Content uploaded by Ghazali Darusalam
Author content
All content in this area was uploaded by Ghazali Darusalam on Jul 12, 2016
Content may be subject to copyright.
1"
"
KESAN TERAPI RUQYAH DALAM MODIFIKASI TINGKAHLAKU
MURID-MURID ADHD
NIK ASILAH NIK ALI1
DR. MADYA ZAGEN GANESAN1
DR. GHAZALI DARUSALAM 2
Jabatan Psikologi dan Bimbingan Kaunseling, Universiti Malaya.11
Jabatan Asas Kemanusiaan, Universiti Malaya.2
ABSTRAK
Terapi Ruqyah adalah satu pendekatan alternatif dalam intervensi tingkah
laku ADHD selain dari penggunaan terapi ubatan, terapi tingkah laku,
terapi kognif tingkahlaku dan sebagainya. Menelusuri kajian- kajian lalu,
pengkaji mendapati terapi Ruqyah berkesan untuk merawat kerasukan jin,
gangguan emosi, mahkhluk halus, ketagihan dadah, kanser, masalah tidur
dikalangan autistik muslim dan juga HIV /AIDS. Objektif kajian ini adalah
untuk mengkaji kesan terapi ruqyah terhadap modifikasi tingkah laku
murid-murid ADHD di Yayasan Quranic Faqeh di Petaling Jaya, Selangor
yang menjalankan kaedah ini kepada murid – muridnya. Kajian ini adalah
kajian kualitatif dengan rekabentuk kajian kes. Data dikumpulkan melalui
temubual, pemerhatian dan analisa dokumen. Data akan dianalisis secara
thematik dan kategori. Hasil kajian menunjukkan pendekatan terapi ruqyah
memberi kesan dalam modifikasi tingkah laku murid-murid hyperaktif
khususnya dalam memberi ketenangan dan mengubah tingkahlaku
seterusnya membolehkan mereka dapat mengikuti pelajaran dengan mudah
disamping mengubah sikap menjadi seorang muslim yang soleh. Kajian ini
membuktikan bahawa terapi ruqyah bukan sahaja relevan malahan mampu
menjadi salah satu rawatan alternatif khususnya kepada murid-murid
ADHD muslim.
Kata Kunci: Terapi Ruqyah, modifikasi tingkah laku, ADHD
Pengenalan
Gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau attention deficit
hyperactivity disorder (ADHD) merupakan salah satu kecelaruan psikiatri
yang paling umum di kalangan kanak-kanak (Barkley, 2006).
Gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau ADHD dapat dilihat dengan
begitu ketara pada sesetengah kanak-kanak terutamanya pada waktu
prasekolah atau tadika dan murid-murid sekolah rendah terutama mereka
berumur bawah tujuh tahun. Gejala ini menyebabkan kanak-kanak yang
mengalaminya sukar mengawal tingkah laku mereka atau memberikan
tumpuan yang sepenuhnya. Satu kajian menunjukkan terdapat antara 3%
2"
"
hingga 5% kanak-kanak menghidap ADHD atau sekitar 3.5 juta orang
kanak-kanak di dunia (Lewis Mehl-Madrona, 2008). Ini bermakna, di
dalam sebuah kelas yang mengandungi 25 atau 30 orang murid, sekurang-
kurangnya seorang daripada mereka menghidap ADHD.
Antara faktor penyebab yang boleh dikaitkan dengan pelakuan hiperaktif
ialah seperti hubungan amalan merokok dan pengambilan alkohol semasa
ibu mengandung, keadaan persekitaran yang mempunyai paras kandungan
plumbum yang tinggi, pengambilan gula yang berlebihan oleh kanak-kanak
dikatakan penyebab kepada kanak-kanak menjadi hyperaktif (Feingold,
1975).
