Conference PaperPDF Available

ADAPTASI DAN RESILIENS KOMUNITI TERHADAP BANJIR DI KELANTAN, MALAYSIA

Authors:

Abstract

Banjir adalah satu bencana alam yang berlaku disebabkan oleh faktor klimatologi atau faktor iklim seperti keadaan suhu, taburan hujan, sejatan, pergerakan angin dan keadaan semulajadi muka bumi. Di dalam konteks Malaysia banjir adalah sesuatu yang berlaku secara tradisi terutamanya di Pantai Timur Semenanjung semasa musim tengkujuh. Peningkatan kekerapan banjir yang berlaku di Malaysia adalah disebabkan semulajadi akibat daripada perubahan monsun, pembalakan yang tidak terkawal atau peningkatan kawasan setinggan di dalam bandar. Oleh hal yang demikian, banjir di Pantai Timur khususnya di Kelantan telah membawa kepada pelbagai kemusnahan yang sangat mendukacitakan dan menyebabkan mangsa banjir banyak kehilangan tempat tinggal, nyawa, harta benda dan lain-lain. Kesedaran mengenai perkara ini telah menyebabkan pihak kerajaan menguruskan masalah banjir dengan lebih sistametik dengan memfokuskan Structural Management Model (SMM) yang menekankan kepada satu pengurusan yang dari atas ke bawah yang diwakili oleh pihak kerajaan bagi menguruskan sesuatu bencana dengan menggunakan Goverment-Centric Top-Down Approach (GCTDA). Justeru, kajian ini akan menekankan kepada beberapa objektif utama iaitu mengkaji sejauhmna adaptasi keluarga atau individu dalam menghadapi fenomena banjir di negeri Kelantan, mengkaji bantuan yang diterima oleh keluarga dan individu mangsa banjir dalam menghadapi dan memulih banjir serta bantuan daripada kapita sosial (termasuk bantuan dalam keluarga dan jaringan persahabatan) dalam menghadapi dan memulih daripada banjir.
KERTAS KERJA
ADAPTASI DAN RESILIENS KOMUNITI TERHADAP BANJIR DI
KELANTAN, MALAYSIA
1.0 Pendahuluan
Banjir adalah satu bencana alam yang berlaku disebabkan oleh faktor klimatologi atau faktor
iklim seperti keadaan suhu, taburan hujan, sejatan, pergerakan angin dan keadaan semulajadi
muka bumi (Balek, 1983). Di dalam konteks Malaysia banjir adalah sesuatu yang berlaku
secara tradisi terutamanya di Pantai Timur Semenanjung semasa musim tengkujuh.
Peningkatan kekerapan banjir yang berlaku di Malaysia adalah disebabkan semulajadi akibat
daripada perubahan monsun atau peningkatan kawasan setinggan di dalam bandar (Chan
1996; Jamaluddin & Sham 1987; Rose & Peter 2001).
Banjir berlaku disebabkan sama ada oleh hujan yang berterusan mengakibatkan kuantiti yang
lebih besar daripada biasa atau air sungai yang melimpah ke tebing sungai ataupun kedua-
duanya sekali (Balkema et al. 1993; Schulz et al. 1972). Oleh hal yang demikian, disebabkan
bencana banjir di Malaysia berlaku secara kerap dan menyebabkan masyarakat banyak
kehilangan tempat tinggal, nyawa, harta benda dan lain-lain. Kesedaran mengenai perkara ini
telah menyebabkan pihak kerajaan menguruskan masalah banjir dengan lebih sistametik
dengan memfokuskan Structural Management Model (SMM) yang menekankan kepada satu
pengurusan yang dari atas ke bawah yang diwakili oleh pihak kerajaan bagi menguruskan
sesuatu bencana dengan menggunakan Goverment-Centric Top-Down Approach (GCTDA).
Justeru, kajian ini akan menekankan kepada beberapa objektif utama iaitu mengkaji pelbagai
bentuk kerugian akibat bencana banjir secara langsung atau tidak langsung serta kesan-kesan
yang diterima. Seterusnya adalah menilai tahap adaptasi masyarakat, individu dan institusi
terhadap banjir dan mengkaji sejauhmanakah komuniti (keluarga dan individu) bergantung
kepada bantuan kapita sosial (termasuk bantuan dalam keluarga dan jaringan persahabatan)
dalam menghadapi dan memulih daripada banjir.
