ArticlePDF Available

Wajah moral masyarakat Melayu pascamoden: Antara realiti, harapan dan gagasan pendidikan moral tinggi

Authors:
1
WAJAH MORAL MASYARAKAT MELAYU PASCAMODEN:
ANTARA REALITI, HARAPAN DAN GAGASAN PENDIDIKAN MORAL TINGGI
Mohd. Azhar Abd. Hamid
Mohd. Koharuddin Balwi
Muhamed Fauzi Othman
Othman A. Kassim
Jabatan Pembangunan Sumber Manusia
Fakulti Pengurusan & Pembangunan Sumber Manusia
Universiti Teknologi Malaysia
ABSTRAK
Dewasa ini dunia telah dilakari oleh pelbagai trend dan paradigma kehidupan
bentuk baru. Pascamodenisme yang ditandai arus gelombang peringkat ketiga
telah memberi impak yang bukan sedikit dalam kehidupan moral masyarakat
khususnya masyarakat Melayu. Nilai-nilai yang dibawah oleh ideologi
pascamodenisme menerusi pelbagai medium telah memberi dampak moral-sosial
yang amat menakutkan. Hal ini tidak terkecuali meresapi ke dalam jiwa dan
jatidiri masyarakat Melayu samada di Bandar mahu pun di luar Bandar. Statistik
kebejatan social membuktikan hal ini. Sebut apa jua bentuk perlakuan tidak
bermoral pembunuhan, sumbang muhrim, pelacuran, gangsterisme,
alkoholisme, perjudian, vandalisme dan sebagainya setiap satu daripada amat
ramai melibatkan masyarakat Melayu. Justeru itu, generalisasi dapat dibuat
bahawa wajah moral masyarakat Melayu berada pada tahap yang amat kronik
dan kritikal. Justeru itu, kertas kerja konseptual ini akan dibahagikan kepada tiga
bahagian. Pada bahagian pertama kami akan menghuraikan secara konsep-
konsep asas kertas kerja ini selain memaparkan hujah „rupa bentuk wajah‟ moral
masyarakat Melayu dulu dan kini. Kami juga akan memberikan justifikasi sebab-
sebab munculnya wajah moral masyarakat Melayu masa kini Pada bahagian
kedua kertas kerja ini, kami akan mengagaskan usaha-usaha yang telah dan
sedang dibuat bagi „mencantikkan‟ wajah moral masyarakat Melayu. Dalam hal
ini, kami turut melontarkan idea dan kritikan pendekatan-pendekatan yang
dibuat selain mengagaskan suatu pendekatan yang lebih bersepadu. Pada
bahagian akhir kertas kerja ini, kami menampilkan suatu pendekatan pendidikan
moral tinggi yang mampu mengembalikan semula wajah moral yang indah dan
bersih itu.
PENGENALAN
Kertas kerja ini ditulis berdasarkan pengamatan analitikal kritis secara deskriptif. Ia tidak
menampilkan pendekatan kuantitatif-statistik untuk mengambarkan fenomena tajuk kami.
Namun pada hemat kami, pendekatan ini memadai untuk memerihalkan senario wajah moral
masyarakat Melayu dan impaknya pada zaman pascamoden ini. Berdasarkan pengamatan
kami ini, inferensi yang kami buat berdasarkan statistik yang terdapat dalam sekian banyak
akhbar, majalah, jurnal serta laporan yang dikeluarkan oleh pihak wewenang. Tanggapan awal
boleh dibentuk dan boleh juga digambarkan betapa kebejatan dan kegawatan social yang
2
melanda masyarakat Melayu masa kini amat parah dan memalukan. Mengapa hal ini boleh
berlaku? Sedangkan kita menyedari bahawa „Islam‟ adalah agama masyarakat Melayu? Jika
diamati secara mendalam, dinamisme Islam seolah-olah kabur dan hilang dalam jiwa dan
pemikiran masyarakat Melayu. Hal ini dapat diterima kerana masyarakat Melayu semakin
meminggirkan metodologi kehidupan Islam sepenuhnya. Adakah semudah itu? Bagaimana ia
boleh berlaku sedemikian rupa sehingga ia memberi dampak yang serius terhadap kehidupan
Islami masyarakat Melayu.
Pascamodenisme hadir dengan membawa segala macam fenomena baru yang tidak terfikir,
tergapai dan terlaksana oleh kita. Ia hadir dalam satu pakej‟ isme-isme‟ yang bertali temali.
Isme-isme inilah yang akan meresap dan menyerang keseluruhan daripada superstruktur,
struktur dan sendi-sendi kehidupan manusia khususnya ke dalam institusi keluarga. Justeru
cabaran dan hala tuju institusi keluarga semakin berat dan mencabar. Pendidikan moral
menjadi benteng pertahanan terakhir untuk menghadapi tahap akhir gelombang ketiga ini. Jika
ia kalah, menyerah dan tewas sudah tentu hasrat untuk membina generasi „khayra ummah‟ dan
generasi Quranik‟ berdasarkan pendidikan moral Islami akan hanya berkecai dan kita
menjadi satu lagi statistik kehancuran yan amat hina.
BEBERAPA KONSEP TAJUK KERTAS KERJA
Pascamodenisme
Pascamodenisme boleh dilihat dalam kerangka epistimologi (faham ilmu), aksiologi (faham
tentang nilai) dan world-view (pandang tentang kehidupan). Secara ringkas, pascamodenisme
adalah penolakan terhadap grand-narratives dalam rupa agama-agama besar, termasuk Islam
dengan kebenarankebenaran hakiki abadi dan sekali gus berlakunya penolakan nilai-nilai
mutlak (absolute) dan penekanan kepada kerelatifan nilai dalam semua perkara. Dalam
konteks ad-din Islam, nilai-nilai pascamodenisme amat membahayakan nilai-nilai rabbani
yang telah sebati dengan Islam antaranya;
i. Nilai-nilai pascamodensime bertentangan dengan akidah kerana pascamodenisme
menolak rukun iman dan rukun Islam.
ii. Ia menentang nilai-nilai rohaniah yang hakiki, menolak ibadat seperti sembahyang,
puasa, zakat dan sebagainya
iii. Ia menolak nilai-nilai moral dan etika yang mutlak dalam agama, dalam perspektif
pascamodenisme tidak wujud nilai-nilai mutlak yag kekal dan mutlak dan kesemua nilai
boleh dirasionalkan.
iv. Ia menolak sistem hukum yang dibawa agama dalam bentuk syariat seperti Islam,
dengan itu manusia akan tersesat tanpa panduan syariat sebagai penyelamat.
Dapatlah disimpulkan bahawa pascamodenisme adalah sekuens sejarah yang lahir daripada
zaman moden sebagai perkembangan budaya. Pascamodenisme merupakan produk budaya
dan gaya hidup baru sebagai pemikiran. Selain itu, ia merupakan cara pemikiran dan
penteorian baru tentang kehidupan manusia dan masyarakat hari ini. Ia merupakan sautu
zaman yang penuh dengan panic; budaya yang panic; ideology yang panic dan teori yang
panik.
3
Wajah Moral
Wajah moral secara sederhana adalah bermaksud gambaran nilai-nilai moral yang wujud pada
masa kini. Gambaran nilai-nilai moral ini diterjemahkan menerusi watak, nilai diri, jatidiri dan
perlakuan individu dan masyarakat secara menyeluruh.
PENDIDIKAN MORAL1
Betapa penting nilai akhlak2 dan pendidikan moral3 hingga ia boleh menjadi faktor penentu
jatuh-bangunnya sesuatu kaum, bangsa ataupun negara. Ia menjadi penentu hala tuju
kemanusiaan sejagat dan memisahkan sifat-sifat kebinatangan dari nilai kemanusiaan. Petikan
daripada sebuah syair Arab berbunyi (Mohd. Kamal, 1988);
“Sesuatu bangsa itu tetap hidup selama akhlaknya tetap baik, bila akhlaknya
sudah rosak, sirnalah bangsa itu.”
Sebagai rumusannya, sama ada tahap moral atau akhlak tinggi mahupun adab sopan yang
baik, ini semua menggambarkan baik budi dan tinggi peribadi seseorang manusia. Ia pula
perlu dipupuk melalui pendidikan terutamanya dalam tahap-tahap awal kehidupan individu
itu. Dan manakah lagi tempat yang lebih lebih sesuai disemai benih yang baik dari dalam
sesebuah institusi kekeluargaan. Ia seperti melengkapi sebuah kereta kebal lengkap dengan
perisai pelbagai macam sebelum melangkah ke medan perang.
NILAI DAN CIRI-CIRI MORAL TINGGI
Tahap moral dapat diukur dari tiga perspektif asas. Pertamanya dari perspektif peribadi.
Seseorang itu akan menimbangkan dahulu setiap gerak-langkah yang akan diambilnya,
tentang kesannya ke atas dirinya di masa akan datang. Apakah tindakan tersebut akan
mendatangkan manfaat atau mendatangkan mudarat. Baharulah kita mengukur tahap moral
seseorang pada perspektif sejagat. Ia mengukur tindakan seseorang pada nilaian masyarakat
sejagat atau sekeliling. Jika sesuatu perlakuan itu bersesuaian dengan masyarakat sejagat dan
dipersetujui, maka ia dianggap akan memberi kebaikan kepada persekitaran pelakunya. Ketiga
baharulah kita membicarakan tahap moral pada perspektif mutlak. Ini merujuk kepada tahap
moral yang dipandu oleh kepercayaan seseorang itu kepada kuasa yang terulung atau tertinggi.
Ia akan menggalakkan seseorang itu memegang prinsip-prinsip moral kerana keyakinannya
bahawa ini adalah kehendak the superior power atau lebih tepat dipanggil Yang Maha Kuasa
iaitu Allah Tuhan Rabbul Jalil, Pencipta dan Pemilik sekelian alam.
Dengan pengkelasan tahap moral seseorang itu, kita sepatutnya boleh mengenalpasti ciri-ciri
dan nilai moral tinggi dalam ketamadunan manusia ini. Tahap perlakuan moral seseorang itu
juga kita dapat lihat dari beberapa aspek. Kita akan melihat konsep moral dari kacamata
pengkajian sekular mahupun dari perspektif Islam. Secara umumnya, konsep kemoralan
sekular terbahagi kepada tiga tahap iaitu kemoralan agama4, kemoralan alam5 dan kemoralan
sosial6.
Dari perspektif Islam pula, as-Syeikh Dr.Yusuf al-Qardawi memperincikan akhlak mulia
bukan sahaja dalam ertikata sempit iaitu memelihara diri dari aspek maksiat jelas seperti yang
berkait dengan minuman keras, wanita dan sebagainya sahaja. Bahkan, ia meliputi ertikata
yang lebih luas seperti penyesuaian dan pengendalian diri, benar dalam perkataan dan baik
dalam perbuatan, amanah dalam bermuamalah, berani mengeluarkan pendapat, adil ketika
membuat keputusan, tegas dalam kebenaran, bulat tekad ketika membuat kebaikan, menyuruh
4
yang makruf dan mencegah yang mungkar, mementingkan kebersihan, menghormati peraturan
dan sentiasa bertolong-tolongan dalam hal kebaikan dan ketaqwaan.(Mustafa Kamil Ayub,
1994). Pendekata, akhlak itu adalah pemakaian harian dan tingkahlaku penuh seseorang insan
dari celik matanya hinggalah pejam ketika tidur.