Kanak-kanak ADHD kebiasaanya menunjukkan tanda - tanda kurang
tumpuan seperti gagal memberi tumpuan yang teliti kepada butir-butir
terperinci atau cuai serta sering membuat kesilapan semasa membuat kerja
sekolah atau aktiviti-aktiviti lain. Selain itu, kanak-kanak yang mengalami
masalah kecelaruan ini juga sering bertingkah laku kerap mengelak, tidak
suka atau keberatan melakukan sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan
yang lama seperti kerja sekolah atau kerja rumah.
Pelbagai kaedah dan cara perawatan atau interversi bagi murid-murid
ADHD. Antaranya kaedah terapi behavior, terapi ubatan, terapi cognitive
behavior. Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan perawatan alternatif
terapi ruqyah dalam modifikasi tingkah laku dikalangan murid-murid
ADHD.
Menurut Ibnu Mandhur (t.t) al-Ruqyah bererti bacaan tertentu bertujuan
memohon perlindungan atau merawat orang sakit. Ruqyah juga didefinisi
sebagai memohon perlindungan atau ayat-ayat, zikir-zikir, doa-doa yang
dibacakan kepada orang yang sakit. Abu Muaz Muhammad bin Ibrahim
(t.t) menyatakan ruqyah sebagai penggunaan ayat-ayat al-Quran, (jampi)
dalam rawatan penyakit merupakan satu perawatan yang telah dimulai
semenjak zaman Rasulullah lagi. Antara peristiwa yang pernah berlaku
bagaimana seseorang yang bernama Abi Said al-Khudri yang telah
membacakan surah al-Fatihah bagi membantu merawat seorang ketua
kabilah yang telah disengat kala jengking dengan izin Allah ketua kabilah
itu sembuh dan Rasulullah telah memperakui keberkesanan ayat tersebut.
3"
"
Khader Ahmad, Abdullah Yusof , Mohd Farhan Md Ariffin (2014). Antara
ayat al Quran berkaitan dengan terapi ruqyah
Maksudnya:
“Dan kami turunkan al-Quran suatu yang menjadi
penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman
dan al-Quran itu tidaklah menambahkan kepada orang
-orang yang zalim selain kerugian”. (Al –Israa:82)
Melalui al-Quran Allah SWT menyatakan pendirianNya bahawa kalam
Allah itu mampu untuk memberi kesembuhan penyakit kepada manusia
sama ada penyakit rohani ataupun jasmani (fizikal).
Kajian Literatur
Pengkaji telah mendapati banyak kajian yang telah dilakukan berkaitan
ruqyah dalam merawat penyakit samada zahir mahupun batin antaranya
seperti emosi (Nikmatun Khasanah 2006) dalam kajian menyatakan untuk
menyembuhkan penyakit tidak cukup hanya melalui terapi perubatan
moden melainkan dengan pendekatan spiritual, M.Darojat Ariyanto (2007)
penyakit fisik jiwa dan gangguan jin, ruqyah juga didapati berkesan
sebagai satu terapi untuk mengubati penyakit kanser. Fadlan Abu Yasir
(2009) Model Psikoterapi Ruqyah, (Lokman Abdul Hamid 2013, Kahel
2010.), kemurungan Zainul Ariffin dan Zulkhair, (t.t), gangguan emosi
(Ana Noviana 2010). Hasil kajian menunjukkan kesan kesembuhan terapi
ruqyah kepada semua jenis penyakit yang disebut di atas. Shahril Nizam
bin Zulkifli (2009) pula menganalisis hadith-hadith ruqyah sebagai
alternative perubatan Islam di dalam kitab Sahih Muslim
Hasil kajian Primadona (2010) turut menunjukkan bahawa ketenangan
yang diperolehi dari zikir meningkatkan ketahanan tubuh, mengurangkan
risiko penyakit jantung dan memanjangkan usia. Tanpa ketenangan tubuh
menjadi lemah dan senang untuk dijangkiti virus serta membantu
pembiakan sel-sel kanser. Perbahasan Aida Hidayah (2011) turut
mendapati bahawa ayat- ayat al Quran mempunyai pelbagai fungsi selain
sebagai nilai ibadah ia juga adalah ubat menyelesai semua masalah hidup.