2.0 Tujuan Kajian
Tujuan kajian ini untuk mengkaji bagaimana adaptasi mangsa banjir di Kelantan pada tahun
2014, sebagaimana yang diketahui banjir tersebut yang digelar “Bah Kuning” merupakan
banjir terburuk di dalam lipatan sejarah selepas 1967. Hal ini bagi memastikan bagaimana
adaptasi dan resiliens penduduk di Kelantan dalam mengharungi banjir yang teruk baru-baru
ini sehingga memusnahkan tempat tinggal, harta benda, nyawa, infrastruktur dan lain-lain
lagi.
Selain itu juga, tujuan kajian ini untuk melihat bagaimana komuniti (keluarga dan individu)
bergantung kepada bantuan di luar keluarga dan jaringan persahabatan seperti bantuan
kerajaan dan bantuan bukan kerajaan dalam menghadapi banjir yang paling terburuk di dalam
sejarah negeri Kelantan. Tujuan lain bagi melihat sejauhmanakah (keluarga dan individu)
bergantung kepada bantuan kapita sosial termasuk dalam keluarga dan jaringan persahabatan
dalam menghadapi dan memulih dari banjir.
3.0 Permasalahan Kajian
Malaysia adalah sebuah negara yang tidak terbiasa dengan bencana alam yang sangat ekstrem
seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, kemarau berpanjangan dan lain-lain. Tetapi tetap
mengalami bencana alam yang berterusan seperti banjir yang membahayakan manusia kerana
bencana banjir merupakan masalah yang paling utama di negara ini. Banjir berlaku
disebabkan oleh hujan yang berterusan tanpa henti menyebabkan permukaan tanah tidak
dapat menyerap air dan akan melimpah terutamanya permukaan yang rendah. Bencana banjir
yang berlaku di dalam negara telah mengalami kerugian berjuta-juta ringgit setiap tahun.
Kerosakan dari segi tanaman, harta benda, kerosakan infrastruktur, kerugian dalam
perniagaan dan industri serta turut mengancam nyawa manusia.
Oleh hal yang demikian, menyedari bencana banjir ini bukanlah satu perkara yang boleh
dipandang ringan, oleh itu kesedaran dari pihak kerajaan mengenai hal ini telah menyebabkan
mereka memfokuskan kepada Model Pengurusan Struktur dimana menjalankan langkah-
langkah bagi mengurangkan bahaya banjir seperti pembinaan empangan, benteng, saluran
pintasan, dan lain-lain bagi mengawal banjir. Tetapi pendekatan ini tidak berkesan dan efektif
bagi menghadapi bencana banjir pada masa hadapan.
Kesedaran terhadap bencana banjir ini telah menyebabkan pihak kerajaan juga telah
memfokuskan kepada Goverment-Centric Top Down Approach (GCTDA) dimana pendekatan
ini bertanggungjawab kepada orang awam dalam pengurusan bencana banjir keseluruhannya.
Berdasarkan pendekatan ini, orang awam atau mangsa banjir yang terlibat akan diuruskan
dan diberikan subsidi sepenuhnya oleh pihak yang terbabit. Hal ini akan menyebabkan
mangsa banjir yang terlibat hanya bergantung sepenuhnya kepada pihak kerajaan dan leka
dengan subsidi yang diberikan tanpa berusaha sendiri dan memberikan beban kepada
kerajaan. Tambahan lagi, bagi mangsa banjir yang terlibat tidak bersedia dan tidak
mempunyai daya tahan untuk menghadapi banjir pada masa hadapan kerana mereka hanya
akan bergantung kepada kerajaan.
