Conference Paper

BEBAN PENJAGA TIDAK FORMAL DAN HUBUNGANNYA DENGAN STATUS FIZIKAL DAN MENTAL PESAKIT GERIATRIK

Conference: Persidangan Psikologi Malaysia 2009

ABSTRACT Penjagaan golongan warga tua memang membebankan bagi penjaga tidak formal terutama sekali ahli keluarga. Ini ditambah pula dengan peningkatan penyakit bagi golongan warga tua akibat kemerosotan tahap kefungsian fizikal dan kognitif. Sehubungan dengan itu, kaitan antara beban penjaga tidak formal dengan status fizikal dan mental pesakit geriatrik dikaji supaya golongan penjaga ini diberi perhatian dan sokongan sepenuhnya oleh masyarakat. Enam puluh pesakit luar Klinik Geriatrik Hospital Kuala Lumpur bersama penjaga mereka telah ditemubual. Prestasi aktiviti hidup seharian pesakit geriatrik dinilai dengan menggunakan Lawton Instrumental Activities of Daily Living Scale manakala status mental pesakit geriatrik dinilai dengan menggunakan Mini-Mental State Examination. Sementara itu, tahap beban penjaga pula dinilai dengan Zarit’s Caregiver Burden Scale. Terdapat kolerasi yang signifikan dan positif antara prestasi IADL dengan status mental pesakit geriatrik (r = 0.445, p = 0.001). Selain itu, terdapat kolerasi yang signifikan dan negatif antara prestasi IADL dengan tahap beban penjaga (r = -.020, p = 0.001). Hasil kajian ini menunjukkan bahawa status mental boleh dijadikan salah satu faktor yang penting untuk meramal prestasi aktiviti harian instrumental manakala prestasi aktiviti harian instrumental pula menjadi faktor penting untuk meramal tahap beban penjaga. Penurunan status mental akan mengakibatkan penurunan prestasi IADL manakala penurunan prestasi IADL akan menambahkan beban penjaga. Perkaitan IADL dengan status mental dan tahap beban membolehkan terapis carakerja merancang dan memberi intervensi yang sesuai kepada para pesakit dan penjaga.

1 Bookmark
 · 
156 Views

Full-text

View
324 Downloads
Available from
May 28, 2014