Content uploaded by Kamarul Azmi Jasmi
Author content
All content in this area was uploaded by Kamarul Azmi Jasmi on Feb 04, 2017
Content may be subject to copyright.
PENGABAIAN TANGGUNGJAWAB SUAMI TERHADAP HAK ISTERI DI KALANGAN
ORANG-ORANG MELAYU
Azhar Muhammad
Kamarul Azmi Jasmi
Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan social, Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor
Suggested Citation:
Muhammad, A & Jasmi, K. A. (2004). Pengabaian Tanggungjawab Suami Terhadap Hak
Isteri di kalangan Orang-orang Melayu in Seminar Pembangunan Keluarga Kebangsaan
2004 at Main Hall, Faculty of Education, Universiti Malaya, on 29-30 May 2004 , pp 1-8.
Abstrak
Institusi keluarga yang baik menjadi asas kepada pembangunan masyarakat atau negara. Kemakmuran hidup
masyarakat atau negara bergantung kepada keutuhan institusi keluarga. Kedua-dua institusi keluarga dan
masyarakat saling berkait antara satu sama lain dalam menentukan corak dan hala tuju pembentukan generasi
dan negara. Kekuatan institusi keluarga dan masyarakat akan menentukan kemajuan dan pembangunan negara.
Sementara kelemahan kedua-dua institusi ini pula akan menimbulkan pelbagai krisis dan masalah yang
meruntuhkan negara. Memandangkan kepentingan kebahagiaan dan kesejahteraan institusi keluarga, Islam
telah menentukan peraturan, undang-undang dan syariat seperti perintah dan galakan untuk berkahwin,
penetapan hak dan tanggungjawab suami isteri serta hak anak-anak dan hak ibu bapa. Semua perkara ini
mempunyai perkaitan yang amat rapat bagi pembentukan sebuah institusi kekeluargaan yang mantap
sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak. Pembentukan sebuah rumah tangga dalam Islam adalah melalui
proses perkahwinan yang sah. Perkahwinan akan mengatur kehidupan rumah tangga dan keturunan yang
akan menjadi susunan kepada kelompok masyarakat yang besar. Tujuan ini akan tercapai berasaskan kepada
eratnya hubungan kasih sayang antara sua mi isteri dan pergaulan yang baik antara mereka.
PENGABAIAN TANGGUNGJAWAB SUAMI TERHADAP HAK
ISTERI DI KALANGAN ORANG-ORANG MELAYU*
Azhar Muhammad
Kamarul Azmi Jasmi
Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial
Universiti Teknologi Malaysia
PENGENALAN
Institusi keluarga yang baik menjadi asas kepada pembangunan masyarakat atau negara.
Kemakmuran hidup masyarakat atau negara bergantung kepada keutuhan institusi keluarga.
Kedua-dua institusi keluarga dan masyarakat saling berkait antara satu sama lain dalam
menentukan corak dan hala tuju pembentukan generasi dan negara. Kekuatan institusi keluarga
dan masyarakat akan menentukan kemajuan dan pembangunan negara. Sementara kelemahan
kedua-dua institusi ini pula akan menimbulkan pelbagai krisis dan masalah yang meruntuhkan
negara.
Memandangkan kepentingan kebahagiaan dan kesejahteraan institusi keluarga, Islam
telah menentukan peraturan, undang-undang dan syariat seperti perintah dan galakan untuk
berkahwin, penetapan hak dan tanggungjawab suami isteri serta hak anak-anak dan hak ibu
bapa. Semua perkara ini mempunyai perkaitan yang amat rapat bagi pembentukan sebuah
institusi kekeluargaan yang mantap sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak.
Pembentukan sebuah rumah tangga dalam Islam adalah melalui proses perkahwinan yang
sah. Perkahwinan akan mengatur kehidupan rumah tangga dan keturunan yang akan menjadi
susunan kepada kelompok masyarakat yang besar. Tujuan ini akan tercapai berasaskan kepada
eratnya hubungan kasih sayang antara sua mi isteri dan pergaulan yang baik antara mereka.
