Content uploaded by Kamarul Azmi Jasmi
Author content
All content in this area was uploaded by Kamarul Azmi Jasmi on Apr 25, 2016
Content may be subject to copyright.
USAHA PENTERJEMAHAN MANUSKRIP MAJLIS ACEH KE DALAM BAHASA INGGERIS
Yahaya Jusoh
Kamarul Azmi Jasmi
Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan sosial, Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor
Suggested Citation:
Jusoh, Y. & Jasmi, K. A. (2007). Usaha Penterjemahan Manuskrip Majlis Aceh ke dalam
Bahasa Inggeris in Hassan et. al. - Membina Kepustakaan dalam Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia, pp 696-705. ISBN: 978-983-192-438-9.
Abstrak
Majlis Aceh atau Perintah Segala Raja-Raja di Aceh yang bertarikh 601H/1204M – 1231H/1815M
merupakan antara penulisan karya manuskrip yang tertua dalam dalam penulisan karya politik dan
salasilah raja di Negara Islam Aceh. Secara menyeluruh manuskrip ini merupakan satu catatan
penting yang membincangkan etika raja dan pegawai, salasilah raja-raja dan senarai pegawai kera-
jaan dalam pemerintahan kerajaan Aceh Darussalam. Selain itu, manuskrip ini turut merangkumi
adat istiadat dan undang-undang perdagangan yang dilaksanakan oleh kerajaan Aceh. Segala adat
istiadat diraja dan peraturan pemerintahan yang dijalankan memperlihatkan wujudnya percampu-
ran adat dan Islam. Manuskrip ini juga memperlihatkan betapa pengaruh Islam amat menyerlah
termasuklah dalam sistem perdagangan. Apa yang pasti Perintah Segala Raja-raja satu gambaran
penting proses perkembangan dan pembangunan pemerintahan serta ketamadunan masyarakat
Melayu Islam di Asia Tenggara khususnya kerajaan Melayu Aceh Darussalam. Karya ini ke-
mudiannya cuba dihuraikan secara mudah ke dalam bahasa Inggeris dengan kaedah penulisan yang
memudahkan para pembaca memahami kandungan Majlis Aceh agar isi pengajaran karya ini dapat
diambil oleh pembaca. Kertas kerja ini akan membincangkan usaha penterjemahan karya ini ke
dalam bahasa Inggeris serta isi kandungan penting yang digarap oleh penulis asal untuk tatapan
para pembaca.