorang (Zakiah Daradjat, 1989). Rasa gelisah dan cemas inilah yang sering menghantui psikologi pelaku dosa dan maksiat
kerana rasa berdosa itu melekat dalam dirinya (Yahya Jaya, 1992).
Sehubungan itu, dosa dan penyakit keluh kesah mempunyai hubungan yang tersendiri. Maka dosa yang membebankan jiwa perlu
dibersihkan dengan bertaubat dan menjauhkan diri dari perkara-perkara yang dimurkai Allah SWT.
3.5 Menjaga Kehormatan Diri Daripada Melakukan Zina.
Ayat 29, 30 dan 31 menyebutkan seterusnya golongan yang terhindar dari penyakit keluh kesah adalah mereka yang menjaga kemaluannya
kecuali terhadap isteri dan hamba perempuan. Ibn Kathir (2011) menyatakan bahawa mereka adalah orang yang menjaga kemaluan dari hal-
hal yang haram dan menghindarkan untuk meletakkannya pada apa yang tidak diizinkan oleh Allah SWT iaitu zina dan liwat. Malah mereka
juga tidak mendekati perkara-perkara yang boleh menghampiri kepada keduanya.
65 Mohd Nasir, Siti Norlina & Siti Aisyah / Sains Humanika 5:1 (2015) 6167
Al-Thobari (2009) mentafsirkan kedua-dua ayat ini dengan menyatakan bahawa orang-orang yang menjaga kemaluannya dari hal-hal yang
diharamkan oleh Allah SWT kepada mereka dan menempatkan kemaluannya pada tempatnya iaitu kepada isteri dan hamba perempuan.
Sesiapa yang melakukan hubungan kelamin selain terhadap isteri dan hamba yang dimiliki, maka mereka termasuk dari golongan yang
melampaui batas dan melampaui perkara yang telah diharamkan oleh Allah SWT. Merekalah orang-orang yang tercela.
Berdasarkan kepada kedua-dua pandangan ini, dapat disimpulkan bahawa penyakit keluh kesah atau jiwa tidak tenang ini boleh berlaku
kepada pelaku-pelaku zina. Ini kerana zina adalah termasuk dalam kategori dosa besar (Al-Zahabi, t.t). Allah SWT telah menyatakan bahawa
penzina sebagai golongan yang kotor dan jahat (Surah Al-Nur, 24: 26) dan penzina lelaki hanya boleh menikahi penzina wanita atau wanita
musyrik (Surah Al-Nur, 24:3). Keadaan ini menunjukkan bahawa perbuat zina adalah satu perbuatan yang sangat keji dan menjijikan
Menurut Ibn Qayyim (2013) menyebutkan bahawa kenajisan dan kejijikan perbuatan zina dan liwat lebih berat daripada kotoran-kotoran
dosa lain kerana kedua-dua perbuatan tersebut sangat merosakan hati dan melemahkan tauhid. Dosa zina juga adalah hampir dengan dosa
mensyirikan Allah SWT seperti yang disebut di dalam Surah Al-Nur (24: 3). Ini mengambarkan bahawa zina dan syrik satu perbuatan yang
sangat tercela dan dimurkai Allah SWT.
Menurut Ibn Qayyim lagi, hukum larangan berkahwin dengan perempuan penzina adalah kerana ia sesuai dengan fitrah dan akal
manusia yang membenci perbuatan zina dan pelacuran. Apakah ada suami yang sanggup dipanggil dengan suami pelacur? Allah SWT
melarang lelaki muslim menjadi seperti itu. Namun begitu, larangan ini terhenti jika perempuan tersebut telah bertaubat dan melepaskan diri
dari perbuatan zina.
Mengenai kaitan iman dan perbuatan zina, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud “Apabila seorang lelaki berzina,
keluarlah daripadanya iman seperti bayang-bayang. Apabila terputus (perbuatan zina tersebut), kembalilah kepadanya iman tersebut.” (HR
Abu Daud, t.t: 4690). Hadis ini juga selari dengan hadis yang bermaksud Tidak berzina seorang penzina sedangkan dia adalah seorang
mukmin.” (HR Bukhari, 1987: 2475 dan Muslim, t.t: 57). Hadis-hadis ini memberi pengertian bahawa orang yang sedang melakukan zina,
tidak mempunyai iman. Ini kerana jika beriman, dia tidak akan melakukan perbuatan tersebut. Keadaan ini mengambarkan bahawa bahaya
zina terhadap akidah. Sekiranya kematian menjemput ketika melakukan zina, apakah status iman sesorang itu?
