Content uploaded by Asbol Mail
Author content
All content in this area was uploaded by Asbol Mail on Feb 04, 2017
Content may be subject to copyright.
1
Haji Awg Asbol Bin Haji Mail, “Pendidikan Agama Islam Brunei Darussalam
Pramerdeka: Pengalaman, Tranformasi dan Cabaran”, Beriga, Bil.96, 3 – 24, Jul. –
Sept. 2007.
2
ABSTRAK
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM BRUNEI DARUSSALAM PRAMERDEKA:
PENGALAMAN, TRANSFORMASI DAN CABARAN
Agama Islam merupakan salah satu aspek penting dalam sejarah sosial Negara Brunei
Darussalam. Kepentingan ini jelas apabila ia telah menjadi anutan kepada golongan
pemerintah dan juga rakyat negara ini. Dengan kewujudan agama Islam di tengah-
tengah masyarakat Brunei, maka aktiviti pendidikan Islam tidak boleh dipisahkan
dengan mereka. Pendidikan Islam diajarkan di rumah-rumah dan kemudiannya
berkembang ke balai-balai, surau dan masjid-masjid. Pada abad kesembilan belas,
pendidikan Islam tidak hanya dilakukan di rumah-rumah, surau dan masjid tetapi juga di
balai-balai yang dimiliki oleh ulama dan Pehin Manteri Agama Brunei. Balai telah
memainkan peranan dalam penyebaran agama Islam. Menjelang abad kedua puluh,
pendidikan agama Islam di negara ini telah mengalami transformasi sesuai dengan
perkembangan yang berlaku ke atas politik dan sosial Brunei pada ketika itu.
Pentadbiran sistem residen British yang diperkenalkan di Brunei pada tahun 1906 telah
banyak membawa perubahan dan modenisasi kepada negara ini. Pentadbiran residen
telah memperkenalkan pendidikan formal di negara ini apabila sebuah sekolah Melayu
telah dibuka pada tahun 1914 di pekan Brunei. Pengaruh pendidikan formal
kemudiannya dilaratkan kepada pendidikan agama di negara. Pada tahun-tahun 1930an
ianya cuma diajarkan sebagai salah satu mata pelajaran di sekolah Melayu. Menjelang
tahun-tahun 1950an, atas kebijaksanaan Sultan Omar Ali Saifuddien III, Sekolah rendah
agama yang berasingan dari sekolah Melayu dan Inggeris telah dibuka pada tahun
1956. Pembukaan sekolah ini semata-mata untuk memberikan didikan agama Islam
yang lebih teratur dan sempurna kepada generasi muda di negara. Sekolah ini ternyata
terus mendapat sambutan dari masyarakat Islam Brunei, sungguhpun nilai ekonominya
kurang menggalakkan. Ini menunjukkan bahawa masyarakat Islam Brunei sudah
menyedari perlunya anak-anak mereka diberikan pendidikan agama lebih-lebih lagi
dalam menghadapi arus perubahan dan pengaruh Barat menjelang tahun-tahun 70an
dan 80an. Sumbangan dan pengaruh Sekolah rendah agama ke atas generasi muda
Brunei secara umumnya begitu positif, kerana mereka dapat memahami dan
mengamalkan hukum-hukum asas Islam atau fardhu ain seperti sembahyang lima waktu
dan puasa.
3
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM BRUNEI DARUSSALAM PRAMERDEKA:
PENGALAMAN, TRANSFORMASI DAN CABARAN
Makalah ini cuba mengupas tentang pengalaman, transformasi dan cabaran
pendidikan agama Islam yang berlaku di Negara Brunei Darussalam sekitar
abad kesembilan belas hingga pra-merdeka pada tahun 1983. Pembicaraan
akan memfokus kepada transformasi pendidikan masyarakat Islam Brunei yang
melibatkan peranan golongan ulama, Pehin Manteri-manteri Agama dan agensi
kerajaan di bawah Kesultanan Melayu Brunei. Pada awalnya pendidikan Islam
Brunei diungkayahkan dalam bentuk pendidikan tidak formal yang kemudiannya
mengalami perubahan menjadi satu pendidikan yang lebih formal
1
dan teratur,
apabila kaedah pendidikan Barat yang dibawa oleh British telah mewarnai dan
mempengaruhinya.
Pendidikan agama Islam merupakan sistem pendidikan yang mengajarkan aspek
keagamaan seperti membaca al-Quran, belajar hukum-hakam Islam terutama
dalam bentuk asas, sejarah Islam, tauhid dan adab. Pendidikan Islam
mempunyai matlamat untuk melahirkan umat Islam yang teguh keimanannya
kepada Allah agar kehidupan mereka berbahagia bukan saja di dunia bahkan
yang lebih penting di alam akhirat nanti. Bagi sebahagian golongan yang
1
Secara umumnya setiap orang sepanjang usianya akan menghadapi tiga jenis proses
pendidikan; pertama pendidikan tak formal, kedua pendidikan bukan formal dan ketiga
pendidikan formal. Pendidikan tak formal merupakan pendidikan yang diperolehi menerusi
pengalaman, percakapan, pendengaran dan pembacaan. Pendidikan bukan formal pula segala
bentuk kegiatan pendidikan yang teratur bagi sesuatu golongan berdasarkan keperluan mereka.
Umpamanya kelas agama di masjid, kelas muzik dan kursus dalam perkhidmatan. Manakala itu
pendidikan formal satu corak pendidikan yang diselenggarakan oleh kerajaan melalui Jabatan
Pelajaran atau Kementerian Pendidikan seperti sekolah rendah, menengah, maktab dan
unversiti. Lihat, Sufean Hussin, Pendidikan di Malaysia, sejarah, sistem dan falsafah, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1993, hlm.308-310, 315-316.
4
menentang adanya kehidupan akhirat ini beranggapan kepercayaan seperti ini
adalah karut dan tidak boleh diterima oleh akal rasional manusia. Tetapi bagi
umat Islam ianya wajib dipercayai dan pasti wujud kerana di sanalah pengadilan
sebenar ke atas umat manusia untuk dinilai dan ditimbang segala perlakuan
yang dibuat semasa menjalani kehidupan di dunia. Sementara itu sistem
pendidikan sekular dalam perbincangan ini membawa makna sebagai sistem
persekolahan yang mengajarkan mata-mata pelajaran seperti matematik, sains,
sejarah, geografi, perdagangan dan sebagainya. Pendidikan seperti ini muncul
di sekolah-sekolah Melayu, Inggeris, Cina, misi dan vokasional. Sistem
pengajaran dan pembelajarannya lebih menumpukan kepada hal-hal kehidupan
dunia tanpa cuba menghubungkan dengan elemen-elemen keagamaan. Apa
yang berlaku hasil tindak tanduk manusia dan juga perubahan yang berlaku
muka bumi dianggap sebagai perkara semula jadi.
Sebelum terbentuknya persekolahan Melayu, masyarakat Islam Brunei memang
sudah mempunyai sistem pendidikan Islam mereka sendiri. Sebahagian
pengkaji berpendapat bahawa pendidikan tersebut dipercayai sudah bermula
serentak dengan proses islamisasi ke atas masyarakat Brunei. Senario ini
bukan cuma berlaku di negara ini malahan ia juga terjadi kepada negeri-negeri
lain di Alam Melayu seperti di Indonesia, Tanah Melayu dan Filipina. Pendidikan
merupakan kaedah yang terbaik untuk menyebarkan dan memahamkan ajaran
Islam ke atas penganutnya.
2
. Oleh kerana dianggap begitu penting, makanya
2
Ismail Hamid, Perkembangan Islam di Asia dan Alam Melayu, Heinemann (Malaysia) Sdn.
Kuala Lumpur, 1986, hlm.170; Sufean Hussin, Pendidikan Malaysia, ibid., hlm.2; Mohd Zain bin
5
menuntut ilmu agama dalam Islam adalah wajib ke atas umatnya bagi
menguatkan ketakwaan dan keimanan kepada Allah sebagai mana yang dituntut
oleh agama ini. Namun begitu dalam ajaran Islam, menuntut ilmu keduniaan
juga penting demi kesejahteraan umat di Islam semasa menjalani hidup di dunia
ini.
Pada tahap-tahap awal kedatangan Islam ke Brunei, pendidikan Islam dipercayai
telah disampaikan oleh para mubaligh luar yang berkunjung ke negara ini.
Mereka ini sama ada terdiri dari mubaligh Arab, Parsi ataupun India. Sehingga
kini, tarikh permulaan kedatangan Islam ke Brunei telah menjadi isu kontorversi
yang tidak berpenghujung di kalangan pengkaji tempatan mahupun pengkaji luar
negeri. Bagi pengkaji tempatan berpendapat, Islam sudah muncul dan
berkembang di Brunei sekitar abad kesepuluh hingga keempat belas.
3
Manakala
itu, pengkaji-pengkaji Barat seperti Tregonning, Hall, Cady dan Tarling
berpendapat bahawa Islam hanya berkembang pada kurun yang keenam belas
di Brunei selepas Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511.
Haji Serudin. Pandangan Islam mengenai pendidikan. Kertas kerja Seminar Pendidikan, anjuran
Persatuan Guru-guru Melayu Brunei, 30 Oktober – 1 November 1981, hlm.22, gelaran penuh
beliau ialah Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Mohd. Zain bin
Haji Serudin, Menteri Hal Ehwal Agama Brunei.