4.0 Skop Kajian
Kajian ini tertumpu di lokasi terjejas banjir yang paling teruk di kawasan Kota Bharu, Kuala
Krai, Kota Bharu, Wakaf Che Yeh dan lain-lain. Kajian ini menumpukan kepada bantuan
yang diterima oleh mangsa banjir secara langsung dan tidak langsung yang mana bantuan
dari keluarga dan jaringan persahabatan serta bantuan daripada pihak kerajaan dan bukan
kerajaan. Responden yang diambil tidak mengira batasan umur dan bangsa, kesemua
responden yang diambil adalah dari mangsa banjir yang terjejas teruk.
5.0 Objektif Kajian
1) Mengkaji sejauhmanakah komuniti (keluarga dan individu) mengadpatasi dan
menghadapi fenomena banjir di Negeri Kelantan.
2) Mengkaji sejauhmanakah komuniti (keluarga dan individu) bergantung kepada
bantuan di luar keluarga dan jaringan persahabatan seperti bantuan kerajaan dan
bantuan bukan kerajaan dalam menghadapi dan memulih daripada banjir.
3) Mengkaji sejauhmanakah komuniti (keluarga dan individu) bergantung kepada
bantuan kapita sosial (termasuk bantuan dalam keluarga dan jaringan persahabatan)
dalam menghadapi dan memulih daripada banjir.
6.0 Sorotan Literatur
Banjir berlaku disebabkan peningkatan berterusan frekuensi air di beberapa tempat di
Malaysia sejak kebelakangan ini dan menyebabkan kerugian berjutajuta ringgit. Banjir pada
musim tengkujuh biasanya kerap berlakunya di Pantai Timur yang melumpuhkan ekonomi di
sesebuah tempat di sebabkan gelombang banjir yang terlalu kuat. Banjir juga berlaku
disebabkan sama ada oleh hujan yang berterusan mengakibatkan kuantiti yang lebih besar
daripada biasa atau air sungai yang melimpah ke tebing sungai ataupun kedua-duanya sekali
(Balkema et al. 1993; Schulz et al. 1972). Oleh itu, pendedahan awal kepada masyarakat
setempat berkenaan dengan jenis-jenis banjir, situasi banjir, manfaat yang boleh diperolehi
dan cara pencgahan amat penting supaya mereka dapat bersedia menghadapi banjir (Grelot &
Guillaume, 2003). Tambahan, menurut Organisasi Meteorologi Dunia (WMO), dari
penelitian yang dijalankan di beberapa buah negara menunjukan bahawa peramalan dan
peringatan tentang bahaya banjir boleh menurunkan potensi kerugian antara 6% hingga 40%.
Permasalahan banjir memang tidak dapat diselesaikan sepenuhnya, tiada penyelesaian
yang begitu khusus untuk mengatasi banjir yang berlaku sehingga kini. Oleh itu, mengatasi
segala bentuk banjir adalah mustahil, tetapi bekerjasama dalam mengatasi banjir adalah tidak
mustahil (Williams, 1994). Bagaimanapun, masalah yang disebabkan banjir boleh dikawal
dan dapat dikurangkan tahap kerugiannya hasil daripada kerjasama pihak kerajaan dalam
pengurusan banjir yang lebih sistametik dan efektif, seperti mana di negara China, satu sistem
pengurusan kawalan banjir telah direkabentuk hasil kepakaran kejuruteraan. Peringkat
permulaan program ini menumpukan kepada sungai-sungai atau satu lembangan sungai
sahaja (Cheng & Chau, 2004). Hal ini bagi memudahkan kerja-kerja pengurusan contohnya
Sihu Decision Support System (SDSS) yang telah digunakan sebagai sistem sokongan dalam
membantu meramalkan kawasan banjir secara real time’ untuk operasi kawalan banjir yang
berasaskan sistem saliran.
Justeru, kebanyakan pengurusan banjir sebelum ini hanya menumpukan satu
perspektif yang terhad, iaitu langkah-langkah untuk mengawal banjir (Winterscheid, 2007),
sedangkan banjir adalah lebih dari itu. Menurut Qing dan Qiang (2007), pengurusan bencana
banjir melibatkan tiga fasa iaitu sebelum bencana, semasa bencana dan selepas bencana.
