ArticlePDF Available

Petua dan Pantang Larang Tradisional Dalam Alam Melayu Sarawak

Authors:

Abstract

Masyarakat Melayu di Sarawak merupakan golongan peribumi kedua terbesar selepas kaum Iban dan kaya dengan kepercayaan serta amalan turun temurun yang menjadi sebahagian daripada peraturan sosial dan dikongsi bersama dalam kehidupan bermasyarakat. Kepercayaan dan amalan ini dimanifestasikan melalui petua-petua dan pantang larang lama yang diyakini kesannya terhadap kehidupan. Walaupun amalan petua dan pantang larang lama ini berpaksi kepada agama suci Islam, namun terdapat juga unsur-unsur animisme yang masih dikekalkan. Berasaskan senario ini, makalah ini akan mengetengahkan unsur-unsur yang menunjukkan hubung kait antara petua dan pantang larang tradisional Melayu Sarawak, khususnya dari aspek kehidupan seharian, hidup berkeluarga dan keselamatan diri, dengan agama Islam dan unsur-unsur animisme. Selain itu, penelitian akan berkisar tentang signifikan amalan petua serta pantang larang tradisional ini pada zaman sekarang. Daripada penelitian, didapati bahawa petua dan pantang larang tradisional masyarakat Melayu Sarawak mempunyai perkaitan rapat dengan unsur-unsur yang dinyatakan sebelum ini, namun dengan batas dan penyesuaian berlandaskan agama Islam. Selain itu, petua dan pantang larang lama ini dilihat bermanfaat sebagai panduan dan nasihat kepada masyarakat dalam menelusuri alur kehidupan, justeru ada antaranya yang masih diamalkan sehingga kini.
Hamidah Abdul Wahab 89International Journal of the Malay World and Civilisation (
Iman
) 1(1), 2013: 89 - 97
PENGENALAN
Di Malaysia, masyarakat Melayu dapat dikenal
melalui identiti dialek dan bahasa, serta budayanya
yang tersendiri, berbeza dengan kaum-kaum lain
seperti Cina, India, kaum peribumi di Sarawak dan
Sabah, dan kaum minoriti lain. Hakikat ini sejajar
dengan takrifan Melayu menurut Perlembagaan
Malaysia, iaitu seseorang individu diklasifikasikan
sebagai Melayu apabila beragama Islam, pandai
berbahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat
orang Melayu. Dalam hal ini, Islam bertindak sebagai
tunjang kepercayaan dan pegangan orang Melayu,
dan hal agama sangat dipentingkan dalam kehidupan,
sejajar dengan kenyataan Mohamad Haji Arsat
Petua dan Pantang Larang Tradisional dalam Alam Melayu Sarawak
HAMIDAH A BDUL WAHAB
ABSTRAK
Masyarakat Melayu di Sarawak merupakan golongan peribumi kedua terbesar selepas kaum Iban dan kaya dengan
kepercayaan serta amalan turun temurun yang menjadi sebahagian daripada peraturan sosial dan dikongsi bersama
dalam kehidupan bermasyarakat. Kepercayaan dan amalan ini dimanifestasikan melalui petua-petua dan pantang
larang lama yang diyakini kesannya terhadap kehidupan. Walaupun amalan petua dan pantang larang lama ini
berpaksi kepada agama suci Islam, namun terdapat juga unsur-unsur animisme yang masih dikekalkan. Berasaskan
senario ini, makalah ini akan mengetengahkan unsur-unsur yang menunjukkan hubung kait antara petua dan
pantang larang tradisional Melayu Sarawak, khususnya dari aspek kehidupan seharian, hidup berkeluarga dan
keselamatan diri, dengan agama Islam dan unsur-unsur animisme. Selain itu, penelitian akan berkisar tentang
signifikan amalan petua serta pantang larang tradisional ini pada zaman sekarang. Daripada penelitian, didapati
bahawa petua dan pantang larang tradisional masyarakat Melayu Sarawak mempunyai perkaitan rapat dengan
unsur-unsur yang dinyatakan sebelum ini, namun dengan batas dan penyesuaian berlandaskan agama Islam. Selain
itu, petua dan pantang larang lama ini dilihat bermanfaat sebagai panduan dan nasihat kepada masyarakat dalam
menelusuri alur kehidupan, justeru ada antaranya yang masih diamalkan sehingga kini.
Kata kunci: petua, pantang larang, Islam, animisme, Melayu Sarawak
ABSTRACT
The Malay community in Sarawak is the second largest indigenous group, after the Ibans. The Malay community is
rich in beliefs and generations of practices which become part of the social rules and are shared with others living in
the same community. The beliefs and practices are manifested in old folks’ tips or ‘petua orang-orang tua’ that are
believed to have influenced their ways of lives. Although the practices of the tips are based on the Islamic religion,
there are elements of animism, which have been retained up until now. In view of this, the article will highlight these
elements, which show the relationship between the Islamic religion, animistic elements and Sarawak Malay traditional
old folks’ tips, particularly from the aspects of the daily life, family life and security. Besides these, the significant of
practices of these traditional old folks’ tips are also examined. The outcome of the analysis shows that there are
traditional old folks’ tips of the Sarawak Malay community which are closely associated with the abovementioned
elements, but with limits and appropriateness based on Islam. The old folks’ tips are useful as a guide to the community
in surviving the currents of life, so that they still practiced them now.
Key words: tips, taboo, Islam, animism, Sarawak Malay
(1996) yang menyentuh khusus terhadap orang
Melayu Sarawak; orang Melayu merupakan kaum
peribumi termaju, mementingkan pendidikan agama
dan umumnya anak-anak mendapat pendidikan asas
agama dan bahasa. Adat istiadat yang dinyatakan
pula menjurus kepada amalan-amalan seharian dan
dalam upacara tertentu seperti perkahwinan,
berpantang, kematian, berkhatam Al-Quran dan
sebagainya. Jika diteliti dengan lebih khusus,
perkataan ‘adat’ dalam konteks masyarakat Melayu
merupakan cara yang biasa dilakukan, kebiasaan
atau kelaziman, dan disamakan dengan kebudayaan,
jelasnya dengan cara hidup yang khusus atau tertentu
(Norazit Selat 2006). Sungguhpun terdapat
perbezaan dari segi amalan dan kepercayaan dalam
90 Hamidah Abdul Wahab
masyarakat Melayu dengan kaum lain, masyarakat
berbilang bangsa di Malaysia berjaya melestarikan
keharmonian disebabkan faktor integrasi kaum dan
rasa saling menghormati yang sangat kuat.
Secara khusus, masyarakat Melayu di Sarawak
merupakan masyarakat pesisir dan penempatan
mereka berpusat di kawasan pesisir, selain pusat
daerah atau bandar (Awang Hasmadi Awang Mois
2001). Masyarakat Melayu di sini turut kaya dengan
kepercayaan dan amalan turun temurun yang
menjadi sebahagian daripada peraturan sosial dan
dikongsi bersama dalam kehidupan bermasyarakat.
Kepercayaan dan amalan ini turut dimanifestasikan
melalui petua-petua tradisional dan pantang larang
yang diyakini kesannya terhadap kehidupan.
Sebelum kehadiran Islam dalam alam Melayu
Sarawak, masyarakat umum mempercayai unsur-
unsur animisme yang berkaitan hal-hal ghaib seperti
semangat (roh) yang ada pada sesuatu benda seperti
kayu atau batu, dan kuasa jahat yang wujud dalam
dunia, atau seperti yang ditakrifkan oleh E.B. Taylor
(dalam Ismail Hamid 1991) sebagai fikiran,
kepercayaan dan keyakinan terhadap makhluk-
makhluk halus dan kewujudan roh (spirit) dalam diri
manusia, hasil daripada pelbagai pengalaman seperti
mimpi, khayalan dan peristiwa kematian.
Selain animisme, pengaruh agama dan budaya
Hindu-Buddha turut mewarnai kehidupan
masyarakat Melayu pada zaman pemerintahan Raja-
Raja Hindu dan Buddha. Kepercayaan-kepercayaan
berkaitan agama tersebut mekar dalam masyarakat
sehinggalah kedatangan Islam dari Timur Tengah
dan Parsi yang menyebarluaskan pengaruhnya di
alam Nusantara (Adat Resam Penduduk Sarawak
1988). Kehadiran Islam di rantau ini telah membawa
perubahan terhadap masyarakat Melayu daripada
pelbagai sudut, seperti kenyataan Taib Osman (dalam
Ismail Hamid 1991), iaitu; kedatangan Islam ke
Nusantara membawa perubahan meliputi semua
aspek kehidupan orang Melayu seperti dalam bidang-
bidang bahasa, sastera, adat istiadat dan lain-lain
sehingga menjadikannya sebahagian daripada dunia
Islam. Selain itu, menurut Chen, 1975 (dalam Mat
Saat Baki 1993), pengaruh Islam merupakan
pengaruh terbesar dalam membentuk identiti
masyarakat Melayu, walaupun terdapat pengaruh
luaran lain seperti Hindu dan Barat. Justeru, setelah
Islam bertapak dan berakar umbi di bumi Sarawak,
sesetengah kepercayaan dan amalan tradisi yang
diwarisi sebelum ini, yakni yang melibatkan animisme
dan pengaruh agama Hindu-Budha itu ada yang
ditinggalkan, namun ada juga yang masih dikekalkan
dan diamalkan dalam masyarakat, namun disesuaikan
mengikut tuntutan agama Islam. Fenomena ini seiring
dengan hasil pemerhatian Frank Swettenham
(2003:2) yang dimuatkan melalui Perihal Orang
Melayu, yang menyatakan bahawa orang Melayu
itu pengikut Muhammad dan percaya kepada takdir,
tetapi dia juga percaya kepada tahyul.
PETUA DAN PANTANG LARANG SERTA
KAJIAN BERKAITANNYA DALAM
MASYARAKAT MELAYU
Petua merujuk kepada nasihat, petunjuk, atau
panduan yang berguna (biasanya oleh orang-orang
tua atau yang berpengalaman) tentang cara
melaksanakan sesuatu dengan berkesan (Kamus
Dewan 2007:1202). Segala nasihat ini berkaitan
dengan adat dan kepercayaan. Selain itu, unsur
keadaan sekeliling juga mempengaruhi kewujudan
nasihat, petunjuk, panduan yang kemudiannya
dirumuskan sebagai petua Melayu. Masyarakat
Melayu yang mendiami kepulauan Nusantara yang
merupakan rumpun yang besar mempunyai pelbagai
petua yang disaring, diubah suai dan disesuaikan,
bergantung kepada suasana dan persekitaran
masyarakat tersebut. Oleh hal yang demikian,
terdapat titik persamaan antara etnik di Nusantara
mengenai petua. Pantang larang pula merupakan
sesuatu yang dilarang melakukannya menurut adat
atau kepercayaaan (Kamus Dewan 2007:1135).
Misalnya, masyarakat desa yang menghuni kawasan
yang berhutan rimba sudah tentu menempuhi
pelbagai cabaran dalam usaha melestarikan
kehidupan, contohnya dalam mencari sumber rezeki
dan sebagainya. Justeru, timbul pelbagai pantang
larang untuk mengelakkan sesuatu yang buruk
daripada berlaku.
Kajian bersifat ilmiah berkaitan petua-petua
tradisional melibatkan kaum Melayu Sarawak pada
dasarnya kurang ditemui. Fenomena ini mewujudkan
kelompangan dalam aspek kajian sosiobudaya,
lantaran kurangnya penyelidikan khusus merangkumi
tebaran luas unsur pegangan, kepercayaan dan
amalan masyarakat peribumi di Sarawak. Daripada
pemerhatian dan penelitian terhadap sudut ini, kajian
dari aspek sosial dan budaya di Sarawak lebih
menjurus kepada adat resam dan kebudayaan
masyarakat, sementara kajian-kajian kebahasaan
pula berfokus kepada pemaparan elemen-elemen
linguistik dialek-dialek peribumi tempatan.
Pengumpulan petua kaum Melayu di Sarawak
telah diusahakan oleh A. Samad Ahmad (1996),
rentetan daripada pertandingan pengumpulan petua
Hamidah Abdul Wahab 91
Melayu Sarawak. Dalam koleksi petua ini diturunkan
petua-petua berkeluarga, petua berkaitan anggota
badan, penyakit, makanan, masakan, dan lain-lain.
Walaupun sumber koleksi petua tersebut diperoleh
dari beberapa kawasan seperti Kuching, Samarahan,
Lundu, Sri Aman, Kapit dan Sarikei, namun perkaitan
petua tersebut dengan agama Islam dilihat amat
kurang disentuh. Koleksi petua tersebut sekadar
memaparkan data-data petua dan kegunaannya
kepada umum.
Kajian berkaitan petua perubatan Melayu hasil
selenggaraan A. Samad Ahmad pada 1992 turut
memasukkan petua-petua lama berkaitan perubatan
Melayu, hasil terjemahan daripada manuskrip
asalnya; Ilmu Tabib. Dalam buku tersebut terdapat
pelbagai jenis penyakit yang disenaraikan, antaranya
termasuklah penyakit kepialu, demam panas dan
barah, berserta cara pengubatannya yang
kebanyakannya menggunakan tumbuh-tumbuhan
dan bacaan-bacaan tertentu oleh dukun atau bomoh.
Dalam penulisan ini, beliau menyatakan bahawa
terdapat juga mantera kepercayaan agama Hindu
yang menyalahi ajaran agama Islam, yang tidak
dimasukkan. Namun, diturunkan juga beberapa
mantera serta serapah dalam bahasa Siam dan Pegu
(Burma) sebagai contoh untuk menunjukkan cara
dan pegangan perubatan dukun dan bomoh zaman
dahulu. Sungguhpun terdapat penggunaan mantera
dan serapah, masyarakat Melayu zaman dahulu
masih berpegang dengan ajaran Islam, dan dalam
hal ini, mereka memasukkan unsur-unsur Islam dalam
setiap amalan petua perubatan tersebut.
Terdapat juga kajian tentang kepercayaan orang
Melayu berhubung dengan hal pertanian yang
diusahakan oleh Amat Johari Moain (1990). Dalam
tulisan beliau mengenai kepercayaan dalam kalangan
orang Melayu terutamanya padi, beliau memfokus
kepada perubahan masyarakat dan budaya. Dalam
hal ini, aspek utama yang dikupas ialah kepercayaan
berkaitan penanaman padi, terutamanya semangat
padi, dengan meneliti persamaan dan keserupaan
yang wujud dalam kalangan suku-suku bangsa
serumpun di Nusantara. Selain itu, fenomena
golongan muda yang tidak mengenal leluhur mereka
kerana kepesatan sains dan teknologi juga
dibincangkan, dengan menjurus kepada kadar
kelajuan perubahan budaya yang menghakis
pengetahuan berkenaan kepercayaan tradisional ini.
Penulisan ini turut mengetengahkan perubahan
terancang terhadap budaya, yang bermanfaat untuk
perbandingan dan pengetahuan umum.
