Content uploaded by Mohd Azlan Abdullah
Author content
All content in this area was uploaded by Mohd Azlan Abdullah on Jul 15, 2016
Content may be subject to copyright.
Environmental Management 2001: Current Development & Future Planning
14th -15th August 2001
1
SISTEM PEMBETUNGAN TERPUSAT: STRATEGI MELESTARIKAN
PENGURUSAN KUMBAHAN
Mohd. Azlan Abdullah
ABSTRAK
Pelepasan kumbahan domestik serta efluen industri ke dalam alam sekitar tanpa menjalani
proses rawatan yang sempurna merupakan penyumbang besar kepada kemerosotan kualiti air.
Kandungan Permintaan Oksigen Biokimia (BOD), Permintaan Oksigen Kimia (COD), nitrogen
ammonia, sisa pepejal, sisa toksik dan bakteria coliform (E.Coli) yang tinggi di dalam air sungai
dan laut menunjukkan bahawa pengurusan kumbahan dan efluen tidak sempurna. Keadaan ini
menimbulkan masalah bau busuk dan penyakit bawaan air seperti taun, demam kepialu, cirit
birit, gastroentritis serta penyakit disebabkan virus seperti hepatitis A, echovirus, rotavirus dan
virus Coxsackie. Beberapa kawasan setinggan, kampung tradisional serta industri berskala kecil
dan sederhana dikenalpasti sebagai kawasan yang tidak mempunyai pengurusan kumbahan dan
efluen yang sempurna. Bagi taman-taman perumahan yang mempunyai tangki septik atau tangki
imhoff, masalah air buangan ini tidak begitu serius. Walau bagaimanapun, pengurusan tangki
septik secara individu tidak menjamin pengurusan yang berkesan kerana seringkali berlaku
kebocoran serta kandungan enap cemarnya melepasi had. Ini menyebabkan kumbahan serta
kandungannya melimpah keluar. Oleh itu, sistem pembetungan secara terpusat merupakan suatu
strategi pengurusan air buangan yang berkesan dan teratur. Kertas ini bertujuan membincangkan
kemapanan pengurusan dan sistem rawatan kumbahan di Malaysia, di samping membincangkan
masalah serta isu-isu berkaitan.
PENGENALAN
Pencemaran air merupakan satu masalah alam sekitar yang paling banyak dihadapi oleh
kebanyakan negara membangun dewasa ini. Negara-negara tersebut tidak mempunyai sistem
pengurusan sumber air dan rawatan discas air yang sempurna menyebabkan penduduknya
sering menghadapi masalah bekalan air bersih dan penyakit bawaan air seperti taun, cirit birit,
demam kepialu, gastroentritis serta penyakit disebabkan virus seperti hepatitis A, echovirus,
rotavirus dan virus Coxsackie. Akibatnya setiap tahun lebih kurang 20,000 kanak-kanak mati
akibat wabak penyakit berkenaan (Ir Mohamed & Aminuddin 1998). Keadaan ini menunjukkan
bahawa pencemaran air bukan sahaja menjejaskan keseimbangan ekologi, malah boleh
mengancam kehidupan manusia.
Kumbahan yang tidak dirawat memberi petunjuk kepada meningkatnya kandungan
parameter BOD, COD, nitrogen ammonia, sisa pepejal, sisa toksik dan bakteria Coliform
(E.Coli) dalam air sungai atau laut. Salah satu cara memulihara sumber air ialah dengan
menyediakan sistem pembetungan dan rawatan kumbahan yang sempurna. Jika air buangan
tidak dirawat, penduduk akan menghadapi masalah bekalan air bersih di samping terpaksa
Environmental Management 2001: Current Development & Future Planning
14th -15th August 2001
2
menganggung kos rawatan air yang lebih tinggi, sekali gus membebankan pengguna dengan caj
yang lebih tinggi.