Keadaan ini digambarkan dalam al-Quran:
ôÏu ÿÏÏGt#u ÷r& tny{ /äs ôÏi öäÅ¡àr& %[`uø—r& (#þãäó¡tFÏj $yøsÎ) Ÿyèy_u àu÷t/
Z¨Šu¨ ºyômu‘u 4
Maksudnya: "Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, Dia menciptakan untukmu
isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram
kepadanya, dan dijadikan antara kamu rasa kasih kasihan belas."
(Surah al-Rum, 30: 21)
Melalui ayat ini Allah S.W.T memberi petunjuk kepada umat manusia bahawa kehidupan
rumah tangga memerlukan kepada tiga asas utama:
(1) Ketenangan jiwa (sakinah), mendamaikan diri dan jiwa (ada sokongan moral dan spirituil)
daripada segala kerunsingan, kekosongan dan kelemahan.
* Kertas kerja ini dibentangkan di Seminar Pembangunan Keluarga Kebangsaan 2004 pada 29-30, Mei 2004,
anjuran Pusat Pembangunan Keluarga UM (UMCFD), UM.
(2) Perasaan cinta dan kasih sayang (mawaddah), perasaan yang akan menyebabkan timbul sifat-
sifat yang perlu ada dalam mengharungi hidup bersama seperti bantu-membantu,
bekerjasama, toleransi dan persefahaman.
(3) Perasaan kasihan belas (rahman), perasaan yang timbul bagi melengkap-kan kehidupan
bersama kemuncak daripada rasa tenang dan cinta. Keadaan ini akan terus disokong dengan
kehadiran anak-anak melalui melalui pasangan suami isteri ini.
Ikatan perkahwinan menggambarkan betapa seorang lelaki atau perempuan sanggup menerima
pasangannya yang masih asing baginya untuk hidup bersama dan sanggup berpisah dengan ibu
bapa, adik-beradik dan keluarganya. Penerimaan dan kesanggupan ini bermakna masing-masing
mengetahui bahawa hubungan yang akan dijalinkan nanti adalah hubungan yang lebih kuat
daripada ikatan kekeluargaan dan berkeyakinan mereka akan mendapat ketenangan, kasih sayang
dan Maksudnya:
£çmu ã÷WÏ Ï%©!$# £Íöntã Åá÷èpRùQ$$Î/ 4 É$y_ÌhÏu £Íöntã ×y_u‘yŠ 3
Dan para isteri mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara
yang makruf, tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada
isterinya.
(Surah al-Baqarah 2: 228)
ã%y`Ìh$# šã§s ntã Ï!$|¡Ïi$# $yÎ/ ŸÒsù ª!$# óߟÒ÷èt/ 4ntã <Ù÷èt/
Maksudnya: Kaum lelaki itu lebih kuat (pemimpin) keataskaum perempuan kerana
Allah S.W.T telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) ke atas sebahagian yang
lain (perempuan).
(Surah al-Nisa', 4:34)
Atas kelebihan ini, maka sewajamya suami berperanan utama dalam menunaikan hak dan
tanggungjawab yang diperuntukkan kepada isteri. Sekiranya hak dan tanggungjawab ini dapat
dipenuhi dengan baik, hak dan tanggungjawab isteri akan menyusul walaupun pada dasamya
kedua-dua mempunyai hak dan tanggungjawab bersama yang perlu dipatuhi
bersama.
HAK DAN TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI
Syariat Islam telah membahagikan hak dan tanggungjawab suami isteri kepada tiga bahagian
iaitu hak isteri terhadap suami, hak suami terhadap isteri dan hak bersama suami isteri
(Mahmood Zuhdi dan Raihanah Azhari, 1989: 110). Hak bersama suami isteri merupakan satu
hak yang perlu ditunaikan tanggungjawabnya oleh kedua-dua belah pihak. Antara hak bersama
tersebut ialah:
(1) Suami isteri berhak menikmati dan mengecapi kenikmatan dan kebahagiaan hidup berumah
tangga. Halal antara kedua-duanya mengadakan hubungan kelamin selama mana tidak
melampaui daripada batasan yang ditetapkan oleh syarak.