Cahaya Sabiq (2008) turut bersetuju bahawa terapi ruqyah mampu
menyembuhkan penyakit yang berkaitan psikologi dan terapi berfungsi
4"
"
mencegah penyakit yang sering hinggap kepada manusia. Fadzli Adam
(2011) menyatakan rawatan alternatif seperti solat, solat taubat, muhasabah
diri, kelas fardhu ain dan mengaji al Quran membantu dalam penyembuhan
kes penagihan dadah. Iman Setyabudi (2012) dalam kajiannya mendapati
zikir yang diberikan kepada pesakit AIDS berpengaruh secara signifikan
dalam menurunkan tahap kesan negatif dalam diri mereka dan memberi
ketenangan kepada jiwa mereka. Namun kajian beliau terbatas pada konsep
zikir kepada jiwa pesakit AIDS sahaja.
Manakala Ana Noviana (2010) dalam kajiannya bertajuk Terapi Ruqyah
Syar’iyyah bagi penderita Gangguan emosi di Bengkel Rohani Ciputat
menjadikan al Quran sebagai kaedah utama dalam rawatan, yang dibaca
secara langsung kepada pesakit dan mendapati rawatan ruqyah memberi
kesan kepada pesakit dari sudut ketenangan jiwa. Syarifah Norshah Bani
Syed Bidin pula (2011) pula mengkaji peranan ayat-ayat al-Quran sebagai
terapi untuk kerasukan jin
Seterusnya Lokman Abdul Hamid (2013) seorang pengasas kepada Pusat
Rawatan Islam al Hidayah menjelaskan bahawa kanser dapat disembuhkan
dengan dibacakan ayat al Quran serta mengamalkannya dengan membaca
ayat ayat al Quran yang dikhaskan untuk mengubati kanser. Beliau
menjelaskan bahawa ramai pesakit kanser yang sembuh dengan pendekatan
ruqyah al Quran di Pusat Rawatan Islam al Hidayah. Mohd Yakub @
Zulkifli Mohd Yusof Zulkifli Haron (2014) cuba melihat metod ruqyah
dalam pemikiran Ibn Qayyim al-Jauziah dari sudut pemikiran
perubatannya.
Seterusnya antara kajian kajian lepas yang turut membicarakan berkaitan
perubatan Islam dan yang seiring dengannya antaranya ialah, ‘Useful
Medicinal Flora Enlisted In Holy Quran And al-hadith’ oleh Mushtaq
Ahmad, Mir Ajab Khan,Sarfaraz Khan Marwa, Jampi Syarie Dalam
Menggunakan Ayat Ayat Al Quran oleh Hazlina Binti Abdullah (2010),
Mardiana Bt Abdul Ghani (2004) dengan tajuk penggunaan Ayat Al Quran
Dalam Bidang Perubatan Kajian di Darul Syifa’ Bangi, Realiti Dan
Cabaran Dalam Rawatan Islam: Analisis Hadith -Hadith Tentang
Pendekatan, Kaedah Rawatan Nabi S.A.W Merawat Penyakit Sihir Oleh
Khadher Ahmad dan Prof Madya Dr. Ishak Hj. Suliaman, Pengaruh Zikir
5"
"
(Membaca Al-Quran) Terhadap Perubahan Kadar Hormon T4
Tetraiodotironin) pada Qari di Iptiq Jakarta oleh Primadona (2010) dan Al-
Ruqyah With The Qur’an And The Du`A (The Prayer) In Islamic Medical
Tradition oleh Nurdeen Deuraseh. Siti Patonah Mohamad, M.Y Zulkifli
Mohd Yusof Duriyyah Sharifah Hassan Adli (2013) Terapi bunyi melalui
bacaan Al-Quran bagi masalah emosi dan kemahiran motor pertuturan
kanak-kanak autistik. Mohd Amzari Tumiran, Mohd Yaakub Zulkifli,
Nazean Jomhari & Duriyyah Sharifah Hasan Adli (2014) Interversi tidur
menggunakan terapi al-Quran dalam menangani gangguan Tidur kanak-
kanak autistik muslim.