Proses pembandaran yang pesat di Malaysia pada tahun 2000 dengan kira-kira 60
peratus penduduknya mendiami kawasan memberi tekanan terhadap permintaan air serta
pengurusan kumbahan dan air buangan. Misalnya dari sejumlah kira-kira 7,000 loji rawatan
kumbahan yang menampung kira-kira 11 juta penduduk di Semenanjung Malaysia, hanya 59
peratus adalah tangki septik komunal, 17 peratus tangki imhoff, 9 peratus kolam pengoksidaan
dan hanya 15 peratus merupakan loji mekanikal. Manakala lebih sejuta tangki septik individu
yang menampung seramai 6 juta penduduk (Ir Mohamed & Aminuddin 1998). Kebanyakan
sistem pembetungan ini hanya mampu memberikan rawatan primer terhadap discas air tersebut
dan masih berpotensi untuk mencemarkan sumber-sumber air. Oleh itu dalam menangani
masalah discas air kumbahan ini, maka perancangan sistem pembetungan yang sempurna perlu
dilakukan bagi menjamin pengurusan dan pengekalan kualiti air secara mapan.
SUMBER, KUALITI AIR SUNGAI DAN ISU PENGURUSAN KUMBAHAN
Secara semula jadi, Malaysia kaya dengan sumber air kerana menerima jumlah hujan yang
tinggi kira-kira 2,985 mm setahun. Dengan itu permukaan bumi Malaysia menerima sebanyak
990 bilion meter padu air setahun di mana 36 peratus kembali semula ke atmosfera melalui
proses sejatan dan tranpirasi, 57 peratus menjadi air larian dan 7 peratus meresap ke dalam
tanah (Jadual 1). Selain itu Malaysia juga mempunyai 150 sistem sungai dengan kira-kira 1,800
batang sungai. Oleh itu penawaran sumber air tersebut sebenarnya lebih daripada mencukupi
keperluan penduduk Malaysia.
Negeri
Hujan
Air Larian
Resapan
Sejatan
Semenanjung Malaysia
Sabah
Sarawak
320
194
476
147
113
306
20
14
30
153
67
140
Jumlah (Malaysia)
990
566
64
360
Sumber: Nik Fuaad 1990.
Jadual 1: Imbangan air di Malaysia (bilion m³)
Namun apa yang membimbangkan ialah sejak beberapa dekad yang lalu, statistik
menunjukkan bahawa kualiti air sungai semakin menurun seiring dengan proses pembangunan
negara. Pada tahun 1970-an, aktiviti pembangunan negara yang ditumpukan kepada
pembangunan sektor pertanian dan industri berasaskan pertanian telah mencemarkan air sungai
dengan beban Permintaan Oksigen Biokimia (BOD), Permintaan Oksigen Kimia (COD) dan
ammonia nitrogen. Misalnya pada tahun 1976, sebanyak 42 batang sungai di Semenanjung
Malaysia dianggap tercemar, 16 sungai mula tercemar dan tujuh sungai mempunyai potensi
untuk dicemari (Jamaluddin 1996).
Keadaan ini semakin serius pada tahun 1980-an di mana aktiviti pembangunan semakin
giat dilakukan bukan sahaja dalam sektor pertanian yang melibatkan penerokaan tanah baru,
malah sektor pembuatan, perkilangan, pembinaan dan infrastruktur. Walaupun sektor-sektor ini
Environmental Management 2001: Current Development & Future Planning
14th -15th August 2001
3
merupakan penyumbang utama kepada kemakmuran ekonomi negara namun ia telah
menyebabkan kemerosotan kualiti alam sekitar khasnya air kesan daripada efluen yang
dikeluarkan. Misalnya pada tahun 1987, daripada sejumlah 37 batang sungai yang dimonitor
oleh Jabatan Alam Sekitar, empat batang sungai didapati amat tercemar, sementara tiada sungai
yang dianggap bersih (Jamaluddin 1996).
Manakala pada tahun 1990-an, pembangunan ekonomi amat pesat ke arah
memperbesarkan skala perindustrian negara di samping proses pembandaran dan pembangunan
infrastruktur telah mencetuskan konflik alam sekitar misalnya jerebu pada 1997 dan defisit
bekalan air bersih pada tahun 1998. Mengikut laporan Jabatan Alam Sekitar, pada tahun 1992,
daripada 87 sungai yang dimonitor, sebanyak 4 batang sungai tercemar,, 44 sederhana tercemar
dan 37 bersih. Pada tahun 1997, jumlah sungai tercemar di Malaysia meningkat dua kali ganda
berbanding tahun 1996 di mana jumlah sungai yang bersih telah berkurangan dari 42 kepada 24.
