ArticlePDF Available

ELEMEN DUALISME DALAM PERIBAHASA: PENDEKATAN SEMANTIK INKUISITIF (Elements of Dualism in Malay Proverbs: An Inquisitive Semantics Approach)

Authors:

Abstract

Makalah ini bertujuan mengenal pasti elemen dualisme yang ditonjolkan melalui objek dan imej berpasangan dalam peribahasa Melayu. Berdasarkan data, terdapat 31 peribahasa daripada 4359 peribahasa yang mengandungi elemen dualisme. Makalah akan menganalisis kombinasi " padi–lalang " , " cempedak–nangka " dan " asam–garam " yang terkandung dalam peribahasa tersebut yang diambil daripada pangkalan data www.malaycivilization.com UKM. Pendekatan semantik inkuisitif dan Rangka Rujuk Silang diaplikasikan dalam penganalisisan data. Gabungan data, teori, falsafah dan budaya dapat menghasilkan huraian makna peribahasa Melayu yang akhirnya mencerminkan akal budi penuturnya. Hasil kajian mendapati gabungan " padi–lalang " dan " cempedak–nangka " menunjukkan dualisme yang berbentuk pertentangan, manakala gabungan " asam–garam " sebagai unsur pelengkap. Pelbagai ilmu dan falsafah yang tersirat dalam peribahasa Melayu berjaya dicungkil menerusi pendekatan semantik inkuisitif.
67
ELEMEN DUALISME DALAM PERIBAHASA:
PENDEKATAN SEMANTIK INKUISITIF
(Elements of Dualism in Malay Proverbs: An Inquisitive Semantics Approach)
Julaina Nopiah
julaina@gmail.com
Nor Hashimah Jalaluddin
shima@ukm.edu.my
Junaini Kasdan
junaini@ukm.edu.my
Institut Alam dan Tamadun Melayu,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abstrak
Makalah ini bertujuan mengenal pasti elemen dualisme yang ditonjolkan melalui
objek dan imej berpasangan dalam peribahasa Melayu. Berdasarkan data, terdapat
31 peribahasa daripada 4359 peribahasa yang mengandungi elemen dualisme.
Makalah akan menganalisis kombinasi “padi–lalang”, “cempedak–nangka” dan
“asam–garam” yang terkandung dalam peribahasa tersebut yang diambil daripada
pangkalan data www.malaycivilization.com UKM. Pendekatan semantik inkuisitif
dan Rangka Rujuk Silang diaplikasikan dalam penganalisisan data. Gabungan
data, teori, falsafah dan budaya dapat menghasilkan huraian makna peribahasa
Melayu yang akhirnya mencerminkan akal budi penuturnya. Hasil kajian mendapati
gabungan “padi–lalang” dan “cempedak–nangka” menunjukkan dualisme yang
berbentuk pertentangan, manakala gabungan “asam–garam” sebagai unsur
pelengkap. Pelbagai ilmu dan falsafah yang tersirat dalam peribahasa Melayu
berjaya dicungkil menerusi pendekatan semantik inkuisitif.
Kata kunci: elemen dualisme, peribahasa, akal budi Melayu, semantik inkuisitif,
Rangka Rujuk Silang.
Elemen 2.indd 67 12/29/16 10:03 AM
68
MELAYU: JURNAL ANTARABANGSA DUNIA MELAYU JILID 10 BIL. 1 JANUARI 2017
Abstract
This article attempts to identify elements of dualism through objects and image pairs
found in Malay proverbs. Based on the collected data, there are 31 proverbs from
4359 Malay proverbs that contain elements of dualism. For instance, the combination
of padilalang” (lit. rice plant–weeds”), “cempedaknangka” (lit. cempedak–
jackfruit”) and asamgaram” (lit. soursalty”) were taken from UKMs www.
malaycivilization.com database. Each example of these combinations was analysed.
In analysing the data, the inquistive semantics approach and the Cross-Reference
Framework (Rangka Rujuk Silang) was employed. A combination of the data with
theory, philosophy and culture nally yielded the true meanings of the Malay
proverbs and ultimately reect the Malay mind. The study found that the paddy–
weedsand cempedak–jackfruitpairs indicate contradiction. On the other hand,
the sour–saltypairing does not indicate contradiction but complementation. The
inquisitive semantics approach is capable of revealing various aspects of wisdom
and philosophy contained in Malay proverbs.
Keywords: dualism, Malay proverbs, Malay mind, inquisitive semantics, bridging
cross references.
PENDAHULUAN
Bangsa Melayu sangat terkenal sebagai bangsa yang berbudi bahasa dan bersopan
santun. Semasa berkomunikasi, orang Melayu cenderung untuk menjaga tutur kata
agar tidak menyinggung perasaan dan melukakan hati orang yang dilawan bicara.
Oleh itu, kiasan seperti peribahasa dan pantun memainkan peranan untuk mewarnai
suasana komunikasi. Peribahasa, iaitu susunan percakapan yang pendek, yang telah
melekat di mulut orang ramai sejak turun-temurun, sedap dan bijak perkataannya,
luas dan benar tujuannya, serta dipakai dan dijadikan sebutan oleh orang sebagai
perbandingan, teladan, pengajaran dan iktibar (Za‘ba, 1965). Peribahasa juga terbit
daripada pemerhatian dan pengalaman hidup rakyat jelata dan para cendekiawan
(Sapinah, 2013) yang terkandung budi bahasa, falsafah, petua dan amanah, tunjuk
ajar dan nilai agama, serta budaya dalam sesebuah masyarakat (Tenas Affendy,
2013).
Pengamatan terhadap pengalaman hidup menjadikan masyarakat Melayu
pada masa lalu lebih peka terhadap persekitarannya sama ada yang bersifat positif
atau negatif, bahkan yang bersifat natural atau duaan (yang lazim disebut sebagai
dualisme). Menurut Kamus Dewan (2005), dualisme bermaksud “… keadaan apabila
wujud dua sifat yang ketara dan saling bertentangan”. Dalam peribahasa Melayu,
Elemen 2.indd 68 12/29/16 10:03 AM
JULAINA NOPIAH, NOR HASHIMAH JALALUDDIN DAN JUNAINI KASDAN
69
konsep dualisme wujud berdasarkan penilaian orang Melayu pada masa lalu terhadap
sifat dan tingkah laku orang di sekelilingnya, objek dan imej yang mereka lihat, rasa
dan dengar, yang lazimnya bersumberkan alam. Contohnya, langit dan bumi, hitam
dan putih, atau laut dan pantai. Oleh itu, kajian ini bertujuan mendedahkan dan
menjelaskan elemen dualisme yang terdapat dalam beberapa peribahasa Melayu,
khususnya yang menggunakan unsur padi dan lalang, cempedak dan nangka, serta
asam dan garam sebagai objek pembayang melalui kaca mata semantik inkuisitif.
Pendekatan ini digunakan bagi mencari jawapan terhadap persoalan yang timbul
di sebalik objek berpasangan yang wujud dalam peribahasa Melayu dan seterusnya
cuba meneroka akal budi Melayu dengan lebih jauh.
PENGKAJIAN PERIBAHASA
Senario semasa menunjukkan bahawa peribahasa tidak lagi diminati oleh
generasi pada hari ini. Kajian yang dilakukan oleh Nor Hashimah dan Junaini
(2010), misalnya mencatatkan bahawa hampir 60 peratus remaja Malaysia
tidak dapat menguasai (memahami) peribahasa dengan baik. Mereka gagal
menyingkap makna yang terkandung dalam peribahasa, seperti falsafah hidup,
persepsi, dan sebagainya (Ahmad Mahmood et al., 2011). Hal ini berlaku kerana
wujudnya anggapan bahawa peribahasa telah menjadi suatu bahasa klise yang
digunakan dan dihafal oleh orang tua-tua sebagai bahan pidato dalam upacara
adat (Djamaris, 1985). Namun, penelusuran ilmu mendapati telah banyak kajian
yang berkisarkan bahasa kiasan, khususnya peribahasa sama ada oleh sarjana
tempatan atau luar negara. Menerusi makalah ini, pengkaji membahagikan
kajian lepas kepada tiga cabang, iaitu kajian yang berbentuk pengumpulan atau
penyenaraian, kajian kognitif, serta kajian yang menghimpunkan kognitif dan
akal budi sebagai dasar kajian.
Kajian yang bersifat pengumpulan pernah dilakukan oleh Abdullah Hassan
(1993) dan Nathesan (1998). Kajian yang dilakukan oleh mereka dikelompokkan
sebagai kajian dasar kerana kesemua kajian tersebut melihat makna harah
peribahasa semata-mata. Selain itu, ketiga-tiga kajian dalam cakupan kajian ini
dihuraikan tanpa menggunakan sebarang teori dan pendekatan tertentu. Dalam
kajian jenis ini, pengkaji hanya mengklasikasikan peribahasa, menumpukan
aspek makna yang merangkumi domain makna, serta jenis makna dalam
peribahasa.
Kajian Mohamad Radzi (1999), Charteris-Black (2003) dan Asmah (2005)
pula tercakup dalam ruang lingkup kajian kognitif. Kajian ini telah mendedahkan
unsur pemikiran dalam analisis yang dilakukan. Kajian Mohamad Radzi (1999),
Elemen 2.indd 69 12/29/16 10:03 AM
70
MELAYU: JURNAL ANTARABANGSA DUNIA MELAYU JILID 10 BIL. 1 JANUARI 2017
misalnya telah menunjukkan bahawa masyarakat Melayu berjaya menjana
pemikiran menggunakan unsur alam di sekeliling mereka untuk mencipta
peribahasa dan simpulan bahasa yang mengandungi pelbagai nilai, aspirasi,
kepercayaan dan pengetahuan. Ruang lingkup penelitian dalam kajian ini juga
turut membincangkan perkaitan antara budaya dengan bahasa kiasan, seperti
metafora berasaskan “hati’’ dan “kepala’ yang dilakukan oleh Asmah (2005) dan
metafora konseptual “kaki’’ yang telah dilakukan oleh Charteris-Black (2003).
Berbeza daripada kajian sebelum ini, fokus penelitian oleh Hassan Ahmad
(2003), Lim (2002), Goddard (2009) dan Nor Hashimah (2014) dilihat telah
membuat inovasi dalam kajian kognitif dengan menggabungkan konsep akal
budi dalam kajian mereka. Kejayaan Hassan Ahmad (2003) menjelaskan “kaki’
yang digunakan dalam metafora Melayu sebagai simbol kekuatan menunjukkan
bahawa kajian pada peringkat ini lebih baik berbanding dengan kajian pada
peringkat kognitif seperti yang dilakukan oleh Charteris-Black (2003) yang gagal
memberikan sebab “kaki’’ dipilih dan bukannya “tangan’ bagi menggambarkan
kognitif Melayu. Kegagalan ini menunjukkan bahawa semantik kognitif juga gagal
mencapai tafsiran makna tahap tertinggi sehingga membawa tafsiran akal budi
Melayu. Ekoran kelompangan ini, Nor Hashimah (2014) telah memperkenalkan
satu lagi tahap dalam penghuraian makna dalam bidang semantik, iaitu melalui
pendekatan inkuisitif yang berjaya menjawab setiap persoalan yang wujud dan
mampu menerobos sehingga ke peringkat falsafah dan akal budi.
