Content uploaded by Kamarul Azmi Jasmi
Author content
All content in this area was uploaded by Kamarul Azmi Jasmi on Mar 25, 2016
Content may be subject to copyright.
PENGGUNAAN BILIK OPERASI PENDIDIKAN ISLAM
DI SEKOLAH MENENGAH
(No. Vote: QJ130000.2833.00L08)
Tempoh Penyelidikan:
01/09/2011 – 30/09/2013
Ketua Penyelidik
Kamarul Azmi bin Jasmi
Penyelidik Bersama
Azhar bin Muhammad
Bushrah binti Basiron
Mohd Ismail bin Mustari
Norzubaidha binti Ismail
Syahida Fadilla binti Moktar
Zalina binti Pareng
Masnizah binti Osman
Pembantu Penyelidik
Muhamad Faiz Bin Ismail
9
Q.J130000.2833.00L08
MODEL PENGGUNAAN BILIK OPERASI PENDIDIKAN
ISLAM YANG EFEKTIF DI SEKOLAH MENENGAH.
FAKULTI TAMADUN ISLAM
K-EKONOMI
DR. KAMARUL AZMI JASMI
P.M. DR. AZHAR BIN MUHAMMAD, DR. BUSHRAH BINTI BASI RON,
P.M. DR. MOHD ISMAIL BIN M US TAR I, PUAN NORZUBAIDHA
BINTI ISMAIL, PUAN SYAHIDA FADILLA BINTI MOKTAR,
ZALINA BINTI PARENG
01/09/2011
31/08/2012
31/01/2013
12
1
10000.00
10000.00
0.0
100%
1 pada 2011 & 1 pada 2012
3 pada 2012
31.1.2013
Penyelidikan berjalan dengan baik
ii
ii
KANDUNGAN
BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 1
1.3 Pernyataan Masalah 3
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Soalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Batasan Kajian 7
1.8 Definisi Operasional 8
1.9 Penutup 9
BAB 2 TINJAUAN KEPUSTAKAAN 11
2.1 Pendahuluan 11
2.2 Pendidikan dalam Islam 11
2.2.1 Definisi Pendidikan Islam 13
2.2.2 Matlamat PendidikanIslam 15
2.3 Pendidikan Islam di Malaysia 17
2.4 Bilik Operasi Pendidikan Islam 20
2.5 Pembelajaran Berasaskan Pengalaman 23
2.6 Sorotan Kajian Lepas 25
2.7 Penutup 28
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 29
3.1 Pendahuluan 29
3.2 Reka Bentuk Kajian 30
3.3 Sampel Kajian 32
3.4 Lokasi Kajian 32
3.5 Prosedur Pengumpulan Data 33
3.5.1 Prosedur Temubual 33
3.5.2 Prosedur Pemerhatian 34
3.5.3 Prosedur Analisis Dokumen
3.6 Prosedur Penganalisisan Data 36
iii
iii
3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan 36
3.7.1 Triangulasi Data 36
3.7.2 Nota Lapangan dan Diari 37
3.7.3 Pengesahan Responden terhadap Data Temu bual 37
3.8 Penutup 38
BAB 4 ANALISIS DAPATAN KAJIAN 39
4.1 Pendahuluan 39
4.2 Dapatan Kajian 39
4.2.1 Pengajaran dan Pembelajaran di dalam Bilik Operasi Pendidikan Islam 39
4.2.2 Ciri Bilik Operasi Pendidikan Islam yang Efektif untuk P&P 44
4.2.3 Faktor Penggunaan Bilik Operasi Pendidikan Islam 45
4.3 Penutup 48
BAB 5 PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN 49
5.1 Pendahuluan 49
5.2 Perbincangan 49
5.3 Implikasi 52
5.3.1 Kementerian Pelajaran Malaysia 52
5.3.2 Guru Pendidikan Islam 52
5.4 Cadangan 53
5.4.1 Cadangan Umum 53
5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 54
5.5 Penutup 54
RUJUKAN 55
iv
iv
TRANSLITERASI
Ejaan kalimah Arab dalam buku ini dibuat berdasarkan sistem transliterasi seperti yang
berikut:
Huruf Arab Transliterasi Huruf Arab Transliterasi
c a/’a Ÿ d
l b à t
p t Ä z
t th Ë ‘
x j Ï gh
h Ó f
… kh × q
† d Û k
ˆ dh ß l
Š r ã m
Œ z ç n
‘ s ì w/u
• sh è h
™ s ñ y
Manakala bagi huruf panjang dalam ejaan Arab pula dengan penggunaan transliterasi yang
berikut:
Huruf Arab Transliterasi
a a
ì i
ñ u
v
v
SINGKATAN
et. al. and others
BPI Bahagian Pendidikan Islam
JPN Jabatan Pendidikan Negeri
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KBSR Kurikulum Baru Sekolah Rendah
KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
M Masihi
P&P pengajaran dan pembelajaran
PAFA Perkara Asas Fardu Ain
PIBG Persatuan Ibu Bapa dan Guru
s.a.w. sallallahu alaihi wa sallam
S.W.T. Subhanahu wa Ta‘ala
SABK sekolah agama bantuan kerajaan
SBP sekolah berasrama penuh
SMA sekolah menengah agama
SMK sekolah menengah kebangsaan
SMKA sekolah menengah kebangsaan agama
SMT sekolah menengah teknik
BAB 1
PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN
Pendidikan Islam merupakan bidang yang sangat penting dalam membangunkan
individu muslim demi mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Sejarah
perkembangan awal Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. telah memperlihatkan
kebijaksanaan baginda memanfaatkan potensi masjid bagi menyatukan elemen teori
dan amali dalam pendidikan Islam pada zaman tersebut. Pembinaan masjid sebagai
institusi pertarbiahan umat Islam telah berjaya membangunkan peradaban Islam yang
gemilang (Mohd Mokhtar, 2003; Bani Hidayat et. al. 2010; Jasmi, 2011). Secara
umumnya, bab ini akan membincangkan latar belakang kajian, pernyataan masalah,
tujuan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian dan
definisi operasional.
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN
Pendidikan Islam di Malaysia bermula sebelum abad kedua puluh dan dipercayai
berkembang bersama-sama penyebaran agama Islam di negeri-negeri Semenanjung
Tanah Melayu dan di kepulauan Melayu pada abad ke-14 Masihi. Perluasan empayar
kesultanan Melayu Melaka, Riau dan Brunei pada abad ke-15 Masihi turut membantu
mengembangkan aktiviti pendidikan Islam sehingga ke negeri-negeri di Pantai Timur
khususnya Kelantan dan Terengganu pada abad ke-16 Masihi dan ke negeri-negeri
utara Tanah Melayu pada abad ke-19 Masihi (Abdullah, 1995).
2
Pada umumnya, struktur pendidikan Islam atau pengajian Islam di Nusantara
pada ketika itu (sebelum 1824 M) bersifat menyeluruh merangkumi peringkat rendah,
menengah dan tinggi yang dijalankan di rumah, masjid atau surau, dan istana
(Abdullah, 1995). Namun, peringkat pengajian tersebut tidak begitu ketara kerana
dilaksanakan secara tidak formal. Corak pendidikan pada masa itu ialah pengajian al-
Quran, akhlak dan pengetahuan asas kerohanian termasuk seni mempertahankan diri
(Shahril Marzuki et. al. 1995; Abdullah Sani, 2003).
Pada tahun 1974, suatu Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan bagi mengkaji
pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Jawatankuasa ini mengkaji secara
mendalam khususnya mengenai matlamat dan kesan sistem pelajaran yang
dilaksanakan merangkumi sistem persekolahan dan kurikulum. Usaha ini bertujuan
untuk memastikan sistem yang dilaksanakan dapat mencapai matlamat negara ke arah
melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin, dan terlatih. Laporan
Jawatankuasa Kabinet kemudiannya diterbitkan pada tahun 1979 dan telah
memberikan impak yang besar apabila kerajaan bersetuju untuk melaksanakan
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) (Abdullah Sani, 2003).
Pendidikan Islam di Malaysia terus berkembang sehingga inisiatif diambil
untuk membina surau di institusi pendidikan termasuk sekolah. Hal ini demikian bagi
memudahkan para pelajar Islam menunaikan ibadah solat ketika waktu persekolahan
di samping wujudnya keperluan untuk melaksanakan aktiviti amali pendidikan Islam.
Namun, fungsi surau di sekolah tidak terhad sebagai pusat ibadah semata-mata malah
dianggap sebagai ‘Makmal Pendidikan Rohani’ yang meliputi sebarang kegiatan
berbentuk pendidikan khususnya pengajaran teori dan amali pendidikan Islam.
Peruntukan satu waktu amali dan dua waktu tambahan dalam Pendidikan Islam
KBSM seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya untuk meningkatkan penghayatan dan
pengamalan Islam pelajar di dalam surau sekolah (Jasmi et. al. 2010; Jasmi, 2011;
Ab. Halim et. al. 2012).
3
1.3 PERNYATAAN MASALAH
Keberkesanan institusi masjid pada zaman Rasulullah s.a.w. dalam menjayakan
agenda pendidikan Islam harus diteladani dan diimplementasikan dalam sistem
pendidikan hari ini melalui penekanan aspek praktikal dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam. Tambahan pula, Pendidikan Islam mempunyai
peruntukan satu waktu amali solat serta dua waktu tambahan bagi peringkat
menengah rendah dan satu waktu amali bagi peringkat menengah atas yang
seharusnya digunakan dengan sebaiknya untuk mengukuhkan penghayatan Islam
pelajar (Ab. Halim et. al. 2003).
Selain bilik darjah, surau merupakan bilik operasi Pendidikan Islam yang juga
dirujuk sebagai Makmal Pendidikan Rohani (Jasmi, 2011; Ab. Halim et. al. 2003) dan
Makmal Pendidikan Islam (Leenoh, 2009). Selain itu, bilik operasi Pendidikan Islam
juga dikenali dengan nama Bilik Khas Pendidikan Islam (Samsudin, 2011) dan Bilik
Pengajaran Mata Pelajaran Pendidikan Islam (Prestariang Technology, 2004). Walau
bagaimanapun, surau dilihat menjadi bilik operasi utama dan sering digunakan dalam
P&P Pendidikan Islam di sekolah menengah.
Kajian Ab. Halim et. al. (2003) mendapati bahawa seramai 95% pelajar
bersetuju bahawa surau sekolah telah memberikan kesan yang positif terhadap amal
ibadah mereka. Selain itu, 68.4% pelajar bersetuju bahawa surau telah membantu
aktiviti pembelajaran mereka. Surau sekolah yang tidak digunakan secara optimum
untuk pelaksanaan P&P Pendidikan Islam juga telah menyebabkan tanggapan yang
negatif dalam kalangan pelajar (Ab. Halim et. al, 2004). Dapatan kedua-dua kajian
tersebut menunjukkan bahawa surau sekolah mempunyai pengaruh yang besar dan
mampu menyumbang kepada pembelajaran pelajar. Persoalannya, adakah bilik
operasi Pendidikan Islam telah digunakan secara optimum bagi melaksanakan P&P
Pendidikan Islam khususnya yang bersifat praktikal?
Kajian Jasmi (2011) pula mendedahkan bahawa tahap penggunaan surau dari
aspek pendidikan berada pada tahap sederhana rendah. Para guru didapati tidak
menggunakan surau sekolah secara optimum walaupun prasarana P&P yang terdapat
4
di dalam surau sekolah berada pada tahap sederhana tinggi. Beliau mendapati hanya
15.5% pelajar bersetuju bahawa surau sekolah kerap digunakan sebagai pusat
pendidikan. Dapatan ini adalah jauh lebih rendah berbanding kajian yang diperolehi
oleh Ab. Halim et. al. (2003) yang mendapati bahawa 50.1% pelajar bersetuju bahawa
surau sekolah telah digunakan sepenuhnya untuk pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam. Hal ini jelas menimbulkan persoalan, apakah faktor yang
mempengaruhi penggunaan surau dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Islam?
Persepsi sesetengah pihak yang beranggapan bahawa surau sekolah berfungsi
sebagai pusat ibadah semata-mata harus diperbetulkan dan hal ini ditekankan oleh
Jasmi (2011). Beliau berpendapat bahawa surau mempunyai peranan yang lebih luas
merangkumi aspek ibadah dan pendidikan. Penggunaan surau tidak sewajarnya terhad
terhadap aktiviti ibadah dan program keagamaan tertentu sahaja, bahkan harus
meliputi proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam. Warga sekolah
khususnya guru pendidikan Islam harus menyedari hakikat ini agar surau sekolah
dapat digunakan secara optimum sebagai pusat pertarbiahan pelajar Islam.
Oleh itu, bilik operasi Pendidikan Islam wajar dimanfaatkan dengan sebaiknya
bagi menyatukan elemen teori dan amali agar ianya mampu memberikan kesan
terhadap pembelajaran pelajar. Kajian Airi (2003) mendapati bahawa para pelajar
berasa bosan mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di
dalam bilik darjah sehingga menyebabkan mereka kurang berminat untuk
mempelajari mata pelajaran Pendidikan Islam. Faktor persekitaran tempat belajar
yang hanya tertumpu di dalam bilik darjah boleh menjejaskan minat pelajar terhadap
mata pelajaran Pendidikan Islam. Oleh itu, isu ini wajar diberikan perhatian serius
kerana kehilangan rasa minat untuk memahami Islam bakal membantutkan usaha
melahirkan pelajar muslim yang bertakwa.
Berdasarkan analisis terhadap kajian berkaitan bilik operasi Pendidikan Islam
yang dijalankan (Ab. Halim et. al. 2003; Rosli, 2010; Jasmi, 2011), pengkaji
mendapati bahawa kajian mengenai bilik operasi Pendidikan Islam banyak tertumpu
kepada surau bagi meneliti penggunaan dan fungsinya di sekolah. Kajian-kajian
5
tersebut juga menggunakan metode yang sama, iaitu metode kuantitatif. Hal ini
membuktikan bahawa masih kurang kajian mendalam dan terperinci dilakukan untuk
memahami realiti penggunaan bilik operasi Pendidikan Islam. Oleh itu, pengkaji
berhasrat untuk menjalankan kajian terperinci bagi melihat penggunaan bilik operasi
Pendidikan Islam di Sekolah Menengah dengan menggunakan pendekatan kualitatif.
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini ingin mencapai objektif seperti berikut:
1. Mengkaji proses P&P di dalam bilik operasi Pendidikan Islam di Sekolah
Menengah.
2. Mengenalpasti ciri bilik operasi yang efektif untuk pelaksanaan P&P Pendidikan
Islam di Sekolah Menengah.
3. Meneroka faktor yang mempengaruhi penggunaan bilik operasi untuk pelaksanaan
P&P Pendidikan Islam di Sekolah Menengah.
1.5 SOALAN KAJIAN
Soalan kajian yang berbangkit dalam kajian ini ialah:
1. Bagaimana proses P&P di dalam bilik operasi Pendidikan Islam di Sekolah
Menengah?
2. Apakah ciri bilik operasi yang efektif untuk pelaksanaan P&P Pendidikan Islam di
Sekolah Menengah?
3. Apakah faktor yang mempengaruhi penggunaan bilik operasi untuk pelaksanaan
P&P Pendidikan Islam di Sekolah Menengah?
