Conference PaperPDF Available

Iman, Islam dan Ihsan: Kaitannya dengan Kesihatan Jiwa

Authors:

Abstract

Islam tertegak di atas landasan yang sangat kukuh. Allah SWT telah mengutuskan seorang Rasul SAW dengan perantaraan wahyu yang disampaikan oleh Jibril AS sebagai utusanNya untuk mengajarkan manusia mengenai Islam agar mereka dapat memahami dan dapat melaksanakan segala peraturannya dalam kehidupan seharian. Islam juga disebut sebagai sebuah agama yang memberi rahmat dan kebaikan kepada sekelian alam. Namun demikian, untuk merasakan rahmat dan kebaikan ini, seorang muslim perlu memahami asas-asas dalam Islam yang di sanalah terkandung segala rahmat dan kebaikan seperti yang dijanjikan itu. Kegagalan untuk memahami asas ini, menyebabkan seseorang individu muslim itu tercari-cari kelebihanya sebagai seorang muslim berbanding dengan orang lain.
Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Pendidikan & Penyelidikan Islam (SePPIM13) yang berlangsung pada
17 & 18 Sept. 2013 bertempat di Fakulti Tamadun Islam, UTM Johor Bahru.
Iman, Islam dan Ihsan: Kaitannya dengan Kesihatan Jiwa.
Oleh;
Mohd Nasir bin Masroom
Siti Norlina bt Muhammad
Siti Aisyah bt Panatik @ Abd Rahman
Abstrak
Islam tertegak di atas landasan yang sangat kukuh. Allah SWT telah
mengutuskan seorang Rasul SAW dengan perantaraan wahyu yang
disampaikan oleh Jibril AS sebagai utusanNya untuk mengajarkan
manusia mengenai Islam agar mereka dapat memahami dan dapat
melaksanakan segala peraturannya dalam kehidupan seharian. Islam juga
disebut sebagai sebuah agama yang memberi rahmat dan kebaikan
kepada sekelian alam. Namun demikian, untuk merasakan rahmat dan
kebaikan ini, seorang muslim perlu memahami asas-asas dalam Islam
yang di sanalah terkandung segala rahmat dan kebaikan seperti yang
dijanjikan itu. Kegagalan untuk memahami asas ini, menyebabkan
seseorang individu muslim itu tercari-cari kelebihanya sebagai seorang
muslim berbanding dengan orang lain.
Kata kunci: Iman, Islam, Ihsan, Kesihatan Jiwa, Muslim.
1.0 Pendahuluan.
Ibadah adalah makanan rohani manusia. Kesan ibadah tidak terlihat pada anggota
jasad manusia tetapi ia memberi kesan kepada jiwa manusia yang taat beribadah dan
ikhlas kerana Allah SWT semata-mata. Kemuliaan manusia terletak pada unsur rohnya
yang dapat hidup dan meningkat nilai kejiwaannya ketika bermunajat kepada Allah SWT.
Justeru itu, ibadah yang dilakukan adalah satu-satu jalan yang dapat menyediakan
makanan dan bahan penyuburan kepada roh manusia, serta memberi bekalan kekuatan
jiwa yang tidak akan lenyap dan habis (Al-Qardhawi, 1995: 4).
Islam adalah agama yang mencakupi seluruh kehidupan manusia. Untuk
memanifestasikan kesempurnaan, kesesuaian dan sejagatnya Islam sebagai agama
kehidupan, maka Islam memberi ruang yang sangat luas kepada umatnya untuk
melakukan ibadah pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. seorang hamba
seharusnya mentaati tuannya dan patuh kepada segala arahan yang diberikan kebadanya.
Ketaatan ini juga bukan sekadar taat, patuh, hina dan menyerahkan diri semata-
mata, tetapi ketaatan itu berserta dengan keyakinan tentang kekuasaan dan keagongan
Mohd Nasir Masroom, Siti Norlina Muhammad, & Siti Aisyah Panatik. (2013).
Iman, Islam dan Ihsan: Kaitannya dengan Kesihatan Jiwa. Dlm Semianar Pendidikan & Penyelidikan Islam Kali Pertama (pp. 582–590).
Johor Bahru: Assosiation of Islamic Education Scholars.
Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Pendidikan & Penyelidikan Islam (SePPIM13) yang berlangsung pada
17 & 18 Sept. 2013 bertempat di Fakulti Tamadun Islam, UTM Johor Bahru.
yang dimiliki oleh tuannya. Hamba yang taat adalah hamba yang merasakan penuh
kesyukuran dan berterima kasih di atas segala kurniaan dan pemberian dari tuannya dan
sudah pasti dia akan memuja dan memuji tuannya dengan perbagai cara sebagai usaha
untuk melahirkan rasa kesyukuran itu. Malah perkara yang lebih penting adalah ketaatan
dan kepatuhan yang disertakan dengan hati yang turut patuh, bukan kepatuhan yang
bersifat fizikal seperti menundukkan kepala semata-mata, tanpa ada rasa ikhlas, syukur
dan redha kepada tuannya.
2.0 Iman, Islam dan Ihsan
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda;
  