Strategi yang perlu diambilkira adalah amaran banjir, komunikasi yang efisien, risiko yang
ditanggung, rutin persediaan perlindungan, corak gunatanah, pemetaan risiko banjir serta
langkah-langkah struktur lain. Terdapat pelbagai model yang digunakan dalam pengurusan
banjir tetapi bukan semua model boleh digunakan dalam setiap masa untuk semua
masyarakat dan semua konteks, bagaimana mangsa banjir menghadapi dan bertindakbalas
dengan bahaya banjir sama ada berdikari sendiri, bergantung pada rangkaian peranan kapita
sosial dan sebahagian besarnya bergantung kepada kerajaan sepenuhnya. Hal ini akan
menentukan kejayaan dalam sesuatu pengurusan banjir.
Negara membangun contohnya Malaysia bergantung sepenuhnya kepada Top-Down
Government-Centric Model dalam menguruskan dan bencana. Walaubagaimana pun, model
ini bergantung sepenuhnya kepada inisiatif kerajaan dalam pengurusan dan kurang
melibatkan penyertaan daripada orang ramai. Oleh itu respon daripada orang awam
berkurang dari segi persediaan mereka dalam menghadapi banjir kerana mereka bergantung
harap kepada kerajaan untuk membantu. Oleh itu, model-model yang telah diketengahkan
dalam pengurusan bencana sangat penting bagi kejayaan pengurusannya. Model yang terbaru
diketengahkan adalah menekankan peranan modal sosial sebagai agen yang penting di dalam
pengurusan banjir dan kerugian akibat bencana yang diketengahkan oleh beberapa penyelidik
di Amerika Syarikat (Aldrich, 2012), tetapi di Malaysia apa yang dapat diperhatikan adalah
peranan modal sosial di dalam pengurusan banjir yang terlalu banyak menyebabkan
masyarakat leka dan tidak berdaya tahan dalam menghadapi banjir kerana mereka leka
dengan bantuan yang telah diberi oleh pihak kerajaan dan tidak mempunyai respon bagi
bahaya banjir.
7.0 Kaedah Kajian
7.1 Kaedah Pengumpulan Data
Kaedah pengumpulan data merupakan aspek yang paling penting dalam menjalankan
sesebuah kajian. Kajian ini dilakukan berpandukan dua kaedah utama iaitu rujukan data
sekunder dan pengumpulan data primer, bagi memudahkan kerja, penulis telah pecahkan
pengumpulan data kepada tiga peringkat iaitu sebelum kajian dijalankan, semasa kajian
dilakukan dan selepas kajian dilakukan.
7.1.1 Sebelum Kajian Dijalankan
Pada peringkat ini, pengumpulan data yang diperoleh dari pembacaan bahan-bahan bercetak
seperti buku rujukan, tesis, kertas kerja, jurnal, artikel, keratan akhbar serta sumber-sumber
lain sangat penting bagi menambahkan rujukan kepada kajian yang akan dilaksanakan.
Pengumpulan data sekunder ini penting bagi penyelidik supaya mendalami bidang tajuk yang
dipilih sebelum membuat kajian lapangan. Sebelum kajian dijalankan, kaedah analisis
kandungan dilakukan bagi menyimpan dan merekod maklumat yang diperolehi di dalam fail
untuk memudahkan penyelidik merujuk semula data, kaedah ini dapat mengklafikasikan
sebarang dokumen atau isu yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan oleh penyelidik
(Mohd Majid Konting, 1990).
7.1.2 Semasa Kajian Dijalankan
Pada peringkat ini, proses pengumpulan data dan maklumat dijalankan. Penyelidik berada di
lapangan untuk mengutip data. Di dalam peringkat ini penulis menggunakan beberapa kaedah
iaitu pemerhatian, temubual , soal selidik dan kajian lapangan.
7.1.2.1 Kaedah Pemerhatian
Bagi kajian ini, kaedah pemerhatian yang dijalankan adalah sebelum dan selepas bencana
banjir yang berlaku di kawasan kajian yang dipilih. Kaedah ini bagi melihat fasa-fasa yang
berlaku ketika musim banjir dan selepas banjir. Adaptasi penduduk terhadap banjir dan
langkah-langkah yang dilakukan.
