ArticlePDF Available

Landscape of scenic beauty at Pantai Penarak, Langkawi: Scientific and local community perception studies

Authors:

Abstract

scientific and local community perception studies on landscape of scenic beauty were carried out at Pantai Penarak, Langkawi. Horizontal view mapping technique was applied to scientifically map the visual landscape from selected viewpoints. The study categorised two main landscape types namely natural and man made. The natural landscape observed is shaped by three rock diversities, namely limestone, clastic sedimentary and igneous. The man made or built landscape consisted of business premises, fishing jetty, and fishing community settlement. Limestone karstic landscape was identified as the dominant natural landscape in this area. Survey results show that most local communities shared similar views on its aesthetic beauty. About 88% of the respondents agreed that the scenic beauty of Pantai Penarak was due to natural landscape while 13% agreed that it was contributed by both man made and natural landscapes. The study shows that most of the local communities have basic understanding of geology and are able to relate the sketched geological landscape to the observed landscape. It is important to note that most of them strongly viewed that any future development in this area should take necessary considerations to preserve the natural landscape.
Geological Society of Malaysia, Bulletin 56, December 2010, pp. 115 – 120
Landskap berpemandangan indah di Pantai Penarak, Langkawi:
Kajian saintik dan persepsi komuniti setempat
TanoT Unjah & IbrahIm Komoo
Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor
Abstrak Kajian saintik dan persepsi komuniti setempat terhadap sumber geologi dan landskap berpemandangan
indah telah dijalankan di Pantai Penarak, Langkawi. Teknik pemetaan landskap secara saintik dari titik pandang
mengufuk digunakan untuk memetakan visual landskap. Aspek persepsi komuniti terhadap landskap berpemandangan
indah pula dilakukan secara soal-selidik. Dua jenis landskap utama boleh dikenalpasti iaitu landskap tabii dan buatan
manusia. Landskap tabii dipengaruhi oleh tiga jenis batuan utama iaitu batu kapur, batuan sedimen klastik dan batuan
igneus manakala landskap buatan manusia terdiri daripada premis perniagaan, jeti nelayan dan penempatan nelayan.
Landskap kars batu kapur adalah landskap tabii paling dominan di kawasan ini. Hasil soal selidik mendapati majoriti
penduduk setempat bersetuju bahawa kawasan ini boleh dikelaskan sebagai berpemandangan indah. Sebanyak 88%
bersetuju pemandangan indah di kawasan Penarak disebabkan oleh landskap tabii manakala 13% berpendapat keindahan
tersebut disumbangkan oleh gabungan landskap tabii dan buatan manusia. Kebanyakan penduduk setempat mempunyai
pemahaman tentang geologi dan dapat mengaitkan lakaran landskap geologi dengan apa yang dapat diperhatikan. Aspek
kesamaan yang diperhatikan adalah bentuk landskap tabii, bentuk landskap binaan manusia, kepelbagaian tur geologi
dan geomorfologi dan lakaran menyerupai pemandangan. Sebahagian besar komuniti juga merasakan pembangunan di
sekitar kawasan ini perlu mengekalkan keindahan landskap semulajadi.
Kata kunci: warisan geologi, landskap berpemandangan indah, persepsi masyarakat setempat, Pantai Penarak, Langkawi
Landscape of scenic beauty at Pantai Penarak, Langkawi: Scientic and local
community perception studies
Abstract scientic and local community perception studies on landscape of scenic beauty were carried out at Pantai
Penarak, Langkawi. Horizontal view mapping technique was applied to scientically map the visual landscape from
selected viewpoints. The study categorised two main landscape types namely natural and man made. The natural landscape
observed is shaped by three rock diversities, namely limestone, clastic sedimentary and igneous. The man made or built
landscape consisted of business premises, shing jetty, and shing community settlement. Limestone karstic landscape
was identied as the dominant natural landscape in this area. Survey results show that most local communities shared
similar views on its aesthetic beauty. About 88% of the respondents agreed that the scenic beauty of Pantai Penarak
was due to natural landscape while 13% agreed that it was contributed by both man made and natural landscapes. The
study shows that most of the local communities have basic understanding of geology and are able to relate the sketched
geological landscape to the observed landscape. It is important to note that most of them strongly viewed that any future
development in this area should take necessary considerations to preserve the natural landscape.
Keywords: geological heritage, landscape of scenic beauty, local community perception, Pantai Penarak, Langkawi
PENGENALAN
Landskap berpemandangan indah merupakan sifat alam
tabii yang mudah mendapat perhatian awam. Keindahan
dan keunikan pemandangan yang mengamit perasaan
membolehkan masyarakat awam mengaitkan diri mereka
lebih dekat dengan alam. Atas sifat alam begini, kebanyakan
landskap berpemandangan indah telah mendapat perhatian
masyarakat di seluruh dunia dan telah dikenali potensinya
untuk dipulihara. Antara pemuliharaan yang berasaskan
landskap berpemandangan indah adalah taman negara
terawal di Amerika Syarikat iaitu Yellowstone National Park
yang telah diwujudkan pada tahun 1872 (Rydell & Culpin,
2010). Landskap berpemandangan indah lazimnya tertonjol
disebabkan sifat kepelbagaian yang tinggi. Sehingga kini
banyak kajian keindahan landskap hanya tertumpu kepada
aspek ekologi iaitu kepelbagaian ora dan guna tanah yang
menghasilkan pemandangan yang luar biasa atau menarik.