3
Mahmud Saedon bin Awg Othman, Jejak-jejak, kumpulan kertas kerja, Akademi Pengajian
Brunei, Universiti Brunei Darussalam Brunei, 2003, hlm. 11, gelaran penuh beliau, Dato Paduka
Seri Setia Profesor Dr. Haji Awang Mahmud Saedon bin Awang Othman, telah kembali ke
rahmatullah pada 24 Jun 2002; Pengiran Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman,
Islam di Brunei Darussalam, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, 1992, hlm.47, gelaran penuh
beliau ialah Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman,
sekarang memegang jawatan Timbalan Menteri Pendidikan Brunei; Mohd Jamil bin Haji Umar,
Latar belakang sejarah Brunei, Jabatan Pusat Sejarah, Brunei, 1990, hlm.7, gelaran penuh beliau
ialah Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Awang Mohd Jamil Al
Sufri bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Haji Awang Umar, jawatan sekarang
Pengetua Jabatan Pusat Sejarah Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Brunei;
6
Keruntuhan Kesultananan Melayu Melaka telah memberi kelebihan kepada
Kesultanan Melayu Brunei, apabila ia telah muncul sebagai pusat
pengkembangan Islam penting yang sebelum ini didominasi oleh Melaka.
4
Apabila anak-anak tempatan yang sudah memiliki ilmu agama, mereka juga
memainkan peranan dalam menyampaikan ajaran Islam ke atas masyarakat
Brunei, di samping peranan yang dimainkan oleh mubaligh luar. Ilmu yang
diperolehi oleh anak-anak tempatan bukan saja didapati dari mubaligh luar yang
datang ke negeri tetapi ada di antara mereka yang merantau ke sebarang laut.
Mereka mengajarkan kepada masyarakat tempatan seperti ilmu Fardu Ain,
perkara asas dan mudah difahami seperti rukum Islam, rukun iman, hari-hari
kebesaran Islam, dan pengajaran membaca al-Quran.
5
Aktiviti pendidikan ini, pada awalnya beroperasi dan berpusat di rumah-rumah
persendirian. Oleh kerana orang yang memeluk agama ini semakin ramai dari
masa ke semasa, maka rumah-rumah persendirian sebagai pusat kegiatan
pendidikan Islam sudah tidak sesuai lagi. Oleh itu dibukalah tempat-tempat baru
seperti di balai-balai
6
, surau-surau dan seterusnya ke masjid-masjid.
4
K.G. Tregonning, From earliest time to 1511, University of London Press, London, 1957,
hlm.211; D.G.E. Hall, Sejarah Asia Tenggara, terjemahan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur, 1979, hlm.263; J.F.Cady, South East Asia: Its historical development, Mc Graw Hill,
U.S.A. 1963, hlm.167; N. Tarling, South East Asia: past and present, F.W. Cheshire, Melbourne,
1966, hlm.44.
5
Mahmud Saedon bin Awg Othman, Jejak-jejak, hlm. 284; Mohd Zain bin Haji Serudin.
Pandangan Islam mengenai pendidikan. hlm.22.
6
Terdapat empat pengertian tentang balai menurut pandangan masyarakat Melayu Brunei.
Pertama, balai sebagai tempat menyimpan peralatan menangkap ikan seperti balat, tugu, jala,
pukat dan lukah. Fungsinya sama seperti stor. Kedua, balai sebagai tempat kegiatan
7
Sungguhpun begitu, kegiatan menyampaikan pendidikan Islam di rumah-rumah
persendirian tidak bermakna telah pupus kerana ianya memang masih
diteruskan di Brunei. Hal ini jelas menjelang abad kesembilan belasan. Seorang
ulama yang berasal dari Banjarmasin telah menetap di Brunei, beliau ialah Dato
Ahmad bin Haji Abdul Latif. Beliau dikatakan telah berhijrah ke Brunei di zaman
pemerintahan Sultan Abdul Momin (1852-1885). Apabila beliau sampai ke
Brunei, beliau telah menetap di Kampong Burung Pingai, salah sebuah kampung
di Kampong Air. Setelah penduduk Kampong Burung Pingai mengetahui yang
Dato Ahmad merupakan seorang yang berkebolehan dalam bidang agama,
maka mereka pun meminta beliau supaya menjadi guru agama. Tawaran ini di
terima dengan hati yang terbuka oleh beliau. Dato Ahmad telah menjadikan
rumahnya sebagai kegiatan pendidikan Islam. Ibadat sembahyang, membaca al
Quran dan tauhid merupakan perkara-perkara yang telah diajarkan oleh beliau
kepada pelajar-pelajarnya. Kemasyuran Dato Ahmad sebagai tenaga pengajar
dalam bidang agama telah terdengar ke kampung-kampung lain di sekitar
Kampong Air. Ini telah menarik minat kepada penduduk kampung-kampung lain
selain Kampong Burung Pingai untuk mempelajari agama pada Dato Ahmad.
Perkhabaran tentang Dato Ahmad mempunyai ilmu agama yang tinggi ini telah
samapai ke telinga Sultan Abdul Momin. Lantaran itu baginda telah berkenan
perusahaan atau pekerjaan seperti menjalin balat, bertukang perahu (memburis) dan perusahaan
kayu bakau untuk kegunaan kayu dapur. Ketiga balai sebagai tempat belajar seni silat atau seni
mempertahankan diri. Keempat, balai sebagai tempat belajar dan aktiviti keagamaan. Balai
seperti ini pada lazimnya dipunyai oleh ulama-ulama di kalangan Pehin-pehin Manteri Agama.
Oleh itu pengertian keempat ini digunakan dalam pembicaraan ini. Temubual dengan Haji
Kassim bin Serudin, berumur 82 tahun. Temubual diadakan di rumah beliau di Kampong Setia
“B” salah sebuah Kampong Air di Brunei. Lihat juga, Abdul Latif bin Haji Ibrahim, Peranan
rumah-rumah perkumpulan dalam masyarakat Melayu Brunei, dalam Ikhtisar budaya, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Brunei, 1982, hlm.83.
8
untuk melantik beliau sebagai Pegawai Perkembangan Agama Islam di Brunei.
Memandangkan kewibawaan beragama yang dimiliki Dato Ahmad begitu
menyerlah, maka sultan berkesudian untuk mengurniakan gelaran kepada
beliau dengan gelaran Datu Seri Maharaja. Ini bermakna Sultan Abdul Momin
bersedia untuk menaikkan kedudukan beliau sebagai salah seorang Manteri
Agama dalam Kerajaan Brunei. Gelaran Datu Seri Maharaja merupakan gelaran
khas kepada golongan Manteri Agama dalam struktur pentadbiran Kesultanan
Melayu Brunei. Bagaimanapun Dato Ahmad menolak gelaran yang akan
dikurniakan oleh sultan ini. Selain Dato Ahmad menjadikan rumah beliau sebagai
pusat kegiatan pendidikan Islam, hal yang sama juga telah dilakukan Tuan Imam
Abdul Rahman bin Awang Matserudin (1872-1945) di Kampong Bukit Salat.
7
Oleh kerana pelajar yang belajar di rumah-rumah ulama-ulama Brunei pada akhir
abad kesembilan belas semakin ramai, maka rumah mereka sebagai pusat
kegiatan pendidikan Islam sudah tidak sesuai lagi. Dengan yang demikian
tempat baru adalah diperlukan untuk menampung pelajarnya yang semakin
bertambah. Oleh itu ada, di antara mereka telah membangunkan tempat khas
untuk mengajarkan ilmu-ilmu Islam kepada pelajarnya yang dikenali sebagai
balai. Hal ini pernah dilakukan oleh Pehin Khatib Muhammad bin Hassan (1860-
1941), apabila rumah beliau di Kampong Lurong Sikuna, yang menjadi pusat
aktiviti pendidikan Islam sudah tidak mampu lagi menampung pelajarnya yang
7
Simat bin Angas, Suhaili bin Haji Hassan & Haji Ismail bin Ibrahim, Tokoh-tokoh agama di
Brunei Darussalam: Pengenalan ringkas, Jabatan Muzium Brunei, 1992, hlm.15, 31-32; Hajah
Joriah binti Haji Metali, Dato Haji Ahmad, dlm. Pusaka, Berita Jabatan Pusat Sejarah Brunei,
Bil.1, 1988, hlm.63.
9
semakin ramai. Akhirnya untuk mengatasi masalah ini beliau telah membina
sebuah balai. Di sinilah beliau mengajar pelajarnya dengan lebih selisa. Hal yang
sama juga dilakukan oleh Pehin Datu Imam Abu Bakar bin Abdul Rahman (1880-
1937), di Kampong Kianggeh yang terletak di bandar Brunei.
8
Lain-lain Pehin-
pehin Manteri Agama yang mempunyai balai ialah Pehin Dato Imam Haji Mokti,
di Kampong Burung Pingai, beliau meninggal dunia pada tahun 1946, Pehin
Siraja Khatib Haji Abu Hanifah di Kampong Saba, beliau meninggal pada tahun
1956 dan Khatib Saad bin Juru Apong di Kampong Pandai Besi, meninggal
dunia pada tahun 1968.
9
Sistem pendidikan balai hanya wujud di Kampong Air di mana terletaknya
kerajaan pusat Kesultanan Melayu Brunei, Sistem pendidikan ini jelas telah
memberikan sumbangan yang besar dalam meningkatkan pemahaman dan
penyebaran ajaran Islam di negara ini sebelum kewujudan sistem persekolahan
atau pendidikan formal. Ulama-ulama Brunei yang biasanya terdiri dari Pehin-
pehin Manteri Agama
10
, seperti Pehin Datu Imam Haji Mokti bin Haji Nasar
8
Simat bin Angas & rakan-rakan, Tokoh agama Brunei, Ibid., hlm.21, 28, 50.