Zina juga satu perbuatan yang boleh merosakkan hubungan suami isteri dan keluarga. Seringkali berlaku pertengkaran dan perceraian
akibat perlakuan zina yang dilakukan oleh suami atau isteri. Selain itu, jika zina berlaku dalam kalangan orang yang belum berumah tangga,
merupakan perbuatan yang merosakkan maruah dan mencemar nama baik keluarga yang boleh mengakibatkan pergaduhan dan pembunuhan.
Pertengkaran, perceraian, pembunuhan dan dendam pula boleh mengakibatkan kerisauan, kegelisahan dan keluh kesah dalam diri seseorang
yang terlibat dengan perkara-perkara ini. Oleh sebab itu, Allah SWT menghalang orang Islam dari menghampiri perkara-perkara yang
membawa kepada perlakuan zina, apatah lagi melakukannya. Ini kerana zina adalah satu perbuatan yang keji, jahat dan membawa kepada
kerosakan kepada manusia (Surah Al-Isra’, 17: 32).
3.6 Orang Yang Menjaga Amanah Dan Janji.
Ayat 32 menyebutkan golongan seterusnya adalah orang yang menjaga amanah dan janji. Ibn Kathir (2011) menyatakan jika mereka diberi
kepercayaan, maka mereka tidak mengkhianati kepercayaan yang diberikan. Jika mereka berjanji, mereka tidak pernah memungkiri. Inilah
sifat orang-orang mukmin. Manakala orang yang khianat dan mingkir janji adalah sifat orang-orang munafik. Al-Thobari (2009)
berpandangan, orang yang menjaga amanah adalah orang yang memelihara amanah-amanah Allah SWT seperti menunaikan kewajipan-
kewajipanNya. Selain itu, termasuk juga dalam menjaga amanah ialah amanah-amanah orang lain yang diberikan kepadanya, janji-janji yang
diucapkan oleh mereka dan mentaati apa yang diperintahkan dan dilarang dari melakukannya.
Menurut Al-Qurthubi (2009), amanah dan janji adalah setiap apa yang dipertanggungjawabkan kepada seseorang manusia berkaitan
perkara dunia dan agama, sama ada dalam bentuk percakapan atau perbuatan. Walaupun amanah lebih umum berbanding dengan janji,
namun setiap janji adalah amanah. Selain ayat 32 Surah Al-Maarij, kepentingan menjaga amanah juga disebutkan dalam Surah Al-Mukminun
(23: 8) sebagai salah satu ciri orang mukmin yang berjaya. Ibn Kathir (2011) menjelaskan bahawa ciri orang yang amanah ialah tidak khianat
bahkan memberikan hak kepada empunya hak. Apabila dia berjanji atau membuat satu ketetapan, dia akan melaksanakannya.
Lawan bagi sifat amanah adalah bohong, menipu dan mungkir janji. Khianat dan mungkir janji merupakan salah satu dari ciri-ciri
orang munafik seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW (HR Bukhari, 1987:33). Sifat khianat atau tidak amanah juga termasuk dalam
dosa-dosa besar (Al-Zahabi, t.t.). Ini kerana Allah SWT tidak suka kepada perbuatan khianat Surah Al-Anfal, 8:58) sedangkan Allah SWT
amat mengetahui pengkhianatan yang dilakukan walaupun ia tersembunyi di dalam hati-hati manusia (Surah Al-Mukmin, 40: 19). Allah
SWT juga berfirman yang bermaksud;
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu
mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)
(Surah Al-Anfal, 8: 27)
Kewajipan-kewajipan terhadap Allah SWT juga dikira sebagai amanah yang perlu dilaksanakan. Kewajipan tersebut sama ada
berhubung terus kepada Allah SWT seperti solat, puasa dan mengerjakan fardhu haji, atau kewajipan yang berhubung dengan manusia lain
seperti membayar zakat dan memberi nafkah kepada ahli keluarga. Allah SWT menyuruh orang-orang beriman agar tidak mencuaikan
amanah sama ada amanah kepada Allah SWT, Rasul atau kepada orang lain. Ibn Kathir (2011) meriwayatkan kisah seorang sahabat Nabi
SAW yang telah berlaku khianat terhadap urusan yang diamanahkan oleh Rasulullah SAW. Sahabat ini telah bertaubat kepada Allah dan
Rasulnya dan Allah SWT menerima taubatnya selepas sembilan hari. Sepanjang tempoh itu, sahabat ini telah mengalami keadaan keluh
kesah, kerisauan dan tekanan yang mendalam. Kisah ini memberi pengajaran bahawa kemurkaan Allah SWT dan Rasul SAW menyebabkan
keadaan yang sangat tidak tenteram, keluh kesah dan tekanan. Justeru itu, perbuatan mungkir janji adalah satu tindakan yang mengundang
dosa dan tekanan jiwa yang perlu dijauhi.