Oleh itu, kajian ini secara umumnya bertujuan mengukuhkan kajian semantik
inkuisitif dan seterusnya berusaha melihat kehebatan masyarakat Melayu pada
masa lalu, yang bijak mencatur perkataan sehingga terbentuknya peribahasa
yang mengandungi pelbagai falsafah dan akal budi yang tersembunyi seandainya
diamati dengan teliti. Secara khusus, kajian ini bertujuan mengenal pasti elemen
dualisme di sebalik objek berpasangan yang terdapat dalam peribahasa Melayu.
Kajian juga bertujuan menganalisis dan menghuraikan hubungan imej dan objek
yang mengandungi elemen dualisme berasaskan pendekatan semantik inkuisitif.
PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA
Kajian ini dilaksanakan menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan data sekunder,
iaitu peribahasa Melayu yang diambil daripada pangkalan data Malaycivilization UKM
(http://www.malaycivilization.ukm.com). Contoh peribahasa yang mengandungi
unsur dualisme adalah seperti yang dipaparkan dalam Jadual 1.
Jadual 1 Peribahasa yang mengandungi unsur objek dualisme.
Elemen 2.indd 70 12/29/16 10:03 AM
JULAINA NOPIAH, NOR HASHIMAH JALALUDDIN DAN JUNAINI KASDAN
71
Peribahasa Maksud
Menyisip padi dengan lalang. Mencampurkan sesuatu yang buruk
kepada yang baik, akhirnya yang baik itu
jadi binasa.
Tanam padi tumbuh lalang, ayam ditambat
disambar elang.
Nasib yang malang.
Jikalau kasihkan padi, buanglah lalang. Jika kasih akan anak isteri, berhentilah
daripada mengasihi orang lain.
Daripada cempedak baiklah nangka,
daripada tidak baiklah ada.
Sedikit pun cukuplah daripada tidak ada
langsung.
Takkan cempedak berbau nangka. Hendaklah diselidiki sesuatu perkara itu
dengan saksama lebih dahulu sebelum
mempercayai percakapan orang.
Sudah banyak makan asam garam. Banyak pengalaman.
Garam di laut, asam di gunung, bertemu
dalam belanga juga.
Perempuan dan lelaki, kalau sudah
jodoh, bertemu juga akhirnya.
Tahu asam garamnya. Tahu selok-beloknya.
Berdasarkan contoh dalam Jadual 1 dijelaskan bahawa “padilalang’
dikategorikan sebagai objek yang mengambarkan elemen dualisme kerana kedua-
dua tumbuhan tersebut mempunyai persamaan rupa atau ciri zikalnya, tetapi
mempunyai fungsi atau peranan yang berbeza. Begitu juga dengan objek “padi
lalang”, “cempedaknangka’’, “asamgaram” dan beberapa bentuk lain. Persamaan
bentuk atau perbezaan fungsi tiap-tiap objek tersebut tidak akan memberikan
maksud dualisme sekiranya setiap satunya berdiri sendiri dalam peribahasa yang
berbeza. Misalnya, “padi rebah, paksa tekukurlah’’ atau “di mana lalang habis, di
situ api padam’’. Bentuk dualisme muncul apabila kedua-dua objek tersebut berada
dalam satu peribahasa yang sama. Hal ini pastinya menarik untuk ditelusuri dan
dihuraikan, sekali gus dapat mencungkil rahsia akal budi yang terkandung dalam
peribahasa tersebut.
Berdasarkan pemilihan data yang dilakukan, 31 peribahasa dikenal pasti
mengandungi elemen dualisme. Unsur ini kemudiannya dikumpulkan mengikut
domain tertentu, seperti domain sifat, domain pengalaman dan domain nasib.
Daripada 31 peribahasa yang dikenal pasti mengandungi elemen dualisme, sebanyak
sembilan (29.0 peratus) peribahasa mengandungi kombinasi objek “asamgaram’’,
lapan (26.0 peratus) peribahasa mengandungi kombinasi “aur-tebing’’, tujuh (23.0
peratus) peribahasa mengandungi kombinasi “padilalang’’, lima (16.0 peratus)
peribahasa mengandungi kombinasi objek “cempedaknangka’’, dan selebihnya,
Sambungan Jadual 1.
Elemen 2.indd 71 12/29/16 10:03 AM
72
MELAYU: JURNAL ANTARABANGSA DUNIA MELAYU JILID 10 BIL. 1 JANUARI 2017
iaitu empat (13.0 peratus) mengandungi kombinasi “buku-ruas’’, empat (13.0
peratus), dan dua (6.0 peratus) peribahasa mengandungi kombinasi “ubi-gadung’’.
Peratusan tersebut dipaparkan dalam Rajah 1.
Rajah 1 Kekerapan elemen dualisme dalam peribahasa.
Ruang lingkup kajian dihadkan kepada tiga kombinasi objek yang mencatatkan
peratusan tertinggi sahaja, iaitu “asamgaram’’, “padilalang’’ dan “cempedak
nangka’’. Untuk tujuan perbincangan, hanya satu peribahasa yang berkaitan bagi
tiap-tiap unsur dualisme dikemukakan. Makalah ini memanfaatkan pendekatan
semantik inkuisitif, iaitu pendekatan yang berasaskan semangat ingin tahu, serta
dorongan untuk terus meneroka dan mencari jawapan kepada perkara sebenar yang
dimaksudkan oleh sesuatu ungkapan (Nor Hashimah, 2014). Semantik inkuisitif
mengambil kira data autentik, semantik dan konteks, kognitif penutur, budaya
dan akhirnya dikaitkan dengan akal budi penuturnya. Bagi menghuraikan makna
peribahasa dengan lebih lanjut, peribahasa berkaitan akan dianalisis menggunakan
Rangka Rujuk Silang dalam teori relevans. Gabungan Rangka Rujuk Silang dengan
maklumat budaya yang mendalam mampu menghasilkan penghuraian makna kiasan
Melayu. Rajah 2 yang berikut menunjukkan carta aliran tahap yang terlibat dalam
proses penganalisisan data menggunakan pendekatan semantik inkuisitif seperti
yang dikemukakan oleh Nor Hashimah (2014).
Elemen 2.indd 72 12/29/16 10:03 AM
JULAINA NOPIAH, NOR HASHIMAH JALALUDDIN DAN JUNAINI KASDAN
73
Rajah 2 Aliran proses penganalisisan data menggunakan pendekatan semantik inkuisitif.
ANALISIS DAN PERBINCANGAN
Dalam bahagian ini, penganalisisan dipaparkan berdasarkan tiga tahap, iaitu tahap
1 memperincikan makna secara harah, diikuti oleh tahap 2 yang mengaplikasi
Rangka Rujuk Silang bagi memahami kognitifnya dan mengaitkannya dengan
falsafah. Selanjutnya, pada tahap 3 pula akan merungkaikan mengapakah persoalan
ini dipilih dan dikaitkan dengan akal budi penuturnya.
ANALISIS PERIBAHASA “PADILALANG’
Dalam pergaulan sehari-hari, sering ditemukan penggunaan peribahasa “baik membawa
resmi padi, daripada membawa resmi lalang’’ atau “ikutlah resmi padi, jangan ikut
resmi lalang’’. Kedua-dua peribahasa ini bermakna “tidak sombong’’ atau “merendah
diri’’. Berdasarkan makna harah yang terkandung dalam leksikal padi dan lalang
dalam peribahasa tersebut, maka peribahasa ini dikelompokkan dalam domain “sifat’’.
ANALISIS TAHAP 1
Berdasarkan peribahasa tersebut, objek ‘‘padilalang’’ ialah objek perlambangan
Elemen 2.indd 73 12/29/16 10:03 AM
74
MELAYU: JURNAL ANTARABANGSA DUNIA MELAYU JILID 10 BIL. 1 JANUARI 2017
yang bersifat konkrit. Peribahasa “baik membawa resmi padi, daripada membawa
resmi lalang’’ merupakan satu ungkapan yang mengandungi makna tersirat, serta
mengetengahkan dualisme pertentangan antara dua sifat. Oleh sebab peribahasa ini
memberikan gambaran tentang “sifat’’ seseorang, maka peribahasa ini dikelompokkan
dalam domain “sifat’’. Secara harahnya, peribahasa ini ditakrifkan sebagai “tidak
sombong dan merendah diri’’. Pemberian makna secara harah ini berlaku pada tahap
pertama sahaja dan masih bersifat permukaan. Peribahasa ini dilihat terzahir daripada
maklumat latar belakang kedua-dua jenis tumbuhan padi dan lalang. Tanaman padi
yang dalam bentuk visualnya sentiasa tunduk disebabkan buah padi yang banyak
(Mangoendidjojo, 2003) disamakan dengan orang yang sentiasa tunduk kerana
tidak sombong. Lalang yang selalu terlihat berdiri tegak pula disamakan dengan
orang yang sombong atau angkuh. Keadaan ini menunjukkan bahawa penciptaan
peribahasa tersebut didorong oleh persamaan situasi yang melatarinya.
ANALISIS TAHAP 2
Analisis tidak terhenti pada peringkat permukaan sahaja. Setiap kata yang
diungkapkan pasti mempunyai kewajarannya yang tersendiri. Begitu juga dengan
peribahasa yang dicipta oleh masyarakat pada masa lalu. Selain menggunakan
perlambangan melalui objek padi dan lalang, peribahasa ini juga menggunakan
penceritaan latar belakang, iaitu dengan mengutarakan perbandingan antara sifat
padi dengan lalang. Dalam hal ini, sifat yang dimaksudkan ialah sifat tumbuhan
yang dijadikan perlambangan dan sifat manusia yang digambarkan dalam konteks
makna secara harah. Pembuktian linguistik yang ditemui melalui data korpus turut
menyerlahkan gandingan perumpamaan padi dan lalang yang berkonsepkan sifat ini
seperti contoh yang berikut:
(i) Selama ini lalang dikenali sebagai tumbuhan perosak. Tidak berfaedah. Kita kalau
sudah senang janganlah riak. Bercakap tentang lalang, saya teringat perumpamaan
emak selalu menggunakannya. Katanya, ***jangan jadi seperti lalang yang sentiasa
mendongak, jadilah seperti padi, semakin berisi semakin tunduk***
(Korpus DBP, Sehelai Daun yang Gugur, 2013)
Berdasarkan ayat (i), “seperti lalang yang sentiasa mendongak’’ tidak mempunyai
Elemen 2.indd 74 12/29/16 10:03 AM
JULAINA NOPIAH, NOR HASHIMAH JALALUDDIN DAN JUNAINI KASDAN
75
anteseden yang nyata untuk merujuk makna sebenar ungkapan yang berbentuk
nasihat. Namun, dengan mengaplikasikan Rangka Rujuk Silang, ungkapan tersebut
dapat difahami dengan meneliti konteks ayat tersebut melalui premis tambahan yang
dirujuk. Berdasarkan ayat tersebut, ungkapan ini berbentuk nasihat dan merujuk
peribahasa “baik membawa resmi padi, daripada membawa resmi lalang’’. Ungkapan
yang mengandungi makna tersirat ini dapat difahami dengan merujuk silang premis
tambahan yang berada pada ayat sebelumnya, iaitu “kalau sudah senang, janganlah
riak’’. Jika diperhatikan, rujukan yang memberikan maklumat tambahan tersebut
berlatarkan nasihat kepada individu supaya tidak riak walaupun sudah hidup senang.
