Conference PaperPDF Available

PENYEBARAN FAHAMAN ANTI HADIS DAN KESANNYA TERHADAP AKHLAK

Authors:

Abstract

Hadis merupakan sumber rujukan utama selepas al-Qur’an. Walaupun ia adalah asas utama dalam Islam, namun begitu terdapat segolongan Muslim yang berani tampil untuk mengingkari sumber ini. Golongan yang dikenali sebagai Golongan Anti Hadis (GAH) ini telah menyebarkan pemikiran sesat yang merosakkan bukan sahaja akidah bahkan akhlak umat Islam itu sendiri. Oleh itu tujuan kajian ini di laksanakan bagi mengkaji kesan penyebaran golongan anti hadis ini terhadap akhlak Muslim. Hasil dari kajian ini menunjukkan bahawa pemikiran golongan anti hadis telah menyebabkan kesan yang negatif terhadap akhlak umat Islam. Oleh yang demikian kebejatan pemikiran golongan anti hadis ini hendaklah di basmi dari terus merebak. ini adalah untuk memastikan masyarakat islam dapat hidup dengan lebih sejahtera dan aman dunia dan akhirat.
Pemakanan Halalan Toyibbah Membentuk Rohani Yang Sihat:
Pandangan Imam Ghazali
Siti Salwa Md. Sawari
Faculty of Islamic Civilization, University Technology Malaysia
Email Address: salwa.sawari@gmail.com
Mohd Al’Ikhsan Ghazali
Faculty of Islamic Civilization, University Technology Malaysia
Email Address: alikhsan@ic.utm.my
Afifatun Nadhirah
Kulliyah of Islamic Revealed Knowladge and Heritage
Email Address: nadhirahafifatun@gmail.com
ABSTRAK
Makanan adalah salah satu sumber asas dalam kehidupan. Setiap manusia yang bernyawa perlukan
makanan untuk terus hidup. Kini masyarakat telah mula mengambil berat mengenai setiap
makanan yang di ambil untuk memastikan tubuh badan mereka terhindar dari penyakit. Namun
dalam keghairahan manusia memilih makanan yang berkualiti untuk kesihatan badan mereka,
ramai yang terlepas pandang akan perkaitan makanan yang di ambil dalam pembentukan rohani
mereka. Maka dengan itu kertas kerja ini akan membincangkan pandangan Imam Ghazali
mengenai kepentingan menjaga pemakanan yang halal menurut Islam. Kesan daripada penjagaan
makanan yang halal dan toyyibah maka terbentuklah rohani yang sihat.
KATA KUNCI: Pemakanan, Halal Toiyyibah, Rohani.
PENDAHULUAN
Makanan merupakan aspek penting dalam kehidupan. Semua makhluk memerlukan makanan dan
minuman untuk meneruskan kehidupan kerana ia mengandungi pelbagai bahan yang membekalkan
khasiat kepada badan manusia bagi menjana tenaga, mengekalkan kehidupan dan merangsang
pertumbuhan badan. Selain itu, aspek gizi dan pemakanan juga memainkan peranan penting bagi
pembentukan akhlak dan rohani seseorang. Dewasa ini, kita digemparkan dengan kejadian bebola
ikan yang dihasilkan daripada daging ular. Ini menimbukan kebimbangan dalam kalangan
masyrakat terutamanya mereka yang bergelar muslim.
KAJIAN LITERATURE
Seperti yang kita sedia maklum, gizi dan pemakanan mampu mempengaruhi kerohanian
dan akhlak seseorang. Gizi memainkan peranan penting dalam kesihatan seseorang. Shihab
mengatakan “bahawa adalah merupakan kewajiban seseorang untuk memelihara jasmani
sehingga dapat berfungsi sebagaimana mestinya” (Kartubi). Rasulullah SAW bersabda:
“sesungguhnya badanmu mempunyai hak atas dirimu”.
Islam telah menetapkan bahawa asal sesuatu itu adalah harus kecuali terdapat hukum dan
hujah yang menyatakan haram dan halal sesuatu perkara itu. Islam bukan hanya menitik
beratkan kepentingan makanan yang seimbang semata-mata tetapi juga turut menekankan
pemilihan bahan-bahan makanan yang halal menurut syarak. Firman Allah s.w.t. yang
bermaksud :
“Makanlah yang baik-baik dan berbuatlah amal soleh.”(Al-Mu’minum:51)
Al-quran telah mensyaratkan bahawa sesuatu makanan yang berkualiti dan tinggi
nutrisi itu dinilai melalui dua aspek penting iaitu halal dan baik. Sebagaimana firman-Nya:
“Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah rezekikan kepadmu
dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya”. (QS al-Maidah ayat 88).
Imam Al-Ghazali berpesan dalam soal penjagaan makanan anak-anak dengan
katanya “Hendaklah dijaga makan dan minum yang sesuai untuk dimakan dan diminum.
Tidak mengapa jika makanan itu kurang enak asalkan halal.” (Siti Norlina, 2005). Ini
membuktikan betapa Islam menitikberatkan aspek halal dan baik dalam pemakanan
seorang muslim. Islam meletakkan sesuatu perkara itu bersesuaian mengikut keadaannya.
Persoalannya, apakah yang dimaksudkan dengan halal itu? Menurut Kamus Dewan Edisi
keempat (2005:502)“ menjelaskan halal ialah hukum membenarkan sesuatu perbuatan
dilakukan (dalam Islam), diperbolehkan (tidak ditegah oleh syarak), diizinkan,
dibenarkan” ( Salma).
Terdapat beberapa garis panduan dalam menentukan halal sesuatu produk atau
makanan itu:
a)Bukanlah terdiri daripada atau terkandung di dalamnya apa-apa bahagian atau benda
dari binatang yang orang Islam dilarang oleh hukum syarak memakannya atau yang tidak
disembelih mengikut hukum syarak.
b)Tidaklah terkandung di dalamnya apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut
hukum syarak.
c)Tidaklah disedia, diproses atau di kilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak
bebas dari benda-benda najis mengikut hukum syarak.
d) Tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau
berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak garis panduan a, b,
dan atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak.
Halal dan haram sesuatu perkara itu berbeza mengikut bangsa dan agama. Islam
melarang umatnya mengambil makanan yanng mengkhayalkan, melemahkan ingatan dan
apa sahaja yang boleh memudaratkan kesihatan. Islam tidak mengharamkan pengambilan
makanan dan minuman selagimana ia tidak memabukkan. Yusuf Qardawi berkata untuk
jenis ini, Islam tidak mengharamkannya melainkan jika ia sudah menjadi arak, samada ia
diperbuat dari perahan anggur, kurma, gandum atau apa sahaja bahan lain selama ia
menjadi sesuatu yang memabukkan.” (Dr. Yusuf al-Qardhawi, 1993)
Walaubagaimanapun, perbahasan hebat berlaku bilamana kita membincangkan
pengambilan makanan yang berasaskan daging haiwan. Secara amnya, terdapat empat jenis
daging haiwan yang diharamkan dalam Islam, iaitu darah yang mengalir, bangkai
binatang, babi serta haiwan yang disembelih bukan kerana Allah. Al-quran secara
umumnya melarang umat Islam daripada memakan empat perkara ini kerana ia boleh
memudaratkan kesihatan dan bagi tujuan memuliakan manusia.
Allah telah menjelaskan secara terperinci bahwa terdapat sepuluh jenis makanan
yang berasaskan daging yang diharamkan di dalam Islam. Allah berfirman dalam surah al-
Maidah ayat 3 yang bermaksud:
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih)
dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-
binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik, dan yang
mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan yang mati ditanduk dan
yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis
nyawanya) dan yang disembelih atas nama berhala dan (diharamkan juga) kamu
merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah
perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan
kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya).
Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu
takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama
kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu
menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan
benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka
bolehlah dia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.
Ayat diatas menerangkan bahawa terdapat 10 jenis daging yang diharamkan di
dalam Islam iaitu bangkai, darah yang mengalir, daging babi, binatang-binatang yang
disembelih bukan kerana Allah, binatang yang mati kerana dicekik (Al-Munkhaniqah),
binatang yang mati kerana dipukul dengan tongkat dan sebagainya (Al-Mauqudzah),
binatang yang jatuh dari tempat yang tinggi sehingga mati (Al-Mutaraddiyah), binatang
yang ditanduk oleh binatang lain sehingga mati (An-Nathihah), binatang yang diterkam
oleh binatang buas dengan dimakan sebahagian dagingnya sehingga mati (Maa akalas
sabu) kecuali yang sempat kamu sembelih ketika ia masih hidup ( nyawa-nyawa ikan),
binatang yang disembelih untuk berhala (maa dzubiha alan nusub). Secara umumnya
binatang yang diharamkan untuk dimakan itu ada empat jenis,dan secara terperincinya
sebanyak sepuluh jenis” (Yusuf al-Qardhawi 1993 dan al-Ghazali 2000).
Islam mengharamkan bangkai dan darah yang mengalir bagi memuliakan manusia.
Mereka yang mempunyai akal fikiran tidak akan sesekali memakan bangkai melainkan
ketika di dalam keadaan yang benar- benar darurat kerana sifat bangkai yang jijik dan
kotor. Islam merupakan agama yang menitikberatkan kesihatan dan kesejahteraan manusia.
Pegambilan makanan yang berkhasiat dan toyyiban ini mampu melatih diri menjadi
seorang hamba yang suka beribadat dan bertakwa kepada Allah. Ia juga mampu
melihatkan modul insan yang cergas jasmani dan cerdas rohani. Pepatah arab mengatakan,
“akal yang cerdas berpunca daripada jasmani yang sihat”. Untuk melahirkan tubuh badan
yang cergas, seseorang itu perlulah peka dengan kriteria pemakanan yang telah ditetapkan
dalam Islam. Al-Quran mengariskan prinsip halal dan baik sebagai syarat makanan yang
berkualiti dan bernutrisi tinggi.
Antara manfaat mengamalkan pemakanan halal adalah seseorang itu memperolehi
kekuatan untuk melakukan amalan-amalan soleh dan anggota badan akan mentaati akal.
Imam Al Ghazali menceritakan mengenai percakapan seorang wali, Suhail, iaitu :
"Apabila seseorang itu makan makanan yang haram, anggota badannya enggan untuk
mengikuti pemikirannya". Dalam erti kata lain, akal akan memerintahkan tubuh badan
melakukan amal soleh tetapi anggota tubuh badan enggan melakukannya.
Walaubagaimanapun, keadaan ini hanya mampu dilihat oleh hamba Allah yang
mempunyai hati dan pemerhatian yang telah disinari oleh cahaya petunjuk Allah (Siti
Norlina, 2005).
Isu pemilihan makanan ini tidak boleh dipandang enteng oleh masyarakt kerana ia
mampu memberikan impak besar kepada pembangunan rohani dan jasmani seseorang
individu itu. Menurut Imam Al-Ghazali “tiada jalan lain untuk menemui Allah SWT
dengan sejahtera dan selamat melainkan dengan ilmu pengetahuan dan amal perbuatan
yang baik dan tidak mungkin mereka dapat mengekalkan ilmu dan amal kecuali dengan
kesihatan tubuh badan. Manakala keselamatan tubuh badan pula tidak mungkin
tercapai kecuali dengan makan sekadar yang diperlukan sahaja” [Al-Ghazali, 2011
dan Aemy Liza& Arieff Salleh]. Ini bertepatan dengan pendapat Mohd Amri yang
mengatakan masyarakat Islam perlu menjaga kehalalan makanan kerana sumber makanan
yang haram akan turut mencacat-celakan keturunan. Menurut beliau, ada pihak yang
menyatakan generasi orang Islam hari ini sebagai generasi strawberi, lemah dan rosak
akhlak."Buah strawberi itu lembik, tidak boleh diusik, ini semua berpunca daripada
makanan. Kita mesti beratkan makanan yang halalan toyyiba.(Salma, 2011)
Hikmah larangan mengambil makanan haram bagi mengelakkan seseorang itu
ditimpa musibah dan kesakitan. Makanan yang haram mengandungi nutrisi yang kurang
dan mampu membawa kemudaratan kepada manusia. Sebagai contoh, Islam melarang
umatnya daripada memakan babi kerana gaya pemakananya yang kotor. Kajian mendapati
bahawa babi mempunyai kandungan asid urik yang tinggi dimana ia boleh membawa
kemudaratan dan penyakit kepada manusia selain menyebabkan hati seseorang itu menjadi
gelap. Ini kerana apa yang dimakan dan cara makan akan membentuk hati dan jiwa, dapat
menyalurkan kekuatan dan menjadi jalan atau wasilah kepada agama (al-Ghazali, 2004:
108-121)
Makanan halalan toyyiban memberikan kesan yang mendalam kepada fizikal,
mental dan spiritual seseorang individu itu. Setiap individu memerlukan nutrien dalam
tubuh badan mereka. Nutrien ini dapat dihasilkan daripada bahan makanan seperti sumber
haiwan dan tumbuhan. Apakah fungsi nutrien dalam tubuh badan kita? Untuk
mendapatkan fizikal tubuh badan yang berkualiti dari segi petumbuhan, pergerakan,
pemikiran dan pembiakan, seseorang itu hendaklah mengamalkan pengambilan nutrien
yang seimbang dan berkualiti dalam setiap hidangan mereka. Makanan yang berzat
menjadian kanak- kanak itu seorang yang pintar dan tahan lasak. Berlainan pula dengan
kanak-kanak yang mengamalkan pemakanan tidak berzat, mereka akan menjadi pasif
atupun terlampau aktif. Tahap kecergasan tubuh badan mereka juga akan menjadi lemah
yang mana ia menyebabkan kanak-kanak itu lebih mudah terdedah kepada penyakit.
Dari segi mental pula, kajian mendapati kualiti makanan, amalan pengambilan diet
seimbang serta jadual pemakanan yang betul dan konsisten mampu mempengaruhi
kecermelangan pelajar. Jadual pemakanan yang konsisten memainkan peranan penting
dalam penilaian kecerdasan mental sesorang itu. Mereka yang tidak teratur jadual
pemakanannya kerana sibuk dengan urusan persatuan ataupun sibuk dengan tugasan yang
diberikan oleh guru lebih cenderung mengalami masalah kemurungan seterusnya memberi
kesan buruk kepada kesihatan mental dan fizikal pelajar. Selain itu, makanan halal juga
mempengaruhi mental seseorang. Emosi mereka lebih stabil berbanding mereka yang
mengambil barangan haram dan terlarang. Sebagai contoh, peminum arak dan penagih
dadah akan hilang kewarasan akalnya kerana mengambil dan meminum sesuatu yang
mengkhayalkan serta boleh menhilangkan ingatan mereka. Hal ini seterusnya boleh
membawa kepada penyakit serta kecelakaan seperti kejadian rompak, ragut, bunuh dan
sebagainya.
Cara pemakanan individu juga memberi impak besar kepada pembentukan akhlak
diri dan spiritual seseorang. Jika baik makanannya, maka baiklah akhlaknya, begitulah
sebaliknya. Allah mewajibkan hambanya mencari sesuatu yang halal untuk kegunaan
dalam kehidupan seharian mereka. Sebagaimana kita maklum , makanan halal itu
merupakan cahaya penerang bagi hati. Antara pandangan yang diulang-ulang oleh al-
Ghazali ialah “makanan yang halal dan baik akan memberi kekuatan dan dorongan untuk
beribadah manakala makanan yang haram akan menjadi penghalang (hijab) dari
melakukan taat” (Zulkiple & Nur Salimah, 2006). Makanan yang datang dari sumber
haram ataupun diperbuat daripada perkara haram mampu menggelapkan hati dan
melenyapkan cahaya keimanan seseorang. Dewasa ini, kita sering melihat masyrakat kita
mengambil makanan secara berlebihan dan mengamalkan amalan pembaziran makanan.
Apabila badan kita menerima makanan secara berlebihan , badan akan mula menjadi lesu
dan mudah mengantuk, seterusnya menyebabkan kita merasa malas untuk beribadah
kepada Allah. Ibn al Qayyim al Jauziyah berkata, " Sesungguhnya perut jika dipenuhi
dengan makanan akan menyempitkan ruang untuk minuman dan sekiranya perut itu
dipenuhi dengan minuman, akan menyempitkan ruang untuk nafas dan terdedahlah
baginya kesakitan dan keletihan dan jadilah keadaannya seperti pemikul barang yang
amat berat.” (Aemy Liza& Arieff Salleh)
Makanan berperanan penting dalam pembentukan akhlak manusia dimana ia
menjadi kayu ukur dalam menilai hubungan seseorang itu dengan Allah, sesama manusia
dan juga makhluk. Hubungan manusia dengan Allah adalah penting dalam meneruskan
kelansungan hidup. Sesiapa yang tidak menjaga hubungan ini, hidupnya tidak akan tenang
dan sentiasa dalam kegelisahan. Di dalam kitab Ihya’ Ululumddin, Imam Ghazali telah
memberikan kita panduan adab makan dan minum yang perlu dijaga sebelum, ketika dan
selepas makan. Makanan yang kita makan itu hendaklah berpunca daripada bahan dan
sumber rezeki yang halal di samping ianya dapat menguatkan badan agar kita dapat
beribadah kepda Allah SWT serta menyumbang kepada kemaslahatan ummah. Kita juga
diajar untuk memulakan perbuatan makan itu dengan bacaan doa dan basmalah. Seusai
makan, kita diajar untuk mengucapkan alhamdulillah sebagai tanda rasa syukur atas
kurniaan Ilahi. Pembaziran serta pengambilan makanan secara berlebihan dilarang di
dalam Islam kerana ia boleh membawa kepada kemudaratan dan penyakit hati.
Menjaga adab makan dan minum dapat mengeratkan ukhwah sesama manusia. Kita
digalakkan makan secara berjemaah dan makan di dalam satu pinggan untuk memperolehi
keberkatan daripada Allah. Antara perkara yang dilarang ketika makan adalah
melengahkan makan makanan yang telah terhidang serta mencela makanan kerana ia boleh
menyinggung perasaan orang yang menyediakan makanan tersebut. Islam merupakan
agama yang indah dan lengkap. Ia bukan sahaja menyuruh umatnya menjaga hubungan
dengan Allah dan manusia, malahan aspek hubungan manusia dan makhluk juga
dititikberatkan dalam memastikan keseimbangan hidup. Manusia dilantik sebagai khalifah
di muka bumi bagi memastikan keamanan dapat dicapai. Selain itu , manusia juga
berperanan sebagai pengelola alam untuk memakmurkan bumi, mengelola serta
melestarikannya.
CONCLUSION
Kesimpulannya, makanan yang halal dan berkualiti mampu melahirkan insan yang cergas jasmani,
cerdas akal fikirannya serta menbentuk akhlak peribadi yang mulia. Di samping itu, ia juga mampu
mendekatkan lagi hubungan manusia dengan Allah,sesama manusia serta makhluk. Hati yang
bersih berpunca dari sumber rezeki dan pengambilan makanan yang halal dan berkualiti. Jika
semua individu mengamalkan cara hidup yang sihat, dunia akan menjadi aman dan bebas dari
segala penyakit dan kemudaratan
RUJUKAN
Al-Ghazali. (2011) “Mutiara Ihya’ ‘Ulumuddin, Imam Al-Ghazali”. Shah Alam, Selangor: Illusion
Network,Edisi Terhad, Bab 11-17, hlm. 271
Siti Norlina Muhamad. (2005). Kecenderungan Ibubapa Muslim Terhadap Pemakanan Halal : Kajian di
Skudai, Johor Bahru, Johor. Project Vote Code: 75170. UTM.
Al- Ghazali. (2004). Minhaj alc Abidin. Terj. Abu Mazaya alHafiz. Johor Bharu: Jahabersa.
Zulkiple Abd Ghani & Nur Salimah Mansor. ( 2006). Penghayatan Agama Sebagai Asas Pembangunan
Pelajar: Analisis Terhadap Beberapa Pandangan Al-Imam Al-Ghazali. Retrieved 27/2/2015 dari
http://eprints.utm.my/375/1/ZULKIPLEABDGHANI2006_-
Penghayatanagamasebagaiasaspembangunan.pdf
Azman Ab Rahman. Panduan Penentuan Makanan Halal Menurut Pandangan Ulama Serta Kesannya
Terhadap Iks Muslim Di Malaysia.
Kartubi. Keutamaan Mengkonsumsi Makanan Halalan Thayyiba
Aemy Liza & Arieff Salleh. Makanan dan Kesan Pemakanan menurut Perpektif Islam.
Dr. Yusuf al-Qardhawi. 1993. Al-Halal Wal Haram Fil Islam.
Ruaain Bt Mustari. 1994. Kepentingan Penjagaan Makanan Dan Pemakanan Serta
Implikasinya Terhadap Pembentukan Sahsiah Menurut Perspektif Islam.
Ghazali, M. A. & Md. Sawari, S. S. (2014). Amalan Standard Halal Di Negara-Negara Asia Tenggara.
UMRAN International Journal of Islamic and Civilizational Studies 11/2014; 1(1):33-45.
Md. Sawari, S. S., Mustapha, N. I., & Ghazali. M. A. (2014a). The Impact Of Halal Food On Physical And
Mental Health. International Seminar on Islamic Law, Economic, Education and Science Issues, Dewan
Senat, Universiti Teknologi Malaysia. DOI: 10.13140/2.1.1291.4244
Ghazali, M. A. & Md. Sawari, S. S. (2014). Kajian Perbandingan Piawaian Halal antara Malaysia dan Negara
Brunei. Social Sciences Postgraduate International Seminar. University Science Malaysia. DOI:
10.13140/2.1.2096.3520.
Salma Binti Mat Yasim. 2011. Makanan Halal:Kepentingannya Menurut Perspektif Islam.
ResearchGate has not been able to resolve any citations for this publication.
Article
The action of proscribing GAH failed to stop the activism of this group. The supports from all sectors and the freedom of speech are being used to influence the Muslim Ummah. Critical and rational minds are potentially weapons to influence the people by GAH. With that, the purpose of the study is to explore the influence of GAH thinking on the Muslim Ummah and way to combating it. A total of 800 Malay Muslims living in the Klang Valley were chosen as respondents in the study selected using simple random sampling technique. Questionnaires were used in the collection of data for the study: Demographic Background, Islamic Religiosity of the Muslim Ummah, the Influence of GAH on the Thinking of the Muslim Ummah and Suggestions. All the instruments used in the collection of data developed by the researcher were referred to and validated by a panel of experts. The Cronbach Alpha reliability level of the questionnaire is high (>0.8). Data were analyzed descriptively and inferentially using mean, percentage and standard deviation. Overall, the finding of the study showed the influence of the GAH thinking on the Muslim Ummah was at a low level. Finally, this study outlined some ideas and suggestions to overcome the problems caused by GAH.