   







 
 



 





 
 







.
Maksudnya: Dari Abu Hurairah berkata; bahwa Nabi SAW pada suatu
hari muncul kepada para sahabat, lalu datang Malaikat Jibril 'Alaihis
Salam yang kemudian bertanya: "Apakah iman itu?" Nabi SAW
menjawab: "Iman adalah kamu beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-
Nya, kitab-kitab-Nya, pertemuan dengan-Nya, Rasul-Rasul-Nya, dan
kamu beriman kepada hari berbangkit". (Jibril 'Alaihis salam) berkata:
"Apakah Islam itu?" Jawab Rasulullah SAW "Islam adalah kamu
menyembah Allah dan tidak menyekutukannya dengan suatu apapun,
kamu dirikan shalat, kamu tunaikan zakat yang diwajibkan, dan berpuasa
di bulan Ramadlan". (Jibril 'Alaihis salam) berkata: "Apakah ihsan itu?"
Nabi SAW menjawab: "Kamu menyembah Allah seolah-olah melihat-Nya
dan bila kamu tidak melihat-Nya sesungguhnya Dia melihatmu". (HR Al-
Bukhari, 1987: 50; Muslim, t.th: 9).
Hadis ini mempunyai nilai yang tinggi di dalam Islam kerana ia meliputi segala
urusan ibadah yang zahir dan yang batin. Ia menjangkau dari urusan keimanan dan amal
perbuatan anggota fizikal seperti lidah, tangan dan kaki, sehingga perkara yang
melibatkan urusan keikhlasan hati dan batin manusia yang perlu diperhatikan agar amal
perbuatan dan ibadah yang dilakukan mencapai matlamat untuk mendapatkan keredhaan
Allah SWT (Mustafa, 2009: 72).
Secara umumnya, hadis ini membicarakan tentang kesempurnaan agama Islam
dengan menyebutkan terdapat tiga komponen yang menjadi asas dalam Islam yang
mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia yang terkandung di dalamnya ibadah yang
menjadi tujuan hidup manusia. Komponen tersebut adalah. Iman, Islam dan ihsan.
Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Pendidikan & Penyelidikan Islam (SePPIM13) yang berlangsung pada
17 & 18 Sept. 2013 bertempat di Fakulti Tamadun Islam, UTM Johor Bahru.
2.1 Iman
Rasulullah SAW menerangkan rukun iman iaitu kepada Allah SWT, malaikat-
malaikatNya, kitab-kitabNya yang diturunkan kepada para nabi dan rasul, rasul-rasulNya,
hari kiamat serta qada’ dan qadar. Semua perkara ini menjadi dasar akidah atau
kepercayaan orang Islam yang di atas dasar-dasar inilah dilaksanakan amal dan ibadah.
Ini kerana, ulama-ulama hadis dan feqh seperti Imam Malik, Imam Syafie dan Imam
Ahmad telah mentakrifkan iman sebagai “…pembenaran dengan hati, ikrar dengan lidah
dan beramal dengan sekelian rukun.” (Mustafa, 2009: 91)
Berdasarkan takrifan iman yang diberikan ini, menjadi syarat penting kepada
pembenaran iman adalah dengan melakukan amal dan perbuatan atau melaksanakan
perintah yang disuruh dan menjauhi yang dilarang oleh Allah SWT, iaitu amar makruf
dan nahi mungkar” yang termasuk di dalam ertikata beribadah seperti yang dijelaskan
oleh Al-Qardhawi.
Oleh yang demikian, orang yang beriman hendaklah menjadi seorang yang
beramal untuk memanifestasikan keimanannya kepada semua rukun-rukun iman. Jika
seorang yang mengaku bahawa dia beriman tetapi dia tidak mempamerkan imannya
dengan melakukan amal, maka imannya adalah perhiasan dan cita-cita semata-mata.
Individu seperti ini hanya menyangka bahawa dia adalah seorang yang beriman dan
berharap mendapat keredhaan Allah SWT sedangkan imannya tidak sempurna (Mustafa,
2009: 92)
Kaitan antara iman dan ibadah juga dapat ditinjau menerusi fitrah manusia yang
memerlukan Tuhan atau Yang Maha Kuasa untuk menjadi tempat bergantung harap. Di
dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang mengambarkan fitrah manusia yang
memerlukan Tuhan untuk disembah (Al-Zumar, 39: 8; Luqman, 31: 32 dan Al-Isra’, 17:
67). Firman Allah SWT;