6
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN
Kemudahan bilik operasi Pendidikan Islam seperti surau sekolah sememangnya
disediakan untuk tujuan ibadah dan aktiviti keagamaan di sekolah di Malaysia. Walau
bagaimanapun, fungsi surau tidak seharusnya terhad kepada kegiatan tersebut kerana
proses P&P Pendidikan Islam turut melibatkan aspek praktikal. Oleh yang demikian,
proses P&P Pendidikan Islam juga harus dilaksanakan di dalam surau dan bilik
operasi yang lain agar penggunaannya dapat dioptimumkan seterusnya mampu
meningkatkan kefahaman pelajar. Walaupun kajian sebelum ini (Ab. Halim et. al.
2003; Rosli, 2010; Jasmi 2011) memfokuskan kepada fungsi dan penggunaan surau
tetapi kajian tersebut dijalankan secara kuantitatif. Oleh itu, pengkaji mengambil
pendekatan yang berbeza kerana proses penggunaan bilik operasi Pendidikan Islam
sewajarnya dikaji secara mendalam berdasarkan konteks sebenar yang berlaku dalam
sistem persekolahan. Antara kepentingan kajian ini dijalankan ialah:
1. Guru Pendidikan Islam akan dapat membuat refleksi dan memahami amalan
penggunaan bilik operasi dalam P&P Pendidikan Islam di beberapa buah sekolah
yang terpilih. Hasil daripada kajian ini dapat membantu mereka merangka strategi
pengajaran yang lebih berkesan bagi meningkatkan kualiti P&P di dalam bilik
operasi Pendidikan Islam.
2. Kajian ini juga dapat membantu pihak sekolah dalam merancang mekanisme yang
sesuai bagi meningkatkan penggunaan bilik operasi Pendidikan Islam dalam
kalangan guru bagi melaksanakan P&P. Hal ini melibatkan prasarana dan
kemudahan yang disediakan di dalam bilik operasi Pendidikan Islam di samping
aspek penyelarasan jadual Pendidikan Islam dengan mata pelajaran moral dan
sebagainya.
3. Membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan juga Jabatan
Pelajaran Negeri (JPN) untuk mengkaji semula polisi dan dasar berkaitan bilik
operasi Pendidikan Islam agar bilik ini dapat digunakan secara efektif seterusnya
memberi penekanan terhadap aspek praktikal dalam proses P&P Pendidikan
Islam.
7
4. Membantu pihak Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk menilai dan mengemas kini elemen praktikaliti dalam kurikulum
Pendidikan Islam agar penggunaan bilik operasi Pendidikan Islam mampu
dioptimumkan.
5. Kajian ini meneroka secara mendalam mengenai ciri bilik operasi Pendidikan
Islam yang efektif bagi pelaksanaan P&P Pendidikan Islam seterusnya
mengemukakan garis panduan yang boleh dijadikan rujukan oleh pentadbir
sekolah untuk meningkatkan kualiti bilik operasi Pendidikan Islam di sekolah
masing-masing dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Secara ringkas, kajian ini diharapkan mampu meningkatkan kefahaman
mengenai potensi bilik operasi Pendidikan Islam dalam meningkatkan penghayatan
Pendidikan Islam. Selain itu, inovasi penggunaan bilik operasi Pendidikan Islam juga
wajar diusahakan agar bilik operasi Pendidikan Islam mampu menyumbang secara
signifikan terhadap pembangunan insan pelajar yang kamil.
1.7 BATASAN KAJIAN
Kajian ini mengambil kira dan mempertimbangkan beberapa batasan bagi
memastikan kajian ini mempunyai tujuan dan fokus yang jelas. Antara batasan kajian
yang dimaksudkan ialah:
1. Kajian ini meneliti amalan pengajaran guru Pendidikan Islam yang melaksanakan
P&P Pendidikan Islam untuk tahap menengah rendah, iaitu tingkatan satu hingga
tingkatan tiga di dalam bilik operasi Pendidikan Islam. Oleh itu, guru Pendidikan
Islam yang mengajar tahap menengah atas tidak termasuk dalam kajian ini.
2. Kajian ini hanya dijalankan di dalam bilik operasi Pendidikan Islam yang terdapat
di sekolah menengah kebangsaan (SMK) yang terletak di daerah Johor Bahru,
Johor. Oleh itu, sekolah rendah, sekolah berasrama penuh (SBP), sekolah
8
menengah teknik (SMT), sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA), sekolah
menengah agama (SMA), dan sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) tidak
termasuk dalam kajian ini.
3. Kajian juga hanya dijalankan di SMK di daerah Johor Bahru, Johor dengan
menggunakan pemilihan secara persampelan bertujuan. Oleh itu, hasil kajian tidak
boleh digeneralisasikan ke sekolah lain yang tidak mempunyai ciri yang sama
seperti dalam kajian ini.
4. Kajian ini hanya dijalankan di sekolah menengah kebangsaan yang mempunyai
kemudahan bilik operasi seperti surau, bilik pendidikan Islam, dan sebagainya,
serta digunakan untuk melaksanakan P&P Pendidikan Islam.
Berdasarkan batasan kajian yang dikemukakan, dapatlah difahami bahawa
kajian ini dijalankan ke atas guru Pendidikan Islam yang melaksanakan P&P di dalam
bilik operasi Pendidikan Islam untuk tahap menengah rendah di sekolah SMK sekitar
daerah Johor Bahru, Johor.
1.8 DEFINISI OPERASIONAL
Kajian ini dijalankan berdasarkan kepada definisi operasional, iaitu surau sekolah,
pengajaran dan pembelajaran (P&P), dan Pendidikan Islam.
1.8.1 Bilik Operasi
Bilik operasi Pendidikan Islam merujuk kepada bilik atau ruangan yang digunakan
untuk sebarang aktiviti keagamaan dan P&P Pendidikan Islam. Surau merupakan bilik
operasi Pendidikan Islam yang utama dan turut dikenali sebagai Makmal Pendidikan
Rohani (Jasmi, 2011; Ab. Halim et. al. 2003) dan Makmal Pendidikan Islam (Leenoh,
2009). Selain itu, bilik operasi Pendidikan Islam juga dikenali dengan nama Bilik
9
Khas Pendidikan Islam (Samsudin, 2011) dan Bilik Pengajaran Mata Pelajaran
Pendidikan Islam (Prestariang Technology, 2004).
1.8.2 Pendidikan Islam
Menurut Encyclopedia of Islam (Campo, 2009) dan The Oxford Encyclopedia of the
Modern World (Esposito, 1995), pendidikan Islam membawa maksud suatu proses
pembentukan individu bersandarkan Islam. Al-Abrasyi (1976) mendefinisikan pendidikan
Islam sebagai proses mempersiapkan manusia supaya hidup dengan sempurna dan bahagia,
mencintai tanah air, tegap jasmaninya, sempurna akhlaknya, teratur pemikirannya,
halus perasaannya, mahir dalam pekerjaannya, dan baik tutur katanya. Manakala
Kamarul Azmi dan Ab. Halim (2007) pula manyatakan bahawa pendidikan Islam
merujuk kepada pendidikan rohaniah manusia selaku hamba Allah S.W.T. bagi
memancarkan kejernihan akhlak dan budi pekerti yang tinggi selain
memperkembangkan ilmu pengetahuan sebagai alat untuk memakmurkan insan atas
muka bumi.
Pendidikan Islam dalam kajian ini merujuk kepada mata pelajaran Pendidikan
Islam berdasarkan KBSM yang wajib diambil oleh semua pelajar Islam di Malaysia.
Semua kegiatan Pendidikan Islam seperti penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA),
ujian tilawah dan sebagainya turut termasuk dalam kajian ini. Oleh yang demikian,
pendidikan Islam dalam kajian ini tidak menggunakan maksud yang lebih luas
mencakupi pendidikan dalam pelbagai bidang seperti yang diutarakan oleh Amjad
Mahmud et. al. (2011).
1.9 PENUTUP
Bab ini telah membincangkan latar belakang kajian, pernyataan masalah dan beberapa
aspek penting berhubung kajian penggunaan bilik operasi Pendidikan Islam di sekolah
menengah sekitar negeri Johor. Fokus kajian juga dapat difahami melalui bab ini dan
diharapkan agar kajian ini mampu memberikan impak ke arah memperkasakan
peranan bilik operasi dalam sistem pendidikan di Malaysia.
10
BAB 2
TINJAUAN KEPUSTAKAAN
2.1 PENDAHULUAN
Bab ini membincangkan tentang aspek yang berkaitan dengan sistem pendidikan
Islam. Perbincangan merangkumi aspek definisi dan matlamat pendidikan Islam. Selain itu,
pengkaji mengupas tentang Pendidikan Islam di Malaysia, bilik operasi Pendidikan
Islam dan pembelajaran berasaskan pengalaman. Analisis terhadap kajian-kajian lepas
juga dilakukan untuk mengenalpasti ruang yang boleh ditampung oleh kajian ini.
2.2 PENDIDIKAN DALAM ISLAM
Secara umum, pendidikan dapat difahami sebagai suatu proses untuk membentuk
keperibadian manusia seterusnya menghasilkan generasi manusia Rabbani, iaitu
generasi yang beriman, berilmu, beramal, dan ikhlas dalam segala tindakan semata-
mata mengharapkan redha Allah. Firman Allah S.W.T.:
_ ` a b c d e f g h i j k
l m n o p q r s t u v w x y
z {
Maksud: Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan
kepadanya kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia
tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu menjadi
orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah
Allah". Tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi
11
orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah S.W.T. dengan
ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi
Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.”
(Surah Ali ‘Imran, 3:79)
Matlamat pendidikan dalam pembangunan manusia hanya boleh diketahui melalui
pengetahuan dan pemahaman terhadap al-Quran. Ilmu dan amal yang membezakan
sama ada seseorang manusia itu beriman atau sebaliknya. Firman Allah S.W.T.:
¸ ¹ º » ¼ ½ ¾ ¿ À Á Â ÃÄ Å Æ
Ç È É Ê Ë ÌÍ Î Ï Ð Ñ Ò
Maksud: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-
orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang
dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang
yang berakal sempurna.
(Surah al-Dhumar, 39:9)
Selain itu, Allah S.W.T. berfirman dalam ayat yang lain:
s t u vw x y z { |
Maksud: Dan misal-misal perbandingan yang demikian itu Kami
kemukakan kepada umat manusia, dan hanya orang-orang yang
berilmu yang dapat memahaminya.
(Surah al-‘Ankabut, 29: 43)
Ayat tersebut disokong lagi dengan firman-Nya:
¦ § ¨ © ª « ¬® ¯ ° ± ²
³ ´µ ¶ ¸ ¹ º »
Maksud: Dan demikian pula antara manusia dan binatang-binatang
yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis
dan warnanya? sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar
12
perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang
yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.
(Surah Fatir, 35:28)
Ilmu pengetahuan adalah ilmu yang mampu meninggikan martabat manusia
serta memberi input yang berkesan untuk membina kekuatan jiwa manusia. Kekuatan
jiwa berupaya mengawal keinginan hawa nafsu dan menghampirkan diri manusia
kepada Allah swt. Ilmu pengetahuan bukan sahaja menduduki hierarki terpenting
dalam pembangunan manusia dan pembinaan masyarakat secara keseluruhannya
malah menjadi pendorong kepada manusia untuk melaksanakan tugas sebagai
khalifah di muka bumi Allah (al-Syaibani, 1975; Hassan Langgulung, 1987).
2.2.1 Definisi Pendidikan Islam
Dalam Bahasa Arab, terdapat beberapa istilah yang sering digunakan bagi
menyatakan maksud pendidikan, iaitu ta’lim (ﻢﻴﻠﻌﺗ), tarbiyah (ﺔﻴﺑﺮﺗ) dan ta’dib (ﺐﻳدﺄﺗ)
(Amjad Hussain, 2004; Amjad Mahmud et. al. 2011). Ta’lim membawa maksud yang
agak sempit kerana lebih menumpukan kepada pengajaran (Hasan Langgulung,
1981). Tarbiyah pula agak luas maksudnya dan istilah inilah yang digunakan oleh
kebanyakan tokoh Pendidikan Islam (al-Nahlawy, 1979; al-Abrasyi, 1976; al-
Syaibani, 1975). Akar katanya ialah kalimah rabba (ﱠب ر ) atau (ﺎﱠﺑر) yang membawa
makna menjaga, mengasuh dan memberi makan (al-Attas, 1979). Kalimah tarbiyah
juga berasal daripada kalimah (ﻰَﺑْﺮَﻳ ،َﻰِﺑَر) yang bererti mendidik dan mengembang (al-
Nahlawy, 1979). Kalimah rabba ini disebut oleh al-Quran dalam surah al-Isra’
dengan makna mendidik dan ayat tersebut merupakan doa yang diajarkan oleh Allah
S.W.T. kepada manusia supaya mendoakan kedua ibu bapa mereka. Firman-Nya:
© ª « ¬ ® ¯ °
Maksud: Dan katalah (doakanlah untuk ibu bapa) “Wahai Tuhanku, cucurilah
rahmat ke atas mereka berdua (ibu bapa) sebagaimana mereka mencurahkan
kasih sayang mereka memelihara dan mendidikku semasa kecil."
(Surah al-Isra’, 17:23-24)
13
Jika dilihat secara umum, perkataan pendidikan sememangnya mempunyai
maksud yang sama dengan perkataan tarbiyah dalam Bahasa Arab. Walau
bagaimanapun, al-Attas (1979) tidak bersetuju perkataan pendidikan atau education
itu diterjemahkan dengan perkataan al-tarbiyah. Menurut beliau, tarbiyah atau rabba
itu sangat umum meliputi haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Beliau mencadangkan
perkataan ta’dib dipilih bagi menterjemahkan perkataan pendidikan. Hal ini demikian
kerana perkataan ta’dib lebih tepat bagi menerangkan konsep pendidikan kerana
ta’dib mempunyai hubungan yang jelas dan rapat antara pengetahuan dan adab.
Perkataan ta’dib itu sendiri bermaksud mengajar adab atau akhlak.
Ta’dib menggambarkan konsep pendidikan dalam Islam kerana istilah adab
merangkumi maksud ilmu dan amal sekaligus serta akhlak sebagai tujuan pengetahuan.
Kalimah ini melibatkan tindakan untuk mendisiplinkan jiwa dan pemikiran daripada
melakukan sebarang bentuk penyelewengan yang boleh membawa kepada kehilangan
kehormatan (al-Attas, 1980). Walaupun perkataan ta’dib kelihatan seperti perlakuan
zahir, namun perlakuan itu lahir kerana wujudnya terapan nilai dalam hati manusia.
Oleh itu, beliau mendefinisikan pendidikan menurut Islam sebagai satu proses
penitisan atau penanaman sesuatu ke dalam diri manusia (al-Attas, 1979).
Pengertian pendidikan dalam Islam sangat luas dan bersepadu, merangkumi
seluruh cara hidup manusia. Kurikulumnya datang daripada Allah dan mengandungi
pelbagai aspek seperti akidah, syariah, ibadah, akhlak, sains, teknologi, sosiologi,
politik, ekonomi dan sebagainya. Pendidikan Islam merangkumi kehidupan di dunia
dan di akhirat dalam satu disiplin yang lengkap (Syed Muhammad Qutb, 1992).
