Article

Pencemaran udara di Bukit Rambai, Melaka sewaktu peristiwa jerebu tahun 2005

Geografia : Malaysian Journal of Society and Space 01/2010;
Source: DOAJ

ABSTRACT Kajian pencemaran udara di Bukit Rambai, Melaka dijalankan untuk mencari perhubungan antara bahan pencemar udara dengan parameter cuaca sewaktu peristiwa jerebu pada Ogos 2005 dengan mengkaji parameter pencemar udara seperti zarah terampai kurang daripada 10 mikron (PM10), karbon monoksida (CO), nitrogen dioksida (NO2), sulfur dioksida (SO2) dan ozon (O3) serta suhu, sinaran matahari, hujan dan angin. Zarah terampai, PM10, pada bulan Februari menunjukkan nilai kepekatan yang tinggi iaitu 113 μg/m³ berbanding dengan bahan pencemar yang lain. Analisis regresi multivariat untuk tiga tempoh pecahan iaitu tahunan (Januari hingga Disember), monsun timur laut musim kering (Januari hingga Mac) dan monsun timur laut musim lembap (Oktober hingga Disember) menunjukkan kelajuan dan arah angin mempunyai hubungan yang lemah dengan PM10 bagi tempoh tahunan, manakala bagi monsun timur laut (MTL) kering dan lembap kelajuan angin mempunyai hubungan yang kuat dengan PM10. Nilai pekali keseluruhan multivariat ialah 4.13 % bagi tempoh tahunan, 0.18 % bagi MTL musim kering dan 0.92 % MTL musim lembap. Analisis korelasi menunjukkan bahawa kelajuan angin mempunyai hubungan songsang yang lemah dengan PM10 bagi monsun barat daya (-0.082), MTL musim kering (-0.034) dan MTL musim lembap (-0.089). Hujan mempunyai hubungan songsang dan lemah dengan PM10 iaitu -0.025 (tahunan) dan -0.06 (MTL). Keseluruhannya, hujan dan kelajuan angin ini memberikan pengaruh terhadap kadar kepekatan PM10 di kawasan kajian. Walaupun kawasan industri Bukit Rambai mengalami krisis jerebu pada tahun 2005 namun ia masih lagi di paras Indeks Pencemaran Udara yang rendah, iaitu 118 berbanding dengan 529 dan 531 di kawasan Pelabuhan Klang dan Kuala Selangor.

1 Bookmark
 · 
746 Views

Full-text

Download
20 Downloads
Available from