Article

Faktor – Faktor Yang Mempengaruhi Minat Pelajar Tahun Akhir Terhadap Bidang Keusahawanan Di UTM.

01/2010;
Source: OAI

ABSTRACT Kajian ini bertujuan untuk mengkaji apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar tahun akhir aliran Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan di Universiti Teknologi Malaysia terhadap bidang keusahawanan. Responden kajian ini terdiri daripada 140 orang pelajar Tahun Akhir aliran Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik yang dibina bagi menjawab lima persoalan kajian untuk menentukan apakah faktor-faktor yang mempengaruhi minat pelajar terhadap bidang keusahawanan. Data dianalisis menggunakan Program Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 13.0 untuk mendapatkan min, kekerapan dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan faktor yang paling tinggi mempengaruhi minat pelajar ialah faktor mata pelajaran Perdagangan dan Keusahawanan dan faktor pensyarah dengan nilai min 3.7. manakala faktor rakan sebaya dan faktor keluarga merupakan faktor yang berada pada tahap yang sederhana dalam mempengaruhi minat pelajar tahun terhadap bidang keusahawanan. Bagi pengkaji akan datang dicadangkan bagi faktor persekitaran yang sedia ada dengan menambahkan lagi peluang-peluang dan pelbagaikan untuk menimbulkan minat pelajar yang lebih terhadap bidang keusahawanan. Katakunci: bidang keusahawanan

2 Bookmarks
 · 
430 Views

Full-text

Download
37 Downloads
Available from