7.1.2.2 Kaedah Soal Selidik
Kaedah soal selidik menjadi tunjang kepada penyelidik kerana kualiti dan mutu soal selidik
ini akan menjadi penentu kepada dapatan kajian hasil kajian yang akan diperolehi. Tujuan
sebenar soal selidik adalah bagi mendapatkan data daripada responden. Tambahan lagi soal
selidik merupakan satu usaha penyelidik untuk menyampaikan idea terhadap sesuatu isu bagi
membolehkan penyelidik mendapatkan jawapan daripada responden (Syed Arabi, 1992).
7.1.2.3 Kaedah Temubual
Kaedah temubual juga digunakan untuk mendapatkan data sokongan selain daripada kaedah
soal selidik. Temubual formal dan mendalam bersama responden dan organisasi terlibat di
dalam pengurusan banjir akan dijalankan bagi mendapatkan data yang lebih bermutu.
Temubual yang akan dijalankan direkodkan dengan menggunakan alat perakam suara
dengan keizinan responden bagi mengelakkan maklumat dari tertinggal dan tercicir.
7.1.2.4 Kaedah Kajian Lapangan
Kajian lapangan merupakan satu kaedah yang diperlukan bagi menjalankan kajian yang
melibatkan komuniti tentang sesuatu perkara. Kaedah kajian lapangan digunakan bagi
mengumpul maklumat mengenai pembolehubah dan hubungannya diantara setiap
pembolehubah (Kerlinger: 1973; Mohd Majid: 1990). Kebaikan kajian lapangan ini adalah
penyelidik dapat melihat tingkah laku manusia di dalam persekitaran tersebut. Oleh itu,
penyelidik dapat membuat kajian dalam situasi yang sebenar dan memudahkan kajian
penyelidik bagi meningkatkan lagi pemahaman penyelidik di dalam lokasi kajian tersebut.
7.1.2.5 Selepas Kajian Di Jalankan
Peringkat ini, pengkaji mula memproses data yang telah dikumpul, data soal selidik akan
dimasukkan di dalam perisian SPSS bagi mengekodkan kategori-kategori tertentu untuk
memudahkan dalam penganalisisan data. Data yang telah siap diproses akan dianalisa oleh
pengkaji, data tersebut membantu penyelidik bagi membuat keputusan terhadap objektif yang
telah digariskan tercapai atau sebaliknya. Hujah-hujah yang dikemukakan oleh pengkaji
perlulah di sokong oleh sumber data primer yang telah dibuat melalui kepustakaan.
8.0 Kesimpulan
Kajian ini merupakan kajian banjir yang melanda negeri Kelantan baru-baru ini,
mungkin sebelum ini masyarakat di Kelantan sudah terbiasa dengan musim tengkujuh dan
banjir di negeri mereka. Tetapi banjir pada kali ini adalah banjir yang terburuk yang pernah
melanda negeri Kelantan, oleh itu, adakah mereka dapat menerima musibah bencana banjir
ini dengan baik atau sebaliknya. Oleh itu, pihak-pihak yang tertentu samaada kerajaan atau
bukan kerajaan dan lain-lain mestilah bekerjasama dalam memulihkan semula keadaan
infrastruktur yang telah musnah akibat banjir yang lalu.
BIBLIOGRAFI
Aldrich, D.P. (2012) Building Resilience: Social Capital in Post-Disaster Recovery. Chicago:
The University of Chicago Press.
Balek, J. (1983). Hydrology and Water Resources in Tropical Regions. Developments in
Water Science 18.
Chan, N.W. (1995) A Contextual Analysis of Flood Hazard Management in Peninsular
Malaysia, Flood Hazard Research Centre Publication, Tesis PhD, Middlesex University
(UK).
Chan, N.W. dan Parker, D.J. (1996) Response to Dynamic Flood hazard Factors in Peninsular
Malaysia, The Geographical Journal 162 (3), November, 313-325.
Chan, N.W. (1996a) Kejadian Banjir Kilat di Kawasan Bandar-Bandar Besar di Malaysia:
Sebab-Sebab Peningkatan Risiko dan Pendedahan Masyarakat Manusia kepada Bahaya
Banjir, Perantara 14 (3), June, 8-16.