9
Temu bual Mohd Jamil bin Haji Abas dengan Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia
Awg Haji Mohd Yusof di Masjid Omar Ali Saifuddien Bandar Seri Begawan Brunei pada 5
Februari 1991.
10
Ulama-ulama Brunei tidak semestinya berjawatan Pehin Manteri Agama, ada juga di kalangan
mereka terdiri dari golongan Pengiran dan ada juga yang bertaraf Wazir. Sebagai contoh ulama
di kalangan Pengiran ialah Maulana Pengiran Haji Abdul Momin bin Pengiran Sabtu, dikatakan
pernah menuntut ilmu agama di Mekah sekitar 1800-1820. Beliau mempunyai ramai pelajar di
sekitar Kampong Air. Maulana Pengiran telah meninggal dunia kira-kira pada tahun 1880.
Sementara itu ulama Brunei bertaraf Wazir ialah Pengiran Digadong Pengiran Haji Mohd Salleh
bin Pengiran Anak Haji Mohammad (1890-1969). Beliau pernah menuntut ilmu agama di balai
ulama Brunei. Disebabkan beliau mempunyai pengetahuan agama yang baik, maka beliau
dilantik untuk memegang jawatan penting dalam pentadbiran agama kerajaan Brunei. Pada
tahun 1940 pernah dilantik sebagai Kadi Besar, 1948 dilantik menjadi Majlis Jemaah Penasihat
10
(1864-1946), Pehin Khatib Abdul Razak bin Abdul Rahman Sambas (1875-
1943), Pehin Siraja Khatib Abdul Razak bin Hassanudin (1879-1939),
menyebarkan ajaran Islam melalui balai-balai yang mereka bina. Institusi ini
biasanya dibangunkan berdekatan dengan rumah mereka. Pelajar ulama-ulama
ini tidak hanya terbatas kalangan penduduk Kampong Air bahkan ada yang
datang dari jauh, sebagai contoh, Pehin Khatib Abdul Razak mempunyai pelajar
yang datang dari Sabah.
11
Balai sebagai institusi pendidikan agama telah memainkan peranan penting
dalam penyebaran ilmu-ilmu Islam di Brunei, seperti mana peranan ‘pondok’ di
Tanah Melayu dan ‘Pesantren’ di Indonesia.
12
Ada pengkaji berpendapat,
bahawa sistem pengajian balai baru wujud dalam tahun-tahun 1920an, namun
pandangan ini ternyata kurang tepat bahkan sistem pendidikan seumpama ini
memang sudah ada pada abad kesembilan belas atau mungkin lebih awal dari
itu.
13
Hal ini terbukti apabila ulama-ulama Brunei yang hidup pada akhir abad
kesembilan belas sudah memiliki balai untuk menyampaikan ilmu agama kepada
pelajar-pelajar mereka dan masyarakat tempatan. Sementara itu ada pula
pengkaji percaya bahawa sistem pendidikan balai telah diasaskan di Kampong
Syariah, menjadi ahli Majlis Agama Islam pada tahun 1955 dan menjadi Penasihat Agama dari
tahun 1959 hingga 1968. Ibid., hlm.7, 9, 59-61
11
Simat bin Angas & rakan-rakan, Tokoh agama Brunei, hlm.18, 40.
12
Mahmud Saedon bin Awg Othman, Jejak-jejak hlm.285.
13
Abdul Latif bin Haji Ibrahim, Brunei Darussalam rantisan sejarah dan budaya, Akademi
Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam Brunei, 2003, hlm.11, gelaran penuh beliau ialah
Dr. Haji Awang Abdul Latif bin Haji Ibrahim.
11
Burung Pingai. Kemudian sistem ini diikuti oleh kampung-kampung lain seperti
Kampong Peramu, Kampong Sungai Kedayan, Kampong Lorong Sikuna dan
Kampong Saba.
14
Sistem pengajian balai ini boleh dibahagikan kepada dua kateogri iaitu pengajian
umum dan pengajian lanjutan. Pengajian umum menyediakan pelajaran Zikir
Brunei, Ratib Saman, mengaji Quran dan hadrah. Di samping itu pelajaran
tentang ibadat sembahyang juga diajarkan. Perkara ini memang menjadi
keperluan masyarakat Islam bagi melepaskan dari tuntutan Fardhu Ain dan
Fardhu Kifayah. Pelajar yang mengikuti pengajian umum ini tidak semestinya
pelajar yang berkebolehan menulis dan membaca jawi.
Sementara itu, pengajian lanjutan memerlukan calon-calonnya terdiri daripada
mereka yang berkebolehan menulis dan membaca jawi. Mereka diajarkan Ilmu
Fiqh, Faraidh, Babun Nikah, Nahu dan Qawaid, Tasawuf dan Akhlak. Bidang ini
membolehkan pelajarnya menjadi Kadi, Juru Nikah, dan guru.agama
15
Dalam
pengajian balai ini, kitab-kitab rujukan yang dipakai sama seperti yang digunakan
di pusat-pusat pengajian agama di Alam Melayu yang lain, umpamanya Matla’
Badrin, Sabilul Muhtadin, Furu’ Masail, Bughyah Al-Tullab, Hidayah Al-Salikin
dan Siar Al-Salikin.
16
Sistem pendidikan agama balai ini sama sekali tidak
bertujuan material. Ulama-ulama sebagai guru tidak mengharapkan sebarang
14
Abdul Latif Haji Ibrahim, Peranan rumah-rumah perkumpulan, hlm.75.
15
Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Agama, Brunei, Pendidikan agama di
Negara Brunei Darussalam, 1996, hlm. 45-46.
16
Mahmud Saedon bin Awg Othman, Jejak-jejak, hlm.286.
12
ganjaran material daripada pelajar, semua ini terpulang kepada para pelajar
sama ada mahu memberikan sumbangan atau tidak. Ini menunjukkan ulama-
ulama yang mengajarkan ilmu agama ini benar-benar berkhidmat kerana Allah
bukan kerana lain-lain perkara seperti ganjaran kebendaan.
Selain daripada tempat mengali ilmu agama, balai-balai juga berperanan dalam
aktiviti-aktiviti keagamaan yang lain, umpamanya pada tahun-tahun 1940an di
bulan Ramadhan, balai dijadikan tempat bertadarus oleh pemiliknya. Ini
bermakna majlis bertadarus tidak cuma diadakan di rumah-rumah persendirian,
surau-surau dan masjid-masjid. Masyarakat Islam yang tinggal berdekatan balai
ini digalakkan oleh Pehin-pehin Manteri Agama selaku pemilik balai, untuk
datang meramaikan majlis bertaradus yang biasanya bermula kira-kira jam lima
petang hingga menjelang waktu maghrib. Untuk jamuan majlis ini biasanya
dibawa sedikit seorang di kalangan perserta bertadarus atau sedekah dari
masyarakat Islam yang tinggal di sekeliling balai. Bersedekah seperti kueh mueh
merupakan amalan yang sering dilakukan oleh masyarakat Islam di negara ini
kerana mereka menyedari bahawa dalam ajaran Islam bersedekah pada bulan
Ramadhan mempunyai ganjaran pahala yang besar.
17
Kadangkala majlis
bertadarus diadakan selepas sembahyang tarawih. Untuk jamuan diakhir majlis
ini diperolehi dari ikan yang ditangkap dengan cara kabat pada lintau waktu
malam itu juga. Ikan yang diperolehi biasanya ikan sembilang, kerana ikan ini
17
Temubual dengan Dyg Hajah Ismah binti Pehin Khatib Dato Paduka Haji Mohd Said berumur
58 tahun, di rumah beliau No 83 Sim 625 Kampong Madewa BF 1120 Km 7 Jalan Tutong
Negara Brunei Darussalam, 24 Mei 1993.
13
masuk pada waktu malam untuk makan udang yang berada dalam lintau.
18
Ada
kalanya balai ini juga digunakan sebagai tempat mengadakan majlis bertahlil
yang lazimnya diadakan setahun sekali terutama di bulan Syaaban sebelum
menjelang Ramadhan.
19
Menurut Mahmud Saedon, sistem pendidikan balai
yang ada di Brunei telah memberikan sumbangan yang besar kepada
melahirkan ulama-ulama tempatan yang mempunyai pengetahuan mendalam
tentang ilmu fiqh dalam bahasa Melayu berdasarkan Mazhab Syafiee. Tradisi
pendidikan dan keilmuan juga adalah sama seperti tradisi di negeri-negeri di
Alam Melayu yang lain.
20
Ulama-ulama keluaran pendidikan balai inilah sebagai
genarasi penerus dalam mengajarkan dan menyebarkan pendidikan Islam ke
atas masyarakat Islam di Brunei. Bagaimanapun sumbangan balai sebagai
penyalur ilmu agama boleh dikatakan tidak menyeluruh ke atas masyarakat
Islam di Kampong Air. Dalam pengajian balai hanya membenarkan kaum lelaki
sahaja. Jadi kaum wanita tercicir untuk mendapatkan ilmu agama. Golongan
wanita yang pandai mengaji dan ilmu agama hanya belajar di rumah-rumah
persendirian yang jauh dari pergaulan dengan kaum lelaki.
21
Dalam pada itu
tidak semua kaum lelaki dewasa Kampong Air yang menghadiri kegiatan
18
Temubual dengan Haji Bungsu bin Jafar berumur 78 tahun, di rumah beliau No 164D
Kampong Setia ‘B’ Negara Brunei Darussalam, 10 Januari 2005. Lintau adalah sejenis alat
menangkap ikan yang dibuat daripada buluh bentuknya seperti kelong. Bagaimanapun lintau
dipasang dalam kawasan sungai tidak seperti kelong di tengah laut atau di kuala-kuala sungai.