Frasa “kalau sudah senang, janganlah riak’’ menjadi premis tambahan kepada makna
yang ingin disampaikan, iaitu mengembangkan konteks yang sedang dibicarakan.
Kesan konteks yang tinggi dapat membantu merendahkan usaha memproses
maklumat dan seterusnya ujaran itu relevan untuk diinterpretasikan. Berdasarkan
teori relevan, untuk memahami ujaran yang mengandungi bahasa berkias, secara
automatik minda pendengar akan tertumpu pada relevan yang optimum dan prosedur
pemahaman teori relevan. Prosedur pemahaman teori relevan menggariskan setiap
ujaran yang diucapkan mempunyai jangkaan tahap relevannya yang optimum dan
tersendiri (Hawiyah, 2015). Berdasarkan konteks ayat (i), perkataan “senang’
merujuk kehidupan yang mewah (Kamus Dewan, 2005), seperti padi yang menjadi
sumber makanan sehari-hari. Dalam kehidupan, umumnya masyarakat mempunyai
persepsi bahawa orang yang senang ialah orang yang mempunyai harta dan hidup
dalam keadaan mewah. Perkataan “riak” yang digunakan dalam ayat (i) pula merujuk
kata adjektif yang bersinonim dengan sifat angkuh, bongkak, congkak, pongah,
sombong, bangga, takbur, tinggi diri dan besar diri (Kamus Dewan, 2005). Dalam
konteks tumbuhan lalang, sifat ini disamakan dengan bunga lalang. Walaupun
kelihatan cantik dan sentiasa tegak, namun hakikatnya tumbuhan ini tidak bernilai.
Bentuk visual perbandingan tumbuhan padi dan lalang dapat dilihat melalui Foto 1.
Dari segi istilahnya, “riak” membawa pengertian “melakukan sesuatu bukan
kerana Allah” (Anon, 2010). Maksud yang tersirat di sebalik sifat ini ialah keinginan
seseorang untuk mendapatkan penghargaan daripada orang lain sehingga beroleh
pangkat, kedudukan dan kebebasan. Riak dalam jiwa juga mempamerkan pengertian
sifat “conggok” yang bermaksud “tegak” (Kamus Dewan, 2005). Oleh itu, lalang
dalam peribahasa ini melambangkan “orang yang riak’’. Hal ini adalah disebabkan
wujudnya persamaan objek dan makna terdapat dalam ayat tersebut yang membawa
konsep “tegak’’. Sifat lalang yang mendongak (tegak) dianalogikan dengan sifat
“riak” yang secara tersirat turut mengandungi konsep “tegak’’ dalam pencirian
maknanya.
Perbandingan yang terdapat dalam peribahasa “baik membawa resmi padi,
Elemen 2.indd 75 12/29/16 10:04 AM
76
MELAYU: JURNAL ANTARABANGSA DUNIA MELAYU JILID 10 BIL. 1 JANUARI 2017
Foto 1 Padi (Oryza sativa) dan lalang (Imperata cylindrical).
(Sumber: Koleksi peribadi pengkaji)
daripada membawa resmi lalang’’ juga adalah berdasarkan anatomi kedua-dua
tumbuhan ini. Pada pandangan mata kasar, tumbuhan padi dan lalang mempunyai
ciri zikal dan rupa yang hampir sama, namun kedua-duanya berbeza dari segi
fungsi dan kegunaannya. Padi merupakan sumber rezeki, manakala lalang dianggap
sebagai tumbuhan perosak yang tidak berguna. Hubungan antara tumbuhan yang
memberikan hasil dengan tumbuhan perosak menyebabkan masyarakat Melayu
pada masa lalu menggandingkannya sebagai objek perbandingan. Sesuai dengan
peranannya, padi disinonimkan dengan sifat positif, manakala lalang disinonimkan
dengan sifat negatif.
Sifat menunduk padi yang menjadi cerminan kepada sifat “tidak sombong dan
merendah diri’’ disebabkan oleh faktor anatomi semula jadi tumbuhan ini. Sewaktu
padi menguning, malai padi menunduk dan berfungsi sebagai menyokong buah
padi yang bernas. Buah padi yang masak menjadi berat dan menyebabkan pokok
padi membengkok seolah-olah menunduk (Fransiska, Kacung dan Irwan, 2014).
Pemerhatian masyarakat terhadap proses siologi tumbuhan padi telah mendorong
penciptaan peribahasa bersumberkan padi sebagai perumpamaan. Oleh itu, sesuai
dengan sifat “rendah’’ atau “tunduk’ yang ditunjukkan oleh padi inilah menyebabkan
masyarakat Melayu pada masa dahulu menjadikan resam tumbuhan ini sebagai
ikutan yang menjurus kepada “sifat merendah diri’’.
Elemen 2.indd 76 12/29/16 10:04 AM
JULAINA NOPIAH, NOR HASHIMAH JALALUDDIN DAN JUNAINI KASDAN
77
ANALISIS TAHAP 3
Tahap berikutnya ialah tahap yang menyerlahkan akal budi masyarakat yang
menuturkan peribahasa, iaitu masyarakat Melayu. Peribahasa baik membawa resmi
padi, daripada membawa resmi lalang” menunjukkan bahawa masyarakat Melayu
pada masa lalu sangat peka terhadap hal yang berlaku di sekeliling mereka, terutama
yang menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka sehari-hari. Sebagai pesawah,
mereka sentiasa peka dengan tanaman padi kerana sudah menjadi sumber rezeki.
Tidak hairanlah jika tabiat tumbuhan padi dijadikan kias atau perbandingan ketika
berbicara. Namun, mengapakah padi yang menjadi pilihan?
Padi bukan sekadar makanan ruji orang Melayu dan etnik Asia lainnya, tetapi
bagi sesetengah kawasan, padi menjadi penyumbang kepada ekonomi keluarga dan
negara. Kata orang, “ada padi semua jadi’’. Berdasarkan peribahasa ini, sekali lagi
padi dirujuk sebagai simbol kekayaan atau harta kerana padi mengandungi zat yang
boleh menyihatkan tubuh badan. Dalam konteks ekonomi, tanaman padi merupakan
sumber pendapatan keluarga dan negara. Berdasarkan siologi pertumbuhannya,
sewaktu padi berbuah, tangkainya mula menunduk. Pokok padi akan terus menunduk
apabila buah padi semakin membesar tetapi tidak sehingga rebah ke tanah. Walaupun
memiliki batang yang kecil dan berongga, pokok padi yang terdiri daripada ruas kecil
mampu untuk menopang buah padi daripada rebah ketika ditiup angin atau hujan.
Keadaan ini berlaku kerana batang padi disokong oleh akar serabut dan akar seminal
yang berfungsi untuk menyerap fosforus yang terkandung dalam baja yang sangat
diperlukan oleh tanaman padi (Firmanto, 2011). Batang padi juga diperkuat oleh
pelepahnya yang tumbuh pada setiap ruas. Batang padi berfungsi untuk menyerap
air, mensenyawakan kimia dan menyimpan makanan yang diserap oleh akar untuk
disalurkan ke bahagian lain. Keadaan ini membantu menguatkan batang padi agar
tidak rebah. Kekurangan fosforus menyebabkan tumbesaran tanaman padi terencat
dan daunnya berwarna ungu, sekali gus menyebabkan pokok padi tidak mampu
menopang buah padi dengan baik. Sekiranya pokok padi rebah ke tanah, padi akan
menjadi rosak dan menyebabkan kerugian yang besar.
Dalam konteks peribahasa “mengikut resmi padi semakin berisi semakin
menunduk”, sifat padi yang menunduk dilihat oleh masyarakat Melayu sebagai
lambang kerendahan hati dan tidak sombong. Namun, sifat merendah diri ini
tidaklah sampai menjadikan seseorang itu mudah dihina oleh pihak lawan. Sifat
rendah diri perlu disokong oleh asas kemahiran insaniah (soft skill) yang kukuh
dalam diri individu, misalnya norma peribadi, kepedulian terhadap lingkungan,
integriti, dan sebagainya. Kemahiran ini berkembang melalui proses semula jadi
seperti tumbesaran, kematangan dan penuaan (Megat Aman Zahiri et al., 2007).
Elemen 2.indd 77 12/29/16 10:04 AM
78
MELAYU: JURNAL ANTARABANGSA DUNIA MELAYU JILID 10 BIL. 1 JANUARI 2017
Kekuatan dalaman sangat diperlukan oleh seseorang untuk menangkis sebarang
acaman dari luar.
Konsep “menunduk’’ dalam peribahasa ini bermaksud “merendahkan hati atau
merendahkan diri dan tidak sombong’’. Sifat ini merupakan cerminan ketulusan
hati, tahu diri dan menghormati orang lain (Tenas, 2004). Dengan sifat rendah
diri, orang Melayu akan dilihat sederhana dalam segala aspek. Sifat ini sangat
bertentangan dengan sifat suka menunjuk-nunjuk atau sombong”, sedangkan
sifat ini pada hakikatnya tidak membawa sebarang kebaikan kepada orang lain.
Berdasarkan pemerhatian terhadap alam sekeliling, masyarakat menyamakan sifat
yang sedemikian dengan sifat lalang. Berdasarkan siologinya, lalang merupakan
sejenis tanaman berumur panjang (perennial plant) yang boleh mencapai ketinggian
hingga 130 cm, bertunas panjang, bersisik dan mempunyai pucuk yang meruncing
tajam seperti duri (Anon, 2015). Bunganya cantik dan berbentuk malai dengan
panjang mencapai hingga 28 cm. Sifat lalang sentiasa tegak mendongak meskipun
tidak membawa apa-apa faedah menyebabkannya menjadi perbandingan kepada
padi yang sifatnya sentiasa tunduk walaupun memiliki banyak kelebihan.
Hakikatnya, akal budi yang terselindung di sebalik perbandingan padi dan lalang
ialah “jangan bermegah dengan apa-apa yang dimiliki”. Meskipun mempunyai harta,
pangkat mahupun ilmu yang tinggi, seseorang itu hendaklah merendah diri dan tidak
sombong kepada orang lain. Kata orang tua-tua, “siapa suka berlagak sombong,
dadanya hampa kepalanya kosong” dan sebaliknya, orang yang mempunyai sifat
rendah hati akan disanjung, dipuji dan dihormati oleh masyarakat. Sikap orang
Melayu yang sedemikian diungkapkan oleh Tenas (2004) sebagai:
Apa tanda Melayu jati, pantang baginya membesarkan diri.
Apa tanda Melayu bertuah, berkata dengan merendah-rendah.
Apa tanda Melayu berilmu, membesarkan diri ianya malu.
(“Analisis Peribahasa ‘Cempedak–Nangka’ ”)
Melalui data yang dikumpulkan melalui peribahasa gandingan cempedak dan
nangka, pengkaji mendapati domain makna bagi peribahasa “cempedaknangka”
ialah domain sifat. Oleh itu, peribahasa “daripada cempedak baik nangka, daripada
tidak baiklah ada’’ yang bermaksud “kalau tidak ada yang baik, yang kurang baik
pun berguna” akan digunakan sebagai bahan perbincangan dan analisis.
ANALISIS TAHAP 1
Pada peringkat ini, analisis dilakukan pada peringkat permukaan sahaja, iaitu
Elemen 2.indd 78 12/29/16 10:04 AM
JULAINA NOPIAH, NOR HASHIMAH JALALUDDIN DAN JUNAINI KASDAN
79
memperincikan makna harah di sebalik peribahasa yang mempunyai makna
tersirat. Berdasarkan contoh peribahasa tersebut, objek “cempedaknangka” ialah
objek perlambangan yang bersifat konkrit. Peribahasa tersebut bukan sekadar
ungkapan yang mengandungi makna tersirat tetapi juga mengetengahkan dualisme
pertentangan antara dua sifat, iaitu baik dan buruk atau kurang baik. Berdasarkan
peribahasa dan maknanya, peribahasa ini menjelaskan kepentingan konsep “ada’
berbanding dengan “tiada’’. Walaupun peribahasa memerlukan keupayaan kognitif
untuk menghuraikan maknanya, namun dari segi strukturnya, hubungan peribahasa
dan maknanya masih lagi bersesuaian dan berpadanan antara satu dengan yang
lain.
ANALISIS TAHAP 2
Peribahasa “daripada cempedak baik nangka’’ merupakan peribahasa yang tidak
mempunyai anteseden yang nyata untuk merujuk makna sebenar peribahasa ini.
Berdasarkan penelitian, peribahasa ini, memperlihatkan wujudnya elemen dualisme
dari segi pertentangan sifat ‘‘baik’’ dan “buruk’’ berdasarkan maknanya yang khusus.
Secara harahnya, cempedak dan nangka ditakrifkan sebagai:
Jadual 2 Denisi cempedak dan nangka.
Entri Makna
cempedak Sejenis tumbuhan (pokok yang buahnya seperti nangka); Artocarpus
champeden.
nangka Sejenis tumbuhan (pokok) yang buahnya berulas-ulas dan boleh
dimakan; Artocarpus heterophyllus.
Secara saintiknya, buah cempedak dan nangka merupakan buah-buahan tropika
daripada keluarga Moraceae (Zakaria, 1990). Berdasarkan bentuk zikalnya, kedua-
dua buah ini kelihatan hampir serupa tetapi dapat dibezakan dengan mudah sekiranya
seseorang itu arif tentang buah-buahan tempatan. Pokok cempedak berketinggian
20 – 25 m dan batangnya lebih kecil daripada pokok nangka. Daunnya berbulu
banyak dan lebih panjang, bunganya tersusun dalam tandan, buahnya bulat
memanjang dengan kulit yang lebih halus berbanding dengan nangka. Buah nangka
berukuran 20 – 45 cm panjang, berdiameter 10 – 20 cm dan beratnya mencapai
empat kg. Baunya sangat kuat dan menusuk hidung, serta isinya manis, berserat dan
mengandungi zat nutrisi yang tinggi, terutamanya vitamin A (Via Andani, Fitmawati
dan Nery, 2015).
Elemen 2.indd 79 12/29/16 10:04 AM
80
MELAYU: JURNAL ANTARABANGSA DUNIA MELAYU JILID 10 BIL. 1 JANUARI 2017
Unsur perbandingan yang mengetengahkan cempedak dan nangka sebagai
objek perlambangan menunjukkan bahawa masyarakat Melayu pada masa dahulu
memberikan darjah yang berbeza kepada kedua-dua buah ini. Hal ini terlihat menerusi
peribahasa “daripada cempedak baik nangka’’ yang menunjukkan buah nangka
lebih diharapkan kewujudannya berbanding dengan buah cempedak. Persoalannya,
mengapakah nangka lebih mendominasi masyarakat Melayu? Berdasarkan analisis
yang dibuat melalui tatacara yang diketengahkan oleh pendekatan semantik
inkuisitif, persoalan ini akan dapat dijawab, dan seterusnya menyerlahkan akal budi
yang tersembunyi melalui peribahasa “cempedaknangka” yang telah dicipta pada
masa lalu. Contohnya:
Kita tolak ke tepi dulu soal keikhlasan dan mutu penganjuran sayembara ini. Apa
yang penting ialah setidak-tidaknya usaha telah dilakukan. Kata orang, *** daripada
cempedak baiklah nangka ***
(Korpus DBP, Sastera dan Budaya, 1999)
Dalam Rangka Rujuk Silang, pencarian makna bukan hanya merujuk peringkat
leksikal atau frasa, tetapi membenarkan rujukan pada ujaran terdahulu atau ujaran
selepasnya. Proses Rangka Rujuk Silang berlaku meskipun sesuatu ujaran itu tidak
mempunyai anteseden tetapi pendengar dapat mentafsirkan makna ujaran tersebut
dengan mengaitkan ayat kedua dengan ayat pertama dalam satu wacana (Nor
Hashimah, 1992). Dalam ayat (ii), pendengar mungkin mengekod konsep cempedak
dan nangka sebagai fokus untuk memahami makna peribahasa “daripada cempedak
baiklah nangka’’. Hal ini dikatakan demikian kerana maklumat yang terdapat dalam
entri ensiklopedia membekalkan maklumat tentang gambaran umum dan bentuk
zikal atau ciri khusus kedua-dua buah tersebut kepada pendengar. Pengekodan pada
peringkat kata mungkin tidak mencukupi membuatkan pendengar perlu mengekod
peribahasa “daripada cempedak baiklah nangka’’ dan diterjemahkan secara logik.
Dalam konteks ayat (ii), maklumat tambahan seperti “tolak ke tepi dulu soal keikhlasan
dan mutu penganjuran sayembara’’ dan “setidak-tidaknya usaha telah dilakukan’
penting bagi membantu pendengar menginterpretasi maksud sebenar peribahasa
yang hendak disampaikan. Maklumat tambahan yang ada pada ujaran sebelumnya
memudahkan usaha memproses makna yang hendak disampaikan oleh penutur.
Maksud peribahasa yang digambarkan melalui ayat (ii) adalah tentang ‘‘penganjuran
sayembara’’. Walaupun sayembara yang dianjurkan boleh dipertikaikan mutunya,
namun sayembara tersebut tetap dianjurkan. Peribahasa “daripada tiada baiklah
ada” ini bermaksud ‘‘kalau tidak ada yang baik, yang kurang baik pun berguna’’.
Berdasarkan analisis hubungan peribahasa dengan mesej, didapati nangka dalam
Elemen 2.indd 80 12/29/16 10:04 AM
JULAINA NOPIAH, NOR HASHIMAH JALALUDDIN DAN JUNAINI KASDAN
81
konteks ini merujuk “adanya” sayembara, manakala cempedak pula merujuk “tiada”.
Perkara yang ditekankan ialah sifat “ada” meskipun tidak berkualiti seperti yang
diharapkan.
Susunan peribahasa “baik cempedak daripada nangka’’ jelas membandingkan
kedua-dua jenis buah, iaitu nangka dan cempedak, yang seolah-olahnya nangka
lebih baik sifatnya berbanding dengan cempedak. Persoalannya mengapakah masih
memilih nangka, walhal jika dilihat maksud yang tertera dalam konteks tersebut
menggambarkan nangka yang dipilih tidak berkualiti mutunya? Jawapannya kerana
masyarakat Melayu pada masa dahulu sudah meletakkan nangka pada kedudukan yang
lebih baik sifatnya berbanding dengan cempedak. Hal ini dibuktikan melalui peribahasa
Tak kusangka cempedak jadi nangka’’ yang bermaksud ‘tak sangka mendapat yang
lebih baik’’. Berdasarkan peribahasa ini, nangka diberikan tur sifat yang lebih baik
jika dibandingkan dengan cempedak meskipun kedua-duanya merupakan rezeki.
ANALISIS TAHAP 3
Melalui analisis kognitif yang ditunjukkan pada tahap kedua sebelum ini, terdapat
persoalan yang boleh dibangkitkan. Berdasarkan peribahasa “daripada cempedak baik
nangka’’ yang membandingkan antara kedua-dua buah ini, didapati masyarakat Melayu
pada masa lalu meletakkan nangka pada kedudukan yang lebih tinggi berbanding
dengan cempedak. Kedudukan nangka yang lebih mendominasi sifat “baik’’ berbanding
dengan buah cempedak di mata masyarakat Melayu dianalisis menggunakan bantuan
semantik inkuisitif. Sesuai dengan konsep lagu ‘‘Bangau Oh Bangau’’, Nor Hashimah
(2014) menekankan bahawa makna tersirat dalam bahasa Melayu seharusnya tidak
berhenti setakat menghuraikan proses kognitif yang berlaku, tetapi seharusnya dapat
meneroka ilmu dengan lebih jauh dan mendalam agar dapat menelusuri akal budi dan
falsafah orang Melayu.
Walaupun secara biologinya kedua-dua buah ini dilihat hampir serupa dari segi
luarannya, namun anatominya sungguh berbeza. Antara perbandingan yang ketara
adalah dari segi musim buahnya. Musim berbuah untuk nangka lebih panjang
berbanding dengan buah cempedak. Nangka dikategorikan sebagai buah yang tidak
bermusim sedangkan cempedak merupakan tumbuhan yang bermusim (Zawiah dan
Othaman, 2012). Kawasan yang mengalami dua musim kemarau yang nyata, biasanya
mengalami kitaran musim buah dua kali setahun. Bagi yang mengalami kitaran musim
sekali setahun, biasanya musim buah berlaku pada bulan Jun hingga Ogos (http://jpn.
penang.gov.my).
Dari segi saiznya, buah nangka lebih besar berbanding dengan buah cempedak.
Buah nangka boleh mencapai ukuran 30 cm hingga 90 cm panjang dan mencapai
Elemen 2.indd 81 12/29/16 10:04 AM
82
MELAYU: JURNAL ANTARABANGSA DUNIA MELAYU JILID 10 BIL. 1 JANUARI 2017
kelebaran 35 cm. Berdasarkan saiznya, nangka dapat dimakan oleh banyak orang
berbanding dengan buah cempedak yang hanya boleh dinikmati oleh sekumpulan kecil
sahaja. Tekstur isi nangka yang lebih tebal dan dikelilingi serabut kasar menjadikan
nangka lebih tahan lama berbanding dengan isi cempedak yang bertekstur lembut
(Zawiah dan Othaman, 2012). Ketika majlis kenduri pula, masyarakat Melayu di
sesetengah tempat menghidangkan gulai atau rendang nangka muda dan bukannya
cempedak untuk tetamu.
Selain itu, buah nangka juga mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dari
segi perubatan, khususnya perubatan tradisional. Menurut Rex (1979), buah nangka
mengandungi tonutrien seperti lignan, isoavon dan saponin mampu menjadi
antibarah dan melindungi tubuh daripada sel barah. Daun nangka yang dibakar sehingga
menjadi abu dan dicampur dengan minyak kelapa boleh digunakan dalam perubatan
tradisional untuk merawat bisul dan luka. Daun nangka yang berwarna kuning, jika
diembunkan dan diramas, serta dijadikan pencuci muka, berkhasiat untuk mengatasi
masalah kulit muka seperti jeragat. Air rebusan akar nangka yang dikeringkan mampu
bertindak sebagai penguat tulang, membantu rawatan penyakit asma, menghentikan
cirit-birit dan meredakan demam panas (Musa, Azimah dan Zaharah, 2011).