Maksudnya: “Dia lah yang menjalankan kamu di darat dan di laut (dengan
diberi kemudahan menggunakan berbagai jenis kenderaan); sehingga
apabila kamu berada di dalam bahtera, dan bahtera itu pula bergerak laju
membawa penumpang-penumpangnya dengan tiupan angin yang baik, dan
mereka pun bersukacita dengannya; tiba-tiba datanglah kepadanya angin
ribut yang kencang, dan mereka pula didatangi ombak menimpa dari
segala penjuru, serta mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh bahaya;
Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Pendidikan & Penyelidikan Islam (SePPIM13) yang berlangsung pada
17 & 18 Sept. 2013 bertempat di Fakulti Tamadun Islam, UTM Johor Bahru.
pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan
kepercayaan mereka kepadanya semata-mata (sambil merayu dengan
berkata): "Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami
dari bahaya ini, kami tetap menjadi orang-orang yang bersyukur" (Yunus,
10: 22).
Dengan memerhatikan keadaan jiwa manusia yang sentiasa mencari-cari Tuhan
seperti yang berlaku kepada Nabi Ibrahim AS (Al-An’am, 6: 76-78), atau ketika manusia
berada di dalam kesusahan atau keadaan yang terdesak (Al-Zumar, 39: 8; Luqman, 31:
32; Al-Isra’, 17: 67 dan Yunus, 10: 22) bahawasanya perasaan bertuhan itu muncul dari
fitrah yang murni. Kemudian, keimanan atau kerpercayaan ini perlu dijelmakan di dalam
bentuk amal dan perbuatan yang mempamerkan ketaatan, ketundukan dan kepatuhan
kepada Tuhan yang diimani itu atau dengan lain perkataan dengan melakukan ibadah.
Hasil dari kepercayaan kepada rukun-rukun iman ini menyebabkan seorang
mukmin itu mnyerahkan jiwa dan segala urusan kehidupannya hanya kepada Yang Maha
Esa agar selari dengan contoh kehidupan yang dibawa oleh Baginda Rasulullah SAW.
Mukmin yang sejati akan mengatakan “kami dengar dan kami taat” kepada setiap
perintah dan larangan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT terutama yang bersifat amal
perubuatan. Keimanan yang mereka punyai ini dapat mengeluarkan mereka dari
ketundukan terhadap hawa nafsu kepada ketaatan yang mutlak kepada Allah SWT (Al-
Qardhawi, 1995: 63). Firman Allah SWT;


Maksudnya: “Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki
dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan
mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak
memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang
tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka Sesungguhnya ia telah
sesat dengan kesesatan yang jelas nyata (Al-Ahzab, 33: 36).
Hubungan iman dan kesihatan jiwa dapat dilihat dari perspektif Islam dengan
merenungi ayat-ayat yang menyatakan bahawa orang yang beriman dapat merasakan
keamanan, ketenangan dan kebahagiaan (Al-An’am, 6: 82; Al-Ra’d, 13: 28 dan Al-
Tagabun, 64: 11). Firman Allah SWT;

Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Pendidikan & Penyelidikan Islam (SePPIM13) yang berlangsung pada
17 & 18 Sept. 2013 bertempat di Fakulti Tamadun Islam, UTM Johor Bahru.
Maksudnya: “Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan
iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang
mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah
petunjuk.” (Al-An’am, 6: 84).
Dalam hal ini, keimanan kepada Allah SWT dapat menghindarkan dan
menyembuhkan diri manusia dari penyakit-penyakit jiwa dan memberi rasa aman dan
tenteram. Selain itu, seorang mukmin juga terhindar diri dari rasa bimbang dan sedih
yang mengakibatkan jiwanya sakit. Peranan iman yang menghasilkan rasa keamanan dan
ketenangan apabila segala harapan, sandaraan, pertolongan, penjagaan dan perlindungan
diserahkan hanya kepada Allah SWT, Tuhan sekelian alam, Yang Maha Berkuasa, Yang
Maha Bijaksana, Yang Maha Mendengar dan Yang Maha Melihat (W. Hussein Azmi,
1994: 52).
Tiada lagi keraguan, putus asa, kekecewaan dan kesedihan kerana seseorang
mukmin itu yakin dan percaya bahawa tiada lagi kejahatan dan kesakitan melainkan
dengan kehendak Allah SWT. Maka keyakinan dan keimanan inilah yang menghasilkan
rasa damai, tenang dan bahagia itu.
2.2 Islam
Seterusnya hadis tersebut menyebutkan bahawa rukun Islam ada lima perkara
iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat lima waktu, mengeluarkan zakat,
berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji di Baitullah. Jika seseorang manusia
dapat memenuhi kelima-lima rukun ini maka sempurnalah Islamnya dan dia terpelihara
dari kemurkaan Allah SWT sekiranya ditunaikan rukun-rukun tersebut serta hukum-
hukum yang bertalian dengan syariat Islam itu sendiri (Mustafa, 2009: 76).
Maka ibadah yang terangkum di dalam rukun Islam ini menjadi dasar yang
menjadi medium perhubungan antara mahkluk dan Khaliknya. Secara sistematiknya,
seorang muslim diperintahkan untuk sentiasa berhubung dengan Allah SWT pada setiap
saat dan ketika, tempat dan ruang yang dapat memenuhi setiap detik kehidupannya. Ini
kerana kelima-lima ibadah ini telah tersusun bermula dengan syahadah, solat lima waktu
yang wajib dikerjakan sehari semalam lima kali, zakat setiap tahun, puasa di bulan
Ramadhan selama sebulan dan menunaikan haji sekurang-kurangnya seumur hidup sekali
tertakluk kepada kemampuan sesorang.
Manakala hikmah di sebalik ibadah-ibadah yang dilakukan ini pula memberikan
berbagai kelebihan dan fadhilat yang kembali kepada diri orang yang melakukan ibadah,
masyarakat dan ummah keseluruhannya. Namun demikian, tujuan ibadah yang paling
utama adalah untuk mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT dan mengesakanNya.
Sebagaimana yang disebut oleh Imam Al-Shatibi bahawa ibadah mempunyai tujuan asal
iaitu mengesakan Allah SWT; dan tujuan-tujuan sampingan seperti mendapatkan
kebaikan jiwa dan menghasilkan sifat-sifat utama padanya (Al-Qardhawi, 1986: 54).
Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Pendidikan & Penyelidikan Islam (SePPIM13) yang berlangsung pada
17 & 18 Sept. 2013 bertempat di Fakulti Tamadun Islam, UTM Johor Bahru.
Antara contoh kesan, hikmah dan kesan ibadah khusus seperti solat solat adalah
ibadah yang menunjukkan wujudnya ikatan yang kuat antara hamba dengan tuhanNya.
Ini kerana dalam solat, seseorang hamba seolah-olah berada di hadapan Tuhannya yang
dengan penuh kesungguhan memohon berbagai keperluan dan permintaan di samping
rasa merendah diri, hina, ketaatan dan cinta kepadaNya. Mengerjakan solat dengan penuh
keyakinan dan khusu’ dapat menimbulkan kejernihan spiritual, ketenangan hati dan
keamanan diri sewaktu mengerahkan semua emosi dan anggota tubuh berserah kepada
Allah SWT (Al-Zahrani & Insani., 2005: 481).
Menurut (Anas, 2012: 157), dua syarat perlu dilaksanakan agar solat dapat
berperanan kepada penyucian dan kesihatan jiwa. Pertama, melakukan solat dengan
sempurna, rapi perbuatannya, menjaga waktunya, tidak lalai, ikhlas dan menepati kaedah
berdasarkan Al-Quran dan Sunnah. Kedua, mendirikan solat dengan penuh khusyu’ dan
penuh penghayatan. Ini kerana solat yang tidak khusyu’ seumpama jasad tanpa roh. Ia
kosong dan tidak memberikan kesan kepada penycian jiwa.
Manakala ibadah puasa pula, Al-Qardhawi (1995: 286), menyatakan bahawa
berpuasa adalah ibadah yang menegah dari makan dan minum serta mengauli isteri dari
terbit fajar hingga terbenam matahari. Walaupun pada zahirnya, puasa nampak seperti
perbuatan yang negatif, tetapi ia mempunyai banyak kelebihan pada hakikatnya terutama
kebaikannya kepada roh manusia. Seorang mukmin yang berpuasa menahan jiwanya
daripada tuntutan hawa nafsu dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Al-Quran sendiri telah menjelaskan matlamat utama berpuasa adalah untuk mencapai
ketakwaan (Al-Baqarah, 2: 183). Firman Allah SWT;
    
