Conference Proceeding

konsep tadabbur al Quran suatu kupasan

12/2012; In proceeding of: INTERNATIONAL SEMINAR ON AL QURAN IN COMTEMPORARY SOCIETY, Volume: 1

ABSTRACT Membaca al-Quran suatu ibadah yang mulia dan mempunyai banyak kelebihan. Namun, sekadar bacaan tanpa memahami isi dan penghayatan makna ia belum mencapai matlamat dan tujuan utama al-Quran diturunkan. Justeru, kertas kerja ini mengupas konsep tadabbur menerusi kepentingannya untuk memahami dan menghayati al-Quran dalam kehidupan. Allah s.w.t menyeru manusia membaca al-Quran dengan kefahaman dan penghayatan agar ia dapat diamalkan. Demikian itu, amalan tadabbur sangat dituntut kerana ia mengandungi pelbagai hikmah. Membaca al-Quran tanpa kefahaman dan penghayatan tidak menghasilkan kesan. Oleh itu, penulisan ini akan membentangkan kepentingan tadabbur, kriteria pentadabbur dan tahap-tahap tadabbur. Orang yang mendampingi diri dengan al-Quran akan merasai kesan daripada proses tadabbur iaitu produktiviti amal dalam kehidupan. Proses tadabbur perlu melalui beberapa tahap; membaca dengan penghayatan, memahami makna (tafsir), istinbat dan terkesan dengan ayat-ayat Allah s.w.t serta akhirnya beramal. Justeru, artikel ini mendedahkan keperluan menghayati ayat-ayat al-Quran dan beramal dengan kefahaman yang benar.

kata kunci:konsep tadabbur, kepentingan menghayati al-Quran, proses tadabbur.

0 0
 · 
4 Bookmarks
 · 
374 Views