Kajian juga mendapati bahawa biji nangka berpotensi untuk menjadi sumber
karbohidrat yang baik (Sairin et al., 2010). Secara kimia, pati biji nangka merupakan
suatu polisakarida (C6H10O5)n. Pati biji buah nangka sukar larut di dalam air sejuk,
tetapi di dalam air panas, pati akan menyerap air dan akhirnya membentuk pes pati biji
nangka yang tinggi kandungan karbohidratnya. Oleh sebab banyaknya kegunaan buah
nangka, maka masyarakat Melayu memilih nangka berbanding dengan cempedak.
ANALISIS PERIBAHASA ‘‘ASAMGARAM’
Penganalisisan data peribahasa yang telah dipilih mendapati bahawa unsur dualisme
bagi elemen asam dan garam cenderung mendominasi makna ‘‘pengalaman’’. Untuk
tujuan perbincangan, pengkaji mengemukakan peribahasa “asam garam’ yang
membawa maksud “pengalaman hidup’’ untuk dianalisis.
ANALISIS TAHAP 1
Secara harahnya, peribahasa “asam garam’ membawa maksud ‘‘pengalaman
hidup’’. Dalam peribahasa ini, leksikal atau objek “garam’’ berkolokasi dengan
leksikal asam di hadapannya yang membentuk peribahasa asam garam. Peribahasa
ini turut mengetengahkan elemen dualisme kerana kedua-dua objek perlambangan
Elemen 2.indd 82 12/29/16 10:04 AM
JULAINA NOPIAH, NOR HASHIMAH JALALUDDIN DAN JUNAINI KASDAN
83
terdiri daripada dua unsur yang berbeza. Peribahasa asam garam ini berkisarkan
perihal seseorang yang mempunyai pengalaman dalam kehidupan. Jadual 3
merupakan takrifan harah asam dan garam menurut Kamus Dewan (2005) bagi:
Jadual 3 Makna asam dan garam.
Entri Makna
asam 1. segala sesuatu yg masam rasanya: dia suka benar makan ~; 2.
berasa spt rasa cuka, masam (spt rasa mangga muda).
garam 1. bahan pepejal berwarna putih dan masin rasanya, yang diperoleh
daripada air laut atau dari dalam tanah dan mempunyai banyak
kegunaan (termasuk sebagai perasa dan pengawet makanan), natrium
klorida; 2. (Kim) sebatian kimia yang diperoleh daripada tindakan asid
atas logam; 3. sj pupuk.
ANALISIS TAHAP 2
Jika ditinjau dari segi penggunaannya, kombinasi asam dan garam sangat sinonim
dengan masyarakat Melayu, terutamanya dalam dunia masakan. Masyarakat Melayu
lazimnya menggunakan asam gelugur (Garcinia atnoviridis griff) dan asam jawa
(Tamarindus indica) dalam ramuan masakannya. Ramuan asam dalam masakan
sering kali dijumpai dalam masakan asam pedas, singgang, masak lemak cili padi,
laksa, dan sebagainya (Junaini, 2015). Begitu juga dengan garam. Masyarakat
Melayu mempunyai banyak petua tentang garam. Berdasarkan Jadual 3, pentakrifan
asam dan garam dibezakan oleh elemen rasanya. Sesuai dengan namanya, asam
yang sinonim dengan rasa masam, manakala garam pula sinonim dengan rasa
masin. Walaupun kedua-duanya memberikan rasa yang berbeza kepada deria, tetapi
penggunaannya sama kerana berperanan sebagai perasa dan penyedap makanan
dalam masakan masyarakat Melayu. Pembuktian linguistik yang ditemui melalui
data korpus turut menyerlahkan penggunaan kombinasi asam dan garam yang
berkonsepkan pengalaman. Yang berikut ialah contoh peribahasa dalam data korpus
yang bersumberkan asam dan garam yang menyerlahkan pengalaman sebagai teras
maknanya.
(iii) Namun, bagi wanita yang pernah menjalani pembedahan barah di perut dan
kini menghidap gastrik, kesusahan dialaminya sejak kematian suami lebih 20
tahun lalu sudah menjadi ***asam garam*** kehidupan.
(Korpus DBP, Nasional, 2000)
Elemen 2.indd 83 12/29/16 10:04 AM
84
MELAYU: JURNAL ANTARABANGSA DUNIA MELAYU JILID 10 BIL. 1 JANUARI 2017
Peribahasa “asam garam’’ tidak mempunyai anteseden yang membolehkan peribahasa
tersebut difahami. Namun, dengan memahami konteks ayat tersebut, peribahasa
yang mempunyai makna tersirat boleh difahami dan dijelaskan dengan meneliti
premis tambahan. Premis tambahan berperanan membantu mengaitkan konteks
dengan maksud peribahasa. Berdasarkan ayat (iii), ungkapan “pernah menjalani
pembedahan barah di perut, kini menghidap gastrik, kesusahan dialaminya sejak
kematian suami lebih 20 tahun’ menjadi premis tambahan yang dirujuksilangkan
dengan peribahasa “asam garam’’ bagi menginterpretasi maksud tersirat peribahasa
ini. Berdasarkan konteks, barah dan gastrik merupakan sejenis penyakit yang
memudaratkan kesihatan. Maklumat kedua-dua penyakit ini terpapar dalam entri
ensiklopedia, dan seterusnya memberikan gambaran umum terhadap kedua-dua
jenis penyakit ini. Dalam konteks ayat (iii) di atas, wanita tersebut telah menempuh
dan merasai pelbagai dugaan dalam hidup dari dulu hingga kini. Seseorang yang
telah menjalani pembedahan, ditambah pula dengan sakit yang sedang dihidapinya
(gastrik) pasti menjadi satu cabaran yang sangat getir untuk menjalani kehidupan.
Cabaran yang ditempuh bukan sekadar dugaan sakit, malah menghadapi kesusahan
dalam hidup sebagai seorang ibu tunggal setelah kematian suaminya 20 tahun yang
lalu. Jika dilihat dari segi tempoh masanya, 20 tahun bukanlah suatu tempoh masa
yang singkat untuk menjalani kehidupan. Pelbagai kesusahan yang ditempuhnya
menjadikan tempoh tersebut dirasakan lebih panjang. Maklumat tambahan ini
membantu mengukuhkan lagi kesan kognitif penutur. Mengikut teori relevans,
pengukuhan merupakan salah satu ciri penting untuk meningkatkan kesan kognitif
dan sekali gus memudahkan pemprosesan maklumat. Berdasarkan konteks dalam
ayat (iii), “asam garam’’ berkaitan dengan konteks merasai, iaitu merasai kesusahan
hidup dan diuji dengan penyakit.
ANALISIS TAHAP 3
Mengapakah “asam garam’’ diberikan takrifan pengalaman oleh masyarakat
pada masa dahulu? Mengapakah rasa masam dan masin ini menjadikan inti pati
‘merasai’’ pengalaman seperti yang dibincangkan dalam ruangan analisis sebelum
ini? Berdasarkan tatacara semantik inkuisitif, persoalan demi persoalan adalah
untuk mengetengahkan falsafah dan akal budi penciptanya. Menurut Asad (2015),
gandingan asam dan garam dalam peribahasa Melayu adalah disebabkan oleh faktor
tempat asal kedua-dua objek tersebut, iaitu satu dari darat dan satu dari laut. Sifat
yang pertama, ialah darat dan laut. Pokok asam lazimnya tumbuh di kawasan bukit,
manakala garam diperoleh dari laut. Kedua-dua objek berada pada suatu kedudukan
Elemen 2.indd 84 12/29/16 10:04 AM
JULAINA NOPIAH, NOR HASHIMAH JALALUDDIN DAN JUNAINI KASDAN
85
yang berbeza, iaitu asam di tempat yang tinggi, manakala garam di tempat yang rendah.
Kajian Nur Aqah dan Nor Hashimah (2015) mengaitkan asam dengan kandungan
unsur sejuk, manakala garam pula mengandungi unsur panas yang menyebabkan
gandingan kedua-dua objek ini berperanan saling melengkapi antara satu dengan
yang lain. Peribahasa yang menggabungkan kedua-dua objek ini menyerlahkan
konsep pelengkap yang dibina daripada keserasian antara dua alam yang berbeza.
Melihat kejadian tersebut, penciptaan peribahasa “asam garam’’ didorong oleh konsep
“pengetahuan’’, iaitu pemerolehan “sesuatu’’ dari jarak rendah ke jarak yang tinggi.
Secara umumnya, terdapat pelbagai jenis asam di Alam Melayu. Antaranya
termasuklah asam gelugur, asam jawa, asam kandis, asam sunti, asam kuning, asam
kundang, asam belanda, asam patikala, belimbing buluh, lemon dan pelbagai jenis
limau. Buah asam biasanya tumbuh di kawasan yang mempunyai ketinggian sekitar
1000 m dari aras laut (Junaini, 2015). Menyentuh soal garam pula, garam yang
digunakan untuk menambah perisa ke dalam makanan biasanya diperoleh dari air
laut atau simpanan batu. Sumber natrium yang utama ialah garam dapur (natrium
klorida) penting untuk kehidupan manusia dan haiwan dalam kuantiti kecil, namun
berbahaya jika berlebihan. Kedudukan garam di tempat yang rendah (di dalam laut)
dan kedudukan asam yang tinggi (1000 m dari paras laut) menjadi sebab masyarakat
Melayu memberikan konsep ‘‘pengalaman’’ bagi gandingan peribahasa asam dan
garam. Segala yang ‘‘diperoleh’’ hasil jarak dari atas ke bawah mahupun kedudukan
dari bawah ke atas dianggap sebagai ‘‘pengalaman’’ yang ditempuh.
Selain itu, kombinasi antara asam dengan garam didapati bermanfaat dalam dunia
perubatan. Walaupun terdapat pertentangan unsur sejuk dan panas bagi kedua-dua objek
ini, namun kombinasi antara kedua-duanya boleh dianggap sebagai saling melengkapi
antara satu dengan yang lain. Kewujudan asam mampu menjadi ‘‘pelengkap’’ kepada
garam dalam perubatan, khususnya rawatan tradisional. Dalam diet manusia, garam
tergolong dalam kelompok mikro nutrien, iaitu nutrien yang diperlukan dalam jumlah
yang sedikit kerana jika terkurang atau terlebih akan menyebabkan penyakit meskipun
garam membekalkan mineral sodium kepada manusia (Mohd. Hamim, Baharudin dan
Suhaina, 2015). Tubuh badan menggunakan garam untuk menggerakkan semua fungsi
keperluan seharian. Berdasarkan keperluan, tubuh manusia sebenarnya memerlukan
lebih kurang satu hingga dua sudu garam sehari. Untuk menjaga keseimbangan
natrium, seseorang itu perlu mengambil kurang daripada 200 mg garam sehari kerana
jumlah natrium yang diperlukan oleh tubuh dianggarkan serendah 40 mg hingga 185
mg sehari.
