Kini KAGAT telah mencapai usia 30 tahun. Satu tempoh yang agat baru jika hebdak dibandingkan dengan usia organisasi Tentera Darat atau ATM yang telah mengjangkau berusia 82 tahun. Saya telah dimiinta untuk menulis buku sempena ulangtahun KAGAT yang ke30 ini dengan tajuk “KAGAT 30 tahun: Satu anjakan Padigma Daie Askari”.
Apakah yang dimaksudkan dengan anjakan paradigma? Takrifan yang diberikan oleh Kamus Dewan (2014), anjakan ditakrifkan sebagai “Hasil menganjak, peralihan”, sementara paradigma ditakrifkan sebagai, “Merujuk kepada makna lingkungan atau batasan pemikiran (seseorang atau sesuatu organisasi) pada sesuatu masa yang dipengaruhi oleh pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan kesedaran yang ada”. Secara umumnya Kamus Dewan telah mentakrifkan anjakan padigma sebagai, “Peralihan paradigma (pemikiran, pengetahuan atau kemahiran) daripada satu lingkungan atau batasan kepada sesuatu yang baru (biasanya yang lebih baik.”
Selain dari itu terdapat beberapa takrif atau pengertian dari sumber-sumber yang lain Paradigma adalah dari perkataan Greek ‘paradeigma’,dalam bahasa Inggris disebut paradigm dan dalam bahasa Perancis disebut paradigme, istilah dari bahasa Latin, yakni para dan deigma. Secara etimologis, para bererti (di samping, di sebelah) dan deigma bererti (memperlihatkan, yang berarti, model, contoh, ideal). Sedangkan deigma dalam bentuk kata kerja deiknynai bererti menunjukkan atau mempertunjukkan sesuatu yang membawa maksud model, bentuk atau contoh. Maksud paradigma sebenarnya boleh diperjelaskan dengan kaedah kita melihat sesuatu situasi atau keadaan berasaskan kepada andaian umum, dan bagaimana kita boleh berjaya dalam lingkungan atau batasan yang ditetapkan.
Bardasarkan takrif tersebut, bagaimanakah ia dapatdi kaitkan dengan peranan KAGAT secara organisasi dan juga kesemua warganya sebagai para daie yang berperanan untuk menyebar, meninggikan syiar Islam serta mendidik anggota Angkatan Tentera Malaysia untuk menghayati dan mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya.