Content uploaded by Zainudin Mohd Isa
Author content
All content in this area was uploaded by Zainudin Mohd Isa on Jan 27, 2016
Content may be subject to copyright.
Analisis Keperluan Kurikulum Pendidikan Vokasional Pelajar Bermasalah
Pembelajaran (LD) di Malaysia
Zainudin Mohd. Isa
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
Universiti Sains Malaysia
Norani Salleh
Ramlee Mustapha
Hanafi Mohd Yassin
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstrak Tujuan kajian ini adalah melakukan analisis keperluan terhadap
kurikulum pendidikan vokasional pelajar bermasalah pembelajaran (MP) di
peringkat sekolah menengah di Malaysia. Analisis keperluan ini antaranya
bertujuan untuk menentukan sejauhmana kesesuaian kurikulum vokasional sedia
ada terhadap keperluan pelajar MP; mengenalpasti bidang-bidang kemahiran
yang diperlukan oleh pelajar MP; mengenalpasti corak dan pasaran kerjaya yang
diperlukan di masa depan. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan
kualitatif yang dijalankan menggunakan soal selidik dan temu bual terhadap 111
orang responden yang terdiri daripada guru yang mengajar di program
pendidikan khas, ibubapa pelajar MP, wakil NGO, majikan bekas pelajar MP,
pentadbir pendidikan dan pakar dalam pendidikan vokasional bagi mendapatkan
maklum balas tentang asas keperluan untuk mewujudkan kurikulum vokasional
bagi pelajar MP serta cadangan berkaitan bentuk, perlaksanaan dan penilaian
kurikulum tersebut. Dapatan kajian mendapati: (1) pelajar MP kurang memiliki
kemahiran bekerja mungkin kerana kurikulum sedia ada didapati bersifat terlalu
umum dan lebih menekankan aspek akademik yang tidak sesuai dengan
keperluan pelajar MP; (2) Terdapat beberapa bidang kemahiran kerjaya yang
dikenalpasti sesuai diajar kepada pelajar MP; (3) pelajar MP di masa hadapan
memerlukan kemahiran vokasional yang berteknologi tinggi sesuai dengan
kehendak semasa; (4) penawaran kerja di masa hadapan untuk pelajar MP
adalah berasaskan kemahiran berbanding kelayakan akademik.
Kata kunci : pendidikan vokasional, pelajar bermasalah pembelajaran, sekolah
menengah