Lihat, Kamus Bahasa Melayu Nusantara, Brunei: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003, hlm. 1628
19
Abdul Latif bin Haji Ibrahim, Brunei, sejarah dan budaya, hlm.11.
20
Mahmud Saedon bin Awg Othman, Jejak-jejak, hlm, 286.
21
Yahya bin Haji Ibrahim, Sejarah dan peranan institusi-institusi Melayu Islam Beraja, Pusat
Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Agama Brunei, 2000, hlm.30-31. Gelaran penuh beliau
ialah Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim,
bekas Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama Brunei.
14
pendidikan agama di balai-balai ini, cuma mereka yang benar-benar berminat
saja yang mahu mengikutinya. Lagipun pada ketika itu tidak ada satu peraturan
yang menghendaki untuk masyarakat Islam supaya belajar ilmu agama di balai-
balai, dalam erti kata yang lain ia dilakukan atas perasaan sukarela saja.
Peranan balai sebagai institusi pendidikan secara beransur-ansur mengalami
kemerosotan dan seterusnya pupus apabila pendidikan agama Islam diajarkan
di sekolah-sekolah terutama sekali apabila muncul Sekolah Agama Rendah
pada tahun 1956.
Sementara itu masjid terus memainkan peranan sebagai tempat sembahyang
berjemaah terutama sekali untuk menunaikan sembahyang fardhu Jumaat. Ia
juga memainkan peranan dalam memberikan didikan agama kepada masyarakat
Islam Brunei. Apa yang membezakan antara masjid dengan balai dan surau
ialah, masjid didirikan oleh pihak kerajaan di pekan dan bandar. Ia mempunyai
sistem pentadbiran yang teratur berbanding dengan balai dan surau.
Pentadbiran masjid dilaksanakan oleh Pehin-pehin Manteri Agama. Mereka ini
bersama guru-guru yang dilantik oleh kerajaan mengajarkan ilmu agama di sini.
Ulama-ulama Brunei, di samping memainkan peranan dalam menyebarkan dan
menyampaikan pendidikan Islam, juga ada di antara mereka yang memainkan
peranan dalam menguruskan kebajikan masyarakat Islam Brunei luar negeri.
Sebagai contoh Khatib Haji Abdul Latif bin Haji Taha, pernah diperintahkan oleh
Sultan Muhammad Tajuddin (1795-1804, 1804-1807), sebagai wakil baginda
15
membeli rumah wakaf di Mekah pada tahun 1809. Bangunan ini sebagai tempat
kediaman jemaah haji Brunei yang sedang menunaikan fardhu haji.
22
Apabila kuasa British bertapak di Brunei terutama sekali setelah kemunculan
sistem pentadbiran Residen British pada tahun 1906, ianya tidak cuma
mempengaruhi sistem politik, pentadbiran, ekonomi dan undang-undang,
malahan juga secara langsung mempengaruhi sistem pendidikan Brunei.
23
British telah memperkenalkan sistem pendidikan sekular berbentuk formal
kepada masyarakat Brunei apabila sekolah Melayu pertama ditubuhkan pada
tahun 1914 di Jalan Pemanca bandar Brunei. Mulai saat ini wujudlah dua bentuk
sistem pendidikan di Brunei pada abad kedua puluh, iaitu sistem pendidikan
agama Islam dan sekular.
24
Sungguhpun persekolahan Melayu telah pun wujud pada awal abad kedua puluh
seperti yang dijelaskan di atas, namun pendidikan agama Islam belum mendapat
tempat dalam jadual waktu belajar di sekolah tersebut. Sementara itu rancangan
hendak mendirikan bangunan sekolah agama yang khas memang belum
terlintas dalam pemikiran pemerintah pada masa itu. Hal ini berlaku kerana
pentadbir British pada ketika kurang mengambil berat tentang pendidikan agama
kerana mereka memikirkan pendidikan seperti ini tidak memberikan sumbangan
22
P.L.Amin Sweeney, (ed), Silsilah Raja-raja Berunai teks ‘B’. Journal of the Malaysian branch
royal Asiatic society. Vol.XLI pt.2, 1968, hlm.70.
23
Sir W.G. Maxwell & W.S.Gibson, Treaties and engagements affecting the Malay states and
Borneo, Je. Truscott, London, 1924, hlm. 149-150.
24
State of Brunei, Annual report 1914, hlm.5.
16
kepada pembangunan Brunei, tidak seperti sekolah Melayu dimana pelajarnya
dapat diambil bekerja sebagai pegawai rendah kerajaan dalam melicinklan
jentera pentadbiran kerajaan pada ketika itu. Dalam pada itu masyarakat Islam
Brunei kelihatannya masih merasa selesa mempelajari ajaran Islam secara
tradisional yang dilakukan di rumah-rumah persendirian, balai, surau dan masjid-
masjid. Lagipun masyarakat Islam melihat memasukkan pendidikan agama ke
dalam sistem persekolahan kurang penting, ini disebabkan kebanyakan mereka
pada mulanya tidak berminat kepada sistem pendidikan tersebut.. Hal ini berlaku
kerana tenaga anak-anak mereka diperlukan usaha mencari sumber ekonomi
bagi menyara kehidupan keluarga mereka. Sikap yang dilihat oleh kerajaan
sebagai negatif kepada pembangunan Brunei, telah mendorong kerajaan untuk
mengambil tindakan yang tegas dengan mengeluarkan peraturan The
Attendance 1929 yang mewajibkan kanak-kanak yang berumur di antara tujuh
hingga 14 tahun untuk memasuki alam persekolahan. Mana-mana ibu bapa
yang engkar dengan peraturan ini akan dikenakan denda antara 50 sen hingga
$1.00 bergantung kepada berapa kali kesalahan dilakukan.
25
Pendidikan Islam boleh dikatakan menempuh era baru pada tahun 1931, apabila
ia mula diajarkan melalui sistem pendidikan formal sebagai satu mata pelajaran
di sekolah Melayu di bandar Brunei. Langkah ini telah dibuat oleh tiga orang
pembesar Brunei iaitu dua orang Wazir dan seorang Ceteria yang terdiri dari
Pengiran Bendahara Abdul Rahman, Pengiran Pemanca Haji Mohd Yassin dan
25
State of Brunei, Annual report 1929, hlm.20.
17
Pengiran Syahbandar Hashim. Ada kemungkinan pembesar ini menyedari
bahawa pendidikan agama ini perlu diajarkan di sekolah supaya pengajaran
lebih teratur dan berkesan kepada pelajarnya. Tambahan pula tindakan ini
memang selaras dengan salah satu dari kandungan undang-undang Islam yang
dikenali sebagi “Undang-undang No.1 Tahun 1912” yang menyatakan:
26
Tidak boleh barang siapa pun dikecualikan dalam rumah sendiri
dan kepada anak isteri dan ahli-ahli sendiri, mengajar agama Islam
melainkan ianya terlebih dahulu mendapat surat kebenaran
daripada DYMM Al-Sultan. Dan barang siapa didapati mengajar
agama Islam dengan tiada mendapat kebenaran atau barang siapa
yang telah mendapat kebenaran mengajar tetapi pula pengajaran
yang diajarkan itu palsu atau tiada benar bolehlah dihukum, jika
didapati terang salahnya itu oleh mahkamah yang berkuasa
membicarakannya, denda tiada lebih daripada dua puluh lima
ringgit.
Pendidikan Islam pada waktu itu diajarkan selepas menunaikan sembahyang
fardhu Jumaat. Ia tidak termasuk dalam jadual harian pelajaran sekolah. Guru-
guru yang mengajar mata pelajaran ini terdiri dari pegawai-pegawai masjid dan
orang-orang yang dianggap mempunyai pengetahuan agama yang baik.
Kebanyakan mereka ini boleh dikatakan dari bekas pelajar instituti pendidikan
balai. Ketiga-tiga pembesar tersebut di atas telah bermurah hati untuk membayar
elaun kepada guru-guru yang terlibat dalam pelajaran agama ini sebanyak $5.00
sebulan.
27
Ini mencerminkan pendidikan agama pada ketika itu hanya bersifat
mata pelajaran tambahan kerana ia tidak dimasukkan dalam jadual harian
26
Abdul Saman bin Kahar, Pelajaran agama di sekolah-sekolah, dlm, Sri Pembangunan, Bil.2,
Bahagian Penerangan Setiausaha Kerajaan, Brunei, t.th, hlm.48. Gelaran Penuh beliau ialah
Dato Paduka Ustaz Haji Abdul Saman bin Kahar, sekarang menjadi Duta Brunei di Jordan.
27
Jabatan Muzium Brunei, Risalah pameran sejarah perkembangan Islam di Brunei, 1979, t.hlm.
18
pelajaran sekolah. Kerajaan hanya setakat menyediakan tempat dan belum
menyediakan peruntukan khas kepada pendidikan agama, tidak seperti yang
berlaku kepada sekolah Melayu.
Pada tahun 1936, Penguasa Pelajaran Melayu telah dipegang oleh seorang
anak tempatan, Marsal bin Maun. Beliau mempunyai semangat nasionalis
kerana ingin melihat anak bangsanya bukan saja maju dalam bidang pendidikan
sekular tetapi juga dalam pendidikan agama. Islam dan Melayu merupakan dua
elemen yang mengambarkan sebagai identiti dan jati diri Melayu Brunei.
Dengan kuasa yang diamanahkan kepada Marsal, maka langkah untuk
memperbaiki kedudukan pendidikan agama di sekolah Melayu di bandar Brunei
telah dibuat. Beliau telah merancang untuk memasukkan pendidikan agama ke
dalam jadual belajar harian, tidak lagi diajarkan pada sebelah petang Jumaat.