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan
berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada
kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah, 2: 183)
Tafsir (Jalalain, t.th: 1/37) menyebutkan bahawa ayat ini bermaksud dengan
mengerjakan amalan berpuasa, ia dapat menghindarkan diri dari melakukan maksiat. Ini
kerana, puasa dapat meredakan keinginan syahwat yang menjadi punca melakukan
maksiat. Manakala (Ibn Kathir, 2011: 1/342) menyatakan puasa mengandungi
penyucian, pembersihan dan penjernihan diri dari kebiasaan-kebiasaan yang buruk dan
akhlak yang tercela. Puasa juga dapat menyucikan badan dan menyempitkan jalan-jalan
syaitan yang boleh mendorong orang melakukan maksiat.
Begitulah dengan ibadah zakat, haji, berzikir, berdoa, membaca Al-Quran,
bersedekah dan membantu orang lain. Ia mempunyai kesan dan hikmah yang sangat
memberi kesan kepada jiwa orang yang melakukannya apabila dilakukan dengan penuh
tawaduk, ikhlas dan kerana Allah SWT semata-mata.
Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Pendidikan & Penyelidikan Islam (SePPIM13) yang berlangsung pada
17 & 18 Sept. 2013 bertempat di Fakulti Tamadun Islam, UTM Johor Bahru.
2.3 Ihsan
Menurut pengertian ihsan seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW menerusi
hadis Abu Hurairah ini, iaitu seseorang menyembah Allah SWT seolah-olah dia
melihatNya. Jika dia tidak berupaya untuk melihat Allah SWT, maka sesungguhnya
Allah SWT melihat segala amal perbuatannya. Menyembah Allah SWT bererti
mengabdikan diri kepadanya dengan ibadah menurut kaedah dan cara yang sebaik-
baiknya sama ada pada zahir (perbuatan lahiriah) atau batin iaitu ikhlas pada niat.
Menurut (Ibn Manzur, t.th: 13/114), lawan perkataan ihsan adalah keburukan
(). Dalam konteks ini, ihsan hendaklah dilakukan dengan berserta rasa keihklasan
iaitu syarat kepada sahnya iman dan Islam. Setiap amal yang tidak ikhlas, tidak
dinamakan ihsan dan keimanan yang tidak disertakan dengan ikhlas, belum dinamakan
beriman.
Ibadah yang dilaksanakan menurut hakikat ihsan hanya ditumpukan dan
dikeranakan oleh Allah SWT semata-mata. Tidak disertakan niat kerana tujuan-tujuan
lain atau untuk sesyatu yang lain. Kesan dari sikap ihsan ini menyebabkan seseorang
merasa lebih bertanggungjawab di atas ibadahnya sehingga dia melakukan sesuatu ibadah
dengan penuh kejujuran sama ada ketika berada di khalayak ramai atau ketika
bersendirian. Ini kerana dia merasa yakin bahawa segala yang dikerjakannya itu dilihat
oleh Allah SWT yang menyebabkannya merasa malu jika ibadah yang dilakukannya itu
sekadar melepaskan tanggungjawab di dunia sahaja (Mustafa, 2009: 112-113).
Menurut Imam Al-Nawawi, Rasullulah SAW memberikan penjelasan mengenai
ihsan dalam beribadah dengan tujuan agar setiap muslim melakukan ibadah dengan
penuh ikhlas, patuh, penuh ketundukan dan khusyu’ apabila seolah-oleh melihat Allah
SWT di hadapan mereka. Perasan melihat Allah SWT dapat menghasilkan rasa
kehambaan dan bersungguh-sungguh dalam beribadah serta menunaikan hak-hakNya
dengan tujuan untuk menghampirkan diri kepadaNya.
Manakala di dalam Al-Quran, terdapat banyak ayat yang di sebut oleh Allah SWT
mengenai ihsan () iaitu pada surah Al-Baqarah ayat 178 dan 229, ayat 100 surah
Taubah, ayat 9 surah Al-Nahl dan surah Al-Rahman pada ayat 55 (dua kali). Bagi
perkataan ihsanan (), juga terdapat sebanyak enam tempat iaitu pada ayat 83 surah
Al-Baqarah, ayat 36 dan 62 surah Al-Nisa’, ayat 151 surah Al-An’am, ayat 23 surah Al-
Isra’ dan ayat 15 surah Al-Ahqaf. Merujuk kepada orang yang melakukan kebaikan
(  ), terdapat sekurang-kurangnya 28 tempat telah digunakan untuk
menyebutkan sifat atau ciri-ciri orang yang melakukan ihsan (Al-Baqi, 1364h).
Allah SWT berfirman;
Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Pendidikan & Penyelidikan Islam (SePPIM13) yang berlangsung pada
17 & 18 Sept. 2013 bertempat di Fakulti Tamadun Islam, UTM Johor Bahru.