PENELITIAN ASPEK PETUA DAN
PANTANG LARANG TRADISIONAL
DALAM MASYARAKAT MELAYU
SARAWAK
Kajian ini melibatkan kajian etnografi di lapangan,
iaitu rakaman perbualan dan catatan tentang petua-
petua dan pantang larang Melayu Sarawak. Petua-
petua dan pantang larang yang dikumpulkan
merangkumi beberapa aspek seperti penyakit, hal
berkeluarga, keselamatan diri, masakan dan
makanan, bercucuk tanam (pekerjaan), bertemu
binatang bahaya, kebersihan, kecantikan, dan petua-
petua serta pantang larang lain yang diamalkan dalam
kehidupan seharian. Responden kajian ini merupakan
warga peribumi Melayu Sarawak dari kawasan
Serian, Simunjan dan Kuching. Mereka terdiri
daripada golongan berusia 50 tahun ke atas, yang
dianggap matang dengan persekitaran, budaya dan
alamnya.
Data kajian yang dikumpul disaring dan dianalisis
dengan penekanan dalam dua aspek utama, iaitu; (i)
mengetengahkan hubung kait antara petua dan
pantang larang tradisional masyarakat Melayu
Sarawak, khususnya aspek-aspek melibatkan
kehidupan seharian, perubatan, hidup berkeluarga
dan keselamatan diri, dengan agama Islam dan unsur-
unsur animisme, dan (ii) meneliti sisi pemertahanan
dan signifikan amalan petua serta pantang larang
tradisional ini pada zaman sekarang.
Daripada penelitian terhadap data yang dikumpul,
didapati bahawa secara keseluruhannya terdapat
amalan petua dan pantang larang yang kuat dalam
masyarakat Melayu di Sarawak. Hal ini demikian
kerana, petua yang diamalkan bertujuan memandu
cara hidup yang lebih selamat, yakni dengan
membuat sesuatu berlandaskan kepercayaan dan
agama agar hal-hal yang tidak diingini dapat
dielakkan. Begitu juga halnya dengan pantang
larang. Maka, terdapat kaitan dan pertindanan antara
kedua-duanya dengan asas bahawa petua dan
pantang larang yang diamalkan dalam masyarakat
dapat memelihara kehidupan dalam acuan selamat
dan jauh daripada perkara-perkara buruk. Berikut
diturunkan beberapa aspek petua dan pantang larang
yang wujud dalam masyarakat Melayu Sarawak.
Perubatan
Dalam petua yang melibatkan perubatan, didapati
bahawa pengamal petua tradisional memanfaatkan
bahan-bahan semula jadi yang ada di sekelilingnya
92 Hamidah Abdul Wahab
kerana mudah didapati dan tidak memerlukan kos
yang tinggi. Tumbuh-tumbuhan dan bahan-bahan
untuk masakan yang tertentu juga digunakan secara
meluas dalam amalan petua tradisional. Misalnya,
untuk mengubati kanak-kanak sakit perut dan
menangis, masyarakat Melayu Sarawak mengambil
bawang merah tunggal (bawang merah yang
berbentuk bulat dan tidak berkembar) dan
memicitnya dicelah-celah ibu jari dengan jari kaki
kanan, atau dipicit dan diletakkan diperut dan diubun-
ubun kepala kanak-kanak tersebut. Petua ini
dilakukan dengan iringan selawat ke atas nabi
Muhammad dan bacaan Bismillah. Amalan petua
ini sangat dipercayai keberkesanannya dan masih
diamalkan pada hari ini kerana keyakinan terhadap
khasiat bawang merah tersebut, yakni sebagai suatu
ikhtiar penyembuhan, di samping keyakinan terhadap
Tuhan yang berkuasa menyembuhkan segala
penyakit (Hajah Uni 2008).
Selain itu, terdapat juga penggunaan sirih dan
pinang dalam perubatan Melayu kerana kedua-dua
elemen semula jadi ini amat penting dan dekat dengan
alam dan budaya Melayu. Kepentingan ini juga
diperjelas melalui kenyataan Jeniri Amir (2005), iaitu
sirih amat sebati dalam kehidupan, banyak digunakan
dalam bidang pengubatan dan adat resam Melayu
sehingga dikenali sebagai daun budi dan daun
diplomasi, sementara pinang turut mempunyai
maksud yang tersendiri. Bagi masyarakat Melayu,
daun sirih biasanya akan dipanaskan pada api, lalu
diletakkan di perut bayi dengan tujuan membuang
angin atau menyembuhkan kembung perut. Contoh
ini secara jelas menampakkan bahawa kaum ini
memanfaatkan sirih dalam bidang pengubatan
tradisional. Sungguhpun bersifat tradisional,
penggunaan sirih dalam perubatan dinyatakan sangat
relevan hingga kini kerana kemujarabannya. Hal ini
demikian kerana sirih mempunyai hubungan yang
dekat dengan alam Nusantara dan kemujarabannya
dalam penyembuhan penyakit sangat dipercayai oleh
masyarakat setempat.
Terdapat juga petua perubatan untuk ibu selepas
bersalin yang menggunakan halia. Dalam hal ini,
masyarakat Melayu Sarawak mempercayai bahawa
halia dapat memanaskan dan menyegarkan tubuh
badan selepas bersalin, iaitu semasa ibu masih
berpantang. Masyarakat Melayu Sarawak dahulu
dan sekarang akan memasak halia dan meminum
airnya. Sepanjang tempoh berpantang, amalan
menggunakan halia, baik sebagai minuman atau
kegunaan luaran akan diteruskan dan kesannya
diyakini amat berguna kepada pengamalnya.
Masyarakat Melayu Sarawak juga
mengamalkan ‘berdiang’ selepas bersalin. Amalan
petua tradisional ini dilakukan dengan membuat
unggun api dan wanita yang berpantang tersebut
akan duduk berhampiran dengan unggun api tersebut
untuk memanaskan badan. Selain itu, petua ini juga
dipercayai dapat melancarkan peredaran darah di
dalam tubuh. Amalan berdiang ini pada asasnya tidak
mempunyai tempoh tertentu yang perlu dipatuhi
kerana amalan ini bergantung kepada individu
terbabit. Sungguhpun demikian, biasanya wanita
Melayu akan berdiang selama empat puluh hari,
bergantung kepada kepercayaan tradisi generasi
sebelumnya yang diwarisi. Walau bagaimanapun,
amalan berdiang ini amat jarang dilakukan pada
zaman sekarang, dan boleh dikatakan tidak lagi
dikekalkan kerana perubahan cara hidup dan faktor
kemodenan semasa, selain terdapat banyak kaedah
perubatan selepas bersalin yang lebih ringkas, cepat
dan mudah.
Dalam amalan petua bagi keadaan tertentu,
terdapat juga bacaan atau dipanggil ‘doa’ khusus
yang diucapkan. Kewujudan ‘doa’ dalam amalan
petua ini dilihat hasil warisan tradisi kerana pada
zaman dahulu, yakni semasa adanya pengaruh Hindu
yang kuat dalam alam Melayu, masyarakat
menggunakan mantera atau jampi serapah secara
meluas dalam bidang perubatan. Namun demikian,
selepas kedatangan Islam ke tanah Melayu,
penggunaan mantera dan serapah ini lama-kelamaan
disesuaikan dengan ajaran Islam, yakni dengan
memasukkan doa dan petikan ayat-ayat Al-Quran,
manakala unsur-unsur pemujaan dan seruan dewa-
dewi ditinggalkan.
Wanita dan Kecantikan
Selain petua perubatan, petua persediaan untuk
pengantin secara khususnya pula melibatkan bahan-
bahan semula jadi untuk pelbagai tujuan dan manfaat
kesihatan serta kecantikan. Misalnya, beras pulut,
kunyit, daun pandan dan bunga tanjung akan
ditumbuk dan seterusnya dikasei (dilumur) pada
seluruh badan selama tujuh hari. Selain dapat
menghaluskan dan melembutkan kulit, amalan ini
dipercayai dapat menaikkan seri muka pengantin.