Pelajaran ini diajarkan dua kali seminggu, tidak lagi seperti sebelum ini hanya
seminggu sekali.
Kalau memasukkan mata pelajaran agama ke sistem persekolahan Melayu
dilakukan oleh tiga orang pembesar Brunei pada tahun 1931, tetapi sepuluh
tahun kemudian, iaitu pada tahun 1941, Sultan Ahmad Tajuddin (1924-1950)
pula mengambil langkah menubuhkan sebuah sekolah agama beraliran Arab.
Sehingga saat ini, kerajaan memang tidak mempunyai peruntukan kewangan
bagi membiayai perkembangan pendidikan agama, oleh yang demikian dalam
menubuhkan sekolah agama beraliran Arab, sultan telah mengeluarkan
19
perbelanjaan baginda sendiri. Oleh itu sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah
swasta, tetapi berdaftar dengan Jabatan Pelajaran Brunei. Tenaga pengajarnya
seorang bangsa Arab yang bernama Syeikh Abd Aziz Al-Shimi. Sekolah ini
mempunyai keramaian pelajarnya sebanyak 60 orang termasuk lima orang
pelajar perempuan.
28
Sungguhpun begitu sekolah Arab ini tidak dapat bertahan
lama kerana Perang Dunia Kedua telah tercetus dimana Brunei telah menjadi
sasaran serangan Jepun. Brunei telah jatuh ke tangan Jepun dalam masa yang
singkat kerana tidak mendapat tentangan dari pihak British. Seperti mana
negeri-negeri lain di Alam Melayu, kesan pendudukan Jepun di Brunei juga
meninggal impak negatif ke atas ekonomi dan sosial tidak terkecuali, dalam
aktiviti pendidikan.
Setelah Jepun ditewaskan dan keamanan dapat dicapai di Brunei, pembangunan
sosio-ekonomi termasuk bidang pendidikan dilakukan dengan begitu cepat
kerana kerajaan memiliki sumber kewangan yang mencukupi. Pendidikan agama
di sekolah-sekolah Melayu dihidupkan semula selepasa perang. Pada tahun
1946, pendidikan agama sebagai satu mata pelajaran diajarkan di sekolah-
sekolah Melayu setiap daerah dalam negeri Brunei. Bagaimanapun ia tidak lagi
diajarkan dua kali seminggu tetapi seminggu sekali pada tiap-tiap hari Khamis.
29
28
Abdul Aziz bin Juned, Buku kenangan berpuspa, Jabatan Hal Ehwal Agama, Brunei, 1968,
hlm.45. Gelaran penuh beliau ialah Pehin Tuan Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang
Abdul Aziz bin Awang Juned. Sekarang memegang jawatan Mufti Kerajaan Brunei.
29
Abdul Hamid bin Mohd Daud. Sejarah persekolahan agama bersistem di Brunei. Ada dalam
simpanan penulis. 1992. hlm.1. Nama penuh beliau ialah Dato Seri Setia Awang Haji Abdul
Hamid bin Mohd Daud. Beliau pernah memegang jawatan-jawatan penting di bahagian
pentadbiran sekolah-sekolah agama Jabatan Hal Ehwal Agama dan Kementerian Hal Ehwal
Agama Brunei. Sekarang bersara dari perkhidmatan kerajaan.
20
Pengurangan waktu belajar ini dilakukan kemungkinan disebabkan oleh
kekurangan guru kerana sekolah-sekolah yang mengajarkan agama sebagai
satu mata pelajaran semakin banyak, justeru tenaga pengajarnya masih terdiri
dari pegawai-pegawai masjid dan orang-orang yang berkebolehan dalam bidang
agama tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan yang ada. Pada tahap ini
elaun mereka telah dinaikkan kepada $25.00 sebulan.
30
Fenomena ini sudah
tentu akan menjejaskan keberkesanan pendidikan agama kepada pelajar-pelajar
di sekolah-sekolah di negeri ini.
Sejak Sultan Omar Ali Saifuddien III (1950-1967) (SOAS III) memegang tampuk
pemerintahan Kesultanan Melayu Brunei pada tahun 1950, banyak kemajuan
baru telah dilakukan oleh baginda. Salah satu aspek yang diambil berat oleh
baginda ialah perkembangan agama Islam. Sebagai melicinkan pentadbiran
Islam di Brunei, baginda telah berkenan menubuhkan Jabatan Hal Ehwal Agama
pada tahun 1954 dan Majlis Agama Islam pada 1 Februari 1962. Dalam
meningkatkan penghayatan Islam ke atas masyarakat Brunei, rancangan
pendidikan Islam telah dipertingkatkan. Pada tahun 1956 kerajaan telah
mengorak langkah menubuhkan sekolah rendah agama, sepuluh tahun
kemudian sekolah Arab pula diwujudkan. Kegiatan mengembang majukan
pendidikan Islam terus disambung oleh anakanda baginda, Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Sultan Hassanal Bolkiah yang menaiki tahta pada akhir tahun 1967.
Di bawah kepimpinan baginda pendidikan Islam terus berkembang. Sebelum
30
Abdul Saman bin Kahar, Pelajaran agama di sekolah-sekolah, hlm.48; Jabatan Hal Ehwal
Agama, Brunei, Jabatan Hal Ehwal Agama Brunei 1954-1979, 1981, hlm.15.
21
Brunei mencapai kemerdekaan pada tahun 1984, Maktab Perguruan Agama
telah ditubuhkan. Ini mencerminkan taraf pendidikan Islam di negara ini terus
berkembang dan meningkat dari masa ke semasa.
Pada tahun 1955, kerajaan Brunei telah mendatangkan dua orang pegawai
agama dari negeri Johor dengan tujuan untuk mengkaji dan menilai
keberkesanan pendidikan Islam di Brunei. Hasil penilaian mereka mendapati
bahawa salah satu sebab kelemahan pendidikan Islam di sekolah-sekolah
Melayu dan Inggeris ialah masa pelajaran agama tidak mencukupi. Perkara ini
terbukti apabila ujian rambang dilakukan ke atas pelajar-pelajar didapati majoriti
dari mereka tidak tahu mengucap dua kalimah syahadat, rukun Islam dan
mengambil air wuduk. Sedangkan perkara seperti ini mudah diingat dan lagi
memang wajib diketahui oleh pelajar yang beragama Islam. Ini ternyata agama
sebagai satu matapelajaran di sekolah-sekolah Melayu dan Inggeris kurang
berkesan dalam memberikan didikan agama kerana masa yang tidak mencukupi.
Kesuntukan masa ini berlaku sebenarnya mempunyai hubungkait dengan
masalah kekurangan guru. Dengan itu dicadangkan supaya ditubuhkan sekolah
rendah agama atau sekolah rendah agama khas dengan masa belajarnya di
sebelah petang dari pukul dua hingga lima. Sesi pertama dari pukul dua hingga
tiga tiga puluh petang bagi pelajar darjah I dan II. Pelajar yang diterima bagi
kelas ini serendahnya darjah III di sekolah Melayu. Sesi kedua dari pukul tiga
tiga puluh hingga lima petang bagi pelajar darjah III hingga V. Sementara sesi
ketiga dari pukul dua hingga lima petang bagi pelajar darjah VI. Darjah VI
22
merupakan kelas paling tinggi dan terakhir bagi sekolah rendah agama. Apabila
pelajar tidak menghadapi masalah seperti gagal dalam peperiksaan untuk naik
darjah, maka mereka boleh menamatkan sekolah rendah agama sehingga
darjah VI. Pada ketika ini pelajar tersebut sedang berada dalam tingkatan II di
sekolah Melayu atau Inggeris. Jangka masa belajar yang panjang ini dikirakan
akan dapat memberikan kesan fahaman yang lebih baik terhadap ajaran Islam di
kalangan para pelajar.
31
Sementara itu bagi pelajar yang sudah menamatkan
darjah VI di sekolah rendah agama, mereka masih berpeluang untuk mengikuti
pendidikan agama di peringkat sekolah menengah sebagai satu mata pelajaran.
Berdasarkan pandangan di atas, maka kerajaan dengan rasminya telah
menubuhkan sekolah rendah agama di seluruh negara pada bulan September
1956. Tujuan utama sekolah ini dibentuk seperti mana yang telah dijelaskan
oleh SOAS III berikut:
32
Sudah patut masanya tiap-tiap sekolah Melayu dan Inggeris yang
ada dalam Negeri Brunei ini diadakan pelajaran agama di sebelah
petang oleh kerana menolakkan berbagai-bagai bencana dan fitnah
pesona yang didatangkan oleh pihak yang tidak sukakan atas
ketenteraman dan keelokan akhlak anak-anak bumiputera-puteri
negeri ini, khususnya dalam pelajaran agama itu berbagai ajaran
dan didikan cara-cara memperbaiki perjalan hidup supaya tidaklah
seorang itu tercebur dalam lembah kehinaan yang tidak disukai
oleh semua bangsa yang beragama dalam muka bumi ini. Adalah
31
Pegawai –pegawai agama Johor itu ialah Osman bin Mohd Said dan Ismail bin Omar Abdul
Aziz yang kemudiannya dilantik sebagai Mufti Kerajaan Brunei. Lihat Penyata lawatan pegawai-
pegawai agama Johor ke sekolah-sekolah Melayu dan agama negeri Brunei. SCRWO 11/55.
Brunei, 1955.
32
Jabatan Hal Ehwal Agama Brunei, Penyata sekolah-sekolah agama kerajaan Brunei bagi
tahun 1956-1958, tanpa tarikh, hlm.iv.