Pencemaran sungai ini disebabkan oleh efluen yang tidak dirawat dari industri berasaskan
pertanian, ternakan, kumbahan dan kegiatan perkilangan (JAS 1998). Pada tahun 1998 pula,
jumlah sungai bersih berkurangan kepada 33 buah, 71 buah sungai mengalami pencemaran
yang sederhana serta 16 buah sungai tercemar (termasuk sungai Miri/Lutong, Balok, Merbok,
Air Baloi, Buloh, Dangas, landas, Jimah, Kelang, Juru, Segget, Tukang Batu, Sepang, Kempas
dan Sungai Pinang) (Jadual 2).
Tahun
Jumlah sungai
dimonitor
Tercemar
Sederhana
tercemar
Bersih
1987
1991
1994
1998
37
87
116
120
4
6
14
16
TR
44
64
71
TR
37
38
33
Sumber: Jabatan Alam Sekitar pelbagai tahun.
TR: Tiada rekod
Jadual 2: Kualiti air sungai di Malaysia, 1987, 1991, 1994 dan 1998
Punca-punca pencemaran ini boleh dikaitkan dengan aktiviti yang dilakukan khasnya
yang melibatkan pertanian dan penternakan, industri berasaskan pertanian dan kumbahan
domestik. Ini kerana kebanyakan aktiviti ini tidak mematuhi piawai pelepasan efluen yang telah
diperuntukkan dan tidak mempunyai sistem rawatan kumbahan yang sempurna. Misalnya pada
tahun 1998, ladang penternakan haiwan (khasnya khinzir) dan kumbahan domestik
menyumbang sebanyak 43 peratus kandungan pencemar ammonia nitrogen (Rajah 1).
Environmental Management 2001: Current Development & Future Planning
14th -15th August 2001
4
Sumber: Jabatan Alam Sekitar 1999.
SS: Pepejal Terampai; NH3-N: Ammonia Nitrogen; BOD: Permintaan Biologi Kimia
Rajah 1: Status kualiti air sungai berdasarkan aktiviti, 1998 (%).
Berhubung dengan pencemaran dari kumbahan domestik, sejak tahun 1992, jumlah
aduan yang berpunca daripada masalah kumbahan meningkat dari 3 peratus (1992), kepada 11
peratus pada 1998 (Jadual 3). Ini menunjukkan bahawa masalah kumbahan merupakan satu
punca utama yang mencemarkan sungai-sungai di Malaysia.
Tahun
1992
1994
1996
1998
Peratus (%)
3
1
11
11
Jumlah aduan
alam sekitar
191
212
347
377
Sumber: Jabatan Alam Sekitar pelbagai tahun.
Jadual 3: Peratus aduan pencemar kumbahan di Malaysia 1992, 1994, 1996 dan 1998
Oleh itu, masalah kumbahan merupakan masalah yang perlu ditangani dengan serius
kerana kesannya terhadap alam sekitar dan masyarakat amat buruk. Masalah ini sebenarnya
berkaitan dengan tabiat penggunaan air serta proses pembuanganya. Mengikut laporan
Persatuan Pengamatan Air Pulau Pinang (WWP), secara umumnya seorang rakyat Malaysia
menggunakan kira-kira 300 liter padu air sehari. Jika dibandingkan penggunaan ini dengan
keperluan di negara lain, jumlah tersebut boleh menampung enam orang sehari di Afrika dan
tiga orang di India. Malah di kawasan bandar, jumlah tersebut jauh lebih tinggi dengan purata
500 liter padu/orang/hari. Ini bermakna berlaku pembaziran sebanyak 365 liter padu sehari jika
dibandingkan dengan kadar penggunaan air sehari seperti yang disyorkan oleh bandan duania
iaitu sebanyak 165 liter padu/hari (Utusan Malaysia 17 Feb. 2001). Sehubungan dengan itu
jumlah isipadu kumbahan domestik yang dihasilkan sehari boleh dianggarkan mengikut rumus
di bawah:
49
13
30
44
23
21
43
3443
BOD
NH3-N
SS
Bersih Sederhana Tercemar
Pertanian dan
i
ndustri perkilangan
Ladang penternakan
dan kumbahan
Kerja tanah dan
pembersihan tanah
Environmental Management 2001: Current Development & Future Planning
14th -15th August 2001
5
di mana, Q ialah kadar aliran isipadu (m³/hari), k ialah penghasilan air buangan seorang sehari
(m³/orang/hari) dan P ialah populasi kawasan (orang). Di Malaysia nilai k ialah bersamaan
dengan 0.145 m³/orang/hari dalam keadaan purata dan 0.220 m³/orang/hari pada masa puncak
(Anhar 1993). Jadi berdasarkan rumus tersebut jumlah isipadu kumbahan domestik yang
dihasilkan di Malaysia mengikut bandar-bandar utama ialah seperti Jadual 4 di bawah.
