Content uploaded by Harun Baharudin
Author content
All content in this area was uploaded by Harun Baharudin on Aug 29, 2016
Content may be subject to copyright.
Diterbitkan di Malaysia
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi,Selangor Darul Ehsan Tel : 0389216245
Faks : 0389254372
Email : draqsha@gmail.com
PROCEEDING THE 7TH INTERNATIONAL WORKSHOP AND CONFERENCE OF ASEAN STUDIES ON ISLAMIC AND ARABIC
EDUCATION AND CIVILIZATION (POLTAN-UKM-POLIMED)
3 JUNE 2015
FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, 2015
Cetakan Pertama 2015
ISBN 978-983-2267-77-5
Hak Cipta Terpelihara
Semua hak terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh
dipergunakan lagi ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara elektronik, mekanik,
penggambaran semula, perakaman dan sebagainya tanpa izin terlebih dahulu dari Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Susun atur huruf:
Maimun Aqsha Lubis, Siti Hasanah Ahmad Shah,
Wan Nur Fatihah Mat Daud, Norazati Kifli
Huruf : Helvetica 10/14, Helvetica Neue 12/14
Reka bentuk kulit / Reka letak:
Hairul Sahak (Tiram Studio Sdn Bhd)
Tel : 017-684 2624
Email : tiramstudio@gmail.com
Dicetak di Malaysia oleh,
AWAL HIJRAH ENTERPRISE [001297243-W] No. 12, Jalan 3/69, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Tel : 012-3111844 Faks : 03-89204096
Email : Salesawalhijrah
PEMBELAJARAN INTERAKTIF e-LEARNING MENCORAKKAN
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
Nur Fadilah binti Abdul Basit
nurfadilah230990@gmail.com
Prof Madya Dr Maimun Aqsha Lubis
draqsha@gmail.com
Dr Harun Baharudin
harunbaharudin@ukm.edu.my
Nurul Akhma binti Yahya
nurulakhmayahya@gmail.com
Abstrak
Kemajuan teknologi dunia kini telah membawa banyak perubahan terutamanya penggunaan internet dalam
bidang pendidikan. Buktinya dapat dilihat melalui transformasi kaedah pembelajaran konvensional telah
berupaya menggantikan kepada kaedah teknologi terkini yang lebih interaktif dan menarik. E-Learning
adalah salah satu instrumen teknologi pembelajaran yang dapat mengembangkan sistem pendidikan secara
meluas tanpa dibatasi ruang dan masa. Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai pembelajaran
interaktif e-Learning dalam membentuk pembangunan kognitif individu seterusnya mengaplikasikannya
dalam kemahiran berfikir aras tinggi. Metodologi kajian ini adalah berbentuk kepustakaan. Hasil kajian ini
mendapati bahawa penekanan kemahiran berfikir aras tinggi dapat dipratikkan melalui pembelajaran
interaktif dengan meletakkan akal fikirannya untuk berfikir secara kritis dalam proses memahami idea
secara mendalam.
Kata kunci: Pengajaran Pembelajaran interaktif, e-learning, teknologi maklumat dan komunikasi,
Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
PENGENALAN
Transformasi dunia kini kian berubah dengan perkembangan dan kemajuan teknologi moden yang
semakin pesat. Tidak ketinggalan, satu anjakan dalam bidang pendidikan yang mana proses
pembelajaran masa kini berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Dalam usaha
untuk merealisasikan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam dunia pendidikan, KPM
(1999) telah berusaha memajukan sistem pendidikan yang menerapkan elemen TMK dalam bidang
pendidikan
Perkara ini disokong dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025
menyarankan pendekatan pengajaran berteraskan teknologi terkini perlu diaplikasi untuk
meningkatkan taraf pendidikan negara setanding negara maju dan bertaraf dunia.
Salah satu laman web pembelajaran yang dikenali e-Learning telah digunacapai dalam
proses pengajaran dan pembelajaran sama ada diperingkat sekolah rendah, menengah ataupun
peringkat tinggi pada masa kini. E-Learning merupakan proses pengajaran dan pembelajaran yang
menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet) yang menyampaikan kandungan,
maklumat dan juga berinteraksi melaluinya. Internet, intranet, satelit, pita audio-video, interaktif
tv fan CD-rom adalah sebahagian dari media elektronik yang digunakan untuk mempraktikkan e-
Learning (Kaplan-Leiserson, 2000).
