Conference Paper

Gaya Kepimpinan Penyertaan, Tanggapan Penghargaan dan Prestasi Kerja Dalam Konteks Pengurusan Kualiti Menyeluruh

Conference: Seminar Kebangsaan 1 Malaysia

ABSTRACT Kajian ini dilaksanakan untuk mengukur kesan gaya kepimpinan penyertaan dalam pengurusan kualiti menyeluruh dan tanggapan penghargaan terhadap prestasi kerja di sebuah agensi kerajaan di Negeri Sarawak, Malaysia. Dapatan umum kajian ini menunjukkan kebolehan pemimpin mengamalkan gaya transformasi telah meningkatkan tanggapan penghargaan dalam diri seseorang pekerja. Seterusnya keadaan sedemikian dapat mendorong pekerja meningkatkan prestasi kerja dengan lebih berkualiti dan berdaya saing. Dapatan kajian turut mengesahkan bahawa tanggapan penghargaan telah bertindak sebagai pemboleh ubah mencelah yang berkesan dalam model Pengurusan Kualiti Menyeluruh dalam organisasi kajian. Sekaligus, ia dapat meningkatkan lagi sikap kreativiti dan inovasi kalangan pekerja demi menjayakan semangat 1Malaysia ke arah negara maju pada tahun 2020.

8 Bookmarks
 · 
1,114 Views

Full-text

Download
773 Downloads
Available from
May 26, 2014