Dalam Islam, pendidikan tidak terhad kepada pendidikan formal sahaja, bahkan
merangkumi semua urusan manusia. Hal ini demikian kerana, pendidikan dalam Islam
bukan melibatkan latihan fizikal sahaja, tetapi merangkumi aspek spiritual dan intelek
(al-Abrasyi, 1976). Pendidikan Islam menurut El-Muhammady (1991) pula menekankan
beberapa konsep, iaitu pendidikan seumur hidup, pembangunan seluruh potensi manusia
secara padu, menyampaikan dua fungsi, iaitu sebagai hamba Allah dan khalifah Allah
serta memakmurkan seluruh alam atas dasar kesepaduan dan kesempurnaan iman yang
merangkumi ilmu serta amal soleh demi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
14
Walau bagaimanapun, pendidikan Islam sering dianggap sebagai pendidikan
agama atau mata pelajaran agama. Hal ini disanggah oleh Esposito (1995) yang
berpendapat bahawa pendidikan Islam merupakan suatu proses untuk membentuk
seseorang individu berdasarkan tasawur atau pandangan alam Islam. Oleh itu,
pendidikan Islam tidak seharusnya dilihat sebagai subjek agama seperti pengajian al-
Quran dan hadis semata-mata, malah meliputi pengajian sains dan sastera. Beliau
berpendapat bahawa sekiranya pendidikan Islam dianggap sebagai subjek agama,
maka pendidikan Islam hanya sebahagian kecil daripada komponen Pendidikan Islam.
Pandangan ini mempunyai perbezaan yang ketara dengan al-Nahlawy (1979) yang
secara jelas menyatakan bahawa pendidikan Islam merujuk kepada kurikulum
pendidikan agama di sekolah seperti al-Quran, Tauhid, Hadis, Fiqh dan Sirah. Oleh
itu, pendidikan Islam dilihat begitu sempit dan hanya terhad kepada persoalan agama
dan moral. Hal ini merupakan antara punca yang menyebabkan subjek atau mata
pelajaran yang lain dianggap tidak mempunyai kaitan dengan Islam, sedangkan maksud
pendidikan Islam itu merangkumi semua bidang ilmu (Amjad Mahmud et. al. 2011).
Berdasarkan definisi-definisi yang dibincangkan, dapatlah disimpulkan bahawa
pendidikan yang dikehendaki oleh Islam merujuk kepada pendidikan menyeluruh manusia
bagi memancarkan kejernihan akhlak dan budi pekerti yang tinggi dan ulung seterusnya
berupaya mentadbir bumi mengikut aturan Allah swt. Kesempurnaan seseorang insan
bukan sahaja merujuk kepada aspek rohani, jasmani, intelek, dan emosi sahaja, tetapi
juga meliputi aspek penghayatan terhadap Islam serta amanah sebagai hamba dan
khalifah Allah untuk melaksanakan amanah Allah S.W.T. di atas muka bumi ini.
2.2.2 Matlamat Pendidikan Islam
Islam sebagai agama yang syumul meletakkan matlamat pendidikan seperti yang
dijelaskan dalam al-Quran dan al-sunnah, iaitu membimbing seseorang muslim atau
masyarakat Islam untuk merealisasikan akidah, ibadah dan akhlak untuk mencapai
kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Oleh itu, seseorang individu muslim mesti
melalui proses pendidikan yang berterusan, bermula ketika dilahirkan dan berakhir
ketika mati untuk mencapai tahap pembangunan yang menyeluruh.
15
Menurut Abu al-‘Ainain (1988), tujuan pendidikan dalam Islam ialah melahirkan
muslim yang mampu melaksanakan tugasnya sebagai hamba untuk beribadah kepada
Allah S.W.T. (al-Dhariyat, 51:56) dan menjadi khalifah yang mentadbir alam (al-
Baqarah, 1:30). Dalam kata lain, pendidikan Islam memainkan peranan yang sangat
penting bagi melahirkan insan abid. Secara ringkas, pendidikan Islam bertujuan untuk
membentuk keperibadian muslim yang bersandarkan ajaran Islam (Zakiah, 1996).
El-Muhammady (1991) pula menyatakan bahawa Islam tidak meletakkan
matlamat pendidikan manusia untuk negara tetapi manusia untuk Allah. Oleh itu,
pendidikan Islam mempunyai matlamat untuk melahirkan insan yang baik atau insan
yang sempurna, iaitu insan yang mencakupi kualiti kemanusiaan yang sebenar dan
mencapai darjat takwa selari dengan firman Allah S.W.T.:
e f g h i j k l m n op q r
s t uv w x y z {
Maksud: Hai manusia, Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari
seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu
berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-
mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu
disisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu.
Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.
(Surah al-Hujurat, 49:13)
Menurut al-Attas (1979), matlamat utama pendidikan adalah memimpin
manusia untuk mengenali dan mengakui Penciptanya melalui ketaatan dan kepatuhan
terhadap perintah-Nya. Dengan kata lain, pendidikan dalam Islam bermatlamat untuk
menghasilkan insan yang baik, dengan mengembangkan semua potensinya yang
sesuai, memastikan diri menjadi hamba dan khalifah Allah S.W.T. yang melaksanakan
amanah memakmurkan bumi. Pendidikan juga bertujuan menghasilkan hamba yang
bertaqwa dan takut kepada Allah swt, iaitu hamba yang menjalinkan hubungannya
dengan Allah S.W.T. dan hubungan sesama manusia. Oleh itu, pada dasarnya
matlamat pendidikan meliputi aspek spiritual, moral, sosial, intelektual, dan fizikal.
16
Matlamat pendidikan dalam Islam juga membawa maksud sebagai ‘suatu
hasil’ atau ‘dapatan’ yang dikehendaki pada akhir sesuatu program direncanakan.
Sebelum sesuatu dasar atau sistem dikendalikan, matlamat perlu difikirkan terlebih
dahulu agar destinasi yang ingin dituju sampai kepada arahnya. Hal ini membezakan
pendidikan Islam dengan sistem pendidikan moden yang berteraskan kepada falsafah
hidup Barat (Ghazali, 2001). Perbincangan yang diutarakan sememangnya selari
dengan Matlamat Pendidikan Islam yang ditetapkan dalam sistem pendidikan di
Malaysia, iaitu:
Melahirkan Pelajar Muslim yang berilmu pengetahuan, beriman,
berketrampilan, beramal soleh, beradab dan berakhlak mulia berdasarkan
al-Quran dan sunnah sebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T. yang
bertakwa dan menyumbang kepada tamadun bangsa dan negara.
(KPM, 2002)
Matlamat ini sebenarnya gambaran ringkas terhadap semua matlamat yang
dibincangkan oleh tokoh Pendidikan Islam. Oleh itu, pendidikan Islam mempunyai
matlamat yang murni untuk melahirkan seorang insan yang soleh, berilmu, beriman,
dan berakhlak berlandaskan sumber al-Quran dan sunnah untuk hidup di dunia
dengan takwa serta mampu berdikari dalam menyumbang kepada kemajuan agama,
bangsa, dan negara.
2.3 PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA
Di Malaysia, pendidikan Islam adalah pelopor kepada semua sistem pendidikan yang
pernah wujud (Abdullah, 1995; Ahmad, 1997). Secara umumnya, terdapat tiga peringkat
perkembangan pendidikan Islam di Malaysia, iaitu sebelum merdeka, selepas
merdeka dan era 90-an hingga kini (Ab. Halim, 2000). Sistem pendidikan di Malaysia
sebelum perang dunia kedua (1941-1945) adalah bersifat plural, iaitu sekolah-sekolah
dibina khusus untuk kaum-kaum tertentu. Oleh itu, sekolah-sekolah tersebut terpisah
berdasarkan geografi dan taburan penduduk. Sebagai contoh, sekolah Melayu
didirikan di desa, sekolah Cina di bandar dan kawasan perlombongan, sekolah Tamil
di ladang-ladang getah manakala sekolah Inggeris di bandar. Di samping itu, tiada
17
suatu falsafah dan dasar pendidikan yang konkrit sehingga menyebabkan kurikulum
bagi kelima-lima jenis sekolah berbeza dan tidak seragam (Abdullah Sani, 2003).
Peperangan dunia kedua telah membawa sistem pendidikan ke dalam suatu era
baru. Maka sistem pendidikan plural yang memecah belahkan kaum telah diberi
perhatian. Laporan Barnes (1950) dan Laporan Fenn-Wu (1951) merupakan langkah-
langkah awal ke arah suatu sistem pendidikan kebangsaan di Negara ini. Setelah
Negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, batu asas kepada Dasar Pendidikan
Negara telah diletakkan seperti yang terkandung dalam Ordinan Pelajaran (1957) atau
lebih dikenali sebagai Penyata Razak (1957). Pembangunan pendidikan Negara
diteruskan melalui Penyata Rahman Talib (1960) yang diperakukan dalam Akta
Pelajaran (1961) (Ab. Halim, 2001).
Dalam konteks kajian ini, Pendidikan Islam dirujuk sebagai satu mata
pelajaran, bukan merujuk kepada definisi yang lebih luas, iaitu pendidikan menurut
Islam. Di Malaysia, mata pelajaran Pendidikan Islam merupakan satu mata pelajaran
teras dalam arus perdana Kurikulum Pendidikan Kebangsaan. Mata pelajaran tersebut
menjadi mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh semua murid yang beragama Islam.
Walau bagaimanapun, Ahmad (2002) menentang penggunaan nama ‘Pendidikan
Agama Islam’ di Indonesia kerana beliau menganggap bahawa pendidikan merupakan
kegiatan, bukan mata pelajaran. Oleh itu, beliau berpendapat bahawa nama ‘Pengajian
Agama Islam’ lebih tepat kerana nama ini merujuk kepada isi pengajaran. Namun,
perbahasan yang dibangkitkan oleh beliau lebih menjurus kepada aspek nama,
sedangkan inti kepada kedua-dua perkataan tersebut adalah sama.
Pelaksanaan Pendidikan Islam sebagai satu mata pelajaran dalam sistem
pendidikan kebangsaan adalah berdasarkan kepada perakuan yang terkandung dalam
Penyata Razak (1956), Penyata Rahman Talib (1960) dan Akta Pelajaran (1961).
Perakuan dalam penyata dan akta tersebut memperuntukkan agar mata pelajaran
Pendidikan Islam diajar di mana-mana sekolah yang berdaftar apabila terdapat
sekurang-kurangnya 15 orang pelajar yang beragama Islam (Abdullah et. al. 2005).
Namun begitu, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), seksyen 50 menetapkan bahawa
jika dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat lima orang atau lebih yang menganut
18
agama Islam, maka para pelajar itu hendaklah diberikan pengajaran agama Islam oleh
guru yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Pelajaran hendaklah dilaksanakan
selama tempoh sekurang-kurangnya dua jam seminggu dalam waktu pengajaran biasa
bagi sesebuah institusi pendidikan atau dalam waktu lain yang ditetapkan oleh
Menteri Pelajaran (Ab. Halim, 2001).
Pada peringkat awal, waktu pembelajaran pendidikan Islam telah diajar di luar
waktu persekolahan, iaitu di waktu petang. Pada tahun 1962, barulah mata pelajaran
Pendidikan Islam dimasukkan ke dalam jadual rasmi sekolah dengan peruntukan masa
120 minit seminggu (Abdullah, 1995; Mok Soon Sang, 2004). Walau bagaimanapun,
Pendidikan Islam mula menjadi mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh semua
pelajar Islam setelah Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar
Pelajaran 1979 (Ab. Halim, 2000).
Kurikulum bagi mata pelajaran pendidikan Islam pada awalnya hanya
dibentuk berdasarkan keperluan dan matlamat untuk memberikan pengetahuan agama
kepada para pelajar. Justeru, sukatannya lebih menumpukan kepada perkara asas atau
prinsip utama dalam ajaran Islam seperti Tauhid, Ibadah dan al-Quran (Abdullah,
1995). Pelaksanaannya juga lebih menjurus kepada penghayatan maklumat, bukan
penghayatan melalui amalan. Akibatnya, hasrat dan matlamat kurikulum Pendidikan
Islam tidak mencapai sasaran kerana para pelajar yang mempelajari agama Islam
cenderung untuk lulus sahaja dalam peperiksaan, bukannya mengaplikasikannya
dalam kehidupan seharian (Jasmi, 2011).
Oleh yang demikian, menyedari masalah yang wujud, maka satu jawatankuasa
Mengkaji Mata Pelajaran Agama Islam di sekolah telah dibentuk dan hasil kajian
tersebut telah diterbitkan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar
Pelajaran 1979 (1984) melalui Perkara 129 yang menyatakan bahawa:
Mutu pengajaran dan pembelajaran Pengetahuan Agama Islam di
sekolah-sekolah sekarang ini belum mencapai satu peringkat yang
diharapkan, keadaan ini timbul kerana kebanyakan guru-guru agama ini
tidak mempunyai kelayakan ikhtisas yang diperlukan. Di samping itu, mereka
juga telah tidak mendapat bimbingan dan penyeliaan yang sewajarnya.
19
Selain itu, Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran 1979
(1984) juga menyebut perkara 348.3 seperti berikut:
Pendidikan Agama Islam seperti yang dijalankan pada masa ini
kurang menitikberatkan aspek-aspek amali sebagaimana yang
dijangka dan dikehendaki.
Petikan laporan tersebut jelas memperlihatkan senario pendidikan Islam pada
ketika itu yang dilihat belum mencapai tahap yang sepatutnya dan kurang
menekankan aspek praktikal. Hal ini telah membawa kepada penggubalan kurikulum
yang bersepadu agar mata pelajaran Pendidikan Islam dapat memainkan peranan
membina insan kamil yang berpengetahuan dan menghayati ilmu yang diperolehi
(Abd. Rauf, 1990). Oleh yang demikian, pendidikan Islam telah diperkasakan melalui
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang memberikan tumpuan
terhadap penghayatan dan amalan Islam dalam kehidupan. Perkara ini boleh diteliti
melalui Falsafah Pendidikan Islam yang dinyatakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia (2000) seperti berikut:
Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan
ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan al-
Sunnah, bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan
hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk
membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar, dan negara ke arah
mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
Pernyataan falsafah tersebut jelas memfokuskan usaha ke arah melahirkan
generasi muslim yang seimbang dan berpegang teguh kepada ajaran Islam dan
seterusnya menyumbang kepada diri, masyarakat sekitarnya, dan negara ke arah
mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
2.4 BILIK OPERASI PENDIDIKAN ISLAM
Bilik operasi Pendidikan Islam merujuk kepada bilik atau ruangan yang digunakan
untuk sebarang aktiviti berkaitan Pendidikan Islam. Surau merupakan bilik operasi
Pendidikan Islam yang utama dan turut dikenali sebagai Makmal Pendidikan Rohani
20
(Jasmi, 2011; Ab. Halim et. al. 2003) dan Makmal Pendidikan Islam (Leenoh, 2009).
Selain itu, bilik operasi Pendidikan Islam juga dikenali dengan nama Bilik Khas
Pendidikan Islam (Samsudin, 2011) dan Bilik Pengajaran Mata Pelajaran Pendidikan
Islam (Prestariang Technology, 2004).
Dalam sistem pendidikan di Malaysia, surau merupakan kemudahan yang
disediakan di sekolah sebagai tempat untuk pelajar menunaikan solat fardu selain
menjalani proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Surau yang terdapat di sekolah
boleh didefinisikan sebagai suatu tempat beribadah khususnya solat serta pusat
kegiatan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti amali yang berkaitan dengan pendidikan
Islam (KPM, 1988). Pada tahun 1998, Kementerian Pelajaran Malaysia mentakrifkan
semula surau sebagai satu bangunan yang terpisah daripada bilik darjah dan terletak di
dalam kawasan sekolah, digunakan untuk menunaikan solat serta menjalankan
kegiatan pendidikan Islam oleh seluruh warga sekolah.
