Article

Gaya Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gambir Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

Source: OAI

ABSTRACT Kajian ini mengkaji gaya pembelajaran di kalangan pelajar tingkatan dua Sekolah
Menengah Kebangsaan Bukit Gambir, Muar. Kajian ini melibatkan seramai 186 orang responden
yang terdiri daripada 107 orang lelaki dan 79 orang perempuan. Kajian ini berbentuk deskriptif
dan menggunakan instrumen soal selidik dengan skala empat mata bagi mengukur empat
kategori gaya pembelajaran. Empat kategori gaya pembelajaran adalah berasaskan Honey dan
Mumford (1983) iaitu gaya pembelajaran aktivis, reflektif, teoris dan pragmatif. Data kajian ini
dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences
(SPSS) versi 16.0 bagi mendapatkan nilai skor min, kekerapan dan tabulasi silang. Nilai pekali
Alpha Cronbach untuk kajian ini adalah 0.703. Dapatan kajian mendapati gaya pembelajaran
reflektif (min 2.97) adalah gaya pembelajaran yang dominan diamalkan oleh responden kajian.
Gaya pembelajaran yang kedua adalah aktivis (min 2.90), diikuti ketiga ialah gaya pembelajaran
pragmatis (min 2.89) dan keempat gaya pembelajaran teoris (min 2.75). Dapatan ini
menunjukkan kepelbagaian gaya pembelajaran dan tahap kemahiran belajar memberi kesan yang
berbeza terhadap tabiat dan kesungguhan pembelajaran akademik pelajar. Dikemukakan juga
cadangan kajian untuk meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Katakunci : Honey dan Mumford, Statistical Package for Social Sciences (SPSS), gaya
pembelajaran aktivis, reflektif, teoris, pragmatif

0 Bookmarks
 · 
194 Views