Article

Tahap Pengetahuan Bakal Guru Fizik Tentang Peraturan Dan Keselamatan Makmal

Source: OAI

ABSTRACT Tahap pengetahuan tentang peraturan dan keselamatan makmal adalah penting
bagi mengelakkan berlakunya kemalangan semasa menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) di makmal. Penyelidik memfokuskan kajian untuk mengukur tahap
pengetahuan tentang peraturan dan keselamatan makmal dalam kalangan pelajar tahun empat
Program Pendidikan Fizik. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk tinjauan.
Kajian ini melibatkan dua pembolehubah bebas iaitu program pengajian dan jantina. Peserta
kajian melibatkan 35 orang pelajar tahun empat Pendidikan Fizik yang mengikuti program
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) (SPF) dan Sarjana Muda Sains dan Komputer serta
Pendidikan (Fizik) (SPP) dan terdiri daripada 8 orang lelaki dan 27 orang perempuan dalam julat
umur antara 22-30 tahun. Alat kajian yang digunakan berbentuk ujian pencapaian yang
dinamakan Ujian Pencapaian Tahap Pengetahuan tentang Peraturan dan Keselamatan Makmal
dengan nilai kebolehpercayaan ?= .83. Ia mengandungi 45 item berbentuk soalan objektif.
Dapatan kajian dianalisis dalam bentuk analisis statistik deskriptif iaitu min, nilai sisihan lazim,
nilai maksimum, nilai minimum, julat dan peratusan. Secara keseluruhannya, tahap pengetahuan
tentang peraturan dan keselamatan makmal peserta kajian adalah baik. Terdapat perbezaan
terhadap tahap pengetahuan tentang peraturan dan keselamatan makmal merentas program
pengajian di mana tahap pengetahuan pelajar SPP adalah cemerlang manakala tahap
pengetahuan pelajar SPF adalah baik. Bagi tahap pengetahuan tentang peraturan dan keselamatan
makmal merentas jantina, didapati tahap pengetahuan pelajar lelaki adalah cemerlang manakala
tahap pengetahuan pelajar perempuan adalah baik. Ini menunjukkan tahap pengetahuan bakal
guru Fizik masih kurang, maka penekanan kepada kepentingan pengetahuan tentang peraturan
dan keselamatan makmal dalam proses P&P perlu dititikberatkan untuk melahirkan guru Fizik
yang berwibawa dan memiliki pengetahuan yang cukup untuk menempuhi alam pekerjaan kelak.

1 Bookmark
 · 
111 Views