Semua pentadbir sekolah perlu menyediakan tempat beribadah khususnya
untuk solat sekiranya jumlah pelajar Islam di sesebuah sekolah mencapai jumlah 15
orang atau lebih. Hal ini adalah berdasarkan Pekeliling KPM bertarikh 9 September
1976 (Bil.9A/1976) yang menggariskan bahawa:
1. Bagi membolehkan para pelajar Islam menunaikan solat serta melakukan amali ketika
proses P&P, semua pentadbir sekolah rendah dan menengah bantuan penuh yang
berkenaan, atas budi bicaranya dan tanpa melibatkan kewangan daripada KPM, diminta
berikhtiar memperuntukkan suatu tempat yang sesuai untuk dijadikan tempat solat
serta menyediakan kemudahan berkaitan dengannya. Tempat solat ini boleh diubahsuai dari
bilik tertentu sama ada bilik darjah, dewan atau bangunan khas yang dirasakan sesuai.
2. Sekiranya sekolah itu berhampiran dengan masjid atau surau, pentadbiran sekolah berkenaan
bolehlah berunding dengan pihak berkuasa masjid atau surau untuk mendapatkan
kebenaran agar pelajar sekolah boleh menggunakannya untuk menunaikan solat.
3. Sejauh mana yang boleh dipraktikkan, amali solat bagi pelajar sekolah rendah
hendaklah diatur agar semua pelajar berkenaan benar-benar mahir mendirikan ibadah
21
solat. Manakala bagi pelajar sekolah menengah yang tidak berkesempatan untuk
menunaikan solat di rumah, digalakkan menunaikannya di tempat yang disediakan.
Berdasarkan pekeliling tersebut, semua pentadbir sekolah perlu mencari dana
dan sumber kewangan sendiri untuk membiayai kos pembinaan musolla atau surau di
sekolah dengan bantuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kerana tiada
peruntukan khas dari KPM untuk pembinaan pusat ibadah tersebut (Jasmi, 2011).
Walaupun tiada peruntukan khusus untuk membiayai pembinaan surau sekolah,
namun kerjasama bersepadu antara pihak sekolah dengan PIBG serta sokongan
daripada masyarakat luar, akhirnya berjaya menjayakan pembangunan surau yang
kondusif di sekolah (Ab. Halim et. al. 2003).
Prasarana fizikal sesebuah surau sekolah amat penting bagi memastikan proses
P&P dapat dilaksanakan seterusnya mengukuhkan penghayatan agama dalam
kalangan pelajar (Ab. Halim et. al. 2003; Jasmi, 2011). Bani Hidayat et. al. (2010)
menyatakan bahawa persekitaran surau yang kondusif akan menjamin keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Oleh yang demikian,
kemudahan fizikal surau perlu dilengkapkan dengan secukupnya bagi menjamin
keselesaan pelajar dan memudahkan guru untuk mengajar.
Pada tahun 1989, BPI telah mengusulkan cadangan garis panduan pembinaan
surau Sekolah Menengah Agama dan Sekolah Berasrama Penuh. Seterusnya, pada
tahun 1998, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengeluarkan satu Pekeliling
Ikhtisas Bil 14/1998 berhubung garis panduan pembinaan surau bagi semua sekolah
rendah dan menengah. Namun, pihak sekolah telah diberi kelonggaran untuk membina
atau mengubahsuai bilik solat atau surau berdasarkan kebenaran dan kelulusan dari
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). (Ab. Halim et. al. 2003; Bani Hidayat et. al. 2010).
Selain itu, Bani Hidayat et. al. (2010) turut menekankan elemen ergonomik
bagi sesebuah surau. Menurut beliau, kedudukan bangunan, sistem pengudaraan,
pencahayaan serta peralatan perabot lain yang terdapat di dalam surau sekolah perlu
diberi penekanan bagi memastikan keselesaan dan pelaksanaan P&P di dalam surau
sekolah dapat mencapai objektifnya. Ciri-ciri tersebut tidak sewajarnya diabaikan
22
kerana ciri tersebut memberi kesan terhadap motivasi pelajar untuk mengikuti proses
P&P yang dijalankan oleh guru Pendidikan Islam di dalam surau sekolah.
Menurut Ab. Halim et. al. (2003), surau sekolah biasanya digunakan sebagai
tempat latihan amali mengenai ibadah seperti mengambil wuduk, solat, mandi mayat,
bersuci dan ibadah fardu yang lain. Selain itu, surau turut digunakan untuk
menjalankan aktiviti seperti syarahan, ceramah mahupun kuliah agama berkaitan
dengan hari kebesaran dalam Islam. Namun, Jasmi et. al. (2010) berpandangan
bahawa surau sekolah seharusnya diperluaskan penggunaannya merangkumi aktiviti
perbincangan untuk mengulangkaji pelajaran dalam kalangan pelajar. Bahan bacaan
yang sesuai juga harus disediakan dan ditempatkan di satu ruangan atau rak khusus
supaya boleh dijadikan rujukan kepada para pelajar. Beliau juga menyarankan agar
suasana yang harmoni dan keadaan fizikal yag selesa di dalam surau sekolah
sewajarnya dimanfaatkan oleh guru Pendidikan Islam untuk menjalankan aktiviti
amali atau berkumpulan bagi merangsang minat dan motivasi pelajar.
Tidak dapat dinafikan bahawa, penggunaan surau dalam P&P Pendidikan
Islam lebih menonjol kerana majoriti sekolah menengah di Malaysia mempunyai
kemudahan surau. Oleh itu, surau cenderung dijadikan bilik operasi untuk
melaksanakan P&P Pendidikan Islam berbanding bilik operasi lain seperti Bilik Khas
Pendidikan Islam (Samsudin, 2011) dan Bilik Pengajaran Mata Pelajaran Pendidikan
Islam (Prestariang Technology, 2004). Tambahan pula, bilik operasi yang lain dibina
berdasarkan inisiatif pihak sekolah masing-masing tanpa wujudnya garis panduan
khusus yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
2.5 PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN
Penggunaan bilik operasi dalam P&P Pendidikan Islam berkait rapat dengan aspek
praktikal atau amali. Pendidikan Islam bukan sekadar menekankan aspek teori tetapi
juga merangkumi aspek praktikal bagi memastikan para pelajar dapat menghayati dan
mengamalkan Islam dalam kehidupan. Terma yang digunakan untuk menggambarkan
23
pembelajaran melalui pengalaman cukup luas tetapi perbincangannya merujuk kepada
perkara yang sama, iaitu pembelajaran berasaskan pengalaman (Robert et. al 2010).
Teori pembelajaran berasaskan pengalaman atau Experiential Learning
Theory merupakan salah satu teori yang cukup terkenal dan menjadi kunci untuk
membincangkan mengenai pembelajaran melalui pengalaman. Berdasarkan teori ini,
pembelajaran dianggap sebagai suatu proses dimana ilmu dibentuk melalui
transformasi pengalaman (Kolb, 1984). Teori tersebut boleh difahami melalui rajah 1:
Rajah 1 Teori Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Kolb (1984)
Pengajaran berasaskan pengalaman (PBP) memaparkan dua mod untuk
memahami pengalaman, iaitu, pengalaman konkrit dan konseptualisasi abstrak, serta
dua mod transformasi pengalaman, iaitu pemerhatian reflektif dan eksperimentasi
aktif. Teori ini menekankan proses pembinaan ilmu pengetahuan yang melibatkan
kreativiti pada keempat-empat mod pembelajaran yang menghasilkan kitaran
mengalami, merefleksi, berfikir dan bertindak (Kolb, 1984; Kolb & Kolb, 2005).
Secara ringkas, pembelajaran berasaskan pengalaman (PBP) merujuk kepada
keadaan di mana pelajar diberi peluang untuk memperolehi dan mengaplikasikan
ilmu, kemahiran dan perasaan dalam situasi yang realistik atau bersesuaian dengan
Pengalaman
Konkrit (1)
Konseptualisasi
Abstrak (3)
Eksperimentasi
Aktif (4)
Pemerhatian
Reflektif (2)
24
tajuk pembelajaran yang dilalui. Konsep pembelajaran ini melibatkan pengalaman
sebenar dengan fenomena yang dikaji, bukan hanya berfikir tentang fenomena
tersebut atau memikirkan cara bagaimana untuk mengalaminya. Pendekatan ini
merupakan suatu usaha untuk meningkatkan elemen praktikal berbanding teori dalam
pengajaran dan pembelajaran (Hussain et. al. 2008; Mahmoud & Zoltan, 2009).
Oleh itu, dalam membicarakan mengenai penghayatan Islam, para pelajar
sewajarnya diberikan peluang secara langsung untuk mempraktikkan apa yang
dipelajari mengenai pendidikan Islam. Bilik operasi Pendidikan Islam mampu berperanan
sebagai wasilah bagi mewujudkan pengalaman sebenar dalam kehidupan mereka.
Proses P&P pendidikan Islam yang dilaksanakan di dalam bilik operasi Pendidikan
Islam bukan hanya menyediakan suasana yang kondusif bahkan membuka ruang kepada
guru dan pelajar untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang pelbagai dan seterusnya
memberikan pengalaman secara realistik khususnya dalam bab ibadah melalui pelaksanaan
secara praktikal (Jasmi, 2011). Oleh itu, penggunaan bilik operasi dalam P&P
Pendididikan Islam harus diperkasakan bagi mencapai usaha ke arah melahirkan modal
insan yang benar-benar holistik dan mempunyai penghayatan Islam yang tinggi.
2.6 SOROTAN KAJIAN LEPAS
Secara amnya, boleh disimpulkan bahawa tidak ramai penyelidik di Malaysia yang
menjalankan kajian mengenai bilik operasi Pendidikan Islam. Senario ini memberikan
gambaran bahawa perbincangan mengenai bilik operasi Pendidikan Islam kurang
diberi perhatian dan masih banyak ruang yang boleh diteroka bagi mendalami topik
ini. Antara kajian awal mengenai bilik operasi Pendidikan Islam dijalankan oleh Ab.
Halim et. al. (2003) yang menjalankan kajian bertajuk Fungsi surau dan
keberkesanannya dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Kajian ini
melibatkan seramai 523 orang pelajar dari beberapa buah sekolah menengah di negeri
Selangor. Hasil kajian yang diperolehi mendapati bahawa 80.1% pelajar mengatakan
bahawa mereka seronok menjalani P&P di dalam surau sementara 68.4% pelajar
bersetuju bahawa surau telah membantu pelajar dalam aktiviti pembelajaran. Selain
itu, 95.0% pelajar berpendapat bahawa surau sekolah memberikan sumbangan yang
25
positif dalam meningkatkan amal ibadah mereka. Dapatan yang diperolehi
menunjukkan bahawa surau sekolah memberikan kesan yang positif terhadap
pembelajaran pelajar. Dapatan Ab. Halim et. al. (2003) juga menunjukkan bahawa
hanya 50.1% pelajar bersetuju bahawa surau sekolah digunakan sepenuhnya untuk
tujuan P&P. Hal ini menunjukkan bahawa walaupun P&P di dalam surau sekolah
mampu menarik minat palajar, namun guru Pendidikan Islam didapati tidak
menggunakan kemudahan surau secara optimum sebagai pusat P&P.
Selain itu, Anisah (2008) melalui kajiannya mengenai Keberkesanan Modul
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Berasaskan Masjid di SMKA Sultan
Muhammad Melaka telah mendapati bahawa modul tersebut berjaya meningkatkan
pencapaian pelajar sekaligus meningkatkan minat pelajar terhadap guru dan mata
pelajaran Pendidikan Islam. Selain itu, perubahan tempat belajar selain bilik darjah
menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif kepada guru dan pelajar. Aktiviti
yang dijalankan melalui pelaksanaan modul tersebut didapati mendatangkan
keseronokan untuk belajar seterusnya memudahkan pelajar untuk memahami
pelajaran dengan mudah. Selain itu, modul tersebut telah mewujudkan suasana
pembelajaran yang lebih ceria, menggalakkan penyertaan lebih ramai pelajar dan turut
meningkatkan interaksi dalam kalangan pelajar di samping menjana pemikiran kreatif.
Kajian dengan konsep yang sama dijalankan oleh Abd. Shukor (2008) di
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang Selangor pula mendapati bahawa P&P
Pendidikan Islam yang dilaksanakan di dalam masjid berjaya meningkatkan pencapaian
pelajar sekaligus manambah minat dan motivasi pelajar untuk mempelajari
pendidikan Islam. Hasil kajian juga mendapati bahawa para pelajar memberikan
perhatian dan tumpuan terhadap aktiviti berbentuk praktikal yang dilaksanakan oleh
guru Pendidikan Islam kerana menarik dan menyeronokkan. Hal ini berbeza dengan
aktiviti yang dilaksanakan di dalam bilik darjah yang kurang melibatkan pelajar dan
peluang untuk mereka mempraktikkan apa yang dipelajari adalah terhad.
Begitu juga dengan hasil kajian yang dijalankan oleh Mohd Azman (2008)
melalui kajian yang sama turut mendapati bahawa aktiviti pembelajaran di luar bilik
darjah meningkatkan pencapaian pelajar. Aktiviti yang dilaksanakan di masjid lebih
26
efektif kerana pelajar mempraktikkan terus pelajaran yang telah dipelajari seperti adab
masuk dan keluar masjid serta kaifiat mendirikan solat tahiyah al-masjid. Modul
pengajaran dan pembelajaran berasaskan masjid telah menjadikan pembelajaran lebih
berkesan dan dapati diingati oleh pelajar dalam tempoh yang panjang. Oleh itu, dapat
disimpulkan bahawa proses P&P pendidikan Islam yang dilaksanakan di dalam surau
atau masjid mempunyai potensi yang besar dan mampu menyumbang secara
signifikan terhadap pembelajaran pelajar.
Sementara itu, Rosli (2010) pula menjalankan kajian terhadap enam buah
sekolah menengah kebangsaan di daerah Pasir Mas, Kelantan. Beliau mendapati
bahawa seramai 162 orang pelajar (68.4%) bersetuju bahawa surau sekolah digunakan
sepenuhnya dalam proses P&P Pendidikan Islam. Dari aspek analisis inferensi pula,
hasil kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang
signifikan antara min pelajar lelaki dengan min pelajar perempuan mengenai fungsi
surau dan keberkesanannya dalam P&P Pendidikan Islam (P=0.966, p>0.05). Hal ini
menunjukkan bahawa persepsi bagi kedua-dua kumpulan pelajar berdasarkan jantina
adalah sama terhadap fungsi surau dan keberkesanannya di mana min pelajar lelaki
ialah 3.89 manakala min pelajar perempuan ialah 4.01. Hasil kajian beliau juga
mendapati seramai 216 orang pelajar (86.4%) bersetuju bahawa surau berperanan
untuk meningkatkan amal fardhu mereka. Dapatan ini membuktikan bahawa
pelaksanaan aktiviti di dalam surau sekolah sama ada ibadah atau pendidikan telah
memberikan kesan terhadap amal ibadah pelajar.