66 Mohd Nasir, Siti Norlina & Siti Aisyah / Sains Humanika 5:1 (2015) 6167
3.7 Menjadi Saksi Yang Adil.
Dalam ayat 33, Allah SWT menegaskan bahawa golongan yang tidak ditimpa penyakit keluh kesah adalah mereka yang memberikan
kesaksian yang benar. Ibn Kathir (2011) menjelaskan bahawa orang yang sentiasa menjaga kesaksiannya adalah orang yang tidak
memberikan tambahan atau pengurangan terhadap keterangan yang diberi serta tidak menyembunyikan kebenaran. Hal ini ditegaskan lagi
dengan firman Allah SWT yang bermaksud “…Dan sesiapa yang menyembunyikan, maka seseungguhnya dia adalah orang yang berdosa
hatinya” (Surah Al-Baqarah, 2: 283).
Dalam tafsirannya, Ibn Kathir (2011) menyatakan bahawa penyaksian bohong adalah salah satu dari dosa-dosa besar. Manakala Al-
Qurthubi (2009) menyatakan bahawa saksi yang adil adalah, orang-orang yang memberi kesaksiannya kepada orang yang wajib
menerimanya, tanpa mengira dekat atau jauh. Golongan ini memberi kesaksian di hadapan hakim tanpa menyembunyikan atau merubah
maklumat yang di dalam pengetahuannya. Kepentingan menjadi saksi yang adil ini ditegaskan lagi dalam beberapa ayat yang lain iaitu Surah
Al-Maidah (5: 106) dan Surah Al-Nisa’ (4: 135). Ini menunjukkan tentang kewajipan untuk menjadi seorang saksi yang adil.
Selain itu, larangan dari menjadi saksi bohong juga dinyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran. Surah Al-Haj (22:30) menjelaskan bahawa
perbuatan berbohong adalah najis dan dosa yang perlu dijauhi. Manakala salah satu ciri ibadu al-rahman (hamba kepada Al-Rahman) adalah
orang yang tidak bersaksi bohong. Allah SWT juga sangat murka kepada orang yang melampau batas dan bersikap dusta (Surah Al-Ghafir,
40: 28)
Berkaitan dengan penyakit keluh kesah dan saksi yang adil, orang yang berbohong dalam penyaksiannya akan berhadapan dengan
situasi di mana dia terpaksa mereka-reka maklumat atau cerita dalam usaha ingin menyembunyikan maklumat yang dimiliki. Dalam keadaan
ini, dia tidak akan mendapat ketenangan, jiwanya sentiasa resah gelisah kerana berbohong atau menyembunyikan sesuatu.
Rasulullah SAW menegah umat Islam untuk berbohong melalui sebuah hadis yang bermaksud tanda-tanda orang munafik ada tiga,
apabila dia berkata-kata dia berbohong. Dan apabila dia berjanji dia mungkiri. Dan apabila dia diberi amanah dia khianat.” (HR Al-
Bukhari, 1987: 33)
Selain itu, rasa bersalah juga menghantui orang yang berbohong apabila sesorang itu menyembunyikan fakta dalam penyaksiannya
yang menyebabkan orang yang berhak tidak mendapat haknya atau pembelaan sewajarnya. Sebaliknya, jika dia berkata benar dalam
penyaksian, dia sebenarnya membantu hakim dan orang ramai dalam mendapatkan keadilan dan mengembalikan hak kepada empunya hak.
