Article

Analisis faktor penyebab stres di kalangan pelajar

Jurnal Kemanusiaan 01/2007;
Source: DOAJ

ABSTRACT Kajian ini bertujuan menganalisis faktor-faktor penyebab stres di kalangan pelajar tahun dua yang telah menyertai Bengkel Pembelajaran Efektif (BPE), FPPSM. Kesemua subjek kajian seramai 30 orang pelajar dipilih berdasarkan pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.00 dan ke bawah. Pengumpulan data adalah berdasarkan soal selidik yang telah dijawab oleh responden kajian. Kaedah analisis deskriptif yang digunakan ialah kekerapan, peratusan dan min skor bagi mengenalpasti tahap stres, faktor-faktor penyebab stres dan strategi pengurusan stres di kalangan pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahapstres pelajar adalah sederhana. Faktor kerjaya merupakan penyebab utama stres di kalangan pelajar, diikuti oleh faktor akademik dan faktor persekitaran. Manakala, strategi pengurusan stres yang biasanya digunakan oleh kebanyakan pelajar adalah strategi berbentuk tingkahlaku.

1 Bookmark
 · 
420 Views

Full-text

Download
34 Downloads
Available from