Jasmi Amin (2011) pula telah menjalankan kajian bagi mengenalpasti kualiti
prasarana P&P pendidikan Islam di dalam surau sekolah. Kajian tersebut melibatkan
400 orang pelajar tingkatan empat di 12 buah sekolah menengah kebangsaan di
daerah Melaka Tengah, Melaka. Secara keseluruhannya, analisis data menunjukkan
kualiti prasarana P&P di dalam surau-surau Sekolah Menengah Kebangsaan daerah
Melaka Tengah berada pada tahap sederhana tinggi. Begitu juga dengan tahap minat
pelajar untuk mengikuti proses P&P Pendidikan Islam di dalam surau sekolah turut
mencapai tahap sederhana tinggi. Namun, hasil kajian mendapati tahap penggunaan
surau sekolah dari aspek ibadah dan pendidikan berada pada tahap sederhana rendah.
Selain itu, hasil kajian yang diperolehi menunjukkan terdapat hubungan yang
27
signifikan antara kualiti prasarana P&P dengan minat pelajar untuk mengikuti proses
P&P Pendidikan Islam di dalam surau sekolah. Tahap penggunaan surau sekolah dari
aspek ibadah dan pendidikan juga didapati mempunyai hubungan yang signifikan
dengan minat pelajar untuk menjalani proses P&P di dalam surau sekolah.
2.7 PENUTUP
Bab ini telah menghuraikan tinjauan kepustakaan tentang pendidikan dalam Islam,
Pendidikan Islam di Malaysia, bilik operasi Pendidikan Islam, serta pembelajaran
berasaskan pengalaman. Selain itu, kajian-kajian lepas telah dikupas secara ringkas
untuk memberikan gambaran mengenai realiti kajian terkini yang dijalankan
mengenai bilik operasi Pendidikan Islam. Hasil perbincangan menunjukkan bahawa
masih kurang kajian yang dijalankan mengenai bilik operasi Pendidikan Islam
khususnya dengan menggunakan metode kualitatif.
28
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 PENDAHULUAN
Allah S.W.T. menyeru manusia untuk membuat penyelidikan, meneroka hikmah dan
menyingkap kekuasaan-Nya melalui setiap kejadian dan peristiwa yang berlaku.
Sebagai contoh, firman Allah S.W.T.:
z { | } ~ ¡ ¢ £ ¤ ¥ ¦ § ¨
© ª « ¬ ® ¯ ° ± ² ³
Maksud: Dan apakah mereka tidak memperhatikan kerajaan langit
dan bumi dan segala sesuatu yang diciptakan Allah, dan kemungkinan
telah dekatnya kebinasaan mereka? Maka kepada berita manakah lagi
mereka akan beriman sesudah al-Quran?
(Surah al-‘Araf, 7:185)
Allah S.W.T. juga berfirman dengan nada yang sama dalam surah al-Toriq
(86:5-7), surah al-Ghasyiah (88:17-20), surah al-Nahl (16:18), surah al-Ankabut
(29:20) dan surah ar-Rum (30:50). Ayat-ayat tersebut telah memberikan isyarat yang
jelas bahawa setiap sesuatu yang diciptakan oleh Allah S.W.T. mengandungi pelbagai
ilmu dan hikmah yang harus diteliti dan dikaji secara mendalam bagi meningkatkan
iman dan takwa kepada-Nya. Secara umumnya, bab ini akan membincangkan tentang
metodologi kajian merangkumi aspek reka bentuk kajian, sampel kajian, lokasi kajian,
kaedah pengumpulan data, proses penganalisisan data serta kesahan dan
kebolehpercayaan.
29
3.2 REKA BENTUK KAJIAN
Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes pelbagai lapangan atau multicase atau
multisite studies (Merriam, 1998) seperti yang digunakan oleh Kamarul Azmi (2010)
dalam kajiannya. Namun, beberapa pengubahsuaian dilakukan agar menepati konteks
kajian yang dijalankan. Pemilihan kajian kes dilihat mampu menghasilkan kesimpulan
yang analitikal dan jauh lebih baik berbanding kajian satu kes (Yin, 2009).
Kajian kes merupakan kaedah penyelidikan yang digunakan dalam pelbagai
bidang seperti psikologi, sosiologi, antropologi, perniagaan, pendidikan, kejururawatan,
kerja sosial, sains politik, dan perancangan komuniti (Yin, 2009). Hal ini berikutan
wujudnya keperluan yang tinggi untuk memahami fenomena sosial yang kompleks.
Menurut Yin (2009), kajian kes boleh didefinisikan sebagai:
A case study is an empirical inquiry that investigates a contemporary
phenomenon in depth and within its real-life context, especially when the
boundaries between phenomenon and context are not clearly evident.
(Yin, 2009:13)
Definisi tersebut lebih menekankan kepada proses kajian kes kerana kajian ini
melibatkan proses untuk memahami fenomena yang benar-benar berlaku secara mendalam selari
dengan konteks situasi yang dikaji. Walaupun, kajian kes dikategorikan sebagai kajian
kualitatif namun sesetengah kajian kes juga mencampurkan data kualitatif dan kuantitatif.
Kajian ini lebih bersifat penerokaan kerana masih belum wujud suatu model
penggunaan bilik operasi untuk pelaksanaan P&P Pendidikan Islam. Kajian ini juga
melibatkan beberapa lokasi yang berbeza kerana menurut Merriam (1998), semakin
banyak kes yang dimasukkan dalam kajian, semakin banyak kemungkinan untuk
membuat tafsiran yang menarik. Walau bagaimanapun, sekiranya fenomena yang dikaji
tidak bersempadan secara intrinsik, maka ia tidak dikira sebagai kes. Antara langkah
yang dicadangkan oleh Merriam (1998) bagi menilai persempadanan adalah seperti berikut:
One technique for assessing the boundedness of the topic is to ask how
finite the data collection would be, that is, whether there is a limit to
the number of people involved who could be interviewed or a finite
30
amount of time for observations. If there is no end, actually or
theoretically, to the number of people who could be interviewed or to
observations that could be conducted, then the phenomenon is not
bounded enough to qualify as a case.
(Merriam, 1998:27-28)
Peranan pengkaji yang berfungsi sebagai instrumen utama dalam proses
pengumpulan dan penganalisisan data membolehkan sesuatu fenomena atau situasi difahami
secara menyeluruh (Holliday, 2007; Hennink et. al. 2011). Walau bagaimanapun,
kemahiran asas sebagai pengkaji kajian kes harus dititikberatkan agar objektif kajian
dapat dicapai. Antara kemahiran yang harus dimiliki menurut Yin (2009) ialah:
1. Mampu bertanya soalan yang baik dan menginterpretasi jawapannya.
2. Pendengar yang baik dan tidak terperangkap dengan ideologi sendiri.
3. Boleh mengadaptasi dan fleksibel agar situasi baru yang dihadapi dapat dilihat
sebagai peluang, bukan ancaman.
4. Mempunyai kefahaman yang jelas terhadap isu yang dikaji.
5. Tidak berat sebelah terhadap tanggapan terdahulu termasuk yang berasal daripada
teori.
Pengkaji menggabungkan tiga kaedah pengumpulan data dalam kajian ini, ,
iaitu temu bual mendalam, pemerhatian dan analisis dokumen (Patton, 1990;
Merriam, 1998; Cohen & Morrison, 2000). Data utama diperolehi melalui kaedah
temu bual dan disokong oleh kaedah pemerhatian dan kaedah analisis dokumen. Nota
lapangan dan diari juga digunakan untuk memperkukuhkan ketiga-tiga data tersebut.
Pengkaji akan meneroka secara menyeluruh dan mendalam penggunaan bilik operasi
Pendidikan Islam dalam P&P. Di samping itu, pengkaji akan meneroka ciri-ciri bilik
operasi Pendidikan Islam yang efektif untuk pelaksanaan P&P Pendidikan Islam
seterusnya mengkaji faktor yang mempengaruhi penggunaan surau untuk
melaksanakan P&P Pendidikan Islam. Penggabungan ketiga-tiga kaedah ini turut
digunakan sebelum ini oleh Kamarul Azmi (2010) dalam kajian kes bidang
Pendidikan Islam. Data yang diperolehi kemudiannya dianalisis secara deskriptif
untuk menghasilkan tema yang membentuk pola. Pola yang wujud akan membawa
kepada penemuan baru yang boleh diketengahkan sebagai model.
31
3.3 SAMPEL KAJIAN
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan persampelan bertujuan (purposive sampling)
seperti yang dicadangkan oleh Merriam (1998) dan Creswell (2003), iaitu dengan
mengenalpasti kelompok responden yang mewakili populasi yang hendak dikaji dan
menjadikan semua individu dalam kelompok tersebut sebagai sampel. Oleh itu,
pengkaji telah membuat pemilihan sampel berdasarkan langkah berikut:
1. Mengenal pasti sekolah menengah kebangsaan (SMK) di sekitar daerah Johor Bahru
yang mempunyai kemudahan bilik operasi Pendidikan Islam. Tiada jumlah khusus
dalam menentukan sampel sesuatu kajian kes kerana menurut Merriam (1998) kajian
kualitatif lebih menekankan kepada ciri-ciri amalan atau fenomena yang berlaku.
2. Pengkaji memilih seorang guru Pendidikan Islam (GPI) mewakili setiap sekolah untuk
ditemu bual bagi mengumpulkan data kualitatif. Guru Pendidikan Islam yang
dimaksudkan mestilah paling kerap melaksanakan P&P di dalam bilik operasi Pendidikan
Islam dalam sesi persekolahan dan mengajar pelajar peringkat menengah rendah.
3.4 LOKASI KAJIAN
Pemilihan lokasi kajian dibuat setelah mengambilkira objektif kajian. Kajian ini
melibatkan sekolah menengah kebangsaan di sekitar daerah Johor Bahru, Johor yang
mempunyai kemudahan bilik operasi Pendidikan Islam. Pemilihan sekolah adalah
berdasarkan pemilihan surau sekolah yang menepati kriteria untuk dikaji. Pengkaji
menetapkan bahawa sekolah tersebut mestilah mempunyai:
1. Bilik operasi Pendidikan Islam yang digunakan untuk melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran.
2. GPI yang melaksanakan P&P bagi peringkat menengah rendah di dalam bilik operasi
Pendidikan Islam. GPI yang hanya mengajar peringkat menengah atas dan tidak
menggunakan bilik operasi Pendidikan Islam tidak termasuk dalam kajian ini.
32
3. GPI juga mestilah mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam. GPI yang mengajar
mata pelajaran Tasawwur Islam, Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, serta Syariah
Islamiyah tidak termasuk dalam kajian ini.
Kajian ini melibatkan kaedah temu bual sebagai alat kajian utama yang
disokong oleh data pemerhatian, dan analisis dokumen. Bentuk temu bual pula adalah
separa berstruktur dan hanya melibatkan GPI. Selain itu, kajian ini terhad dalam
tempoh sesi persekolahan dan melibatkan aktiviti di dalam kawasan sekolah sahaja.
3.5 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA
Pengumpulan data dalam kajian kes ini dilaksanakan dalam tiga bentuk, iaitu temu bual,
pemerhatian dan analisis dokumen (Merriam, 1998; Yin, 2009; Richards, 2009; Hennink
et. al. 2011). Penggunaan ketiga-tiga kaedah ini merupakan salah satu bentuk triangulasi
data kualitatif. Data temu bual merupakan data utama kajian ini, manakala data
pemerhatian dan analisis dokumen merupakan data sokongan bagi mengukuhkan dan
membuktikan lagi kebenaran data temu bual yang dijalankan. Oleh kerana data temu
bual berfungsi sebagai data utama, maka data ini boleh berdiri sendiri untuk diambil
kira dalam pembinaan tema dalam kajian kualitatif. Sebaliknya bagi data pemerhatian
dan analisis dokumen, data ini tidak diambil kira dalam pembinaan tema kajian ini
melainkan setelah disandarkan dengan data temu bual (Kamarul Azmi, 2010).
3.5.1 Prosedur Temu Bual
Data temu bual dalam kajian ini merupakan data kualitatif yang utama. Temu bual
melibatkan GPI yang menggunakan bilik operasi Pendidikan Islam untuk melaksanakan
P&P. Temu bual dimulakan dengan bertanyakan latar belakang GPI diikuti dengan
amalan pengajaran GPI di dalam bilik operasi Pendidikan Islam, ciri bilik operasi
Pendidikan Islam yang efektif untuk P&P dan disusuli dengan pertanyaan tentang
faktor yang mempengaruhi penggunaan bilik operasi Pendidikan Islam dalam P&P.
33
Temu bual dengan semua responden kajian dimulakan dengan membuat temu
janji bagi menentukan tarikh, masa dan tempat. Sebelum temu bual dijalankan,
pengkaji terlebih dahulu menjelaskan tentang tujuan temu bual, jangka masa dan
memohon kebenaran untuk merakamkan temu bual. Pada peringkat awal, pengkaji
menjelaskan kepada peserta kajian bahawa setiap temu bual yang dilakukan hanya
untuk tujuan kajian dan akan dirahsiakan. Pengkaji juga menggunakan teknik probing
(mencungkil) seperti yang digunakan oleh Kamarul Azmi (2010) untuk mendapatkan
maklumat lanjut mengenai sesuati perkara atau persoalan.
Setiap kali sesi temu bual, pengkaji akan mendengar semula rakaman temu bual
dan membuat transkripsi menggunakan perisian Ekspress Scribe Versi 4.18 agar temu bual
tersebut boleh ditranskripkan dengan betul. Salinan transkrip temu bual juga diberikan
kepada peserta kajian untuk tujuan semakan dan membuat pengesahan sama ada mereka
mahu membetulkan atau menyunting mana-mana bahagian dalam temu bual tersebut.
Setelah selesai, pengkaji mendapatkan pengakuan dan tandatangan daripada peserta kajian
seterusnya membuat pembetulan bagi melangkapkan teks tersebut.
3.5.2 Prosedur Pemerhatian
Kaedah pemerhatian membolehkan penyelidik memerhatikan tingkah laku subjek
kajian secara langsung dan mengelak kesilapan tanggapan dalam membuat tafsiran
dan kesimpulan. Selain itu, isu yang dikaji juga boleh diteroka secara mendalam dan
berkemungkinan pengkaji mendapat maklumat di luar jangkaan (Ahmad Sunawari,
2009). Antara ciri pemerhatian yang baik ialah:
1. Pemerhatian dilakukan secara terancang dan sistematik.
2. Pemerhatian dilakukan secara menyeluruh.
3. Pemerhati bersikap objektif dan mengenepikan pandangan yang bias.
4. Pemerhati mampu mengasingkan antara fakta dan tafsiran.
5. Pemerhatian selalu diuji dan perbandingan antara data dilakukan.
6. Pemerhatian direkodkans secara teliti dan professional.
7. Pemerhatian diulang sekirannya terdapat keraguan atau data kurang tepat.
34
Pengkaji memilih pemerhatian secara tidak turut serta dalam kajian ini bagi
menyokong kaedah temu bual (Yin, 2009; Holliday, 2007; Hennink et. al. 2011).
Oleh itu, pengkaji tidak melibatkan diri secara langsung ketika mengumpulkan data
daripada mereka di samping mencatat pada nota lapangan. Data yang diperolehi
daripada pemerhatian ini sangat penting kerana pemerhatian dibuat dalam konteks
keadaan yang semulajadi atau natural. Justeru, kaedah pemerhatian ini amat sesuai
untuk menyokong data temu bual.
3.5.3 Prosedur Analisis Dokumen
Selain pemerhatian, kaedah analisis dokumen juga digunakan bagi menyokong dan
membuktikan kebenaran data temu bual. Hal ini bagi memastikan data yang diperolehi
daripada para peserta kajian adalah tepat. Dokumen yang dianalisis juga berfungsi sebagai
data sokongan yang boleh membantu pengkaji memahami dan mendapatkan maklumat
yang tidak ditemui dalam temu bual dan data pemerhatian. Dokumen merujuk kepada apa
sahaja bahan bertulis yang mengandungi maklumat mengenai sesuatu perkara atau
maklumat mengenai sesuatu fenomena. Data dokumen boleh didapati daripada pelbagai
sumber antaranya dokumen rasmi seperti surat, minit mesyuarat, laporan bertulis atau
dokumen peribadi (Merriam, 1998; Yin, 2009). Hasil dapatan yang diperolehi melalui
analisis dokumen memainkan peranan yang sangat penting dalam proses membanding
beza antara data dan seterusnya memberikan gambaran yang lebih terperinci terhadap
aspek yang dikaji.
3.6 PROSEDUR PENGANALISISAN DATA
Proses penganalisisan data dalam kajian ini melibatkan tiga jenis data, iaitu data temu
bual, data pemerhatian, dan data analisis dokumen. Penganalisisan data bagi kajian
kualitatif ini mengikuti sebahagian langkah yang dilakukan oleh Kamarul Azmi
(2010). Data dianalisis dengan teliti dan secara berperingkat kerana data diperolehi
daripada pelbagai sumber, kaya, dan tidak tersusun. Data dibersihkan dan difahami
terlebih dahulu disusuli dengan proses pengekodan dan pembinaan tema
menggunakan perisian N’Vivo versi 7.0.
35
Selain itu, pengkaji juga meletakkan rujukan asal fakta - ‘GPIS1 2012:250’
seperti yang digunakan oleh Kamarul Azmi (2010). ‘GPIS1’ membawa maksud bahawa
data ini diperolehi daripada temu bual dengan guru Pendididikan Islam Sekolah 1.
Tahun ‘2012’ pula merujuk kepada tahun temu bual itu diadakan dan teks temu bual
disiapkan. Seterusnya, ‘:250’ merujuk kepada baris ayat pertama sesuatu data diambil
daripada teks temu bual GPIS1. Akhir sekali, pengkaji merumuskan pola dapatan kajian
dalam bentuk rajah sebagai satu rumusan bagi setiap dapatan bagi setiap objektif kajian.
3.7 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN
Dalam kajian ini, pengkaji menitikberatkan aspek kesahan dan kebolehpercayaan.
Antara langkah yang diambil ialah triangulasi, pengesahan responden terhadap data
temu bual serta laporan nota lapangan dan diari.
3.7.1 Triangulasi
Selanjutnya, bagi mengukuhkan kebolehpercayaan dan kesahan kajian yang dilakukan,
penyelidik menggunakan teknik triangulasi. Triangulasi merupakan satu prosedur
kesahan yang dilaksanakan oleh penyelidik menggunakan pelbagai sumber maklumat
yang berbeza untuk membentuk tema atau kategori dalam sesuatu kajian. Terdapat
beberapa jenis triangulasi yang biasa digunakan antaranya ialah triangulasi data,
triangulasi penyelidik, triangulasi teori, triangulasi metode dan triangulasi persekitaran
(Patton, 1990; Stake, 1995; Neuman, 2003).
Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kaedah triangulasi data yang melibatkan
data daripada sumber yang berbeza, iaitu data temu bual, data pemerhatian, dan data
analisis dokumen. Penggunaan teknik triangulasi jenis ini bertujuan untuk mendapatkan
kefahaman yang lebih menyeluruh terhadap fenomena yang dikaji. Seterusnya data
kajian yang telah diperolehi dikumpul dan dianalisis secara kes demi kes sehingga
fakta menjadi tepu (Strauss dan Corbin, 2008; Merriam, 1998; Yin, 2009). Seperti
yang dimaklumi, data temu bual ini juga disokong oleh data pemerhatian dan data
36
analisis dokumen. Oleh itu, pengkaji berusaha untuk melaksanakan sebanyak mungkin
pemerhatian dan menganalisis dokumen penting yang dapat membantu dalam
memberikan gambaran yang lebih menyeluruh mengenai perkara yang dikaji.
3.7.2 Nota Lapangan dan Diari
Pengumpulan data yang teratur dan tersusun mempengaruhi dapatan kajian yang
diperolehi. Oleh itu, nota lapangan merupakan alat yang memainkan peranan penting dan
menjadi bukti kepada proses pengumpulan data. Nota lapangan ini haruslah disokong
oleh diari yang dicatatkan oleh pengkaji sepanjang tempoh kajian di lapangan. Hal ini
merangkumi temu janji yang dilakukan, pemerhatian, dan pengumpulan dokumen.
Langkah ini mampu meningkatkan kebolehpercayaan kajian (Strauss & Corbin, 2008;
Holliday, 2007; Richards, 2009). Bagi memastikan nota lapangan dapat disempurnakan
dengan baik, pengkaji menggunakan buku nota bagi mencatatkan perjalanan kajian
semasa berada di setiap sekolah. Seterusnya, laporan lengkap disediakan berdasarkan
catatan dalam nota lapangan tersebut.
3.7.3 Pengesahan Responden Terhadap Data Temu bual
Kesahan dan kebolehpercayaan terhadap data juga dapat ditingkatkan melalui
pengakuan dan tandantangan terhadap data yang diperolehi daripada temu bual dengan
responden kajian (Patton, 1990; Stake, 1995; Neuman, 2003). Setiap kali temu bual
dijalankan, pengkaji akan memohon keizinan terlebih dahulu daripada peserta kajian
untuk membuat rakaman temu bual dalam bentuk rakaman suara dan rakaman video.
Rakaman video tersebut akan berfungsi sebagai sokongan kepada rakaman suara.
Selain itu, rakaman video juga memainkan peranan sangat penting dalam
mempamerkan ekspresi para peserta kajian, justeru pengkaji akan dapat memahami
dengan tepat segala respon dan jawapan yang diberikan oleh mereka.
Seterusnya, rakaman tersebut akan ditranskripkan dalam bentuk teks dan teks
yang telah disiapkan akan diserahkan kepada peserta kajian untuk disemak sama ada
37
memerlukan pembetulan, terdapat penambahan atau pengurangan fakta. Setelah
peserta kajian menyemak, memberikan pengakuan dan tandatangan, maka pengkaji
akan meneliti semula transkrip tersebut untuk membuat pembetulan dan kemudiannya
melengkapkan teks temu bual.
3.8 PENUTUP
Bab ini membahaskan secara menyeluruh aspek metodologi yang digunakan dalam
kajian ini dari segi reka bentuk kajian, persampelan kajian, lokasi kajian, prosedur
pengumpulan data, prosedur penganalisisan data, serta kesahan dan
kebolehpercayaan. Metodologi kajian yang dibincangkan merupakan satu siri
prosedur lengkap yang menggambarkan secara keseluruhan perjalanan kajian ini.
38
BAB 4
ANALISIS DAPATAN KAJIAN
4.1 PENDAHULUAN
Bab ini membincangkan tentang dapatan kajian yang diperolehi melalui temu bual,
pemerhatian dan analisis dokumen. Dapatan kajian dianalisis berdasarkan persoalan
kajian yang memfokuskan terhadap aspek P&P Pendidikan Islam, ciri-ciri bilik operasi
Pendidikan Islam dan faktor yang mempengaruhi penggunaan bilik operasi
Pendidikan Islam.
4.2 DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian ini menyentuh kepada beberapa perkara, iaitu pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik operasi Pendidikan Islam, ciri bilik operasi Pendidikan
Islam yang efektif untuk P&P, dan faktor penggunaan bilik operasi Pendidikan Islam.
4.2.1 Pengajaran dan Pembelajaran di dalam bilik Operasi Pendidikan Islam
Dapatan kajian mengenai P&P merangkumi beberapa elemen utama, iaitu
perancangan P&P, set induksi, kaedah P&P, penggunaan BBM, pengurusan disiplin
pelajar dan penilaian P&P.
39
Jadual 1 Perancangan P&P di dalam bilik Operasi Pendidikan Islam
Tema Kod GS1 GS2 GS3
Mengikut tahap pengetahuan - X X Objektif
Merujuk sukatan pelajaran X X -
Mengikut tahap pengetahuan - X X Aktiviti Pembelajaran
Lebih berpusatkan pelajar X - -
Mengikut tahap pengetahuan X X X Kaedah Pengajaran
Mengikut bahagian X - -
Mengikut tahap pengetahuan - X X
Mengikut kesesuaian tajuk X - -
Mengikut minat pelajar X - -
Bahan Bantu Mengajar
Mengikut perkembangan teknologi X - -
Petunjuk: GS1 – Guru Sekolah 1, GS2 – Guru Sekolah 2, GS3 – Guru Sekolah 3
Dari segi perancangan P&P di dalam bilik Operasi, guru Pendidikan Islam
mengambilkira perancangan objektif, aktiviti pembelajaran, kaedah pengajaran dan
bahan bantu mengajar yang digunakan. Tahap pengetahuan pelajar merupakan
perkara yang sangat diberi perhatian dalam merancang aspek-aspek tersebut. Sebagai
contoh:
Tengok kepada pelajar juga... tengok kepada tahap pengetahuan dia...
sebab ada pelajar yang arasnya... ada yang bagus, ada yang ok.
(GS1, 2012: 104)
Kemudian, apabila kita sudah dapat apa yang kita hendak ajar, jadi
saya akan tengoklah... ok, kelas ini kelas budak pandai ke, sederhana ke
atau budak yang paling belakang. Ok, dari situ saya tentukan objektifnya.
(GS2, 2012: 60)
Jadual 2 Set Induksi di dalam bilik Operasi Pendidikan Islam
Tema Kod GS1 GS2 GS3
Menayangkan power point X X X
Menunjukkan bahan realia X X X
Menayangkan video X X -
Set Induksi
Melakukan soal jawab X X -
Petunjuk: GS1 – Guru Sekolah 1, GS2 – Guru Sekolah 2, GS3 – Guru Sekolah 3
Antara set induksi yang kerap digunakan oleh guru Pendidikan Islam di S1-S3
ialah menayangkan power point dan menunjukkan bahan realia. Namun, GS1 dan
40
GS2 turut menayangkan video dan melaksanakan sesi soal jawab sebagai set induksi.
Sebagai contoh:
Aa... saya memang banyak menggunakan soalan. Lebih memudahkan...
Lagipun masa kita tidak terlalu panjang, jadi dengan soal jawab lebih
cepat ataupun kadang-kadang saya akan mulakan dengan video...
video... Ok, LCD...guna video... kadang-kadang saya menggunakan
barangan yang berkaitan.
(GS2, 2012:105)
Jadual 3 Kaedah Pengajaran di dalam bilik Operasi Pendidikan Islam
Tema Kod GS1 GS2 GS3
Amali X X X
Tayangan power point X X X
Perbincangan kumpulan X X X
Tunjuk cara X X X
Pembentangan pelajar X X X
Kuliah X X X
Tayangan video X X -
Soal Jawab X X -
Latih Tubi - X X
Permainan X - -
Lakonan X - -
Talaqqi X - -
Pertandingan X - -
Kaedah Pengajaran
Tadarus X - -
Petunjuk: GS1 – Guru Sekolah 1, GS2 – Guru Sekolah 2, GS3 – Guru Sekolah 3
Berdasarkan jadual 3, kaedah amali merupakan kaedah pengajaran yang paling
kerap digunakan oleh guru Pendidikan Islam ketika sesi P&P di S1-S3. Kaedah
tersebut diikuti oleh kaedah tayangan power point, perbincangan kumpulan, tunjuk
cara, pembentangan pelajar dan kuliah atau syarahan. Sebagai contoh:
Aa... amali untuk P&P memang kita gunakan... sebab kita memang
ada kemudahan, alhamdulillah.
(GS3, 2012:109)
Perbincangan... bahagi kumpulan, kita buat di sini... terus bagi kertas
mahjung ataupun bagi tajuk... bahagi-bahagikan, buat dalam slide
power point… kemudian kita boleh bentangkan.
(GS2, 2012:154)
41
Selain itu, guru Pendidikan Islam di S1 dan S2 juga menayangkan video dan
melaksanakan sesi soal jawab. Terdapat juga beberapa kaedah yang digunakan oleh
GS1 semasa menjalankan P&P di dalam bilik operasi namun ianya tidak dilaksanakan
di S2 dan S3. Antaranya ialah kaedah permainan, lakonan, talaqqi, pertandingan dan
tadarus. Menurut GS1:
Lakonan, budak yang kena buat sendiri... contoh, tajuk saling
bekerjasama... dia kena lakonkan macamana saling bekerjasama tu.
Sebab kita hendak tengok dia faham ke tidak... situasi itu macamana...
Jadi, dia buat macam-macam lakonanlah. Dia jadi gurulah…kan
sekarang ada macam-macam watak...semua diaplikasikan.
(GS1, 2012:280)
Jadual 4 menunjukkan realiti pengunaan bahan bantu mengajar dalam
kalangan guru Pendidikan Islam di S1-S3. Bahan bantu mengajar yang sering
digunakan ketika P&P Pendidikan Islam di dalam bilik operasi ialah LCD projektor,
bahan realia, carta dan komputer riba. Walau bagaimanapun, BBM seperti buku teks
dan poster juga digunakan oleh GS1 dan GS2 dalam P&P. Sebagai contoh:
Bahan bantu mengajar... aa... saya tak pilih yang terlalu banyak.
Terutamanya dari segi buku teks dan buku rujukan, itu mesti...
memang wajibla. Ketiganya, saya banyak menggunakan power point.
(GS2, 2012: 78)
Jadual 4 Penggunaan BBM di dalam bilik Operasi Pendidikan Islam
Tema Kod GS1 GS2 GS3
LCD projektor X X X
Bahan realia X X X
Carta X X X
Laptop X X X
Buku teks X X -
Poster X X -
Buku modul - X X
Penggunaan BBM
Gambar X - -
Petunjuk: GS1 – Guru Sekolah 1, GS2 – Guru Sekolah 2, GS3 – Guru Sekolah 3
Pengurusan disiplin pelajar ditekankan oleh guru Pendidikan Islam di S1-S3
Sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 5. Guru memberikan nasihat dan
menekankan adab untuk memastikan P&P berjalan dengan lancar. Selain itu, terdapat
42
beberapa kaedah lain yang digunakan seperti memberikan markah (GS1),
membersihkan kelas dan menyoal pelajar (GS2) serta membina hubungan erat (GS3).
Menurut GS1:
Kalau saya, saya akan cakap, nasihat... dan salah satu kaedah, kaedah
pemberian markah. Pemberian markah maksudnya, kalau kumpulan
ok, beri kerjasama, senyap... kita akan bagi extra mark lah.
(GS1, 2012: 166)
Jadual 5 Pengurusan Disiplin Pelajar di dalam bilik Operasi Pendidikan Islam
Tema Kod GS1 GS2 GS3
Memberikan nasihat X - X
Menekankan adab X - X
Mengawal pelajar ketika melakukan aktiviti X X -
Memberikan markah X - -
Membersihkan kelas - X -
Membina hubungan erat - - X
Pengurusan Disiplin
Menyoal pelajar - X -
Petunjuk: GS1 – Guru Sekolah 1, GS2 – Guru Sekolah 2, GS3 – Guru Sekolah 3
Seterusnya, penilaian P&P yang dilaksanakan oleh guru Pendidikan Islam berbentuk
soal jawab dan juga ujian atau latihan sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 6.
Penyoalan dibuat untuk dijawab secara berseorangan atau beramai-ramai. Kertas
soalan diedarkan kepada pelajar untuk dijawab pada akhir P&P untuk menilai
kefahaman pelajar. Selain itu, GS1 merupakan satu-satunya guru Pendidikan Islam
yang melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kerana beliau mengajar
pelajar tingkatan satu.
Jadual 6 Penilaian P&P di dalam bilik Operasi Pendidikan Islam
Tema Kod GS1 GS2 GS3
Menyoal seorang X X X Soal Jawab
Menyoal beramai-ramai X X X
Kertas soalan/edaran X X X Ujian/latihan
Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) X - -
Petunjuk: GS1 – Guru Sekolah 1, GS2 – Guru Sekolah 2, GS3 – Guru Sekolah 3
43
4.2.2 Ciri Bilik Operasi Pendidikan Islam Yang Efektif Untuk P&P
Dapatan kajian menggambarkan bahawa kemudahan fizikal dan kemudahan BBM
yang terdapat di dalam bilik operasi pendidikan Islam merupakan antara elemen asas
yang harus dititikberatkan bagi memastikan keberkesanan penggunaan Bilik Operasi
Pendidikan Islam untuk pelaksanaan P&P.
Jadual 7 Kemudahan Bilik Operasi Pendidikan Islam
Tema Kod GS1 GS2 GS3
Almari X X X
Kipas X X X
Lampu X X X
Meja/Rehal X X X
Langsir X X X
Kemudahan Fizikal
PA system - - X
LCD projektor X X X
Komputer riba X X X
Carta X X X
OHP - X X
Buku rujukan - X X
Buku modul - X X
Poster X X -
Kemudahan BBM
Bahan bersuci X X -
Petunjuk: GS1 – Guru Sekolah 1, GS2 – Guru Sekolah 2, GS3 – Guru Sekolah 3
Antara kemudahan fizikal yang terdapat di dalam bilik operasi S1, S2 dan S3
ialah almari, kipas, lampu, meja atau rehal dan langsir. Walau bagaimanapun, hanya
bilik operasi di S3 mempunyai kelengkapan PA system berbanding dengan bilik
operasi di sekolah lain. Seterusnya, kemudahan BBM yang terdapat di S1, S2 dan S3
pula terdiri daripada LCD projektor, komputer riba dan carta. Sebagai contoh, hal ini
dijelaskan oleh GS3:
Power point... LCD projektor dengan laptop... PA system dan
juga..aa... kita ada carta-carta sebenarnya... macam bunting.
(GS3, 2012: 183)
Selain itu, S2 dan S3 juga mempunyai kelengkapan OHP, buku rujukan dan
buku modul yang disimpan di dalam bilik operasi sekolah masing-masing. Poster dan
44
bahan bersuci pula hanya terdapat di S1 dan S2 sahaja. Hal ini dijelaskan melalui
kenyataan berikut:
…contohnya macam buku-buku kan, buku-buku rujukan, latihan...
yang itu pun kita simpan di dalam surau sebahagian, sebahagian lagi
di dalam bilik guru.
(GS3, 2012: 224)
…kemudahan yang terdapat dalam bilik ini seperti LCD... OHP yang
ada...aa... board, poster-poster yang berkaitan juga dapat membantu
ketika kita mengajar.
(GS2, 2012: 173)
Secara keseluruhannya, semua sekolah mempunyai kemudahan fizikal asas di
samping kemudahan BBM yang disimpan di dalam bilik operasi Pendidikan Islam.
4.2.3 Faktor Penggunaan Bilik Operasi Pendidikan Islam
Secara umumnya, terdapat dua faktor utama yang mempengaruhi penggunaan bilik
operasi Pendidikan Islam, iaitu, faktor dorongan dan faktor halangan. Kajian
mendapati bahawa enam faktor telah mendorong guru Pendidikan Islam untuk
menggunakan bilik operasi bagi menjalankan P&P. Faktor–faktor ini terdiri daripada
BBM, pelajar, guru, pentadbir, keperluan P&P dan rakan guru.
Jadual 8 Faktor Dorongan Penggunaan Bilik Operasi Pendidikan Islam
Tema Kod GS1 GS2 GS3
LCD projektor X X X
Laptop X X X
Carta X X X
Poster X X -
OHP - X X
Bahan Bantu Mengajar
Bahan bersuci X - -
Pelajar lebih suka X X X
Pelajar lebih selesa X X X
Pelajar lebih mudah beraktiviti X X X
Pelajar
Pelajar lebih berminat X - -
Memudahkan guru mengajar X X X Guru
Memudahkan guru memantau pelajar X - X
Pentadbir Memberikan galakan X - X
45
Memberikan peruntukan - X X
Pertindihan waktu X X X Keperluan P&P
Kekurangan kelas - X X
Sumbangan peralatan - - X Rakan Guru
Sumbangan tenaga - - X
Petunjuk: GS1 – Guru Sekolah 1, GS2 – Guru Sekolah 2, GS3 – Guru Sekolah 3
Antara faktor utama yang mendorong penggunaan bilik operasi Pendidikan
Islam di S1-S3 ialah bahan bantu mengajar (BBM). Bilik operasi yang dilengkapi
dengan BBM seperti LCD projektor, komputer riba, carta, poster dan OHP
membolehkan guru Pendidikan Islam menggunakannya ketika P&P. Selain itu, sikap
pelajar yang lebih suka, selesa dan berminat untuk belajar di dalam bilik operasi juga
menjadi salah satu faktor penggunaan bilik operasi. Sebagai contoh:
...saya rasa pelajar lebih suka dan lebih berminat belajar dalam surau
sebab mereka tidak terkongkong sangat...selesalah. (GS1, 2012: 344)
Seterusnya, guru juga memainkan peranan penting dan mendorong kepada
penggunaan bilik operasi Pendidikan Islam. Guru Pendidikan Islam di S1-S3
beranggapan bahawa bilik operasi Pendidikan Islam memudahkan guru mengajar.
Namun, terdapat juga guru yang berpendapat bahawa penggunaannya memudahkan
proses pemantauan para pelajar. Sebagai contoh:
Pendidikan Islam berkongsi masa dengan Pendidikan Moral, Bahasa
Cina dan Bahasa Tamil. Jadi, penggunaan kelas itu terhad. Jadi...bilik
agama ini memudahkan guru-guru agama dan pelajar Islam.
(GS2, 2012: 171)
Pentadbir turut memberikan galakan di samping peruntukan kewangan kepada
guru Pendidikan Islam agar bilik operasi sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
Sokongan pentadbir sangat ketara dilihat di S3. Menurut GS3:
Contohlah, GPK kan... bila dia tengok rehal... dia pernah tengok-
tengok tempat simpan rehal di belah sana. Dia tengok, katanya...
"Ustazah, tambah lagi rehal, macam tidak cukup untuk pelajar
guna"...aa... itu contohlah. Maksudnya, memang ada galakan.
(GS3, 2012: 375)
46
Bilik operasi Pendidikan Islam merupakan lokasi penting yang menjadi
keperluan untuk melaksanakan P&P Pendidikan Islam. Hal ini demikian kerana
pertindihan waktu dengan subjek lain dan masalah kekurangan kelas menyebabkan
guru menggunakan bilik operasi Pendidikan Islam di sekolah masing-masing sebagai
alternatif. Hal ini dijelaskan oleh GS2:
..bilik darjah yang sedia ada, kadang-kadang digunakan oleh guru
mata pelajaran lain. Pendidikan Islam ini berkongsi masa dengan
Pendidikan Moral, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Jadi, penggunaan
kelas itu terhad.
(GS2, 2012: 170)
Selain itu, rakan-rakan guru Pendidikan Islam khususnya di S3 turut
membantu dalam memastikan bilik operasi dapat digunakan secara optimum. Rakan-
rakan GS3 membantu dari segi tenaga dan juga kewangan secara sukarela.
Walau bagaimanapun, guru Pendidikan Islam terpaksa berdepan dengan
beberapa faktor yang menghalang penggunaan bilik operasi dalam P&P Pendidikan
Islam. Halangan yang dihadapi sedikit sebanyak menjejaskan keberkesanan P&P di
dalam bilik tersebut.
Jadual 9 Faktor Halangan Penggunaan Bilik Operasi Pendidikan Islam
Tema Kod G1 G2 G3
Kawasan terhad X X X
Kekurangan BBM X X X
Ketiadaan dinding pembahagi - X X
Kekurangan almari/rak - X X
Halangan
Ketiadaan tempat wudhuk X - -
Petunjuk: GS1 – Guru Sekolah 1, GS2 – Guru Sekolah 2, GS3 – Guru Sekolah 3
Halangan utama yang dihadapi oleh guru Pendidikan Islam di S1-S3 ialah
kawasan yang terhad dan kekurangan BBM di dalam bilik operasi Pendidikan Islam.
Hal ini digambarkan seperti berikut:
…BBM perlu ditambah lagi terutamanya bahan untuk amali bahagian
ibadah. Sebab kalau kita ada bahan-bahan itu… cukup bahan itu...
47
pelajar akan lebih faham. Dia nampak, dia buat, dia faham dan dia
boleh aplikasikan dalam kehidupan seharian.
(GS1, 2012: 410)
Selain itu, guru di S2 dan S3 juga menghadapi masalah ketiadaan dinding
pembahagi sehingga menyebabkan tumpuan pelajar terganggu apabila lebih daripada
satu sesi P&P dijalankan. Almari atau rak untuk menyimpan BBM juga tidak
mencukupi. Menurut GS2:
Kalau ikut dalam ini, tempatnya tidak begitu teratur dan tidak lengkap.
Tidak cukup almari untuk kita simpan bahan bantu mengajar.
Kebanyakannya kita simpan sendiri.
(GS2, 2012: 225)
Berdasarkan keseluruhan dapatan kajian, dapat disimpulkan bahawa
penggunaan bilik operasi Pendidikan Islam dilihat mempunyai beberapa persamaan
dengan penggunaan kelas atau bilik darjah. Selain itu, masih terdapat faktor yang
menghalang penggunaan bilik operasi secara optimum bagi meningkatkan
penghayatan Islam pelajar. Hal ini memberikan gambaran bahawa bilik operasi
Pendidikan Islam masih tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk pelaksanaan
P&P, sedangkan bilik operasi sangat berpotensi untuk mengukuhkan ilmu dan
kefahaman agama pelajar.
4.3 PENUTUP
Bab ini telah membincangkan analisis dapatan kajian yang melibatkan proses P&P di
dalam bilik operasi Pendidikan Islam meliputi aspek perancangan, pelaksanaan dan
penilaian. Selain itu, ciri utama bilik operasi Pendidikan Islam bagi pelaksanaan P&P
juga dikupas melalui perbahasan elemen kemudahan fizikal dan kemudahan BBM.
Seterusnya, faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan bilik operasi Pendidikan
Islam dalam P&P dibincangkan.
48
BAB 5
PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN
5.1 PENDAHULUAN
Fokus perbincangan dalam bab ini ditumpukan kepada perbahasan aspek P&P di dalam
bilik operasi Pendidikan Islam, ciri-ciri bilik operasi yang efektif untuk pelaksanaan
P&P Pendidikan Islam dan juga faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan bilik
operasi dalam P&P Pendidikan Islam. Berdasarkan kupasan, pengkaji mengutarakan
implikasi serta cadangan bagi meningkatkan penggunaan bilik operasi Pendidikan Islam
dalam P&P di sekolah menengah. Beberapa cadangan kajian lanjutan juga dikemukakan
agar aspek atau perspektif lain juga dapat diteroka pada masa akan datang.
5.2 PERBINCANGAN
Berdasarkan hasil kajian, didapati bahawa bilik operasi Pendidikan Islam digunakan
sebagai lokasi utama untuk pelaksanaan P&P. Bahkan, penggunaannya mempunyai
persamaan dengan bilik darjah dari segi perancangan, pelaksanaan dan penilaian P&P.
Kaedah pengajaran yang pelbagai juga membuktikan bahawa guru sedaya upaya
menarik minat pelajar untuk belajar di dalam bilik operasi di samping aktiviti
pembelajaran yang mempunyai kaitan secara langsung dengan topik yang diajar.
Sebagai contoh, kaedah amali dilihat sangat ketara di semua sekolah dan kaedah
tersebut dianggap sebagai tunjang kepada penekanan aspek praktikal dalam P&P
Pendidikan Islam. Pelajar bukan sahaja didedahkan dengan teori tetapi diberi peluang
untuk mengaplikasikannya agar sebati dalam diri dan mampu diamalkan dalam
kehidupan seharian sebagai seorang muslim.
49
Dari segi BBM, penggunaan teknologi juga diberi tumpuan kerana rata-rata
guru menayangkan power point dan juga video ketika pelaksanaan P&P Pendidikan
Islam di dalam bilik operasi. Walau bagaimanapun, BBM lain seperti gambar dan
bahan realia tidak diabaikan. Hal ini memberi gambaran bahawa guru berusaha
memanfaatkan pelbagai jenis BBM selagi ianya mampu memberi kefahaman kepada
pelajar. Pengurusan disiplin pelajar juga dilihat teratur kerana guru sering memberi
nasihat dan menekankan tentang adab khususnya guru yang menggunakan surau.
Selain itu, kajian ini juga membuktikan bahawa kemudahan fizikal dan kemudahan
BBM wajar dititikberatkan kerana ia turut mempengaruhi penggunaan bilik operasi
dalam P&P. Kemudahan harus ditambah dan dinaiktaraf dari semasa ke semasa seiring
dengan keperluan P&P. Pelajar dilihat lebih selesa apabila pelbagai kemudahan
dilengkapi dan hal ini juga akan memberi kesan terhadap minat mereka untuk
mengikuti P&P di dalam bilik operasi Pendidikan Islam. Ketiadaan tempat wudhuk di
S1 juga wajar diberi perhatian kerana ketiadaannya menyebabkan amali wudhuk tidak
dapat dijalankan dan pelajar terpaksa pergi ke tandas untuk mengambil wudhuk.
Seterusnya, faktor-faktor yang mendorong penggunaan bilik operasi
Pendidikan Islam, iaitu faktor BBM, pelajar, guru dan pentadbir menggambarkan
bahawa penggunaan bilik operasi memerlukan kerjasama dari pelbagai pihak.
Sokongan dan komitmen yang diberikan oleh pelajar dan pentadbir sangat membantu
guru dalam memanfaatkan potensi bilik operasi di samping kelengkapan BBM yang
mencukupi. Peranan rakan guru juga dilihat wajar dipupuk bagi mewujudkan
kebersamaan dalam menjayakan agenda Pendidikan Islam yang begitu penting dalam
kehidupan pelajar muslim. Faktor-faktor yang menghalang dilihat tertumpu kepada
aspek fizikal bilik operasi yang terhad dan kekurangan BBM yang akhirnya berupaya
menjejaskan pelaksanaan P&P guru di dalam bilik operasi. Oleh yang demikian, tidak
dapat tidak, aspek kemudahan merupakan elemen asas dalam mewujudkan bilik
operasi yang selesa dan boleh dimanfaatkan dengan sebaiknya bagi pelaksanaan P&P
khususnya dalam kalangan guru Pendidikan Islam. Secara keseluruhan, dapatan
kajian boleh difahami seperti Rajah 2.
50
Rajah 2 Rajah Pokok Hasil Dapatan Kajian
51
5.3 IMPLIKASI
Berdasarkan kajian, secara keseluruhannya, implikasi kajian dapat dirumuskan kepada
dua bahagian, iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia dan guru Pendidikan Islam.
5.3.1 Kementerian Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia berperanan dalam memastikan semua guru
Pendidikan Islam diberikan latihan, kursus atau bengkel bagi meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran mereka dalam menjalankan P&P di dalam bilik operasi
Pendidikan Islam. Seminar dan perkongsian ilmu atau kepakaran juga harus
dibudayakan agar profesionalisme guru sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.
Selain itu, KPM wajar memperkasakan fungsi bilik operasi Pendidikan Islam agar
warga sekolah dapat memahami peranannya dalam meningkatkan kefahaman dan
penghayatan Islam pelajar. Usaha ini mampu dijayakan melalui penyediaan dana,
galakan di samping penganugerahan kepada mana-mana sekolah yang menggunakan
bilik operasi Pendidikan Islam secara optimum.
5.3.2 Guru Pendidikan Islam
Guru harus sentiasa meningkatkan kualiti diri dan profesionalisme seiring dengan
keperluan pendidikan zaman moden yang begitu mencabar. Mereka wajar
memotivasikan diri dan juga pelajar untuk menggunakan bilik operasi secara optimum
demi memastikan P&P Pendidikan Islam dapat dijayakan merangkumi aspek teori dan
amali. Guru pendidikan Islam seharusnya lebih kreatif dalam melaksanakan P&P
Pendidikan Islam. Mereka seharusnya menggunakan kaedah yang pelbagai bagi
merangsang motivasi pelajar seterusnya mewujudkan suasana pembelajaran yang
bermakna dan berkesan di dalam bilik operasi Pendidikan Islam. Pelaksanaan proses
P&P di dalam bilik operasi Pendidikan Islam bukan hanya sesuai untuk bidang ibadah
semata-mata bahkan bidang tilawah al-Quran dan juga bidang-bidang yang lain. Hal
ini demikian kerana bilik operasi Pendidikan Islam menyediakan suatu ruang yang
52
sesuai untuk guru mengadakan aktiviti yang pelbagai selari dengan keperluan topik
yang diajar.
5.4 CADANGAN
Terdapat dua bentuk cadangan yang boleh diambil daripada hasil kajian ini, iaitu
cadangan umum dan cadangan kajian lanjutan.
5.4.1 Cadangan Umum
Berdasarkan kajian yang dijalankan, satu cadangan model utama dikemukakan
sebagaimana yang ditunjukkan dalam Rajah 3. Berdasarkan rajah ini bahawa peranan
yang dimainkan oleh guru dan pelajar adalah beriringan ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran.
Bilik operasi tempat diadakan P&P tersebut pula mempunyai dorongan dan
halangan yang perlu diberi perhatian sama dari guru atau pelajar. Hasil daripada
proses P&P tersebut yang diadakan dalam bilik operasi Pendidikan Islam mampu
mengukuhkan penghayatan Islam pelajar.
Guru
Pengajaran Pembelajaran
Pelajar
P&P
Pendidikan Islam
Bilik Operasi
P
e
n
d
i
d
ik
a
n I
s
l
a
m
Pengukuhan dan Penghayatan Islam Pelajar
Dorongan
Penggunaan
Halangan
Penggunaan
53
5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, pengkaji mencadangkan agar kajian
lanjutan dijalankan seperti berikut:
1. Kajian lanjutan boleh dijalankan dari aspek pengurusan bilik operasi Pendidikan
Islam kerana kajian ini tidak menjurus ke arah itu dan lebih memfokuskan kepada
penggunaan bilik operasi dalam P&P.
2. Kajian ini juga hanya memfokuskan penggunaan bilik operasi Pendidikan Islam
dalam P&P, justeru kajian boleh dijalankan mengenai penggunaan bilik operasi
untuk aktiviti keagamaan yang lain.
3. Kajian yang dijalankan juga menggunakan metode kualitatif sepenuhnya, oleh itu
kajian lanjutan boleh dijalankan dengan menggunakan metode campuran kualitatif
dan kuantitatif agar dapatan yang lebih menyeluruh dapat dihasilkan.
4. Kajian juga terbatas dalam kalangan sekolah di sekitar daerah Johor Bahru. Oleh
yang demikian, kajian yang sama boleh dijalankan di daerah lain di negeri Johor
atau di negeri yang lain.
5. Kajian yang dijalankan hanya memfokuskan kepada sekolah menengah
kebangsaan, justeru kajian yang sama boleh dijalankan di sekolah rendah, sekolah
menengah agama, sekolah menengah kebangsaan agama dan sebagainya.
5.5 PENUTUP
Bilik operasi Pendidikan Islam mempunyai manfaat yang sangat besar dan mampu
menyumbang secara signifikan terhadap penghayatan Islam pelajar. Bilik operasi
tidak wajar disempitkan penggunaannya sebagai tempat ibadah semata-mata, bahkan
harus diambil kira peranannya dalam meningkatkan kefahaman pelajar dalam P&P.
Penggunaan bilik operasi wajar dioptimumkan bagi memastikan bahawa elemen
praktikal tidak diabaikan dalam proses P&P Pendidikan Islam. Hal ini demikian
kerana bilik operasi jelas memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan
hasrat melahirkan pelajar yang seimbang dan holistik dapat direalisasikan dengan
jayanya.
54
54
RUJUKAN
Ab. Halim Tamuri, Muhamad Faiz Ismail & Kamarul Azmi Jasmi. 2012. A New Approaches
in Islamic Education: Mosque Based Teaching and Learning. Journal of Islamic
and Arabic Education. 4(1):1-10.
Ab. Halim Tamuri. 2000.
A Study of Students' Knowledge of Akhlaq of the
Malaysian
Secondary Education
. Tesis Doktor Falsafah, Universiti of
Birmingham, United
Kingdom.
Ab. HalimTamuri. 2001. Development of School Curriculum in Muslim Countries: The
Malaysian Post-Independence Experience. Muslim Education Quaterly. 18 (3) : 22-
37.
Ab. Halim Tamuri, Shahrin Awaluddin & Tajul Ariffin Noordin. 2003. Fungsi Surau dan
Keberkesanannya dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam: Satu
Kajian di Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Selangor. Laporan Penyelidikan.
Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ab. Halim Tamuri, Adnan Yusopp, Kamisah Osman, Shahrin Awaluddin, Zamri Abdul
Rahim & Khadijah Abdul Razak. 2004. Keberkesanan Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Islam ke atas Pembangunan Diri Pelajar. Laporan
Penyelidikan. Bangi: Fakulti Pendidikan, UKM dan Bahagian Kurikulum
Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Abd. Shukor Mohd Ali. 2008. Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam
berasaskan Masjid: Satu Kajian di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang,
Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor. Kertas Kerja Projek Sarjana Pendidikan.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abdullah Ishak. 1995. Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Abdullah Sani Yahaya. 2003. Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Pahang: PTS
Publications and Distributor Sdn Bhd.
Abdullah Muhamad Zin, Zulkiple Abd Ghani & Abdul Ghafar Don. 2005. Pendidikan Islam
di Malaysia: dari Pondok ke Universiti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Abd. Rauf Dalip. 1990. Pendidikan Islam dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah : Ke
Arah Amalan dan Penghayatan Nilai Islam. Jurnal Pendidikan Islam. (2) : 36-45.
Abu Al-‘Ainain, ‘Ali Khalil Mustofa. 1988. Falsafah al-Tarbiyyah al-Islamiyyah fi al-Quran
al-Karim. Al-Madinah al-Munawwarah: Maktabah Ibrahim Halbi.
Ahmad Tafsir 2002. Metodologi Pengajaran Agama Islam. Bandung: Penerbit PT Remaja
Rosdakarya.
55
55
Airi Abu Bakar. 2003. Sikap Pelajar terhadap Mata pelajaran Pendidikan Islam: Satu
Kajian di Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Alor Gajah Melaka.
Kertas Kerja Projek Sarjana Pendidikan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Al-Abrasyi, Muhammad 'Atiyah. 1976. Al-Tarbiyah al-Islamiyyah wa Falasafatuha. al-
Qahirah: Dar al-Fikr al-'Arabiy.
Al-Attas, Syed Muhammad al-Naquib. 1979. Aims and Objective of Islamic Education.
Jeddah: Hodder and Stoughton.
Al-Attas, Syed Muhammad al-Naquib. 1980. The Concept of Education in Islam: A
Framework for an Islamic Philosophy of Education. Kuala Lumpur: Angkatan
Belia Islam Malaysia (ABIM).
Al-Nahlawy, Abdul Rahman. 1979. Usul al-Tarbiyah al-Islamiyyah wa Asalibiha. Damsyik:
Dar al-Fikr.
Al-Syaibany, Umar bin Muhammad al-Taomy. 1975. Muqaddimah fi Falsafah al-Islamiyyah.
Libya: al-Dar al-Arabiyah li al-Kitab.
Amjad Mahmud Hussain, Mohd Aderi Che Nohd & Ab. Halim Tamuri. 2011. The Need for
an Islamic Social History: A Focus on Islamic Education. Muslim Education
Quaterly. 24 (3&4) : 3-13.
Anisah Ali. 2009. Keberkesanan Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam
Berasaskan Masjid : Satu Kajian di SMKA Sultan Muhammad, Melaka. Kertas
Kerja Projek Sarjana Pendidikan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bahagian Pendidikan Islam. KP.5206/12/5 (17), 2 Mac 1989.
Bani Hidayat Mohd Shafie, Nor Hayati Fatmi Talib, Mohd Aderi Che Noh & Ab. Halim
Tamuri. 2010. Penggunaan Surau Sekolah dalam Pelaksanaan Pendidikan Islam
KBSM di Sekolah-Sekolah Menengah. International Conference on Islamic
Education, hlm 143-155.
Campo, Juan Eduardo. 2009. Encyclopedia of Islam. New York: Infobase Publishing.
Cohen, L. & Morrison, K. 2000. Research Methods in Education. (5th Ed). London:
Routledge Falmer.
Corbin, Juliet & Strauss, Alselm. 2008. Basics of Qualitative Research. (3rd Ed.). London:
Sage Publications Ltd.
Creswell, John W. 2003. Design Qualitative, Quantitative and Mixed Methods Approaches.
(2nd Ed.). California : Sage Publications, Inc.
El-Muhammady, Abdul Halim. 1991. Pendidikan Islam: Falsafah, Disiplin dan Peranan
Pendidik. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
56
56
Esposito, John L. 1995. The Oxford Encyclopedia of the Modern World. New York: Oxford
University Press.
Ghazali Darussalam. 2001. Pedagogi Pendidikan Islam. Selangor: Cepat Cetak Sdn. Bhd
Hassan Langgulung. 1981. Beberapa Tinjauan dalam Pendidikan Islam. Kuala Lumpur:
Pustaka Antara.
Hassan Langgulung. 1987. Asas-asas Pendidikan Islam. Jakarta: Pustaka al-Husna.
Hennink Monique, Hutter Inger & Bailey Ajay. 2011. Qualitative Research Methods.
London: Sage Publications Ltd.
Holliday, Adrian. 2007. Doing and Writing Qualitative Research. (2nd Ed.). London: Sage
Publications Ltd.
Hussain Othman, Berhannudin Mohd Salleh, Syed Muhammad Dawilah al-Edrus & Abdullah
Sulaiman. 2008. Pelaksanaan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman
(PBL dan POPBL) bagi Meningkatkan Kemahiran Insaniah Pelajar. Prosiding
SKIKS, hlm 107-118.
Jasmi Amin, Ab. Halim Tamuri & Noor Zaly Moktar Kasim. 2010. Peranan Surau Sekolah
Sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Islam. International Conference on
Islamic Education, hlm 287-302.
Jasmi Amin. 2011. Penggunaan Surau dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan di Negeri Melaka. Tesis Sarjana Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. 2007. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
Pendidikan Islam. Johor: Penerbit UTM.
Kamarul Azmi Jasmi. 2010. Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di
Malaysia: Satu Kajian Kes. Tesis doktor falsafah, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2002. Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSM. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kolb, Alice Y. & Kolb, David A. 2005. Learning Styles and Learning Space: Enhancing
Experiential Learning in Higher Education. Academy of Management Learning &
Education. 4(2):193-212.
Kolb, David A. 1984. Experiential Learning: Experience as a Source of Learning and
Development. Prentice-Hall, Inc.
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran. 1984. Kementerian Pelajaran
Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
57
57
Mahmoud Abdulwahed & Zoltan K. Nagy. 2009. Applying Kolb's Experiential Learning
Cycle for Laboratory Education. Journal of Engineering Education. Julai:283-294.
Merriam, Sharan B. 1998. Qualitative Research and Case Study Aplications in
Education:Revised and Expanded from Case Study Research in Education. John
Wiley & Sons.
Mohd. Azman Mohamed Yusof 2009. Modul pengajaran dan pembelajaran berasaskan
masjid pendidikan Islam KBSM Tingkatan Dua di Sekolah Menengah Agama
Persekutuan, Kajang Selangor. Kertas Kerja Projek Sarjana Pendidikan. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Mokhtar Shafii. 2003. Masjid sebagai pusat pendidikan dan penjanaan umat
cemerlang. Jurnal Pendidikan Islam. (10) : 41-56.
Mok Soon Seng. 1992. Pedagogi 2: Strategi Pengajaran Pembelajaran Mikro. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman.
Neuman, W.R. 2003. Social Research Methods: Qualitative and Quantitative Approaches.
(3rd ed.). Needham Height, MA: Allyn and Bacon.
Patton, M. Q
.
(1990). Qualitative Evaluation and Research Method. (2nd Ed.) Thousand Oaks:
Sage Publication.
Pekeliling Kementerian Pelajaran Bil 9A/1976, 9 September 1976.
Richards, Lyn. 2009. Handling Qualitative Data. London: Sage Publications Ltd.
Robert W. Clark, Mark D. Threeton & John C. Ewing. 2010. The Potential of Experiential
Learning Models and Practices in Career and Technical Education. Journal of
Career and Technical Education. 25 (2):46-62.
Rosli Ibrahim. 2010. Penilaian Pelajar terhadap Fungsi Surau dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Islam di Sekolah-Sekolah Menengah Harian Daerah
Pasir Mas Kelantan. Kertas Kerja Projek Sarjana Pendidikan. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Shahrin Awaluddin. 1998. Pendidikan Islam Berasaskan Realiti Semasa. Dlm Juriah Long
(pny). Inovasi dalam Kaedah Pengajaran. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Shahril@Charil Marzuki, Zainun Ishak, Lee Pau Wing & Saedah Siraj. 1995. Pendidikan di
Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.
Syed Muhammad Qutb. 1992. Peranan Agama dalam Pendidikan. Dlm. Syed Muhammad al-
Naquib al-Attas. 1992. Tujuan dan Objektif Pendidikan Islam. (Terj.) Samsudin
Jaapar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Yin, Robert K. 2009. Case Study Research : Design and Methods (4th Ed.). London: Sage
Publications.