Metodologi Kajian
Kajian ini menggunakan pendekatan metod qualitatif dengan reka bentuk
kajian kes yang dijalankan di Yayasan Pendidikan al-Qur’an bagi Anak
Istimewa (Akademi Fakeh). Sample terdiri daripada 3 orang murid ADHD.
Justifikasi lokasi ini dipilih kerana pusat ini telah lama menjalankan terapi
ruqyah dalam interversi tingkahlaku pelajar. Metod temubual semi struktur
digunakan bagi mendapatkan data secara langsung disamping juga data
yang dikutip melalui pemerhatian secara langsung bagi mendapatkan data
sokongan yang lebih mendalam (in-depth). Temubual bersemuka
(langsung) telah dijalankan ke atas ibubapa pelajar dalam tempoh 5 bulan.
Berikut latar belakang pelajar :
Nama Murid
Umur
Tempoh perawatan
Murid A
5
6 bulan
Murid B
8
8 bulan
Murid C
14
10 bulan
Data temu bual dianalisis mengikut pendekatan analisis kandungan kerana
ia memberi tema, kategori dan makna (Merriam, 1998).
Hasil Kajian
Kajian ini cuba melihat kesan terapi ruqyah terhadap murid-murid ADHD
dengan menggunakan terapi ruqyah. Kesan ini dapat dilihat melalui
6"
"
perubahan tingkah laku terhadap ketiga-tiga sampel kajian berasaskan 3
aspek:
1. Gerak laku
Hasil kajian menunjukkan perubahan tingkah laku daripada gelisah, tidak
duduk diam, melompat dan bergerak tidak berhenti kepada tenang dan
berada dalam keadaan terkawal. Malahan melalui temubual dan
pemerhatian yang dijalankan dapat dilihat perubahan kanak-kanak-ADHD
setelah rawatan ini dijalankan sehingga tidak dapat membezakan dengan
kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang lain. Hal ini selaras dengan
kajian yang dijalankan oleh mengenai kehebatan al-Quran sebagai terapi
penenang kepada mereka yang mengalami gangguan emosi Ana Noviana
(2010)
2. Minda dan hati
Kajian juga mendapati selepas terapi ruqyah dijalankan minda kanak-
kanak ini lebih berfokus. Hal ini dapat dilihat apabila mereka dapat
menumpukan kepada arahan – arahan guru dan memberi reaksi kepada
arahan tersebut. Hal ini disokong dengan kajian Cahaya Sabiq (2008)
bahawa terapi ruqyah mampu menyembuhkan penyakit yang berkaitan
psikologi yang berkaitan dengan hati dan minda manusia. Keindahan
bacaan alquran terbukti berkesan dapat melembutkan hati manusia
sebagaimana kisah Saidina Umar al-Khatab sebelum keislamannya,
Numani (2004). Kemampuan bacaan al-Quran dapat menjana gelombang
alfa EEG (electroencephalogram) serta mampu memberi ketenangan
kepada individu yang mendengarnya berbanding dengan muzik (Abdullah
& Omar, 2011)
3. Sikap
Sikap yang lebih baik dari sebelumnya, semakin menunjukkan kemahiran
sosial yang lebih baik, semakin berdisiplin serta menghormati rakan –
rakan, bersifat sabar serta semakin bertoleransi dengan rakan serta guru.