Untuk menaikkan seri wajah juga, pengantin perlu
minum air campuran kunyit dengan sedikit gula.
Amalan petua tradisional ini sangat penting dilakukan
untuk memastikan bakal pengantin kelihatan sihat,
bersih dan berseri semasa persandingannya, dan
resam ini masih kekal dilestarikan pada zaman
Hamidah Abdul Wahab 93
sekarang (Hajah Uni 2008). Di samping itu, terdapat
doa yang perlu dibaca semasa petua atau amalan
tersebut diadakan, iaitu;
Bismillahirrahmanirrahim
Induk kunyit, induk melati
Ditanam Allah belakang bumi
Muka berseri-seri
Seperti anak Rasulullah yang menjadi
Seri naik ke dahi
Cahaya naik ke muka
Bendang naik ke belakang
Ya Allah, Ya Allah
Kukuhkan Allah
Berkat ku makei doa Rasulullah
Doa tersebut jelas menunjukkan kehadiran
unsur-unsur Islam dengan pengutaraan kata-kata
seperti ucapan Bismillahirrahmanirrahim, Allah,
Rasulullah dan sebagainya, di samping penonjolan
penggunaan bahan semula jadi yang bermanfaat
untuk kesihatan dan kecantikan diri seperti kunyit.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa amalan petua
menggunakan elemen tumbuhan berserta doa
tersebut masih lagi berpaksi kepada agama suci
Islam, kerana pengamalnya tidak memasukkan unsur
pemujaan terhadap roh, kuasa ghaib dan sebagainya.
Hal ini mirip dengan amalan masyarakat Melayu
dahulu, iaitu selepas menerima Islam, masyarakat
Melayu lazim memulakan jampi serapah dan mantera
perubatan mereka dengan bacaan
“Bismillahirrahmanirrahim” dan mengakhirinya
dengan lafaz “Dengan berkat kalimah Lailaha illallah,
Muhammadar-Rasulullah”, untuk menambahkan
mujarab dan keberkesanannya.
Dalam hal petua dan pantang larang berkaitan
wanita, sebagaimana wanita Melayu di
Semenanjung, wanita Melayu Sarawak juga tidak
digalakkan duduk di muka pintu. Sekiranya berbuat
demikian, wanita tersebut akan lambat bertemu
jodohnya. Pantang larang ini berkaitan dengan aspek
nilai dalam budaya Melayu secara keseluruhannya.
Hal ini kerana, sudah tentu wanita yang duduk di
muka pintu akan mengundang pelbagai persepsi,
khususnya yang tidak elok dalam kalangan orang
kampung. Wanita bersopan-santun dalam konteks
tradisional tidak berbuat demikian kerana lazimnya
mereka sibuk dengan tugas menguruskan rumah.
Sekiranya ingin duduk sekali pun, wanita akan duduk
di tempat yang sesuai, iaitu di ruang tamu. Duduk di
muka pintu merupakan perbuatan yang jarang
dilakukan oleh wanita. Dalam konteks ini, pantang
larang ini merupakan kebalikan kepada petua kerana
pada masa yang sama pantang larang ini diamalkan,
berkemungkinan juga ia merupakan petua mendapat
jodoh dengan lebih cepat kerana tidak terhalang oleh
perkara-perkara yang tidak diingini.
Selain itu, wanita Melayu Sarawak juga tidak
digalakkan menyanyi di dapur. Menurut kepercayaan
orang-orang tua, wanita yang selalu menyanyi di
dapur akan mendapat suami yang tua. Petua ini juga
berkaitan dengan sistem nilai dalam masyarakat. Hal
ini demikian kerana, adalah sesuatu perbuatan yang
tidak manis apabila wanita menyanyi di dapur, yang
seterusnya mungkin akan menyebabkan fokus kerja,
khususnya semasa memasak akan terganggu.
Kesannya, makanan yang dimasak mungkin tidak
sedap kerana tersalah ramuan. Apabila perbuatan
ini berterusan, nilai dan imej seseorang sebagai
perawan turut akan terjejas.
Pada zaman sekarang, terdapat masyarakat
Melayu yang masih mempercayai kedua-dua
pantang larang ini dan mencuba mengelakkan diri
daripada melakukannya. Namun, pada masa yang
sama, terdapat juga sesetengah individu dalam
masyarakat ini yang lebih bersikap terbuka dan
kurang prihatin akan kewujudan pantang larang
tradisional yang dianggap agak ketinggalan zaman
ini.
Pengantin
Dalam masyarakat Melayu tradisional Sarawak,
sudah menjadi kelaziman pasangan pengantin akan
bertandang ke rumah keluarga terdekat mereka
khususnya selepas majlis perkahwinan
dilangsungkan. Bagi pengantin yang baru pertama
kali bertandang, mereka perlu diberikan tepung tawar
atau dipanggil ‘pupur’ (bedak biasa) dan minyak
wangi. Untuk tujuan ini, tuan rumah keluarga
terdekat akan merenjis tepung tawar sambil berdoa
agar pengantin diberikan kebahagiaan hingga ke akhir
hayat. Sekiranya amalan ini tidak dilaksanakan,
keadaan tersebut dikatakan akan ‘tunggal haus’,
yakni menyebabkan sesuatu tidak baik akan berlaku
kepada tuan rumah atau pengantin itu sendiri.
Pengantin yang baru berkahwin pula tidak
dibenarkan keluar melintas ‘seberang laut’ dalam
tempoh seminggu perkahwinan. Konsep ‘seberang
laut’ ini merujuk kepada apa-apa juga perlakuan
yang pergi ke sesuatu tempat melalui sungai mahupun
laut. Tujuan petua ini adalah untuk mengelakkan
sebarang kejadian buruk pada ketika baru
melangsungkan perkahwinan (Abang Seruji Abang
Muhi 2008).
94 Hamidah Abdul Wahab
Mengandung dan Bayi
Terdapat juga petua dan pantang larang untuk
mendapat anak yang baik perangainya, iaitu apabila
seseorang itu mengandung, individu tersebut tidak
boleh duduk di kepala tangga. Dikatakan bahawa
sekiranya si ibu berbuat demikian akan menyebabkan
anaknya mengikut perangai ibunya yang buruk
(Hajah Maimunah 2008). Petua ini memiliki aspek
nilai yang tinggi, iaitu seseorang ibu yang mengandung
tidak boleh duduk di tangga, yakni satu tempat yang
boleh membahayakannya, sebaliknya duduk di
kawasan yang lain, yang lebih selamat dan selesa.
Bagi menyambut anak kelahiran pertama, anak
tersebut akan diberikan tepung tawar oleh tuan rumah
yang dikunjungi. Kaki anaknya akan diletakkan di
dalam buyung beras, sambil berdoa agar besar
menjadi orang yang berguna, kemudian dimandikan.
Selain itu, disediakan juga beras, pinang, sirih, kapur
dan sedikit duit di dalam pinggan. Beras misalnya
akan dapat dijadikan bubur, sirih dijadikan bahan
untuk ‘bertapal’, manakala pinang dan kapur
misalnya dapat ‘disembur’ ke perut atau dahi
sekiranya dimasuki angin atau jika bayi ‘terkejut’
(Hajah Maimunah 2008). Bahan-bahan tersebut
dirujuk sebagai ‘lapik kaki’ yang disediakan oleh
tuan rumah apabila menerima kehadiran bayi sulung.
Petua ini dilakukan untuk menjaga keselamatan dan
kesihatan bayi secara keseluruhan agar bayi tersebut
selamat dan terhindar daripada sebarang hal yang
buruk.
Masyarakat Melayu tradisional Sarawak juga
mengamalkan ‘conteng’ apabila sakit perut, pening
atau demam. ‘Conteng’ merupakan lakaran
berbentuk swastika diikuti dengan doa atau selawat
ke atas nabi. Amalan ini dilakukan kerana
kepercayaan masyarakat, kononnya terdapat
jembalang yang akan menganggu individu, khususnya
anak-anak kecil. Amalan ‘conteng’ banyak dilakukan
pada tahun-tahun 1960-an. Pada tahun-tahun
selepasnya, petua ini kurang lagi diamalkan.
Keselamatan Diri
Masyarakat Melayu Sarawak, seperti juga
masyarakat Melayu amnya mempercayai perkara-
perkara yang kebetulan berlaku dalam kehidupan
sehari-hari sebagai perkara yang perlu diberi
perhatian dan sekiranya diabaikan, sesuatu hal yang
tidak elok mungkin akan berlaku. Fenomena
‘kebetulan’ yang mungkin kerap terjadi pada akhirnya
memungkinkan wujudnya keyakinan dan
kepercayaan terhadap kebenaran hal-hal tersebut.
Justeru, wujudlah petua-petua dan pantang larang
yang perlu diamalkan sebagai panduan kehidupan
untuk menjaga keselamatan diri agar tidak ditimpa
sebarang bencana.
Dalam konteks ini, sungguhpun kepercayaan
atau keimanan merupakan salah satu entiti terpenting
kepada pemikiran Melayu dan menunjukkan bahawa
Islam itu ialah asas kepada kerohanian (Abang Yusuf
Puteh 1996), namun didapati bahawa masih terdapat
adunan kepercayaan dalam masyarakat Melayu
Sarawak, khususnya dalam hal berkaitan kuasa alam.
Hal ini mungkin disebabkan pengaruh kepercayaan
animisme yang telah berakar umbi dalam masyarakat
Melayu, iaitu pada zaman masyarakat Melayu masih
belum mengenal agama, mereka amat kuat
mempercayai hantu, jembalang, polong, pelesit dan
mempercayai bahawa segala sesuatu itu ada
mempunyai semangat, penunggu, puaka dan
sebagainya.
Sebagai contoh, masyarakat Melayu Sarawak,
misalnya di Simunjan mengamalkan petua dan
pantang larang tertentu apabila ingin masuk ke dalam
hutan, sama ada untuk mencari hasil hutan, berburu
dan sebagainya. Ekoran daripada kepercayaan
animisme dahulu yang masih kuat dalam kalangan
mereka walaupun selepas kedatangan Islam,
masyarakat Melayu Sarawak masih mengamalkan
petua dan pantang larang keselamatan diri dengan
mengelakkan menyebut perkara-perkara buruk
semasa masuk ke dalam hutan. Selain itu, mereka
akan mengambil sedikit tanah dan diletakkan di dahi
supaya tidak ‘diganggu’ oleh kuasa jahat atau
binatang-binatang apabila berada di dalam hutan.
Tanah dilihat sebagai simbolik yang menunjukkan
manusia sebati dengan alam, lantaran dipercayai
bahawa manusia juga berasal daripada tanah. Selain
itu, petua ini disertakan dengan memberi salam,
selawat ke atas nabi Muhammad dan bacaan al-
Fatihah, di samping bacaan berikut;
Oh kawan, anak cucu tumpang lalu,
Anak Rasulullah, anak buah nabi Muhammad.
Bacaan ini dinyatakan sebagai mampu
menghalang ‘makhluk halus’ daripada mengganggu
individu yang masuk ke dalam hutan, dan pada masa
yang sama dilindungi oleh ‘payung’ Allah, serentak
dengan kepercayaan bahawa individu tersebut turut
‘dijaga’ oleh Rasulullah di kiri dan kanannya (Hajah
Uni 2008). Amalan ini masih diteruskan hari ini
kerana kuatnya kepercayaan akan kuasa alam
terhadap kehidupan manusia.
Sementara itu, di kawasan Batang Sadong dan
Batang Lupar, golongan tua Melayu masih lagi
Hamidah Abdul Wahab 95
mempercayai bahawa amalan meletakkan daun di
telinga perlu dilakukan apabila terdapatnya hujan
panas. Menurut golongan ini, apabila daun diletakkan
di telinga, makhluk halus tidak akan mengganggu
mereka kerana dianggap ‘sekeluarga’ dengan
mereka. Petua ini mempunyai unsur yang
bertentangan dengan nilai-nilai Islam kerana
‘makhluk halus’ tidak tergolong dalam keluarga yang
sama dengan manusia. Perbuatan mengiktiraf
makhluk halus sebagai keluarga dapat dianggap
sebagai mengakui kekuasaan makhluk halus lebih
besar daripada kekuasaan Allah Taala. Hal ini
bertentangan dengan konsep tauhid, iaitu
mengesakan Tuhan. Dalam hal ini, perlu disedarai
bahawa pertolongan hanya diminta daripada Allah
Taala dan bukannya daripada mahluk-makhluk lain.
Selain itu, apabila tuan rumah mengajak
tetamunya makan, maka mestilah tetamu itu makan
ataupun sekurang-kurangnya menjamah (menyentuh)
sedikit makanan tersebut. Tujuannya adalah agar
seseorang itu tidak kempunan. Namun, rasionalnya
adalah agar seseorang tetamu tersebut menghormati
tuan rumah, iaitu supaya tuan rumah tidak berkecil
hati apabila pelawaannya ditolak. Selain itu, jika
seseorang itu inginkan sesuatu untuk dimakan, maka
perlulah disegerakan. Terdapat juga kisah bahawa
seorang penduduk di kampung Buntal temasuk
jarinya ke dalam mesin tebu akibat daripada
kempunan. Hal ini demikian kerana, beberapa hari
sebelum kejadian, individu tersebut ingin makan
rendang ayam. Malangnya, rendang tersebut habis
dimakan anaknya. Oleh sebab itu, beberapa hari
kemudiannya jari-jarinya cedera parah semasa
menolong isterinya memproses tebu (Seman bin Lehi
2008).
Dalam hal kempunan juga, apabila dalam
sesebuah keluarga sedang makan dan terdapat salah
seorang ahli keluarganya tidak ada bersama, si ibu
akan meninggalkan lauk untuk si anak yang tidak
ada. Maka si ibu akan berkata, “lauk ini akan
ditinggalkan untuk ‘ular’”. Si ibu tidak boleh
menyebut nama anak yang belum makan itu kerana
ia akan menyebabkan si anak nanti boleh terkena
kempunan (Hajah Maimunah 2008). Petua ini sering
diamalkan dalam kalangan masyarakat Melayu
tradisional Sarawak.
Terdapat juga petua keselamatan diri berkaitan
hal-hal makhluk halus yang wujud di dunia ini.
Misalnya, terdapat polong yang berupa sejenis telur
dan bersayap, terbang pada waktu malam khususnya
malam Jumaat. Polong biasanya dibuat untuk
mendatangkan kesakitan kepada subjek sasarannya.
Polong dibuat oleh bomoh yang pakar dalam ilmu
hitam. Apabila polong jatuh ke rumah seseorang yang
dijadikan sasaran, maka seseorang itu akan jatuh
sakit. Polong juga dipercayai boleh mendatangkan
mudarat kepada sesiapa yang melihat polong itu
jatuh. Dalam amalan petua orang Melayu Sarawak,
apabila melihat polong terbang, maka segerakan
berteriak “Polong Sik Berinduk” (Polong Tak
Bertuan). Teriakan tersebut dipercayai akan
menyebabkan polong itu pecah dan tidak terkena
kepada apa-apa sasaran.
Dalam satu konvensyen politik di Sarawak,
semasa konvensyen berlangsung dan berlakunya
pertandingan, terdapat dakwaan bahawa rumah
calon yang bertanding dijatuhi polong di hadapan
rumahnya. Dipercayai bahawa polong tersebut
dilakukan oleh orang lain yang melakukan protes dan
cuba mensabotaj calon tersebut. Difahamkan,
cubaan polong itu gagal kerana telah dipintas oleh
‘ilmu baik’ yang menjaga keselamatan calon yang
bertanding tersebut.1
Selain itu, terdapat keluarga Melayu di Sarawak
yang dilarang makan ikan. Hal ini demikian kerana,
menurut sumber cerita, ikan tersebut pernah
menyelamatkan moyang keluarga tersebut semasa
lemas. Maka moyang itu telah bersumpah tidak akan
memakan ikan tersebut. Jika mereka memakannya
maka akan berlaku sesuatu yang buruk terhadap ahli
keluarga tersebut (Hajah Maimunah Daud 2008).
Bercucuk Tanam
Hasil penelitian juga mendapati terdapat juga petua
dan pantang larang bercucuk tanam dalam
masyarakat Melayu Sarawak. Masyarakat Melayu
di sini percaya bahawa untuk mendapatkan hasil
pertanian yang baik, petua semasa bercucuk tanam
perlu diamalkan. Dalam hal ini, individu yang ingin
menanam pokok sirih misalnya, perlu memicit tanah
sambil berselawat ke atas nabi Muhammad, lalu
mengucapkan;
Suburlah kau,
Supaya kita senang bersedekah dan mencari
rezeki.
Daripada kajian, didapati bahawa pengucapan
di atas perlu dibuat supaya ‘semangat’ tanah tersebut
tidak mengganggu orang yang menanam pokok di
kawasan tersebut. Selain itu, niat dan ucapan yang
baik seperti ingin bersedekah dan mendapat rezeki
juga amat penting untuk menjadikan pokok tersebut
subur dan mengeluarkan hasil yang banyak (Hajah
Uni 2008). Amalan petua yang masih subur dalam
masyarakat sekarang ini jelas disulam dengan nilai
96 Hamidah Abdul Wahab
murni berbudi kepada tanah dan masyarakat
sekeliling yang amat dituntut dalam Islam. Petua yang
disertai dengan unsur Islam seperti selawat juga
menampakkan bahawa ajaran dan amalan berkaitan
Islam telah sebati dengan kehidupan Muslim,
sehingga menjadi praktik dalam hal-hal seharian
termasuklah bercucuk tanam. Perlakuan ini
dikatakan masih menjadi amalan masyarakat
sehingga sekarang.
Terdapat juga sesetengah keluarga Melayu di
Sarawak mempunyai pantang larang apabila
menanam sesuatu tumbuhan. Misalnya, terdapat
sesebuah keluarga mempunyai pantang menanam
halia. Sekiranya ditanam juga, ahli keluarganya akan
meninggal dunia dalam keadaan yang tidak dijangka.
Begitu juga halnya menanam pohon ciku, kerana
terdapat juga keluarga ditegah menanam ciku kerana
akan menyebabkan kematian ahli keluarganya
(Hajah Maimunah Daud 2008). Demikian beberapa
petua, tegahan dan pantang larang dalam kehidupan
kaum Melayu Sarawak tradisional.
PENUTUP
Perkongsian aspek petua dan pantang larang
tradisional ini menampakkan bahawa terdapat
masyarakat Melayu Sarawak yang mempercayai
kuasa dan sumber-sumber alam perlu dihormati kerana
ia merupakan sebahagian daripada tunjang asas
kehidupan. Terdapat juga kepercayaan terhadap unsur
animisme yang masih dikekalkan sehingga ke hari ini.
Sungguhpun demikian, lantaran masyarakat Melayu
yang asasnya beragama Islam, mereka sememangnya
tidak dapat lari daripada berpaksikan kepada agama
suci ini. Justeru, terdapat perkaitan yang amat rapat
dengan unsur agama, yakni menerusi aplikasi doa dan
bacaan khusus, yang dimuatkan dalam amalan petua
dan pantang larang tersebut. Senario ini menampakkan
bahawa amalan petua tradisional oleh masyarakat
Melayu Sarawak ini ternyata mempunyai pengaruh
Islam yang amat besar. Dari aspek kelestarian petua
dan pantang larang ini, dilihat bahawa terdapat petua
dan pantang larang yang masih relevan dan diteruskan
oleh ahli masyarakat, namun ada yang telah
ditinggalkan kerana perubahan gaya hidup, khususnya
melibatkan aspek perubatan dan kesihatan. Tuntasnya,
petua dan pantang larang masyarakat Melayu
Sarawak sewajarnya diteliti, dihalusi dan dihargai oleh
generasi hari ini kerana signifikannya dengan budaya
dan kepercayaan masyarakat, serta kemampuannya
menyumbang kepada kosa ilmu dan manfaat pelbagai
pihak.
PENGHARGAAN
Penulis merakamkan jutaan terima kasih atas usaha
pengumpulan data kajian bersama Dr. Awang Azman
Awang Pawi.
NOTA
1Wawancara bersama sumber yang enggan mendedahkan
identiti. Sumber merupakan ahli parti politik tersebut.
RUJUKAN
Abang Yusuf Puteh. 1996. The Malay Mind. Kuching: Shobra
Publications Sdn. Bhd.
Adat Resam Penduduk Sarawak. 1988. Kuching: Dewan Bahasa
dan Pustaka Cawangan Sarawak.
Amat Johari Moain. 1990. Kepercayaan Orang Melayu
Berhubung dengan Pertanian. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
A. Samad Ahmad (pnyl.). 1996. Petua-Petua Melayu Sarawak
Tradisional. Kuching: Yayasan Budaya Melayu Sarawak.
Awang Hasmadi Awang Mois. 2001. Adat Melayu Sarawak.
Adat Melayu Serumpun: Adat Bersendi Syarak, Syarak
Bersendi Kitabullah. Melaka: Perbadanan Muzium
Melaka.
Frank Swettenham. 2003. Perihal Orang Melayu. Terjemahan
oleh Zubaidah Ibrahim. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya.
Kamus Dewan Edisi Keempat. 2007. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ismail Hamid. 1991. Masyarakat dan Budaya Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Jeniri Amir. 2005. Sirih pinang pembuka bicara. Dewan Budaya.
Ogos 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mat Saat Baki. 1993. Tingkah laku tak normal. Psikologi Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohamad Haji Arsat. 1996. Sejarah Perkembangan Lembangan
Rajang di Sarawak. Sibu: Jawatankuasa Warisan
Kebudayaan Dewan Suarah.
Norazit Selat. 2006. Perbilangan adat sebagai pembentuk jati
diri Melayu. Pandangan Semesta Melayu: Pantun. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Temu bual dan Wawancara
Temu bual informan, Hajah Uni Jais, 13 April 2008 di Kampung
Melayu Gedong, Simunjan Sarawak.
Temu bual informan, En. Seman bin Lehi, 17 April 2008 di
Kampung Buntal Kuching, Sarawak.
Wawancara aktivis budaya Sarawak, Hajah Maimunah Daud,
25 April 2008.
Wawancara aktivis budaya Sarawak, En. Abang Seruji Abang
Muhi, 26 April 2008.
Hamidah Abdul Wahab 97
Hamidah Abdul Wahab
Pensyarah
Pusat Pengajian Bahasa
Universiti Malaysia Sarawak
94300 Kota Samarahan, Sarawak, MALAYSIA.
E-mail: awhamidah@cls.unimas.my
... Selaras dengan pendapat Yacob (2015) pantang larang merupakan perbuatan yang dilarang untuk dilakukan melaui kepercayaan adat. Pantang larang dikenal sebagai sesuatu yang dilarang oleh adat dan kepercayaan (Wahab, 2013). Menurut Triwirandi et al (2021) pantang larang merupakan tradisi lisan yang mengacu pada proses dan hasil, berupa pesan-pesan lisan berusia paling tidak satu generasi. ...