Pembelajaran interaktif e-Learning boleh dicapai melalui penggunaan jalur lebar sebagai
jaringan untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan dengan hanya dihujung jari serta dapat
menjimatkan masa. Selain itu, aplikasi multimedia dalam bidang pendidikan akan melahirkan satu
konsep pembelajaran baru gabungan daripada pendekatan pendidikan dan hiburan, iaitu
edutainment (education & entertainment) (Jamalludin & Zaidatun, 2000).
Menurut Aisyah et al., (2012) menyatakan bahawa perkembangan dalam teknologi
multimedia membuka peluang yang lebih besar dalam merubah cara pembelajaran, memperoleh
dan mengaplikasikan maklumat dalam ilmu pengetahuan. Menurut Jamalludin dan Zaidatun
(2003), Zamri dan Nur Aisyah (2011), multimedia membuka ruang kepada para pendidik
mengaplikasikan pelbagai teknik pengajaran, manakala murid diberi peluang untuk bergerak lebih
aktif dalam sesuatu sesi pembelajaran. Menurut NorHayati Che Hat, (2013) animasi sesuai
dipraktikkan sebagai bahan bantu mengajar bahasa Arab dan mampu menarik minat pelajar untuk
menguasainya. Hal ini menunjukkan bahawa multimedia mampu mewujudkan suasana
pembelajaran yang lebih mesra penggunaanya berbanding kaedah konvensional yang hanya
berpandukan buku teks.
Selain proses pengajaran pada masa kini berubah kepada teknologi terkini, kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT) juga diberi penekanan dalam sistem pendidikan. Kementerian
Pelajaran Malaysia mendefinasikan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
Pelaksanaan KBAT di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijadikan alat
untuk meningkatkan tahap pemikiran pelajar. Hal ini menyebabkan murid berpeluang membentuk
kemahiran berfikir pada aras yang lebih tinggi dan merubah pemikiran serta tingkah laku dalam
pembelajaran dari segi berfikir, belajar dan mendapatkan maklumat (Mohd Aizani 2004; Zamri &
Nur Aisyah 2011).
Oleh itu, dalam menghadapi kepelbagaian cabaran dunia pendidikan pada abad ke 21,
pelajar perlu diberi penekanan untuk mengaplikasikan KBAT dalam proses pembelajaran yang
berasaskan teknologi terkini. Ini kerana melalui pemanfaatan e-Learning yang mendorong
individu berfikir secara kritikal dalam memahami segala bahan pelajaran sekaligus membina
keyakinan sahsiah diri dalam menghadapi segala apa jua rintangan dengan bijak.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif penulisan artikel ini ialah membincangkan gaya pembelajaran interaktif e-Learning
mencorakkan individu dalam kemahiran berfikir aras tinggi. Seterusnya, penulis mencadangkan
kajian lanjutan yang berkaitan tentang pembelajaran interaktif e-Learning mampu mencorakkan
kemahiran berfikir aras tinggi.
METODOLOGI KAJIAN
Metodologi kajian merupakan salah satu aspek penting kerana hasil daripada kajian tersebut
merupakan fakta dan pernyataan yang boleh diterima pakai untuk rujukan kepada penyelidik-
penyelidik yang akan datang untuk menjalankan kajian yang berkaitan. Kajian ini adalah kajian
berbentuk keperpustakaan yang mana penulis merujuk sepenuhnya bagi mendapat maklumat dari
bahan ilmiah seperti buku, jurnal, artikel, kertas prosiding dan seminar. Sumber maklumat yang
didapati menjadi panduan penulisan selanjutnya. Penulis juga mendapat gambaran jelas untuk
menjelaskan isu yang ingin dikaji.