Perbincangan
Berdasarkan kajian-kajian lalu, terapi ruqyah mampu mengubah tingkah
laku murid-murid ADHD dari aspek mental dan emosi dengan
menggabungkan 5 deria semasa terapi ini dijalankan melalui pendengaran,
7"
"
pembacaan, penglihatan, sentuhan dan rasa yang diamalkan untuk memulih
tingkahlaku. Walaupun murid-murid ADHD sesetengahnya belum dapat
membaca al-Quran, mereka mampu mendengar, melihat surah – surah
yang dibaca sambil diusap dan dipeluk ketika bacaan dijalankan. Begitu
juga dengan penggunaan air yang dibaca ayat-ayat terapi serta diberi
minum kepada murid murid. Kajian yang dijalankan oleh Mesaru Emoto
(2004) menunjukkan pembentukan molekul air yang sempurna apabila
dibacakan ayat-ayat yang baik dan begitu sebaliknya. Ini menunjukan air
mampu menyerap bacaan. Begitu juga pelukan, bagaimana kisah semasa
penurunan wahyu berlaku, nabi Muhammad S.A.W dipeluk oleh Malaikat
Jibrail. Hal ini menunjukkan pelukan turut memainkan peranan penting
dalam proses pemulihan tingkah laku kanak-kanak ADHD."Perubahan
dapat dilihat keatas setiap sample yang dijalankan tidak sampai 12 bulan
malahan semakin awal usia kanak-kanak semakin senang tingkahlaku
dipulihkan."
KESIMPULAN
Kajian ini cuba mengkaji peranan terapi ruqyah dalam modifikasi
tingkahlaku dikalangan kanak-kanak ADHD. Pendekatan alternatif ini
dilihat dari sudut mekanisme menggabungkan kesemua deria serentak
mampu memberi kesan kepada perubahan tingkahlaku kanak-kanak
ADHD. Kesimpulannya terapi ruqyah mampu mengubah tingkahlaku
kanak-kanak ADHD jika dilaksanakan melalui metode dan cara yang betul
serta keyakinan yang tinggi kepada Allah S.W.T. Kajian ini perlu
diperhalusi lagi pada masa hadapan dengan menumpukan kepada cara
pengukuran yang bersistematik untuk mengukur kesan perubahan tingkah
laku terutamanya minda dan hati dengan lebih jelas dengan bantuan alatan
teknologi terkini.
Rujukan
Abdullah A.A. & Omar, Z.(2011).The effect of temporal EEG signals
listening to Quran recitation.International Journal on Advanced
Science, Enginering and information Technology1(4)372-375.
Abdul daim Kahel, (2010). Terapi Ayat Suci: Terapi Al Quran untuk Hidup
Sihat. Ter: cIlaj Nafsaka bi al-Quran. Solehah Muhammad Kalim.
Indonesia.
Abdul Ghofar, Lutfiyah Ningsih. (t.t). The Influence Of Playing Therapy
And Music Therapy (Listening Al-Qur’an: Juz Amma) To Anxiety
Respond At Toddler.
8"
"
Abu Muadz Muhammad bin Ibrahim, (t.t). Risalah fi Ahkam al-Ruqa Wa
Tanaim Wa Sifat al-Ruqyah al-Syariyyat Saudi Arabia, Mesir :
Maktabah al- Ummah .
Aida Hidayah, (2011). Penggunaan Ayat-Ayat Al-Qur'an Sebagai Metode
Pengobatan Bagi Penyakit Jasmani. Skripsi Thesis, Yogyakarta : UIN
Sunan Kalijaga Yogyakarta.
Ana Noviana, (2010). Terapi Ruqiyah Syar’iyyah Bagi Penderita
Gangguan Emosi di Bengkel Rohani Ciputat. Jakarta : UIN Syarif
Hidayatullah.
Aslam Khan, Tamoor Ul Hassan and Shazia Sultana, (2009). American-
Eurasian. J. Agric. & Environ. Sci., 5 (1): 126-140, 2009. Useful
Medicinal Flora Enlisted in Holy Quran and Ahadith. Department of
Plant Sciences Quaid-i-Azam University, Islamabad, Department of
Arabic, Islamic Studies and Research Gomal University, Dera Ismail,
Khan, Pakistan.
Cahaya Sabiq, (2008). Metode Ruqyah Dalam Perspektif Psikologi
Pendidikan. Tesis. Stain Pekalongan.
Edward G.Browne, (2001). Islamic Medicine. New Delhi : Goodword
Press.