Kajian keindahan landskap awal dari aspek ekologi dan
gunatanah tertumpu kepada pembangunan teknik dan kaedah
penilaian keindahan (Garcia-Perez & Peli, 2002; Yamashita
2002; Palmer, 2004; Ode et al., 2008) yang dilakukan dari
pelbagai perspektif seperti budaya, masa dan ruang ( Natori
& Chenoweth, 2008; Buijs et al., 2009). Selain daripada
itu kajian lain yang berkaitan dengan keindahan landskap
dan persepsi juga dilakukan terhadap tahap pemahaman
yang digunakan untuk perancangan, pembangun polisi dan
pengurusan (Brown, 2004; Brown & Raymond, 2007). Walau
bagaimanapun, kini disedari bahawa kelainan dan keindahan
landskap juga banyak dipengaruhi oleh kepelbagaian batuan
TanoT Unjah & IbrahIm Komoo
Geological Society of Malaysia, Bulletin 56, December 2010
116
dan proses geologi yang telah mengukir landskap tersebut.
Cirian landskap berpemandangan indah berasaskan proses
geologi yang kini lebih dikenali sebagai landskap geologi
(Ibrahim Komoo & Mazlan Othman, 2001).
Kajian ini khusus untuk melihat landskap
berpemandangan indah menggunakan pendekatan
saintik landskap geologi melalui pemetaan landskap dari
pandangan mengufuk. Hasil daripada pendekatan saintik
ini dipermudah dan digunakan untuk menjalankan survei di
kalangan penduduk setempat dalam mendapatkan maklumat
berkenaan dengan persepsi penduduk setempat terhadap
sumber geologi dan nilai pemandangan indah. Menurut Zube
(1980), Nassauer (1992) dan Palmer (2004) kepekaan awam
mengenai keindahan –pembentukan landskap – merupakan
salah satu penggerak utama kearah kesedaran awam serta
tindakan terhadap sekitaran. Dalam konteks pembangunan
geopark di Langkawi, kesedaran awam mengenai sumber
warisan geologi adalah penting untuk memastikan
kejayaan pemuliharaan di samping pembangunan tapak
geopelancongan yang mempunyai upaya menjana ekonomi
setempat.
Tapak yang dipilih untuk tujuan kajian ini adalah Pantai
Penarak yang berada di bahagian tenggara Pulau Langkawi
(Rajah 1). Pantai ini merupakan kawasan rekreasi dan
ekonomi penduduk setempat. Lokaliti pantai yang agak
tersembuyi menjadikan tempat ini sesuai untuk pelabuhan
bot nelayan serta pembangunan jeti pelancongan. Beberapa
sangkar ikan turut dibina di kawasan menghala ke lautan.
Di samping itu lokasi ini juga sebagai tempat rekreasi atau
berehat penduduk setempat. Bagi tujuan ini terdapat beberapa
gerai makanan di sekitar pinggir pantai.
PENDEKATAN KAJIAN
Pemetaan landskap dari pandangan mengufuk dilakukan
bagi mengenalpasti kepelbagaian landskap berdasarkan jenis
batuan dan proses pembentukannya. Kajian ini dilakukan
pada satu titik pandang yang dikenalpasti mempunyai
keindahan tabii, sesuai dengan keperluan membangunkan
tapak pelancongan berasaskan pemandangan indah. Kajian
terdahulu yang dilakukan oleh Tanot Unjah dan Ibrahim
Komoo (2005) di Kilim dan Selat Kuah telah mengenalpasti
bahawa kaedah pemetaan ini berupaya mengelaskan
kepelbagaian rupabumi yang memberikan gambaran proses
pembentukan rupabumi kuno dan semasa. Perincian kaedah
pemetaan dari titik pandang terpilih meliputi pemilihan
titik pandang diikuti dengan cerapan yang melibatkan
lakaran kepelbagaian rupabumi pada sudut pandangan
tertentu. Lakaran dilakukan untuk himpunan rupabumi yang
berada pada jarak-jarak tertentu. Setiap lakaran rupabumi
kemudian ditandakan mengikut kepelbagaian batuan seperti
yang telah dikelaskan oleh Tanot Unjah & Ibrahim Komoo
(2005; 2007).
Kepelbagaian batuan di Langkawi dibahagikan kepada
tiga kumpulan batuan utama iaitu batu kapur, batuan
sedimen klastik dan batuan igneus. Selanjutnya pencirian
rupabumi dikaitkan dengan pengaruh struktur, luluhawa
dan sifat perlapisan pada batuan. Setiap pengaruh ini
dapat memberikan tafsiran mengenai proses pembentukan
rupabumi kuno dan semasa yang diperhatikan. Bentuk-
bentuk rupabumi yang diperolehi diperbandingkan dengan
lakaran rupabumi yang telah diperkenalkan oleh Tanot Unjah
& Ibrahim Komoo (2005; 2007) (Rajah 2).