23
pelajaran ugama itu faedahnya dapat menjauhkan daripada
deskan pelajaran-pelajaran diayah dan ilmu-ilmu palsu.
Titah baginda ini boleh dianggap sebagai teras kepada dasar pendidikan
agama di sekolah rendah agama. Tujuan ini kemudiannya dikemaskinikan oleh
Jabatan Hal Ehwal Agama pada tahun 1973 seperti berikut:
33
1. Mendidik kanak-kanak supaya dapat memahami dan
mempercayai serta mengamalkan ajaran-ajaran agama
Islam dengan keimanan kepada Allah Yang Maha Esa.
2. Mengajar pelajaran-pelajaran agama supaya dapat
menanamkan semangat kesedaran beragama dijiwa kanak-
kanak.
3. Memimpin kanak-kanak supaya mereka cenderung dan
berminat kepada ajaran-ajaran agama sehingga boleh
memikul tanggungjawab yang sepenuhnya bila mereka
dewasa.
4. Membentuk budi pekerti kanak-kanak supaya mereka menjadi
rakyat yang tinggi dan sempurna budi pekerti berasaskan
ajaran-ajaran agama Islam yang sejati.
5. Melatih dan mengasuh kanak-kanak bagi mengerjakan
suruhan-suruhan dan menjauhi larangan supaya mereka
menjadi orang-orang Islam yang taat dan patuh dalam
melaksanakan perintah dan hukum-hukum Allah.
6. Mendidik kanak-akanak supaya menjadi anggota masyarakat
yang bertanggungjawab dalam berkhidmat kepada negara
dan bangsanya berdasarkan ajaran-ajaran agama Islam.
Masa belajar agama telah dapat ditambah dengan wujudnya sekolah rendah
agama. Pertambahan ini perlu kerana masa pengajaran agama di sekolah-
33
Jabatan Hal Ehwal Agama Brunei, Panduan am kerja guru-guru agama Brunei 1973, 10 Julai
1973, hlm. 2-3.
24
sekolah Melayu dan Inggeris didapati tidak mencukupi. Ia hanya diajarkan sekali
atau dua kali seminggu dengan mengambil masa dua jam tiga puluh minit. Dari
tahun 1931 hinggalah tahun 1964 pendidikan agama diajarkan di sekolah-
sekolah Melayu dan Inggeris bersifat satu mata pelajaran sampingan. Kerana
pelajar yang mengambil mata pelajaran ini tidak dikehendaki menduduki
peperiksaan sepertimana mata pelajaran akademik yang lain. Dengan yang
demikian ia tidak dicatatkan dalam rekod kemajuan pelajar. Dengan senario
seperti ini, maka pelajar yang mengambil mata pelajaran ini belajar dalam
keadaan kurang serius kerana ia tidak dimasukkan dalam penilaian kemajuan
keseluruhan pelajaran mereka. Oleh itu pendidikan agama kurang
meninggalkan kesan diminda para pelajar. Selain itu tidak semua sekolah
mampu mengadakan mata pelajaran agama disebabkan masalah kekurangan
tenaga pengajar. Sungguhpun ada sekolah yang mengadakan pelajaran agama
itu pun tidak semua pelajarnya dapat belajar agama. Sebagai contoh pada awal
tahun 1950an pendidikan agama hanya diajarkan kepada pelajar darjah IV dan
V. Ini adalah darjah yang paling tinggi bagi sekolah Melayu ketika itu.
34
Bagaimanapun pada akhir tahun 1960an dan awal tahun 1970an ada juga ibu
bapa yang mempersoalkan bahawa pelajar yang belajar agama sesi pagi hanya
pelajaran ulangan dari sekolah rendah agama atau sebaliknya. Pengulangan
seperti ini cuma membuang masa dan akan menimbulkan rasa bosan kepada
34
Abu Bakar bin Haji Apong. Develoment of education in Brunei during self government period
with special reference to primary education. M.Ed. thesis. University of Lancester, England.1980.
hlm.25. Gelaran penuh beliau sekarang ialah Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Laila Jasa
Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Perhubungan Brunei; Abdul Hamid bin Mohd
Daud. Sejarah persekolahan agama. hlm.1.
25
murid-murid. Pandangan ini dinafikan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama yang
bertanggungjawab sebagai agen pelaksana pendidikan Islam di Brunei. Jabatan
ini mengatakan bahawa pendidikan agama di sekolah-sekolah Melayu dan
Inggeris adalah terbatas masanya dan kurikulumnya. Sementara pendidikan
agama di sekolah rendah agama lebih menyeluruh dan mempunyai masa yang
panjang. Dalam pada itu sistem pembelajaran sekolah tersebut tidak terhad
kepada bentuk teori bahkan disertai dengan praktikal pada pelajaran tertentu
seperti mengajar berwuduk dan sembahyang. Perkara seperti ini tidak ada pada
pendidikan agama sebagai satu mata pelajaran di sekolah-sekolah Melayu dan
Inggeris. Bagaimanapun amalan berjemaah sembahyang fardhu zuhur dan asar
hanya baru dilaksanakan pada tahun 1978 di sekolah-sekolah rendah agama.
35
Dengan kewujudan sekolah rendah agama dan mata pelajaran agama sebagai
satu mata pelajaran di sekolah-sekolah Melayu dan Inggeris, maka pendidikan
agama dapat dilaksanakan secara berkesinambungan.
Apabila sekolah rendah agama mula diwujudkan ia ditempatkan secara
menumpang di tujuh buah sekolah-sekolah Melayu dan Inggeris kerajaan yang
kesemuanya lokasinya di kawasan bandar dan pekan.
36
Sekolah rendah agama
35
Jabatan Hal Ehwal Agama Brunei, Penyata sekolah-sekolah agama kerajaan Brunei bagi
tahun 1968-1970, t.th, hlm.4; Jabatan Hal Ehwal Agama Brunei, Penyata sekolah-sekolah agama
kerajaan Brunei bagi tahun 1977-1978, t.th, hlm.5.
36
Sekolah-sekolah yang terlibat bagi daerah Brunei dan Muara ialah Maktab Sultan Omar Ali
Saifuddien, Sekolah Melayu Sultan Muhammad Jamalul Alam, Sekolah Melayu Lela Mencanai.
Dua buah di daerah Belait iaitu Sekolah Melayu Ahmad Tajuddin dan Sekolah Melayu
Muhammad Alam Seria. Manakala itu masing-masing sebuah di daerah Tutong dan Temburong.
Sekolah-sekolah itu ialah Sekolah Melayu Muda Hashim Tutong dan Sekolah Melayu Sultan
Hassan Bangar Temburong. Jabatan Hal Ehwal Agama Brunei, Penyata sekolah-sekolah agama
1956-1958, hlm.2.
26
merupakan sekolah yang khusus mengajarkan mata-mata pelajaran agama saja
tanpa bercampur dengan mata pelajaran akademik atau bukan agama. Mata –
mata pelajarannya seperti ibadat, adab, membaca al-Quran, tauhid dan lain-lain
lagi. Ia diajarkan dalam bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan jawi.
Sistem dan kurikulum sekolah rendah agama Brunei sama dengan yang
dilaksanakan di sekolah agama Johor. Hal ini dibuat kerana Johor merupakan
satu-satunya negeri di Asia Tenggara yang lebih awal melaksanakan pendidikan
agama dalam bentuk formal.
37
Ekoran dari itulah pengambilan tenaga pengajar
dan pegawai pentadbir agama luar lebih mengutamakan Negeri Johor
berbanding dari lain-lain negeri. Kerajaan memikirkan mereka lebih
berpengalaman dalam menggerakkan pendidikan agama dalam bentuk formal.
Apabila Brunei sudah mempunyai beberapa lulusan jurusan agama peringkat
unversiti, terutama dari Universiti Al Azhar Mesir, maka mereka yang terlibat
dengan pentadbiran dan perlaksanaan pendidikan agama di sekoiah rendah
agama telah mengambil langkah mengubahsuai kurikulum dan isi kandungan
pendidikan agama pada tahun 1970an, supaya tidak lagi menyerupai sistem
pendidikan agama Johor. Satu jawatankuasa ditubuhkan untuk menilai dan
menyusun semula kurikulum sekolah rendah agama Brunei. Matlamatnya untuk
memperbaiki agar kurikulum dan kandungan pendidikan agama sekolah ini
ringkas dan padat agar mudah diajarkan dan difahami oleh para pelajarnya.
37
Jabatan Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal Agama, Brunei, Sistem pelajaran agama
Islam di negara Brunei Darussalam, t.th, hlm.3; Yus Sabaraiah binti Haji Adanan, Kedatangan
awal guru-guru agama Johor di Brunei, Pusaka, (5), 1992, hlm.61-61.
27
Sebelumnya kurikulum sekolah rendah agama agak panjang dan kurang
tersusun hingga ramai pelajarnya gagal dalam peperiksaan kerana terlalu
banyak untuk dibaca dan difahami. Perubahan ini tidak hanya membabitkan
kurikulum sekolah rendah agama bahkan juga buku-buku teks yang digunakan
juga diubah suai mulai pertengahan tahun 1970an.
38
Perubahan ini telah
dilakukan oleh beberapa orang pegawai agama Brunei yang berkelulusan
universiti apabila mereka telah menulis buku-buku teks bagi sekolah rendah
agama. Ia dibuat agar pelajarnya lebih mudah memahami perkara-perkara yang
diajarkan kerana sebahagian dari buku teks yang digunakan amat sukar difahami
kerana penggunaan gaya bahasa terlalu tradisional, seperti Kitab Matla’al Al-
Badrain.