Jelasnya, masyarakat Melayu pada masa dahulu mempunyai pengamatan yang jitu
terhadap sesuatu kejadian. Jarak daripada kedudukan yang rendah kepada kedudukan
yang tinggi dan kedudukan yang tinggi kepada yang rendah diamati sebagai
Elemen 2.indd 85 12/29/16 10:04 AM
86
MELAYU: JURNAL ANTARABANGSA DUNIA MELAYU JILID 10 BIL. 1 JANUARI 2017
“pengalaman’’ oleh masyarakat Melayu dahulu. Segala yang ‘‘diperoleh’’ sepanjang
perjalanan menujui destinasi sama ada dari atas ke bawah, mahupun dari bawah ke atas
dianggap sebagai pengalaman.
IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN
Setelah melakukan analisis dengan bantuan semantik inkuisitif, kajian ini berjaya
mencapai objektifnya, iaitu mengetengahkan konsep dualisme berdasarkan objek
perlambangan padilalang, cempedaknangka, serta asamgaram, dan seterusnya
menghuraikan akal budi Melayu. Berdasarkan analisis yang dilakukan, peribahasa “padi
lalang” dan “cempedaknangka” menunjukkan unsur pertentangan. Begitu juga dengan
gabungan padi dan lalang dalam peribahasa mengandungi unsur pertentangan sifat. Sifat
padi yang “menunduk’’ telah menjadi ikutan masyarakat Melayu dan diperikan sebagai
sifat ‘‘merendah diri’’ dalam peribahasa. Sifat lalang didapati berbeza daripada sifat
padi. Sifat lalang yang ‘‘mendongak’’ menyebabkan masyarakat memberikan tafsiran
“sombong’’ kepada tumbuhan ini dalam peribahasa. Hasil pertentangan dualisme ini
bukan sahaja ditunjukkan melalui gabungan objek padilalang sahaja, tetapi turut ditemui
melalui gabungan cempedaknangka. Pertentangan sifat bagi kedua-dua tumbuhan
ini bukan sahaja terzahir daripada makna harahnya sahaja tetapi cukup jelas dilihat
melalui struktur ayat dalam peribahasa. Peribahasa ‘‘daripada cempedak baik nangka’’
menunjukkan bahawa masyarakat Melayu memberikan nilai yang tinggi kepada buah
nangka berbanding dengan buah cempedak. Walau bagimanapun, keadaan ini berlainan
dengan kombinasi objek “asamgaram” yang dilihat bersifat sebagai pelengkap.
Walaupun pada dasarnya terdapat pertentangan sifat semula jadi antara kedua-dua
objek ini, namun gabungan antara kedua-duanya menunjukkan hubungan yang saling
melengkapi antara satu dengan yang lain. Kedudukannya berbeza antara laut dengan
darat, tetapi kegunaannya sama sebagai perasa dalam makanan menyebabkan masyarakat
Melayu pada masa dahulu mentafsirkannya sebagai pengalaman. Dapatan kajian ini jelas
menunjukkan bahawa meskipun terdapat elemen dualisme di sebalik gabungan objek
tersebut, namun semuanya mempunyai kewajaran yang tersendiri. Penciptaan peribahasa
oleh masyarakat pada masa dahulu bukan disebabkan unsur keindahannya semata-mata,
tetapi sebaliknya dicipta berdasarkan pengamatan dan pengalaman generasi penciptanya
sehingga wujudnya falsafah dan akal budinya yang tersendiri.
KESIMPULAN
Kepintaran dan kefahaman masyarakat Melayu meluahkan kata-kata melalui
janaan idea bersumberkan sesuatu yang ada di sekeliling mereka dibuktikan dengan
Elemen 2.indd 86 12/29/16 10:04 AM
JULAINA NOPIAH, NOR HASHIMAH JALALUDDIN DAN JUNAINI KASDAN
87
kewujudan beribu-ribu ungkapan peribahasa. Kekreatifan masyarakat Melayu dalam
berbahasa menunjukkan bahawa akal budi Melayu yang sangat tinggi. Mereka juga
cekap dalam usaha memahami kandungan atau sifat sesuatu benda. Semangat ingin
tahu dan dorongan untuk terus meneroka bagi mencari jawapan kepada sesuatu
ungkapan yang menjadi ciri inkuisitif membuatkan pendekatan semantik inkuisitif
yang digunakan mampu menyelami makna peribahasa Melayu sehingga ke peringkat
akal budi Melayu. Jelasnya, peribahasa yang dicipta oleh masyarakat Melayu dahulu
bukanlah sekadar ungkapan kosong yang menarik, tetapi sebaliknya tersembunyi
ilmu dan falsafah yang tinggi seandainya diamatinya dengan teliti dan sedalam-
dalamnya.
RUJUKAN
Abdullah Hassan, “Bahasa Kiasan” dlm. Jurnal Dewan Bahasa 37:10, hlm. 907–13, 1993.
Ahmad Mahmood, Zaitul Azma, Nor Azuwan dan Norizan, 2011. “Pengetahuan Makna
Peribahasa dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah” dlm. Jurnal Linguistik 13,
hlm. 1–16, 2011.
Asad Mohamad, 2015. “Peribahasa Garam dan Akal Budi Melayu: Analisis Semantik
Inkuisitif ”. Tesis Sarjana. Program Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Anon, 2010. “Kerja Sukarela: Fahaman Islam Perlu Diperluas”. http://www.ikim.gov.my/
index.php/en/artikel/7126-kerja-sukarela-fahaman-islam-perlu-diperluas (Capaian
pada 1 Jun 2016).
Anon, 2015. “Klasikasi dan Morfologi Tananaman Ilalang”. http://www.materipertanian.
com/klasikasi-dan-ciri-ciri-morfologi-ilalang (Capaian pada 15 Mei 2016).
Asmah Hj. Omar, “Budaya dan Bahasa Kiasan” dlm. Jurnal Peradaban Melayu 3, 25 April
2011 dlm. penerbit.upsi.edu.my/website_ejurnal/jurnal%20site/./bab1.htm (Capaian
pada 15 April 2015).
Charteris-Black, J., 2003. “A Contrastive Cognitive Perspective on Malay and English
Figurative Language” dlm. K. M. Jaszczolt dan K. Turner (ed.). Meaning Through
Language Contrast. Pragmatics and Beyond New Series 99. Amsterdam and
Philaephia: John Benjamin.
Djamaris Edward, 1985, “Memahami dan Menghargai Peribahasa” dlm. Jurnal Dewan
Bahasa 29:5, hlm. 338–44.
Firmanto, B. H., 2011. Sukses Bertanam Padi Secara Organik. Bandung: Angkasa.
Fransiska Yanti, Kacung Hariyono dan Irwan Sadiman, 2014. Aplikasi Konsorsium Bakteri
terhadap Pertumbuhan dan Hasil pada Beberapa Varietas Padi. http://repository.unej.
ac.id/bitstream/handle/123456789/69210/FRANSISKA%20YANTI.pdf?sequence=1
(Capaian pada 29 April 2016).
Goddard, C., 2009. “Like a Crab Teaching Its Young to Walk Straight” dlm. Senft, G. dan
Elemen 2.indd 87 12/29/16 10:04 AM
88
MELAYU: JURNAL ANTARABANGSA DUNIA MELAYU JILID 10 BIL. 1 JANUARI 2017
Basso, E. B. (ed.). Ritual Communication. London: Bloomsbury Publishers, hlm.
10319.
Hassan Ahmad, 2001. Bahasa Melayu sebagai Teras Peradaban Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hassan Ahmad, 2003. Metafora Melayu: Bagaimana Pemikir Melayu Mencipta Makna dan
Membentuk Epistemologinya. Siri Monograf Akademi Kajian Ketamadunan. Bangi.
Akademi Kajian Ketemadunan.
Hawiyah Baba, 2015. “Bahasa Berkias dan Nilai Melayu: Analisis Pragmatik”. Tesis PhD.
Program Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jabatan Pertanian Pulau Pinang, 2013. “Tanaman Buah-buahan Cempedak”. http://jpn.
penang.gov.my/ (Capaian pada 1 Jun 2016).
Junaini Kasdan, 2015. “Unsur Asam dan Akal Budi Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif”.
Kertas kerja dalam Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa
Melayu IX 2015, Universiti Putra Malaysia, 34 November 2015.
Kamus Dewan, 2005. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Peribahasa Melayu, 2013. Sapinah Haji Said (ed.). Johor Bahru: Penerbitan Pelangi
Sdn. Bhd.
Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka. sbmb.dbp.gov.my/korpusdbp/.
Lim Kim Hui, 2002. “Budi as the Malay Mind: A Pilosophical Study of Malay Ways of
Reasoning and Emotion in Peribahasa. Disertasi PhD. Department of Austronesian
Studies, Faculty of Oriental Studies, University of Hamburg, Germany. http://www.
sabrizain.org/malaya/library/budi.pdf (Capaian pada 2 Februari 2016).
“Malay Concordance Project”. mcp.anu.edu.au/
Mangoendidjojo, W., 2003. Dasar-dasar Pemuliaan Tanaman. Yogyakarta: Penerbit
Kanisius.
Megat Aman Zahiri Megat Zakaria, Baharudin Aris, Jamaluddin Harun dan Mohd.
Zolkii Abd. Hamid, 2007. “Hubungan antara Kemahiran Generik dengan Jantina,
Pengkhususan dan Pencapaian Guru-guru Pelatih UTM: Satu Tinjauan”. Kertas kerja
dalam Seminar Penyelidikan Pendidikan 2007. Kuching, Sarawak, 56 September
2007.
Mohamad Radzi Salleh, 1999. Peribahasa dalam Masyarakat Melayu: Satu Analisis
Pemikiran dan Cerminan Falsafah. Selangor: Universiti Putra Malaysia.
Mohd. Koharuddin Mohd. Balwi, “Budaya Perniagaan dan Perdagangan Melayu dalam
Teks Melayu” dlm. Jurnal Pengajian Melayu 15, hlm. 52–72, 2005.
Mohd. Hamim Rajikin, Baharudin Omar dan Suhaina Sulaiman, 2015. Pemakanan dan
Kesihatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Musa Yaacob, Azimah dan Zaharah, 2011. Tumbuhan Ubatan Popular Malaysia. Kuala
Lumpur: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia.
Nathesan, S. “Simpulan Bahasa: Satu Tinjauan dari Sudut Makna” dlm. Dewan Bahasa,
November 1998, hlm. 985–94.
Nor Hashimah Jalaluddin, 1992. Semantik dan Pragmatik: Satu Pengenalan Ringkas. Kuala
Elemen 2.indd 88 12/29/16 10:04 AM
JULAINA NOPIAH, NOR HASHIMAH JALALUDDIN DAN JUNAINI KASDAN
89
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nor Hashimah Jalaluddin dan Junaini Kasdan, “Remaja dan Peribahasa Melayu” dlm. Jurnal
Linguistik 10:1, 2010.