Namun demikian, terdapat beberapa keadaan perbuatan bohong diharuskan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud
Bukanlah pembohong orang yang mendamaikan antara manusia, dia berniat baik dan berkata yang baik (HR Bukhari, 1987: 2692).
Manakala Muslim (t.t: 6799) meriwayatkan hadis yang sama dengan menambah lafaz tidak berbohong pada tiga keadaan iaitu dalam
perperangan, mendamaikan antara manusia dan percakapan suami kepada isterinya, isteri kepada suaminya”. Sungguhpun perbuatan
berbohong membawa kepada dosa, namun ia diharuskan dalam tiga keadaan ini sahaja. Oleh yang demikian, asal hukum perbuatan saksi
dusta atau berbohong adalah satu perbuatan yang keji, maka umat Islam perlu meninggalkannya.
3.8 Sentiasa Memelihara Solat
Golongan terakhir yang akan dihindari penyakit keluh kesah adalah orang yang sentiasa menjaga solatnya. Ibn Kathir (2011) menjelaskan
bahawa orang yang menjaga solat itu adalah orang yang menjaga waktu, rukun, perkara-perkara wajib dan perkara-perkara sunat dalam solat.
Sebagai balasan, Allah SWT menjanjikan mereka akan kekal hidup di dalam syurga yang mulia. Al-Qurthubi (2009) dan Al-Thobari (2009)
menjelaskan tentang ciri orang yang memelihara solat iaitu mereka yang menjaga kesempurnaan wudhuk, menjaga waktu, melaksanakan
rukun dengan sempurna, menyempurnakan sunat dan tatatertibnya. Memelihara solat adalah juga bermaksud menjaga keadaan solat agar
sempurna. Penjagaan solat agar sempurna adalah matlamat akhir kepada kualiti solat yang dapat menghasilkan penjagaan, perlindungan dan
mencegah orang-orang yang melakukan solat dari terjebak kepada perkara-perkara yang keji dan mungkar (Surah Al-Ankabut, 29: 45).
Allah SWT menyebutkan golongan pertama yang terhindar daripada penyakit keluh kesah adalah orang yang menunaikan solat.
Manakala golongan kelapan adalah orang yang menjaga solat. Pada golongan pertama, Allah SWT menyebut sifat mereka dengan sentiasa
mengerjakan solat (daimun), sedangkan pada golongan kelapan Allah SWT menyebut sifat mereka dengan “memelihara solat” (yuhafizun).
Al-Qurthubi (2009) menjelaskan bahawa daimun adalah golongan yang tidak akan meninggalkan solat atas apa jua sebab sekalipun.
Manakala golongan yang memelihara solat (yuhafizun) adalah golongan yang mengerjakan solat dengan sempurna dengan memelihara
kualitinya. Kedua-dua sifat daimun dan yuhafizun ini juga bertindak sebagai isyarat kepada kemuliaan solat yang perlu sentiasa dikerjakan
dengan penuh kesempurnaan agar orang-orang yang mendirikan solat terhindar dari penyakit keluh kesah. Ini menunjukkan bahawa solat
sangat penting dalam memberi ketenangan kepada kehidupan seorang muslim.
Kepentingan menjaga solat juga dijelaskan dalam Surah Al-Maun (107: 4-5) yang bermaksud Maka kecelakaan besar bagi orang-
orang yang sembahyang (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembanhyangnya.Menurut Ibn Kathir (2011),
mereka yang lalai di dalam ayat ini adalah merujuk kepada golongan munafik yang melakukan bersolat ketika berada di tengah-tengah
kelompok manusia tetapi tidak melakukannya ketika bersendirian. Selain itu, orang yang lalai dalam solat juga sering melakukan solat di
hujung waktu tanpa ada sebab yang dibenarkan oleh syarak. Mereka juga melakukan solat dengan penuh kemalasan serta suka menunjuk-
nunjuk solat yang dilakukan. Ini adalah ciri-ciri solat yang dilakukan oleh orang-orang yang lalai. Solat yang semacam ini hanya mendapat
celaan dan kemurkaan Allah SWT.