Bandar Utama
Populasi
(Orang)
Isipadu Normal
(m³/hari)
Isipadu Maksimum
(m³/hari)
Kota Setar
Pulau Pinang
Kuala Lumpur
Seremban
Johor Baharu
Kuantan
Kuala Terengganu
Kota Bharu
Kuching
Kota Kinabalu
Labuan
354,43
1
1,225,501
1,297,526
383,982
1,064,881
344,706
298,149
400,321
495,996
354,153
70,517
51,392.5
177,697.7
188,141.3
55,677.4
154,407.8
4,998.2
43,231.6
58,046.5
71,919.4
51,352.2
10,225.0
77,974.8
269,610.2
285,455.7
84,476.0
234,273.8
75,835.3
65,592.8
88,070.6
109,119.1
77,913.7
15,513.7
Jumlah Malaysia
22,202,614
3,219,379.0
4,884,575.1
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia 2001.
Jadual 4: Anggaran isipadu kumbahan domestik di bandar-bandar utama di Malaysia, 2000
KEPENTINGAN DAN MEKANISME RAWATAN KUMBAHAN
Sebenarnya rawatan air buangan ini amat perlu kerana potensinya menyebarkan penyakit dan
menjejaskan keseimbangan ekologi air sungai. Terdapat lebih kurang 30 jenis penyakit
berjangkit bawaan air disebabkan oleh mikro organisma yang terkandung di dalam air yang
tercemar berkeaan termasuk bekteria, virus dan protozoa. Seperti juga rawatan air mentah,
kumbahan juga perlu dirawat bagi menyingkirkan bahan-bahan pencemar yang terkandung di
dalamnya sebelum dilepaskan. Ini bagi menghapuskan organisma pembawa penyakit serta
melindungi sumber air daripada mengalami pencemaran.
Dari segi komposisi, secara amnya kumbahan mengandungi 99.9 peratus cecair dan
hanya 0.1 peratus pepejal. Pepejal ini terdiri daripada 70 peratus bahan organik (iaitu 65 %
protin, 25 % karbohidrat dan 10 % lemak), sementara 30 peratus adalah bahan tak organik
seperti pasir, garam dan logam (Nik Fuaad 1990). Kandungan protein dan karbohidrat berguna
sebagai sumber makanan dan pembiakan bakteria. Walaupun terdapat jutaan mikrob dan mikro
organisma dalam kumbahan hanya sebahagian kecil sahaja yang berpotensi membawa penyakit
atau mencemarkan sumber air. Manakala selebihnya berguna bagi proses pereputan bahan
Q= k x P
Environmental Management 2001: Current Development & Future Planning
14th -15th August 2001
6
organik dalam rawatan biologi seperti bakteria, alga dan protozoa. Justeru itu polisi pengurusan
kumbahan menekankan kepada pembinaan sistem pembetungan yang lengkap dan moden
terutamanya di kawasan bandar yang relatifnya mempunyai penduduk yang ramai. Dalam hal
ini, setiap pihak berkuasa tempatan atau pemaju projek diberi kebebasan untuk memilih sistem
yang sesuai daripada proses yang disenanaikan (Jadual 5).
Projek / perumahan
Sistem
1
-
30 unit rumah
30-100 unit rumah
Lebih 100 unit rumah
Hotel, Institusi lain
Tangki septik
Tangki Imhoff pusat, bersama dengan
lapisan turas
Kolam pengoksidaan
Sistem pakej atau pengudaraan
Sumber: Mohamad Ismail 1993.
Jadual 5: Sistem rawatan kumbahan yang diamalkan di Malaysia
Pada masa kini, Malaysia masih dikategorikan sebagai negara yang mempunyai sistem
pengurusan kumbahan yang kurang sempurna. Berdasarkan bancian tahun 1980, jenis tandas
yang digunakan oleh penduduk Malaysia terdiri daripada tandas pam (25.8%), tandas curah
(30.3%), bucket latrine (7.7%), pit latrine (15.3%) dan yang lain (20.3%) (Anhar 1993).
