Action research is widely considered a key method in education for enhancing the quality of teaching practices. However, it has been found that teachers possess only a moderate level of knowledge and understanding of action research. This quantitative study, employing a survey research design, seeks to determine the extent of teachers' knowledge and understanding of action research. Using the purposive sampling technique, 335 teachers were randomly chosen as respondents based on the Krejcie and Morgan sample sizing method. A questionnaire was administered to assess the teachers' knowledge and understanding related to the implementation of action research. The results revealed that teachers' knowledge and understanding of action research implementation remain at a moderate level. The findings highlights the need for teachers to deepen their grasp of action research concepts and for stakeholders to actively support teachers in enhancing their understanding and application of these practices. Keywords: Action research, teachers' level of knowledge and understanding, professional development PENGENALAN Peranan, tanggungjawab dan amanah seorang guru lazimnya mencerminkan kedudukan mereka sebagai tonggak utama dalam membentuk generasi masa depan yang berilmu dan berakhlak mulia. Seorang guru bukan sahaja berperanan sebagai penyampai ilmu tetapi juga sebagai pemimpin, pencetus motivasi dan sumber inspirasi kepada murid. Dalam era pendidikan abad ke-21, peranan dan tugas guru telah berkembang melangkaui pengajaran dan pembelajaran konvensional; guru dituntut mempunyai ciri-ciri abad ke-21 yang merangkumi penguasaan teknologi digital, amalan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) (Saili & Taat, 2024) serta kemahiran untuk membina dan memupuk nilai-nilai murni dalam diri murid (Soh et al., 2023). Ciri-ciri ini penting bagi melahirkan insan yang bukan sahaja berilmu dan berdaya saing tinggi tetapi juga berakhlak mulia. Dalam era pendidikan negara masa kini yang berlandaskan tujuh teras utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sejajar dengan konsep MADANI yang diperkenalkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan juga sebagai usaha untuk mengemudi dan mengembalikan maruah dan kegemilangan negara di persada dunia khususnya dalam bidang pendidikan (Saadiah Ismail, 2023; Mohd Iskandar Ibrahim, 2023), guru terus menghadapi pelbagai cabaran yang memerlukan penyesuaian, adaptasi serta penambahbaikan berterusan dalam PdP, terutama apabila berhadapan dengan cabaran yang melibatkan transformasi digital (Ajmain @ Jima'ain et al., 2024). Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia suatu ketika dulu telah mempercepatkan lagi transformasi digital tersebut, dengan guru perlu meningkatkan kemahiran digital bagi memastikan kesinambungan pendidikan dalam kalangan murid (Nur Hanisah & Mohd Isa, 2021). Di samping kesan penularan Covid-19, cabaran yang dihadapi guru masa kini turut dicetus oleh kehadiran elemen kecerdasan buatan yang telah merubah landskap pendidikan. Perubahan yang dicetus oleh kecerdasan buatan yang bukan hanya mempengaruhi cara guru mengendalikan PdP tetapi juga turut mengubah perspektif konsep pendidikan itu sendiri. Integrasi kecerdasan buatan berpotensi merevolusi pelaksanaan PdP dengan menawarkan pengalaman pembelajaran diperibadikan (personalized learning), menambah baik sistem pentaksiran, mengoptimumkan pengurusan dan capaian sumber PdP, mencetus penghasilan dan penggunaan bahan intervensi yang lebih inovatif serta menggalak pelaksanaan aktiviti pembelajaran yang lebih produktif (Cui et al, 2019). Ini bukan sahaja berupaya menangani jurang pengetahuan antara murid tetapi juga membolehkan guru mengembangkan kreativiti dan potensi murid, sekali gus menyediakan murid dengan kemahiran yang relevan (Apidah, 2023; Mustafa Kamal et al., 2021). Dalam konteks pendidikan di Malaysia, walaupun berhadapan dengan pelbagai masalah dan cabaran dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik dalam situasi norma baharu pendidikan, guru perlu kekal komited untuk membangun potensi murid secara holistik serta memastikan pencapaian murid adalah setanding dengan murid negara lain, seperti yang digariskan dalam Pelan Pendidikan Pembangunan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Justeru, bagi mencapai hasrat yang digariskan dalam PPPM 2013-2025, guru perlu sentiasa mencari pendekatan yang mampu menangani apa juga masalah dan cabaran yang dihadapi khususnya dalam PdP dan salah satu pendekatan tersebut adalah dengan menjalankan penyelidikan. Terdapat pelbagai definisi yang mentakrif konsep dan amalan penyelidikan. Waltz dan Bansell (1981) mendefinisikan