ResearchPDF Available

TUNTUTAN WARIS KESULTANAN SULU KE ATAS NEGERI SABAH, 1673-2013

Authors:

Abstract

Tuntutan hak kedaulatan ke atas negeri Sabah oleh Kesultanan Sulu dan warisnya menjadi isu yang hangat pada tahun 2013. Apakah kebenaran dalam tuntutan tersebut? Persoalan ini mendorong saya untuk menyampaikan pendapat tersendiri berhubung kebenaran dalam isu tuntutan ke atas Sabah, khususnya dari perspektif sejarah, yakni bidang ilmu yang saya ceburi. Memang agak banyak fakta yang telah dikemukakan oleh pelbagai sarjana, tetapi saya hanya memilih empatbelas daripadanya untuk menjadi pengetahuan dan panduan dalam memahami sejarah tuntutan oleh Kesultanan Sulu dan kerajaan Filipina ke atas negeri Sabah.
TUNTUTAN WARIS KESULTANAN SULU KE ATAS NEGERI SABAH, 1673-2013
By BILCHER BALA1
Tuntutan hak kedaulatan ke atas negeri Sabah oleh Kesultanan Sulu dan warisnya menjadi isu
yang hangat pada tahun 2013. Apakah kebenaran dalam tuntutan tersebut? Persoalan ini
mendorong saya untuk menyampaikan pendapat tersendiri berhubung kebenaran dalam isu
tuntutan ke atas Sabah, khususnya dari perspektif sejarah, yakni bidang ilmu yang saya ceburi.
Memang agak banyak fakta yang telah dikemukakan oleh pelbagai sarjana, tetapi saya hanya
memilih empatbelas daripadanya untuk menjadi pengetahuan dan panduan dalam memahami
sejarah tuntutan oleh Kesultanan Sulu dan kerajaan Filipina ke atas negeri Sabah.
Pertama, Kesultanan Sulu mula menuntut hak wilayah kedaulatan ke atas seluruh
wilayah Sabah daripada Kesultanan Brunei selepas tamatnya Perang Saudara Brunei (1661-
1673). Dalam pensejarahan Brunei tidak wujud pernyataan yang menjelaskan bahawa Sabah
pernah ‘dihadiahkan’ kepada Kesultanan Sulu. Hakikatnya, Sabah adalah wilayah
de facto
Kesultanan Brunei sejak abad Ke-14. Perebutan takhta Brunei di antara Sultan Abdul Hakkul
Mubin(1661-1673) dan Bendahara Muhyiddin (1673-1690) menimbulkan spekulasi dalam
pensejarahan Kesultanan Sulu bahawa Muhyiddin telah mengutus satu suratkepada Sultan
Sulu untuk membantunya mengalahkan Sultan Mubin dan menawarkan wilayah Sabah sebagai
ganjaran atau hadiah.Pada tahun 1880, satu karya pensejarahan Brunei yang diberikan tajuk
Selesilah (Book of the Descent)of the Rajas of Bruni
telah diterbitkan oleh Sir Hugh Low
(mantan Residen di negeri Perak) dalam
Journal of the Straits Branch of the Royal Asiatic
Society
. Dalam pensejarahan Brunei tersebut menafikan tuntutan oleh Kesultanan Sulu. Dalam
keterangan pensejarahan Sulu menyebut bahawa kedua-dua pihak yang bermusuhan, Sultan
Mubin dan Bendahara Muhyiddin memohon bantuan daripada Betara @ Sultan Sulu. Sultan Sulu
telah memihak kepada Bendahara Muhyiddin yang menawarkan seluruh jajahan Sabah (dari
Kimanis hingga Sibuko) yang dimiliki oleh Sultan Mubin sebagai ganjaran. Pensejarahan Sulu
menyebut bahawa orang Brunei hanya melihat orang Sulu melakukan semua pertempuran yang
menewaskan Sultan Mubin. Pensejarahan Sulu juga memberi dua pendapat yang berbeza
berkenaan identiti Sultan Sulu ketika itu. Pendapat pertama menyebut Sultan Salahuddin
Karamat @ Pengiran Bakhtiar (1650-1680) dan pendapat kedua menyebut Sultan Badaruddin I
(1690-1790). Kononnya Sultan Sulu telah mengutus dua orang puteranya, Datu Lagasan dan
Datu Sakila@ Bantilan dengan kekuatan angkatan lima perahu belayar menuju ke Brunei.