Rawatan kumbahan merupakan kombinasi antara proses fizikal, proses biologi dan
proses kimia. Proses fizikal lazimnya melibatkan aktiviti penapisan, penghancuran dan
penyingkiran kersik (bahan bukan organik) serta pepejal terampai melalui pemendapan. Proses
biologi pula melibatkan bakteria serta alga sebagai agen dan menjadi sebahagian daripada
kaedah rawatan kumbahan terpenting terutamanya di kawasan beriklim panas (Mara 1994).
Sementara proses kimia pula melibatkan proses penyingkiran atau penukaran bahan pencemar
dengan cara menambahkan bahan kimia atau melalui reaksi kimia iaitu penyerapan,
pembasmian kuman dan pemendakan.
Proses rawatan kumbahan khasnya pembetungan berpusat melibatkan tiga peringkat
utama iaitu olahan permulaan dan pemendapan (rawatan primer), olahan biologi (rawatan
sekunder) dan penstabilan air buangan (rawatan tertieri). Peringkat pertama rawatan kumbahan
melibatkan olahan permulaan yang bertujuan untuk membuang dan menyingkirkan segala
bahan pepejal terampai, dan kersik yang boleh merosak, meyumbat dan menghauskan paip,
pam, injap dan alat-alat olahan, bagi menjamin kelancaran dan kesinambungan proses
seterusnya. Selain itu, proses ini juga bertujuan menyediakan air buanganan supaya tidak
mengalami masalah bau busuk. Jadi secara ringkas proses ini melibatkan tiga peringkat iaitu
penabiran/pencabikan, penyingkiran kersik dan pra-pengudaraan.
Olahan permulaan pertama hanya menghapuskan bahan pepejal kasar dan bahan
organik yang tidak mudah larut tetapi tidak berupaya menghapuskan bahan ampaian organik
yang berpotensi mencemarkan air. Oleh itu rawatan peringkat kedua melibatkan proses
Environmental Management 2001: Current Development & Future Planning
14th -15th August 2001
7
pemendapan untuk membuang sebahagian besar daripada bahan pepejal terampai yang boleh
mendap dan dapat mengasingkan kumbahan kepada dua komponen iaitu enapcemar dan
kumbahan enap. Pengasingan ini memudahkan lagi proses-proses rawatan seterusnya. Melalui
rawatan ini, lebih kurang 25-40 peratus beban pencemaran dalam bentuk BOD dan 50-70
peratus pepejal terampai dihapuskan (Nik Fuaad 1990).
Walaupun proses pemendapan berupaya mengurangkan sejumlah besar kandungan
pepejal terampai dan BOD dalam air kumbahan, cecair kumbahan tersebut masih mengandungi
antara 150-200 mg/l BOD dan kira-kira 100 mg/l pepejal terampai yang belum dioksidakan
sepenuhnya, dan sekiranya dikeluarkan kepada sumber air semual jadi akan menjejaskan
kandungan oksigen dalam air berkenaan. Oleh itu rawatan biologi amat perlu untuk
menghapuskan pepejal terampai halus dan bahan organik terlarut yang masih wujud. Lazimnya
proses ini dapat mengurangkan beban BOD di bawah 20 mg/l dan pepejal erampai di bawah 30
mg/l (Nik Fuaad 1990). Selain itu olahan biologi juga bertujuan mengurangkan kandungan
ammonia nitrogen yang juga memerlukan oksigen terlarut untuk stabil. Oleh itu untuk mencapai
objektif ini proses pengoksidaan bahan tersebut daripada ammonia ke pada nitra perlu
dilakukan. Jadi secara ringkas, proses olahan biologi melibatkan dua proses biologi iaitu:
i. Proses olahan aerob: di mana proses ini melibatkan pereputan bahan organik
oleh organisma menggunakan oksigen.
ii. Proses olahan anaerob: Dalam proses ini pula bahan organik direputkan oleh
organisma tanpa menggunakan oksigen (biasa digunakan bagi mereputkan
bahan organik berkepekatan tinggi).
