Article

Bandar berdaya saing vis-a-vis pembangunan bandar lestari: Suatu wacana tentang pembangunan bandar di Malaysia

Geografia : Malaysian Journal of Society and Space 01/2008;
Source: DOAJ

ABSTRACT Pada masa ini konsep pembangunan bandar lestari yang menggabungkan di dalamnya idea kebolehunian bandar, adalah salah satu isu dalam pengurusan bandar. Namun dengan kemunculan pengaruh globalisasi ekonomi, usaha untuk membangunkan bandar lestari menghadapi cabaran baru. Pada masa ini bandar tidak hanya mesti dilihat sebagai maju secara lestari dan boleh dihuni tetapi juga berdaya saing sehingga mampu menarik pelaburan asing, terutamanya pelaburan langsung asing. Pihak berkuasa tempatan bandar kini tidak hanya terpaksa bersusah-payah untuk mencapai objektif pembangunan bandar lestari tetapi juga amat tertekan untuk mewujudkan iklim yang kondusif supaya berdaya saing dan sesuai untuk pelaburan ekonomi khususnya dalam aktiviti pembuatan dan perkhidmatan. Kedua-dua konsep tersebut sebenarnya tidak sepenuhnya sekufu tetapi kedua-duanya saling berkaitan dan saling memerlukan antara satu sama lain. Makalah ini bertujuan untuk membincangkan kedua-dua konsep berkenaan dengan memberi penekanan kepada perbezaan dan persamaan selain menjuruskan penjelasan kepada beberapa elemen yang sepunya yang sesuai diterapkan dalam bidang pengurusan bandar. Ia merumuskan bahawa walau pun hubungan tersebut tidak keseluruhannya songsang tetapi wujud ketakserasian yang ketara antara kedua pendekatan tersebut. Ketakserasian matlamat dan impak antara kedua pendekatan tersebut boleh menimbulkan konflik dalam proses perancangan bandar kerana keduanya didorong oleh motif yang berbeza. Suatu pendekatan yang lebih pragmatik perlu dibentuk untuk memastikan matlamat kedua-dua pendekatan pembangunan bandar tersebut dapat dicapai. Dalam hal ini peranan PBT sangat kritikal.

3 Bookmarks
 · 
680 Views

Full-text

Download
40 Downloads
Available from