Maksudnya” “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat
kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang
daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta
kezaliman. ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini),
supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya: (Al-Nahl, 16: 90).
Menurut (Al-Qurtubi, 1964: 10/167), ihsan di dalam ayat di atas membawa
pengertian membuat baik kepada diri dan orang lain. Ini kerana Allah SWT menyukai
hamba-hambaNya yang saling melakukan kebaikan di antara mereka. Allah SWT juga
Maha Kaya dalam memberi kebaikan kepada makkluk-makhlukNya. Namun demikian,
ihsan yang dimaksudkan di dalam hadis Jibril AS adalah kesungguhan () di dalam
ibadah dan menunaikannya dengan sempurna.
Jika diperhatikan, ayat-ayat di dalam Al-Quran yang menyebut tentang ihsan
adalah bertemakan kepada berbuat baik dalam konteks yang sangat luas. Al-Qurtubi
menjelaskan bahawa ketika ayat 90 surah Al-Nahl diturunkan dan dibacakan kepada Ali
bin Abi Talib, beliau lantas berkata bahawa “Demi Allah, sesungguhnya Dia mengutusan
Rasulullah SAW dengan akhlak yang mulia. Ini mengisyaratkan bahawa ihsan
mempunyai pengertian yang amat luas tetapi termasuk di dalam lingkungan berbuat baik
dan melakukan kebaikan.
Maka dapat difahami di sini dua perkara. Pertama, ihsan dalam ibadah adalah
melakukan sesuatu ibadah dengan penuh ikhlas, bersungguh dan memenuhi rukun, cara,
kaedah yang telah ditetapkan oleh syarak. Kedua, ihsan dalam makna yang lebih luas
adalah melakukan kebaikan kepada diri dan orang lain yang merentasi kesempurnaan dan
kemuliaan akhlak seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.
3.0 Penutup.
Justeru itu, ibadah yang sempurna di dalam Islam dapat difahami dalam bentuk
yang praktikal adalah meliputi iman, Islam dan ihsan. Iman menjadi asas akidah kepada
umat Islam yang memberi tumpuan kepada beriman kepada rukun-rukunya dengan
kepercayaan yang sepenuhnya. Islam pula merupakan manifestasi kepada iman dengan
melakukan amal ibadah berdasarkan kaedah dan cara yang telah ditetapkan. Melakukan
ibadah dengan ikhlas, tekun dan bersungguh-sungguh kerana mengharapkan keredhaan
Allah SWT serta melakukan kebaikan yang berasaskan kepada akhlak yang mulia adalah
termasuk di dalam lingkungan ihsan seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW
dalam hadis Jibril AS.
Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Pendidikan & Penyelidikan Islam (SePPIM13) yang berlangsung pada
17 & 18 Sept. 2013 bertempat di Fakulti Tamadun Islam, UTM Johor Bahru.
Natijah dari iman, Islam dan ihsan yang diyakini dan diamalkan menghasilkan
rasa tenang, aman dan bahagia. Sebaliknya jika ketiga-ketiga prinsip ini tidak diyakini
atau diyakini tanpa amalan yang mempamerkan keyakinan yang dipegang, tidak akan