Selanjutnya hasil dari pemetaan telah dipermudahkan
bagi pemahaman orang awam yang berkunjung ke tapak
cerapan. Hasil yang dipermudahkan ini disertakan dengan
soal selidik mengenai persepsi awam terhadap keindahan
landskap sekitar kawasan Penarak. Khusus untuk kajian
ini soal selidik hanya dilakukan untuk komuniti setempat.
Komuniti setempat dalam kajian ini merujuk kepada
penduduk dari kepulauan Langkawi. Pendekatan survei
persepsi merupakan kaedah yang telah banyak dilakukan
terutamanya untuk landskap dan pendekatan estetik.
Kajian ini mengunkan pendekatan dari objektif estetik
yang menekanan keindahan berdasarkan kualiti intrinsik
landskap (Daniel, 2001; Daniel Meitner, 2001; Lothian,
1999). Dalam konteks ini kualiti intrinsik yang dilihat
adalah dari perspektif geologi. Dengan sedemikian, soal
selidik kajian ini dibahagikan kepada empat komponen utama
iaitu maklumat asas responden, pemahaman asas estetik,
perbandingan , perkaitan saintik estetik dan pembangunan
yang bersesuaian di sekitar kawasan.
Maklumat asas responden terdiri daripada
kewarganegaran, tempat bermastautin, jantina, umur,
pendidikan dan pekerjaan. Antara maklumat yang dicerap
bagi pemahaman estetik atau landskap berpemandangan
indah adalah pendapat terhadap tempat yang diperhatikan
sama ada mempunyai nilai estetik atau tidak, unsur yang
menyumbang kepada keindahan kawasan, perkara yang
menyebabkan suatu landskap berpemandangan indah dan
kekerapan melawat tapak tersebut. Dari segi perbandingan,
maklumat yang dicerap adalah mengenai kewujudan
landskap berpemandangan indah lain di Langkawi.
Rajah 1: Lokasi kawasan kajian-Pantai Penarak.
LandsKap berpemandangan Indah dI panTaI penaraK, LangKawI: KajIan saInTIfIK dan persepsI KomUnITI seTempaT
117
Geological Society of Malaysia, Bulletin 56, December 2010
Seterusnya skala keindahan bagi kawasan diperhatikan
tersebut berbanding kawasan yang dianggap mempunyai
keindahan di Langkawi. Skala keindahan yang digunakan
adalah dari 1 hingga 10. Nilai 1 adalah yang kurang menarik,
5 dan 6 sebagai antara yang biasa sahaja manakala 10
adalah yang paling menarik atau indah. Maklumat perkaitan
saintik estetik pula mengunakan lakaran landskap geologi
yang dipermudahkan dan pertanyaan mengenai pengalaman
melihat landskap seperti lakaran, diikuti dengan penjelasan
lakaran dan pertanyaan keupayaan lakaran membantu
memahami geologi kawasan ini. Aspek perkaitan saintik
estetik turut memuatkan kesamaan yang diperhatikan dan
perbandingan nilai keindahan selepas mendapat maklumat
saintik tersebut. Komponen pembangunan merujuk jawapan
mengenai pembangunan pelancongan yang dianggap terbaik
untuk kawasan tersebut.
GEOLOGI DAN LANDSKAP PENARAK
Geologi sekitar kawasan Penarak terdiri daripada
batuan sedimen Formasi Setul dan batuan Granit Gunung
Raya. Batuan Formasi Setul dibentuk oleh sedimen jenis
klastik dan batu kapur (Rajah 3). Mengikut Jones (1981)
batuan sedimen klastik Formasi Setul ini terdiri daripada
batu lumpur yang juga dikenali sebagai Ahli Detrital
Atas. Cocks et al. (2005) menamakan unit ini sebagai
Formasi Jentik. Unit batu kapur Formasi Setul di sekitar
kawasan ini terdiri daripada Ahli Batu Kapur Atas yang
diperkenalkan oleh Jones (1981) dan dinamakan semula
sebagai Formasi Mempelam oleh Cocks et al. (2005).
Batu kapur di sini boleh dibahagikan kepada dua iaitu batu
Rajah 2: Pengelasan kepelbagaian
rupabumi mengikut jenis batuan
ubahsuai dari Tanot Unjah &
Ibrahim Komoo (2005; 2007).
kapur daratan dan kepulauan. Kebanyakan perbukitan batu
kapur jenis dataran mempunyai ketinggian yang hampir
sama dari segi pembentukannya manakala batu kapur
kepulauan mempunyai ketinggian yang pelbagai dan tidak
sekata. Namun perbezaan yang ketara antara batu kapur di
kawasan daratan dengan kepulauan adalah kehadiran tebing
curam dan lekukan di kaki tebing hasil tindakan ombak.
Perbukitan batu kapur secara keseluruhan ditutupi oleh
tumbuhan yang agak jarang berbanding perbukitan igneus
yang bersebelahan. Batu lumpur Formasi Setul di kawasan
ini membentuk kepulauan yang mempunyai puncak agak
rata yang kelihatan sebagai permatang. Cerapan ini mungkin
sesuai dengan penafsiran oleh Jones (1981) bahawa batuan
di kepulauan berkenaan membentuk sebuah sinklin.