Langkah kerajaan menubuhkan sekolah rendah agama ini telah mendapat reaksi
positif dari masyarakat Islam Brunei. Mereka amat mengalu-alukan kerana
sekolah ini merupakan satu lagi rahmat dan kemudahan pendidikan yang
disediakan oleh pihak kerajaan secara percuma. Sungguhpun masyarakat Islam
menyedari bahawa lulusan sekolah rendah agama tidak menjanjikan pulangan
nilai ekonomi yang dapat dibanggakan kerana ia tidak menjamin untuk
38
Pegawai-pegawai yang terlibat dalam penulisan buku-buku teks itu ialah Mohd Zain bin Haji
Serudin, Yahya bin Haji Ibrahim dan Mohd Amin bin Haji Abdul Rahim, gelaran penuh beliau
ialah Dato Seri Setia Dr. Haji Awang Mohd Amin bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka
Haji Abdul Rahim. Beliau sekarang dilantik sebagai Duta Brunei di Indonesia. Mohd Zain menulis
seperti buku Tarikh I, Kitab Pelajaran Ibadat Siri I – III dan Zainuttalib Siri I – VII yang
menggantikan Kitab Matla’al Al-Badrain. Yahya pula mengarang mengenai Kaedah belajar al-
Quran dan Mohd Amin menghasilkan buku agama untuk sekolah rendah. Jabatan Hal Ehwal
Agama Brunei, Penyata sekolah agama 1968-1970, hlm. 3; lihat juga Abdul Hamid bin Mohd
Daud. Sejarah persekolahan agama. hlm.22.
28
mendapatkan kerja yang baik seperti mana lulusan sekolah Inggeris. Satu-
satunya peluang pekerjaan yang baik bagi lulusan darjah VI sekolah rendah
agama ialah menjadi guru agama. Bagaimanapun masyarakat Islam tidak
mengindahkan sama ada lulusan sekolah rendah agama ini terjamin masa
depan mereka atau sebaliknya, apa yang lebih mustahak bagi mereka ialah
anak-anak perlu diberikan pendidikan agama supaya mereka menjadi insan yang
beriman dan memiliki akhlak yang mulia. Ada juga di kalangan masyarakat
Islam Brunei yang berkemampuan dari segi kewangan memberikan didikan
agama tambahan kepada anak-anak mereka teristimewa dalam mempelajari
bacaan al Quran. Mereka sama ada menghantar kepada guru-guru berkenaan
atau mendatangkan guru-guru ini ke rumah masing-masing.
Sambutan masyarakat Islam ke atas sekolah rendah agama terus menggalakkan
dari masa ke semasa hingga menjelang tahun 1983. Oleh kerana permintaan
untuk membuka sekolah rendah agama di kalangan umat Islam Brunei semakin
bertambah, pihak kerajaan tidak dapat memenuhi semua permintaan ini
disebabkan kekurangan tenaga pengajar dan juga bangunan sekolah. Oleh
demikian bagi kawasan yang diluluskan oleh pihak kerajaan untuk membuka
sekolah rendah agama, kerajaan menempatkan di dewan-dewan persatuan,
balai raya dan bangunan sekolah yang dibina oleh orang ramai dengan bantuan
dari kerajaan. Ekoran dari keramaian pelajar sekolah rendah agama ini makin
29
bertambah maka sesi pembelajarannya diadakan sebelah pagi dan petang.
39
Sesi pagi memberikan peluang belajar agama kepada pelajar sekolah Melayu
dan Inggeris yang belajar di sebelah petang.
Pembelajaran dan pentadbiran sekolah rendah agama pada tahun-tahun 1950an
dan 1960 boleh dikatakan berjalan lancar dan kurang berhadapan dengan
masalah besar. Tetapi pada tahun-tahun 1970an, kedudukan sekolah ini yang
menggunakan bangunan sekolah Melayu dan Inggeris mula menghadapi
masalah dalam menempatkan pelajarnya. Masalah ini timbul ekoran dari
pertambahan pelajar yang memasuki sekolah Melayu dan Inggeris. Keadaan ini
telah menimbulkan kekecohan antara guru besar sekolah Melayu dan Inggeris
dengan guru besar sekolah rendah agama. Disebabkan meningkatnya
keramaian pelajarnya, maka Jabatan Pelajar perlu mengadakan dua sesi
persekolahan bagi sekolah Melayu dan Inggeris. Jabatan ini perlu memberikan
prioriti kepada sekolah-sekolah di bawah pentadbirannya. Demi mengatasi
masalah ini Jabatan Hal Ehwal Agama memindahkan pelajar sekolah rendah
agama ke dewan-dewan, masjid-masjid, dewan-dewan persatuan bahkan
seluruh seluruh bangunan madrasah Jabatan Hal Ehwal Ugama juga digunakan
Keadaan ini telah menjejaskan pencapaian peperiksaan pelajar sekolah rendah
agama pada tahun 1972 hingga 1977.
40
39
Abdul Saman bin Kahar, Pelajaran agama di sekolah-sekolah, hlm. 51; Abdul Hamid bin Mohd
Daud, Perkembangan persekolahan agama di negara Brunei Darussalam dari tahun 1956-1984
Masihi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei, 2004, hlm.38-39.
40
Ibid.,
30
Sebenarnya masalah ini tidak akan berbangkit jika Jabatan Hal Ehwal Agama
menyediakan rancangan jangka panjang untuk membina bangunan khas bagi
sekolah rendah agama di seluruh negeri tanpa terlalu bergantung kepada
penggunaan bangunan sekolah Melayu dan Inggeris. Penelitian ke atas
pertambahan pelajar setiap tahun bukan saja di sekolah rendah agama bahkan
juga di sekolah-sekolah Melayu dan Inggeris patut dilakukan. Berdasarkan hasil
kajian, ianya akan dapat diketahui kadar pertambahan pelajar setiap tahun.
Dengan itu rancangan pembinaan bangunan sekolah rendah agama akan dapat
dibuat.
Menyedari tentang pertambahan pelajar sekolah rendah agama ini sentiasa
berlaku dan keadaan ini telah menimbulkan kesulitan untuk menempatkan
pelajarnya, maka Kebawah Duli Baginda Sultan amat mengambil berat tentang
masalah yang dihadapi. Jika masalah ini tidak diatasi maka hasrat baginda
untuk menjadi Islam sebagai cara hidup masyarakat Brunei akan tergendala.
Maka mula tahun 1974, baginda telah berkenaan memberikan peruntukan khas
untuk membina sekolah-sekolah agama menerusi peruntukan kewangan
Jabatan Hal Ehwal Agama. Peruntukan ini telah dimasukan sebagai sebahagian
daripada rancangan kemajuan negara.
41
Sementara itu, guru-guru besar
diberikan peruntukan tahunan untuk membeli peralatan pentadbiran, gaji buruh,
tukang kebun dan jaga malan. Sejak dari itulah pembinaan bangunan sekolah-
sekolah agama lebih teratur dan selisa. Setiap bangunan sekolah ini dimestikan
41
Abdul Hamid bin Mohd Daud. Sejarah persekolahan agama. hlm.46.
31
memiliki dewan bagi kegunaan guru-guru dan para pelajar menunaikan
sembahyang fardhu zohor dan asar, di samping disediakan tempat berwuduk.
42
Bagaimanapun rancangan ini belum juga dapat mengimbangi kemasukan
pelajar sekolah rendah agama sehingga tahun-tahun 1980an. Dengan yang
demikian penggunaan bangunan sekolah-sekolah Melayu dan Inggeris masih
diteruskan. Hal ini hanya berlaku ke atas sekolah yang mengamalkan satu sesi
saja.
Dari perbincangan di atas jelas transformasi pendidikan agama telah berlaku di
Brunei Darussalam sejak abad kesembilan belas hingga tahun 1983. Pendidikan
agama yang pada mulanya beroperasi di rumah-rumah, balai-balai, surau dan
masjid kemudiannya berkembang maju apabila ia dilakukan secara pendidikan
formal. Transformasi ini berlaku sesuai dengan cabaran perubahan sosio-
ekonomi dan politik Brunei ternyata telah melibatkan golongan ulama dan
kerajaan. Sejak sekolah rendah agama ini ditubuhkan dalam tahun 1956
sehingga tahun 1983, ianya telah mengalami perkembangan pesat, baik dari
segi keramaian murid, guru dan bangunan sekolah.
43
Kemunculan sekolah
rendah agama di tengah-tengah masyarakat Islam di Brunei ternyata telah
memberikan sumbangan besar ke arah penghayatan ajaran Islam di kalangan
generasi muda di negara ini. Sekolah rendah agama yang ditubuhkan oleh
kerajaan di merata-rata tempat di seluruh negeri telah dapat memberikan
42
Abdul Hamid bin Mohd Daud, Persekolahan agama Brunei 1956-1984, hlm.40.
43
Keterangan lanjut sila lihat perangkaannya pada lampiran (I)
32
peluang kepada lebih ramai kanak-kanak untuk mempelajari ajaran agama
Islam. Sebelum kewujudan sekolah ini tidak ramai kanak-kanak dapat
mempelajari agama dengan lebih baik dan teratur. Kemunculan sekolah rendah
agama ini juga boleh dikatakan sebagai mengimbangi pengaruh pendidikan
sekular kerana pendidikan Brunei sebelum adanya sekolah ini sistem pendidikan
Brunei telah didominasi oleh pendidikan Melayu dan Inggeris. Oleh itu timbul
kebimbangan akan muncul satu generasi Islam yang pakar dalam berbagai
bidang hasil dari pendidikan sekular tetapi repuh dalam pegang agama. Jadi
dengan adanya pendidikan agama yang ditanamkan sejak peringkat kanak-
kanak lagi sekurang-kurangnya ia akan menjadi benteng kepada golongan muda
dari melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam dan
budaya Melayu.
