Conference Paper

Amalan Pendaftaran Tanah Wakaf: Satu Kajian Kes Di Bawah Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di Malaysia

Conference: International Conference 2011: Future Education in Global Challenges (ICETA 3)

ABSTRACT Pendaftaran adalah satu elemen penting dalam pengurusan tanah wakaf di Malaysia. Isu pendaftaran tanah wakaf seharusnya diberi perhatian sewajarnya bagi mempastikan pembangunan tanah wakaf dapat dilakukan. Pendaftaran itu sendiri merupakan kunci kepada hakmilik tanah wakaf dan tanpa pendaftaran ianya masih termaktub dibawah pemilikan pihak berkuasa negeri walaupun hakikatnya tanah itu bersifat tanah wakaf. Pentadbiran dan pengurusan tanah wakaf di Malaysia adalah berada dibawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri-Negeri sebagai pemegang amanah tunggal. Pendaftaran tanah wakaf tidak terkecuali dari mengikut segala prosidur yang telah ditetapkan oleh Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56) yang menjadi tulang belakang kepada sistem pengurusan dan pentadbiran tanah di Malaysia.
Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 telah dibentuk oleh Akta Parlimen No. 56 tahun 1965 yang mula dikuatkasakan pada 1hb. Januari, 1966. Pembentukan KTN ini adalah bertujuan untuk mempastikan keseragaman sistem pemegangan tanah dan urusniaga tanah yang berbeza-beza di negeri-negeri Semenanjung Malaysia serta untuk menggabungkan semua peruntukan undang-undang yang baru bagi menyesuaikan sistem tersebut dengan perubahan sistem sosial dan ekonomi. Pada teorinya KTN dikatakan berpaksi kepada sistem Torrens, yang mana kehendaknya tersimpul dalam kata-kata hikmat “daftar adalah segala-galanya”. Terdapat beberapa keadah terkesan yang telah diperuntukan dalam KTN digunapakai dalam pendaftaran tanah wakaf iaitu melalui pindahmilik, serahan dan perletakhakan berkanun. Oleh itu, penulisan ini adalah memberi penekanan kepada proses pendaftaran yang dilakukan oleh majlis Agama Islam di Malaysia dan isu-isu yang berbangkit daripada proses pendaftaran. Dalam membincangkan proses pendaftaran tanah wakaf ini maka penulisan ini akan memfokuskan kepada pemurnian di antara Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56) dengan prinsip-prinsip pewakafan Islam.

17 Bookmarks
 · 
1,252 Views

Full-text

View
1,200 Downloads
Available from
Jun 6, 2014