Mereka telah berjaya menewaskan Sultan Mubin dan seterusnya Sultan Muhyiddin dikatakan
telah “menghadiahkan” wilayah Sabah kepada Sultan Sulu.Namun pensejarahan Brunei
menafikan keterangan pensejarahan Sulu itu. Sebaliknya bantuan Sulu belum tiba pada ketika
Bendahara Muhyiddin sedang melakukan serangan ke atas Sultan Mubin di Pulau Chermin.
Bantuan Sulu yang diketuai oleh Sultan Sulu dan Bendahara Taitinghanya tiba setelah
Bendahara Muhyuddin menewaskan Sultan Mubin serta menawan Pulau Chermin. Justeru itu,
tidak berlaku sebarang perjanjian untuk ‘menghadiahkan’ kepada Sultan Sulu kerana kegagalan
untuk memberi bantuan kepada Bendahara Muhyuddin. Tambahan juga, apapun yang
terkandung dalam pensejarahan Sulu tersebut adalah tidak relevan selagi pihak Kesultanan
Sulu dan kerajaan Filipina tidak dapat membuktikan kewujudan “surat” yang dimaksudkan itu.
Maka sekian lama, dari abad Ke-17 sehingga kini, Kesultanan Sulu telah berpegang kepada
hasrat untuk mendapatkan pengiktirafan hak kedaulatannya ke atas wilayah Sabah daripada
Kesultanan Brunei.
2
Kedua, Kesultanan Sulu pernah menubuhkan kekuasaan
de facto
di kawasan pantai
timur negeri Sabah dari tahun 1703 hingga tahun 1878. Dalam kedua-dua pensejarahan Brunei
dan pensejarahan Sulu mengakui pemerintahan Sultan Brunei, Mohammad Hassan (1582-1598)
adalah berkesan ke atas seluruh jajahan Brunei di Sabah dan Sarawak termasuk Kepulauan
Sulu. Seorang puteranya, Raja Bongsu Pengiran Shahbandar Maharajalela dilantik menjadi
pemerintah di wilayah Sulu. Seorang lagi puteranya, Raja Tengah, Pengiran Ibrahim Omar Shah
dilantik menjadi pemerintah di wilayah Sarawak. Manakala putera sulungnya, Raja Muda
Pengiran Besar Abdul Jalilul Akbar dilantikmenjadi Sultan Brunei (1598-1659).Sultan Akbar
digantikan oleh puteranya, Sultan Abdul Jalilul Jabbar (1659-1661). Selepas kemangkatan
Sultan Jabbar, kekuasaan Kesultanan Brunei menjadi lemah ekoran masalah perebutan kuasa di
istana dalam kalangan waris sehingga meletus Perang Saudara Brunei pada tahun 1661.
Dengan keadaan masalah di istana Brunei, maka Sultan Karamat di Sulu mengambil
kesempatan memutuskan hubungan dengan Kesultanan Brunei dan mula menganjurkan
kekuasaan
de facto
ke atas wilayah Sabah yang ketika itu telah dibahagikan kepada tiga
wilayah pemerintaan, iaitu Magindora, Marudu dan Tidung.Walau bagaimanapun, Kesultanan
Brunei tidak mengiktiraf kewujudan kekuasaan Kesultanan Sulu dan kuasa lain ke atas wilayah
Sabah termasuk wilayah Sarawak. Melainkan mengiktirafkan kekuasaan Rajah James Brooke ke
atas daerah Sungai Sarawak melalui perlantikan pada 15 Ogos 1842, iaitu menggantikan
Pengiran Indera Mahkota Pengiran Muhammad Salleh. Percubaan lain untuk mengwujudkan
kekuasaan bebas daripada Kesultanan Brunei, seperti Pengiran Bendahara Usop di Kimanis
(1844) dan Syarif Osman di Marudu (1845) telah dibenteraskan dengan bantuan Rajah Brooke
dan kuasa British.