... Pembentukan karakter dilakukan melalui kebiasaan yang didapatkan dalam kehidupan sehari-hari (Wahab, 2013). Pantang larang merupakan media yang digunakan dalam membentuk karakter anak melalui nilai-nilai yang terkandung didalamnya (Firmansyah, 2023). ...
Article
Full-text available
Penelitian ini bertujuan untuk menganalisis nilai-nilai tradisi pantang larang melayu sebagai proses pembentukan karakter. Metode penelitian yang digunakan dalam penelitian adalah literature review dengan membaca dan menelaah berbagai jurnal. Hasil penelitian didapatkan dari jurnal yang sesuai dengan kriteria inklusi: 10 tahun terakhir. Berdasarkan hasil analisis dari jurnal-jurnal tersebut tradisi pantang larang merupakan tradisi masyarakat melayu berisi ungkapan yang bersifat larangan. Tradisi pantang larang digunakan bimbingan konseling sebagai media pembentukan karakter anak. Karakter anak yang terbentuk melalui nilai tradisi pantang larang melayu adalah karakter jujur, adil, disiplin, beretika, sopan santun dan religi. Karakter tersebut dibentuk melalui nilai religi, nilai kesopanan, dan nilai moral. Kata kunci: karakter, nilai-nilai, pantang larang
... Therefore, innovative learning strategies are needed (Jannati et al., 2021). Since this is related to the approach of delivering a learning environment (Wahab, 2013), learning strategies encompass understanding approaches, strategies, learning methods, techniques, and the underlying theories, as well as various types of approaches in learning strategies (Sri, 2007). According to the explanations of these experts, it is clear that learning strategies are crucial as they can influence the final learning outcomes. ...
Article
Full-text available
The issue of the conduct of the nation's generation is increasingly worrisome, exacerbated by the rapid pace of globalization that further deteriorates the situation. Experts are continuously formulating ideas and strategies to improve the conduct of the nation's generation but have yet to achieve maximum results. The increasing number of ill-mannered students, disobedient children to their parents, and the high level of crime and corruption displayed by the nation's generation prove that this nation is experiencing decay. This study aims to explore and deeply understand how the practice of prohibitions can cultivate the conduct and ethics of the Malay generation. Additionally, it seeks to comprehend the challenges faced in the current practice of prohibitions and to provide an alternative to strategies for learning conduct and ethics. This study is a qualitative case study conducted through interviews using purposive sampling techniques, involving 16 study participants consisting of leaders and religious figures, academics, community leaders, and community groups. The semi-structured interview served as the primary instrument, while documentation and observation were used as secondary sources in data collection for this study. The study found that the practice of prohibitions is still upheld and serves as a proven strategy for enhancing the ethics of the Malay community in Bintan Island, Riau Archipelago, once upon a time, as it involves familial relationships as educators. However, a weakness of this strategy is its inherent dependence on outdated, superstitious, and illogical practices. The research results also indicate that the advancement of time and globalization have distanced the Malay generation from the practice of prohibitions, leading to a deterioration of conduct. Through this study, the researcher proposes a framework for an educational strategy for learning conduct as an alternative to the practice of prohibitions that is logical and easily understood by any generation.
Article
Full-text available
The Malay society emphasizes moral education through pantang larang (prohibitions or taboos), which are deeply embedded in cultural and Islamic teachings. These prohibitions act as tools to guide children’s behavior and shape their moral character, instilling values such as respect, discipline, and responsibility. This research explores the role of pantang larang in moral learning for Malay children. The study's objective is to analyze the relevance and application of pantang larang in shaping moral education and address its challenges in modern society. A literature review method was employed, drawing on scholarly articles, journals, and books that discuss cultural practices, Islamic teachings, and character development. The analysis revealed that pantang larang contributes significantly to moral education by subtly guiding children through prohibitions that align with ethical principles, such as respecting elders and avoiding harmful behaviors. It also reflects local wisdom and reinforces virtues essential for maintaining social harmony. However, the study highlights the challenge of preserving pantang larang amidst globalization and modern cultural shifts. Results suggest that integrating pantang larang into contemporary educational settings through innovative methods, such as digital storytelling, can help retain its moral lessons while engaging younger generations. The conclusion underscores that pantang larang remains a vital cultural tool for character formation, with universal moral values applicable beyond Malay society. Modernizing its teaching methods while preserving its essence can ensure that pantang larang continues to nurture ethical and culturally grounded individuals in an evolving global context.
Article
Full-text available
Abstrak Dikir Laba merupakan satu bentuk hiburan yang lahir daripada kearifan masyarakat tempatan dan merupakan salah satu seni persembahan tradisional yang masih wujud di Negeri Kelantan. Persembahan ini banyak dipersembahkan terutamanya di majlis perkahwinan, maulud dan majlis keagamaan. Pada awal abad ke-20, persembahan Dikir Laba merupakan hiburan yang sangat diminati dalam kalangan masyarakat di Kelantan. Kini, Dikir Laba merupakan satu warisan seni tempatan yang sudah jarang diketahui dan didengari oleh generasi muda. Penyelidikan ini akan mengupas mengenai bentuk persembahan Dikir Laba yang masih wujud di kawasan Tumpat Kelantan khususnya di kampung Morak dan Kampung Periuk. Hasil data penyelidikan yang diperoleh diambil menggunakan kaedah tinjauan, pemerhatian dan temu bual responden. Tinjauan dilakukan untuk mengetahui isu dan permasalahan yang berkaitan dengan penyelidikan, manakala pemerhatian digunakan untuk melihat sejauh mana bentuk seni persembahan Dikir Laba masih diamalkan oleh kedua-dua buah kumpulan. Kaedah temu bual yang dijalankan melibatkan empat orang responden termasuk tokoh Dikir Laba yang masih aktif bergiat. Penyelidikan mendapati bahawa bentuk persembahan Dikir Laba berdasarkan nyanyian dan tarian berkumpulan masih dikekalkan. Keistimewaan bentuk persembahan Dikir Laba ini akan diperjelaskan dengan lebih terperinci dalam artikel ini. AbstractDikir Laba is a form of entertainment that emerged from the wisdom of the local community. It It is one of the traditional performing arts that still exist in Kelantan. This artform is widely performed, especially at weddings, mauluds, and other religious ceremonies. In the early 20th century, Dikir Laba was popular among the communities in Kelantan. Today, Dikir Laba has become local heritage that is rarely known and heard by the younger generation. This research will discuss the form of Dikir Laba presentation that still exists in the Tumpat area of Kelantan, especially in Kampung Morak and Kampung Periuk. This study was conducted to discuss the performance of Dikir Laba in Tumpat Kelantan. The results of the research are obtained using the methods of surveys, observations and interviews with respondents. A survey was conducted to find out the issues and problems related to the research, while observation method was used to study the extent in which the Dikir Laba performance is maintained by both groups. The interview method involved four respondents, including Dikir Laba experts who are still active. This research has found that the performance form of Dikir Laba is still based on singing and group dance. The uniqueness of Dikir Laba's performance will be explained in more detail in this article.