(2) Setiap suami isteri berhak mendapatkan ketenteraman, kasih sayang dan kasihan belas yang
menjadi matlamat utama kepada ikatan perkahwinan. Kesan daripada tujuan perkahwinan
ini, suami isteri sepatutnya sentiasa disuburkan dengan layanan, perlakuan dan pergaulan
yang baik.
(3) Masing-masing berhak terhadap hubungan perbesanan hasil daripada perkongsian hidup
yang dilangsungkan. Beberapa hukum yang berkaitan dengan perbesanan seperti yang
ditetapkan oleh syarak perlu diberikan perhatian oleh kedua-dua belah pihak. Hubungan
antara keluarga merupakan hak yang patut dijaga dengan baik agar tidak menimbulkan
sebarang kekeliruan.
(4) Anak-anak yang terhasil daripada hubungan perkahwinan yang sah perlu dinasabkan kepada
suami. Suami atau isteri berhak membinkan atau membintikan anak yang dilahirkan kepada
suami.
(5) Suami isteri mempunyai hak untuk mempusakai harta peninggalan masing-masing sekiranya
berlaku kematian antara kedua-duanya. Status hak ini akan diperoleh oleh suami atau isteri
walaupun belum berlaku percampuran selepas akad.
Bagi penyempurnaan hak-hak tersebut, suami isteri perlu sama-sama menunaikan tanggungjawab
masing-masing. Mereka patut bersama-sama mensyukuri segala nikmat yang dianugerahkan oleh
Allah S.W.T kepada mereka. Kedua-duanya perlulah bersikap sabar dan tabah menghadapi
kemungkinan-kemungkinan yang akan menimpa rumah tangga mereka dan sentiasa bertawakal
kepada Allah S.W.T. Kedua-duanya perlu hidup saling nasihat-menasihati, tolong-menolong,
bekerjasama, memberi dan menerima kemaafan serta berbaik sangka dan tiada perasaan ragu-
meragui antara satu sama lain. Suami isteri juga sama-sama bertanggungjawab menghadapi
kesusahan, rintangan dan cabaran rumah tangga, susah senang ditempuhi bersama dan
menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi secara syura.
HAK SUAMI TERHADAP ISTERI
Hak-hak suami terhadap isteri lebih menumpukan kepada peranan dan kedudukan suami sebagai
pemimpin rumah tangga. Hak-hak suami ini adalah kewajipan dan tanggungjawab yang mesti
dilaksanakan oleh isteri selama mana dibolehkan oleh akidah, syarak dan akhlak Islam. Sekiranya
apa yang dikehendaki oleh suami berkaitan hak dan tanggungjawab tersebut bertentangan atau
bertembung dengan syarak, maka tidak menjadi kewajipan kepada isteri untuk menunaikannya.
Antara tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh isteri ialah ketaatan yang tidak berbelah bagi
kepada suami. Suami berhak mendapat kepatuhan, ketaatan, layanan dan kasih mesra daripada
isteri sesuai dengan taraf suami sebagai ketua rumah tangga. Isteri mesti berada dan tinggal
bersama-sama suami di rumah yang ditetapkan oleh suami, menjaga rumah tangga dan anak-
anak. Kebenaran untuk keluar dari rumah perlu diperoleh daripada suami terlebih dahulu
sebelum ia berbuat demikian. Segala hukum syarak yang wajib dipatuhi perlu dijaga apabila
berada di luar rumah seperti berpakaian menutup aurat, memelihara pandangan, menjaga
kehormatan diri dan tatacara pergaulan. Isteri juga mesti menjaga rahsia serta memelihara
maruah suami dan hartanya.