DAPATAN KAJIAN
INTERAKTIF E-LEARNING DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Impak kemajuan Teknologi Komunikasi Maklumat (TMK) telah membawa banyak perubahan dari
segala aspek kehidupan manusia. Impak nyata boleh dilihat melalui penghasilan satu cetusan idea
baru bagi reformasi pendidikan (Norizan 2000). Anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM 2013-2025) memfokuskan terhadap penggunaan TMK bagi meningkatkan
kualiti pembelajaran. Dengan itu, pihak kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM),
khususnya berhasrat untuk menyediakan kemudahan TMK di seluruh sekolah di Malaysia secara
beransur-ansur untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Norasmahani Hj Nor (2015) menyatakan bahawa proses pengajaran dan
pembelajaran berasaskan TMK merangkumi cakupan objektif yang luas dan menggunakan pendekatan
interaktif bagi membolehkan proses pembelajaran dijalankan secara kendiri. Melalui pembelajaran
secara kendiri atau dinamakan model konsep blended learning telah dijadikan kaedah pedagogi di
Institiut Penggajian Tinggi (IPT) masa kini. Guru ataupun tenaga pengajar tidak lagi menjadi
penyampai maklumat kepada pelajar, sebaliknya pelajar berusaha dan bergerak aktif dalam
mendapatkan sesuatu maklumat dan pengetahuan. Apabila proses pembelajaran bertindak berpusatkan
pelajar, pelajar itu sendiri akan menggunakan pengalaman sebagai panduan untuk menjalankan proses
Pdp.
Menurut Mohd Arif dan Rosnaini (2003), menyatakan TMK asas panduan yang penting dalam
proses Pdp serta pengurusan sekolah. Jesteru, pihak kerajaan melaksanakan pelbagai program untuk
meningkatkan kebersediaan dan penggunaan TMK dalam kalangan guru dan pelajar dengan kemhiran-
kemahiran teknologi terkini.
Selain itu juga, menurut Mohamad Zamri dan Mohd Amin Embi (2008) menyatakan pihak
KPM telah memperkenalkan laman web MySchoolNet sebagai satu usaha dalam meningkatkan
penggunaan TMK dalam Pdp dan membekalkan jaringan untuk membantu guru dan pelajar mencapai
maklumat yang berkaitan.
Dalam konteks pembelajaran interaktif e-Learning, pendekatan pembelajaran bergerak
secara aktif terhadap pengaliran maklumat dua hala yang berterusan antara penggunanya, antara
pengguna dengan pengguna melalui komputer atau antara pelajar dan pensyarah (Kamus Dewan
dan Pustaka, 2013). Konsep pembelajaran ini membuatkan pelajar akan menyusun atur cara dan
bagaimana untuk menggunakan pembelajaran interaktif ini yang menjimatkan tenaga dan masa
untuk menghasilkan pembelajaran kendiri yang berkualiti dan efektif.
Oleh itu, pelaksanaan kaedah interaktif dalam proses PdP yang digunapakai dalam
pembelajaran kendiri ia melibatkan usaha dan inisiatif kita untuk mendapatkan sesuatu maklumat
yang berkaitan tentang bahan-bahan pembelajaran dan secara tidak langsung individu akan
mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dengan membuat pembacaan yang banyak.
Teori Epistemologi Ibnu Khaldun
Menurut pandangan Ibnu Khaldun dalam bukunya bukunya al-Muqaddimah, Ibnu Khaldun
menjelaskan manusia dikurniakan akal fikiran yang membolehkan mereka berfikir untuk mengatur
dan mengolah sumber alam bagi memenuhi keperluan manusia.
1. Menurut beliau, ilmu yang wujud dalam diri manusia mempunyai dua sumber, iaitu akal dan
wahyu.
2. Keupayaan akal jugalah yang membezakan manusia dengan makhluk lain.
3. Berbekalkan ilmu pengetahuan juga, darjat manusia berupaya ditingkatkan untuk menjadi
semakin hampir dengan tuhan.
4. Ibnu Khaldun menyatakan bahawa hidupnya manusia kerana ilmu pengetahuan, dan gelapnya
hati manusia adalah kerana miskinnya ilmu pengetahuan.