Batuan igneus Gunung Raya merupakan batuan igneus
yang dominan di kepulauan Langkawi. Wan Fuad Wan
Hassan (1997) menjelaskan batuan ini terdiri daripada batuan
granit yang wujud dalam beberapa jasad igneus di sekitar
Langkawi. Batuan granit yang diperhatikan dari kawasan
ini membentuk perbukitan yang membulat dengan tebing
yang agak landai berbanding batu kapur. Batuan ini juga
lebih banyak ditutupi oleh tumbuhan.
HASIL PEMETAAN
Pemetaan landskap dari titik pandang mengunakan
kaedah mengufuk di sekitar Pantai Penarak telah
mengelaskan landskap kepada dua yang utama iaitu buatan
manusia dan juga tabii. Landskap buatan manusia dalam
kertas ini terhad kepada binaan yang statik. Manakala
landskap tabii adalah merujuk kepada landskap geologi yang
TanoT Unjah & IbrahIm Komoo
Geological Society of Malaysia, Bulletin 56, December 2010
118
dikelaskan berdasarkan kepelbagaian batuan dan dijelaskan
dalam bentuk kepelbagaian rupabumi.
Cerapan dari Pantai Penarak dilakukan pada sudut
pandangan U26° hingga U180° . Daripada cerapan ini
empat kumpulan rupabumi dapat diperhatikan pada jarak
1 km, 2 km, 3 km dan 4 km (Rajah 5).
Landskap yang dibentuk oleh batuan karbonat Formasi
Setul merupakan landskap utama. Sejumlah 21 bentuk
rupabumi berlainan telah dicerap pada batuan karbonat
dan bentuk-bentuk ini boleh dikelaskan ke dalam 4 jenis
rupabumi berasaskan Rajah 2, iaitu kon penara (L2) yang
kelihatan sebagai perbukitan berpuncak rata dengan cerun
landai , kon (L3) yang mewakili perbukitan berbentuk kon
dengan puncak membulat, tempurung (L4) yang mewakili
perbukitan berpuncak membulat seakan tempurung dengan
tebing yang sedikit curam, dan tunggul batu (L6) yang
berbentuk turus atau tiang batu.
Landskap batuan igneus dicirikan oleh rupabumi
berbentuk bukit simetri dengan cerun landai yang hampir
setara dengan I1, manakala landskap batuan sedimen klastik
membentuk rupabumi berbentuk bukit berpuncak rata atau
berpermatang dengan cerun landai yang boleh dibandingkan
dengan S5 dalam pengelasan oleh Tanot Unjah & Ibrahim
Komoo (2005). Rupabumi lain yang turut diperhatikan di
sekitar kawasan ini termasuk pantai berpasir dan beting
pasir yang timbul pada masa air surut.
Pemerhatian mendapati rupabumi yang paling dominan
adalah perbukitan kon dengan puncak membulat (L3).
Menurut Ibrahim Komoo & Tanot Unjah (2005) bentuk
rupabumi kon merupakan hasil pengaruh perubahan
turun naik aras laut kuno yang berlaku sekitar Langkawi.
Kebanyakan bentuk kon ini berada di kawasan daratan
dan ini sesuai dengan pembentukannya yang dipengaruhi
oleh perubahan aras laut kuno. Rupabumi lain seperti kon
penara (L2), bentuk tempurung (L4) dan tunggul laut (L5)
membentuk kars kepulauan yang menunjukkan pengaruh
aktiviti semasa iaitu hakisan oleh ombak.
Antara landskap buatan manusia yang diperhatikan di
sekitar kawasan Pantai Penarak adalah untuk kemudahan
pelancongan dan penjanaan ekonomi penduduk setempat.
Kemudahan pelancongan terdiri daripada jeti pelancong
dan rumah kedai manakala struktur penjanaan ekonomi
terdiri daripada jeti nelayan dan sangkar ikan. Kebanyakan
landskap buatan manusia ini berskala kecil dan berada di
lokasi khusus sekitar kawasan Penarak.
HASIL SURVEI
Survei persepsi komuniti telah dilakukan terhadap
penduduk setempat di sekitar kawasan Penarak. Maklumat
asas responden menunjukan kebanyakan responden adalah
lelaki iaitu 74.2% dan selebihnya wanita sebanyak 25.8%.
Dari segi pekerjaan, 58.1% responden bekerja sendiri,
terdiri daripada nelayan, pemborong dan pekedai, 9.7 %
responden masing-masing bekerja dengan kerajaan atau
swasta dan 22.6% responden untuk lain-lain yang terdiri
daripada pelajar dan suri rumahtangga sebanyak 22.6%. Dari
segi usia kebanyakannya responden berusia antara 45-54
tahun (35.5% ) diikuti oleh kumpulan yang berusia 35-44
tahun (29.0%), 25-34 tahun (16.1%) dan 15-24 tahun serta
55-64 tahun masing-masing 9.7% (Rajah 6). Dari aspek
pendidikan didapati 54.8% daripada mereka mendapat
pendidikan sekolah menengah atas , 16.1% sekolah rendah,
12.9% sekolah menengah rendah, 6.5% kolej, sementara
3.2% mendapat pendidikan atap, vokasional dan universiti.