Oleh kerana itu, sesorang mukin tidak sahaja dituntut untuk mengerjakan solat, tetapi mereka juga dituntut untuk menjaga solat dengan
sebaik-baiknya. Penjagaan tersebut merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan solat seperti wudhu, rukun dan niat. Ia juga
merangkumi perbuatan solat itu sendiri sama ada dikerjakan dengan keadaan bermalas-malasan, menunjuk-nunjuk kepada orang lain atau
dikerjakan dengan penuh ikhlas dan khusyuk. Solat yang ikhlas dan khusyuk inilah yang melahirkan ketenangan dan penjagaandari perkara
keji dan mungkar.
67 Mohd Nasir, Siti Norlina & Siti Aisyah / Sains Humanika 5:1 (2015) 6167
4.0 PENUTUP
Kesimpulannya, ayat 19 hingga 35 Surah Al-Ma’arij ini mengandungi petunjuk kepada manusia bagaimana untuk menghindari daripada
penyakit hallu’a atau keluh kesah yang melanda jiwa sesorang. Ini kerana dalam ayat-ayat ini Allah SWT telah menjelaskan bahawa terdapat
lapan sifat manusia yang akan menghindarkan mereka daripada dari penyakit keluh kesah. Dari satu sudut, lapan sifat ini juga boleh menjadi
asas kepada rawatan kepada penyakit keluh kesah. Para pembimbing boleh membincangkan kelapan-lapan sifat ini kepada penghidap
penyakit keluh kesah dalam usaha untuk membimbing mereka kembali kepada tanggungjawab sebagai seorang mukmin yang sejati.
Penulis berpandangan, kelapan-lapan sifat ini perlu ada pada sesorang untuk memastikan dirinya terhindar dari penyakit keluh kesah.
Ini kerana kelapan-lapan sifat ini merangkumi keseluruhan aspek kehidupan sesorang individu yang mencakupi tanggungjawab seorang
muslim terhadap Allah SWT dan hubungannya dengan orang lain (hablu min Allah wa habli min nas). Kelapan-lapan sifat ini juga memenuhi
keperluan kerohanian sesorang muslim yang dizahirkan dalam bentuk ibadah yang sempurna untuk dirinya iaitu sentiasa bersolat dan
menjaga kesempurnaan solat.
Justeru itu, sebahagian hikmah dari Surah Al-Ma’arij seperti yang dibincangkan dalam kertas kerja ini boleh menjadi satu titik
permulaan kepada usaha untuk membangunkan kaedah atau modul pencegahan dan rawatan kepada penyakit keluh kesah atau hallu’a dari
perspektif psikologi Islam.
Rujukan
Abdullah Basmeih, S. (2000). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian Al-Qur’an. Kuala Lumpur: Dar Al-Fikr.
Al-Bukhari. (1987). Sahih Al-Bukhari. Beirut: Dar Ibn Kathir.
Al-Soni’, S. I. (2000). Al-Tadin wa Al-Sihah Al-Nafsiyyah. Riyadh: Jamiah Al-Imam Muhammad bin Saud Al-Islamiyyah.
Al-Thobari. (2009). Tafsir Al-Thabari. Jakarta: Pustaka Azzam.
Al-Zahabi. (n.d.). Al-Kabair. Beirut: Dar Al-Nadwah Al-Jadidah.
Azhar, M.Z., Varma, S.L., & Dharap, A.S. (1994). Religious psychotherapy in anxiety disorder patients. Acta Psychiatrica Scandinavica, 90(1), 13. doi:10.1111/j.1600-
0447.1994.tb01545.x
Azizi Yahaya, & Tan Soon Yin. (2007). Kesihatan Mental. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Barlow, D.H., Pincus, D.B., Heinrichs, N., & Choate, M.L. (2003). Anxiety Disorder. In G. Stricker & T. A. Widiger (Eds.), Handbook of Psychology (p. 119). Canada:
John Wiley & Sons, Inc.
Beck, A.T., & Emery, G. (1985). Anxiety Disorder and Phobias. New York: Basic Books.
Culliford, L. (2005). Healing from within: Spirituality and mental health. Partners in Care Resource Pack. London: Gaskell, 19.
Dein, S. (2006). Religion, Spirituality and Depression: Implications for Research and Treatment. Primary Care and Community Psychiatry, 11(2), 6772.
Dein, S. (2010). Religion, Spirituality, and Mental Health: Theoretical and Clinical Perspectives, 21(26), 13.
