Conference PaperPDF Available

Prinsip Islam Di Kediaman Muslim Menegak: Kajian Perbandingan Susun Atur Ruang Dalaman Pangsapuri Di Malaysia Dan Yemen.

Authors:
  • Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, Perak, Malaysia
Conference Paper

Prinsip Islam Di Kediaman Muslim Menegak: Kajian Perbandingan Susun Atur Ruang Dalaman Pangsapuri Di Malaysia Dan Yemen.

Abstract

Kediaman adalah keperluan asas bagi setiap Muslim. Setiap ketua keluarga wajib menyediakan kediaman yang lengkap mengikut keupayaan masing-masing. Kediaman di dalam Islam berfungsi sebagai pusat pembangunan keluarga, tempat beribadat, pusat pendidikan dan pelbagai fungsi sebagaimana di nyatakan di dalam Al-Qur’an dan hadith. Untuk mencapai fungsi-fungsi tersebut, kediaman Muslim dibangunkan berdasarkan prinsip-prinsip rekabentuk dan susun atur ruang yang berteraskan pembangunan individu, keluarga dan ummah. Setiap elemen rekabentuk seperti pintu masuk, tingkap, pintu, perancangan ruang dalaman dan perletakkan bilik harus mengambil kira prinsip-prinsip Islam seperti hijab wanita, peranan wanita, aspek privasi, halal dan haram. Walau bagaimanapun, perancangan ruang pangsapuri kos rendah khususnya pangsapuri PPR dikatakan kurang Islamik di dalam perancangan susun atur ruangnya. Ia berbeza dengan pangsapuri moden di Yemen yang masih mampu mengekalkan prinsip-prinsip ini di dalam perancangan ruangnya. Kertas kerja ini membincangkan hanya satu daripada prinsip-prinsip Islam yang mempengaruhi perancangan ruang dalaman kediaman Muslim iaitu prinsip penambahan keluarga. Prinsip penambahan keluarga dibincang berdasarkan keperluan aktiviti keluarga Muslim dan kesannya terhadap rekabentuk kediaman. Terdapat empat kes kajian iaitu rumah menara Yemen, pangsapuri moden Yemen, rumah Kutai dan pangsapuri PPR dipilih sebagai subjek perbandingan. Keempat-empat di pecahkan kepada dua kumpulan iaitu kediaman traditional Muslim dan kediaman moden Muslim. Pemilihan kes kajian adalah criteria yang telah di tetapkan. Hasilan kajian mendapati , pangsapuri PPR gagal memenuhi keperluan prinsip penambahan keluarga Islam. Ini amat berbeza dengan pangsapuri moden Yemen yang masih mengambilkira keperluan prinsip ini. Hasilan kajian ini diharap mampu memberikan rujukan dan panduan untuk pihak berwajib untuk melihat prinsip-prinsip Islam di dalam perancangan rekabentuknya di masa hadapan. Kata kunci: Prinsip Islam; fleksibiliti; penambahan keluarga; pangsapuri Yemen; pangsapuri Malaysia
ResearchGate has not been able to resolve any citations for this publication.
ResearchGate has not been able to resolve any references for this publication.