Rajah 3: Taburan batuan sekitar kawasan Pantai Penarak
Rajah 4: Sudut pandangan dan pengelasan rupabumi dari titik
pandang Pantai Penarak.
LandsKap berpemandangan Indah dI panTaI penaraK, LangKawI: KajIan saInTIfIK dan persepsI KomUnITI seTempaT
119
Geological Society of Malaysia, Bulletin 56, December 2010
Dari segi pemahaman asas estetik yang mengunakan
pendekatan kawasan berpemandangan indah, kriteria
kawasan berpemandangan indah dan skala keindahan
mengikut perbandingan didapati 96.8% daripada responden
merasakan kawasan ini mempunyai nilai estetik manakala
3.2% tidak setuju. Dari segi landskap lebih 87.1%
merasakan keindahan di kawasan ini disumbangkan oleh
keindahan tabii manakala 12.9% berpendapat ia disebabkan
oleh gabungan landskap semulajadi dan binaan manusia.
Dari aspek kualiti keindahan landskap 29.0% merasakan
kawasan ini memberikan rasa damai, 16.1% berpendapat
ada unsur menyegarkan, 9.7% berpendapat kawasan ini
berpemandangan indah, 6.5% disebabkan keharmonian
bentuk dan warna dan 32.3% lain-lain termasuk selesa,
biasa dan dekat (Rajah 7). Pertanyaan mengenai tempat
yang lebih indah berbanding Penarak, sejumlah 19.4%
menyatakan kawasan untuk Teluk Datai, Pantai Chenang
dan Tanjung Rhu, 12.9% memilih Pantai Kok, dan 3.2%
memilih Pantai Penarak, Mahsuri, Pulau Lima, Taman
Lagenda, Pasir Tengkorak dan Pantai Tengah. Berdasarkan
soal selidik didapati komuniti setempat merasakan Pantai
Penarak adalah antara kawasan yang biasa sahaja dengan
58.1% memberikan nilai 6 sebanyak dengan, diikuti 12.7%
yang memberikan nilai 7 dan hanya 3.2% merasakan
kawasan pantai ini antara yang paling menarik di Langkawi
dengan memberikan nilai tertinggi 10.
Bahagian perkaitan saintik dengan estetik dilakukan
dengan menunjukkan lakaran landskap yang telah
Rajah 5: Pandangan landskap dan lakaran rupabumi dari titik pandang Pantai Penarak.
dipermudahkan kepada responden. Pertanyaan mengenai
pemahaman dan perkaitan lakaran dengan pandangan
sebenar memberikan gambaran sumbangan nilai saintik
terhadap nilai estetik kawasan. Berdasarkan soal selidik
77.4% daripada respoden tidak pernah melihat lakaran
sedemikian manakala 22.6% pernah melihat lakaran seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 3. Lakaran asas geologi ini
dianggap biasa kerana sebahagian daripada mereka pernah
terlibat membantu kumpulan penyelidik dari kajibumi pada
awal tahun 1950 hingga 1980-an yang melakukan survei
mineral sekitar kawasan ini. Bagi pertanyaan adakah
mereka dapat melihat kaitan antara lakaran dengan landskap
yang diperhatikan dari Pantai Penarak sebanyak 83.9%
dapat melihat hubungan tersebut manakala 16.1% tidak.
Daripada jumlah yang boleh melihat perkaitan tersebut
41.9% daripadanya merujuk kepada lakaran menyerupai
landskap, 29.0% merasakan lakaran lebih kepada topogra
atau binaan, 25.0% merujuk kepada kepelbagaian rupabumi
yang diperhatikan dan 3.2% melihat lakaran sebagai
panorama kawasan.
Dari perspektif pembangunan yang sesuai dijalankan
di sekitar kawasan ini seramai 48.4% bersetuju tempat
ini perlu dibangunkan secara lestari dengan memberikan
pertimbangan kombinasi pengekalan keadaan landskap
tabii bersama struktur binaan manakala 38.7% mahukan
kawasan ini dikekalkan dengan keadaan tabii. Berbeza
dengan 12.9% yang mahukan pembangunan sepenuhnya
mengambil tempat kawasan ini.
TanoT Unjah & IbrahIm Komoo
Geological Society of Malaysia, Bulletin 56, December 2010
120
PERNYATAAN PENUTUP
Kajian ini menunjukkan bahan saintifik geologi
berasaskan landskap yang dipermudahkan dapat memberikan
kesedaran mengenai sumber warisan geologi di Langkawi.
Kajian ini turut menyokong usaha memperkenalkan geologi
kepada komuniti selaras dengan pengistiharan Langkawi
sebagai geopark yang memberikan penekanan terhadap
kesedaran komuniti mengenai sumber warisan tabii
khususnya geologi.
Pendekatan landskap mengunakan pemetaan dari
titik pandang terpilih yang digunakan dapat memberikan
gambaran terhadap landskap dan geologi yang diperhatikan.
Pemandangan indah sekitar Pantai Penarak adalah oleh
keindahan tabii yang secara saintifiknya didominasi
oleh batu kapur. Berdasarkan kajian ini pendekatan ini
berkesan mengaitkan hubungan landskap dan geologi dan
kebanyakan (83.9%) daripada komuniti yang di soal selidik
bersetuju dengan perkara ini. Nilai saintik geologi dalam
bentuk rupabumi dan landskap juga dapat menambahkan
penghayatan terhadap keindahan kawasan.
