Article

Tingkat Kekerabatan Bahasa Bidayuh di Sarawak

Jurnal Dewan Bahasa 01/2004; 4(3):452.

ABSTRACT Fokus utama makalah ini adalah untuk membandingkan kosa kata dasar empat bahasa Bidayauh, iaitu bahasa Biatah, bahasa Bau-Jagoi, bahasa Bukar-Sadong, dan bahasa Selako-Lara, dan menentukan tingkat kekerabatan antara bahasa ini. Kemudian, kosa kata dasar keempat-empat bahasa ini akan dibandingkan pula dengan bahasa Melayu. Kajian ini akan memanfaatkan kaedah perbandingan kosa kata dasar atau leksikostatistik untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan kosa kata keempat-empat bahasa ini. Perbandingan juga dilaksanakan untuk menentukan kata-kata yang berkognat, mengira peratus kognat antara bahasa tersebut, dan akhirnya menentukan tingkat kekerabatan antara bahasa berkenaan berasaskan jadual tingkat kekerabatan bahasa cadangan Gudschinsky (1964). Hasil analisis perbandingan kosa kata dasar menunjukkan bahawa keempat-empat bahasa Bidayuh tersebut bertaraf bahasa dalam keluarga bahasa Bidayuh, dan bukannya dialek daripada bahasa yang sama. Bahasa ini mempamerkan kesamaan/kemiripan dari segi bentuk dan makna kerana bahasa ini dipencarkan daripada bahasa induk yang sama, iaitu bahasa Bidayuh proto. Hubungan sanak antara bahasa Biatah, Bau-Jagoi dan Bukar-Sadong dengan bahasa Melayu didapati sudah agak jauh. Walau bagaimanapun, bahasa Selako-Lara mempunyai hubungan sanak yang sangat dekat dengan bahasa Melayu. Secara keseluruhan, kajian ini dapat memperjelas status linguistik bahasa Bidayuh di Sarawak, di samping memperlihatkan hubungan bahasa tersebut dengan bahasa Melayu.

0 Bookmarks
 · 
162 Views