Jelas dapat dilihat, kepentingan berfikir amatlah dititikberatkan kerana berfikir adalah
satu kemestian ke atas semua umat manusia. Dengan menggunakan akal fikiran untuk berfikir
manusia berupaya untuk mengenali, mengakui kewujudan dan kekeuasaan Allah tentang kejadian
alam semesta seterusnya dapat mengabadikan diri kepada Allah S.W.T. Hal ini bertetapan dengan
firman Allah S.W.T dalam Surah Baqarah, ayat 29 yang bermaksud:
“Dia lah (Allah) Yang menjadikan untuk kamu Segala Yang ada di bumi, kemudian ia menuju
Dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit Dengan
sempurna; dan ia Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”
KESAN PENGGUNAAN INTERAKTIF E-LEARNING
Mencorakkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Kemahiran berfikir aras tinggi atau disinonimkan kepada penguasaan berfikir secara kreatif dan
kritis dalam kalangan pelajar semakin diberi penekanan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Ia kerana disebabkan kemahiran berfikir adalah satu kemahiran yang perlu
dipraktikkan oleh setiap pelajar dengan mengasah akal fikiran dengan berfikir tentang sesuatu
maklumat yang diterima, peka terhadap isu dan fenomena yang berlaku disekeliling. Dengan itu,
menggunakan akal untuk berfikir sesuatu pada tahap yang kritikal akan mendorong seseorang itu
berkebolehan untuk berfikir pada aras yang tinggi.
Menurut Chew Fong Peng dan Shashipriya Nadaraja (2014) kemahiran berfikir adalah asas
bagi mencorakkan pembangunan pendidikan yang kreatif dalam kalangan pelajar. Hal ini jelas
dapat dilihat melalui Unesco (2002) telah menjelaskan kepentingan TMK mendorong kompetensi
individu dari segi pemikiran kritis, membuat keputusan, bekerja dalam pasukan, pengurusan
dinamik dan komunikasi yang afektif.
Melalui konteks penggunaan interaktif e-Learning dalam proses pembelajaran, kemahiran
berfikir aras tinggi disepadukan bertujuan untuk memberi kemahiran kepada pelajar supaya
berfikir secara kritis dan boleh menghasilkan idea-idea baharu. Kemahiran berfikir diterapkan oleh
pelajar melalui memahami setiap bahan pelajaran yang mengandungi soalan – soalan aras tinggi,
aktiviti-aktiviti dalam e-Learning yang menggalakkan pemikiran dan penyelesaian masalah serta
kaedah-kaedah pembelajaran yang boleh mendorong kearah meningkatkan kemahiran berfikir
(Chew Fong Peng dan Shashipriya Nadaraja, 2014).
Tambahan lagi, berdasarkan penggunaan teknologi berbentuk interaktif kemahiran berfikir
boleh dipraktikkan dan dapat membentuk individu yang berpengetahuan serta mampu
menggunakan semaksimum mungkin pemikiran mereka untuk menghadapi pelbagai cabaran
menyelesaikan isu yang memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi. Menurut Wan Mat bin
Sulaiman (2011) menyatakan penerapan juga boleh berlaku melalui penggunaan kaedah,
aktiviti dan alat-alat kemahiran berfikir yang boleh merangsang pemikiran pelajar.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015, turut menekankan kepentingan
kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara
bermatlamat untuk melahirkan modal insan yang seimbang secara menyeluruh dan merangkurni
pelbagai dimensi dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara. Penerapan kemahiran berfikir tidak hanya menekankan kepentingan memperolehi ilmu
pengetahuan semata-mata tetapi pentingnya setiap pelajar dibekalkan dengan pelbagai ilmu dan
kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan khasnya berdepan dengan cabaran dunia pada hari ini
yang merentasi konsep dunia globalisasi.
CADANGAN KAJIAN
Kajian yang lanjutan yang boleh dilakukan adalah mengkaji sejauh mana kaedah pembelajaran
interaktif e-Learning mampu mencorakkan kemahiran berfikir aras tinggi di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
KESIMPULAN
Kemajuan arus globalisasi menjadikan penggunaan pembelajaran interaktif sebagai wadah untuk
mengintegrasikan ilmu dalam menghadapi dunia tanpa sempadan. Kemahiran seperti ini dapat
membina individu kearah pembangunan kognitif yang berkeyakinan diri dan cemerlang di kaca
mata dunia. Jesteru itu, kemudahan pembelajaran interaktif e-Learning melahirkan generasi muda
yang berdaya intektual tinggi dalam usaha menjadikan pendidikan negara bertaraf antarabangsa
tercapai serta mampu memberi sumbangan yang besar terhadap diri, masyarakat, agama, bangsa
dan negara.
Dapatlah dirumuskan, kemahiran berfikir aras tinggi dalam proses pembelajaran e-
Learning menjadikan seseorang menggunakan akal untuk menjalankan proses pemikiran pada
tahapyang tinggi. Penerapan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar pada hari ini, secara
langsung mendedahkan pelajar kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif untuk
menghadapai dunia yang saling berhubungkait tanpa sebarang sempadan, melatih mereka agar
mempunyai kebolehan memimpin dan berupaya menjana ekonomi negara pada masa akan dengan
penuh keyakinan dan berketrampilan.
RUJUKAN
Al-Quran al-Karim.
Chew Fong Peng & Shashipriya Nadaraja. 2014. Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Kreatif Dan
Kritis Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Komsas Di Sekolah Menengah . Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu. 4 (2): 10-24.
Dr.Munir. 2008. Kurikulum berbasis Teknologi Informasi dan Komunikasi. Bandung: Alfabeta.
Ibn Khaldun Abdurahman M. 1995. Mokaddimat Ibn Khaldoun, Ed. Darweesh al-Jawydi, al-
Sidon-Beirut: Maktaba al-Asriyah.
Jamalluddin Harun & Zaidatun Tasir. 2000. Pengenalan kepada multimedia. Kuala Lumpur:
Venton Publishing.
Kaplan-Leiserson, E.2000. E-learning glossary. http://www.learningcircuits.org/glossary.html.
(3 Mei 2015)
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2015. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-
2025. Putrajaya: KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1999. Pukal latihan kurikulum bersepadu sekolah menengah
rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Aizani Maarof. 2004. Teknologi maklumat: Sistem komputer dan perisian Siri 1. Skudai:
Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Muhammad Sukri Saud, Mohd Anuar Abdul Rahman, Ting Kung Shiung. 2007. Kajian
mengenai penggunaan E-pembelajaran di kalangan pelajar jurusan Pendidikan Teknikal
dan Vokasional di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) Negeri Johor. 1st International
Malaysian Educational Technology Convention: 1-6. Skudai: Universiti Teknologi
Malaysia.
Nor Hayati Che Hat, Shaferul Hafes Sha'ari &Mohd Fauzi Abdul Hamid. 2013. Persepsi pelajar
terhadap penggunaan animasi dalam pembelajaran bahasa Arab. Jurnal Teknologi,
63(1): 25-29. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Press.
Norizan Abdul Razak. 2000. Penggunaan Teknologi Maklumat dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa: menangani perubahan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nur Aisyah Mohamad Nor, Zamri Mahamod, Afendi Mahat & Mohamed Amin Embi. 2012.
Persepsi pelajar terhadap aplikasi perisian multimedia dalam pembelajaran komsas
Bahasa Melayu tingkatan 1. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(1): 1-16. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sulaiman Md Yassin, Mohd Salleh Lebar & Azlina Abu Bakar@Mohd. 2002. Komunikasi dalam
Pengajaran dan Kepimpinan Pendidikan. Shah Alam: Karisma Publications.
Wan Mat bin Sulaiman, Dk Hjh Norkhairiah Binti Pg Hj Hashim.2011. Aplikasi kemahiran
berfikir dalam pengajaran Pengetahuan Ugama Islam. Journal of Applied Research in
Education.15 (1&2): 43-58.
Zainuddin Abu Bakar, Meor Ibrahim Kamaruddin, Mohd Ali Ibrahim & Rahmad Sukor Ab
Samad. 2008. Kemahiran ICT di kalangan guru pelatih IPTA Malaysia. Selangor: Arah
Publications.
Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. 2008. Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma Publications.
Zamri Mahamod & Nur Aisyah Mohamad Noor. 2011. Persepsi guru tentang penggunaan
aplikasi multimedia dalam pengajaran komponen sastera Bahasa Melayu. GEMA Online
Journal of Language Studies, 11 (3): 163-177. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.