Kajian ini mendapati komuniti sekitar Penarak
mempunyai kesedaran yang agak tinggi mengenai aspek
geologi kawasan mereka di mana lebih daripada 22.6%
pernah melihat lakaran geologi yang dilakukan. Ini
menunjukkan aktiviti ahli geosains sama ada eksplorasi
dan pemuliharaan alam sekitar kawasan ini telah mendapat
perhatian daripada komuniti setempat. Terdapat juga unsur
penghargaan terhadap alam tabii dengan sebahagian besar
komuniti menyokong pembangunan secara lestari yang
menitikberatkan pembangunan yang mengekalkan keindahan
tabii serta mesra alam.
PENGHARGAAN
Penyelidik merakamkan terima kasih kepada pihak
Universiti Kebangsaan Malaysia atas geran UKM-GUP-
PLW-11-317 Pembangunan Landskap Geologi untuk
Pendidikan, Pemuliharaan dan Pelancongan serta Geran
Fundamental yang diketuai oleh Prof. Dr. Ibrahim
Komoo dan UKM-XX-05-FRGS0006-2006 Sustainable
Development of Ecotourism in Langkawi yang diketuai
oleh Prof. Madya Dr. Norhayati Ahmad dalam menyokong
keperluan penyelidikan dari segi logistik dan lapangan.
REFERENCES / RUJUKAN
Brown, G., 2004. Mapping spatial attributes in survey research
for natural resource management: methods and applications.
Society and Natural Resources, 18(1), 17-39.
Brown, G., & Raymond, C., 2007. The relationship between place
attachment and landscape values: towards mapping place
attachment. Applied Geography. 27(2), 89-111.
Buijs, A. E., Elands, B. H. M., & Langers, F., 2009. No wilderness
for immigrants: cultural differences in images of nature and
landscape preferences. Landscape and Urban Planning. 91(3),
113-123.
Cocks, L. R. M., Fortey, R. A. & Lee, C. P., 2005. A review of
Lower and Middle Palaeozoic Biostratigraphy in west Penisular
Malaysia and southern Thailand in its context within the
Sibumasu Terrane. Journal of Asian Earth Sciences 24(60),
703-717
Daniel, T. C., 2001. Whither scenic beauty? Visual landscape
quality assessment in the 21st century. Landscape and Urban
Planning. 54(14), 267-281.
Daniel, T. C., & Meitner, M. M., 2001. Representational validity
of landscape visualizations: the effects of graphical realism
on perceived scenic beauty of forest vistas. Journal of
Environmental Psychology. 21(1), 61-72.
Garcia-Perez, M., & Peli, E., 2002. Motion perception under
involuntary eye vibration. Perception. 31, 177.
Lothian, A. 1999. Landscape and the philosophy of aesthetics: is
landscape quality inherent in the landscape or in the eye of
the beholder? Landscape and Urban Planning. 44(4), 177-198.
Ibrahim Komoo & Mazlan Othman, 2001. Geological landscape:
Denition and characterisation for conservation. In: Ibrahim
Komoo, Tjia, H. D. & Mohd Shafeea Leman (eds.) Geological
Heritage of Malaysia-Geoheritage Mapping and Geosite
Characterization, 481-490
Jones, C. R., 1981. Geology and Mineral Resources of Perlis, North
Kedah and Langkawi Islands. Geological Survey of Malaysia
District Memoir 17, 257 p.
Rydell, K. L & Culpin M. S.2010. A history of administrative
development in Yellowstone National Park, 1872–1965.
Available at http://www.nps.gov/yell/historyculture/upload/
front.pdf, accesses 4 Oktober 2010
Natori, Y., & Chenoweth, R., 2008. Differences in rural landscape
perceptions and preferences between farmers and naturalists.
Journal of Environmental Psychology. 28(3), 250-267.
Nassauer, J.I., 1992. The appearance of ecological systems as a
matter of policy. Landscape Ecology. 6, 239–250.
Ode, A., Tveit, M. S., & Fry, G. 2008. Capturing landscape visual
character using indicators: touching base with landscape
aesthetic theory. Landscape Research. 33(1), 89-117.
Palmer, J. F. 2004. Using spatial metrics to predict scenic perception
in a changing landscape: Dennis, Massachusetts. Landscape
and Urban Planning. 69(23), 201-218
Tanot Unjah & Ibrahim Komoo. 2005. Characterization of Kilim
Valley karst landscape: A study based on horizontal view. In:
Mohd. Shafeea Leman, Ibrahim Komoo, A. Latiff & Hood
Salleh (eds.). Culture and Nature Heritage of Langkawi-Kilim
Basin, 199-210.
Tanot Unjah & Ibrahim Komoo, 2007. Kajian awalan pencirian
landskap berpemandangan indah di Selat Kuah, Langkawi. In:
Norhayati,A., Kamal Roslan, M., Shukor, M. N., Mustaffa, O
& A. Latiff (eds.) Culture and Nature Heritage of Langkawi-
Straits of Kuah. 148-160.
Wan Fuad Wan Hassan, 1997. Igneous rocks of Langkawi islands.