Nor Hashimah Jalaluddin, 2014. Semantik dan Akal Budi Melayu. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Nur Aqah Wan Mansor dan Nor Hashimah Jalaluddin, “Deria Rasa dalam Kiasan Melayu:
Analisis Semantik Inkuisitif” dlm. Mahawangsa 2:1, hlm. 1–16, 2015.
Rex Adams, 1979. Miracle Medicine Foods. New York: Parker Publishing Company.
Sairin Fairus, Haryono, Agrithia Miranthi dan Aris Aprianto, 2010. “Pengaruh Konsentrasi
HCL dan Waktu Hidrolisis terhadap Perolehan Glukosa yang Dihasilkan dari Pati Biji
Nangka”. Kertas kerja dalam Seminar Nasional Teknik Kimia “Kejuangan” (ISSN
1693–4393) Pengembangan Teknologi Kimia untuk Pengolahan Sumber Daya Alam.
Indonesia Yogyakarta, 26 Januari 2010. http://repository.upnyk.ac.id/558/1/22.pdf
(Capaian pada 12 Julai 2016).
Tenas Effendy, 2004. Tunjuk Ajar Melayu. Yogyakarta: Balai Kajian dan Pengembangan
Budaya Melayu.
Tenas Affendy, 2013. Kearifan Pemikiran Orang Melayu. Riau: Tenas Effendy Foundation.
Via Andani, Fitmawati dan Nery Soyanti, 2015. “Analisis Hubungan Kekerabatan
Cempedak Berdasarkan Penanda Morfologi di Kabupaten Kampar Provinsi Riau”
dlm. JOM FMIPA 2:1, Februari 2015. http://jom.unri.ac.id/index.php/JOMFMIPA/
article/ viewFile/4483/4367 (Capaian pada 12 Julai 2016).
www.malaycivilization.ukm.com.
Zaʻba, 1965. Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zakaria Abdullah, 1990. Pokok Buah-buahan di Malaysia. Kuala Lumpur: Pam Publishing.
Zakaria Abdullah, 2010. “Maksud Riak yang Selalu Orang Salah Faham”. http://mysuperkids.
net/maksud-riak-yang-orang-selalu-salah-faham/ (Capaian pada 20 Mei 2016).
Zakaria Abdullah, 2015. “Klasikasi dan Ciri-ciri Morfologi Padi (Oryza Sativa)”. http://
www.materipertanian.com/ (Capaian pada 20 Julai 2016).
Zawiah Ngah dan Othaman Hasin, 2012. 99 Spesies Buah di FRIM. Kuala Lumpur: Institut
Penyelidikan Perhutanan Malaysia.
Elemen 2.indd 89 12/29/16 10:04 AM
... Contohnya, kajian semantik inkuisitif merupakan pendekatan terkini untuk mencungkil makna implisit. Antara pengkaji lepas yang menjalankan kajian semantik inkuisitif seperti Jalaluddin (2014a;2014b;2015), Nopiah, Jalaluddin dan Kasdan (2017a;2017b;, Daud (2017;2018a;2018b;2018c;2020), Murthy, Subet dan Daud (2019a;, Subet dan Nasir (2019) serta Daud dan Subet (2019a;2019c;2019d). ...
Article
Full-text available
Novel is one of the mediums of non-verbal communication that the author wishes to convey to the reader. Through the reading of this novel, the reader can experience a wide range of emotions. Whether it's sad, happy, excited and so on. Therefore, this study will explore the meaning behind the novel entitled "Sangkar" by Samsiah Mohd. Nor. The novel was published in 2010 through the publication of Alaf 21 Sdn. Bhd. There are 248 pages and 26 chapters for this novel. This study is a qualitative study consisting of annotated text analysis as well as a simple quantitative approach to finding lexical frequency and complexity in this Sangkar novel. To analyze this novel the researcher will apply a lexical semantic approach. Through this lexical semantic approach it is possible to classify lexical types into synonyms, antonyms, hyponyms, polysemic, homonyms, homophones, homographs, metonyms and meronyms. Based on the findings of this study, the frequency and percentage of total lexical semantics recorded a frequency value of 1019 (100%) lexical only. However, through the novel there was only partial lexical semantics comprising; antonyms-442 (43.37%), synonyms-218 (21.39%), meronyms-185 (18.15%) and hyponyms-174 (17.07%). It can be concluded that through this lexical semantic approach it is possible to classify different lexical groups into the same group of meanings. Abstrak Novel merupakan salah satu medium komunikasi bukan lisan yang ingin disampaikan oleh penulis kepada pembaca. Melalui pembacaan novel, pembaca dapat merasai emosi yang pelbagai. Sama ada sedih,
Article
Full-text available
ABSTRAK Realiti kehidupan masyarakat khususnya berkaitan kepimpinan telah banyak digambarkan melalui perlambangan yang terdapat dalam sesebuah peribahasa Melayu. Cara masyarakat Melayu yang selalu meneliti dan mengenali alam semula jadi membuatkan objek di sekeliling dijadikan perlambangan untuk berkias dan menyampaikan mesej dalam peribahasa. Kajian ini bertujuan mencungkil akal budi Melayu yang tersirat dalam peribahasa berunsurkan kepimpinan. Pendekatan semantik inkuisitif dan kaedah Rangka Rujuk Silang (RRS) telah digunakan dalam menganalisis data kajian. Sebanyak sepuluh peribahasa berkaitan kepimpinan yang telah dikenal pasti daripada buku Peribahasa Melayu: Penelitian Makna dan Nilai. Berdasarkan data, terdapat tiga konsep kepimpinan yang telah dibahagikan dan dihuraikan dalam kajian ini iaitu peribahasa berkaitan pemimpin, gaya kepimpinan dan orang yang dipimpin. Hasil kajian mendapati unsur kepimpinan sangat banyak diterapkan dalam peribahasa Melayu dan setiap yang dinukilkan mempunyai mesej teguran yang positif namun penuh dengan sopan santun dalam berbahasa. Pelbagai ilmu dan akal budi yang tersirat disebalik perlambangan yang digunakan oleh masyarakat Melayu berjaya dicungkilkan menerusi pendekatan semantik inkuisitif. Kata kunci: Semantik Inkuisitif, kaedah rujuk silang, peribahasa Melayu, kepimpinan, akal budi Melayu PENGENALAN Perbincangan dalam kajian ini menjurus kepada unsur kepimpinan yang terdapat dalam peribahasa Melayu. Menurut Enrich dan English (2012), pemimpin merujuk kepada individu yang bekerjasama bersama mereka yang berkongsi pemikiran yang sama untuk meningkatkan kualiti atau membuat perubahan sosial kepada masyarakat. Perkataan pemimpin bererti yang memimpin, membimbing,
Article
Full-text available
Pemilihan sesuatu ungkapan dalam penulisan lirik lagu memerlukan pemikiran yang tajam daripada penulis kerana fungsi lagu bukanlah semata-mata untuk hiburan tetapi terkandungnya falsafah dan pemikirannya untuk disampaikan kepada pendengar. Kajian ini menghuraikan makna dan akal budi penulis melalui unsur perlambangan yang digunakannya dalam lirik lagu “Ji Pa Ban” —百万 (Seratus Juta). Dua data yang mengandungi unsur perlambangan tentang kemewahan yang ingin dinikmati oleh penulis jika menjadi jutawan dipilih untuk dianalisis. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengaplikasikan pendekatan semantik inkuisitif yang diasaskan oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014). Hasil kajian ini mendapati bahawa penggunaan kata-kata tertentu dalam unsur perlambangan dilakukan dengan bijaksana oleh penulis. Selain itu, kajian ini juga memperlihatkan gandingan data, teori, falsafah dan budaya dapat menghasilkan huraian makna secara mendalam sehingga akal budi penulis terserlah melalui penggunaan bahasanya.
Article
Full-text available
The beauty of Malay proverbs can not only be seen through the use of poetic language but can also be seen through the common sense. A beautiful proverb with a deep meaning is the result of the Malay community's high appreciation and common sense towards the environment that underlies life. Therefore, this study was conducted to identify the elephant -based domain in proverbs based on corpus data obtained through the book Malay Proverbs: A Study of Meaning and Value written by Zaitul Azma Zainon Hamzah and Ahmad Fuad Mat Hassan (2011) and www.malaycivilization.com website. This study applies the Cross-Reference Framework (RRS) from Kempson (1984). The results of the study found that the element of elephant serves as a symbol in Malay proverbs that are closely related to life of the Malay community itself. There are five main domains of elephant proverbs which are include the domains of leadership (12 proverbs), humanity (14 roverbs), life (13 proverb), thrift (3 proverbs) and knowledge (3 provrbs). Malay observations and life experiences were contributing to creative thinking in conveying the implicit message with politeness.
Article
Full-text available
ABSTRAK Makalah ini bertujuan mencungkil falsafah dan juga akal budi Melayu yang tersirat dalam peribahasa berunsurkan burung. Berdasarkan data, terdapat empat peribahasa terpilih berunsurkan variasi burung berbeza iaitu pipit, enggang, pegar dan juga pungguk. Kesemua data diambil daripada pengkalan data www.malaycivilization.com Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pendekatan semantik inkuisitif dan Rangka Rujuk Silang diaplikasikan dalam penganalisisan data. Gabungan data, teori, falsafah dan budaya dapat menghasilkan huraian makna peribahasa Melayu yang akhirnya mencerminkan akal budi penuturnya. Hasil kajian mendapati unsur burung yang berfungsi sebagai perlambangan dalam peribahasa Melayu mempunyai perkaitan yang rapat dengan kehidupan masyarakat Melayu itu sendiri. Pengamatan yang teliti oleh masyarakat Melayu terhadap alam sekeliling menyumbang kepada pemikiran kritis untuk menyampaikan mesej dalam bentuk tersirat dan penuh kesantunan. Pelbagai ilmu dan falsafah yang tersirat dalam peribahasa Melayu berjaya dicungkil menerusi pendekatan semantik inkuisitif. Kata kunci: peribahasa melayu, burung, akal budi melayu, semantic inkuisitif, rangka rujuk silang PENGENALAN Bahasa pada pandangan masyarakat Melayu adalah cerminan dan refleksi keperibadian seseorang. Penggunaan kata-kata yang baik, aturan bicara yang tersusun serta disulam elemen kesantunan merupakan komponen asas dalam komunninkasi budaya Melayu. Perkara ini seiring dengan pendapat Junaini Kasdan, Nor Hashimah Jalaluddin dan Wan Nurasikin Wan Ismail (2016), yang mengatakan bahawa bahasa pada norma masyarakat Melayu adalah paparan tingkah laku dan jiwa penuturnya, seterusnya mencerminkan akal budi penuturnya. Secara umum, kita mengetahui bahawa orang Melayu terkenal dengan menjaga kata-kata ketika berkomunikasi antara satu dengan yang lain dan sebolehnya menghalang diri daripada melontarkan ujaran yang berpotensi mengguris hati lawan tutur. Menurut Asmah Omar (1986), masyarakat Melayu memberi perhatian yang penuh kepada bahasanya kerana itu merupakan cara orang Melayu mentakrif diri, memahami penciptaan
Article
Full-text available
Strategies in oral communication must be guided by politeness and purity in speaking, not in a state of anger, joking, or even engaging in taboo matters. Therefore, the use of euphemisms that refer to subtle conversations is applied in nature as a substitute for speech which is dysphemism, which is referred to rudeness in speech. Therefore, this study was done based on a strategy in the oral communication of the Bidayuh, Bau community in Sarawak, which is inseparable from the use of abusive language, but can still be replaced with more subtle speech. This study was carried out in Kampung Serasot, Bau, Sarawak and researchers found that there were five types of replacement of dysphemism to euphemism (based on the findings of this study only) has been obtained through oral communication of the Bidayuh community in Bau, Sarawak such as involving limbs, femininity, hygiene, language of diatribe and related to death. This study is in qualitative form. To obtain this data, the researcher using "in-depth interview" method from two informants. The informants were selected based on the NORF (for female informant) and NORM (for male informant) i.e. (1) informal must be a native population in the area; (2) low mobility, that is, informants do not often leave their original places; (3) informants must be aged 40 to 60 years and above; physical and spiritual health, including hearing aids; (5) the origin of the respondents must be cultivated from the place of study; (6) the ability of informants about their language and dialect well; (7) and the informants must also be born and grow in their place of birth. The application of Relevance Theory (RT) by Sperber and Wilson (1986, 1995) and Bridging Cross Reference (BCR) by Kempson (1986) was applied to analyse data. Therefore, it can be formulated that this assessment is able to provide a general description of the Bidayuh community in Bau, Sarawak which can be referred to as people who have a high language politeness in their daily communication.
Article
Full-text available
Peribahasa Melayu "Sudah tidak tersudu oleh angsa, baru diberikan kepada itik" telah membawa maksud-"Barang yang tidak berguna kepada orang kaya (besar), barulah diberikan kepada orang miskin (hina dan sebagainya)". Data ini telah dikutip melalui Kamus Peribahasa Istimewa Peribahasa Melayu oleh Abdullah Hussain (2016) berdasarkan pensampelan bertujuan. Walau bagaimanapun, pemberian makna peribahasa ini adalah tidak memadai, untuk difahami sepenuhnya. Hal ini dikatakan demikian kerana, timbulnya persoalan kenapakah masyarakat Melayu pada zaman dahulu menggunakan imej perlambangan haiwan bagi merujuk perbuatan manusia. Pemberian makna dan perkaitan imej perlambangan haiwan dalam peribahasa tersebut, telah memperlihatkan bahawasanya masyarakat pada zaman dahulu tinggi keintelektualannya. Hal ini disebabkan oleh, mereka berjaya mengasimilasikan imej haiwan seperti angsa atau nama saintifiknya Anser cygnoides serta itik atau nama saintifiknya Anas platyrhynchos dengan sikap atau kelakuan manusia, secara implisit. Oleh itu, bagi menjawab persoalan tersebut pendekatan semantik inkuisitif oleh Nor
Thesis
Full-text available
Kewujudan unggas dalam peribahasa Melayu telah diasimilasikan dengan kelakuan manusia yang dapat dilihat melalui makna harfiah peribahasa tersebut. Unggas atau nama saintifiknya Aves telah dikelaskan sebagai haiwan yang mempunyai sayap, sama ada boleh terbang mahupun tidak, berdarah panas, berkaki dua dan bertelur. Unggas juga ialah haiwan vertebrata yang terdapat di serata dunia termasuk di sekitar gurun, hingga kutub utara dan selatan, serta di kawasan hujan tropika. Data kajian ini diperoleh daripada Kamus Peribahasa Melayu Edisi Kelima oleh Rahman (2017), Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua oleh Hussain (2016) serta Kamus Peribahasa Melayu oleh Said (2013). Analisis data menggunakan pendekatan kualitatif. Analisis dokumen melibatkan data peribahasa Melayu ini telah dibukukan dan memuatkan sebanyak 207 unggas dalam peribahasa Melayu. Dalam kajian ini, imej unggas telah dipecahkan kepada beberapa subunggas seperti, ayam (Gallus gallus domesticus), burung (Bird), itik (Anas platyrhynchos) dan angsa (Anserini). Peribahasa yang memaparkan unggas-unggas ini, seterusnya dipecahkan lagi kepada lapan domain khusus iaitu; domain kebiasaan, sia-sia, rezeki, ironi/sindiran, khianat, hati-hati/teliti, kekuasaan dan jodoh. Sebanyak 11 peribahasa Melayu dijadikan sampel dan dianalisis menggunakan pendekatan Semantik Inkuisitif (SI) oleh Jalaluddin (2014). Pendekatan Rangka Rujuk Silang (RRS) oleh Kempson (1986) yang berpandukan data korpus diperoleh daripada Pangkalan Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Malay Concordance Project (MCP). Tujuan pendekatan ini diaplikasikan adalah untuk pengesahan makna peribahasa dengan lebih lanjut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemilihan leksikal unggas dalam peribahasa Melayu dikaitkan dengan makna implisit berdasarkan kognitif dan falsafah kehidupan masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Didapati juga, makna sebenar peribahasa tersebut diketengahkan dengan mengambil kira akal budi dan keintelektualan pemikiran masyarakat Melayu. Kata kunci: Unggas, peribahasa Melayu, semantik inkuisitif, Rangka Rujuk Silang (RRS), akal budi Melayu
Conference Paper
Full-text available
Bahasa pada masyarakat Melayu adalah paparan tingkah laku dan jiwa penuturnya, sekali gus mencerminkan akal budi penuturnya. Melalui peribahasa, pemikir Melayu menyampaikan maksud atau pandangan hidupnya tentang peri pentingnya pengalaman dan ilmu. Namun, perkaitan penggunaan lambang dan makna dalam ungkapan-ungkapan tersebut selalu mengundang persoalan. Justeru, ia memerlukan 'mata hati' untuk mentafsirnya bagi mendapatkan makna sebenar, yang hendak disampaikan. Menggunakan pendekatan semantik inkuisitif, kajian ini cuba melihat makna dan akal budi Melayu melalui unsur asam yang digunakan dalam peribahasa Melayu. Hasilnya, penyelidik mendapati bahawa di sebalik peribahasa ada ilmu/akal budi yang ingin disampaikan, namun semuanya bergantung kepada sudut pandang penuturnya. Kajian makna tidak seharusnya tertumpu pada peringkat semantik dan kognitif semata-mata kerana ia bukan sekadar abstraksi objek yang berlegar di ruang kognitif, tetapi juga merupakan ungkapan yang memiliki tahap kreativiti dan mutu yang sangat tinggi kerana memampatkan ilmu yang jitu.
Article
Full-text available
The Malay proverbs is used to describe the rhetorical richness of the poetic imaginations, relegating the fact that it is only beautifully written words. It describes the conceptual system of a language and cultural beliefs of the native speakers (Asmah Haji Omar 1996). To ensure its lifelongness, it should be studied and appreciated. However, its usage has begun to bleach in the Malaysian society, especially the young generation. Hence, this study is conducted to identify the proficiency level of the Malay proverbs, especially among young students, thus explained the phenomenon that occurs. More than 1,500 young students involved in this study and it reveals that it is nearly 60.0% (894) young students failed to mastery the skills of Malay proverbs. The study also reveals that the young students' social background have a significance correlations to their Malay proverbs' proficiency. In fact, the Malay language proficiency among the young students which is related to the implicature meaning is still weak and needs serious attention. 158
Conference Paper
Full-text available
Abstrak Kertas ini bertujuan mengenal pasti deria rasa yang merangkumi manis, masam, masin dan pahit dalam kiasan Melayu dan perkaitan dengan budaya dan akal budi penutur. Tumpuan analisis ini ialah pada kiasan yang menunjukkan empat tunas rasa serta asosiasinya seperti gula, madu dan tebu mewakili rasa manis, garam rasa masin, asam rasa masam serta peria,mambu, hempedu dan timun dendang mewakili rasa pahit. Kajian berbentuk kualitatif ini mengaplikasikan teori semantik dengan kaedah inkuisitif yang merupakan gabungan di antara teori relevans dengan maklumat baru budaya setempat. Data kiasan Melayu dikumpul daripada dua buah buku iaitu Kamus Istimewa Peribahasa Melayu dan Kamus Peribahasa Melayu serta laman sesawang Malay Civilization UKM. Analisis rangka rujuk silang dilakukan terhadap deria rasa yang terdapat dalam kiasan Melayu berdasarkan data korpus yang wujud. Gabungan RRS dengan maklumat budaya mendalam mampu menghasilkan penghuraian makna kiasan Melayu sehingga ke akal budi penuturnya. Hasil kajian mendapati budaya dan akal budi Melayu dapat dikaitkan dengan kiasan Melayu. Ketersiratan makna masam, manis, masin dan pahit serta makna yang berasosiasi dengan rasa juga dapat dicungkil dan diakitkan dengan alam masyarakat penuturnya. Tingkah laku positif dan negatif dapat ditonjolkan dalam kiasan domain deria rasa ini. Kajian ini juga dapat membuktikan hubungan bahasa, masyarakat dan pemikiran dalam kiasan Melayu berdasarkan pendekatan yang digunakan. Akal budi Melayu dapat dilihat dengan jelas pencungkilan makna dilakukan dengan kaedah yang sistematik dan saintifik. Kata kunci : deria rasa, bahasa kiasan, semantik inkuisitif, budaya, akal budi Melayu Abstract The objective of this study is to identify four basic senses which include sweet, sour, salty and bitter in Malay proverb and relate with perspective of Malay ingenuity and culture. The main focus of this analysis is to analyze the proverbs that show senses as well as object that associate with the senses such as sugar, honey and sugar cane represents sweetness, salt taste salty, tamarind taste sour, peria, mambu, hempedu and timun dendang represents a bitter taste. This qualitative research applied semantic theory with inquisitive method which is a combination between relevance theory of local culture with new information. The data are collected from Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, Kamus Peribahasa Melayu and Malay Civilization UKM website. Bridging Cross Reference (RRS) is applied to the analysis of Malay proverbs relating to senses based on the corpus data. A combination between the application of RRS along with the broad cultural information will be able to produce various interpretation of Malay proverbs up to its ingenuity. The result demonstrates that Malay ingenuity and culture can be assigned to Malay proverbs. Implicit meaning of sour, sweet, salty and bitter and meanings are associated with taste and it is found out that there are also related with natural community of native speakers. Positive and negative behavior can be highlighted in a figurative sense and its association. Our analysis was also able to prove the relationship of language, society and thought in Malay proverbs based on the approach used. Malay ingenuity can be clearly visible by uncovering the implied meanings in a systematic and scientific way of method.
Article
Full-text available
Semantik dan Pragmatik: Satu Pengenalan Ringkas. Kuala Lumpur
Nor Hashimah Jalaluddin, 1992. Semantik dan Pragmatik: Satu Pengenalan Ringkas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tumbuhan Ubatan Popular Malaysia
  • Musa Yaacob
  • Azimah Dan Zaharah
Musa Yaacob, Azimah dan Zaharah, 2011. Tumbuhan Ubatan Popular Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia.
Maksud Riak yang Selalu Orang Salah Faham
  • Zakaria Abdullah
Zakaria Abdullah, 2010. "Maksud Riak yang Selalu Orang Salah Faham". http://mysuperkids. net/maksud-riak-yang-orang-selalu-salah-faham/ (Capaian pada 20 Mei 2016).