menghasilkan kesan yang positif kepada jiwa seseorang. Individu ini akan mengalami
satu ganguan jiwa yang menyebabkannya tercari-cari penyelesaian kepada jiwanya yang
kosong. Tanpa dia sedari bahawa kekosongan jiwa tersebut adalah disebabkan
kegagalannya untuk memahami Islam yang sebenarnya.
Rujukan.
Al-Quran Al-Karem.
Al-Baqi, M. F. (1364). Mu’ajam Mufahras Li Alfaz Al-Quran. Cairo: Maktabah Dar Al-
Kutub Al-Misriah.
Al-Bukhari. (1987). Sahih Al-Bukhari. Beirut: Dar Ibn Kathir.
Al-Qardhawi, Y. (1995). Al-Ibadah Fi Al-Islam. Kaherah: Maktabah Wahbah.
Al-Qurtubi. (1964). Tafsir Al-Qurtubi. Kaherah: Dar Al-Kutub Al-Misriah.
Al-Zahrani, M. S. (2005). Konseling Terapi (Narulita & Miftahul, terj.). Jakarta: Gema
Insani.
Anas, A. K. (2012). Tazkiah Al-Nafs (H. E. Threeska, terj.). Jakarta Timur: Akbar Media
Eka Sarana.
Ibn Kathir, M. A. (2011). Tafsir Ibn Katsir (Abdul Ghoffar & Abu Ihsan, terj.). Jakarta:
Pustaka Imam Syafie.
Ibn Manzur. (n.d.). Lisan Al-Arab. Beirut: Dar Sodr.
Jalalain. (n.d.). Tafsir Al-Jalalain. Kaherah: Dar Al-Hadis.
Muslim, A. H. (n.d.). Sahih Muslim. Beirut: Dar Ihya Al-Thurath Al-Araby.
Mustafa, A. R. (2009). Hadis Empat Puluh. Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.
W. Hussein Azmi, A. K. (1994). Kaunseling dan Psikologi Menurut Islam. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
... Maka mencintai Allah merupakan kesejukan hati, kehidupan jiwa, kebahagiaan sukma, hidangan batin, cahaya akal budi, penyejuk pandangan dan pelipur lara. Tiada satupun menurut hati yang bersih, sukma yang suci, pikiran yang jernih, lebih indah, lebih nyaman, lebih lezat, lebih menyenangkan dan lebih nikmat dari pada kecintaan kepada Allah, perasaan tenteram damai disisi-Nya dan kerinduan akan berjumpa denganNya (Masroom, Muhamad, and Panatik 2013). ...
Article
Full-text available
This paper aims to discuss the concept of business in Islamic review. In Islamic teachings, Allah guarantees sustenance for his creatures. This belief in assurance is what encourages business people to keep trying even though they have failed repeatedly. This treasure is also believed to be a deposit from God which must be treated as a means to achieve the common good. In describing the relationship between man and God, it turns out that the Al-Quran uses many terms commonly used in the business world. The key to success in business is faith as a foundation in righteous deeds. The higher the success achieved, the greater the responsibility and benefits that are carried out.
Konseling Terapi (Narulita & Miftahul, terj
  • M S Al-Zahrani
Al-Zahrani, M. S. (2005). Konseling Terapi (Narulita & Miftahul, terj.). Jakarta: Gema Insani.
Kaunseling dan Psikologi Menurut Islam
  • W Hussein Azmi
W. Hussein Azmi, A. K. (1994). Kaunseling dan Psikologi Menurut Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.