Chan, N.W. (1996b). Vulnerable of Urban Areas to Floods. The Star, 26 Jan. 1996: 4-6.
Chan, N.W. (2002) Pembangunan, Pembandaran dan Peningkatan Bahaya dan Bencana Air
di Malaysia: Isu, Pengurusan dan Cabaran. Penang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Chan, N.W. (2011) Addressing Flood Hazards via Environmental Humanities in Malaysia.
Malaysian Journal of Environmental Management 12(2) (2011): 11-22.
Cheng, Chun-Tian & Chau, K.W. (2004). Flood Control Management System For
Reservoirs. Source: Environmental Modelling and Software, v 19, n 12, December, 2004, p
1141-1150. Publisher: Elsevier Ltd.
Creswell, J.C. (2008). Educational Research-Planning, Conducting and Evaluating
Quantitative and Qualitative Research. California: John Wiley and Son.
Eyles, J. (1988). Interpreting the Geographical World: Quantitative Approaches in
Geographical Research. Dalam Eyles, J dan Smith, D.M (eds) Qualitative Methods in Human
Geography. Oxford: Polity Press. xi-xiii.
Gay, L.R & Airasian, P. (2000). Educational Research: Competencies for Analysis and
Application. Ed ke-6. New Jersey: Merrill.
Grelot, F. & Guillaume, B. (2003). Flood-Scale: A Procedure To Elicit Public Values In
Flood Risk Management. Source: Progress in Water Resources, v 8, Water Resources
Management III, 2003, p 389-399. Conference: Second International Conference on Water
Resources Management, Water Resources Management II, Apr 30-May 2 2003, Las Palmas,
Spain Sponsor: Wessex Institute of Technology;American Society of Civil Engineering
(ASCE). Publisher: WITPress.
Jamaluddin, J. & S. Sham. (1987). Deveopment Process, Soil Erosion and Flashfloods in the
Kelang Valley Region, Peninsular Malaysia: A general consideration. Arch Hydrobiol Beih
28: 399-405.
Michael, J.D. & Fornell, C. (1991). A Framework for Comparing Customer Satisfaction
Across Individuals and Product Categories. Journal of Economics Psychology, 12(2), 267-
286.
Mohd Majid Konting. (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Qing, Y. & Qiang, Z. (2007). Study On Decision Support System Of Flood Disaster Based
On The Overall Process Emergency Management. Source: 2007 International Conference on
Wireless Communications, Networking and Mobile Computing, WiCOM 2007, 2007
International Conference on Wireless Communications, Networking and Mobile Computing,
WiCOM 2007, 2007, p 6120-6123.
Rose, S. & Peter, E.N. (2001). Effect of Urbanization on Stream Flow in the Atlanta Area
(Georgia, USA): A comparative Balkema, A.A., Rotterdam & Brookefield 1993. Hydrology
and Water Management of Deltaic Areas. Netherland: Center for Civil Engineering Research
and Codes hydrological approach. Hydrological Processess 15(8): 1441-1457.
Schulz, E.F., Koelzer, V.A. & Mahmood, K. (1972). Floods and Droughts. United States:
Water Resources Publications.
Tollan, A. (2002). Land-Use Change And Floods: What Do We Need Most, Research Or
Management?. Source: Water Science and Technology, v 45, n 8, 2002, p 183-190.
Williams, P. B. (1994). Flood Control Vs. Flood Management. Source: Civil Engineering
(New York), v 64, n 5, May, 1994, p 51-54. Publisher: Publ by ASCE.
Winterscheid, A. (2007). Application Of Scenario Technique In Flood Risk Management.
Source: Water Science and Technology, v 56, n 4, Innovations in Coping with Water and
Climate Related Risks, 2007, p 87-95. Publisher: IWA Publishing.
ResearchGate has not been able to resolve any citations for this publication.