Ketiga, pada 22 Januari 1878, Sultan Sulu, Mohammed Jamalul Alam menandatangani
satu perjanjian “pajakan kekal” kepada ejen British, iaitu William Hood Treacher dan Baron
Gustavus von Overbeck. Sebelum itu, kuasa Sepanyol telah menyerang dan menakluk
Kesultanan Sulu pada bulan Disember 1850. Sultan Sulu, Mohammad Pulalun Kiram (1844-
1862) terpaksa menerima status menjadi ‘tertakluk’ (
subject
)kepada kuasa Sepanyol sehingga
kehadiran kuasa British di perairan Laut Sulu pada tahun 1877. Sultan Jamalul Alam yang
memerintah ketika itu menganggap status Kesultanan Sulu adalah merdeka dan memohon
perlindungan daripada kuasa British. Ini membawa kepada Treacher selaku ejen kuasa British di
Borneo (Labuan) menganjurkan satu perjanjian dengan Sultan Kiram untuk penyerahan wilayah
Sabah.Dengan itu, kuasa British mentafsirkan perkataan “pajakan kekal” sebagai penyerahan.
Keempat, tertakluk kepada peruntukkan Protokol 7 Mac 1885, kerajaan Sepanyol
melepaskan tuntutan hak kedaulatan ke atas Sabah kepada kerajaan Britain. Tindakan kuasa
British membuat perjanjian 1878 dengan Sultan Sulu telah membangkitkan bantahan kuasa
Sepanyol di Manila. Maka kuasa Sepanyol membuat perjanjian baru dengan Sultan Jamalul
Alam pada 22 Julai 1878 untuk mengiktirafkan kuasa autonomi Kesultanan Sulu dalam
lingkungan kedaulatan kerajaan Sepanyol Filipina. Walau bagaimanapun, kuasa British
mempertahankan tindakannya sehingga termeterai perjanjian Protokol 1885 dengan kuasa
Sepanyol.Perjanjian ini telah memetapkan seluruh Kepulauan Sulu berserta status kuasa
autonomi Kesultanan Sulu dalam hak kedaulatan kuasa Sepanyol Filipina dan melepaskan
tuntutan ke atas wilayah Sabah kepada kuasa British.
Kelima, berdasarkan Perjanjian Paris 10 Disember 1898, kerajaan Sepanyol
menyerahkan hak kedaulatan ke atas Kepulauan Filipina kepada kerajaan Amerika Syarikat.
Pada 25 April 1898, kuasa Amerika Syarikat telah mengisytiharkan perang ke atas kuasa
3
Sepanyol. Perang ini telah menyebabkan kekalahan kuasa Sepanyol sehingga semua tanah
jajahannya di Cuba, Puerto Rico, Kepulauan Filipina, Guam dan lain-lain telah diserahkan
kepada kuasa Amerika Syarikat. Kehadiran kuasa Amerika Syarikat sememangnya tidak diterima
oleh Kesultanan Sulu. Percubaan kuasa Amerika Syarikat untuk menakluki Kesultanan Sulu
sepenuhnya terpaksa dilakukan secara kejam dalam dua peristiwa, iaitu Bud Dajo Massacre I
pada bulan Mac 1906 dan Bud Dajo Massacre II pada bulan June 1913.Maka pada 22 Mac
1915, Perjanjian Carpenter telah ditandatangani antara Sultan Jamalul Kiram dan kuasa
Amerika Syarikat yang menetapkan bahawa Kesultanan Sulu melepaskan segala kedaulatan dan
kuasanya kepada kuasa Amerika Syarikat. Namun pada hakikatnya Sultan Sulu dan pengikutnya
masih menafikan kekuasaan kerajaan Amerika Syarikat.
Keenam, Konvensyen Persempadanan Anglo-Amerika Syarikat pada 2 Januari 1930
mengiktirafkan hak kedaulatan ke atas wilayah Sabah kepada British berasaskan prinsip
Perjanjian Paris, 1898. Sultan Jamalul Kiram telah menandatangani satu perjanjian bertarikh 22
April 1903 dengan kuasa British untuk mengiktirafkan hak kuasa British menduduki kawasan
Kepulauan Penyu yang terletak di luar lingkungan tiga liga laut, iaitu dalam kawasan yang
menjadi sebahagian hak kedaulatan kuasa Sepanyol dahulu. Kuasa Amerika Syarikat telah
mempersoalkan tindakan kuasa British tersebut atas alasan bertentangan dengan perjanjian
1878 yang tidak menyebut kawasan Kepulauan Penyu secara spesifik dalam “pajakan kekal”.
Maka konvensyen1930 telah dianjurkan untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan
menetapkan persempadanan baru di antara Kepulauan Filipina dan wilayah Sabah. Dengan
tamatnya tuntutan kuasa Amerika Syarikat ke atas wilayah Sabah termasuk beberapa pulau
dalam perairan Laut Sulu, maka kini tinggal Kesultanan Sulu bangkit mencabar kesahan
konvensyen 1930 yang mengiktirafkan wilayah Sabah berserta beberapa pulau berkaitan
menjadi milik kuasa British.
Ketujuh, Artikel 1 (Seksyen 1) Perlembagaan Republik Filipina 1935 mengiktirafkan
status Konvensyen Persempadanan Anglo-Amerika Syarikat, 1930. Kuasa Amerika Syarikat telah
menubuhkan pemerintahan sendiri di Filipina pada tahun 1935. Presiden Filipina, Manual L.
Quezon telah mengeluarkan satu surat perintah pada 20 September 1937 yang mengisytiharkan
bahawa kerajaan Filipina tidak mengiktirafkan mana-mana pewaris kepada Sultan Jamalul
Kiram. Kematian Sultan Kiram pada tahun 1936 telah mencetuskan perebutan takhta dalam
kalangan pewaris. Maka dengan surat perintah kerajaan Filipina tersebut telah menamatkan
kedaulatan Kesultanan Sulu. Sungguhpun hak istimewa tertentu, seperti gelaran Sultan dan
Datu adalah diiktirafkan tetapi tidak memiliki hak kepentingan dan kuasa yang rasmi.
Kelapan, pada 18 Disember 1939, Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Borneo Utara
(Sabah), Charles Frederick Cunningham Macaskie mencapai keputusan menamakan; (a) Puteri
Tarhata Kiram dan lapan (8) individu yang lain sebagai waris Sultan Jamalul Kiram yang sah
untuk menerima pembayaran ‘pajakan kekal’ berjumlah Ringgit Malaya 5,300.00 setahun, dan
(b) kerajaan Filipina menjadi pewaris hak kedaulatan Kesultanan Sulu.Ekoran dengan
keputusan kerajaan Filipina tidak mengiktirafkan pewaris Sultan Jamalul Alam, maka waris
Kesultanan Sulu telah membawa kes mereka ke Mahkamah Tinggi Borneo Utara. Keputusan
yang ditetapkan oleh Hakim Macaskie dapat menjelaskan bahawa hak tuntutan bayaran yang
diterima oleh semua waris adalah ditafsirkan sebagai “wang serahan” dan bukannya wang
sewaan.
4
Kesembilan, pada 14 Oktober 1945, dilaporkan salinan asal kontrak ‘pajakan kekal’
yang dimiliki oleh Sultan Jamalul Alam telah dicuri dalam keadaan yang pelik di Singapura. Pada
ketik itu, pewaris Sultan Sulu,Datu Ombra Amilbangsa berada di Singapura dalam percubaan
untuk berunding menaikkan bayaran ‘pajakan’ tahunan. Kononnya, beliau telah menyerahkan
salinan asal kontrak tersebut kepada seorang wartawan di Singapura, mungkin warganegara
Amerika Syarikat.