In: Ibrahim Komoo, Mohd Shafeea Leman, Kadderi Md Desa
& Ibrahim Abdullah (eds.) Geological Heritage of Malaysia-
Conservation Geology for Ecotourism, 135-148.
Yamashita, S., 2002. Perception and evaluation of water in landscape:
use of photo-projective method to compare child and adult
residents’ perceptions of a Japanese river environment.
Landscape and Urban Planning. 62(1), 3-17.
Zube, E.H., 1980. Environmental Evaluation: Perception and Public
Policy. Wadsworth, Inc., Belmont, CA.
Manuscript received 6 December 2010
ResearchGate has not been able to resolve any citations for this publication.
Article
Full-text available
This paper presents one way that landscape visual character can be captured using indicators derived from nine theory-based concepts related to landscape perception. The paper aims to establish links between landscape aesthetic theory and visual indicators, thus exploring what landscape indicators are really indicating. The steps from abstract visual concepts to measurable visual indicators are described, and links are made to theories of landscape preferences and perception. The focus of the paper is on the application of indicators, including a presentation of the possible data sources of the presented indicators. The paper includes a discussion on the selection of appropriate landscape indicators through a suggested filtering process. The relationships between the concepts and the ability of visual indicators to capture changes in landscape character and other issues related to interpretation are discussed.
Article
Traditional survey research measures attributes such as opinions, attitudes, beliefs, values, norms, and preferences. Few public surveys have attempted to map perceived spatial attributes of places and landscapes, a subject of increasing importance to environmental and natural resource management. For the past 5 years, this researcher has included spatial measures of landscape values and attributes in five separate surveys of the general public in Alaska (1998–2003). This article reviews the spatial data collection rationale behind these studies, design concepts, methods, and implementation issues when administering a general public survey that includes a spatial mapping component. A research framework for using landscape values and spatial measures in GIS planning applications is presented, including suitability analysis, gap analysis, and hot-spot identification. Spatial measure ambiguity and survey response rates will require future research attention. The mapping of psychometric attributes of place through survey research remains a field open to active inquiry and experimentation.
Article
Fossils from the Cambrian to Devonian rocks of southern Thailand, the Langkawi Islands, mainland Kedah, Perlis, north Perak and central West Peninsular Malaysia are listed and reviewed, and their stratigraphy and correlation reassessed. The hitherto anomalous record of the trilobite Dalmanitina from Malaysia is reviewed and found to be of latest Ordovician (Hirnantian) age, rather than Lower Silurian age as previously reported, and is considered a probable synonym of the widespread Mucronaspis mucronata. A new stratigraphical nomenclature is erected for part of the Langkawi, mainland Kedah and Perlis area successions, in which the term Setul Limestone (which stretched from the Ordovician to the Devonian) is abandoned and replaced by the Middle Ordovician Kaki Bukit Limestone, the late Ordovician and early Silurian Tanjong Dendang Formation, the Silurian Mempelam Limestone, and the early Devonian Timah Tasoh Formation, all underlying the paraconformity with the late Devonian Langgun Red Beds. There was a single depositional basin in the generally shallow-water and cratonic areas of southern Thailand, Langkawi, and mainland Kedah and Perlis, in contrast to the deeper-water basin of north Perak. Only Silurian rocks are dated with certainty within another basin in central West Malaysia, near Kuala Lumpur, which were also cratonic and shallow-water, although to the east in west Pahang there are basal Devonian deeper-water sediments with graptolites. The area is reviewed in its position within the Sibumasu Terrane, which, in the Palaeozoic, also included central and northern Thailand, Burma (Myanmar) and southwest China (part of Yunnan Province).
Article
This study explores adults’ and children’s perception and evaluation of water in the landscape. The Photo-Projective Method (PPM), which asks residents to take pictures of their environment and record their descriptions of each scene on site, is used for a local opinion survey of a river landscape of Japan. Adults’ perception and evaluation of water in the landscape are compared with those of children. As perceptual/evaluative dimensions, stream view type, percent of water surface in a picture, rate of selecting water as a subject for photography, and verbally described features of water are used for analysis. It is clear that when adults are the dominant viewers of the landscape, appropriate arrangements of mid- to long-distance elements and dynamic aspects of water should become more significant in landscape planning. By contrast, when pre-pubertal children are the main users of the environment, planners need to focus more on short-distance elements including water, especially on its quality.
Article
Photographs have long been used to represent environmental conditions in the context of landscape quality assessments and environmental perception research. Representational options have been significantly expanded by applications of computer modeling and computer graphic technologies that can provide precise visualizations based on inventoried or model-projected biophysical data. Final graphic displays from computer visualization systems can range from very abstract ‘wire-frame’ models to high resolution, photorealistic video images. An important assumption underlying the use of both photographic and computer rendered visualizations is that human viewers' responses to these representations provide valid indications of perceptions and judgments made in response to direct experience with the landscape conditions nominally represented. In this study the same set of forest landscape scenes was represented by visualizations rendered at four different levels of realism–abstraction. Each representation was shown to separate groups of observers who rated the perceived scenic beauty of the common set of forest landscape scenes. Correlations between the ratings of the same scenes in the different visualization conditions were very low, raising important questions about the representational validity of computer-generated landscape visualizations.