Research
Full-text available
Inaugural Professorial Lecture on Development, Urbanization and Increase in Water Disaster in Malaysia
Article
Full-text available
Rapidly-industrializing, developing countries face increasing environmental disaster potential. Rising disaster losses are an indicator of non-sustainable development. Analysis of flood hazard in peninsular Malaysia exemplifies these problems. Malaysia has a rapidly-growing economy and evidence suggests that the flood hazard is worsening largely because of rapid urbanization and development. This is revealed by analysing trends in five 'flood hazard factors': variables which explain flood disaster potential. mood risk, exposure and damage potential are all increasing. High levels of poverty in flood plains suggest that peoples' vulnerability to floods is not being reduced. A large proportion of interviewed flood-prone households have low incomes, especially in eastern peninsula locations, and reported flood damages are high. Indigenous household flood adjustments, including 'stilt houses', limit flood vulnerability especially in the rural east. Unfortunately, modernization threatens traditional life-styles and erodes indigenous hazard-adaptations. State response is heavily engineering-oriented and is failing to address development-induced flood hazard potential. Policies are required which marry hazard reduction to poverty reduction and sustainable development.
Article
Discusses the difference between flood control and flood management. Reference is made to experience with structural flood protection in the US. Here, and in other countries world wide, there is a growing acceptance that flood control conflicts with flood management. Moves being made towards restoring floodplains, or creating artificial floodplain storage are outlined. In contrast, some of the world's large flood control projects, including the Three Gorges Dam Project and the Bangladesh Flood Action Plan, are discussed. -J.M.McLaughlin
Book
Lit review primarily uses journal articles, but can also draw on conference papers, books, and government documents. , Lit review steps
Book
The clear and practical writing of Educational Research: Planning, Conducting, and Evaluating Quantitative and Qualitative Researchhas made this book a favorite. In precise step-by-step language the book helps you learn how to conduct, read, and evaluate research studies. Key changes include: expanded coverage of ethics and new research articles.
Book
Each year, natural disasters threaten the strength and stability of communities worldwide. Yet responses to the challenges of recovery vary greatly and in ways that aren't always explained by the magnitude of the catastrophe or the amount of aid provided by national governments or the international community. The difference between resilience and disrepair, Daniel P. Aldrich shows, lies in the depth of communities' social capital. "Building Resilience" highlights the critical role of social capital in the ability of a community to withstand disaster and rebuild the infrastructure and ties that are at the foundation of any community. Aldrich examines the post-disaster responses of four distinct communities - Tokyo following the 1923 earthquake, Kobe after the 1995 earthquake, Tamil Nadu after the 2004 Indian Ocean tsunami, and New Orleans post-Katrina - and finds that those with robust social networks were better able to coordinate recovery. In addition to quickly disseminating information and assistance, communities with an abundance of social capital were able to minimize the migration of people and resources out of the area. With governments increasingly overstretched and natural disasters likely to increase in frequency and intensity, an understanding of what contributes to efficient reconstruction is more important than ever. "Building Resilience" underscores a critical component of an effective response.
Article
PART I INTRODUCTION Chapter 1 Introduction to Educational Research Chapter 2 Selecting and Defining a Research Topic Chapter 3 Reviewing the Literature Chapter 4 Preparing and Evaluating a Research Plan Chapter 5 Selecting a Sample Chapter 6 Selecting Measuring Instruments PART II QUANTITATIVE METHODS Chapter 7 Survey Research Chapter 8 Correlational Research Chapter 9 Causal-Comparative Research Chapter 10 Experimental Research Chapter 11 Single-Subject Experimental Research PART III QUANTITATIVE DATA ANALYSIS Chapter 12 Descriptive Statistics Chapter 13 Inferential Statistics PART IV QUALITATIVE RESEARCH Chapter 14 Qualitative Data Collection Chapter 15 Narrative Research Chapter 16 Ethnographic Research Chapter 17 Case Study Research Chapter 18 Qualitative Research: Data Analysis and Interpretation PART V MIXED METHODS Chapter 19 Mixed Methods Research: Integrating Qualitative and Quantitative Methods PART VI ACTION RESEARCH Chapter 20 Action Research PART VII REPORTING RESEARCH Chapter 21 Preparing a Research Report PART VIII CRITIQUING RESEARCH Chapter 22 Evaluating a Research Report