Content uploaded by Kamarul Azmi Jasmi
Author content
All content in this area was uploaded by Kamarul Azmi Jasmi on Apr 04, 2017
Content may be subject to copyright.
PERANAN WANITA DALAM BERDAKWAH
Selmah Ahmad
Bushrah Basiron
Mohd Ismail Mustari
Kamarul Azmi Jasmi
1Faculty of Civilization, Universiti Teknologi Malaysia
2Faculty of Management, Universiti Teknologi Malaysia
Suggested Citation:
Ahmad, S., Basiron, B., Mustari, M. I. Jasmi, K. A. (2008). Peranan Wanita dalam
Berdakwah in Wanita dalam Dakwah dan Pendidikan. Skudai, Johor Bahru: Universiti
Teknologi Press, pp. 141-160. ISBN: 978-983-52-0476-0.
Sinopsis
Dakwah di abad ini menghambat penjelasan yang dapat menarik perhatian setiap lapisan
masyarakat agar terpanggil dan terundang bagi melaksakan obligasi mulia ini. Hari demi hari kita
dapati masalah sosial semakin bertambah dan ia mempunyai kaitan dengan peranan lelaki dan
wanita sebagai penggerak kepada mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada melakukan
kemungkaran. Kertas kerja ini akan berusaha menjelaskan peranan wanita dalam berdakwah masih
terpinggir dan menjadi isu terpencil. Sedangkan golongan wanita merupakan hampir 50%
penduduk muslim di Malaysia. Tanpa ada kesedaran dan penumpuan yang khusus aset yang begini
besar akan terus terbiar untuk membantu mempercepatkan penghayatan dan pengamalan Islam
dalam kehidupan. Perbincangan ini akan diperkukuhkan dengan mendatangkan ayat-ayat al-Quran
dan al-Hadis yang membincarakan berkaitan peranan wanita di dalam berdakwah. Ia
diperkukuhkan lagi pernan yang telah dimainkan oleh wanita-wanita Islam di zaman sahabat di
dalam melaksanakan tanggungjawab dakwah.