Article

KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA DAN PENGGANTIAN KEPIMPINAN SEBAGAI PENENTU KOMITMEN TERHADAP ORGANISASI DAN PERLAKUAN WARGA ORGANISASI PENDIDIKAN

ABSTRACT

Abstrak: Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti kesan kepimpinan transformasi pengetua dalam konteks penggantian kepimpinan. Data guru dan pengetua daripada 151 buah sekolah dikumpul dengan menggunakan kaedah split sampling dan diproses melalui unit analisis peringkat sekolah. Hasil analisis hierachical moderated reggression procedures menunjukkan bahawa terdapat beberapa faktor penggantian kepimpinan yang mempunyai kesan moderasi terhadap kepimpinan transformasi dalam komitmen dan perlakuan warga organisasi pendidikan. Di samping itu, keputusan juga menunjukkan bahawa: (1) kepimpinan transformasi dan penggantian kepimpinan mempunyai kesan secara unik ke atas variabel kriterion, dan (2) jumlah varians yang diperoleh daripada kepimpinan transformasi dan penggantian kepimpinan ke atas variabel kriterion adalah meyakinkan. Implikasi kajian berkaitan kefahaman terhadap kesan kepimpinan transformasi dan penggantian kepimpinan turut dibentangkan. Abstract: The aim of this study was to examine the effects of principals' transformational leadership behaviors, within the context of substitutes for leadership. Data were collected using split sampling method from teachers and principals from 151 schools and were analyzed at school level. Hierarchical moderated regression analysis procedures showed that few of the substitutes variables moderated the effects of the transformational leaders behaviors on commitment and educational organizational citizenship behaviors. The results also indicated that: (1) the transformational leadership behaviors and substitutes for leadership each had unique effects on criterion variables, and (2) the total amount of variance accounted for the substitutes for leadership and the transformational leadership behaviors was substantially convincing. Implications of these findings for our understanding of the effects of transformational leadership behavior and substitutes for leadership are then discussed.