Article

Kecerdasan pelbagai dikalangan kanak-kanak prasekolah serta strategi pengajaran yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak prasekolah. Suatu kajian kes

Source: OAI

ABSTRACT Kecerdasan pelbagai dapat dikenalpasti seawal peringkat kanak-kanak lagi. Dengan itu, objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti kecerdasan pelbagai dikalangan kanak-kanak prasekolah, mengenalpasti strategi pengajaran yang digunakan bagi mengajar kanak-kanak prasekolah dan mengenalpasti perkaitan antara kecerdasan pelbagai dikalangan kanak-kanak serta strategi pengajaran yang digunakan dalam mengajar kanak-kanak prasekolah. Kajian ini mempunyai dua kumpulan responden iaitu pelajar tadika dan juga guru yang mengajar mereka. Seramai 72 orang responden yang terdiri daripada pelajar dan juga 6 orang guru yang mengajar dipilih dari 3 buah tadika. Dua set soal selidik dengan nilai kebolehpercayaan ? = 0.925 bagi pelajar dan 0.971 bagi guru telah digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Analisis data dilakukan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science, SPSS 15.0 for Windows bagi mendapatkan hasil kajian dalam bentuk frekuensi dan peratusan. Purata taburan peratus digunakan bagi mendapatkan keputusan yang mempunyai tiga tahap iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Hasil kajian menunjukkan bahawa kecerdasan pelbagai dikalangan kanakkanak prasekolah dapat dikenalpasti dengan majoriti kanak-kanak mempunyai kecerdasan muzikal yang tinggi. Purata peratus bagi kecerdasan muzikal ini ialah 91.7%. Selain itu, strategi pengajaran yang digunakan oleh guru juga dapat dikenalpasti dimana setiap guru mengambil kira teori kecerdasan pelbagai dalam strategi pengajaran yang digunakan. Ini menunjukkan terdapat perkaitan positif antara kecerdasan pelbagai dikalangan kanak-kanak prasekolah dan juga strategi pengajaran yang digunakan oleh guru yang mengajar kanak-kanak prasekolah.

2 Bookmarks
 · 
197 Views