Segala hak suami ini semestinya menjadi kewajipan kepada isteri untuk menunaikannya
walau dalam keadaan mana sekalipun kecuali dengan keredaan suami. Banyak ayat al-Quran dan
hadis menegaskan tanggungjawab isteri yang mesti ditunaikan. Isteri yang solehah bukan sahaja
isteri yang akan melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab tersebut, bahkan akan melakukan
apa sahaja yang disukai oleh suami asalkan tidak melanggar batasan syarak.
HAK ISTERI TERHADAP SUAMI
Sebagai ketua atau pemimpin kepada sebuah rumah tangga, suami memainkan peranan yang
amat penting dalam pelaksanaan hak isteri dan ini dapat dilaksanakan dengan baik, nescaya
sebuah rumah tangga akan beroleh kebahagiaan yang akan menimbulkan ketenangan, kasih
sayang dan kasihan belas. Sebagai orang yang berada di bawah kepimpinan, isteri berhak untuk
mendapatkan banyak perkara yang menjadi kewajipan kepada suami untuk menunaikannya.
Hak-hak tersebut ialah:
(1) Hak utama isteri yang perlu ditunaikan oleh suami semasa atau sebaik sahaja akad dilafazkan
ialah mas kahwin. Walaupun pada asalnya mas kahwin ini sebagai hadiah dan tanda
keikhlasan suami terhadap isterinya serta memuliakannya, mas kahwin wajib ditunaikan
oleh suami sebagaimana yang dipersetujui (Su'ad Ibrahim Soleh: 83). Isteri berhak untuk
menuntut mas kahwin ini daripada suami selagi suami tidak menunaikan.
(2) Isteri berhak mendapatkan naikah zahir dan batin daripada suami yang menjadi kewajipan
ke atas suami untuk melaksanakannya mengikut kebiasaan dan kemampuannya. Bentuk
nafkah zahir meliputi soal makan, minum, pakaian, pendidikan, kesihatan, tempat tinggal
dan keperluan-keperluan asas yang lain secara sederhana mengikut kelaziman, keadaan
tempat dan kemampuan yang selayaknya bagi suami. Nafkah batin dalam bentuk
memberikan kasih sayang, belas kasihan dan layanan seksual bagi memenuhi keperluan
isteri.
Hak isteri juga mendapatkan pergaulan dan penjagaan yang baik daripada suami, Isteri berhak
mendapatkan pergaulan yang baik daripada suami, manakala suami bertanggungjawab
menghormau isteri dan sentiasa mengamalkan toleransi dan perbincangan dalam membuat
sesuatu keputusan. Suami juga bertanggungjawab dari sudut penjagaan rohani, jasmani, maruah
dan kehormatan isteri.
Isteri berhak mendapatkan bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan pendidikan daripada
suami. Bimbingan meliputi pelbagai sudut seperti pelajaran keagamaan, akademik dan khusus
yang berkaitan dengan peranan dan tanggungjawab seorang isteri yang solehah.
Hak isteri juga ialah mendapat keadilan terutama bagi suami yang mempunyai isteri
Iebih daripada satu. Suami bertanggungjawab bersifat adil dalam perkara yang berkaitan dengan
pengurusan rumah tangga seperti perbelanjaan, makan, minum, pakaian, tempat tinggal, giliran
dan lain-lain. Isteri berhak menuntut semua hak ini bagi mendapat keadilan yang sewajarnya.
PENGABAIAN HAK DAN TANGGUNGJAWAB
Menjadi tanggungjawab suami dan isteri memastikan segala hak yang berkaitan dengan mereka
dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Suami adalah orang yang utama selaku ketua keluarga yang
perlu memastikan hak ini terjaga dengan sebaiknya. Suami wajib melaksanakan semua hak isteri
bagi menjamin asas kerukunan sebuah rumah tangga. Tanggungjawab memimpin sebuah rumah
tangga sememangnya satu tanggungjawab yang berat untuk dilaksanakan. Sebarang bentuk
pengabaian terhadap hak dan tanggungjawab ini biasanya akan membawa kepada kecelaruan dan
keruntuhan rumah tangga.