Olahan seterusnya melibatkan penstabilan air buangan dalam satu atau beberapa kolam
takungan atau kolam pengoksidaan. Lazimnya kolam ini akan menakung air buangan tersebut
dalam jangka masa tertentu supaya bahan organik dapat direputkan secara semula jadi dan
menjadi bahan yang stabil. Selepas itu bahan kumbahan yang telah bersih boleh dialirkan ke
sistem sungai, dan mendapan yang tinggal akan kering dan mampat di bawah sinaran matahari.
Bahan mendapan ini boleh digunakan sebagai sumber baja bagi penyuburan tanih.
MELESTARIKAN PENGURUSAN KUMBAHAN
Sesuai dengan matlamat pembangunan yang mesra alam seperti mana terkandung di dalam
Agenda 21 dan objektif pembangunan lestasi yang ingin diterapkan dalam agenda
pembangunan di Malaysia, pengurusan alam sekitar amnya dan kumbahan khasnya merupakan
komponen penting yang perlu ditekankan. Dalam Agensa 21 (Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu), pengurusan alam sekitar berkaitan dengan kumbahan terkandung di dalam Bab 6
(berkenaan pengawalan dan penjagaan kesihatan manusia, Bab 7 mengenai pembangunan
petempatan; Bab 18 pengawalan bekalan sumber air bersih dan Bab 21 Pengurusan alam sekitar
sisa buangan pepejal dan kumbahan). (http://www.igc.apc.org/habitat/agenda21/index.html Online: 2
Julai 2001).
Perancangan sistem pembetungan nasional telah mendapat perhatian kerajaan apabila
mendapati bahawa terdapat kelemahan dan ketidakupayaan yang terpaksa dihadapi oleh Pihak
Environmental Management 2001: Current Development & Future Planning
14th -15th August 2001
8
Kerajaan Tempatan (PBT) sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap pengurusan
kumbahan. Kelemahan ini disebabkan oleh beberapa faktor berikut:
i. Peruntukan kewangan yang terhad dan kekurangan kepakaran teknikal, maka
perkhidmatan pembetungan yang disediakan tidak dapat memenuhi keperluan
akibat kepesatan pembangunan negara. Pada masa itu, hanya 12, 000 daripada
1.2 juta tangki septik dikosongkan atas permintaan dan tiada rawatan
enapcemar najis yang sempurna menyusul.
ii. Selain itu sistem pembetungan juga terletak di bawah tanggungjawab pemaju
swasta dan tidak diselenggara dengan baik dan sewajarnya.
iii. Pihak Berkuasa Tempatan tidak dapat membuat pelaburan jangkamasa panjang
untuk infrastruktur pembetungan kerana kurang menguntungkan.
iv. Kekurangan pengawasan teknikal oleh Pihak Berkuasa Tempatan di dalam
pembinaan sisitem pembetungan oleh pemaju menyebabkan kebanyakan
sisitem pembetungan tidak mengikut piawai yang ditetapkan.
Oleh itu kerajaan mengambil langkah yang bijak apabila menswastakan perkhidmatan
pembetungan nasional secara konsesi selama 28 tahun kepada Indah Water Konsortium Sdn
Bhd. (IWK) pada 9 Disember, 1993. Dengan itu perjanjian konsesi ini memberi
tangggungjawab kepada IWK untuk membangun dan mengendalikan sistem pembetungan
awam di 144 Pihak Berkuasa Tempatan. Sehingga 1998 daripada 145 Pihak Berkuasa
Tempatan, sebanyak 84 Pihak Berkuasa Tempatan telah diambilalih perkhidmatan
pembetungan oleh IWK. Ini termasuklah 13 PBT di Johor, 11 di Kedah, 3 di Melaka, 8 di
Negeri Sembilan, 0 di Pahang, 15 di Perak, 1 di Perlis, 2 di Pulau Pinang, 12 di Selangor, 7 di
Terengganu, dan 1 masing-masingnya di Kuala lumpur dan Labuan. Sementara itu, bilangan loji
sistem pembetungan yang telah diambilalih oleh IWK ialah sebanyak 5,780 dan bilangan loji
yang telah diperbaiki ialah sebanyak 594(Jadual 6).