Kesepuluh, pada 10 Julai 1946, kerajaan Britain mengeluarkan surat perintah
‘penjajahan’ wilayah Sabah ke dalam empayar British dengan status Jajahan Mahkota dan
dinamakan
State of North Borneo
”. Seterusnya, secara rasmi atau berkuatkuasa pada 15 Julai
1946, kerajaan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British menyerahkan semua kepentingan,
kuasa dan hak ke atas Sabah kepada kerajaan Kolonial British. Selaras dengan dasar
dekolonisasi yang dilancarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1945,
maka ditubuhkan satu Sistem Keamanahan (
Trusteeship System
) yang mensyaratkan semua
tanah jajahan diperintahkan secara amanah. Ini mengujud status Bukan Kerajaan Sendiri (
Non-
Self-Governing
)ke atas semua tanah jajahan. Maka pemerintahan ke atas Sabah, Brunei,
Sarawak, Singapura dan Malaya telah ‘diamanahkan’ kepada kerajaan Kolonial British sehingga
mencapai kemerdekaan penuh masing-masing. Namun kerajaan Filipina tidak mengemuka
bantahan kepada PBB pada ketika Sistem Keamanahan tersebut ditubuhkan mahupun
memprotes tindakan penyerahan pemerintahan wilayah Sabah kepada Kolonial British.
Kesebelas, pada 26 Jun 1948, kerajaan Kolonial British Borneo (Sabah) secara rasmi
menyerahkan sebahagian kawasan Kepulauan Penyu kepada kerajaan Filipina.Sejak dari tahun
1930an, kerajaan Filipina menjalankan penyelidikan untuk menuntut hak kedaulatan ke atas
kawasan Kepulauan Penyu. Dapatan kajian mengesahkan bahawa sebahagian kawasan
Kepulauan Penyu terletak dalam hak kedaulatan kerajaan Filipina berlandaskan Perjanjian Paris
1898. Kejayaan ini mendorong kerajaan Filipina melanjutkan kajian pada tahun 1962 untuk
menuntut hak kedaulatan ke atas wilayah Sabah.
Keduabelas, pada bulan Februari 1962, Sultan Jamalul Kiram telah menawarkan
kepada kerajaan Filipina untuk mewakili Kesultanan Sulu membuat tuntutan hak kedaulatan ke
atas wilayah Sabah tanpa melibatkan hak proprietari (harta persendirian).Tindakan Sultan Sulu
tersebut hanya akan memalukan pihak kerajaan Filipina di hadapan PBB yang akan melihat
tindakan kerajaan Filipina sebagai berniat untuk ‘menjajah’ wilayah Sabah pada ketika era dasar
dekolonisasi sedang dilaksanakan di seluruh dunia.
Ketigabelas, dalam ucapan Presiden Macapagal di Dewan Kongres Filipina 28 Januari
1963 menjelaskan pendirian kerajaan Filipina memberikan hak mutlak kepada penduduk Sabah
untuk menentukan hasrat sendiri berhubung cadangan penubuhan Malaysia. Berdasarkan
laporan Suruhanjaya Cobbold bertarikh 1 Ogos 1962 mengesahkan bahawa penduduk Sabah
termasuk Sarawak menyokong cadangan penubuhan Malaysia. Kemudian laporan Misi PBB
bertarikh 14 September 1963 juga mengesahkan hasrat penduduk Sabah termasuk Sarawak
menyokong penubuhan Malaysia.