Dalam Islam seperti yang dijelaskan sebelum ini, semua hak dan tanggungjawab tersebut
telah ditetapkan oleh Allah S.W.T dengan jelas agar tidak lagi menimbulkan kekeliruan ten tang
pembahagian hak dan tanggungjawab ini.
Tinjauan di mana-mana pejabat agama dan mahkamah syanah di seluruh negara
mendapati bahawa kes-kes pengabaian yang berlaku banyak terjadi dalam kalangan orang Melayu
yang semestinya beragama Islam berbanding dengan orang bukan Islam. Perangkaan yang dibuat
oleh JAKIM bagi tahun 1998-2002 mendapati perkahwinan pasangan Islam seluruh negeri di
Malaysia yang didaftarkan sebanyak 453 565 dan perceraian sebanyak 63 338. Sementara
perkahwinan bukan Islam dalam tempoh yang sama sebanyak 308 236 dan perceraian yang
berlaku sebanyak 12 062. Satu perbezaan yang agak ketara jika dibuat perbandingan antara
keduanya.
TINJAUAN STATISTIK SESI KAUNSELING
Tinjauan ini dibuat dalam sesi kaunseling dari bulan Januari hingga Disember tahun 2003 yang
dijalankan oleh Jabatan Agama Negeri Johor merangkumi seluruh daerah di negeri Johor. Aduan
daripada suami atau isteri yang diterima berjumlah 3590 meliputi daerah-daerah Johor Bahru,
Muar, batu Pahat, Segamat, Kluang, Kola Tinggi, Pontian dan Mersing. Walau bagaimanapun,
tinjauan ini hanya akan melihat secara umum sahaja iaitu merangkumi semua daerah yang
mewakili negeri Johor keseluruhannya.
Berikut merupakan catatan tentang latar belakang pengadu dan yang kena adu dalam sesi
kaunseling ini:
Jadual 5.1: Umur Pengadu dan yang Kena Adu
Umur Pengadu Bawah 20 21-25 26-30 31-35 36-40 41-50 Atas 51 Tiada Maklumat Jumlah
Kekerapan 58 424 741 752 597 701 I 263 54 3590
Peratus 1.62 11.8 20.6 20.9 16.6 19.5 7.3 15 100
Umur Kena Adu Bawah 20 21-25 26-30 31-35 36-40 41-50 Atas 51 Tiada Maklumat Jumlah
Kekerapan 59 337 671 648 653 746 316 160 ' 3590
Peratus 1.64 9.3 18.7 18.1 18.2 20.8 8.8 4.46 100
Jadual 5.1 menunjukkan umur pengadu antara 41-50 tahun dan yang kena adu antara 41-50
tahun adalah yang paling banyak iaitu 701 (19.5%) pengadu dan 746 (20.8%) yang kena adu.
Semntara peringkat umur Iain berada di peringkat yang lebih rendah.
Jadual 5.2 menunjukkan statistik tahap pendidikan agama pengadu dan yang kena adu.
Peratus terbanyak 1557 (43.4%) daripada pengadu yang tidak tamat pcrsekolahan dan 933
(26.0%) daripada yang kena adu. Walau bagaimanapun, terdapat 625 (17.4%) daripada pengadu
dan 1707 (47.5%) daripada yang kena adu tiada maklumat lanjut.
Jadual 5.3 menunjukkan status pekerjaan pengadu dan yang kena adu mendapati
peratusan terbanyak iaitu 1507 orang (42.3%) daripada pasangan (16.5%), 16-20 tahun 364
pasangan (10.1%), 21 tahun ke atas 381 pasangan (10.6%) dan paling rendah ialah yang
berkahwin setahun ke bawah iaitu 227 pasangan (6.4%).