Article
The history of landscape quality assessment has featured a contest between expert and perception-based approaches, paralleling a long-standing debate in the philosophy of aesthetics. The expert approach has dominated in environmental management practice and the perception-based approach has dominated in research. Both approaches generally accept that landscape quality derives from an interaction between biophysical features of the landscape and perceptual/judgmental processes of the human viewer. The approaches differ in the conceptualizations of and the relative importance of the landscape and human viewer components. At the close of the 20th century landscape quality assessment practice evolved toward a shaky marriage whereby both expert and perceptual approaches are applied in parallel and then, in some as yet unspecified way, merged in the final environmental management decision making process. The 21st century will feature continued momentum toward ecosystem management where the effects of changing spatial and temporal patterns of landscape features, at multiple scales and resolutions, will be more important than any given set of features at any one place at any one time. Valid representation of the visual implications of complex geo-temporal dynamics central to ecosystem management will present major challenges to landscape quality assessment. Technological developments in geographic information systems, simulation modeling and environmental data visualization will continue to help meet those challenges. At a more fundamental level traditional landscape assessment approaches will be challenged by the deep ecology and green philosophy movements which advocate a strongly bio-centric approach to landscape quality assessment where neither expert design principles nor human perceptions and preferences are deemed relevant. On the opposite side of the landscape–human interaction, social/cultural construction models that construe the landscape as the product of socially instructed human interpretation leave little or no role for biophysical landscape features and processes. A psychophysical approach is advocated to provide a more appropriate balance between biophysical and human perception/judgement components of an operationally delimited landscape quality assessment system.
Article
A long history of human–nature interactions mediated by agriculture, resulted in high biodiversity in Japanese rural landscapes. This diversity faces drastic decline due to the changes following the socioeconomic circumstances regarding agriculture. Rural conservation will require cooperation among major stakeholders, and knowing how preferences for and perceptions of rural landscapes differ among them can help crafting and implementing effective conservation measures. This study investigated how perceptions of rural landscapes in the Arai-Keinan region, Niigata, Japan differ among people having very different relationships to them. In a photograph-based semantic differential survey, farmers and naturalists, major stakeholders in rural conservation, rated both rice paddy and woodland landscapes. In determining preferences for rice paddy landscapes, perceptions of stewardship and openness were significantly more important for farmers, whereas those of naturalness and biodiversity were significantly more important for naturalists. Such group differences were not found for woodland landscapes. Analysis of perceptions for landscape changes suggested that farmers may have higher normative criteria for rural landscapes than naturalists. Group preferences for intensified rice paddies on sloped topography may conflict, and any rural conservation planning effort should carefully consider that farmers and naturalists consider different aspects of landscapes as important.
Article
This paper investigates residents’ perceptions of scenic quality in the Cape Cod community of Dennis, Massachusetts during a period of significant landscape change. In the mid-1970s, Chandler [Natural and Visual Resources, Dennis, Massachusetts. Dennis Conservation Commission and Planning Board, Dennis, MA, 1976] worked with a community group to evaluate the natural resources of their town, an important component of which was scenic value. In the mid-1990s, the original views were re-photographed and another sample of Dennis residents surveyed. Landscape metrics grounded in the landscape ecology literature were used to predict residents’ perception of scenic value for each time period. The results indicate that approximately half of the variation in scenic perceptions can be explained by spatial landscape metrics and that this model retains its predictive efficacy after 20 years. These results provide some guidance for landscape planners and designers about the preferred composition and configuration of human landscapes. In particular, they provide additional support for the contribution of natural-appearing landscapes with a complex pattern of edges to a community’s scenic quality.
Article
This paper examines the relationships between place attachment and landscape values using two measures of place attachment—a psychometric, scale-based measure [Williams, D. R., & Vaske, J. J. (2003). The measurement of place attachment: Validity and generalisability of a psychometric approach. Forest Science, 49(6), 830–840] and a map-based measure derived from mapped special places [Brown, G. (2005). Mapping spatial attributes in survey research for natural resource management: Methods and applications. Society and Natural Resources, 18(1), 17–39]. We first examine the external validity of a two-dimensional, psychometric place attachment scale in Australia and its relationship with place-based landscape values. The place attachment scale and landscape value measures were included in a mail survey of residents and visitors to the Otways region (Victoria, Australia). Exploratory factor analysis of resident subgroups and visitors demonstrate the place attachment scale consists of two dimensions with high reliability. We use regression analysis to show that landscape importance values, especially spiritual and wilderness values, are significant predictors of the scale-based measure of place attachment. We then examine the relationship between a map-based measure of place attachment and landscape values. We use spatial cross-correlation and regression analyses to show that aesthetic, recreation, economic, spiritual, and therapeutic values spatially co-locate with special places and thus likely contribute to place attachment. We argue that survey mapping of landscape values and special places provides a reasonable proxy for scale-based measures of place attachment while providing richer, place-based information for land use planning. We conclude by introducing the concept of a map-based place attachment index and suggest that survey-based measures of landscape values and special places can be used to assess the risk associated with landscape modification. We provide a map showing one possible place attachment index for the Otways region and discuss its potential application.