Keempatbelas, Artikel 1 (Seksyen 1) Perlembagaan Republik Filipina Pindaan 1973 dan
Pindaan 1987 tidak menyatakan secara spesifik wilayah Sabah, sebaliknya secara umumnya
menyatakan ‘semua wilayah lain di mana kerajaan Filipina memiliki hak kedaulatan adalah
dalam lingkungan hak kedaulatan negara Filipina. Pada tarikh 8 Ogos 1967 di Bangkok,
5
persatuan ASEAN telah ditubuhkan oleh lima negara; Indonesia, Malaysia, Philippines,
Singapura dan Thailand dengan matlamat membina kerjasama dalam pembangunan pelbagai
bidang kepentingan termasuk menggalakkan keamanan dan kestabilan serantau. Berlandaskan
matlamat ASEAN, kerajaan Malaysia dan kerajaan Filipina melakukan banyak kerjasama yang
seringkali berkaitan pelbagai masalah dalam kawasan Filipina Selatan, seperti penyeludupan,
perlanunan, perikanan haram, pendatang tanpa izindan keganasan. Kebangkitan Gerakan
Pembebasan Nasional Moro (MNLF) pada tahun 1968 untuk mencapai kemerdekaan sebuah
negara Muslim di Filipina Selatan telah menyebabkan haluan tidak menentu dalam hubungan di
antara Malaysia dan Filipina. Keadaan keamanan di Filipina Selatan bertambah rumit apabila
satu pecahan MNLF telah menubuhkan Gerakan Pembebasan Islam Moro (MILF) pada tahun
1977. Kemudian beberapa pecahan lain juga berlaku, seperti Abu Sayyaf dan Bangsamoro
Islamic Freedom Fighters (BIFF). Di samping itu, masalah ancaman keamanan di Filipina
Selatan adalah tidak terkawal dengan kewujudan banyak kumpulan “outlaw” kecil dinamakan
rido
yang berpunca daripada perbalahan antara keluarga dan puak. Pada tempoh 2hingga 6
Februari 2013, meletus satu pertempuran di antara MNLF dan Abu Sayyaf di Pulau Jolo, di
mana penyokong kuat Kesultanan Sulu menetap. Pada 3 Februari 2013, kerajaan Filipina
mengambil tindakan melancarkan operasi militari secara besar-besaran ke atas Jolo. Akibat
tindakan tersebut menyebabkan MNLF, Abu Sayyaf dan MILF telah bergabung semula atas
nama Wilayah Otonomi Muslim Mindanao (ARMM) untuk menentang campurtangan kerajaan
Filipina dalam hal ehwal mereka. Keadaan di Filipina Selatan tidak selamat daripada serangan
tentera Filipina sehingga menyebabkan gerila ARMM mencari tempat berselindung ke merata
tempat termasuk ke negeri Sabah. Pada 9 Februari 2013, satu kumpulan 18 orang gerila
mendarat di pantai Tambisan dan mereka berkubu di Kampung Tanduo. Kemudian kumpulan
kedua seramai 101 orang gerila telah mendarat di Pulau Simunul dan Pulau Tawi-Tawi. Sejak
pasukan Polis Diraja Malaysia bertindak mengepung Kampung Tanduo pada 12 Februari 2013,
kumpulan gerila mula mendakwa diri sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu. Sultan Jamalul
Kiram III mengambil peluang situasi itu untuk muncul pada 16 Februari 2013 mengakui sebagai
pewaris Sultan Sulu yang sah dan menuntut hak pemilikan ke atas negeri Sabah berasaskan
warisan sejarah yang abstrak. Pengakuan tersebut menimbulkan keresahan dalam kalangan
waris yang lain untuk tidak menyokong tindakan gerila tersebut. Memandangkan pendekatan
perundingan tidak berkesan, maka kerajaan Malaysia melancarkan Operasi Daulat ke atas
gerakan gerila tersebut di seluruh pantai timur negeri Sabah pada 5 hingga 15 Mac 2013.
Kejayaan membenteraskan gerakan gerila tersebut hanya meredakan isu tuntutan waris
Kesultanan Sulu ke atas negeri Sabah.
1Dr. Bilcher is a fello with SEEDS1,and a historian who holds an Associate Professor at a local
public university. SEEDS is a non-governmental think-tank dedicated to the ideal of creating a modern,
moderate and progressive society through its research and outreach programmes.
ResearchGate has not been able to resolve any citations for this publication.
ResearchGate has not been able to resolve any references for this publication.