Perkara ini jelas seperti pandangan yang pernah dikemukakan oleh Pehin Yahya
bekas Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama Brunei
44
:
Sejak sekolah rendah agama diadakan dari tahun 1956 hingga
1983 ianya telah meninggalkan kesan posititf terhadap kehidupan
beragama di negara inikehidupan beragama telah menjadi sebati
dengan rakyat negara ini di mana religious consciousness itu wujud
berakar umbi di mana-mana dalam kehidupan. Dengan erti kata
lain majoriti orang Islam akan sedar bahawa dalam setiap hal
dalam kehidupan ada hukum halal haram dan dosa pahalanya.
Inilah kesan yang besar dan paling berjaya. Kesan yang paling
ketara ialah pelajaran agama telah memberi saham yang banyak
kepada kaum perempuan (kanak-kanak atau orang dewasa). Hal
ini terbukti bila kita melihat keramaian murid-murid sekolah agama
dan keramaian guru-guru agama bahkan kelas-kelas dewasa dan
kemudiannya setelah itu pegawai-pegawai agama yang
44
Yahya bin Haji Ibrahim, Melayu Islam Beraja, hlm.33-34.
33
berkelulusan dari Universiti al Azhar lebih banyak terdiri daripada
kaum wanita.
Sekolah rendah agama juga boleh dikatakan memainkan peranan sebagai
pemangkin kepada perkembangan penggunaan tulisan jawi dalam sistem
pendidikan Brunei. Sekolah inilah satu-satunya sekolah yang menggunakan
sepenuhnya tulisan jawi dalam sistem pembelajaran dan pengajarannya.
Sementara itu di sekolah Melayu dan Inggeris penggunaan tulisan jawi sudah
tidak menjadi keutamaan lebih-lebih lagi menjelang tahun-tahun 1960an.
Akibatnya pelajar sekolah Melayu dan Inggeris sudah tidak mahir dalam tulisan
dan bacaan jawi.
45
Sedangkan tulisan jawi sepatutnya dipelihara sebagai salah
satu warisan budaya bangsa Melayu yang mempunyai hubungan rapat dengan
nilai-nilai agama Islam.
45
Pengiran Mariam binti Pengiran Haji Matarsat, Masalah tulisan jawi di sekolah dan maktab: Pengajaran
dan penggunaannya, dlm. Beriga (5) 1984, hlm. 17
34
BIBLIOGRAFI
BAHAN YANG DITERBITKAN
Abdul Aziz bin Juned. 1968. Buku kenangan berpuspa. Brunei: Jabatan Hal Ehwal
Agama.
Abdul Hamid bin Mohd Daud. 2004. Perkembangan persekolahan agama di negara
Brunei Darussalam dari tahun 1956-1984 Masihi, Brunei: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Abdul Latif bin Haji Ibrahim. 1982. Peranan rumah-rumah perkumpulan dalam
masyarakat Melayu Brunei. dlm. Ikhtisar budaya, Brunei: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
_____________________________2003. Brunei Darussalam rantisan sejarah dan
budaya. Brunei: Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam.
Abdul Saman bin Kahar. Pelajaran agama di sekolah-sekolah. th. dlm. Sri
Pembangunan, Bil.2 Brunei: Bahagian Penerangan Setiausaha Kerajaan.
Amin Sweeney, P.L. (ed), Silsilah Raja-raja Berunai teks ‘B’. Journal of the Malaysian
branch royal Asiatic society. Vol.XLI pt.2, 1968
Cady. J.F. 1963. South East Asia: Its historical development. U.S.A : Mc Graw Hill.
Hall.D.G.E. 1979. Sejarah Asia Tenggara.terjemahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Ismail Hamid. 1986. Perkembangan Islam di Asia dan Alam Melayu. Kuala Lumpur:
Heinemann (Malaysia) Sdn.
Jabatan Hal Ehwal Agama Brunei. 1973. Panduan am kerja guru-guru agama Brunei
1973.
Jabatan Hal Ehwal Agama Brunei. 1981. Jabatan Hal Ehwal Agama Brunei 1954-1979.
Jabatan Hal Ehwal Agama Brunei. t.th.Penyata sekolah-sekolah agama kerajaan Brunei
bagi tahun 1956-1958.
Jabatan Hal Ehwal Agama Brunei. t.th. Penyata sekolah-sekolah agama kerajaan Brunei
bagi tahun 1968-1970.
Jabatan Hal Ehwal Agama Brunei. t.th.Penyata sekolah-sekolah agama kerajaan Brunei
bagi tahun 1977-1978.
Jabatan Muzium Brunei. 1979. Risalah pameran sejarah perkembangan Islam di Brunei.
35
Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Agama Brunei. 1996. Pendidikan
agama di negara Brunei Darussalam.
Jabatan Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal Agama, Brunei. t.th. Sistem pelajaran
agama Islam di negara Brunei Darussalam.
Joriah binti Haji Metali. Hajah. 1988. Dato Haji Ahmad. Pusaka, (1).
Kamus Bahasa Melayu Nusantara, Brunei: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003
Mahmud Saedon bin Awg Othman. 2003. Jejak-jejak, kumpulan kertas kerja, Brunei:
Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam.
Maxwell. S.W.G. & Gibson. W.S. 1924. Treaties and engagements affecting the Malay
states and Borneo. London: Je. Truscott.
Mohd Jamil bin Haji Umar. 1990. Latar belakang sejarah Brunei. Brunei: Jabatan Pusat
Sejarah.
Pengiran Mariam binti Pengiran Haji Matarsat. 1984. Masalah tulisan jawi di sekolah dan
maktab: Pengajaran dan penggunaannya, Beriga (5).
Pengiran Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman. Pengiran Haji. 1992. Islam
di Brunei Darussalam, Brunei: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.
Simat bin Angas, Suhaili bin Haji Hassan & Haji Ismail bin Ibrahim. 1992. Tokoh-tokoh
agama di Brunei Darussalam: Pengenalan ringkas. Brunei: Jabatan Muzium.
State of Brunei, Annual report 1914
State of Brunei, Annual report 1929
Sufean Hussin. 1993. Pendidikan di Malaysia, sejarah, sistem dan falsafah.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tarling.N. 1966. South East Asia: past and present, Melbourne: F.W. Cheshire.
Tregonning. K.G. 1957. From earliest time to 1511. London: University of London Press.
Yahya bin Haji Ibrahim. 2000. Sejarah dan peranan institusi-institusi Melayu Islam
Beraja. Brunei: Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Agama.
Yus Sabaraiah binti Haji Adanan, 1992. Kedatangan awal guru-guru agama Johor di
Brunei. Pusaka.(5)
36
KERTAS KERJA
Mohd Zain bin Haji Serudin. 1981. Pandangan Islam mengenai pendidikan. Kertas kerja
Seminar Pendidikan, anjuran Persatuan Guru-guru Melayu Brunei, 30 Oktober – 1
November.
TEMU BUAL
Temubual dengan Haji Bungsu bin Jafar berumur 78 tahun, di rumah beliau No 164D
Kampong Setia ‘B’ Negara Brunei Darussalam, 10 Januari 2005.
Haji Kassim bin Serudin. 1988. berumur 82 tahun. Kampong Setia “B” Negara Brunei
Darussalam, salah sebuah Kampong Air di Brunei. Temu bual, 25 Mei.
Dyg Hajah Ismah binti Pehin Khatib Dato Paduka Haji Mohd Said. 1993. berumur 58
tahun. No 83 Sim 625 Kampong Madewa BF 1120 Km 7 Jalan Tutong Negara
Brunei Darussalam. Temu bual, 24 Mei.
Temu bual Mohd Jamil bin Haji Abas dengan Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri
Setia Awg Haji Mohd Yusof di Masjid Omar Ali Saifuddien Bandar Seri Begawan Brunei
pada 5 Februari 1991.
BAHAN YANG TIDAK DITERBITKAN
SCRWO 11/55. 1955. Penyata lawatan pegawai-pegawai agama Johor ke sekolah-
sekolah Melayu dan agama negeri Brunei.
Abu Bakar bin Haji Apong. 1980. Develoment of education in Brunei during self
government period with special reference to primary education. M.Ed. thesis.
University of Lancester, England.
Abdul Hamid bin Mohd Daud. Sejarah persekolahan agama bersistem di Brunei. Ada
dalam simpanan penulis. 1992.
37
Lampiran (I)
JUMLAH GURU, PELAJAR DAN SEKOLAH RENDAH AGAMA BRUNEI DARI
TAHUN 1956-1983
Tahun
Guru
Pelajar
Sekolah
1956
9
283
7
1957
25
779
15
1958
57
1271
29
1959
65
1375
32
1960
67
1606
37
1961
110
3391
45
1962
139
4107
49
1963
142
4263
51
1964
186
4753
54
1965
199
5130
62
1966
276
5646
63
1967
247
6786
65
1968
332
6935
68
1969
329
8488
75
1970
445
7728
80
1971
435
7689
82
1972
390
7856
82
1973
381
8760
84
1974
367
8465
85
1975
363
9814
91
1976
312
10444
96
1977
342
11146
98
1978
430
12069
101
1979
478
12924
101
1980
529
13769
103
1981
541
13757
105
1982
555
14267
105
1983
604
14909
105
Catatan: Jumlah guru-guru agama dalam perangkaan ini termasuklah mereka yang
bertugas di sekolah rendah agama dan di sekolah-sekolah yang menjadikan mata
pelajaran agama sebagai satu mata pelajaran. Sementara itu bilangan pelajar dan
sekolah untuk sekolah rendah agama saja.