Dein, S., Lewis, C. A., & Loewenthal, K. M. (2011). Psychiatrists views on the place of religion in psychiatry: An introduction to this special issue of Mental Health,
Religion & Culture. Mental Health, Religion & Culture, 14(1), 18.
Drever, J. (1952). Dictionary of Psychology. Harmondsworth: Pinguin Books.
Feldman, R. . (1997). Essentials of Understanding Psychology (3rd ed.). New York: The McGraw Hill Companies.
Friel, K. (n.d.). Keeping the faith. Mental Health Today (Brighton, England), 123.
Ibn Kathir, M. A. (2011). Tafsir Ibn Katsir (Abdul Ghoffar & Abu Ihsan, terj.). Jakarta: Pustaka Imam Syafie.
Ibn Manzur. (1997). Lisan Al-Arab. Cairo: Maktabah Taufiqiyah.
Ibn Qayyim. (2013). Penyakit Rohani dan Rawatannya (Syahrin Jasah, terj.). Kuala Lumpur: Pustaka Al Shafa.
Lewis, C. A., Breslin, M. J., & Dein, S. (2008a). Prayer and mental health: An introduction to this special issue of Mental Health, Religion & Culture. Mental Health,
Religion & Culture, 11(1), 17.
Lindridge, A. (2007). Keeping The Faith Spirituality And Recovery From Mental Health Problems. London: Mental Health Foundation.
Muslim, A. H. (n.d.). Sahih Muslim. Beirut: Dar Ihya Al-Thurath Al-Araby.
Noyes R Jr, & Hoehn-Saric R. (1998). The Anxiety Disorders. Cambridge: Cambridge University Press.
S. M. Razali, Hasanah, C. I., Aminah, K., & M. Subramaniam. (1998). ReligiousSociocultural Psychotherapy in Patients with Anxiety and Depression. Australian
and New Zealand Journal of Psychiatry, 32(6), 867872.
Zakiah Daradjat. (1989). Puasa Meningkatkan Kesehatan Mental. Jakarta: Ruhama.
... Yaacob (2012) states that counselling techniques and practices that lead to the elements of guidance based on the attributes of the Prophet SAW (Diniaty, 2013) and Al-Quran and As-Sunnah should be applied in the actual counselling session. In addition, the role of the counsellor brings noble values such as patience, contentment, believing in Qada and Qadar, accepting and believing in wisdom are the values that need to be shown to the client as the core to the formation of resilience (Masroom et al., 2015). Therefore, based on this importance, this article focuses on a model building by taking individual and spiritual needs into account through counselling skills to help increase resilience among individuals. ...
... Namun begitu, perasaan resah, gelisah dan kedekut ini tidak dihidapi oleh mereka yang mengerjakan solat secara konsisten dan mengeluarkan zakat. Mohd Nasir, Siti Norlina & Siti Aisyah (2015) berpandangan, hubungan antara kesihatan jiwa dan zakat ialah zakat dan sedekah dapat membentuk jiwa yang ihsan, simpati dan suka menolong sesama manusia. Sifat-sifat mulia ini merupakan antara ciri-ciri yang dimaksudkan sebagai berkeupayaan berinteraksi atau bersosial dengan orang lain. ...
Article
Full-text available
Worship in Islam is a form of obedience and manifestation of a Muslim's bondage to Allah SWT. However, worship also has certain advantages or benefits to the soul. This article aims to explain how zakat be able to improve the soul well-being. The method used by analyzing the views of Islamic scholars on the advantages of zakat practice. In addition, the Qur'anic verses and Hadiths are used to reinforce the argument. This article found that sincerity and understanding of the purpose of zakat are two significant elements in order to improve the soul. As such, zakat cultivated positive attitudes, such as sincerity, compassion and gratitude. On the contrary, zakat can avoid negative attitudes, such as greedy, arrogant and selfish. Therefore, sincerely and understanding the purpose of zakat can be used as one form of treatment for non-psychotic mental patients. This article is intended to provide guidance and enlightment to psychologists, counselors and counselors to treat patients in the Muslim community.