Jadual 5 Tempoh Perkahwinan
Tempoh
kahwin
Se tahun
ke bawah
1-5
tahun
6-10 tahun
keatas
11-15
tahun
16-20
tahun
21 tahun
keatas
Tiada
Maklumat
Jumlah
Kekerasan 227 930 891 592 364 381 204 3590
Peratus 6.4 25.9 24.8 165 10.1 10.6 5.7 100
Jadual 5.6 memaparkan bentuk aduan dan masalah yang timbul dalam rumah tangga.
Perangkaan ini menunjukkan bahawa pasangan yang mengemuka permohonan cerai adalah
paling tinggi peratusan iaitu 1398 orang (38.6%), diikuti dengan suami tidak menunaikan
tanggungjawab sebanyak 994 (27.7%), ingin mendapatkan khidmat nasihat sebanyak 441
(12.4%), suami isteri ingkar atau tiada tolak ansur sebanyak 224 (62%) dan masalah-masalah
lain yang peratusannya kurang daripada 5% sebagaimana dalam Jadual 5.6 di atas.
Jadual 5.6 Bentuk Aduan dan Masalahyang Berlaku dalam Rumah Tangga
Bentuk Aduan Kekerapan Peratus (%)
Mengemuka permohonan untuk bercerai 1389 38.6
Suami tidak menunaikan tanggungjawab 994 27.7
Suami tidak memberi nafkah dan isteri
membuat tuntutan 170 4.7
Keluarga campur tangan dalam
perselisihan suami isteri 60 1.7
Pasangan menuntut hak penjagaan anak 7 0.2
Suami berkahwin lebih daripada satu/
mengamalkan poligami 121 3.4
Pasangan yang terlibat dengan penderaan 118 33
Suami terlibat dengan penagihan dadah 48 3.4
Suami isteri ingkar dengan suruhan/
tiada toleransi 223 6.2
Pasangan yang dikenal pasti ada HIV positif 14 0.4
Pasangan yang ingin mendapat khidmat
nasihat 441 12.4
Berlaku perbuatan sumbang mahram dalam
rumah tangga 5 0.1
Jumlah keseluruhan 3590 100
RUMUSAN
Tinjauan mendapati umur yang terlibat dalam masalah rumah tangga terdiri daripada suami
isteri yang berumur antara 40 hingga 50 tahun sama ada daripada pihak pengadu atau yang kena
adu. Dari sudut tahap pendidikan, pengadu kebanyakannya daripada kalangan yang tidak tamat
persekolahan dan yang kena adu daripada mereka yang tidak pernah terlibat dalam pendidikan.
Kebanyakan mereka bekerja dengan pihak swasta dan tidak kurang juga yang tidak bekerja
langsung. Oleh sebab iru, didapati banyak dari kalangan mereka yang tidak mempunyai
pendapatan bulanan yang tetap. Kebanyakan tempoh perkahwinan yang bermasalah ini daripada
pasangan yang baru berkahwin iaitu dari tempoh 1 hingga 10 tahun.
Secara keseluruhannya, permasalahan atau aduan yang dikemukakan dalam sesi
kaunseling seperti dalam Jadual 5.6 berasaskan kepada pengabaian hak isteri dan tanggungjawab
suami. Antara contoh aduan daripada elemen berkaitan dengan hak isteri diabaikan dan
tanggungjawab suami tidak ditunaikan sebagaimana dalam statistik ialah suami tidak
bertanggungjawab (277%). Item ini dikenal pasti semasa sesi kaunseling diadakan
kebanyakannya berasaskan kepada beberapa sebab utama seperti suami meninggalkan rumah,
tidak memberi pendidikan kepada isteri dan anak-anak, memberi tumpuan lebih kepada kerja
sahaja hingga balik ke rumah agak lewat dan ada yang bekerja di hujung minggu.