Negeri
Bilangan Loji
Diambilalih
Bilangan Loji diperbaiki
DBKL
Selangor
Pulau Pinang
Perak
Melaka
Johor
Terengganu
Pahang
Negeri Sembilan
Kedah
Perlis
Labuan
237
1 479
488
950
494
578
182
254
563
516
20
19
132
261
28
11
12
18
14
30
78
6
0
4
Jumlah
5,780
594
Sumber: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan 2001
Jadual 6: Bilangan loji sistem pembetungan yang telah diambilalih dan diperbaiki oleh
Indah Water Konsortium mengikut negeri sehingga 1998
Environmental Management 2001: Current Development & Future Planning
14th -15th August 2001
9
Selain loji sistem pembetungan, IWK turut mengendalikan pengurusan dan
pembersihan tangki-tangki septik. Pada tahun 1998 dari sejumlah 776,602 tangki septik di
Semenanjung Malaysia, sebanyak 373,461 buah telah dibersihkan (Jadual 7).
Negeri
Jumlah Tangki Septik
Bilangan yang
dibersihkan
DBKL
Selangor
Pulau Pinang
Perak
Melaka
Johor
Terengganu
Pahang
Negeri sembilan
Kedah
Perlis
Labuan
39,682
103,705
4,886
178,218
41,495
165,351
18,409
64,514
32,703
113,127
11,392
3,120
21,312
58,950
4,156
89,921
22,146
58,227
14,385
14,051
23,445
56,184
9,099
1,585
Jumlah
776,602
373,461
Sumber: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan 2001.
Jadual 7: Bilangan tangki septik yang telah dibersihkan mengikut negeri
(sehingga Disember 1998)
Sepanjang tempoh konsesi 28 tahun tersebut IWK dengan modal asasnya melebihi RM
17 bilion akan bertanggung jawab untuk:
i. Mengendali dan menyelenggara lebih dari 4,400 loji rawatan kumbahan awam.
ii. Menyelia lebih dari 6,100 kilometer rangkaian paip pembetung awam.
iii. Mengosongkan tangki septik dan merawat enapcemar najis melebihi 800 ribu
tangki septik secara berjadual.
iv. Mengawasi dan memeriksa efluen daripada loji-loji rawatan kumbahan awam
supaya sentiasa menepati piawaian yang telah ditatapkan olej Jabatan Aalam
Sekitar.
v. Membina loji-loji rawatan kumbahan yang moden dan efisyen di seluruh
Malaysia (pada peringkat awal loji rawatan moden ini dijalankan di kawasan
pelancongan utama di Langkawi, Pulau Pinang, Port Dickson dan Ipoh)
vi. Membaik pulih dan menaikkan taraf lebih 4,400 loji rawatan kumbahan awam
yang sedia ada untuk meningkatkan keberkesanan operasinya.
vii. Memasang 15,000 kilometer paip pembetungan yang baru untuk menyambung
tangki-tangki septik yang sedia ada dan memberi perkhidmatan pembetungan
bersambung yang lebih berkesan, dan
viii. Mereka bentuk dan membina loji-loji pelupusan enapcemar najis untuk
memastikan pelupusan enapcemar najis secara bersih dan selamat.
Environmental Management 2001: Current Development & Future Planning
14th -15th August 2001
10
Berdasarkan huraian di atas, pemusatan fungsi pengurusan kumbahan dan sistem
pembetungan nasional ini kepada pihak IWK dilihat sebagai satu cara yang lebih berkesan,
efisyen dan menjimatkan bagi mencapai status pengurusan kumbahan yang menepati piawai.
Apa yang penting, perkhidmatan yang ditawarkan ini memberi jaminan terhadap pemeliharaan
alam sekitar khasnya sumber-sumber air kerana segala operasi pengurusan sehingga kepada
penyeliaan dipertanggungjawabkan kepada satu pihak sahaja.