... Namun begitu, perasaan resah, gelisah dan kedekut ini tidak dihidapi oleh mereka yang mengerjakan solat secara konsisten dan mengeluarkan zakat. Mohd Nasir, Siti Norlina & Siti Aisyah (2015) berpandangan, hubungan antara kesihatan jiwa dan zakat ialah zakat dan sedekah dapat membentuk jiwa yang ihsan, simpati dan suka menolong sesama manusia. Sifat-sifat mulia ini merupakan antara ciri-ciri yang dimaksudkan sebagai berkeupayaan berinteraksi atau bersosial dengan orang lain. ...
Article
Full-text available
Language anxiety is one of the feelings associated with human psychology. These feelings arise in response to a situation or an unintended consequence. Usually language anxiety experienced by students when learning foreign languages which affects their language learning performance. Although anxiety should exist within each individual, it must be controlled so that its existence does not harm the student himself.Therefore, the aims of this study were to determine the level of spiritual practices and the level of language anxiety. Also to identify the correlation of spiritual practices with language anxiety in Arabic language learning classes. This quantitative survey was conducted using the spiritual practices questionnaire and Foreign Language Classroom Anxiety Scale. There were 399 respondens involved who are currently studying at Islamic Secondary School in Malaysia. Descriptive and inference analysis were used to analyse the data and obtain the result. The findings indicated that the respondents' spiritual practices are at a high level but the language anxiety level was moderate. In addition, there is a significant negative correlation between the students' spiritual practices with their language anxiety levels (r=-0.273, p=0.00). Therefore, this study proves that spiritual practice can addressing language anxiety issues experienced by students in schools and at the same time to provide added value to the existing body of knowledge.
Article
The purpose of this special issue of Mental Health, Religion and Culture was to provide a forum for examples of current research and theorizing examining the relationship between prayer and mental health. This collection, comprising one review article, one theoretical article, eight empirical articles, and six book reviews, is drawn from researchers in the Netherlands, UK, and USA. A variety of different measures of prayer and mental health were employed among various samples. In combination, these studies clearly attest to the importance of prayer to mental health. In combination, this work demonstrated the wide range of matters currently being investigated by researchers, as well as the variety of methodologies being employed within the social scientific study of religion and related disciplines focused on the relationship between prayer and mental health.
Article
Background: There has been a recent interest in religion and spirituality in psychiatric research and practice. Scope: After outlining the problems involved in examining religious/spiritual variables in psychiatric research, this review examines the relationship between depression and various measures of being religious. A search of databases containing published literature on religion and depression was carried out using the databases PubMed, Psycinfo and Medline from 1996 to 2006. Findings: The literature suggests that those who are religious have a lower incidence of depressive symptoms/depression and that being religious may increase the speed of recovery from depressive disorder. This protective effect is less clear cut for psychotic depression. Conclusions: This review ends by discussing the clinical implications and potential areas for future research.
Article
Religious patients with generalized anxiety disorder were given religious psychotherapy in addition to supportive psychotherapy anxiolytic drugs. Those receiving religious psychotherapy showed significantly more rapid improvement in anxiety symptoms than those who received supportive psychotherapy and drugs only. Thus, religious patients may require a different form of psychotherapy.
Article
To show the effectiveness of incorporating religious-sociocultural components in the management of patients with generalised anxiety disorders and major depression who have strong religious and cultural backgrounds as compared with a normal psychotherapeutic approach. One hundred and three cases of anxiety and 100 cases of depression with strong religious and cultural backgrounds were randomly assigned to the study or control groups. Both groups received standard treatment for their respective illnesses. The study group was given additional religious-sociocultural psychotherapy. They were followed for 6 months and were assessed in a double-blind fashion using the Hamilton Anxiety Rating Scale or the Hamilton Depression Rating Scale. Patients receiving additional religious-sociocultural psychotherapy responded significantly faster than those who received standard treatment. However, the difference became non-significant at the end of 6 months. Incorporating a religious and sociocultural component in the treatment program rapidly improved anxiety and depressive symptoms in patients with strong religious and cultural backgrounds. The present study demonstrates a need for more sensitivity to religious-sociocultural issues in the field of mental health.
Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian Al-Qur'an
  • Abdullah Basmeih
Abdullah Basmeih, S. (2000). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian Al-Qur'an. Kuala Lumpur: Dar Al-Fikr.
Anxiety Disorder and Phobias
  • A T Beck
  • G Emery
Beck, A.T., & Emery, G. (1985). Anxiety Disorder and Phobias. New York: Basic Books.