Fadlan Abu Yasir, (2009). Model Psikoterapi Ruqyah ,Tesis Sarjana,
Yogyakarta: Universitas Ahmad Dahlan,
Ibnu Madhur, (t.t). Lisan al-Arab. jil.4, Mesir
Ibnu Yusuf, Jaurani Abi Al Aliyah Muhammad al-, (2007). al-Ruqyah al
Syarciyyah, Min Kitab wa al- Sunnah al-Nabawi. Mesir : Dar al-
Nafaaes. Al-Ardhan.
Iman Setyabudi, (2012). Perkembangan Metod Efektivitas Dzikir Untuk
Menurunkan Stress dan Efek Negatif Pada Penderita Stadium AIDS.
Jurnal Psikologi, Vol 10. No 2. Jakarta : Universiti Esa Unggul.
Jauziah, Ibnu Qayyim al-, (2013). Trj. Perubatan Rasulullah: Kenapa
Rasulullah Sentiasa Sihat?. Selangor : al- Hidayah Publishing.
Khader Ahmad, Abdullah Yusof, dan Mohd Farhan Md Ariffin, (2014).
Signifikan Pengggunaan Ruqyah Berasaskan Al-Quran Dalam
Rawatan Penyakit: Satu Analisis, Tajdid in Quranic Studies, Jakarta.
Lokman Abdul Hamid, (2013). Perubatan Al Quran Rawatan Kanser
Mustread. Kuala Lumpur.
Lutfi Kiram Az Zumaro & Norhanis Hashim, (2013). Aktiviti Energi Doa
dan zikir khusus untuk kecerdesan super (otak dan hati). Kuala
Lumpur : Synergi Media.
M. Darojat Ariyanto, (2007), Terapi Ruqyah Untuk Penyakit Fisik, Jiwa
Dan Gangguan Jin.Jurnal SUHUF.vol 19.No 1. Mei 2007; 48-49;
Mehl-Madrona, L., (2008). Attention-Deficit Hyperactivity Disorder
(ADHD ) in Children: Theories about the causes of ADHD.
Diagnosis and alternative treatment for ADHD/ADD, conventional,
Innovative and alternative Therapies for the 21st Century
Merriaem, S.B., (1998). Qualitatif Research And Case Study Application In
Education. 2nd ed. San Francisco: Jossey Boss.
Mesaru Emoto, (2004). The Hidden Massage In Water translated by David
A. Thayne, USA : Beyond Word Publishing, Hillsboro Oregon.
Mohd Amzari Tumiran, Mohd Yakub Zulkifli, Nazean Jomhari &
Duriyyah Syarifah Hasan Adli, (2014). Tajdid in Quranic Studies,
Universiti Malaya : Akademik Pengajian Islam.
Mohd Najib & Ahmad Shauqi Abd Rahman, (2000). Panduan merawat
penyakit Mengikut al-Quran dan al-Sunnah. Kuala Lumpur : Jasmine
Musdar Bustamam Tambusai, (2013). Halal Haram Ruqyah. Kuala
9"
"
Lumpur : Pustaka Al
Mushtaq Ahmad, Mir Ajab Khan, Sarfaraz Khan Marwat, Muhammad
Zafar, Muhammad dan Mustamir Abdullah, (2011). Quranic Super
Healing, Sembuh dan Sihat dengan Mukjizat al-Quran. Selangor :
PTS Millenea.
Nurdeng Deuraseh, (2013). Book of Medicine in Sahih Bhukari. Serdang :
UPM
Nikmatun Khasanah, (2006). Konsep Penangguhan AIDS Menurut Dadang
Hawari. Bandung : Y.Nukman.Dzikra.
Siti Patonah,M.Y.Zulkifli Mohd Yusof & Duriyyah Sharifah Hasan Adli.
(2013) Terapi Bunyi Melalui Bacaan Al-Quran Bagi Masalah Emosi
dan kemahiran motor pertuturan kanak-kanak Austistik..QURANICA
International Of Quranic Research, Vol 5, Issue 2, Dec 2012, Pp53-
72.
"
"
"10"
"
10"
"