KESIMPULAN
Kumbahan domestik merupakan sumber pencemar organik yang agak tinggi di Malaysia. Oleh
kerana kandungan kumbahan tersebut cenderung meningkat kandungan BOD, COD dan
patogen pembawa penyakit, maka pengurusan air buangan ini amat perlu dititik beratkan dalam
perancangan pembangunan. Sistem pembetungan yang moden perlu disediakan khasnya di
semua kawasan bandar kerana kawasan bandar mempunyai penduduk yang tinggi dan secara
relatifnya akan menyumbang isipadu kumbahan yang tinggi juga. Oleh itu, bagi memelihara
sumber air dan mengurangkan kos rawatan air, kumbahan ini perlu dirawat dengan sempurna
sebelum boleh dilepaskan ke persekitaran sebagai bahan yang sihat dan selamat. Berdasarkan
sifat pengurusan kumbahan ini, maka rawatan secara terpusat adalah penting kerana terdapat
jaminan pengurusan yang lebih efisten, teratur dan lebih moden. Konsep terpusat di sini bukan
bermakna menyisihkan kesepaduan tanggungjawab pemeliharaan sumber-sumber air, tetapi
hanya melibatkan sistem pengurusan pembetungan itu sendiri. Kesepaduan tanggungjawab dan
bentuk pengurusan sumber-sumber air amat perlu memandangkan sumber pencemaran air
bukan hanya berpunca daripada kumbahan domestik sahaja tetapi dari punca lain seperti aktiviti
perhutanan, pertanian dan perindustrian.
RUJUKAN
Agenda 21 & other UNCED agreement (atas talian).
http://www.igc.org/habitat/agenda21/index.html (2 Jun 2001).
Anhar Suki. 1993. Kualiti dan pencemaran air di Malysia. Dlm Sham Sani, Abd. Samad Hadi &
Jamaluddin Jahi (ed.). Alam sekitar dan pengurusannya di Malaysia. Bangi: UKM-
UNESCO.
Department of Environment. 1988. Environment quality report 1987. Kuala Lumpur: Ministry
of Science, Technology and the Environment Malaysia.
Department of Environment. 1992. Environment quality report 1991. Kuala Lumpur: Ministry
of Science, Technology and the Environment Malaysia.
Department of Environment. 1993. Environment quality report 1992. Kuala Lumpur: Ministry
of Science, Technology and the Environment Malaysia.
Department of Environment. 1994. Environment quality report 1993. Kuala Lumpur: Ministry
of Science, Technology and the Environment Malaysia.
Department of Environment. 1995. Environment quality report 1994. Kuala Lumpur: Ministry
of Science, Technology and the Environment Malaysia.
Department of Environment. 1996. Environment quality report 1995. Kuala Lumpur: Ministry
of Science, Technology and the Environment Malaysia.
Department of Environment. 1997. Environment quality report 1996. Kuala Lumpur: Ministry
Environmental Management 2001: Current Development & Future Planning
14th -15th August 2001
11
of Science, Technology and the Environment Malaysia.
Department of Environment. 1998. Environment quality report 1997. Kuala Lumpur: Ministry
of Science, Technology and the Environment Malaysia.
Department of Environment. 1999. Environment quality report 1998. Kuala Lumpur: Ministry
of Science, Technology and the Environment Malaysia.
Ir Mohamed Haniffa Abd. Rahman & Aminuddin Mohd. Baki. 1998. Pembangunan sistem
pembetungan di abad ke 21. Pra-sidang Seminar Kebangsaan Perancangan dan
Pembangunan dalam Era Globalisasi, anjuran Fakulti Sains Pembangunan Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi 8-9 Jun.
Jabatan Perangkaan Malaysia. 2000. Banci penduduk dan perumahan Malaysia 2000: Laporan
kiraan permulaan. Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan Negara.
Jamaluddin Md Jahi. 1996. Impak pembangunan terhadap alam sekitar. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsan Malaysia.
Mara, D. 1994. Rawatan kumbahan dalam iklim panas (terj.). Skudai: Unit Penerbitan
Akademik.
Mohamed Ismail Yaziz. 1993. Sumber air dan pengurusannya di Malaysia. Dlm Sham
Sani, Abd. Samad Hadi & Jamaluddin Jahi (ed.). Alam sekitar dan pengurusannya di
Malaysia. Bangi: UKM-UNESCO.
Nik Fuaad Nik Abllah. 1990. Bekalan air, pembetungan dan pengairan. Pulau Pinang: Penerbit
Universiti Sains Malaysia.
Noor Azam Shairi. 2001. Kenaikan tarif air galakkan penjimatan (atas talian). Utusan Online.
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2001&dt=0217&pub=Utusan_Malaysia&sec=
Rencana&pg=re_02.htm (2 Jun ).
Perangkaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Kandungan (atas talian).
http://www.kpkt.gov.my/statistik/perangkaan1998/kandungan.htm (2 Jun 2001).