ISLAM SEBAGAI KERANGKA MORAL YANG UNGGUL
Pernyataan bahawa Islam merupakan satu-satunya jalan penyelesaian terhadap permasalahan
manusia bukanlah sesuatu yang baru. Ia diketahui umum sama ada oleh umat Islam yang
berilmu, mahupun yang tidak berilmu, juga oleh orang-orang kuffar yang di dalam hati
kecilnya sedar bahawa Islamlah agama fitrah yang amat bersesuaian dengan asal kejadian
manusia itu sendiri. Sabda Rasulullah s.a.w mafhumnya;
“Sebaik-baik manusia di kalangan kamu ialah yang paing baik akhlaknya.”
Justeru, kemoralan Islamlah yang paling unggul sebagai model kemoralan umat sejagat.
Kemoralan Islam berpaksikan kepercayaan dan keyakinan kita tentang kewujudan Allah,
Tuhan Rabbul Jalil yang Maha Hebat dengan segala sifat-sifat keperkasaanNya. Ia juga
bersandarkan keyakinan kita bahawa kita akan diaudit dan dipertanggungjawabkan di atas
setiap langkah yang diatur, setiap gerak yang dibuat, setiap niat yang tersedik dan setiap kata
yang tertutur pada hari di mana tiada perlindungan yang mampu menolong kita kecuali oleh
Allah Azza Wa Jalla.
Kemoralan agama yang terpahat ini amat berkesan dan kukuh. Ia penting dan bemula dengan
pemahaman kita terhadap hubungan dan taraf letaknya di antara kita dengan Tuhan. (Mohd.
Janib, 1994) Menyedari bahawa manusia itu adalah hamba kepadaNya dan harus malah wajib
menunaikan apa sahaja yang diperintahNya itu sudah cukup mengikat kita pada janji-janji kita
untuk menjadi hamba yang taat dan beramal soleh.
Rasulullah s.a.w sendiri, yang diakui oleh Saiyidatina Aisyah sebagai manusia yang
berperkertikan al-Quran itu teramat mulia akhlaknya. Bahkan baginda pernah bersabda
tentang misi dan tujuan kehidupan baginda di atas mukabumi ini. Ia berbunyi:
“Sesungguhnya aku tidak diutus melainkan untuk memperelokkan akhlak yang
mulia”
Pendidikan Islam itu sendiri berpaksikan ketauhidan, berpokokkan dan berdaunkan syariat dan
berbuahkan akhlak yang mulia. Bahkan, hasil dan manifsetasi iman dan amal soleh hanya
boleh diukur melalui akhlak mulia muslim yang menandakan kesempurnaan interaksinya
dengan Tuhan, alam dan manusia sekelilingya sebagaimana yang diturunkan dalam al-Quran
supaya hambaNya menjaga hubungannya dengan Allah dan hubungannya dengan manusia
(Mohd. Janib, 1994);
Prinsip dan dasar moral agamalah yang terunggul kerana ia menghidangkan kepada manusia
suatu doktrin moral yang ketat, konsisten dan absolute‟7. Ia dipreskripsikan oleh Tuhan
Pencipta dan Pemilik langit dan bumi yang sudah tentunya maha Memahami penciptaan-
penciptaanNya. Bahkan, doktrin kemoralan agama yang diajukan oleh Islam bersifat sejagat
dan boleh diterima-pakai oleh semua bangsa, tidak kira sempadan geografi dan budaya. Islam,
sebagai agama fitrah bahkan bukan sahaja diutus untuk semua manusia bahkan ia adalah
5
rahmat untuk seluruh alam. Sifatnya yang sam‟iyat itu juga menjadikan ianya tidak tercabar
oleh akal dan minda manusia. Ia tentunya boleh diterima dan dipertahankan apabila
dihujahkan. Seperkara lagi ialah model yang mempraktikkannya merupakan insan yang tiada
tolok bandingnya, Nabi Muhammad s.a.w. Bahkan pengiktirafan baginda sebagai individu
terpuji datang sepanjang zaman, sejak dari zaman jahiliyah lagi dengan panggilan al-Amin,
yang bermaksud “orang yang paling amanah”.
Pada zaman pascamoden ini tidak kurang sarjana Barat yang mengakui keunggulan junjungan
besar Nabi Muhammad s.a.w. dari segenap aspek. Dengan sifat-sifat baginda yang berakhlak
mulia dan berperibadi tinggi, Islam menjadi kukuh dan bisa menyinari alam. Ia disegani oleh
musuh dan dikasihi oleh kawan. Jika dijadikan junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w.
sebagai pengukur keunggulan kemoralan agama berbanding lain, maka jelaslah, kemoralan
agama memanglah unggul dan tiada tolok bandingannya.
AGEN PENDIDIKAN MORAL: PERANAN KELUARAGA & MASYARAKAT
Pepatah Melayu menyebut:
“jikalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya”.
Tidak syak lagi bahawa ketika masih kecillah, dan dalam keluargalah pendidikan asas dan
pembentukan keperibadian itu mesti diberikan dasar yang jelas dan kukuh. Jika dalam
pengkajian pendidikan Islam, sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang amat penting tentang
pendidikan ialah seperti terjemahan di bawah:
“ Bermain-mainlah dengan anak kamu pada usia 1-7 tahun, didiklah anak kamu
pada usia 8-14, dan bersahabatlah dengan anak kamu pada usia 15-21”.
Dari hadis di atas, prinsip pendidikan dihuraikan dengan jelas, lengkap dengan peringkat dan
fasa-fasanya. Kesemua fasa sebenarnya adalah fasa-fasa pendidikan8 dan pembentukan
keperibadian anak-anak. Cuma yang berbeza adalah pendekatannya.
Sehubungan dengan perkara di atas, Professor Dr. Mohd. Kamal Hassan (1988) telah
menyatakan bagaimana seharusnya akhlak didekati dalam pendidikan anak-anak demi
melahirkan generasi madani. Menurut beliau, pendekatan boleh diambil dalam tiga peringkat:
i. Membetulkan falsafah, kurikulum dan tujuan pendidikan. Akhlak tidak boleh
diberikan tempat yang terasing, terpisah dan tersisih dalam sistem pendidikan kita.
ii. Ilmu akhlak harus dipelajari secara praktikal dan bukan dengan pemahaman teori
sahaja. Ia harus dilihat sebagai satu instrumen penting bagi mencapai keredhaan
Ilahi.Usaha yang komited oleh para pendidik dari peringkat tadika hinggalah ke
menara gading bagi mengasimilasikan dan menghayati ahklak yang mulia. Ini juga
harus disokong dengan pembudayaan dan penguatkuasaan oleh pihak pemerintah.
iii. Baharulah kita dapat melihat pendidikan akhlak yang berkesan itu mampu
melahirkan generasi bakal pemimpin masyarakat dan negara yang tidak tamak
kuasa atau harta, amanah, jujur dan adil dan akan mengutamakan kepenringan
rakyat pada setiap masa dan keadaan.
6
Kesemua ini perlu diletakkan asasnya dalam institusi keluarga, baharulah berkembang ke
peringkat kampung, mukim, daerah, negeri dan negara. Begitulah pentingnya keluarga dalam
pembentukan akhlak anak-anak. Justifikasi bahawa contact hours anak-anak itu lebih banyak
di rumah itu semestinya penting dan perlu dipertahankan. Sebab itulah, budaya nuclear
family‟ yang amat meluas dalam masyarakat globalisasi ini bisa merobek dan menghancurkan
institusi pembentukan moral masyarakat kita. Contact hours‟ di antara ibubapa dan anak
diminimumkan mengakibatkan peranan mendidik itu terencat dan tidak mampu menghadapi
arus peredaran zaman yang rakus ini.
Sudahlah begitu, tanggung jawab itu dipindahkan pula ke pundak pengamal-pengamal
pendidikan dari berbagai lapis sistem yang juga sudah menghadapi over-heating process
akibat gagal menyaingi pengaruh dan cabaran yang datang dari segenap sudut. Sampai
bilapun, guru tidak boleh diharapkan untuk mendidik anak-anak kita dengan dasar-dasar
pembentukan asas keperibadian. Mereka bukan mempunyai hereditary inclination‟ terhadap
anak kita. Mungkin untuk pemantauan dan pengembangan susulan dari apa yang telah
dipupuk di rumah, mereka mampu melakukannya. Tetapi untuk menyuntik gagasan, misi dan
wawasan, lebih-lebih lagi asas-asas kefahaman keimanan dan sahsiah mulia, mereka kekurang
autoriti, masa dan sumber untuk melaksanakannya. Mereka juga memikul seratus satu macam
tugas lain daripada memberi ilmu, menguruskan kedatangan anak-anak kita, memberi
semangat, menjaga persatuan dan entah bermacam-macam lagi, senarainya tidak akan putus.
Keluargalah yang lebih tepat menjalankan amanat Ilahi ini. Bahkan, Islam menegaskan
tanggung jawab ini dengan hadis Nabi Muhammad s.a.w yang berbunyi (terjemahannya);
“Anak-anak adalah umpama sehelai kain putih, ibubapalah yang akan
menjadikannya muslim, nasrani atau majusi.”
Jelas menunjukkan betapa ibu bapa juga merupakan watak utama dalam drama pendidikan
anak-anak terutama apabila berkait dengan soal keimanan dan keperibadian. Pihak lain
mungkin boleh turut serta sebagai watak-watak tambahan apabila pengukuhan dan lanjutan
dibuat di atas asas-asas yang telah dibentang dengan kukuh oleh ibubapa.
WAJAH MORAL MASYARAKAT MELAYU9
Pakej pascamodenisme telah bermula seawal 1960-an di barat dan entah bila akan berakhir.
Momentum pascamodenisme ternyata begitu cepat menular dan menjalar ke seluruh urat saraf
dan nadi kehidupan bermasyarakat, khususnya institusi keluarga. Uthman el-Muhamdy dalam
Rumaizuddin (2000) menegaskan dari segi sosial dan kekeluargaan, nilai-nilai
pascamodenisme akan menghuruharakan dan menimbulkan konflik yang tidak berkesudahan
dengan „gospel of relativity‟ atau ajaran tentang kenisbian yang diberikan kedudukan absolute
sedemikian. Dengan itu, menurut pascamodenisme akan menghancurkan habis-habisan realitI
dan pentakrifan insan secara total sehingga wajahnya yang dipanggil oleh agama sebagai
khalifah Tuhan di bumi dan hamba-Nya hilang lenyap.
Sejarah telah membuktikan bahawa keluarga besar (extended family) telah dihancurkan atas
nama modenisai dan akibatnya lahirnya keluarga kecil (nuclear family). Menurut Elkind
(1995), “…The components of the modern nuclear family reflected the fundamental beliefs of
modernity”.Malah pada zaman ini telah muncul apa yang dikatakan keluarga alternatif yang
telah diberikan kedudukan secara legal oleh perlembagaan khususnya di Amerika Syarikat
seperti „pasangan lesbian‟, „pasangan homoseks‟ dan sebagainya. Hal ini berlaku secara
7
jaringan di merata dunia baik di barat mahu pun di timur. Menurut Elkind (1995), “These
postmodern themes of difference, particularity, and irregularity are increasingly transforming
science, the arts and industry. They have also transformed the family and increasingly are
transforming that mirror of the family, the school”. Institusi keluarga semakin goyah dan
lemah, khususnya keluaraga Melayu Islam. Malah menurut Garett (1998), revolusi industri di
barat telah memberi kesan kehidupan berkeluarga dengan munculnya apa yang dikatakan
“first sexual revolution” dan “ the birth of romance”. Menurut Elkind (1995);
“In the postmodern family, the sentiment of romantic love has given way to the
sentiment of consensual love. With the sexual revolution of the 1960s and the
social acceptance of premarital sex, the linchpin of romantic love-saving oneself
for one‟s fated partner-disappeared. Young people began to have sexual
relations with those whom they had no intention of marrying. Individuals now
have sex relations by mutual consent and without a lifelong commitment. The
notion of consensual love has extended to marriage, and both men and women
today marry with the awareness that divorce may well be in their future”.
Timbang tara kehidupan keluarga dan moral masyarakat barat menurutnya hanya berdasarkan
akal dan nafsu semata-mata. Hal yang serupa turut meresap ke dalam jati diri masyarakat
Melayu langsung menerima citra dan model kehidupan barat. Hal ini diperkukuhkan oleh
pandangan Wan Liz (2000);
“Orang Melayu merupakan kaum paling banyak terbabit dalam pelbagai gejala
social yang serius berdasarkan nisbah komposisi penduduk negara ini.
Berdasarkan statistik rasmi yang Utusan Malaysia perolehi, orang Melayu
merupakan kira-kira 60 peratus penduduk Malaysia, mencatatkan peratusan
yang tinggi dalam kes penagihan dadah, kegiatan bohsia, melepak, seks antara
muhrim, pelacuran serta jangkitan AIDS dan pembawa HIV. Orang Melayu juga
mencatatkan bilangan peratusan tinggi dalam kes rogol serta kes pembuangan
bayi. Lebih teruk lagi ialah mengikut perangkaan polis pada tahun 1997, bangsa
Melayu menduduki senarai jenayah teratas sekali untuk kumpulan umur antara
10 dan 18 tahun”.
Sehubungan itu, modenisasi amat berbahaya sekiranya idea, pemikiran dan falsafah
modenisasi itu ditiru bulat-bulat (adoption). Walhal kita mempunyai pilihan dan hak untuk
menerima „apa‟ yang baik dan sesuai dengan norma dan nilai Islam. Banyak pendekatan yang
boleh diambil seperti manaerusi cara adaptasi dan akomodasi. Kedua-dua pendekatan ini
sesuai dan wajar tapi jangan sampai ia menelan nilai dan system Islam tersebut. (Hassan,
1991)
Tradisional
Sebelum kedatangan penjajah nilai-nilai sosial dan budaya masyarakat Melayu belum lagi
dicemari oleh kebudayaan barat. Sungguhpun tidak semua unsur-unsur social Islam itu
dihayati seratus peratus, namun ia lebih baik dan membawa banyak perubahan di kalangan
masyarakat tempatan yang pernah dipengaruhi oleh kebudayaan Hindu dan Buddha. Islamlah
yang memainkan peranan dan menjadi teras dalam perubahan sosial masyarakat Melayu.
(Zulkarnain, 1994)
Sejarah kerajaan Kesultanan Melayu telah banyak mempengaruhi system sosial termasuk
pendidikan moral masyarakat Melayu. Pada zaman pemerintahan kerajaan Melayu Melaka
8
peranan ulama dan guru-guru agama memberi kesan terhadap institusi keluarga. Namun
Imperialisme barat telah mencemarkan nilai-nilai budaya masyarakat Melayu. Menurut Syed
Naquib al-Attas bahawa pengaruh budaya barat yang bermula sekitar abad ke-16 dan 17 telah
membawa banyak perubahan dalam budaya dan welstancchung‟ masyarakat Melayu bukan
sahaja „rupa‟ tetapi yang lebih penting adalah „kejiwaan‟ (Naquib, 1972). Menurut Abdullah
(1995);
“Selain bahasa pasar, tinggalan lain zaman Portugis ialah agama Katolik
yang telah berjaya sedikit sebanyak berjejak di Asia Tenggara terutamanya di
Melaka dan Pulau Maluku”
Pendidikan moral alam Melayu selepas kedatangan Islam tidak terpisah daripada al-Din al-
Islam. Ibu bapa dan keluarga lainnya turut menyumbang kepada pembinaan dan pembangunan
moral seisi keluarga. Menurut Musnyi Abdullah dalam bukuya „Hikayat Abdullah‟
mengatakan;
“Maka pada tiap-tiap pagi aku pergi mengaji ke tempat belajar dan malam
diajar oleh bapaku dirumah. Bapakau memberi hokum akan daku katanya:
„Hendaklah engkau pergi pada tiap-tiap hari lepas sembahyang Maghrib
mengaji dalam masjid, kerana dalam masjid itu beratus-ratus orang akan keluar
masuk”.
Kawalan sosial adalah bersifat sepunya dan masing-masing akan bertindak berdasarkan
kapisiti peranan yang diberikan. Rasa hormat, rendah diri, sopan santun, budi bahasa dan nilai-
nilai moral lain merupakan teras kepada integriti dan digniti keluarga. Selain itu, pendidikan
moral bersifat merata dan sepunya apabila wujudnya perasaan „esprit de coup‟ antara ahli
masyarakat. Malah masyarakat Melayu menjadi sebuah masyarakat yang responsif terhadap
fenomena sekeliling yang berlaku termasuk isu-isu moral masyarakatnya. Masyarakatlah yang
bertanggungjawab mengaplikasikan konsep „amar ma‟ruf dan nahi mungkar‟. Misalnya isu
pakaian wanita (purdah) pernah menjadi isu perdebatan dalam sejarah umat Melayu; walaupun
isu ini adalah isu kefahaman aliran pemikiran namun ia tetap menjadi isu penting. (Khoo,
1991)
Dalam masyarakat tradisi, hubungan antara ahli masyarakatnya adalah begitu erat. Dalam
sesebuah kampung misalnya, setiap orang di kampung itu saling kenal-mengenali. Sikap
tolong-menolong, saling mengambil berat antara satu sama lain dan sebagainya meresap ke
dalam jiwa setiap ahli kampung tersebut. Perhubungan sebegini erat secara tidak langsung
menjadi satu bentuk kawalan sosial yang dapat memelihara tingkahlaku ahli masyarakatnya.
Suatu perbuatan yang melanggar norma dan nilai masyarakat kampung tersebut akan cuba
dielakkan kerana jika tidak, bukan sekadar nama diri sendiri akan tercemar, tetapi juga nama
baik keluarga. Akan tetapi, dalam persekitaran Bandar yang telah mengalami proses urbanisasi
dan industrilisasi, perkara-perkara yang disebutkan di atas amat sukar untuk ditemui. (Siti
Fatimah, 1994). Hal ini ditekankan oleh Zulkarnain (1994):
“orang-orang Melayu juga begitu kuat berpegang pada adat sehingga lahirnya
ungkapan iaitu “biar mati anak jangan mati adat”. Ini mencerminkan bahawa
adat itu memainkan peranan penting dalam sosiobudaya masyarakat Melayu.
Pergaulan juga adalah bebas tetapi terkawal dengan batas-batas agama dan
adat yang menjadi sempadan. Pendidikan moral masyarakat Melayu pada ketika
itu tergambar menerusi cara berpakaian, adat resam, pergaulan, percakapan
yang hampir keseluruhannya tidak bebas nilai.
9
Masyarakat Melayu sebelum pengaruh imperialisme, industrialisme dan sekularisme amat
sinonim dengan nilai moral dan akhlak yang tinggi dan terpuji. Rasa hormat anak-anak
terhadap orang tua amat tinggi dan budi bahasa, sopan santun, keluhuran budi dan segala
macam nilai moral yang terpancar menerusi budaya hidup tolong menolong dan bekerjasama
mencerminkan pendidikan moral institusi keluarga masyarakat tradisi amat berkesan. Hal ini
ditambah oleh beberapa faktor antaranya;
Islam menjadi asas kepada budaya dan falsafah hidup masyarakat Melayu.
Pemikiran dan asas hidup yang dinamik dan progresif khususnya dalam soal
pendidikan moral. Anak-anak dididik, dibimbing dan dipantau sejak kecil agar
menghormati orang tua, beradab, bertingkahlaku, adab berkomunikasi dan
sebagainya.
Adat, nilai dan norma setempat mengukuhkan lagi pendidikan moral masyarakat
Melayu.
Budaya dan falsafah hidup masyarakat Melayu masih segar dan belum dipengaruhi
oleh isme-isme modenisasi.
Pendidikan moral (kawalan sosial dan isbat social) merupakan tanggungjawab secara
kolektif.
Sistem dan falsafah pendidikan Islam seperti sekolah pondok dan fardu ain
merupakan teras membina akhlak generasi muda.
Pergaulan dan interaksi sosial muda-mudai terbatas.
Pengaruh media massa sangat minimal.
Pascamoden
Sistem keluarga di negara ini sedang menghadapi krisis yang hebat di mana sebahagian
daripada ibu bapa sudah tidak dapat memainkan tanggungjawab dan melaksanakan yang
sewajarnya untuk mendidik anak-anak mereka. Ini adalah di antara akibat daripada tekanan
dunia yang semakin materialistik, letusan „rat race‟ dan ceteknya pengetahuan agama. Sudah
terdapat tanda-tanda institusi keluarga Melayu di Malaysia pada hari ini sedang melalui jalan
kebinasaan dan keberantakan. Sebagai contoh pengantin gagal dalam temuduga yang
dijalankan oleh Pegawai Jabatan Agama Islam di beberapa buah negeri. Sebahagian besar
daripada mereka tidak mengetahui hukum asas fardhu ain, ibadat dan tanggungjawab suami-
isteri atau kewajiban sebagai ibu bapa. Oleh itu, apabila mereka sudah mendirikan rumah
tangga, pengetahuan cetek mereka dalam agama akan mencorak perlakuan dan sikap mereka
terhadap pendidikan moral anak-anak dan institusi perkahwinan itu sendiri. (Wan Liz, 2000).
Bukan sekadar itu, malah menurut Mohd. Shahir (2000), gejala keruntuhan sosial dalam
keluarga dapat dilihat dengan meningkatnya percerian di kalangan suami isteri, penganiayaan
terhadap anak-anak, hilang perasaan kasih saying sesama anggota keluarga dan memutuskan
hubungan silaturrahim malah terdapat di kalangan anggota keluarga sendiri yang sanggup
melakukan jenayah zina sesama mereka dan ada bapa yang sanggup merogol anaknya sendiri.
Masyarakat barat sendiri mengakui bahawa sistem keibubapaan yang longgar dalam tahun-
tahun 80-an menghasilkan banyak generasi muda yang terbabit dalam jenayah, keluarga tidak
stabil, gejala membunuh diri, lari dari rumah dan penyakit lain yang berpunca daripada
kehilangan nikmat kebahagiaan hidup dan mental yang tidak tenteram. Mengikut pakar
psikologi barat, salah satu daripada aliran pendidikan yang berasaskan kepada keibubapaan
pemisif ini juga dikenali sebagai aliran liberal dan demokratif, ialah idea mengelak diri
daripada mengajar nilai moral kepada kanak-kanak dengan teori bahawa apabila dewasa
10
mereka dapat memilih sendiri nilai hidup berdasarkan proses „trial and error‟, yang mereka
alami dari masa ke semasa. Teori ini ternyata salah dan meninggalkan kesan buruk yang parah
dalam masyarakat barat. (Ismail, 1994). Fenomena di atas menurut Halstead (1999) sebagai
berikut;
“The family is an arena in which virtually the entire range of human experience
can take place. Warfare, violence, love, tenderness, hnesty, deceit, private
poverty, communal sharing, power manipulation, informed consent, formal status
hierarchies, egalitarian decision-making-all can be found within the setting of
the family”.
GELOMBANG PERUBAHAN ZAMAN & KESAN TERHADAP INSTITUSI
KELUARGA
Kita menyaksikan bahawa perkembangan ICT banyak membawa perubahan drastik dalam
kehidupan manusia. Namun tidak kurang pula kesan negatif terutamanya ke atas pendidikan
moral generasi masa kini dan yang akan datang.
Dunia semakin tua. Menurut pandangan barat, dunia kini sudah memasuki fasa akhir
gelombang ketiga yang bermula seawal tahun 1950-an iaitu gelombang teknologi maklumat
(IT). Ledakan maklumat dan teknologi telekomunikasi merupakan suatu gerakan antarabangsa
untuk mewujudkan perkampungan global yang mempunyai kesamaan dari segi ideologi, nilai,
sosiobudaya dan pemikiran yang kemudian dijelmakan menerusi komunikasi, tindakan dan
amalan. Menurut Shahrom (2001),
“…jaringan teknologi informasi yang berlaku dalam semua bidang kehidupan
telah menjadi sesuatu yang bersifat „transparan‟ dan „maya‟, tatkala tidak ada
lagi kategori-kategori moral yang mengikatnya, tatkala tidak ada lagi ukuran-
ukuran-nilai yang mengikatnya…”.
Ciri perkampungan global dari segi ideology, nilai, sosiobudaya dan pemikiran yang
diketengahkan melalui ledakan maklumat ini merujuk kepada model yang direkabentuk oleh
pengasas dan penaja system teknologi maklumat dan teknologi telekomunikasi yang telah
tersebar luas di seluruh dunia. Kedaifan kebanyakan Negara Dunia Ketiga dalam ilmu
pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat dan telekomunikasi memungkinkan mereka
sukar untuk menolak gelombang yang besar dan berisiko ini. (Mohamad, 1995)
Perubahan-perubahan zaman memberi kesan langsung kepada perubahan-perubahan social
yang berlaku sekarang dan ia merupakan hasil daripada penyalahgunaan dasar pembangunan
dan pertumbuhan teknologi serta tidak mewujudkan satu system kawalan social yang
berkesan. Ia tidak dimanfaatkan dengan betul dan sesuai dengan budaya hidup Islam. Oleh itu
ia memberi pengaruh kepada institusi keluarga seperti pengecilan saiz keluarga, peningkatan
bilangan wanita atau ibu bekerja, bilangan lelaki menganggur bertambah, bentuk penjagaan
anak dengan mengabaikan pertumbuhan kerohanian sehingga kurang daripada 40 peratus
(Berhanudin, 2000).
11
PASCAMODENISME & KESANNYA TERHADAP PENDIDIKAN MORAL
INSTITUSI KELUARGA
Nilai-nilai Pascamoden telah lama meresapi setiap sendi kehidupan manusia. Tiada satu pun
elemen kehidupan manusia masa kini yang tidak terpalit dengan „makna moden‟ bikinan barat
baik dalam tatacara berekonomi, berpolitik, bersosial mahupun beragama. Nilai-nilai
pascamodenisme amat berbahaya kepada masa depan beragama masyarakat. Tidak hairanlah
dengan istilah moden umpamanya, Barat memahami bahawa zaman ini adalah zaman yang
punya cara dan gaya serba baru, bukan gaya kuno dan lapuk lagi kolot dan usang. Justeru
manusia moden, menurut takrifan barat, harus mendustakan semua perkara yang ghaib
Menurut James Orr (1906) dalam Mohd. Sani (2000), „merakamkan betapa kebanyakan
„manusia moden‟ menolak perutusan Tuhan dan kerasulan (prophecy) kerana sifatnya yang
ghaib. Nilai-nilai relatif yang berakar sejak revolusi industri pada abad ke-16 mengariskan
enam konsep asas pemodenan iaitu (Idris, 1997):
1. Penyingkiran Tuhan dalam kehidupan dan kegiatan pembangunan.
2. Manusia dididik dan dilatih untuk menjadi „kuda tunggangan‟ pembangunan fizikal
dan kebendaan.
3. Kebahagian hidup diukur dari keuntungan kebendaan.
4. Merelatifkan nilai-nilai moral dan akhlak manusia dan pencapaian ekonomi menjadi
tumpuan dan pemujaan.
5. Agama tidak berperanan dalam pembangunan.
Hari ini konsep moden telah diperluaskan kepada pascamoden (postmodern). Pasca moden ini
secara umumnya meningkatkan pembangunan dan kepengunaan sains, seni dan industri
(Elkind, 95). Malah lebih melampau, pascamodenisme ia mempertikaikan kemampuan akal
rasional dan keunggulan manusia yang menjadi cirri penting modernisme.
Secara tidak langsung ia turut memberi kesan langsung terhadap nilai dan moral hidup dalam
institusi keluarga. Karya Max Weber yang berjudul “The Protestant Ethic and the Spirit of
Capitalism” pada tahun 1958 telah banyak mengubah paradigma dan latar institusi keluarga
tradisional. Sekaligus gambaran keluaraga moden dengan ciri-ciri industri dan kapitalisnya
telah memberi kesan besar terhadap pendidikan moral keluarga nukklear yang berteraskan
tradisi kristian katolik. Namun begitu keadaan yang digambarkan oleh Max Weber itu tidak
sama dengan masyarakat Melayu.
SENARIO PENDIDIKAN MORAL MASYARAKAT MELAYU MASA KINI
Senario pendidikan moral masyarakat Melayu masa kini bersifat cacamarba.
Berdasarkan pengamatan dan pemerhatian kami pendidikan moral masyarakat Melayu
masa kini banyak bergantung kepada faktor-faktor dalaman dan luaran seperti taraf
pendidikan, budaya hidup keluarga, kawasan tempat tinggal, taraf hidup dan
sebagainya. Umumnya pendekatan pendidikan moral masyarakat Melayu Islam adalah
berdasarkan faktor-faktor seperti berikut;
Pendidikan moral masyarakat Melayu bersandarkan „rule oriented moralty‟, dan tidak
berasaskan pendidikan akhlak Islam. Malah ada segelintir ibu bapa menggunakan
pendekatan liberal dan permisif. Iaitu biarlah ia bersesuaian mengikut trend masa kini.
12
Peranan ibu dan bapa sebagai „pendidik moral‟ dalam keluarga lemah, tidak jelas dan
terhakis. Hal ini kerana kurangnya pengetahuan teradap pendidikan moral berasaskan
Islam. Akibatnya tiada kesedaran terhadap konsep dan jati diri Islam yang jelas.
Tiadanya pengetahuan terhadap metodologi pendidikan anak-anak yang berasaskan
Islam menyebabkan segelintir ibu bapa menjadikan anak-anak sebagai objek „deraan‟
dan „melampiaskan nafsu serakah‟ mereka.
Ibu bapa lebih mementingkan pendidikan akademik-sekular berbanding pendidikan
Islam. Hasrat mereka pada masa depan agar pendidikan yang anak-anak mereka
perolehi akan memungkinkan mereka hidup selesa dan terjamin. Justeru berlakunya
pengabaian dalam pendidikan moral.
Goyahnya ikatan „perkahwinan‟ menjadikan keluarga tidak harmoni dan pendidikan
moral tidak berkesan untuk membina dan membentuk akhlak anak-anak. Hal ini
disebabkan oleh banyak faktor dalaman dan luaran seperti himpitan hidup, tidak
sefahaman dan sebagainya.
Pengaruh persekitaran seperti rakan sebaya, media massa dan hiburan sangat
maksimal. Apatah lagi masa kualiti ibu bapa dengan anak-anak amat terhad dan tidak
digunakan dengan bijaksana.
Pendidikan moral masyarakat Melayu masa kini dianggap bersifat peribadi. Kawalan
sosial oleh ahli masyarakat semakin lemah akibat interaksi sosial yang semakin
terpinggir.
KEKANGAN PENDIDIKAN MORAL MASYARAKAT MELAYU
Kekangan yang dihadapi oleh masyarakat Melayu masa kini adalah berpunca daripada
falsafah pembangunan yang bersifat sekularisme. Antara jelas dengan tidak konsep
pembangunan dualisme ini telah mempengaruhi fikrah dan pembinaan keluarga dan
masyarakat madani yang unggul. Hal ini kerana pembangunan moral (akhlak) agama dan
kerohanian dikepung dan dihimpit oleh falsafah pembangunan sekular dan budaya hedonisme
(Muhamad Syukri, 1987)
Kekangan Dalaman
i. Kekangan utama ini telah secara tidak langsung memberi kesan terhadap institusi
keluarga Melayu masa kini dal membina kekuatan akhlak dan moral keluarga.
Antara faktor-faktor yang yang menyebabkan kekangan ini adalah:
ii. Kurangnya pengetahuan terhadap metodologi pendidikan moral berlandaskan
Islam. Menurut Halstead (1997), “…parents generally have not had the
professional training of teachers, are much less accountable for their actions,
and may depend more on traditions passed on from generation to generation”.
iii. Tumpuan masa kualiti (quality time) terhadap pembangunan moral-sakhsiyah
anak-anak dan ikatan kekeluargaan. Terdapat tanda-tanda yang menunjukkan
sehingga ada antara ibubapa yang terlupa tanggungjawab memesrai anak-anak
akibat terlalu sibuk dengan dunia pekerjaan dan soal-soal peribadi. Sepatutnya
13
ibubapa memberikan kawalan dan penjagaan yang ketat serta mempunyai
hubungan kekeluargaan yang rapat. Tetapi oleh kerana ibubapa sibuk dengan
tugas-tugasnya menyebabkan mereka mengabaikan rasa tanggungjawab kepada
anak-anaknya.
iv. Ketiadaan „role model‟ yang ideal yang bersifat Islami dalam institusi keluarga.
Saelain mendidik ibubapa perlu menjadi contoh yang baik kepada anak-anak. Jika
anak-anak sekadar dididik dengan nilai saying tanpa ibubapa menunjukkan sikap
menyayangi itu dalam semua aspek kehidupannya, kesannya samalah seperti
usaha ketam yang menyuruh anaknya berjalan lurus. Oleh itu contoh yang baik
daripada ibubapa perlu bagi pendidikan moral anak-anak.
v. Ukkhuwah Islamiah antara ahli keluarga, jiran dan masyarakat sekitar semakin
lemah dan goyah menyebabkan penglibatan ahli-ahli masyarakat dalam „kawalan
sosial‟ (dibaca: pendidikan moral) semakin mengendur. Malah institusi keluarga
sekarang ini tidak lagi menjadi sumber terpenting untuk anak-anak mendapat
nasihat, menerima panduan dan bimbingan. Keluarga sekarang ini banyak
memberikan tugas ini kepada sekolah dan orang tertentu (pengasuh). Perubahan
fungsi keluarga ini membawa kepada longgarnya hubungan antara ibubapa dan
anak-anak, terutama sekali anak remaja. (Asmah Bee, 2000)
vi. Kemiskinan dan tidak berpendidikan.
Jelas sekali budaya dan falsafah hidup keluarga Melayu memainkan peranan yang besar dalam
membina suatu kekuatan pendidikan moral keluarga. Jika ia dibina atas landasan yang tidak
berkiblatkan Islami kesannya sudah dapat diduga. Jika Islam menjadi teras budaya dan
falsafah hidup keluarga pasti ia akan memperolehi keberkatan dan keharmonian yang
berpanjangan. Zaman pascamoden ini telah banyak menyaksikan keruntuhan keluarga Melayu
Islam samada di bandar mahupun di luar bandar, samada kaya atau miskin, yang
berpendidikan atau yang tidak berpendidikan. Apa erti senario ini, jika tidak budaya dan
falsafah hidup yang tidak berlandaskan akhlak Islam.
Kekangan Luaran Pendidikan
Selain daripada kekangan luaran, kemelut akhlak-moral ini turut ditambah dengan kekangan
luaran antaranya:
1. Pengaruh daripada rakan sebaya
Pengaruh rakan sebaya pula tidak boleh diambil ringan dalam mencorak kelakuan dan
pemikiran anak-anak muda. Mereka yang terlibat dalam jenayah juvana, tidak berdisiplin,
tingkahlaku lepak dan penagihan dadah sebahagiannya adalah akibat daripada dorongan dan
ajakan rakan sebaya mereka yang bermasalah. Begitu longgarnya kawalan ibubapa terhadap
anak-anak mereka telah menjadikan pengaruh rakan sebaya menjadi dominan sehingga
mencorak personaliti dan sikap golongan remaja tersebut. Justrru itu, ibu bapa harus
mengambil berat dalam soal „rakan sebaya‟ anak-anak mereka. Ibu bapa sekurang-kurangnya
perlu tahu dengan siapa anaknya berkawan?, ke mana anaknya keluar? Dengan siapa anaknaya
14
keluara? Apa tujuannya? Dan sebagainya. Ini bukan bermakna mengongkong pergerakan dan
aktiviti anak-anak. Apa yang penting ia mestilah dilakukan secara berhikmah.
2. Pengaruh daripada media massa
Peranan media massa yang merupakan wahana utama dalam menyebarkan unsur-unsur luar
termasuklah yang negatif. Kebanjiran budaya kuning dan cara hidup barat yang hedonistic
adalah akibat daripada pengaruh media cetak, televisyen satelit, televisyen, filem, video dan
laser disc (DVD dan VCD). Di Malaysia sekarang ini terdapat lebih daripada 30 saluran
televisyen tempatan, Indonesia, Thailand, Brunei, Filipina, Singapura dan termasuklah
televisyen satelit seperti ASTRO DAN MEGA TV. Menurut Shahrom (2001), “…seorang
pakar komunikasi pernah berkata bahawa televisyen adalah agama masyarakat industri.
Sebagai „agama baru‟, televisyen telah meminggirkan agama-agama konvensional.”
Bayangkan dasar langit terbuka ini membuka ruang yang seluas-luasnya kepada pengaruh dan
budaya kuning daripada barat mahupun timur sendiri. Hal ini tidak kurang pula yang berlaku
kepada pelbagai akhbar dan majalah yang terdapat di pasaran. Kebanyakannya yang bersifat
komersil itu, lebih banyak menghidangkan cara dan citra hidup para artis baik di Malaysia
mahupun di luar negara seperti Hollywood dan Bollywood. Selain menampilkan cerita tentang
keaiban, kelemahan dan hidup glamour orang-orang ternama dalam pelbagai bidang. Reality
TV turut berperanan membina wajah moral masyarakat Melayu masa kini. Pelbagai rancangan
yang bercorak hiburan yang „diciplak‟ daripada Barat seperti Survivor, American Idols,
Apprentices telah menjadi kegilaan di kalangan anak-anak muda dan masyarakat Melayu
khususnya dengan pelabagai adegan dan hiburan yang ternyata melalaikan dalam siri-siri
seperti Auditions, Malaysia Idols, Akademi Fantasia dan sebagainya.
Menurut Zulkiple (1997), beberapa kajian skala kecil yang dilakukan oleh Persatuan
Pengguna Pulau Pinang dan Pelajar-pelajar komunikasi boleh dirumuskan sebagai berikut:
Dalam seminggu siaran televisyen, terdapat 57 pembunuhan, 350 perilaku memukul dan 365
perilaku menunjuk senjata.
a) Secara puratanya, setiap kanak-kanak melihat televisyen 2 hingga 3 jam sehari pada hari
biasa dan 3 hingga 4 jam pada hari minggu.
b) Daripada 8 program yang paling diminati, tujuh daripadanya mengandungi nisbah
keganasan yang tinggi.
c) Separuh daripada ibubapa yang disoal selidik mengatakan mereka tidak mengawasi apa
yang ditonton oleh anak mereka dan 2/3 mengaku mereka menjadikan televisyen sebagai
babysitter‟ kepada anak-anak mereka.
3. Pengaruh internet dan dunia Siber
Pornografi terdapat dengan meluas melalui berbagai-bagai rangkaian komputer dan protocol
seperti Usenet, World Wide Web dan Bulletin Board Service (BBS) yang dijalankan secara
komersil. Selain, itu terdapat laman web yang dibina khas untuk memaparkan perlakuan lucah
orang berbangsa Melayu juga terdapat ruangan untuk menceritakan pengalaman seks dan „sex
chatting‟ secara „realtime‟. Kesemua bentuk „hiburan‟ ini boleh dilayari oleh sesiapa sahaja di
kafe siber dengan bayaran langganan yang murah. (Alim, 2000)
4 Pascamodenisme, Globalisasi dan Perubahan Sosiobudaya: Gelombang dan
Cabaran Baru Yang Mencabar Pendidikan dan Sistem Moral Masyarakat Melayu
15
Menurut Martin (1990) dalam Fariza (2000), globalisasi merujuk kepada semua proses yang
mana manusia di dunia ini akan bersatu dan menjadikannya satu masyarakat dunia (single
world society), masyarakat global. Globalisasi menjadikan jarak, ruang dan waktu bersifat
maya dan pendek; dimensinya boleh digerakkan sepantas yang mungkin. Jaringan komunikasi
manusia semakin cepat dan dekat. Maklumat dapat disalur dan diterima hanya dalam beberapa
saat. Sekaligus, globalisasi memberi impak yang bukan sedikit terhadap budaya dan tamadun
hidup manusia. Menurut Wan Hashim (1997);
Kita melihat globalisasi yang berselindung di sebalik dan akibat langsung
ledakan teknologi malumat merupakan suatu proses re-westernisasi atau
imperialisme budaya, bahasa dan pendidikan yang berpengaruh dan mempunyai
kesan melemah dan akhirnya meminggirkan proses Islamisasi. Ia menjadikan
masyarakat Malaysia secara relatifnya lebih materialistic dan berorientasikan
kepenggunaan (consumer-oriented), serta berorientasikan perniagaan untuk
mengaut keuntungan sebanyak mungkin…”.
Perubahan sosiobudaya yang dimaksudkan adalah penyesuaian cara hidup yang telah diterima
akibat daripada faktor-faktor dalaman dan luaran. Akibat daripada proses penyesuaian budaya
seperti asimilasi, akulturasi dan difusi dalam budaya hidup masyarakat daripada sumber-
sumber yang kompleks dan rencam di merata dunia menerusi globalisasi. Sesungguhnya kesan
dan impak globalisasi dalam pelbagai elemen kehidupan masih terus dibicarakan pada hari ini.
Banyak sekali karya-karya penulis barat mahupun tempatan yang berkaitan dengan globalisasi
dan kesanya kepada masyarakat seperti „Islam, Globalization and Postmodernity‟, „Jihad vs.
McWorld (Benjamin R. Baber, 1995), „States of Minds‟ (Richard Kearney, 1995), „Predicting
the Future (Leo Howe dan Alan Wain, 1993), „Malaysia Menangani Globalisasi: Peserta atau
mangsa? (Noraini Othman dan Sumit K. Mandal. eds), „Realiti dan Ilusi Kehidupan Dalam
era Siber‟ (Shahrom TM Sulaiman, 2001)
Pada masa kini, banyak pihak lebih melihat gelombang globalisasi sebagai satu cabaran
terhadap ekonomi. Ekonomi menjadi mauduk penting dalam dunia globalisasi. Ramai sarjana
seperti Alvin Toffler, Peter F. Drucker, Richard Crawford dan Hamish McRae menyatakan
abad ke 21 lebih menekankan kepada pembangunan modal manusia (human capital). Justeru
itu, kebanyakan daripada wewenang bertungkus lumus bersiap siaga untuk menyediakan asas-
asas pembangunan ekonomi yang sekukuhnya. Perancangan strategik dan infrastruktur
pembangunan sumber-sumber manusia dan bukan manusia digagas dan dirancang dan
dilaksanakan samada untuk jangka panjang atau jangka pendek. Kesemua ini dilakukan kerana
takut kalau-kalau negara dan masyarakat tidak mampu bersaing pada pasaran terbuka.
Menurut Idris (1997),
“…namun kita tidak dapat lari dari satu hakikat bahawa dasar atau falsafah
liberal-kapitalis di mana soal kemajuan material dan keuntungan kewangan
menjadi titik hitung paling utama. Kemudian faham pragmatis pula menyokong
keseluruhan agenda-agenda pembangunan tersebut”.
“Seiring dengan kebangaan kita Melayu menjadai jutawan, usahawan,
cendekiawan dan pahlawan dan serentak dengan itu juga kita wajar berkabung
kerana ramainya Melayu menghidap AIDS, seks bebas, melepak, pengkhianat
bangsa dan pelbagai lagi. Justeru kita kini berhadapan dengan persoalan
survival Melayu dalam konteks globalisasi, dunia tanpa sempadan, teknologi
maklumat dan multimedia. Orang Melayu terhimpit untuk mengekalkan jatidiri
16
dan akal budi dalam hembusan pawana ekonomi dunia yang terbuka luas,
himpunan kekayaan yang melimpah ruah, penyaluran maklumat tanpa batasan,
dan asimilasi nilai yang berterusan antara timur dan barat”.(Mustafa Kamil,
1998)
Dewasa ini kebanyakan daripada keluarga memandang mudah akan pendidikan moral dan
asuhan terhadap anak-anak. Malah kebanyakan daripada mereka berpendapat sama seperti
Donald dan Benjamin (1968);
“told parents they did not have to go to college or read heavy books to be good
parents. They had only to use their clear-headed common sense and their natural
inclinations, and they would easily be “good enough” parents.
Ramai pakar dalam bidang psikologi, kaunseling dan kekeluaragaan melihat fenomena
globalisasi ini akan membina sebuah keluarga maya (virtual family) dengan nilai, norma dan
moral yang bersifat maya. Justeru itu, keluarga maya akan menyebabkan keberantakan yang
lebih parah akan berlaku dalam institusi yang tertua di dunia ini. Maka akhirnya benarlah
pepatah Inggeris yang berbunyi “corrupt parents makes corrupt children”. Namun begitu
masih ada sarjana barat yang prihatin akan peranan keluarga dalam pendidikan moral dan
antaranya Wilson (1990) menyatakan;
“…the family is the best context for moral learning, because it provides a secure
framework in terms of group identity, it satisfies the need for a personal identity
in terms of feeling confident, successful, useful and wanted; it puts the child in
close personal contact with adults who provide authority of the desire for
intimate response and the approval of one‟s kind.
Cabaran Pendidikan Moral Masyarakat Melayu Pada Zaman Pascamoden
Sesungguhnya abad ini, merupakan suatu cabaran yang amat besar dan mencabar. Masyarakat
Melayu yang semakin hari dihimpit dengan nilai materialistik dan hedonisme harus bekerja
keras untuk mengembalikan jati diri Islam yang sebenarnya. Peranan setiap individu dalam
keluarga khususnya ibu dan bapa pada dunia „hiper realiti‟ (memetik Shahrom, 2001) amat
penting dan ia memerlukan komitmen dan „jihad‟ yang besar. Hal ini kerana pernyataan-
pernyataan di bawah menunjukkan bahawa pendidikan moral semakin penting diberi
penekanan untuk membina keluarga dan masyarakat yang berakhlak luhur.
“Today parenting is seen as shared not only between mother and father, but also
with other caregivers. It is certainly true, of course, that despite this changed
sentiment mothers still do the lion‟s share of child rearing and homemaking”.
(Elkind, 1997)
“Children, in turn, are now seen as competent: ready and able to deal with all of
life‟s vicissitudes. This new perception of children, however, did not appear
because of some new and revolutionary finding about children”. (Halstead,
1999)
“…Adolescent today are seen as sophisticated, as quite knowledgeable about
sex, drugs, sexually transmitted diseases, AIDS and modern technology. This new
perception is again reflected in media portrayals of teenagers who are sexually
17
active, who may be using drugs, and who consider themselves equal to their
parents in decision-making competence”. (Garrett, 98))
“Menurut pakar sosiologi tersohor abad ini, dunia siber akan melenyapkan
batas-batas social dalam masyarakat kontemporari, khususnya batas-batas
antara dunia anak-anak dengan dunia orang dewasa menerusi „transperansi‟
media. Ketika anak-anak menyaksikan tontonan-tontonan yang merupakan dunia
orang dewasa menerusi video dan komputer (video atau disket porno), maka
secara sosiologisnya batas dunia anak-anak dengan orang dewasa. Tidak ada
lagi rahsia yang masih tersisa buat anak-anak dan dunia orang dewasa adalah
pantang larang dan tabu (pendidikan moral)”. (Shahrom, 2001)
MODEL PENDIDIKAN MORAL INSTITUSI KELUARAGA MELAYU
Dalam menelusuri masa depan dengan penuh cabaran, masyarakat melayu Islam tidak ada
pilihan melainkan menghadapinya dengan segala persediaan kekuataan jatidiri dan
berlapangan dada untuk membaiki kelemahan diri. Dalam mengharungi cabaran-cabaran yang
dinyatakan dalam kertas ini, institusi keluarga adalah merupakan institusi yang paling utama
dan penting dalam menyalurkan perubahan-perubahan positif didalamnya. Abdullah Nasih
Ulwan mengatakan bahawa sebab itu Islam menekankan dan memfokuskan perihal penting
pendidikan anak-anak dalam kontek kekeluargaan Islam. Nilai-nilai asas seperti ketaqwaan,
keikhlasan, hormat-menghormati, kasih sayang dapat diterapkan didalam keluarga. (Abdullah
Nasih Ulwan: 1988) Walaupun kita tahu anak-anak tersebut akan berkecimpung dalam
masyarakat dan menghadapi pertembungan nilai, maka disinilah peranan institusi social yang
lain dalam melaksanakan konsep kawalan social. Kawalan sosial tidak mungkin terlaksana
tanpa tanggungjawab dari anggota masyarakatnya. Almarhum Prof. Ismail Faruqi mengatakan
bahawa;
“Moral obligation is impossible without responsibility or reckoning. Unless man
is responsible and somehow and somewhere he will reckoned with as far as his
deeds are concerned”
Dalam masyarakat melayu, istilah yang dipakai bagi menggambarkan perihal kelakuan ialah
Akhlak. Dalam pandangan hidup Melayu istilah akhlak berkaitan dengan konsep makhluk dan
khaliq iaitu Penciptayang merujuk kepada kehalusan budi makluk berdepan dengan
Penciptanya. Sedangkan istilah moral tidak mencakupi dimensi kewujudan Tuhan dan
kehadiran Allah s.w.t. (Baharudin, 2001). Semua istilah yang dipakai ada konotasi dan
implikasi pandangan hidup yang berbeza.
Dalam konteks pendidikan formal,kita berpendapat bahawa falsafah pendidikan negara dan
kurikulum bersepadu yang dibentuk mampu membina nilai-nilai murni pada pelajar. Soalnya
sejauhmana perlaksanaannya dan modus operandinya. (Mohd Kamal, 1989).
18
Rajah 1: Model Pendidikan Keluarga Islam
PETUNJUK MODEL
IBU BAPA (KELUARGA)
PENDIDIKAN FORMAL
CABARAN ICT/GLOBALISASI
INSTITUSI SOSIAL-MASYARAKAT
INKUIRI
(kognitif)
anak anak
FIZIKAL EMOSI
(psikomotor) (afektif)
Anak anak
BAHASA KREATIF
(social) anak (estetik)
anak
anak
anak
IBU
BAPA
19
Berdasarkan Rajah 1, dipaparkan di atas, maka kita boleh melihat bahwa seperti yang
diutarakan oleh al-Ghazali dalam ihya ulumiddin‟ dan Rousseau dalam Emile‟ (Ghazali,
1988) bahawa keluarga itu merupakan tunggak kepada pendidikan dalam masyarakat dan
dalam kes ini pendidikan moral. Ada beberapa entiti yang bergabung dalam model yang
dicadangkan oleh penulis. Perlulah kita bincangkan satu-persatu.
1. Keluarga Islam - keluarga jika kita perhatikan, membentuk “core” atau “base foundation”
(asas-teras) dalam model tersebut. Ia berperanan sebagai a vital Value-Realizing
Institution atau sebuah Institusi Realisasi Nilai yang amat mendesak. Keluarga, dengan
sifat-sifatnya sebagai institusi pendidikan, keselamatan, reproduksi dan lain-lain
merupakan tempat yang paling tepat untuk menyemai nilai-nilai keimanan dan akhlak
mulia iaitu Islamic Worldview and Islamic Values” atau Ilmu Tasawwur Islam dan
Sistem Nilai-nilai Islam . Ini menjadi “pre-requisite personal quality” atau Syarat Asas
Keperibadian Berkualiti yang nantinya akan berupaya mengharungi seribu satu macam
cabaran dunia alaf baru ini. Untuk mencapai tahap ini, keluarga perlulah mempunyai
beberapa kualiti tertentu Antaranya:
a. Sebuah keluarga harus berupaya menjadi the driving force” dan memberikan
guiding ideas” kepada anak-anak. Oleh yang demikian, adalah sangat perlu ,
ibubapa dalam zaman Information and Communication Technology” (ICT) ini
memperlengkapkan diri mereka dengan ilmu-ilmu duniawi dan ukhrawi. Mereka
mestilah menjadi knowledgeable parents”. Celik tentang maklumat-maklumat
terkini dan teknologi perkomputeran serta berupaya melayari internet.
b. Ibubapa juga harus menjadi role models for changes”. Mereka tidak hanya
mengarah atau menunjuk-arah bahkan mempraktikkan apa yang diajari dan
menyertai perubahan demi menunjukkan anak-anak tentang bagaimana perubahan
harus dihadapi dan ditangani (managing changes)
c. Ibubapa juga perlu menjadikan diri mereka sebagai penjana kreativiti emosi anak-
anak. Emosi anak-anak perlukan dipantau dan disalurkan secara kreatif ke
saluran-saluran yang bertepatan dengan syara‟ dan nilai-nilai kemanusiaan
sejagat.
d. Perkembangan potensi anak-anak juga perlu seimbang dan unsur-unsur seperti
kognitif (inkuiri), afektif (emosi), kreatif (astetik), bahasa (sosial), psiko-motor
(fizikal) perlulah diberi perhatian yang seimbang dan saksama. Ketidak-
seimbangan bermakna akan pincanglah anak-anak kita apabila melayari dunia
teknologi maklumat yang sungguh global ini.
e. Justeru, untuk mencapai semua ini, kemahiran yang amat penting kepada ibubapa
ialah family management”. Inilah kemahiran yang masih belum dibincangkan
dan diwacanakan secara ekstensf dalam kerangka pendidikan kekeluargaan
melayu. Kita banyak membicarakan tentang keilmuan asas fardhu „ain dan fardhu
kifayah bakal-bakal ibubapa tetapi biasanya membiarkan mereka belajar
kemahiran mengurus keluarga melalui trial and error basis” atau far-end
technique” tanpa memberikan panduan-panduan yang deskriptif terhadap family
and crisis management”
.
2. Anak-anak anak-anak pula lebih menjadi individu yang berada di “receiving end of the
process”. Mereka boleh dilihat dalam dua watak:
20
a. Menerima perubahan melalui tauladan- anak-anak lebih mudah melihat gerak-
geri individu di sekelilingnya dan meniru gaya mereka. Kaedah penurian
memang merupakan kaedah yang paling kerap digunakan oleh kanak-kanak
hingga ke peringkat adolescence atau remaja jika dikaji dari perspektif
psikologi. Oleh yang demikian, amat tepatlah jika kita menghidangkan kepada
mereka contoh-cnotoh teladan yang mulia untuk ditiru.
b. Kanak-kanak juga merupakan kumpulan yang paling aktif dan pantas
perkembangan emosinya dalam sesebuah keluarga. Ini akan memberikan
ibubapa sedikit cabaran apabila berhadapan dengan mereka. Oleh yang
demikina, sikap sabar dan bijaksana harus menjadi dasar kepada proses ini.
3. Pendidikan formal- peranan pendidikan formal di sekolah haruslah menjadi pelengkap
(complimentary) dalam proses pembentukan akhlak kanak-kanak. Ia tidak boleh
dipertanggung-jawabkan sepenuhnya lantaran sifatnya yang kurang autoritatif
dan hubungan afektifnya yang terhad ke atas kanak-kanak. Justeru, tarafnya
sebagai pelengkap amatlah sesuai.
4. Institusi sosial dan masyarakat- selari dengan falsafah pendidikan, masyarakat haruslah
bertindak menjadi pemantau dan pengawal terhadap perkembangan
pendidikan anak-anak. Ia menjadi social control yang sentiasa memerhatikan
anak-anak dalam perkembangan hariannya. Ini adalah social obligation‟
setiap individu masyarakat. Falsafahnya ialah amar ma‟ruf nahi mungkar
yangamat dianjurkan oleh Islam. Inilah yang menjadi kunci kejayaan
pendidikan ketamadunan umat Melayu dan mana-mana ketamadunan Timur
masa lampau. Bahkan, pemerintah yang sifatnya adalah penguatkuasa juga
amat pentingnya. Ini adalah kerana sifat pendidikan itu haruslah berlaku dua-
hala. „Top-down‟ dan bottom-up‟. Keluarga sahaja tidak mampu berjaya jika
produknya yang bermutu tinggi terhumban ke dalam suasana kedurjanaan
yang akan akhirnya menranapkan „defense mechanisme‟ yang telah
diperlengkapkan kepada anak-anak. Justeru, peranan masyarakat sama
pentingnya dalam memastikan generasi masa depan yang berakhlak mulia dan
bermoral tinggi.
Kesimpulan
Rumah tangga memaikan peranan penting dalam pembentukan sahsiah dan moral seseorang,
keadaan rumah tangga akan membentuk akhlak seseorang. Daripada keluarga, seseorang akan
tahu jenis agama, ibu bapa seseorang. Pengajaran dan pendidikan di rumah amat memberikan
kesan kepada perkembangan pembesaran anak-anak. Didikan yang salah dan asuhan yang
tidak dirancang akan menghasilkan perilaku yang tidak diingini. Ibu bapa yang berpendidikan
tidak semesteinya melahirkan anak-anak yang terdidik begiru juga ibu bapa yang kuat
berpegang dengan system nilai agama juga tidak semestinya melahirkan anak-anak yang
soleh, sebaliknya ajaran dan didikan yang bersistem dan konsisten biasanya dapat membentuk
akhjlak dan moral yang baik kepada anak-anak dan generasi masa depan.
21
RUJUKAN
Abdul Nasih Ulwan (1988). Pendidikan Anak-Anak dalam Islam. Singapura: Pustaka nasional.
Alim Mujahid (2000). “Cybersex Melayu”. dalam Tamadun. Bil.71. m/s. 59.
Baharuddin Ahmad (2000). “Kehilangan Makna Asal: Pengajaran Bahasa Melayu di
Persimpangan Jalan”. dalam Majalah al-Hikmah ISTAC. No.18. Bil.1. m/s 12.
Berhanuddin Abdullah (2000). “Masalah Sosial: Strategi Penyelesaian Menerusi Organisasi
Dakwah”. dalam Dakwah dan Perubahan Sosial m/s. 144.
Elkind, David (1995). “School and Family in the Postmodern World”. dalam Journal of Moral
Education. Bil.77. m/s. 7.
Fariza Md. Sham et al. (eds) (2000). Dakwah dan Perubahan Sosial. Kuala Lumpur: Utusan
Publications dan Distributors Sdn. Bhd.
Ghazali Darusalam (1997). Dinamika Ilmu Akhlak Islamiah. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Ghazali Basri (1988). “Rousseau‟s Child Educational Deveopment Theory Seen In The Light
of al-Ghazali‟s Thoughts”, dalam Jurnal Pendidikan Islam, Thn.2-Bil.7, Biro
Pendidikan ABIM.
Halstead, J.M. (1997). “Muslim and Sex Education”. dalam Journal of Moral Education. 26.
m/s. 317.
Ismail Faruqi (1992). Tauhid Its Implications for Thought and Life. Herndon: IIIT.
Ismail Hussein, Wan Hashim Wan The dan Ghazali Shafie (1997). Tamadun Melayu:
Menyongsong Abad Kedua Puluh Satu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Idris Zakaria. (1997). “Kemajuan Negara Dan Gejala Sosial: Kupasan Falasafah”. dalam
PEMIKIR, Jul-Sept. m/s. 158.
Mohd. Janib Johari (1994). Moral : Teori Aplikasi dan Permasalahan. Penerbit Universiti
Teknologi Malaysia: Skudai.
Mohd. Kamal Hassan (1989). “Values Education Framework Based on Islamic Concepts and
Precepts” dalam Jurnal Pendidikan Islam. Jld.2. Bil. 3. m/s 23.
__________________ (1988) “Peranan Akhlak Dalam Pendidikan Islam” dalam Jurnal
Pendidikan Islam, Thn.2-Bil.7, Biro Pendidikan ABIM. M/s 32.
Mohd. Sani (2000). “Kebudayaan Barat dan Pegangan Hidupnya”. dalam RISALAH, bil.3/99.
m/s 21.
Mohd. Shahir Abdullah (2000). “Masalah Sosial: Strategi Penyelesaian Menerusi Organisasi
Dakwah”. dalam Dakwah dan Perubahan Sosial m/s. 161.
22
Muhammad „Uthman el Muhammady (1987). “ Islamic Solutions to the Spiritual and Moral
Crisis of Present Day Society” dalam Jurnal Pendidikan Islam, Thn.2-Bil.5, Biro
Pendidikan ABIM, 1987
Mustafa Kamil Ayub (1998). “Menangani Dilema Orang Melayu”. dalam Dewan
Masyarakat. Bil.7.Jil.36. m/s. 23.
Muhamad Haji Ikhsan (1995). “Ledakan Maklumat dan Perubahan”. dalam Dewan
Masyarakat. Bil.4.Jil.33. m/s. 23.
Nik Mustapha Nik Hassan dan Mohd. Ridhuan Tee Abdullah (eds.) (1994). Islam dan
Kemajuan Masyarakat. Kuala Lumpur. IKIM.
Mohd. Rumaizuddin Ghazali (2000). “Pascamodenisme: Kesan Kepada Akidah Umat Islam
dalam Risalah. Bil. 3/2000.
Shahrom TM Sulaiman (2001). Realiti dan Ilusi Kehidupan Maya dalam Era Siber. Selangor:
Mahzum Book Services.
Siti Fatimah Abdul Rahman dan Hamiza Ibrahim (eds.) (1994). Islam: Penyelesaian
Permasalahan Zaman Moden. Kuala Lumpur. IKIM.
Wan Liz Wan Omar (2000). Gagasan Alaf Baru: Mencetus Kebangkitan Malaysia Membina
Keagungan. Selangor: Thinker‟s library Sdn. Bhd.
Wilson, J. (1990). A New Introduction to Moral Education. London: Casell.
Zulkiple Abd. Ghani (1997). “Kesan Media Massa Terhadap Perubahan Sosiobudaya”. dalam
Tamadun. Bil.40. m/s. 41-42.
Zulkarnain Yusoff. (1994). “Budaya Barat dan Pengaruhnya dalam Masyarakat Melayu”.
dalam Dewan Islam Jilid 1:3, m/s 18-19.
1 Takrifan linguistik harus dilihat dari asal perkataan moral sendiri iaitu moralis, dari bahasa Latin,
yang bermaksud customs and manners‟ atau adat resam dan adab. Moral secara amnya boleh
dimengertikan sebagai tatasusila mulia atau adab sopan. Ada beberapa perkataan yang amat rapat
hubungannya dengan moral seperti nilai, norma, etika, manners‟ dan akhlak. Kesemuanya mempunyai
konotasi yang amat rapat. Nilai bermaksud prinsip kualiti yang mewarnai sistem sosial sesuatu
kelompok manusia. Maka berjaya atau tidak seseorang individu itu menyesuaikan dirinya ke dalam
suatu kelompok masyarakat bergantung kepada berjayanya dia menjiwai dan mengamalkan nilai
pegangan masyarakat tersebut.
Norma atau „norms‟ pula merupakan suatu peraturan informal yang dipegang oleh kelompok
masyarakat. Ia berbentuk batasan. Seseorang yang melanggar norma-norma sesuatu masyarakat itu
menunjukkan kegagalannya mentaati kontrak sosialnya dengan masyarakat tersebut. Bagaimanapun,
norma tidak konsisten di antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Contohnya, dalam
masyarakat Barat, mungkin seseorang yang bersendawa ketika di meja makan itu tidak mematuhi
norma akan tetapi di negara kita, ia dianggap perkara biasa.
Etika atau ethics‟ atau ethos‟ dalam bahasa Greek, bermaksud perlakuan seseorang. Pada
masa kini, etika lebih berkisar pada makna pegangan nilai baik yang mendasari sasuatu amalan
masyarakat atau profesion. Contohnya, profesion kedoktoran ada etikanya, begitu juga profesion
guaman dan undang-undang. Ia merujuk kepada tindak-tanduk kita yang dianggap menyalahi nilai baik
dalam ruang lingkup kecil komuniti tersebut. Manners‟ pula merujuk kepada sopan santun dan
perlakuan yang beradab. Ia mempengaruhi nilaian terhadap tahap kemoralan seseorang. Seseorang
23
yang perlakuannya tidak bersopan bagaimanapun tidaklah sampai menjadikan ia tidak bermoral. Cuma
ia kurang manis atau kurang bijaksana.
2 Akhlak adalah paduan kepada konsep-konsep di atas. Ia menggambarkan keperibadian
seseorang, budi pekertinya dan cara ia menyesuaikan diri pada setiap masa dan keadaan. Seseorang
yang berakhlak mulia akan disenangi oleh orang di sekelilingnya. Malah lebih jauh daripada itu Islam
memandang akhlak sebagai buah kepada iman dan tidaklah dianggap kuat iman seseorang yang tidak
mantap akhlaknya. Akhlak dalam pengertian yang luas tidak sama seperti moral. Menurut Ghazali
(2001) pengertian akhlak amat jelas berbanding moral kerana;
1. Ia merangkumi zahir, batin dan pemikiran.
2. Ia mementingkan hubungan dengan al-Khaliq.
3. Ia berpandukan al-Quran dan al-Hadis.
4. Ia bersifat mutlak.
5. Matlamatnya untuk keredaan Allah s.w.t.
6. Ia bersifat universal dan sempurna.
3 Pendidikan pula sering ditakrifkan sebagai proses bagi mengubah tingkahlaku seseorang itu
hasil dari pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang dipelajarinya (Mohd. Kamal, 1988). Falsafah
Pendidikan Negara (FPN) mentakrifkan pendidikan sebagai usaha yang berterusan bagi
memperkembangkan potensi individu pelajar yang seimbang sama ada dari aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelektual (JERI). Ini sesuai dengan pentakrifan pendidikan yang diutarakan oleh as-Syeikh
Dr.Yusuf al-Qardawi iaitu pendidikan itu harus bersifat utuh, ia mencakupi akal dan hati, rohani dan
jasmani serta akhlak dan ketrampilan.
4 Pertamanya, tahap kemoralan yang tertinggi iaitu kemoralan agama. Kemoralan ini
sebenarnya adalah kemoralan tahap tertinggi lantaran asasnya iaitu kepercayaan dan keyakinan
terhadap alasan yang abstrak sebagai asas perlunya berperilaku bermoral. Sebagaimana kita tahu,
agama banyak memperkenalkan konsep-konsep yang abstrak dan ghaib seperti kekuasaan tuhan, hari
pembalasan dan sebagainya yang agak sukar untuk difahami dan ditaakuli menggunakan akal manusia
yang amat terbatas kebolehannya. Justeru dengan keadaan ini, perlakuan bermoral yang berasaskan
kepercayaan kepada perkara-perkara yang non-fizikal tentunya memerlukan keyakinan yang kuat dan
penuh. Sebagai contohnya, kita takut untuk melanggar undang-undang jalanraya kerana kewujudan
penguatkuasaan yang jelas seperi pasukan polis dan Unit Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan
Jalanraya. Akan tetapi, keyakinan kepada perkara gahib seperti iman kepada Allah, pembalasan dari
alam kubur hinggalah ke mizan, titian sirat dan dihumban ke api neraka tidak dapat dibayangkan
melainkan berlandaskan perkhabaran dalam al-Quran dan as-Sunnah. Ia tidak berbentuk ancaman
fizikal.
5 Keduanya dipanggil kemoralan alam. Kemoralan alam merujuk hubungan manusia dengan
alam semulajadi dan tanggungjawab memelihara keindahan dan kesejahteraan alam sekelilingnya. Ini
penting demi menjamin kesejahteraan kehidupan dan survival manusia itu sendiri di masa akan datang.
6 Yang ketiga ialah kemoralan sosial. Ini merupakan aspek terpenting dalam kemoralan
seseorang itu dari kacamata sekular kerana manusia tidak boleh hidup sendirian dan memerlukan
manusia sekelilingnya. Untuk itu, dia mestilah boleh diterima dengan baik oleh orang sekelilingnya. Ini
akan dicapai apabila tingkah lakunya bersesuaian dengan prinsip-prinsip moral dan orientasi nilai
masyarakat sekelilingnya. Melalui interaksi yang baik ini, keharmonian akan tercapai dan pergaduhan
serta perselisihan dapat dielakkan.
7 Moral agama merupakan disiplin yang ketat, kerana ia tidak menyediakan kekecualian dan pintu
belakang atau jalan mudah untuk mana-mana individu. Ia juga tidak bersifat „double standard‟ bahkan
ia lebih berat diprakatikkan ke atas orang yang lebih berpangkat dan berpengaruh berbanding dengan
orang awam.
Moral berlandaskan agama ini bersifat mutlak dan konsisten. Asas akhlak dan prinsip ketauhidan dan
syariat Islam tidak pernah berubah. Hukum-hukumnya jelas tanpa sebarang kekeliruannya sejak ia
diturunkan di zaman Rasulullah s.a.w lagi hinggalah ke zaman ini. Ia berlandaskan wahyu yang tidak
terbanding dengan akal manusia dan tentunya tidak bisa dicabar oleh akal manusia.
Dasar moral agama amat kukuh- ia tidak mempunyai sebarang cacat dan celanya. Bahkan ia bersifat
absolute‟. Selagi seseorang itu beriman, tidak kira di mana dan bila, ia akan sentiasa sedar bahawa ia
24
dipantau oleh malaikat dan diperhatikan oleh Allah. Malah W.M Dixon mengakui bahawa walau
apapun keadaan penerimaan kita terhadap kemoralan berasaskan agama, ia tetap “merupakan dasar
yang paling kuat bagi moral”.
8 Ketika usia kurang 7 tahun (peringkat pertama), kanak-kanak perlulah dididik dengan
konsep “bermain-main” iaitu teknik yang lebih hampir dengan simulasi, cerita-cerita pedoman atau
mungkin juga pemainan yang disusuli dengan penerangan tentang moralnya.
Peringkat yang kedua pula lebih menjurus kepada pendidikan yang lebih direct‟,
memaparkan konsep-konsep hukuman, merit dan dimerit dan penjelasan atas apa yang harus dilakukan.
Islam menunjukkan bahawa pendidikan haruslah melalui pendekatan yang sesuai dan bukan dengan
semberono semata-mata. Allah s.w.t mengarahkan kita mendidik anak-anak dan masyarakat (menyeru
ke arah ketaatan pada Ilahi) dengan berhikmah dan melalui perkataan-perkataan yang baik. Secara tak
langsung, ini menyentuh metodologi dakwah dan juga mencirikan akhlak seseorang da‟i itu sendiri.
Begitulah juga pada peringkat ketiga yang mana pendidikan itu harus bersifat indirect, ia
mendekati jiwa remaja yang bergejolak itu, yang idealismenya tinggi itu, yang hatinya sensitif itu
dalam bentuk berkawan-kawan, lengkap dengan ciri-ciri sympathy dan empathy yang boleh menjadi
pendorong kepada remaja mengekalkan hubungan yang harmonis dan erat dengan ahli keluarga yang
lebih tua. Melalui kaedah ini, sudah tentu pendidikan tidak akan tergugat dengan faktor-faktor fisiologi
dan psikologi kanak-kanak yang sentiasa berkembang sehingga ia mencapai tahap kedewasaan kelak.
9 Wajah moral masyarakat Melayu kini adalah nilai diri, jatidiri, watak dan perlakuan yang
dimanifestasikan dalam pelabagai events kehidupannya. Amat banyak perbincangan, wacana
intelektual, makalah dan artikel yang membahasakan isu yang berkaitan dengan wajah moral
masyarakat Melayu masa kini. Untuk makluman terdapat beberapa buku dan artikel yang secara
langsung dan tidak secara langsung ada menyentuh tentang isu ini. Antaranya;
1. Abdul Latif Samian (2001) dalam kertas kerja “Falsafah Moral Dalam Etika Melayu”
dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan Moral Dalam Dunia Globalisasi pada 23-25 Mei
2001, anjuran Fakulti Pendidikan UM.
2. Kamal Hassan (2003) dalam kertas kerja “Setting Muslim Mindset in Malaysia: Fcing The
Challenges of Globalisastioan dalam Prosiding International Seminar on Islam and The
Challenges of Science and Technology in the 21st Century anjuran PPIPS UTM, Skudai
3. Hussin Salamon et al (2003) Globalizations and Challenges To The Muslim Ummah dalam
kertas kerja “Setting Muslim Mindset in Malaysia: Fcing The Challenges of Globalisastioan
dalam Prosiding International Seminar on Islam and The Challenges of Science and
Technology in the 21st Century di UTM, Skudai
4. Atikullah & Siti Hajar (2002) dalam Kertas Kerja “Keluarga Tanpa Sempadan: Punahnya
Nilai-nilai Melayu Islam Dalam Alam Rumahtangga dalam Prosiding “Persidangan
Kebangsaan Kerja Sosial pada 13-15 Ogos 2002 anjuran Program Pengurusan Kerja Sosial,
UUM.
5. Aminuddin Ruskam (2002) dalam kertas kerja “Gejala dekadensi Moral: Polimik dan
Metodologi Penyelesaian dalam Prosiding “Persidangan Kebangsaan Kerja Sosial pada 13-
15 Ogos 2002 anjuran Program Pengurusan Kerja Sosial, UUM.
6. Muhamed Fauzi Othman & Mohd Azhar Abd. Hamid (2003) dalam “Globalisasi
Hilangkan Jati Diri Melayu? Dalam PEMIKIR, April- Jun 2003.
7. Teo Kok Seong (2003) dalam kertas kerja “ lagu Hard Rock dan Heavy Metal Melayu:
Ancaman Kepada Nilai-nilai Peradaban Melayu? Dalam Prosiding Seminar Za‟ba Mengenai
Alam Melayu, pada 12-14 Ogos 2003 anjuran Institut Peradaban Melayu, UPSI
8. Azhar Bidin (2003) dalam kertas kerja “ Ideologi Media Tempatan: Sejauhmanakah Ia
Menyumbang Kepada Pengukuhan Nilai-nilai Kemelayuan dalam Prosiding Seminar Za‟ba
Mengenai Alam Melayu, pada 12-14 Ogos 2003 anjuran Institut Peradaban Melayu, UPSI
9. Hashim Musa (2004) dalam kertas kerja “Citra Hati Budaya Melayu” dalam Prosiding
Persidangan Antarabangsa Peradaban Melayu 11, pada 26-28 Februari 2004, anjuran Institut
Peradaban Melayu, UPSI
... Furthermore, understanding female Malay victims in this study regarding aspects of Islamic law are important to help them enforce their social justice through divorce and alimony claims against children. This is because Islam is a religion that provides a solution to all kinds of problems facing human beings (Abd Hamid et al., 2004). Abd Rahim et al. (2008) argued that the Malay family institution crisis could be avoided through gender roles in household management. ...
... As a result, all victims are relieved after exposing all their suffering to God because they believe that God can resolve their misery. It is in line with the understanding that a firm grip on moral principles drives a high degree of confidence because Islam is the only religion that offers solutions to the various problems faced by people (Abd Hamid et al., 2004). The results of Hassouneh-Phillips (2003) study of a sample of Muslim women in America showed that spiritual aspects shaped the choice of action. ...
Article
Full-text available
Victims of high-risk domestic violence in Malaysia return to their husbands if they lack the necessary support to face life challenges, especially after separation. Violence against women is part of the violation of human rights. Therefore, several action strategies are essential to counteract the various pressures of the social injustice they have endured. This qualitative study identifies how victims of domestic violence use coping strategies to face various challenges and pressures after deciding to break up with their spouse. In-depth interviews using purposive sampling and snowball techniques were conducted on 15 female respondents in Penang, Malaysia. Actions including filling in time, positive thinking, seeking formal services assistance, religious approaches, and sharing problems with informal systems successfully reduced the stress and concerns of victims of domestic violence. Enhancing and empowering domestic violence victims about their rights is vital for them to exit the abusive cycle. It is hoped that by understanding their rights as a person, they will be able to resort to better social support systems to overcome their current challenges to better social functioning. Hence, social workers must continuously provide the source of support, including empowering/allowing victims to continuously aware of their rights, which are the most fundamental elements of professional social work practice.
Book
Full-text available
Buku Dinamika Ilmu Akhlak Islamiah adalah sebuah buku yang sangat eksklusif dalam membahaskan ilmu akhlak islamiah daripada perspektif ilmu turath dan falsafah akhlak. Buku ini amat sesuai dibaca oleh semua peringkat pelajar di IPTA dan IPGM (perguruan) juga dalam kalangan guru-guru pendidikan Islam dan pengkaji akhlak Islamiah.
dalam Kertas Kerja Keluarga Tanpa Sempadan: Punahnya Nilai-nilai Melayu Islam Dalam Alam Rumahtangga dalam Prosiding " Persidangan Kebangsaan Kerja Sosial pada 13-15 Ogos 2002 anjuran Program Pengurusan Kerja Sosial
  • Siti Atikullah
  • Hajar
Atikullah & Siti Hajar (2002) dalam Kertas Kerja " Keluarga Tanpa Sempadan: Punahnya Nilai-nilai Melayu Islam Dalam Alam Rumahtangga dalam Prosiding " Persidangan Kebangsaan Kerja Sosial pada 13-15 Ogos 2002 anjuran Program Pengurusan Kerja Sosial, UUM.
Islam: Penyelesaian Permasalahan Zaman Moden
Siti Fatimah Abdul Rahman dan Hamiza Ibrahim (eds.) (1994). Islam: Penyelesaian Permasalahan Zaman Moden. Kuala Lumpur. IKIM.
Kesan Media Massa Terhadap Perubahan Sosiobudaya " . dalam Tamadun. Bil.40. m/s
  • Zulkiple Abd
  • Ghani
Zulkiple Abd. Ghani (1997). " Kesan Media Massa Terhadap Perubahan Sosiobudaya ". dalam Tamadun. Bil.40. m/s. 41-42.
Cybersex Melayu " . dalam Tamadun. Bil.71. m/s. 59 Kehilangan Makna Asal: Pengajaran Bahasa Melayu di Persimpangan Jalan " . dalam Majalah al-Hikmah ISTAC
  • Alim Mujahid
Alim Mujahid (2000). " Cybersex Melayu ". dalam Tamadun. Bil.71. m/s. 59. Baharuddin Ahmad (2000). " Kehilangan Makna Asal: Pengajaran Bahasa Melayu di Persimpangan Jalan ". dalam Majalah al-Hikmah ISTAC. No.18. Bil.1. m/s 12.
Matlamatnya untuk keredaan Allah s.w.t. 6. Ia bersifat universal dan sempurna
  • Ia Bersifat Mutlak
Ia bersifat mutlak. 5. Matlamatnya untuk keredaan Allah s.w.t. 6. Ia bersifat universal dan sempurna.
Peranan Akhlak Dalam Pendidikan Islam " dalam Jurnal Pendidikan Islam, Thn.2-Bil
__________________ (1988) " Peranan Akhlak Dalam Pendidikan Islam " dalam Jurnal Pendidikan Islam, Thn.2-Bil.7, Biro Pendidikan ABIM. M/s 32.
Realiti dan Ilusi Kehidupan Maya dalam Era Siber
  • T M Shahrom
  • Sulaiman
Shahrom TM Sulaiman (2001). Realiti dan Ilusi Kehidupan Maya dalam Era Siber. Selangor: Mahzum Book Services.
Dakwah dan Perubahan Sosial. Kuala Lumpur
  • Fariza Md
  • Sham
Fariza Md. Sham et al. (eds) (2000). Dakwah dan Perubahan Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd.