Article

Kedudukan Hadis Ahad Dalam Akidah

Hadis 12/2012; 4(1):83-96.

ABSTRACT Hadis merupakan salah satu dalil terpenting dalam menetapkan dasar-dasar keyakinan Islam, manakala akidah pula merupakan tunjang paling utama dalam pembinaan keimanan kepada Allah SWT. Memandangkan kedudukan hadis sangat diperlukan dalam pembentukan akidah, ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah telah menekankan perbahasan tentang pendalilan hadis dalam akidah. Antara perbincangan tersebut adalah berkaitan penerimaan atau penolakan hadis berdasarkan pembahagian bilangan turuq atau sanad kepada dua bahagian; hadis mutawatir dan hadis ahad. Dalam hal ini, keseluruhan ulama bersepakat menerima pendalilan hadis mutawatir, sedangkan pendalilan hadis ahad telah menjadi pertikaian yang berlarutan sehingga sekarang. Kesan daripada perselisihan tersebut telah mencetuskan kekeliruan kepada sebilangan umat Islam hari ini sama ada hadis ahad dapat dijadikan hujah atau tidak dalam menetapkan akidah. Menerusi kaedah analisis kandungan dokumen daripada pelbagai sumber primer dan sekunder yang berautoriti, artikel ini akan mengetengahkan suatu penelitian tentang isu berkaitan untuk mengenal pasti kedudukan hadis ahad dapat dijadikan sebagai sumber pendalilan dalam akidah atau sebaliknya. Kajian mendapati bahawa jumhur ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah tidak menerima pendalilan hadis ahad dalam akidah kerana hadis ahad menghasilkan keputusan yang bersifat zan, sedangkan akidah Islam dibina berasaskan keyakinan yang jazm melalui dalil-dalil bersifat mutawatir. Walau bagaimanapun, sebilangan ulama lain menerima pendalilan hadis ahad dengan tidak membezakan antara hadis ahad dan hadis mutawatir dalam menghasilkan keyakinan terhadap akidah atau fikah, namun pandangan yang dikemukakan oleh jumhur ulama didapati lebih kukuh berdasarkan hujah yang dibawakan oleh mereka.

1 Bookmark
 · 
345 Views

Full-text

Download
1,213 Downloads
Available from
May 27, 2014