Article
Pantang larang bermaksud perbuatan yang dilarang untuk dilakukan. Pantang larang ini wujud dalam sesebuah adat dan kepercayaan sesuatu kaum. Dalam konteks masyarakat Iban dan Melanau, pantang larang terbentuk akibat kepercayaan terhadap kekuatan kuasa jahat. Masyarakat Iban dan Melanau percaya bahawa pelanggaran pantang larang akan menyebabkan berlakunya kecelakaan. Namun, terdapat perbezaan pantang larang di antara kedua-dua kaum tersebut terutama dari segi unsur simbol. Objektif pertama kajian ini, ialah mengenal pasti simbol dalam pantang larang masyarakat Iban dan Melanau, kedua menghuraikan perbezaan pantang larang kaum Iban dan Melanau secara umum dan yang terakhir, ialah menganalisis perbezaan unsur simbol dalam pantang larang kaum Iban dan Melanau. Kajian ini menggunakan kajian kepustakaan dan kaedah penyelidikan lapangan di mana data diperoleh melalui temu bual enam orang informan yang berasal dari Bintangor (berketurunan Iban) dan Mukah (berketurunan Melanau). Hasil analisis kajian ini mendapati unsur simbol seperti tumbuhan, perbuatan, benda, dan haiwan dalam pantang larang kaum Iban dan kaum Melanau. Misalnya Melanau mempunyai simbol tumbuhan midin dan kulat, manakala kaum Iban mempunyai simbol tumbuhan padi, labu dan pokok pisang. Secara keseluruhannya, kajian ini membincangkan perbandingan unsur simbol dan makna dalam pantang larang kaum Iban dan Melanau. Ia bertujuan untuk menjaga tatatertib dalam kehidupan masyarakatnya sekali gus memperingati masyarakatnya untuk sering berhati-hati dan menjauhkan diri daripada sebarang bahaya yang akan mendatang.
Article
Full-text available
The Malay community represents the largest majority group in Malaysia and is rich in traditional wisdom and practices that are a part of the social fabric and shared in communal life. These traditional wisdom and practices are manifested through various old adages and taboos believed to have an impact on life. Therefore, an analysis of the book 'Ta’lim wal Muta’llim' specifically focuses on the chapter of adages and taboos that hinder one's livelihood, which can be associated with the discussion of hadith analogy and the analysis of the elderly population in Kuala Lipis, Pahang. The use of this book is seen as closely related to the Malay community. From the research, it was found that 34 adages and taboos that invite poverty listed through the work of al-Zarnuji are closely related to elements within the Malay community in Kuala Lipis, Pahang. The results show that out of these 34 adages, 31 are commonly heard among the people of Kuala Lipis, and they can be linked to 21 Hadiths. The remaining ones are not related to Hadith sources. Furthermore, these adages and taboos are seen as beneficial guidance and advice for the community in navigating the course of life, and some are still practiced to this day.
Article
Full-text available
ABSTRAK Seni cetakan merupakan satu cabang seni halus yang tumbuh seiring dengan perkembangan seni rupa moden Malaysia. Pasca merdeka, memperlihatkan gagasan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) 1971 memberi pengaruh besar dalam dunia seni rupa moden Malaysia dalam mengimbagi isu budaya tempatan dan sosial. Intipati visual di dalam karya seni cetak turut dipengaruhi dengan perlambangan simbol dari subjek alam dan persekitaran bagi menyampaikan mesej budaya. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti fungsi imej katak dalam karya seni cetakan konvensional. Penulisan ini adalah untuk menganalisis serta mengkaji konteks dan makna subjek katak sebagai suatu simbol dalam karya seni cetakan. Pendekatan kajian menggunakan kaedah kualitatif yang dijalankan dengan cara pengumpulan data primer dan sekunder melalui observasi, temubual dan dokumentasi. Tiga buah karya cetakan konvensional yang memaparkan imej katak dipilih untuk di analisis. Hasil dapatan mendapati penggunaan simbol haiwan katak didalam karya digunakan sebagai suatu bentuk komunikasi bagi menyampaikan mesej secara lebih bersantun dan tersirat. Ianya mengklasifikasikan sosio budaya dari aspek alam persekitaran, kebudayaan, sosial melalui perkaitan antara simbol, konteks dan makna. Walaupun mempunyai persamaan dari segi penggunaan imej katak sebagai simbol perlambangan, namun gambaran mesej yang ingin disampaikan oleh setiap pengkarya membawa kepada maksud yang berbeza-beza. Kesimpulannya, penggunaan subjek katak sebagai tema tidak terhad sekadar menghasilkan imej visual dalam karya semata-mata tetapi merupakan perlambangan dalam menyampaikan maksud. Secara tidak langsung karya-karya ini mengetengahkan mesej dan respon kepada sosio budaya tempatan yang berlaku di MalaysiaAbstrak adalah ringkasan kajian yang dijalankan oleh penulis. ABSTRACT Printmaking is a branch of fine art that grew along with the development of modern Malaysian art. In the post-independence period, the idea of the National Cultural Policy (DKK) 1971 had a great influence on the world of modern Malaysian art in addressing local cultural and social issues. The visual essence of the printmaking artwork is also influenced by symbolism from the subject of nature and the environment to convey cultural messages. This study aims to identify the function of frog images in conventional printmaking artwork. This writing is to analyze and study the context and meaning of the frog subject as a symbol in printmaking artworks. The research approach uses a qualitative method that is carried out by collecting Article Info:
Conference Paper
Full-text available
Penulisan novel dapat memberikan kesedaran betapa pentingnya mengamalkan nilai murni dan amalan kepercayaan warisan peradaban Melayu. Hal ini signifikan kerana peradaban Melayu yang digarap melalui novel akan menjadi lebih menarik untuk dihayati oleh golongan pembaca. Seterusnya pembaca secara tidak langsung diberi pendedahan terhadap nilai murni dan alam kepercayaan masyarakat Melayu.
Conference Paper
Full-text available
Perkembangan teknologi membawa kepada Revolusi Industri 4.0. Perkembangan pesat ini turut membawa hakisan dan pengabaian nilai-nilai peradaban.
Adat Melayu Sarawak Adat Melayu Serumpun
  • Awang Hasmadi
  • Awang Mois
Awang Hasmadi Awang Mois. 2001. Adat Melayu Sarawak. Adat Melayu Serumpun: Adat Bersendi Syarak, Syarak Bersendi Kitabullah. Melaka: Perbadanan Muzium Melaka.
Kepercayaan Orang Melayu Berhubung dengan Pertanian
  • Amat Johari Moain
Amat Johari Moain. 1990. Kepercayaan Orang Melayu Berhubung dengan Pertanian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abang Seruji Abang Muhi
  • En Wawancara Aktivis Budaya Sarawak
Wawancara aktivis budaya Sarawak, En. Abang Seruji Abang Muhi, 26 April 2008.
1996. Petua-Petua Melayu Sarawak Tradisional
  • A. Samad Ahmad
A. Samad Ahmad (pnyl.). 1996. Petua-Petua Melayu Sarawak Tradisional. Kuching: Yayasan Budaya Melayu Sarawak.
Perbilangan adat sebagai pembentuk jati diri Melayu
  • Norazit Selat
Norazit Selat. 2006. Perbilangan adat sebagai pembentuk jati diri Melayu. Pandangan Semesta Melayu: Pantun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Perihal Orang Melayu. Terjemahan oleh Zubaidah Ibrahim
  • Frank Swettenham
Frank Swettenham. 2003. Perihal Orang Melayu. Terjemahan oleh Zubaidah Ibrahim. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Sirih pinang pembuka bicara. Dewan Budaya. Ogos
  • Jeniri Amir
Jeniri Amir. 2005. Sirih pinang pembuka bicara. Dewan Budaya. Ogos 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Temu Bual Informan
Temu bual informan, En. Seman bin Lehi, 17 April 2008 di Kampung Buntal Kuching, Sarawak.
Kuching: Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak
  • Adat Resam
  • Penduduk Sarawak
Adat Resam Penduduk Sarawak. 1988. Kuching: Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak.
Sejarah Perkembangan Lembangan Rajang di Sarawak
  • Mohamad Haji
Mohamad Haji Arsat. 1996. Sejarah Perkembangan Lembangan Rajang di Sarawak. Sibu: Jawatankuasa Warisan Kebudayaan Dewan Suarah.