Item-item Iain dalam statistik yang berkaitan dengan pengabaian hak isteri ialah tidak
memberikan nafkah sepatutnya (4.7%), berkaitan dengan penjagaan anak (0.2%), mengamalkan
poligami (3.4%), melakukan penderaan ke atas isteri (3.3%), terlibat dengan penagihan dadah
(1.3%) dan melakukan sumbang mahram (0.1%). Peratus keseluruhannya ialah 40.7% dan
peratusan ini tidak termasuk 38.6% yang telah mengemukakan permohonan cerai kerana
berkemungkinan besar antara sebab yang ingin bercerai berpunca daripada pengabaian hak dan
tanggungjawab ini.
CADANGAN
Berdasarkan hasil maklumat ini, beberapa cadangan perlu dikemukakan agar permasalahan yang
berlaku dapat dibendung. Langkah-langkah daripada cadangan ini boleh diambil oleh pelbagai
pihak yang berkaitan seperti ibu bapa, jabatan agama, kementeriart pelajaran, kementerian
pembangunan keluarga dan lain-lain yang berkaitan.
Pasangan yang ingin berkahwin terlebih dahulu perlu didedahkan dengan asas-asas ilmu
perkahwinan dalam Islam. Jabatan agama boleh biasa yang diwajibkan. Mungkin satu modal
ilmu perkahwinan dalam Islam juga boleh diwajibkan kepada pasangan yang ingin berkahwin.
Pendidikan agama amat perlu culalui oleh setiap muda-mudi terutama yang ingin berkahwin.
Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memastikan pendidikan ini dapat dilalui oleh anak
mereka sejak awal lagi.
Persoalan hak dan tanggungjawab suami isteri amat perlu diberikan pendedahan kepada
pelajar-pelajar di peringkat sekolah menengah lagi. Jika perlu, boleh diwujudkan satu mata
pelajar i tentang hidup berkeluarga seperti pengurusan keluarga (Nizam al-Usrah) atau
pengurusan hidup berumah tangga. Ramai kalangan muda-mudi sekarang yang tidak pernah
mendengar istilah-istilah peraturan rumah tangga dalam Islam seperti hadhonah, zihar, Ha %
talaq, raj% Wan, khulu', fasakh, iddah, nasabdan Iain-lain, apatah lagi mengetahui maksudnya.
Setiap pasangan yang ingin berkahwin perlulah terlebih dahulu dipastikan oleh pihak berkuasa
tentang pekerjaan dan pendapatan yang diperoleh untuk hidup bersama terutama bagi pihak
bakal suami.
KESIMPULAN
Tinjauan ini adalah peringkat awal yang dilakukan berdasarkan kepada statistik yang diperoleh.
Satu kajian yang lebih terperinci perlu dilakukan bagi membuat kepastian tentang pemahaman
hak isteri dan tanggungjawab suami atau sebaliknya dalam kalangan pasangan yang berkahwin
dan yang akan melangsungkan perkahwinan. Dapatan yang diperoleh daripada kajian tersebut
amat memberi manfaat kepada perancangan keutuhan institusi kekeluargaan oleh pihak
berwajib. Dengan perancangan dan pelaksanaannya nanti, diharap segala masalah yang berkaitan
dengan hak dan tanggungjawab ini dapat dibendung terutama dalam kalangan orang Melayu
yang tertakluk kepada peraturan rumah tangga dan kekeluargaan Islam.
RUJUKAN
Abdullah bin Muhammad Basmih, 19%. Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-
Quran. Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur.
Al-Sayyid Ahmad Farag, 1989. Al-Usrah Fi Dhau'i Al-Kitab wa Al-Sunnah. Da Al-Wafa',
Mansuorah, Mesir.
Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Raihanah Azhari, 1989. Undang-undangKeluarga Islam
Konsep dan Perlaksanaannya di Malaysia. Kuala Lumpur Karya Abazie.
Mustafa Haji Daud, 1997. InstitusiKekeluargaan Islam. Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Statistik Sesi Kaunseling, 2003. Jabatan Agama Negeri Johor Darul Takzim. Su'ad Ibrahim
Soleh, 1989. Adwa"ala Nizam al-Usrah Fial-Islam. Dar al-Diya', Mesir Kaherah.